The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Template Buku Program Hari Guru 2024 by ProjekGrafik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yuslina masri, 2024-05-15 18:16:12

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

Template Buku Program Hari Guru 2024 by ProjekGrafik

PERINGKAT SEKOLAH 16 MEI 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani 16 MEI 2024 I 8.00 PAGI I DEWAN ANGSANA


SECANGKIR KATA OBJEKTIF Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang dihormati barisan Penolong Kanan SK Utan Aji Yang saya kasihi serta diraikan, barisan guru SK Utan Aji Serta anak –anak didik SK Utan Aji yang cemerlang. Pertamanya, marilah kita melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersamasama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Utan Aji bagi Tahun 2024, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI” itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini. Menjadi contoh, mencurah ilmu, Tak kenal lelah, tak tahu jemu; Itulah cikgu, itulah guru, Besar jasanya sejak dahulu. Guru-guru yang dikasihi, Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi dan masa depan murid. Justeru, amatlah wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai. Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, Berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar.Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit. Guru-guru SK Utan Aji yang dikasihi, Hadiah sebesar gunung, saya tak punya. Tapi apa yang mampu saya beri hanyalah doa kepada yang Maha Esa, agar cikgu diberi kesihatan yang baik, kesabaran dalam mendidik anak-anak murid, keberkatan hidup, rezeki yang melimpah ruah dan keluarga yang sejahtera. Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.


PENGENALAN Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi calendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru. Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. MATLAMAT Matlamat Program Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru. Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.


IKRAR GURU Bahawasanya kami guru Negara Malaysia dengan ini berikrar : • Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami • Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara kami • Kami sentiasa menjunjung perlembagaan Negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara pada setiap masa


LAGU GURU MALAYSIA Lagu dan senikata: HASHIM AHMAD Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera Puteri Negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukunegara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai, tetap kami tunaikan


AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa Induk Nama Pengerusi Pn Aida binti Ahmad Naib Pengerusi Puan Noraizah binti Abdul Naib Pengerusi 1 Puan Shafiza binti Sawai @ Salleh Naib Pengerusi 2 Encik Shaahri bin Othman Puan Noriah binti Mat Isa Pengarah Program Puan Yuslina binti Md Yatim Penolong Pengarah Encik Abdul Halim bin Tauhid Penyelaras Puan Surhayati binti Ramli Jawatankuasa Pelaksana Nama Pengacara Majlis Pn St Khadijah bt Mahmud Persiapan Tempat En Shamsul Shuhaimi bin Shaari En Rizuan bin Ismail En Alizan biun Mohd Sharif Pn Norzila bt Saad Pn Che Nilam bt Che Hassan Pn Maisun bt Che Mansor Pn Wahiza bt Mustaffa Pn Nur Anis bt Ahsormudin Cik Hazlin bt A dul Talib(SIPs) Teks Ucapan Murid Persembahan Acara Potong Kek Pn Nur Atikah bt Ahmad(SIPs) Pn Nang Reza bt Nik Ishak Pn Mazdiana Afirah bt Abdul Manan Pn Norlaila bt Zinon Pn Surhayati bt Ramli Pn Yuslina bt Md Yatim


AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa Pelaksana Nama Jurufoto En Khairul Ameer bin Ismail En Rozairee bin Zainul Jamuan Pn Athirah bt Abu Hanipah Pn Mazlina bt Johari PN Siti Nor Azrina bt Mohd Tirmiati Cik Hasanah bin Zahari (SIPs) Cik Fatin Nabilah bin Sherif (SIPs) Siaraya En Zakwan Sabri bin Ghazali Hadiah Cik Norjuliana bt Mansor Pn Zabani bt Bakar Cik Mashitoh bt Othman(SIPs) Cik Nurnajjatul Atika bt Rosli (SIPs) Buku Program Pn Yuslina bt Md Yatim Pn Surhayati bt Ramli Sumbangan En Abdul Halim bin Tauhid Pn Rosida bt Hassan Perarakan En Nukman bin Yunos (Silat) Bacaan Doa En Mohd Farizul bin Ismail (SIPs) Gimik Pn Irma bin Che Ani Pn Roselin a/p Leng Acara Guru En Rusihan bin Rahmat Pn Suzana bt Ismail En Shariman bin Zakaria Pn Nurul Ain bt Asmadi Cik Nurul Atikah bt Budin Pn Nur Atikah bt Ahmad(SIPs)


Aturcara PENGHARGAAN Masa Aktiviti 7.40 AM Murid berkumpul di dewan 8.00 AM Ketibaan Tetamu Persembahan Silat Perarakan Guru Masuk Bacaan Doa Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Nyanyian Lagu Guru Malaysia Bacaan Ikrar Guru Malaysia Sesi Bergambar Acara Potong Kek Gimik Ucapan Wakil Murid Ucapan YDP PIBG SK Utan Aji Ucapan Guru Besar Bacaan Perutusan Persembahan 1 10.10 AM REHAT 10.30 AM Acara Guru Persembahan 2 Penyampaian Cenderamata 12.30 PM Bersurai


Click to View FlipBook Version