SEKOLAH KEBANGSAAN AYER ITAM
PROJEK TS25
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KUMPULAN A
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN A:
• Muizz
• Auni
• Qistina
• Atikah
• Alisya Dania
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KmR TAHUN 6
NAMA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH SK AYER ITAM
TAJUK COVID-19
RINGKASAN PROJEK MENGHASILKAN FLIPBOOK COVID-19
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 6 BIJAK
TARIKH
MASA POSTER, MONTAJ DAN KOLAJ
STANDARD
STANDARD KANDUNGAN:
S.K. 1.1,1.2,1.3,1.4
STANDARD PEMBELAJARAN:
SP 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan
teknik dalam penghasilan poster.
STANDARD PRESTASI:
TP5 – Menzahirkan idea,pengetahuan dan kefahaman Bahasa
seni visual,media serta proses dan teknik montaj dan kolaj yang
betul dan kreatif pada karya mengikut disiplin di samping
mengamalkan nilai-nilai murni.
HASIL PEMBELAJARAN Murid menghasilkan poster tentang Stay at Home dengan
THE BIG IDEA menggunakan teknik lukisan dan kolaj.
SOALAN PENCETUS IDEA Flipbook – PSV
Menghasilkan poster tentang Stay at Home dengan
RANCANGAN PENTAKSIRAN menggunakan teknik montaj dan kolaj.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Apakah teknik yang digunakan dalam penghasilan
SUMBER poster, montaj dan kolaj?
2. Mengapakah Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)
dilaksanakan?
3. Bagaimanakah Stay at Home membantu menghentikan
penularan wabak Covid-19?
Menjelaskan melalui penghasilan poster, montaj
dan kolaj
Isi kandungan flipbook, gambar
1. Penerangan guru (aktiviti individu)
2. Menghasilkan lakaran projek
3. Penyediaan poster, montaj dan kolaj
4. Penyediaan karya dalam flipbook
5. Membuat laporan ringkas
6. Pembentangan
Buku teks, media elektronik
LAPORAN RINGKAS PROJEK TS25 PSV (KUMPULAN A)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Syuhaidah Atiqah selaku wakil
dari Kumpulan A ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
Pendidikan Seni Visual kami, Pn Tan Suan Choo dan Ketua Panitia Pendidikan
Seni Visual, Cik Tan Wei Hui. Kami ingin menceritakan tentang pengalaman
yang dilalui sepanjang menghasilkan karya gabungan teknik poster, montaj
dan kolaj dalam bidang menggambar.
Teknik yang telah digunakan untuk menghasilkan karya ialah poster, montaj
dan kolaj. Pertama sekali, kami menghasilkan lakaran idea untuk poster di
atas kertas lukisan. Kemudian, kami mewarnakan sebahagian daripada
lakaran tersebut menggunakan pensel warna. Untuk menghasilkan montaj,
kami menggunting gambar daripada bahan-bahan bercetak untuk ditampal
pada kertas lukisan. Akhir sekali, kami menggunting kertas warna dalam saiz
yang kecil untuk menghasilkan kolaj.
Melalui aktiviti penghasilan karya gabungan poster, montaj dan kolaj, kami
dapat mempelajari lebih lanjut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan. Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan akibat wabak
Covid-19 yang melanda negara kita bertujuan menghadkan pergerakan
masyarakat dari satu daerah ke daerah yang lain. Stay at Home pula
membantu mengurangkan penularan kes jangkitan Covid-19 dengan
memutuskan rantaian Covid-19.
Selepas menyiapkan karya gabungan teknik poster, montaj dan kolaj, kami
menyediakan laporan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dengan
bimbingan guru. Laporan tersebut disimpan dalam format PDF dan dimuat
naik ke laman web anyflip untuk dijadikan flipbook.
Secara keseluruhannya, kami berasa sangat gembira kerana dapat
melibatkan diri dalam aktiviti TS25 ini. Sekian, terima kasih.
HASIL KARYA KUMPULAN A
DOKUMENTASI PENGHASILAN KARYA GABUNGAN TEKNIK
POSTER, MONTAJ DAN KOLAJ