The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctjunaidah66, 2022-06-05 09:49:01

PENGENALAN  1

PENGENALAN  1

PENGENALAN

Hikayat Raja Pasai (HRP) yang diselenggara oleh Ismail Ahmad merupakan edisi
yang telah diolah dengan lebih ringkas berbanding manuskrip asal yang ditulis dalam
tulisan jawi. HRP edisi Ismail Ahmad mempunyai 11 bab keseluruhan dan 110 muka
surat tidak termasuk bahagian lampiran. Buku yang telah pengkaji pilih ini merupakan
terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada tahun 2004. Hikayat terbitan DBP ini
menggunakan jenis kulit hadapan dan belakang ialah kulit lembut. Dalam hikayat ini
terdapat unsur mitos dan terdapat juga fakta berkaitan dengan sejarah. Sebagai contoh,
kewujudan batu nisan Sultan Malikul Saleh yang kini terletak di Aceh, Indonesia.
Bukti batu nisan ini menunjukkan hikayat Raja Pasai merupakan satu sejarah kerajaan
Islam di Nusantara ketika abad ke 13 dan akhir abad ke 14.

Sinopsis hikayat ini bermula dengan kisah penceritaan Raja Ahmad dan Raja
Muhammad yang merupakan adik beradik. Ketika berburu Raja Muhammad telah
menjumpai seorang kanak-kanak perempuan daripada rimbunan pokok buluh betung.
Raja Muhammad menamakan budak perempuan tersebut dengan nama Puteri Betung,
setelah mendengar khabar bahawa Raja Muhammad mendapat anak perempuan di
hutan belantara, Raja Ahmad telah ke hutan belantara dan telah mendapat seorang
anak lelaki yang dinamakan Merah Gajah kerana kanak-kanak tersebut dijumpai
bersama seekor gajah. Raja Muhammad dan Raja Ahmad telah menjalinkan hubungan
kekeluargaan dengan menjodohkan anak-anak mereka. Hasil perkhawinan mereka
telah dikurniakan dua orang anak lelaki yang dinamakan Merah Silau dan Merah
Hasum. Setelah itu, berlaku satu konflik iaitu Merah Gajah telah melanggar peraturan
menyebabkan isterinya Puteri Betung terbunuh, berita kematian Puteri Betung telah
sampai ke Raja Muhammad menyebabkan beliau berang dan bertindak membunuh
Merah Gajah. Kisah pembunuhan Merah Gajah oleh bapa mertuanya iaitu Raja
Muhammad telah menyebabkan berlaku perperangan antara Raja Ahmad dan Raja
Muhammad. Peristiwa peperangan telah mengorbankan mereka berdua, maka Merah
Silau dan Merah Hasum telah menjadi yatim piatu. Setelah peperangan tamat, Merah
Silau dan Merah Hasum telah berpisah dengan membawa haluan masing-masing.
Perpisahan mereka menyebabkan Merah Silau membuka satu kawasan yang
dinamakan Semudera. Setelah membuka kawasan di Semudera, Merah Silu telah
memeluk Islam dan ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Maliku’l-Saleh dan
nama negeri Semudera di tukar kepada Darul Islam. Beberapa ketika, Sultan
Maliku’l-Saleh tinggal dengan aman di Darul Islam, beliau telah menikahi seorang
anak raja Perlak yang dikenali sebagai Tuan Puteri Ganggang. Setelah menikah
mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Sultan Maliku’l-Tahir.
Pada suatu hari, Sultan Maliku’l-Saleh pergi berburu dan berlaku satu peristiwa yang
ganjil dan menyebabkan Sultan Maliku’l-Saleh kagum untuk menjadikan kawasan itu
sebagai kerajaan baharu. Kawasan itu dibersihkan dan dinamakan sebagai Pasai.
Sultan Maliku’l-Saleh memberikan kerajaan Pasai kepada anaknya iaitu Sultan
Maliku’l-Tahir. Sultan Maliku’l-Tahir telah dikurniakan dua orang putera iaitu Sultan
Maliku’l- Mahmud dan Sultan Maliku’l Mansur. Setelah kematian Sultan
Maliku’l-Tahir, negeri Pasai diserahkan kepada anak sulungnya iatu Sultan Maliku’l-
Mahmud dan negeri Semudera atau Darul Islam diserahkan kepada Sultan Maliku’l
Mansur.

Kemasyuran Pasai yang diterjui oleh Sultan Maliku’l- Mahmud telah
menyebabkan iri hati kepada kerajaan Siam. Maka berlaku peperangan di antara

Pasai- Siam. Semasa peperangan, kerajaan Siam berjaya dikalahkan dan
kemenangan memihak kepada Pasai. Setelah itu Sultan Maliku’l Mahmud
dianaugerahi tiga cahaya mata iaitu seorang anak lelaki diberi nama Sultan Ahmad
Perumadal Perumal dan dua anak perempuan. Berlaku satu peristiwa yang
mencetuskan perbalahan antara Sultan Maliku’l- Mahmud dan Sultan Maliku’l-
Mansur iaitu Sultan Maliku’l- Mansur telah berkenan dengan seorang wanita di istana
Pasai semasa Sultan Maliku’l- Mahmud semasa ketiadaan abangnya Sultan Maliku’l-
Mahmud. Perkara ini menyebabkan Sultan Maliku’l- Mahmud berasa marah dan telah
menitahkan untuk membuang negeri Sultan Maliku’l- Mansur ke Temiang.
Perpisahan dua saudara ini berlaku dalam jangka masa yang lama, dan Sultan
Maliku’l- Mahmud telah menitahkan untuk adiknya datang melawatnya ke Pasai.
Semasa dalam pelayaran ke Pasai, Sultan Maliku’l- Mansur telah meninggal dunia.
Sultan Maliku’l- Mahmud yang mendengar kahabar adinya telah meninggal
menyebabkan dia berasa sedih dan jatuh sakit, Akhirnya kerajaan Pasai diserahkan
kepada anakandaya iaitu sultan Ahmad.

Sultan Ahmad dianugerahi lima orang cahaya mata iaitu Tun Beraim Bapa, anak
yang kedua bernama Tun Abdul Jalil dan yang ketiga bernama Tun Abu’l Fazil dan
yang perempuan Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara. Sultan Ahmad telah
berkenan dengan anaknya sendiri iaitu Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara.
Sebagai abang sulung Tun Beraim Bapa, telah membawa dua orang adik
perempuannya ke Tukas tempat tinggalnya kerana ingin menyelamatkan adiknya
daripada sifat luar tabi ayah mereka. Tun Beraim Bapa telah membawa lari adiknya
ke Tukas menyebabkan Sultan Ahmad berdendam dan marah kepada Tun Beraim
Bapa. Kemuncak kemarahan Sultan Ahmad adalah ketika Tun Beraim Bapa mengejar
gundiknya di dalam istana. Sultan Ahmad menitahkan untuk Tun Beraim Bapa
dibunuh dengan segera kerana telah mengetahui rahsianya iaitu sikapnya yang
berkenan kepada anak perempuan sendiri dan memiliki gundik. Di akhir bahagian
kedua, menceritakan sifat taat setia Tun Beraim Bapa kepada Sultan Ahmad keran
beliau sanggup makan racun meskipun sudah mengetahui makanan iaitu sejenis kuih
peniram tersebut berisi racun. Ketika ingin makan, dua orang adik perempuannya
turut memakan kuih peniram tersebut kerana terhutang budi dengan abang sulung
mereka. Kesan daripada racun tersebut dua orang adik perempuannya mati dengan
serta merta setelah memakan racun tersebut tetapi Tun Beraim Bapa sempat ke Bukit
Fudul Allah kerana beliau ingin disemadikan di situ.

Bahagian terakhir menceritakan tentang kejatuhan negeri Pasai. Sebelum negeri
Pasai ditakluk oleh negeri Majapahit berlaku peristiwa dimana Tuan Puteri
Gemerencang, anak kepada Ratu Majapahit telah berkenan kepada anak Sultan
Ahmad iaitu Tun Abdul Jalil yang memiliki rupa paras yang menarik. Perkhabaran
bahawa wakil dari kerajaan Majapahit ingin datang membawa perutusan untuk
meminang anak lelakinya, menyebabkan Sultan Ahmad bertindak mengupah orang
suruhannya untuk membunuh Tun Abdul Jalil. Tindakan Sultan Ahmad yang
membunuh kedua orang puteranya terutama Tun Abdul Jalil telah menyebabkan Tuan
Puteri Gemercang memohon kepada Allah untuk ditenggelamkan dirinya dan anak
kapalnya yang lain di dalam laut kerana terlalu kecewa. Berita tersebut telah sampai
ke Sang Nata iaitu raja di Majapahit, Sang Nata sangat marah kerana puterinya telah
terbunuh disebabkan tindakan Sultan Ahmad. Kerajaan Majapahit telah menghantar
serangan ke negeri Pasai, ketiadaan Tun Beraim Bapa iaitu pahlawan negeri Pasai
yang telah dibunuh oleh bapanya sendiri menyebabkan Sultan Ahmad dan

hulubalangnya lari ke negeri Menduga kerana tidak mampu untuk melawan kemaraan
kerajaan Majapahit. Angkatan perang Majapahit yang diketuai oleh Sang Nata telah
beroleh harta rampasan perang yang banyak kerana harta-harta Raja Pasai
ditinggalkan oleh Sultan Ahmad. Peristiwa tersebut telah menutup kisah
kemasyhuran Raja Pasai dan bermula era kejatuhan Raja Pasai.

BAB 1

PUTERI BETONG

Cerita dimulai dengan memperkenalkan Raja Ahmad (abang) dan Raja Muhammad
(adik) sebagai raja bersaudara di negeri Pasai. Mereka berdua hendak membuka
kerajaan di negeri Semerlanga.

Semasa Raja Muhammad dan rakyatnya sedang menebas hutan untuk
dijadikan negeri baru, mereka menghadapi masalah kerana serumpun buluh betung
yang tumbuh kembali setiap kali selepas mereka menebasnya. Hal ini telah
menyebabkan Raja Muhammad mengambil keputusan untuk menebasnya sendiri.
Walaubagaimanapun, setelah semua buluh betung ditebang baginda terlihat satu buluh
betung yang besarnya seperti badan manusia. Tiba-tiba seorang budak perempuan
keluar dari buluh betung itu dan hal tersebut semestinya telah mengejutkan Raja
Muhammad. Raja Muhammad membawa pulang anak tersebut, dinamakan anak
tersebut sebagai Puteri Betong dan dijaga dengan rapi oleh inang pengasuh serta
dayang-dayang dalam Istana.

Berita Raja Muhammad mendapat anak dari buluh betung itu telah sampai
kepada Raja Ahmad menyebabkan baginda serta isterinya telah mengunjungi istana
Raja Muhammad untuk melihat anak tersebut. Mereka sangat gembira melihat Puteri
Betong kerana rupa parasnya yang elok.

Tidak lama kemudian, Raja Ahmad juga membuka negeri baru yang tidak jauh
dari negeri baru Raja Muhammad. Raja Ahmad serta hulubalang dan orang-orang
besar keluar memburu di hutan namun mereka langsung tidak mendapat hasil buruan.
Akhirnya, bagi melepaskan lelah Raja Ahmad telah berhenti di surau dan berjumpa
seorang lelaki tua di situ. Baginda menceritakan perihal buruannya serta cerita Raja
Muhammad yang menjumpai anak perempuan dalam buluh betung. Setelah lelaki tua
itu mendengar cerita berkaitan dengan Puteri Betong tersebut, beliau meminta Raja
Ahmad untuk menunggu sebentar. Tidak lama kemudian, terlihat seekor gajah dan
seorang budak lelaki yang duduk diatas kepala gajah tersebut. Gajah tersebut
memandikan budak lelaki tersebut, meletakkan budak itu ditepi tebing, setelah ia
selesai mandi, ia mengambil budak lelaki itu dan meletakkan dia kembali diatas
kepalanya dan berlalu pergi. Raja Ahmad pulang ke istana yang memberitahu tentang
apa yang baginda lihat kepada isterinya, lalu isterinya menyuruh baginda untuk
membawa budak lelaki itu pulang.

Raja Ahmad telah menghimpunkan askar-askar lalu masuk ke hutan dan
menuju ke surau tempat baginda berjumpa dengan lelaki tua tersebut. Setelah

menunggu seharian dalam lubang, gajah itu kembali ke sungai yang sama lalu ketika
gajah sedang leka mandi, Raja Ahmad telah mengambil kanak-kanak lelaki itu lalu
mengarahkan askar-askarnya untuk menghalang gajah tersebut daripada mengikutinya
pulang ke Istana. Setibanya, Raja Ahmad dan kanak-kanak lelaki tersebut di istana
baginda disambut girang oleh isterinya lalu menamakan anak lelaki tersebut sebagai
Merah Gajah.

Khabar berkaitan dengan Raja Ahmad mendapat anak di dalam hutan telah
sampai ke telinga Raja Muhammad. Raja Muhammad dan isterinya telah melawat
istana Raja Ahmad untuk melihat anak lelaki tersebut.

Setelah beberapa tahun, Puteri Betong dan Merah Gajah telah meningkat
dewasa dan telah dikahwinkan oleh Raja Ahmad dan Raja Muhammad.

BAB 2

MERAH SILU

Puteri Betong dan Merah Gajah mendapat 2 orang putera iaitu Merah Silu dan Merah
Hasum. Merah Silu dan Merah Hasum merupakan dua saudara yang tinggal setelah
Puteri Betong, Merah Gajah serta kedua ibu bapa mereka meninggal. Peristiwa
kematian Puteri Betong diceritakan berpunca daripada suaminya Merah Gajah yang
menarik sehelai rambut emas milik Puteri Betong. Setelah rambut tersebut ditarik dari
kepada Puteri Betong, darah tersembur keluar dengan banyak dan Puteri Betong
menghilang dengan tiba-tiba. Mendengarkan berita anak perempuannya hilang
disebabkan Merah Gajah, Raja Ahmad telah mengarahkan askarnya untuk membunuh
Merah Gajah. Merah Gajah mati dan telah menyebabkan Raja Muhammad sangat
berang maka tercetusnya perang antara dua saudara itu. Akhirnya, Raja Ahamad dan
Raja Muhammad turut terkorban dalam pergaduhan tersebut. Hal ini telah
menyebabkan Merah Silu dan Merah Hasum memutuskan untuk keluar dari negeri
Semerlanga dan mulakan hidup baru di kampung di Beruana.

Pada suatu hari, ketika Merah Silu memeriksa bubunya di sungai, bubunya
dipenuhi cacing gelang-gelang dan peristiwa tersebut berulang untuk beberapa hari.
Akhirnya, Merah Silu membawa pulang cacing gelang-gelang tersebut dan
merebusnya. Alangkah terkejutnya dia apabila cacing-cacing gelang-gelang tersebut
bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Peristiwa tersebut telah
menyebabkan Merah Silu menjadi kaya dengan serta merta. Namun, sikap Merah Silu
yang kebudak-budakkan kerana telah menjerat kerbau dan menyebabkan
kerbau-kerbau tersebut mati telah mengakibatkan Merah Hasum marah dan memberi
amaran kepada Merah Silu untuk meninggalkan negeri tersebut kerana telah
memalukan beliau.

Merah Silu telah meninggalkan kampung tersebut bersama-sama harta, kerbau
dan askar-askarnya. Setibanya Merah Silu di simpang di hulu Karang, beliau telah
tinggal di situ. Namun, kehadirannya tidak disambut baik oleh penduduk kampung di
situ kerana kerbau miliknya telah merosakkan tanaman milik para petani.

Selanjutnya, Merah Silu telah meneruskan perjalanan beliau dan sampai di
Buluh Telang. Megat Iskandar telah mempelawa Merah Silu untuk tinggal
bersamanya dan Merah Silu meminta Megat Iskandar untuk menjadi ayahandanya.
Setelah beberapa lama, Megat Iskandar mengusulkan untuk menjadikan Merah Silu
sebagai raja di Buluh Telang tersebut dan Megat Silu akhirnya diangkat menjadi Raja.

Setelah Merah Silu menjadi Raja, beliau telah berperang dengan Sultan
Malikul ‘I-Nasar iaitu kekanda kepada Megat Iskandar yang memerintah Raja Jerun.
Merah Silu berjaya membuatkan Sultan Malikul ‘I-Nasar berundur beberapa kali dan
merampas negeri yang diduduki olehnya. Sehingga akhirnya, sampai berita kepada
Megat Iskandar bahawasanya Sultan Malikul ‘I-Nasar telah berjaya membina negeri
yang dikenali sebagai Kumat. Megat Iskandar perberang dengan dan menyebabkan
ramai hulubalang mati dan Sultan Malikul ‘I-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.
Akhirnya, Merah Silu sekali lagi dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

BAB 3

MEMELUK ISLAM

Diceritakan Merah Silu telah keluar berburu di Rimba Jerun bersama seekor anjing
perburuan yang dinamakan sebagai Si Pasai. Semasa berburu, Merah Silu telah
berjumpa dengan seekor semut yang sangat besar. Saiz semut tersebut adalah sebesar
seekor kucing, perkara ini menyebabkan anjingnya menyalak tanpa henti. Kejadian
bertemu dengan semut yang besar telah menyebabkan Merah Silu berasa kagum dan
luar biasa. Lalu, beliau menyuruh sekumpulan rakyatnya untuk membersihkan
kawasan tersebut untuk dibina istana. Setelah siap pembinaan istana di kawasan itu,
segala hulubalang dan rakyat di Rimba Jerun berpindah ke kawasan itu. Kawasan itu
telah dinamakan sebagai Semudera yang bermaksud semut yang amat besar.

Dalam pada itu, terdapat seorang sultan di satu kawasan iaitu Sultan
Muhammad yang tinggal negeri Ma’abri. Diceritakan pada suatu hari Sultan
Muhammad telah menerima sebuah kapal dari Mekah iaitu kapal yang ketuai oleh
Syeikh Ismail. Tujuan Syeikh Ismail singgal di negeri naugan Sultan Muhammad
adalh untuk meminta bekalan makanan dan wakil negeri tersebut untuk menunjukkan
arah ke negeri Semudara bagi menyebarkan dakwah Islam. Sultan Muhammad
dengan berbesar hati dengan kehadiran Syeikh Ismail, lalu menyediakan makanan dan
dua orang rakyatnya untuk menjadi pemandu arah ke negeri Semudera. Setelah itu,
kapal milik Syeikh Ismail berlayar dengan bantuan orang daripada Sultan Muhammad
untuk ke negeri Semudera.

Beberapa ketika Merah Silu tinggal dengan aman di Semudera, beliau telah bermimpi
bertemu dengan seseorang. Diceritakan, di dalam mimpi tersebut seseorang itu
menampung dagu Merah Silu dan memintanya untuk membuka mulut, lalu seseorang
itu meminta Merah Silu untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah diajar
oleh seseorang itu cara mengucap dua kalimah syahadah, lalu orang itu memberitahu
bahwasannya Merah Silu adalah Sultan Malik al-Saleh kerana beliau sudah Islam.
Sedar daripada mimpi, Merah Silu telah menerima khabar bahawasanya negerinya
telah menerima sebuah kapal yang berlabuh di kawasan perairan Semudera. Merah
Silu meminta hulubalangnya untuk mengetahui tujuan dan siapa yang datang ke

kerajaannya. Setelah diselidik, kapal yang berlabuh adalah kapal dari negeri Mekah
dan nakhodanya kapal tersebut dikenali dengan nama Syeikh Ismail. Merah Silu
menyambut kedatangan kapal dari Mekkah dengan senang hati dan terbuka. Syeikh
Ismail dan segala anak kapalnya datang menghadap Merah Silu. Kedatangan Syeikh
Ismail adalah untuk menyebarkan dakwah Islam kerana berpandukan sabda
Rasulullah SAW untuk sebarkan dakwah Islam ke pelosok dunia. Lalu, Syeikh Ismail
mengajar Merah Silu dua kalimah syahadah dan bacaan ayat al-Quran. Syeikh Ismail
meminta untuk menghimpunkan semua hulubalang dan rakyat jelata di negeri
Semudera untuk mengislamkan mereka. Setelah semua raja, menteri dan rakyat di
Semudera telah diislamkan, dengan rasminya nama Merah Silu telah ditukar kepada
Sultan Maliku’l-Saleh dan nama negeri Semudera juga ditukar kepada Darul Islam.

Pada hari penabalan, Sultan Maliku’l-Saleh telah memakai peralatan lengkap yang
dibawakan khusus dari Mekah. Sekalian hulubalang duduk dalam saf menghadap
sultan dan bunyi gendang tabal telah di palu, bunyi bedil nobat juga dipasang
menandakan sultan telah ditabal. Setelah ditabal, segala hulubalang juga ditukar nama
gelaran antaranya Tun Seri Kaya digelar Syed Ali Ghiatu’din dan Tun Baba Kaya
digelar Syed Asmayu’din. Setelah seberapa ketika lama Syeikh Ismail tinggal di
Darul Islam, lalu beliau meminta izin untuk pulang ke Mekah. Syeikh Ismail berlayar
pulang ke Mekah dan ajaran Islam telah tersebar di seluruh negeri Darul Islam. Akan
tetapi masih ada kaum yang tidak memeluk Islam iaitu Kaum Gayu yang tinggal di
hulu Sungai Pasangan. Namun secara keseluruhannya, seluruh negeri Darul Islam
adalah rakyatnya yang beragama Islam.

BAB 4

BERKAHWIN DENGAN PUTERI GANGGANG

Seberapa ketika setelah ditabal menjadi Sultan Maliku’l-Saleh, hulubalang di negeri
Darul Islam datang mengahadap sultan. Hulubalang memberi nasihat kepada sultan
untuk berkahwin supaya keturunan dan kerajaan dapat diwarisi. Sultan Maliku’l-Saleh
mengambil nasihat daripada hulubalangnya dan bersetuju untuk berkahwin, namun
beliau tidak mempunyai calon isteri. Para hulubalang mencadangkan untuk merisik
anak daripada raja di negeri Perlak. Setelah itu, wakil daripada Sultan Maliku’l-Saleh
telah ke negeri Perlak untuk merisik dan memilih calon isteri kepada sultan. Raja
negeri Perlak menerima kedatangan mereka dengan baik dan mempersiapkan
ketiga-tiga putrinya untuk dilihat oleh wakil Sultan Maliku’l-Saleh. Setelah
ketiga-tiga puteri Perlak dihias dengan cantik, hulubalang telah menetapkan seorang
puteri yang berkenan dan sesuai untuk sultan. Sekembalinya hulubalang ke Darul
Islam, mereka menyatakan terdapat seorang daripada ketiga puteri Perlak mempunyai
rupa paras yang sangat menawan dan perilaku yang elok. Nama puteri tersebut ialah
Tuan Puteri Ganggang iaitu anak daripada gundik raja Perlak. Sultan Maliku’l-Saleh
mendengar khabar tersebut dan meminta nujum untuk memberi nasihat. Setelah
nujum menyatakan bahawa Tuan Puteri Ganggang adalah calon yang terbaik dan
sesuai dengan Sultan Maliku’l-Saleh, beliau bersetuju dan meminta hulubalangnya
menyampaikan berita ingin beristerikan Tuan Puteri Ganggang.

Hulubalang membawa barangan dan beberapa perlengkapan untuk menyampaikan
titah sultan kepada raja Perlak. Raja Perlak dengan senang hati dan merestui

anakandanya menikah dengan Sultan Maliku’l-Saleh. Pada hari pernikahan,
segerombolan wakil daripada Raja Perlak sampai ke Darul Islam untuk menghantar
Tuan Puteri Ganggang. Segala kelengkapan telah disediakan dengan besar-besaran
bagi menyambut hari yang bermakna bagi sultan dan rakyat di Darul Islam. Setelah
selesai upacara pernikahan, kerajaan Darul Islam telah memberikan beberapa perkara
antaranya persalinan yang indah, emas dan perak kepada wakil dari negeri Perlak
sebagai buah tangan. Setelah itu, raja dan permaisuri Perlak berangkat pulang ke
negeri mereka dan tinggalkan anakandanya bersama Sultan Maliku’l-Saleh sebagai
suami isteri di Darul Islam.

BAB 5
MEMBUKA NEGERI PASAI

Suatu hari, ketika Sultan Maliku’l-Saleh sedang memerintah negeri Semudera, sebuah
kapal perdagangan dari benua Keling telah berlabuh. Salah seorang dari anak kapal
tersebut yang mempunyai kelebihan untuk melihat kekayaan yang tersorok lalu
menyatakan bahawa tempat tersebut mempunyai tujuh buah tempat yang dipenuhi
dengan emas. Perkara ini pun didengari oleh pegawai istana dan dilaporkan kepada
sultan. Setelah mendengarkan khabar tersebut sultan pun menitahkan pegawainya
untuk membawa anak kapal tersebut menghadapnya. Selesai bersoal jawab bersama
anak kapal tersebut, sultan pun memberi tugas untuknya bagi mengetuai misi mencari
emas di negeri Semudera. Misi tersebut berjaya dan telah dipersembahkan di hadapan
sultan segala kekayaan yang ditemui.

Setelah beberapa tahun berlalu, isteri kepada sultan hamil. Genap sembilan bulan,
lahirlah bayi lelaki yang sihat dan sempurna diberikan nama Sultan Maliku’l-Tahir.
Pada satu hari, Sultan Maliku’l Saleh pergi berburu bersama askarnya serta membawa
seekor anjing yang diberi nama Si Pasai. Namun, terjadi suatu perkara yang sangat
pelik dan ganjil ketika itu yang mana anjing baginda, Si Pasai menyalak kepada
seekor pelanduk akan tetapi pelanduk itu bertingkah sangat berani dan berjaya
membuatkan anjing buruan sultan berundur ketakutan. Sang sultan melihat kejadian
itu terpegun lalu memerintahkan pegawainya untuk bersedia mendirikan negeri
tersebut dan menyerahkan pemerintahan kepada anaknya iaitu Sultan Maliku’l-Tahir.
Baginda sultan juga memberikan nama negeri tersebut sebagai Pasai atas sebab
peristiwa pelanduk dan anjing buruannya itu.

Semasa Sultan Maliku’l-Tahir memerintah negeri Pasai, beliau pun dianugerahi dua
cahaya mana lelaki yang diberi nama Sultan Maliku’l- Mahmud dan Sultan Maliku’l
Mansur. Tidak lama setelah itu, Sultan Maliku’l-Tahir pun meninggal dunia dan
menyerahkan pemerintahannya kepada anak sulung iaitu Sultan Maliku’l Mahmud
dan Syed Ali Ghiatu’din menjadi perdana menteri. Ketika anak kedua sultan sudah
dewasa iaitu Sultan Maliku’l Mansur, Sultan Maliku’l-Saleh iaitu nendanya sudah
semakin gering. Sang sultan pemilik negeri Samudera pun menghimpunkan
pegawainya untuk menyampaikan wasiat bagi menabalkan cucu kedua baginda sultan
tersebut sebagai pemerintah baru negeri Samudera. Akhirnya, kedua-dua negeri itu
diperintah oleh kedua adik-beradik, iaitu Sultan Maliku’l- Mahmud memerintah Pasai
dan negeri Samudera oleh adiknya Sultan Maliku’l Mansur.

BAB 6

PEPERANGAN PASAI-SIAM
Pemerintahan sultan Maliku’l Mahmud begitu mahsyur sehingga kehebatan negeri
baginda sampai ke Siam. Hal ini membuatkan Raja Siam merasa tidak puas hati dan
menghantar bala tenteranya ke negeri Pasai untuk tujuan mengutip ufti. Kedatangan
bala tentera Siam ini di ketahui oleh pagawai-pegawai sultan dan melaporkan perkara
ini. Sultan Maliku’l Mahmud pun memerintahkan laksamananya untuk menyiasat
perkara ini. Apabila sang sultan mengetahui perkara ini baginda begitu marah
sehingga kemerah-merahan muka baginda. Tanpa membuang masa, baginda sultan
pun menitahkan para hulubalang, menteri serta rakyat jelata bersiap-sedia menuju ke
medan perang bagi memerangi utusan negeri Siam. Peperangan tersebut berlangsung
selama dua bulan tanpa henti mengakibatkan ramai cedera dan mati. Melihatkan
keadaan tersebut, Sultan Maliku’l Mahmud pun mengangkat senjata lalu berdiri di
barisan saf hadapan bersama bala tenteranya lain. Setelah berperang mati-matian,
panglima Siam yang bernama Talak Sembang terkena panah dan meninggal
menyebabkan bala tentera Siam dapat dikalahkan.

Sultan Maliku’l Mahmud dianaugerahi tiga cahaya mata iaitu seorang anak lelaki
diberi nama Sultan Ahmad Perumadal Perumal dan dua anak perempuan. Pada suatu
hari, baginda sultan berhajat pergi bersiar-siar dan meninggalkan negeri Pasai. Namun,
ketika itu juga Sultan Maliku’l Mansur bersama menteri dan pegawai-pegawainya
hendak membuat jamuan besar-besaran dan menuju ke negeri Pasai. Ketika hendak
berangkat, perdana menteri Samudera iaitu Syed Asmayu’d-din menghadap sultan
dan menegur baginda untuk tidak ke Pasai semasa ketiadaan kekandanya iaitu Sultan
Maliku’l Mahmud kerana takut berlakunya fitnah, akan tetapi nasihat tersebut tidak
diendahkan. Setelah sampai di negeri sultan Maliku’l Mahmud, sultan Maliku’l
Mansur terlihat seorang wanita cantik yang keluar dari istana. Baginda sultan tertarik
dengan kecantikan paras wajah wanita tersebut lalu menyuruh pegawainya membawa
wanita tersebut pulang ke istana baginda. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan
kekandanya, Sultan Maliku’l Mahmud, baginda pun marah kepada Sultan Maliku’l
Mansur serta perdana menteri Syed Asmayu’d- din.

Oleh kerana Syed Ali-Ghiatu’d-din sudah semakin tua, tugas sebagai perdana menteri
pun telah diserahkan kepada penggantinya iaitu Tulus Agung Tukang Sukera. Ketika
perdana menteri baru itu menghadap sultan, baginda pun bertanya pendapat tentang
peristiwa yang berlaku dan bagaimanakah untuk menghukum adindanya itu. Tulus
Agung Tukang Sukera pun mempunyai idea untuk menjemput Sultan Maliku’l
Mansur datang ke negeri Pasai tanpa kekerasan kerana takut berlakunya tentangan
besar. Tulus Agung Tukang Sukera memberitahu sultan untuk menjadikan majlis
khatan anakada sultan iaitu Ahmad Perumadal Perumal sebagai satu cara untuk
memerangkap adindanya. Sultan pun bersetuju dengan idea dan cadangan tersebut
lalu dititahlah kepada pegawai untuk menyatakan hajat untuk mengkhatankan
anakandanya kepada Sultan Maliku’l Mansur.

Setelah mendapatkan jemputan itu, Sultan Maliku’l Mansur pun berangkat ke negeri
Pasai. Sesampai baginda di negeri tersebut, Sultan Maliku’l Mansur masuk istana
menghadap kekandanya bersama perdana menteri dan menginggalkan hulubalangnya
di luar. Tiba-tiba, mereka ditangkap lalu dipenjarakan. Sultan Maliku’l Mahmud
bertanya pendapat kepada perdana menteri barunya itu, Tulus Agung Tukang Sukera
berkenaan hukuman yang harus dijatuhkan kepada adinda serta orang kanan sultan.
Lalu perdana menteri pun mencadangkan untuk sultan Maliku’l Mansur untuk

dibuang negeri. Manakala menteri Asmayu’d-din disuruh menghadap sultan.
Baginda bertanya kepada menteri Asmayu’d-din adakah dia ingin memihak
kepadanya dan menjadi menteri baginda di istana Pasai. Namun, Syed Asmayu’d-din
menolak tawaran tersebut mentah-mentah kerana baginya jika dipisahkan dengan
Sultan Maliku’l Mansur maka lebih baik badan serta kepalanya dipisahkan. Sultan
pun menitahkan untuk dipenggal menteri tersebut dan kepalanya dibuangkan ke laut.
Manakala badanya disula di Kuala Pasai. Takdir Allah, kepala menteri Syed
Asmayu’d-din mengikut perahu tuannya iaitu Sultan Maliku’l Mansur.
Beberapa ketika, pawang perahu tersebut terdengar bunyi pelik pada kemudi lalu
dilihatnya satu kepala manusia tersangkut. Hal tersebut dikhabarkan kepada Sultan
Maliku’l Mansur dan baginda menyuruh hambanya mengambil kepala tersebut.
Alangkah terkejutnya baginda sultan setelah melihat kepala itu milik menterinya
Asmayu’d-din. Dengan pantas, sultan memerintahkan orang-orangnya mencari badan
sang menteri dan kemudiannya dijumpai badan tersebut tersula di Kuala Pasai. Sultan
Maliku’l Mansur pun memohon kepada kekandanya untuk badan menterinya itu
diambil, lalu Sultan Maliku’l Mahmud pun mengizikan. Setelah dipertemukan kepada
dan jasad menteri Asmayu’d-din, lalu sultan dan orang-orangnya mengkapan dan
menyembahyangkan mayat tersebut. Baginda, Sultan Maliku’l Mansur menanamkan
mayat menterinya itu di Padang Maya. Selesai urusan pengkebumian tersebut, sultan
pun belayar menuju negeri Temiang.

BAB 7

SULTAN AHMAD MENAIKI TAHTA

Pada suatu hari, Sultan Maliku’l Mahmud dihadap oleh hulubalang, menteri dan
segala rakyatnya. Baginda teringat akan saudaranya iaitu Sultan Maliku’l Mansur,
baginda merasa sangat bersalah akan sikap ketamakannya sehingga memulaukan
kerabatnya demi seorang wanita. Daripada itu, Sultan Maliku’l Mahmud menyuruh
segala hulubalangnya menjemput saudaranya iaitu Sultan Maliku’l Mansur untuk
menghadapnya di Benua Pasai. Lalu, Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukera pun
berangkat pergi ke Temiang untuk menyampaikan titah dan rindu dari Sultan Maliku’l
Mahmud kepada Sultan Maliku’l Mansur.

Apabila sesampainya Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukera di Temiang
dan menhadap menyatakan rasa rindu bagindanya kepada Sultan Maliku’l Mansur,
maka Sultan Maliku’l Mansur pun turun menaiki perahu untuk pergi berjumpa Sultan
Pasai. Sepertegahan perlayaran, Sultan Maliku’l Mansur singgah di Padang Maya di
mana ia menziarahi pusara Asmayu’d-din. Setelah selesai menziarahi pusara tersebut,
Sultan Maliku’l Mansur mengambil wuduk untuk menunaikan solat dua rakaat.
Sebelum sempat memberikan salam dan dalam keadaan bersujud Sultan Maliku’
Mansur kembali kerahmatullah.

Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukera kembali ke Pasai dan
menyampaikan berita duka kepada Sultan Maliku’l Mahmud. Baginda terus pengsan
apabila mendengar khabar duka tersebut, baginda begitu sedih sehinggakan jatuh sakit
kerana sedih akan pemergiaan saudaranya itu. Tidak lama dari itu, tahta pemerintahan
Benua Pasai diturunkan kepada anaknya iaitu Sultan Ahmad. Seketika itu Sultan
Maliku’l Mahmud yang sakit pulang mengikut saudaranya menghadap sang pencipta.

Sebelum pemergian Sultan Maliku’l Mahmud, baginda bepesan melalui
penulisan wasiat akan tanggungjawab menjadi pemerintah kepada anaknya iaitu
Sultan Ahmad. Penasan demi pesanan dari wasiat dibaca oleh Sultan Ahmad, lalu
Sultan Ahmad bersujud dan menangis. Sultan Maliku’l Mahmud di semadikan
mengikut adat raja-raja dan dibantu oleh anaknya sendiri dan segala hulubalang.
Dengan itu Sultan Ahmad pun mengambil alih sebagai pemerintah di kerajaan Pasai.

BAB 8

TUN BERAIM BAPA

Pada suatu hari, semasa berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad, terdapat
sebuah kapal yang datang dari benua Keling. Di dalam kapal tersebut terdapat seorang
pertapa Hindu yang bernama Jogi. Kapal itu naik ke darat kerana pertapa Hindu itu
sakit lalu dibawa berjumpa Sultan Ahmad. Jogi menunjukkan kesaktiannya di
hadapan Sultan Ahmad lalu pengsan disebabkan oleh Sultan Ahmad memiliki
kemuliaan yang dianugerahi. Sultan merasa hairan melihat Jogi yang pandai bermain
dengan sihirnya. Namun, selepas itu Jogi telahpun memeluk agama islam dan dia
menggelar baginda Sultan Ahmad Perumadal Perumal.

Setelah sekian lama Sultan Ahmad memerintah, baginda dianugerahi Allah
S.W.T tiga puluh orang anak yang seibu sebapa lima orang, tiga orang lelaki dan anak
yang sulung bernama Tun Beraim Bapa, anak yang kedua bernama Tun Abdul Jalil
dan yang ketiga bernama Tun Abu’l Fazil. Manakala dua anak perempuannya pula
bernama Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara. Anakknya yang bernama Tun
Beraim Bapa memiliki peribadi yang sangat perkasa seperti pahlawan yang tidak ada
tandingannya pada zaman itu. Tingginya tujuh hasta dan bidang dadanya dua hasta.
Nama Tun Beraim Bapa sememangnya terkenal serta masyhur hingga ke benua
Keling. Tun Abdul Jalil pula baik rupa dan parasnya serta tiada bandingannya pada
masa itu. Berita mengenai Tun Abdul Jalil masyhur hingga ke benua Jawa dan sampai
kepada Puteri Gemerencang iaitu anak Raja Majapahit. Manakala Tun Abu’l Fazil
terlalu alim dan baginda mengetahui mengenai ilmu pendeta. Anak Sultan Ahmad
Perumadal Perumal yang perempuan iaitu Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara
pula amat baik paras mereka dan tidak ada bandingannya pada zaman itu.

Sultan Ahmad juga turut mempunyai empat orang perdana menteri yang
bernama Tulus Agung Tukang Sukera, Baba Mentuah, Sulaiman Dendang Air dan
Tun Syah Alam Kota. Diceritakan orang bahawa Sultan telah jatuh cinta akan anak
perempuannya yang bernama Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara. Pada suatu
hari, Sultan Ahmad duduk di atas singgahsananya dan dihadap oleh menteri dan
hulubalangnya. Baginda bertanyakan soalan kepada hulubalangnya dan dijawab oleh
Tun Tulus Agung Tukang Sukera serta Baba Mentuah. Namun, jawapan yang
diterima menyebabkan baginda murka akan Tun Tulus Agung Sukera. Tun Perpatih
Tulus Agung Sukera pun menyuruh seorang perempuan memberitahu Tun Mandam
Peria dan Tun Takiah Dara mengenai perkara yang dinyatakan oleh sultan kepada
hulubalangnya dan Tun Mandam Peria pun bergegas memberitahu saudaranya iaitu
Tun Beraim Bapa yang berada di Tukas. Apabila Tun Beraim Bapa mendengar berita
itu, beliau bergegas ke Pasai lalu masuk ke dalam istana Sultan Ahmad dan segera
membawa kedua-dua saudaranya ke Tukas. Hal ini menyebabkan sultan merasa
marah dan berdendam akan Tun Beraim Bapa.

Beberapa lama kemudian, terdapat sebuah kapal yang amat besar yang datang
dari benua Keling. Terdapat empat orang pendekar yang tidak ada tandingnya di
dalam kapal itu. Tujuan mereka datang ke negeri Pasai adalah untuk mencari lawan.
Pahlawan itu naik ke darat lalu bertemu dengan orang di dalam negeri Pasai. Pendekar
itu bertanyakan mengenai larangan raja dalam negeri tersebut. Setelah mendengar
jawapan yang diberikan, pendekar itu bernekad untuk mengerjakan segala larangan
yang dilarang. Apabila orang melihat pekerjaan pendekar itu lalu mereka pun pergi
memberitahu Tun Perpatih Tulus Tukang Sukera lalu Tun Pepatih pun menyampaikan
berita itu kepada Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk mereka menyampaikan
berita ini kepada Sultan Ahmad. Ketika mendengar berita itu, Sultan Ahmad pun
menyuruh Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim Bapa
yang berada di Tukas. Kedua-dua mereka itu pergi ke Tukas dan memberitahu Tun
Beraim Bapa mengenai pendekar Keling yang datang ke negeri Pasai untuk mencari
lawan. Tun Beraim Bapa pun bersetuju untuk menghadap Sultan Ahmad keesokkan
harinya dan menyuruh Perman Isap dan orang Tikar untuk memanggil pahlawan serta
pendekar.

Tun Beraim Bapa serta hulubalangnya menyiapkan diri dengan pakaian dan
peralatan-peralatan. Selepas bersiap-siap, mereka pun sampai ke pintu lalu masuk ke
dalam pagar. Sultan pun terkejut melihat ramai orang yang masuk. Tun Beraim Bapa
pun datang ke pintu gerbang lalu menyuruh Perman Isap dan Orang Tikar agar
memberitahu kepada Dara Zulaikha Tingkap yang bergelar Derma Dikara untuk
memberikannya seekor kuda semberani anak kuda Parsi. Maka kedua-duanya pergi
berjumpa Dara Zulaikha Tingkap dan Dara Zulaikha Tingkap pun pergi berjumpa
dengan sultan. Sultan pun memberikan kuda yang tidak pernah ditunggang manusia
bersama-sama dengan kekangnya dan pelananya kepada Tun Beraim Bapa. Selepas
memberikan kuda tersebut kepada Tun Beraim Bapa, Sultan pun berangkat ke medan
untuk melihat Tun Beraim Bapa bermain-main. Sultan menyuruh Bermamat Panti dan
Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim Bapa agar menunggang kuda tersebut
di hadapan pendekar Keling itu. Maka Tun Beraim Bapa pun menunggang kuda
tersebut sehingga membuatkan sultan merasa hairan dan terkejut disebabkan oleh
kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Beraim Bapa. Lalu sultan menyuruh Tun
Beraim Bapa untuk bermain-main di hadapan pendekar Keling. Maka Tun Beraim
Bapa pun menginginkan sebilah pedang dan sebuah perisai.Tun Beraim Bapa pun
menunjukkan kehebatannya dengan memenggal dua kelambir yang dilontarkan
hingga ghaib tidak kelihatan dan sebelahnya terlantar di bumi. Setelah selesai
menunjukkan kehebatannya, Tun Beraim Bapa pun menyembah Sultan Ahmad dan
segala gurunya juga turut menyembah. Setelah dilihat oleh seluruh pendekar Keling
akan kehebat Tun Beraim Bapa, ia membuatkan mereka merasa hairan dan gementar
lalu kembali ke kapal dengan malu serta menunduk kepala kerana tidak berani untuk
melawan Tun Beraim Bapa. Selepas itu, sultan pun kembali pulang ke istananya
begitu juga dengan Tun Beraim Bapa, gurunya serta hulubalangnya kembali pulang
ke Tukas dengan senda gurau.

BAB 9

LUBUK TURA

Setelah beberapa lama kemudian, pada hari jumaat, Tun Beraim Bapa pergi ke Pasai
untuk bermain-main lalu masuk ke dalam pagar sultan. Tun Beraim Bapa naik ke
bangsal dan ternampak Tun Fatimah Lepau yang sedang mengarang bunga dengan
Dara Zulaikha Tingkap. Tun Fatimah Lepau merupakan gundik Sultan Ahmad. Tun
Beraim Bapa bergurau senda dengan Tun Fatimah Lepau sehingga menyebabkan
Sultan Ahmad terkejut daripada tidur kerana mendengar gegaran yang kuat. Sultan
bertanyakan kepada Dara Zulaikha akan kejadian yang berlaku. Selepas mengetahui
kejadian yang sebenarnya, sultan merasa terlalu marah dan memberitahu Dara
Zulaikha untuk menjaga rahsianya iaitu baginda ingin membunuh Tun Beraim Bapa.
Sultan mula merancang strategi untuk membunuh Tun Beraim Bapa iaitu baginda
ingin membawanya ke hulu sungai lalu dibunuh.

Sultan Menyuruh Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memanggil
hulubalangnya dan mengajak mereka untuk bermain-main ke hulu sungai untuk
menangkap rama-rama belodok, ketam berdayung, udang bersanggul, lembedak
mengidam dan patin bertelur. Sultan Ahmad juga turut meminta Bermamat Panti dan
Maidana Panti untuk memberitahu Si Beraim Bapa bahawa sultan hendak mencari
rama-rama belodok, ketam berdayung, udang bersanggul, lembedak mengidam dan
patin bertelur. Maka mereka berdua pun pergi ke Tukas lalu memberitahu Tun Beraim
Bapa mengenai hasrat sultan.

Tun Beraim Bapa menyuruh Perman Isap dan Orang Tikar untuk pergi ke hulu
sungai juga bagi menebas hutan di tepi sungai tersebut kerana sultan ingin pergi ke
hulu sungai lalu ke Lubuk Tura dan ke Belatap lalu ke Malim Zainal Belatap dan
kemudian ke Malim Pagar Sesah dan seterusnya ke kampung kepada Si Ali Kecil
Pahat Putar dan kepada Si Bintang Timur dan kepada Si Akar Gajah Mengangkat.
Tun Beraim Bapa pun pergi ke pekan dan memberitahu orang pekan bahawa baginda
ingin mengiringi sultan ke hulu sungai.

Paduka Sultan pun berangkat seperti adat segala raja-raja. Baginda menyuruh
Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim Bapa bahawa
baginda sudah bergerak pergi ke hulu sungai bersama-sama gundik dan
dayang-dayangnya. Selepas Tun Beraim Bapa mendapat berita itu, lalu baginda pun
bergerak pergi bersama-sama dengan saudaranya, lalu ia berjalan dari pekan. Sekalian
orang pekan pun menangis serta mendoakan Tun Beraim Bapa.

Paduka Sultan pun telah sampai ke Lubuk Songgong lalu menyuruh Bermamat
Panti dan Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim Bapa untuk menjala di
Lubuk Songgong itu. Baginda pun menjala di Lubuk Songgong tersebut dan tatkala
baginda sudah menghambur jalannya, Tun Beraim Bapa pun menyelam. Ketika
Paduka Sultan melihat Tun Beraim Bapa menyelam, baginda memberi isyarat kepada
hulubalangnya untuk menghunuskan segala pedang bagi menikam dan menetak Tun
Beraim Bapa selepas baginda timbul. Tun Beraim Bapa berjalan-jalan di dalam air
lalu bangkit dan naik ke darat. Apabila sultan dan hulubalangnya melihat kejadian
tersebut, mereka menjadi gementar dan muka mereka kelihatan pucat. Masing-masing
menyarungkan kembali pedang mereka.

Sultan pun bergerak pergi ke hulu sungai dan sampailah di Pantai Majang.
Segala hulubalang Tun Beraim Bapa menantikan Tun Beraim Bapa di pantai itu. Tun
Beraim Bapa duduk di dalam perahunya dan berbual-bual bersama hulubalangnya.
Sementara itu, Sultan Ahmad telah tiba di Tanjung Ara. Perahu baginda tersangkut

lalu menyuruh hulubalangnya untuk membongkar perahu tetapi tidak dapat dibongkar.
Sultan pun memberikan arahan kepada Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk
memanggil Tun Bermain Bapa. Tun Beraim Bapa pun pergi ke Tanjung Ara lalu
mencuba untuk membantu menyelamatkan perahu sultan. Namun, ada perahu yang
hanyut, karam dan ada yang terdorong ke dalam hutan. Tun Beraim pun menyelam
sekali lagi dan baginda menyelam begitu lama. Sultan pun pura-pura menangis.
Semasa menyelam, Tun Beraim Bapa pergi ke hulu dan baginda duduk di atas batang
yang dibawanya sambil mengurai-urai rambutnya dan memetik canggainya. Orang
memberitahu sultan bahawa Tun Beraim Bapa masih lagi hidup. Sultan pun menyuruh
Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memanggilkan orang Seri. Sultan
menyuruh orang Seri tersebut untuk membuatkan ubat hangat kepada anaknya. Orang
Seri tersebut pun membuat peniaram dan dimasukkan racun ke dalam peniaram
tersebut.

Sultan pun menyuruh Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk
menghantarkan ubat hangat tersebut kepada Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa
sudah mengetahui bahawa ubat hangat tersebut mengandungi racun lalu baginda pun
membelah dua peniaram itu dan memberikan kepada anjing dan ayam. Anjing dan
ayam tersebut mati selepas memakan peniaram tersebut. Tun Beraim Bapa tidak mahu
derhaka lalu baginda hendak makan peniaram itu lalu direbut oleh Tun Mandan Peria,
lalu Tun Mandan Peria pun mati akibat memakannya. Tun Takiah Dara juga mati
akibat memakan peniaram tersebut. Tun Beraim Bapa pun mengambil peniaram yang
tinggal lalu memakannya. Racun tersebut telah tersebar dalam tubuh badan Tun
Beraim Muda hingga menyebabkan tubuhnya menjadi gatal-gatal.

Tun Beraim Bapa pun bertanya kepada Malik Akasan mengenai sebuah
lubuk lalu menyuruh Malik Akasan membawanya ke sana. Setibanya baginda di
Lubuk Tura, Tun Beraim Bapa pun mencuba untuk menangkap ikan dan baginda juga
turut bergelut dengan ular lembuni yang sangat berbisa. Baginda pun berjaya
menangkap ular tersebut dan menyuruh seseorang membakar ular tersebut. Sesiapa
sahaja yang menghidu bau asap ular tersebut akan mati kerana ular lembuni tersebut
tersangatlah berbisa. Tun Beraim Bapa pun memakan kesemua daging ular tersebut.
Tun Beraim Bapa menyuruh seseorang untuk menanyakan kepada sultan mengenai
tempat untuk ditanam dirinya sekiranya baginda mati. Selepas itu, Tun Beraim Bapa
pun mengajak Malik Akasan untuk membawanya ke Bukit Fadlu’llah. Perjalanan ke
bukit tersebut sangat mencabar serta penuh bahaya. Tun Beraim Bapa semakin lemah
lalu baginda menyuruh Malik Akasan untuk mendukungnya kerana baginda sudah
tidak dapat berjalan lagi. Malik Akasan pun mendukung Tun Beraim Bapa. Apabila
sampai di sebuah tempat, baginda menyuruh Malik Akasan untuk membaringkannya
di atas tanah. Baginda pun mengambil lembing lalu dilontarkannya. Lembing tersebut
telah jatuh ke Bukit Fadlu’llah dan kemudiannya Tun Beraim Bapa pun meninggal
dunia. Malik Akasan pun membawa mayat Tun Beraim Bapa ke Bukit Fadlu’llah.
Ketika sampai berita mengenai kematian Tun Beraim Bapa, Sultan Ahmad merasa
sangat gembira. Baginda pun kembali ke Pasai.

BAB 10

TUAN PUTERI GEMERCANG

Tuan Puteri Gemerencang iaitu anak kepada Ratu Majapahit di negeri Jawa. Beliau
masih belum berkahwin dan tidak mempunyai suami kerana menginginkan seorang
suami yang bijaksana dan perkasa. Oleh itu, tuan puteri telah menyuruh hulubalang
yang bernama Tun Perpatih Jena pergi ke setiap negeri untuk melukis raut wajah
setiap anak-anak raja. Antara peralatan atau kelengkapan yang dibawa oleh
hulubalang adalah dakwat penuh sekoci dan kalam seberkas. Tun Perpatih Jena
berlayar ke setiap negeri dengan menaiki perahu.

Setelah pergi kebeberapa buah negeri, akhirnya Tun Perpatih Jena berjaya
melukis raut wajah anak-anak raja kira-kira Sembilan puluh Sembilan sebelum ia tiba
di negeri Pasai. Setibanya Tun Perpatih Jena di negeri Pasai ia melihat putera negeri
itu iaitu Tun Abdul Jalil, lalu hulubalang pun melukis raut wajah Tun Abdul Jalil.
Dengan melukis raut wajah anak raja negeri Pasai tersebut, genaplah seratus orang
lukisan anak-anak raja yang diarahkan oleh Tuan Puteri Gemerencang dan ia berlayar
pulang ke negerinya semula.

Tun Perpatih Jena akhirnya sampai di Benua Jawa setelah mengambil masa
beberapa hari berlayar ke setiap negeri. Tanpa membuang masa, Tun Perpatih Jena
telah menghadap Tuan Puteri Gemerencang dan menunjukkan hasil lakaran muka
anak-anak raja di setiap negeri yang ia pergi. Tuan Puteri Gemerencang telah melihat
kesemua lakaran wajah anak raja, namun hanya seorang sahaja yang beliau berkenan
iaitu anak putera negeri Pasai Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang sangat
gembira dan berahi melihat lakaran wajah Tun Abdul Jalil.

Tuan Puteri Gemerencang tidak tertahan rasa sukanya terhadap Tun Abdul
Jalil. Tingkahnya dikatakan seperti orang gila bayang, mandinya tidak basah dan
makannya juga tidak kenyang. Dengan perasaan yang tidak dapat ditangkisi, Tuan
Puteri Gemerencang telah memberitahu perasaan yang terputik perasaan cinta serta
ingin menjadikan Tun Abdul Jalil sebagai suaminya. Dari penceritaan dari
anakandanya, Sang Nata Majapahit telah mengarahkan orang suruhannya
menyediakan peralatan dan kelengkapan seperti ghurab, kelulus dan jong untuk
kenaikan anakandanya berangkat ke negeri Pasai. Tidak dilupakan juga, baginda telah
menghadiahkan beberapa emas, perak, permata yang cantik dan pakaian yang
pelbagai rekaan. Sang Nata Majapahit menghantar puterinya ditemani segala
hulubalang sehingga di tepi laut, Tuan Puteri Gemerencang menangis dan memohon
restu dari ayahnda dan bondanya sebelum naik ke ghurab, lalu berlayarlah puteri
bersama pengikutnya ke benua Pasai.

Apabila mendengar keberangkatan Tuan Puteri Gemerencang ke Benua Pasai,
Sultan Ahmad iaitu Raja yang menduduki tahta ketika itu tidak berkenan untuk
mengahwinkan Tuan Puteri Gemerencang dengan anaknya iaitu Tun Abdul Jalil. Oleh
itu baginda telah membuat helah dan merancang membunuh anaknya. Hasratnya
untuk membunuh anaknya sendiri hanya diketahui oleh Dara Zulaikha Tingkap.
Setelah membunuh Tun Abdul Jalil, baginda menyuruh orang suruhannya membuang
jasad anaknya di laut Jambu Air.

Tidak lama dari itu, rombongan dari Tuan Puteri Gemerencang telah tiba ke
laut Jambu Air. Seketika itu keluar sebuah perahu dari Kuala Jambu Air dan Puteri
Gemerencang bertanya kepada orang itu tentang nama negeri yang baru ia sampai.
Orang itu pun menyatakan ia berada di Benua Pasai dan menyatakan tentang berita
yang hangat diperkatakan di negeri Pasai, iaitu bapak yang membunuh anaknya

sendiri. Daripada penceritaan orang yang di dalam perahu, Tuan Puteri Gemerencang
sangat berduka dan bersedih kerana cerita yang didengarinya merupakan cerita
tentang lelaki pujaannya yang dibunuh iaitu Tun Abdul Jalil. Daripada penceritaan itu
juga jasad Tun Abdul Jalil juga di buang di dalam laut Jambu Air.

Dengan perasaan yang tidak dapat dibendung Tuan Puteri Gemerencang
memberitahu dan mengarahnya segala pengikutnya untuk membuat pilihan untuk
bersamanya kekal di Benua Pasai atau ada yang ingin pulang ke Benua Jawa. Bagi
mereka yang ingin pulang ke Benua Jawa, Tuan Puteri Gemerencang telah memesan
kata untuk ayahnda dan bondanya akan maaf atas kesalahan dan khilafnya. Setelah itu,
Puteri Gemerencang berdoa keatas Ilahi untuk pertemukan dengan pujaan hatinya
iaitu Tun Abdul Jalil dan dengan kuasaNya termakbul dan kapal yang dinaikinya pun
tenggelam di laut Jambu Air.

Setibanya sebilangan pengikut Tuan Puteri Gemerencang di Benua Jawa,
mereka menyatakan peristiwa yang berlaku dan menyatakan bahawa Tuan Puteri
Gemerencang telah kembali kerahmatullah kerana berduka akan pujaannya telah
dibunuh. Sang Nata Majapahit yang mendengar peristiwa itu berasa sangat sedih dan
berdendam dengan Sultan Ahmad kerana ia telah membunuh bakal suami kepada
anaknya sekaligus meragut nyawa anaknya. Oleh itu, Sang Nata Majapahit telah
mengarahkan segala hulubalangnya untuk bersedia menyerang Benua Pasai untuk
menebus dendamnya kepada Sultan Ahmad yang membunuh anakandanya.

BAB 11

MAJAPAHIT MENYERANG PASAI

Segala angkatan yang mengikut Tuan Puteri Gemerencang telah pulang ke Benua
Jawa dan menghadap Sang Nata Majapahit. Mereka menceritakan segala khabar
tentang Tuan Puteri Gemerencang yang telah tenggelam dan Sultan Ahmad yang telah
membunuh anaknya. Apabila mendengar khabar duka tersebut, Sang Nata Majapahit
dan isterinya sungguh sedih dan pengsan tidak sedarkan diri.

Setelah bangun dari pengsan, Sang Nata Majapahit telah mengarahkan Patih
menghimpunkan segala orang besar, menteri, penggawa, rakyat dan bala tenteranya
untuk bersiap sedia menyerang Benua Pasai. Terdapat kira-kira empat ratus kapal
besar, perahu jalur dan kelulus mengikut angkatan Sang Nata Majapahit berlayar ke
Benua Pasai.

Setibanya di pelabuhan Pasai, angkatan dari Benua Jawa naik ke darat dan
mendirikan kota di sepanjang pantai. Setelah siap membuat kubu, angkatan tentera
tersebut masuk ke dalam kota. Cerita dari pihak sebelah, iaitu Tun Agung Tukang
Sukera menghadap Sultan Ahmad dan memberitahu akan terdapat angkatan musuh
dari Benua Jawa telah berkota. Reaksi Sultan Ahmad sangat gembira dan menyuruh
pengikutnya untuk bersiap sedia pada esok hari untuk membuat serangan dan
menyuruh musuh keluar.

Pihak Benua Pasai telah diketuai oleh Tun Bijaya Pangiran dengan membawa
begitu ramai rakyat turun bertempur. Pertempuran yang berlaku tersebut telah

mengakibatkan ramai askar yang terluka dan mati. Namun ia berterusan selama tiga
bulan kerana angkatan Majapahit sukar ditumpaskan berkat pertolongan dari Benua
Asing.

Setelah mengambil masa tiga hari tiga malam yang benar-benar gentir
akhirnya rakyat dan Pasai telah dapat ditewaskan. Daripada kemenangan tersebut
banyak sekali hasil rampasan diperolehi dan ditawan. Untuk berehat kerana penat
ramai askar dan rakyat bersandar di pohon pauh di medan Pasai. Oleh kerana terlalu
ramai yang bersandar maka pohon tersebut pon bengkok kerana sandaran tombak
yang banyak dan kawasan tersebut diberikan nama Padang Pauh Bengkok.

Beberapa lama berada di Pasai Majapahit pon menyuruh segala pengikut
mengisi hasil rampasan untuk di bawa ke Benua Jawa. Sepanjang perjalanan di lauk
mereka bersorak sehinggakan mereka berjaya menakluk Jambi di Palembang. Semua
kawasan rakyat dari Pasai diberi kebebasan untuk tinggal di dalam negeri Majapahit.
Dari situlah Pasai mulai mengalami kemunduran setelah adanya penyerangan yang
dilakukan oleh Kerajaan Majapahit. Antara sebab Kerajaan Majapahit menyerang
Kerajaan Samudera Pasai kerana Puteri dari Kerajaan Majapahit membunuh diri
karena gagal menikah dengan Putera Mahkota Kerajaan Samudera Pasai. Jelaslah
penyerangan dari Majapahit ini merupakan awal dari keruntuhan Samudera Pasai dan
tamatlah penguasaan sebuah kerajaan yang bernama Pasai


Click to View FlipBook Version