The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN ASRAMA SMK RAJA PEREMPUAN ,IPOH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahfuza.mahmud, 2021-03-24 00:49:13

PERATURAN ASRAMA

PERATURAN ASRAMA SMK RAJA PEREMPUAN ,IPOH

PERATURAN ASRAMA
SMK RAJA PEREMPUAN IPOH

ETIKA MURID

A. Tanggungjawab Murid Terhadap Diri Sendiri:
1. Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal dan mental
2. Bersopan santun, jujur dan amanah
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan kuat berusaha

B. Tanggungjawab Murid Terhadap Sekolah:
1. Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah.
2. Menghormati guru-guru dan semua orang sekeliling
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah dalam akademik, koakademik dan sukan
5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah

C. Tanggungjawab Murid Terhadap Keluarga:
1. Menghormati ibubapa dan orang-orang tua
2. Memupuk hubungan yang baik di antara ahli keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral
4. Menjaga nama baik keluarga

D. Tanggungjawab Murid Terhadap Agama:
1. Taat kepada perintah Allah
2. Mempertahankan kesucian agama Islam.
3. Mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian.

E. Tanggungjawab Murid Terhadap Masyarakat:
1. Tolong-menolong dan bekerjasama
2. Menghormati orang yang lebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang-larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan dan penyayang terhadap sesama manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab Murid Terhadap Negara:
1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara.
2. Mematuhi undang-undang.
3. Mengamalkan konsep Rukun Negara.
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam.
5. Menjaga dan menaikkan imej negara.

1.0 JADUAL HARIAN ASRAMA

1.1 Hari Persekolahan (Isnin - Jumaat)

MASA AKTIVITI

5.00 pagi Pengurusan diri

6.00 pagi Solat Subuh berjemaah (Wajib 1 jamaah)

6.15 pagi Sarapan (Makan beradab)

6.30 pagi Pemeriksaan dorm dan bilikpersediaan

6.50 pagi Perhimpunan pagi (Dataran Asrama). Bergerak ke sekolah

1.35 petang / 2.30 petang Tamat waktu persekolahan / Makan tengah hari / Solat Zohor (berjemaah dalam

hingga 3.00 petang kumpulan kecil)

**12.30 tengahari Tamat waktu persekolahan / Tazkirah / SisKA / Balik kampung / Makan tengah

(JUMAAT SAHAJA) hari

2.30 - 4.30 petang Kelas Persediaan / Aktiviti kokurikulum ( Rabu dan Khamis)

4.30petang Solat Asar (berjemaah dalam kumpulan kecil)

4.45 - 5.15 petang Minum petang

5.15 - 6.15 petang Pengurusan diri / Riadah
6.15 – 6.45 petang Makan malam (Makan beradab)

6.45 petang Semua murid RK ke surau

7.00 malam Semua murid PKS ke surau

Solat Maghrib (Wajib 1 jamaah)

Tazkirah (5 minit)

Bacaan Surah Al Mulk / Bacaan Yassin (malam Jumaat)

Hafazan (dalam kumpulan usrah)
Solat Isya’ (Wajib 1 jamaah)

8.30 - 10.30 malam Kelas Persediaan / Tuisyen

10.30 malam Minum malam

11.00 malam Tutup Lampu / Tidur

1.2 Hari cuti (Sabtu / Hari Kelepasan Am)

MASA AKTIVITI

5.00 pagi Pengurusan diri

6.00 pagi Solat Subuh berjemaah (Wajib 1 jamaah)

7.00 pagi - 7.30 pagi Sarapan (Makan beradab)

7.30 - 8.00 pagi Pemeriksaan dorm dan bilik persediaan

8.00 pagi Tahsinul Quran

9.15 pagi Tuisyen (sekolah) / Kelas Persediaan (asrama)

12.30 tengah hari Makan tengah hari (Makan beradab)

1.30 petang Solat Zohor (Wajib 1 jamaah)

Pengurusan Diri / Aktiviti Bebas

4.15 petang Solat Asar (Wajib 1 jamaah)

4.45 - 5.15 petang Minum petang

5.15 - 6.15 petang Pengurusan diri / Riadah

6.15 – 6.45 petang Makan malam (Makan beradab)

6.45 petang Semua murid ke surau dan Solat Maghrib (Wajib 1 jamaah)

Tazkirah (5 minit)

Bacaan Surah Al Mulk / bacaan Yassin (malam Jumaat)

Hafazan (dalam kumpulan usrah)
Solat Isya’ (Wajib 1 jamaah)

8.30 malam Pengurusan Diri / Aktiviti Bebas

9.00 - 9.30 malam Minum malam

11.00 malam TutupLampu / Tidur

1.3 Hari cuti (Ahad / Kelepasan Am)

MASA AKTIVITI

5.00 pagi Pengurusan diri

6.00 pagi Solat Subuh berjemaah (Wajib 1 jamaah)

7.00 pagi - 7.30 pagi Sarapan (Makan beradab)

7.30pagi Senamrobik / Row Call (Assembly Point)

8.30pagi Gotong Royong

Pemeriksaan dorm dan bilik persediaan

11.00 pagi Lawatan Ibu bapa / Penjaga

12.30 tengahari Makan tengah hari

1.30 petang Solat Zohor (Wajib 1 jamaah) / Pengurusan Diri / Aktiviti Bebas

4.15 petang Solat Asar (Wajib 1 jamaah)

4.45 - 5.15 petang Minum petang

5.00 petang Lawatan Ibu Bapa tamat

5.15 - 6.15 petang Pengurusan Diri / Riadah

6.15 – 6.45 petang Makan malam (Doa jamaah)

6.45 petang Semua murid ke surau

Solat Maghrib (Wajib 1 jamaah)

Tazkirah (5 minit)

Bacaan Surah Al Mulk / bacaan Yassin (malam Jumaat)

Hafazan (dalam kumpulan usrah)
Solat Isya’ (Wajib 1 jamaah)

8.30 – 10.30malam Kelas Persediaan / Tuisyen

10.30malam Minum malam

11.00 malam Tutup Lampu / Tidur

2.0 PAKAIAN

2.1 Tatatertib Berpakaian

Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas setiap masa sama ada semasa berada di sekolah,
kelas persediaan, tuisyen asrama, menghadiri sebarang acara rasmi sekolah atau di luar
sekolah, mengikuti rombongan sekolah / sukan.

2.2 Pakaian Seragam Sekolah

2.2.1 Baju:
i. Baju kurung berpesak berwarna putih atau berwarna tertentu bergantung kepada jenis
. badan kepimpinan.
2.2.2 ii. Panjang tangan baju hingga ke pergelangan tangan. Tidak dilipat.
iii. Memakai sarung lengan (maksum/ hand sock) berwarna hitam, putih, coklat (warna
kulit).

iv. Labuh baju hingga ke paras lutut

Kain:
i. Kain bersusun Johor berwarna biru (turkois) atau berwarna tertentu bergantung kepada
jenis badan kepimpinan.
ii. Labuh kain hingga ke paras buku lali.

2.2.3 Tudung dan serkup:
i. Tudung berwarna putih atau berwarna tertentu bergantung kepada jenis badan
kepimpinan berserta lencana (atas) dan tag nama (bawah) sebelah kiri.
ii. Tudung tidak bersulam.
iii. Labuh tudung hingga menutup dada.
iv. Serkup putih wajib dipakai.
v. Kerongsang tidak dibenarkan sama sekali.

2.2.4 Kasut:
Kasut sekolah kanvas berwarna hitam.

2.2.5 Stokin:
Stokin berwarna hitam keseluruhan dan panjang melebihi buku lali.

2.3 Pakaian Baju Batik Asrama
i. Baju kurung berpesak lengan panjang. Kain pasang boleh didapati di Pejabat Penyelia
Asrama.
ii. Kain batik bersusun Johor.
iii. Tudung hitam/putih menutup dada beserta lencana (atas) dan tag nama (bawah)
sebelah kiri.

iv. Serkup putih wajib dipakai.

2.4 Pakaian Pengawas Asrama
i. Baju kurung berpesak berwarna putih, bertudung putih dan kain berwarna maroon.
ii. Pakaian pengawas asrama tidak dibenarkan dipakai oleh murid bukan pengawas.
iii. Serkup putih wajib dipakai.

2.5 Pakaian Kelas Persediaan Malam (prep)
i. Baju t-asrama
ii. Seluar panjang trak hitam kosong.

iv. Tudung hitam (kashibo) menutup dada beserta lencana (atas) dan tag nama (bawah)
sebelah kiri. Tudung lain tidak dibenarkan.

v. Serkup putih wajib dipakai.

2.6 Pakaian Ke Dewan Makan
i. Pakaian hendaklah kemas dan lengkap seperti baju kurung.
ii. Berkasut atau sandal (selipar tandas tidak dibenarkan).
iii. Tudung hitam atau putih berserkup putih wajib dipakai.

2.7 Pakaian yang dibenarkan perlu dibawa ke asrama
* Semua pakaian ditulis / disulam nama murid pada leher baju/ kain/ trak.
* Semua pakaian yang kering di ampaian perlu diangkat setiap petang. Ampaian perlu
dikosongkan pada malam sebelum balik kampung. Jika tidak, akan dirampas dan tidak
boleh dituntut.
* Jubah tidak dibenarkan.

2.7.1 Jenis pakaian dan bilangan
1. Seragam sekolah - 3 psg
2. Baju T- PJK- 1 psg
3. Baju T- Sukan - 1 helai
4. T-asrama - 2 psg
5. Batik asrama - 1psg
6. Baju kurung biasa (tidak jarang, ketat dan pendek) - 2 psg
7. T-Shirt berlengan panjang (tiada gambar dan tulisan tidak sopan) - 2 helai
8. Seluar panjang trak hitam - 3 helai
9. Tudung putih dan hitam - 4 helai
10. Serkup putih - 2 helai
11. Telekung - 1 psg

3.0 WAKTU PEMAKAIAN PAKAIAN TERTENTU

3.1 Pakaian Seragam Sekolah
i. Waktu persekolahan termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang.
ii. Waktu kelas persediaan petang / prep.
iii. Waktu ke klinik atau hospital semasa hari persekolahan

iv. Waktu program rasmi sekolah

3.2 Pakaian Sukan Sekolah dan T- Asrama
i. Waktu permainan atau latihan sukan (Pakaian sukan sekolah).
ii. Waktu menyertai aktiviti di dalam / luar kawasan asrama yang dibenarkan seperti
riadah, kursus, bengkel dan perkhemahan. (Pakaian T-asrama)

3.3 Pakaian Batik Asrama
i. Waktu pulang ke kampung dan kembali ke asrama.
ii. Waktu keluar bersama waris (outing) yang dibenarkan..
iii. Menghadiri kegiatan sekolah / asrama atau majlis-majlis di luar kawasan asrama yang
dibenarkan.

iv. Dipakai pada setiap hari Jumaat atau hari balik kampung ke sekolah.

3.4 Kasut/ sandal bertutup
Dipakai di sekitar kawasan asrama, ke surau, ke dewan makan, ke pantri dan ke kelas
persediaan.

3.5 Selipar Tandas
i. Dipakai hanya di tandas / bilik membasuh / kawasan dorm sahaja.
Diletakkan di rak kasut di luar dormitori masing-masing sahaja.
ii. Tidak dibenarkan dipakai di kawasan bilik persediaan, surau, pantri, dewan makan dan
sebagainya.
iii. Selipar tandas yang diletakkan dirak kasut bilik persediaan akan dirampas tanpa

iv. memulangkannya.

4.0 BARANG LARANGAN DI ASRAMA

4.1 Barang kemas subang besar / berwarna, cincin, gelang, rantai dan seumpamanya.
4.2 Alat solek celak mata, maskara, eye-liner, contacts-lense hiasan,, eye-shadow , pemerah pipi
, gincu bibir berwarna, kuteks / inai kuku atau tangan dan seumpamanya.
4.3 Pakaian : tudung (cth: bawal, turkey, selendang artis) dan seumpamanya.
4.4 Baju / seluar yang sendat /ketat (body fit ) / tidak berlengan / berlengan pendek / seluar
pendek @ sebarang pakaian yang tidak sopan / baju T ala ‘rockers’ / seluar jeans / kasut
4.5 bertumit tinggi.
Bantal berbentuk haiwan / kartun atau sebarang patung seperti teddy bear atau
4.6 sebagainya.
4.7 Cadar / Selimut / Sarung bantal selain dari produk keluaran asrama.
4.8 Rokok, ‘chewing gum’, kuaci dan minuman keras
4.9 Bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, buku atau majalah berunsur negatif
4.10 Bahan-bahan atau permainan berbahaya dan sebarang kenderaan
Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang
4.11 mengancam keselamatan
Alat-Alat Elektronik

a. Komputer Riba, i- Pad, Tab, Radio, Perakam Pita Bimbit, MP3, MP4, Telefon
Bimbit, alat pengecas, kamera, alat-alat elektrik / elektronik / muzik, lampu belajar,
cerek elektrik dan alat- alat yang seumpamanya.

b. Alat elektronik yang dibenarkan tetapi disalahgunakan akan dirampas dan diambil
tindakan. Barang-barang seperti di atas serta lain-lain alat yang bukan
merupakan alat keperluan asas pelajar, tidak dibenarkan diguna atau disimpan
di asrama. Pihak asrama berhak mengambil / merampas tanpa memulangkannya
dan menjadi hak milik sekolah.

5.0 PERATURAN KELUAR MASUK ASRAMA

5.1 Keluar Bersama Waris (Outing)

5.1.1 Kad keluar murid perlu ditandatangani oleh warden bertugas sehari sebelum keluar dari
kawasan asrama. Murid perlu berpakaian batik asrama lengkap.
5.1.2 Pelajar dikehendaki meletakkan kad pelajar di pondok pengawal.
5.1.3 Pelajar dikehendaki menulis maklumat di dalam fail / buku yang disediakan di pondok
pengawal.
5.1.4 Pelajar dikehendaki mengambil semula kad pelajar dan menulis waktu pulang ke asrama di
dalam fail / buku yang ditulis sebelum ini.
5.1.5 Pelajar yang tidak mempunyai kad keluar perlu membelinya di Pejabat Penyelia.
5.1.6 Pelajar dikehendaki balik ke asrama tidak lewat dari jam 5.00 petang.
5.1.7 Pelajar yang tidak dapat balik ke asrama pada masa yang ditetapkan akan didenda dan
tidak dibenarkan outing pada minggu berikutnya.
5.1.8 Pelajar dibenarkan outing pada hari Ahad mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Hari Ambil Hantar
Ahad
Selepas 11.00 pagi Sebelum 5.00 petang

5.1.9 Waris tidak dibenarkan membawa keluar pelajar-pelajar lain yang bukan tanggungjawab
mereka.

5.2 Balik kampung bermalam di rumah Ibu / Bapa / Penjaga

5.2.1 Murid dibenarkan pulang pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.Pakaian
baju batik asrama lengkap.

5.2.2 Kad keluar murid perlu dikumpulkan mengikut tingkatan oleh ketua dorm dan diserahkan
kepada warden bertugas sehari sebelum tarik balik kampung.

5.2.3 Prosedur seterusnya sama seperti Keluar Bersama Waris.
5.2.4 Row Call akan diadakan setiap kali semua murid kembali ke asrama selepas pulang bermalam

atau cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Ketua Warden. Semua murid
diwajibkan berada di surau pada pukul 5.30 petang. Pengawas asrama bertanggungjawab
mengambil kedatangan pelajar mengikut tingkatan atau dorm masing-masing.

5.3 Keluar Kawasan Atas Urusan Penting (Bermalam pada hari persekolahan atau minggu
bukan balik kampung)

5.3.1 Ibu bapa /penjaga perlu menghantar surat permohonan bersama borang kebenaran balik
bermalam yang disediakan kepada Pengetua/ PK HEM sekurang-kurangnya 3 hari sebelum
tarikh permohonan. Surat kebenaran akan ddiserahkan kepada murid melalui warden.

5.3.2 Surat kebenaran yang telah ditandatangani oleh Pengetua / PK HEM perlul diletakkan di pondok
pengawal bersama kad keluar yang telah ditandatangani warden bertugas.

5.3.3 Pelajar tidak memerlukan surat kebenaran atas urusan berikut:
i. Kematian/ kecemasan/ kemalangan waris terdekat (lampirkan bukti)
ii. Sakit
 Untuk kes sakit :
Bagi murid yang menetap di dalam Daerah Kinta Utara, pihak asrama / warden
bertugas
akan berhubung dengan ibu / bapa / penjaga untuk membawa pelajar ke klinik.
Sekiranya
pelajar mendapat sijil sakit dari doktor maka perlu dimaklumkan kepada warden
bertugas. Sekiranya tidak mendapat sijil sakit dari doktor ibu / bapa / penjaga
perlu menghantar anaknya pulang semula ke asrama.
 Bagi murid yang menetap di luar Daerah Kinta Utara pihak asrama / warden
bertugas akan menghantar pelajar ke klinik kerajaan yang berhampiran selepas
memaklumkan kepada ibu bapa.

6.0 WAKTU MELAWAT
6.1 Waktu pelawat (ibubapa / penjaga / waris) dibenarkan melawat adalah ditetapkan seperti berikut:-

Hari Waktu Melawat
Ahad dan Hari Kelepasan Am 11.00 pagi - 5.00 petang sahaja

6.2 Jika ada kecemasan ibu bapa / penjaga boleh melawat murid dengan kebenaran Ketua Warden
terlebih dahulu.dengan kebenaran Ketua Warden terlebih dahulu.

6.3 Semua pelawat hendaklah dilayan di ruang berhadapan pondok pengawal.
6.4 Murid tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki melainkan pelawat yang didaftarkan.
6.5 Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan murid semasa sesuatu aktiviti asrama / sekolah

sedang dijalankan tamat.
6.6 Pelawat dibenarkan membawa makanan yang bermasak untuk makan bersama dengan

murid tetapi pastikan kawasan makan dibersihkan semula. Sampah sarap dan sisa makanan
dibawa pulang oleh ibubapa /penjaga / waris keluar dari kawasan asrama.
6.7 Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan, pelawat boleh melawat dengan kebenaran
pengetua.
6.8 Pelawat tidak dibenarkan pergi ke dorm atau bilik persediaan untuk bertemu dengan pelajar.
6.9 Penghantaran barang oleh ibu bapa boleh dilakukan di pondok pengawal danmengisi borang/
buku penghantaran barang. Pelawat tidak dibenarkan berjumpa pelajar kecuali pada waktu
lawatan sahaja.

* Waktu melawat perlu dipatuhi oleh ibu bapa untuk mengelakkan gangguan proses pembelajaran
pelajar.

7.0 KELAS PERSEDIAAN / ULANGKAJI / TUISYEN

7.1 Semua murid diwajibkan menghadiri kelas persediaan, petang dan malam yang telah
ditetapkan dan kebenaran pengecualian hanya boleh diberi oleh K/Warden, PK HEM atau
Pengetua atas sebab-sebab tertentu.

7.2 Tujuan kelas persediaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran / kelas tambahan (tuisyen) /
menyiapkan kerja rumah atau lain-lain kerja berkaitan dengan pembelajran.

7.3 Murid tidak dibenarkan berjalan-jalan keluar masuk sesuka hati, baring, tidur, merayau-
rayau, berbual-bual, membaca majalah / komik, mengisi air di dewan makan, berada di sekitar
papan kenyataan di sekitar sekolah atau sebagainya.

7.4 Murid wajib berada di kelas tepat pada waktu yang ditetapkan.
7.5 Kedatangan ke kelas akan dicatat di waktu ulangkaji. Di pantau oleh warden.
7.6 Sebarang kegiatan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum boleh dibenarkan sewaktu

kelas persediaan dengan kebenaran Pengetua / PK HEM / warden bertugas.
7.7 Pengawas Akademik perlu memastikan bahawa semua penghuni berada di dalam kelas

persediaan. Pelajar yang berada di dalam domitori akan dikenakan tindakan disiplin.
7.8 Pengawas mencatat rekod kehadiran murid ke kelas persediaan dan tahu pelajar tidak

menghadiri kelas persediaan.
7.9 Warden / pembantu warden / guru kelas persediaan / pentadbir / penyelia asrama akan

membuat rondaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan ke atas pelajar yang
menyalahgunakan waktu belajar.
7.10 Murid dibenarkan masuk ke dorm mulai jam 5.00 petang (selepas minum petang) pada
hari persekolahan.
7.11 Jadual Kelas Persediaan.

HARI MASA
Isnin hingga Jumaat 3.00 petang - 4.30 petang
8.30 malam - 10.30 malam
Sabtu 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Ahad 8.30 malam - 10.30 malam

8.0 KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERKHIDMATAN PELAJAR

8.1 Bilik Akses boleh digunakan mengikut masa yang ditetapkan di bawah kawalan penyelia
asrama / warden bertugas.

8.2 Dilarang menconteng pada dinding, papan kenyataan, rehal, meja dan kerusi bilik persediaan,
tilam, katil atau loker di dorm, loker di bilik persediaan atau loker atau apa-apa peralatan /
kemudahan yang disediakan.

8.3 TV boleh ditonton mengikut jadual yang ditetapkan.
8.4 Pelajar dilarang sama sekali merosakkan kerusi meja, katil, tilam, bantal, lantai dan lain-

lain perabot / peralatan sekolah, menggores-gores atau mengelar-ngelar dengan benda
tajam, pensel, `liquid paper’ atau lain-lain cara.
8.5 Pelajar juga dilarang mengumpil loker atau pintu. Sekiranya berlaku pelajar berkenaan
dikenakan denda.
8.6. Adalah menjadi tanggungjawab pengawas asrama untuk melaporkan kepada Pengetua,
Warden atau Penyelia Asrama sekiranya berlaku sebarang kerosakan atas harta benda sekolah
8.7 Pelajar dilarang meletakkan kenyataan pada papan-papan kenyataan, poster-poster atau
lain-lain pemberitahuan kecuali kenyataan yang bersangkutan dengan kegiatan Persatuan,
Kelab, Sukan dan lain-lain aktiviti sekolah melalui kebenaran warden.
8.8 Pelajar diwajibkan untuk merujuk kepada papan kenyataan Info Terkini di Dewan Makan
untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini setiap hari.
8.9 Pelajar tidak dibenarkan memindahkan atau meminda sesuatu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran pihak asrama.
8.10 Penggunaan Elektrik dan Air:-
i. Pelajar ditegah dari membazir tenaga elektrik: suis lampu dan lampu serta kipas hendaklah

ditutup jika tidak digunakan.
ii. Pelajar ditegah dari membazir air : tutup paip air jika tidak diperlukan
iii. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat elektrik persendirian seperti seterika,

heater untuk memasak / memanaskan air.

Tempat Pagi Malam 7.00 malam
Dormitori 5.30 – 6.40 pagi 11.00 malam
6.30 –
Surau 5.30 – 6.30 pagi 10.30 – 9.00 malam
7.00 –

Kelas 6.00 – 7.00 pagi 8.00 – 11.00 malam

Persediaan

9.0 PEJABAT ASRAMA / BILIK WARDEN

9.1. Pelajar-pelajar dilarang berada di dalam pejabat asrama atau bilik warden kecuali ada urusan
tertentu atau dipanggil oleh warden atau penyelia asrama atas urusan tertentu.

9.2. Pelajar-pelajar juga mestilah berpakaian kemas jika ke pejabat asrama atau bilik warden.

10. KAWASAN LARANGAN

10.1. Bilik Elektrik.
10.2. Kawasan rumah kuarters dan tempat rehat pekerja.
10.3. Berada di asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu rehat, aktiviti petang atau persatuan

dan waktu kelas persediaan di sekolah.
10.4 Memanjat tangga di kawasan tangki air
10.5 Berenang di dalam kolah.
10.6 Duduk atas balkoni.
10.7 Kawasan belakang hujung blok B

11.0 PERSATUAN

11.1 Murid hanya boleh terlibat dalam aktiviti persatuan yang sekolah berdaftar sahaja.
11.2 Pelajar-pelajar adalah digalakkan melibatkan diri dalam persatuan sekolah.
11.3 Setiap pelajar dimestikan memasuki persatuan-persatuan wajib yang telah ditetapkan.
11.4 Setiap pelajar dimestikan menghadiri perjumpaan / aktiviti persatuan wajib dan pilihan

yang telah dipilihnya.
11.5 Waktu aktiviti persatuan dijalankan mesti mematuhi jadual yang telah ditetapkan.

12.0 ROMBONGAN / LAWATAN / PERTANDINGAN / KURSUS

12.1 Kebenaran untuk mengadakan rombongan / lawatan / pertandingan / kursus mestilah
mendapat kebenaran daripada Pengetua dan urusan kelulusan dariapda PPD perlu dibuat 5
minggu sebelum tarikh lawatan. Urusan permohonan kebenaran ini mesti dilakukan oleh guru
penasihat berkaitan.

12.2 Dua hari sebelum rombongan / lawatan / pertandingan / kursus guru perlu menyediakan
senarai ahli beserta surat kebenaran yang dikumpulkan oleh guru yang bertanggungjawab untuk
diserahkan kepada warden (merangkap ibu bapa) untuk ditandatangani.

12.3 Setiap rombongan / lawatan mestilah disertai oleh Guru Penasihat / Penolong Guru Penasihat
(Guru Tetap) / Pentadbir.

12.4 Makanan atau wang ganti makanan untuk rombongan boleh diuruskan dengan PK HEM
dan Penyelia Asrama seminggu lebih awal.

12.5 Guru Penasihat bertanggungjawab memastikan semua peraturan dipatuhi.
12.6 Semua urusan surat-menyurat mengenai hal ini mestilah melalui Pengetua / Penolong

Kanan.

13.0 MAKANAN

13.1 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan.
13.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa ke asrama makanan yang mudah basi atau yang

berbau dan barang / alatan dewan makan.
13.3 Pelajar dilarang makan di dalam bilik persediaan dan dorm.
13.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang tempahan makanan dari luar.
13.5 Bagi pelajar yang sakit dikehendaki melaporkan kepada Ketua Dorm supaya dapat

dilaporkan kepada warden bertugas untuk tindakan selanjutnya.
13.6 Pelajar yang sakit dan tidak berupaya ke dewan makan, makanan akan dihantar kepada

pesakit oleh rakannya.
13.7 Makanan bermasak hanya dibenarkan diperoleh dari dewan makan sahaja.

14.0 KEBERSIHAN

14.1 Setiap pelajar bertanggungjawab kepada kebersihan keseluruhan kawasan asrama, kelas
persediaan, kawasan menonton TV, surau, tandas dan bilik basuh, pantri, dewan makan pada
setiap masa.

14.2 Setiap pelajar mesti menjaga kebersihan diri dan pakaian.
14.3 Dilarang menyidai kain di koridor, gril tingkap, tepi katil dan pintu asrama serta bilik air.
14.4 Tandas dan bilik mandi perlu dijaga kebersihannya. Sebarang kerosakan atau

kehilangan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
14.5 Pelajar dilarang sama sekali membuang sampah, tuala wanita dan sebagainya ke dalam

mangkuk tandas.
14.6 Semua sampah sarap perlu dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan dan

dilarang membuang sampah sarap di merata-rata kawasan bangunan asrama dan
persekitarannya.
14.7 Warden dan Guru Disiplin akan mengadakan pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa ke
atas penghuni asrama. Bilik yang didapati tidak bersih / kemas / teratur akan diambil tindakan
kepada penghuninya.
14.8 Pelajar wajib mengikuti jadual pembersihan asrama yang telah ditetapkan.

14.8.1 Kebersihan Dormitori
i. Lantai dorm perlu dimop sekali seminggu.
ii. Tingkap perlu dibersihkan sekali seminggu.
iii. Tempat tidur mesti dikemaskan setiap pagi selepas bangun pagi. Penghuni yang tidak
memasang cadar dan sarung bantal akan di ambil tindakan.
iv. Tuala mandi dan kain baju yang basah hendaklah digantung di ampaian luar di bawah.
v. Kasut dan selipar tandas hendaklah diletakkan di atas rak kasut diluar domitori sebelum
memasuki dorm.
vi. Sebarang makanan ( bermasak, biskut, buah-buahan, gula-gula dan minuman) tidak
dibenarkan dibawa ke dalam dorm untuk mengelak semut, lipas dan tikus.

vii. Tidak dibenarkan menggunakan pinggan mangkuk dari Dewan Makan untuk menyimpan
makanan sendiri.

viii. Pakaian, tuala, kasut dan peralatan-peralatan lain yang tidak diletakkan di tempat yang
sepatutnya akan dikumpulkan dan dibuang.

ix. Ubat nyamuk lingkaran adalah dilarang digunakan di dalam dorm / bilik persediaan.

14.8.2 Kebersihan Bilik Mandi, Bilik Basuh dan Tandas
i. Peralatan mandi adalah hak sendiri (sabun, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain). Alat-alat ini
hendaklah disimpan di dalam timba kecil dan disusun kemas di rak di luar tandas.
ii. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kertas sebelum dibuang ke dalam tong
sampah dan dilarang dibuang dalam mangkuk tandas untuk mengelakkan saluran najis
tersumbat.
iii. Peralatan di bilik mandi (cermin, pancuran, kepala paip, mangkuk basuh tangan,
lampu dan pintu) perlu dijaga supaya tidak rosak.
iv. Kertas-kertas dan kertas tisu perlu dibuang ke dalam tong sampah dan dilarang dibuang ke
dalam mangkuk tandas atau sinki.
v. Pelajar dilarang mandi di dalam tandas.
vi. Pelajar perlu menggunakan baldi untuk merendam pakaian. Sinki tidak dibenarkan digunakan
untuk merendam pakaian.

vii. Sinki tidak boleh digunakan untuk membasuh rambut.
viii. Kain basahan hendaklah disidai di ampaian luar

14.8.3 Kebersihan Kelas Persediaan

i. Kebersihan kelas persediaan perlu dijaga oleh semua pelajar mengikut jadual

yang telah ditetapkan oleh pengawas.

ii. Buku-buku mesti di susun rapi setelah selesai membaca dan mentelaaiii. Lampu, kipas,

tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir meninggalkan bilik bacaan.

iii. Pelajar tidak dibenarkan makan di dalam kelas persediaan.

Loker di dalam kelas persediaan akan dipantau oleh Pengawas Asrama dan Ketua Warden

untuk memastikan tiada barangan terlarang. Sekiranya ada, barangan

iv. tersebut akan dirampas dan dibuang. Pelajar berkenaan akan dikenakan denda.

v. Beg perlu disusun dengan kemas setiap masa. Beg kain kecil pelu dilipat dan

disimpan di dalam loker.

vi. Tiada stokin disangkut di besi meja atau di tingkap atau bertaburan di lantai.

Loker kosong perlu dikosongkan.

vii. Botol air ditempatkan di satu loker khas yang terbuka.

viii. Tiada sebarang bahan ditinggalkan di atas meja setiap murid apabila murid tiada di

dalam kelas persediaan.

ix. Tiada sebarang nota / kertas di letakkan di bawah lapik meja tulis.

Pelajar wajib meletakkan kasut / sandal di rak kasut sebelum masuk ke dalam kelas

persediaan.

14.8.4 Kebersihan Surau
i. Kebersihan surau hendaklah dijaga oleh semua penghuni.
ii. Kain telekung hendaklah dilipat dan dihanger pada penyakut besi dengankemas.
Sejadah hendaklah dilipat dan rehal dilipat dan disusun dengan rapi ke dalam almari.
Pengawas Kerohanian akan menyusun jadual bertugas membersihkan surau dan menyimpan
Al-Quran, kitab-kitab dan makalah-makalah agama Islam dengan kemas dan teratur di dalam
almari.
iii. Pelajar perlu bertudung apabila berada di surau.
Pelajar tidak dibenarkan baring atau makan di surau.

iv. Pengawas Kerohanian dan Pengawas Peralatan bertanggungjawab terhadap mikrofon dan
pembesar suara di surau. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan kepada Ketua Warden
ataupun Penyelia Asrama.

v. Sebarang kerosakan paip, lampu, penyaman udara, kipas perlu dibuat laporan dengan segera.
vi. Lampu, kipas, tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir meninggalkan

surau.
vii. Menjaga / Tidak menconteng rehal tempat al quran / kitab.

14.8.5 Kebersihan Pantri dan Dewan Makan

i. Pengawas Dewan Makan perlu memastikan kebersihan dewan makan dan pantri setiap masa

Pastikan pelajar duduk mengikut meja yang telah ditetapkan. Tiada perubahan

ii. tempat duduk berlaku.

Pastikan pelajar beratur mengambil makanan dan minuman.

iii. Doa akan dibaca sebelum makan. Penghuni-penghuni mestilah menunggu

sehingga semua telah mengambil tempat masing-masing dan jangan lewat masuk ke dalam

Dewan Makan. Ini adalah bagi memastikan semua penghuni makan serentak selepas doa

dibacakan

iv. Pelajar hanya dibenarkan mengisi air ke dalam botol minuman pada waktu makan

sahaja.

v. Pastikan sandal atau kasut disusun di rak setiap kali memasukki dewan makan.

vi. Pengawas Dewan Makan perlu menulis kualiti makanan dewan makan berdasarkan

pendapat pelajar yang lain.

vii. Memastikan pelajar tidak meninggalkan sisa makanan di atas meja. Sisa makanan

hendaklah dibuang ke dalam tong yang disediakan di tong sampah.

viii. Memastikan pelajar makan tepat pada waktunya dan tidak membawa makanan

atau peralatan dewan makan keluar dari dewan makan keluar.

ix. Pelajar hendaklah mengambil bahagian makanan masing-masing dan tidak dibenarkan

mengambil bahagian orang lain.

x. Pelajar yang perlu makan awal / lewat mestilah mendapat kebenaran warden dan

melaporkan kepada pengawas Dewan Makan

xi. Pelajar yang berpuasa hendaklah merekodkan nama di dalam buku yang

disediakan di Dewan makan.

15.0 KESIHATAN DAN RAWATAN

15.1 Sebarang masalah mengenai kesihatan/pelajar sakit atau kemalangan hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada Ketua Dorm supaya dapat dilaporkan kepada warden bertugas atau
Penyelia Asrama supaya tindakan selanjutnya dapat diambil segera.

15.2 Pelajar yang tidak ke sekolah kerana sakit dikehendaki tinggal di bilik sakit asrama pada
waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan

15.3 Pelajar yang sakit mestilah mematuhi peraturan bilik sakit yang telah ditetapkan.
15.4 Penyelia Asrama akan melawat dan merawat (kadar yang patut) pelajar-pelajar yang sakit

bagi menentukan mereka memakan / minum ubat.
15.5 Pelajar yang didapati mengidap penyakit berjangkit seperti campak dan sebagainya

dibenarkan balik ke rumah.
15.6 Pelajar yang sakit akan dihantar ke hospital oleh Pemandu Sekolah dan ditemani oleh Penyelia

Asrama / pembantunya.

16.0 PEMERIKSAAN ASRAMA

16.1 Pemeriksaan asrama pada hari-hari persekolahan dijalankan oleh pengawas asrama sebelum
perhimpunan pagi untuk memastikan pelajar meninggalkan bilik dalam keadaan kemas dan
bersih.

16.2 Pemeriksaan asrama secara berkala akan dijalankan pada setiap hari Ahad jam 9.30 pagi oleh
warden blok masing-masing diiringi oleh AJK tertinggi Pengawas asrama. Semasa pemeriksaan
semua pelajar mesti berada didorm masing-masing dan dalam keadaan bersedia.

16.3 Pemeriksaan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa oleh para warden dan para guru
tanpa pemberitahuan awal kepada pelajar.

17.0 HAK MILIK

17.1 Setiap pelajar adalah bertanggungjawab menjaga hakmilik sendiri. Sekolah tidak
bertanggungjawab atas sebarang kerosakan dan kehilangan hak milik persendirian yang tidak
dijaga atau disimpan dengan selamat.

17.2 Semua buku teks pinjaman, rujukan PIBG dan perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik dan
sempurna. Jika hilang, tercerai kulit/muka surat atau koyak berkecai, buku itu hendaklah diganti
atau dibayar mengikut harga tiap-tiap satu buku tersebut bersama bayaran denda.

17.3 Semua buku teks pinjaman hendaklah dipulangkan mengikut arahan oleh Guru Pinjaman Buku
Teks (BOSS).

17.4 Buku-buku persendirian, pakaian atau apa jua barang hakmilik pelajar hendaklah dituliskan
nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna.

17.5 Wang atau barang yang berharga tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam loker, tempat yang
terdedah, mudah hilang atau dirosakkan. Pelajar dilarang menyimpan sendiri wang saku
melebihi RM 30 setiap masa. Jika wang yang melebihi kadar tersebut boleh disimpan pada guru
tingkatan atau warden.

17.6 Sebarang wang atau barang yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas
Asrama, Warden bertugas atau Penyelia Asrama untuk diumumkan dan dipulangkan kepada
pemilik.

17.7 Semua alatan yang dipinjam dari pihak sekolah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja tamat
tempoh kebenaran penggunaannya.

18.0 WAKTU MENONTON TELEVISYEN

18.1 Berikut adalah jadual menonton TV dan mendengar radio :

Hari Masa TV dan radio
Sabtu 2.00 petang - 10.00 malam TV dan radio
Ahad 11.00 pagi - 6.00 petang

* Diminta menghormati waktu-waktu solat dan program yang ditonton mestilah bersesuaian
dengan pelajar.

18.2 Pelajar hendaklah mematuhi mematuhi masa menonton televisyen seperti yang ditetapkan.
Pengawas Dewan Makan dan pengawas asrama yang lain berhak menegur pelajar yang tidak
mengikut peraturan.

18.3 Ketua Pengawas dan Pengawas Peralatan hendaklah mempastikan pelajar menggunakan TV
dan radio mengikut masa yang telah ditetapkan.

18.4 Selepas menonton televisyen, kerusi hendaklah disusun semula di tempatnya. Tidak
ditinggalkan sebarang sampah di kawasan tersebut.

19.0 WAKTU PENGGUNAAN TELEFON AWAM

19.1 Waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Hari Masa Catatan
Persekolahan 5.00 petang - 6.00 petang 2 hari sebelum balik kampung
Sabtu 2.00 petang - 4.00 petang -
8.30 malam - 10.00 malam
Ahad 11.00 pagi - 6.00 petang -

* Diminta menghormati waktu-waktu solat dan penggunaannya tidak terlalu lama hingga tidak
memberi peluang pelajar lain menggunakannya.

19.2 Pelajar hendaklah mematuhi masa penggunaan telefon awam seperti yang ditetapkan.
Pengawas Dewan Makan dan pengawas asrama yang lain berhak menegur pelajar yang tidak
mengikut peraturan.

19.3 Pelajar dilarang merosakkan telefon awam samada mengetuk, meletakkan ganggang telefon
dengan kasar, memasukkan sesuatu ke dalam tempat syiling. Pelajar juga dilarang duduk di
atas rak kasut besi berhampirannya.

19.4 Pelajar dilarang memakai pakaian tidak sopan dan berselipar tandas di tempat telefon.

20.0 WAKTU MENGGOSOK BAJU

20.1 Waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Hari Masa Catatan
Persekolahan 5.00 petang – 6.50 petang
10.15 malam – 10.50 malam Berhenti pada waktu solat
Sabtu 5.00 pagi – 5.50 pagi dan makan.
Ahad
2.00 petang - 4.00 petang
8.30 malam – 10.50 malam

11.00 pagi - 6.50 petang
10.15 malam – 10.50 malam

20.2 Memastikan suis seterika ditutup dan palam ditanggalkan dari suis setiap kali
menggosok pakaian.

20.3 Memastikan tiada pakaian ditinggalkan di ampaian pantri.

21.0 KESALAHAN DISIPLIN DAN TINDAKAN

21.1 Kesalahan-Kesalahan Ringan

21.1.1 Pulang lewat dari outing / balik dari kampung selepas pukul 5.00 petang tanpa
makluman kepada K/Warden atau warden
21.1.2 Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas.
21.1.3 Tidak menjaga kebersihan sekolah, asrama, kawasan persekitaran dan kesihatan diri
sendiri.
21.1.4 Tidak menghadiri perjumpaan / aktiviti yang telah ditetapkan.
21.1.5 Solat dalam bilik persediaan / dorm
21.1.6 Lewat hadir ke surau untuk solat berjemaah / berada di tempat lain pada waktu solat
21.1.7 Berkelakuan kurang sopan / bising / mengganggu ketenteraman pelajar lain dengan
sengaja di asrama.
21.1.8 Menyalahgunakan kemudahan sekolah seperti : menconteng bangunan, poster yang
ditampal, papan kenyataan, meja atau paapn putih kelas persediaan, surau, tandas,
21.1.9 pantri dan lain-lain.
Tidak menjaga keselamatan diri / harta benda sekolah / pelajar-pelajar lain.

Tindakan
1. Melakukan kerja amal / Tahan sekali outing
2. Direkodkan sebagai kesalahan ringan sehingga tiga kali dan akan dipindahkan
dalam rekod kesalahan sederhana.

21.2 Kesalahan Sederhana

21.2.1 Ponteng perhimpunan / kelas/ kelas persediaan / tuisyen / aktiviti @ program sekolah.
21.2.2 Tidak menyiapkan kerja sekolah, menipu dan membantah arahan guru dalam kelas /
sekolah.
21.2.3 Meniru dalam ujian/peperiksaan sekolah.
21.2.4 Masih membantah keputusan/arahan pihak pejabat, warden,guru disiplin,penolong
kanan dan pengetua walaupun telah diberi amaran beberapa kali.
21.2.5 Menunjukkan sikap bongkak dan menghina warden, guru-guru dan pengawas asrama,
staf asrama dan pekerja-pekerja asrama serta pengawal asrama.
21.2.6 Menyalahgunakan kegiatan persatuan dan permainan seperti Kadet Polis, KRS, bola
jaring, hoki, bola baling dan sebagainya
21.2.7 Mengulangi kesalahan-kesalahan ringan lebih daripada tiga kali.
21.2.8 Menyimpan gambar-gambar artis dalam bentuk soft copy atau hard copy yang berunsur
hiburan.

21.2.9 Membawa barang-barang berupa pakaian, alat- alat elektronik / berharga (gajet) dan
lain-lain yang dilarang oleh pihak asrama

Tindakan
1. Rekod sebagai kesalahan sederhana dan membuat akuan bertulis.
2. Tahan dari keluar outing sebulan kecuali jadual bercuti yang ditetapkan.
3. Merujuk kes kepada kaunselor untuk sesi kaunseling.
4. Rekod kesalahan berat bagi kesalahan ketiga sederhana/ berulang enam kali

kesalahan ringan.

21.3. Kesalahan Berat

21.3.1 Tidak hadir ke asrama lebih daripada 3 hari berturut-turut tanpa pemberitahuan bertulis
kepada Ketua Warden/ PK HEM atau Pengetua.
21.3.2 Meninggalkan kawasan asrama tanpa kebenaran dengan apa juga cara sama ada siang
atau malam dengan waris atau tidak.
21.3.3 Bertemu dengan lelaki bukan muhram di dalam kawasan atau luar asrama.
21.3.4 Menjalin hubungan terlarang (Lesbian).
21.3.5 Mencuri atau merosakkan harta benda asrama atau warga sekolah.
21.3.6 Membuat kenyataan berkaitan asrama di akhbar,media social atau apa sahaja cara.
21.3.7 Mencabar, mengugut, memeras, membuli atau mengancam serta menggunakan
kekerasan kepada warga sekolah.
21.3.8 Memasukki dorm orang lain untuk bermalam tanpa kebenaran K/Warden / warden.
21.3.9 Melawan dengan lisan dan perbuatan secara kekerasan kepada warga sekolah
21.3.10 Mengadakan perhimpunan atau perjumpaan menggunakan alat dan bangunan sekolah
tanpa kebenaran pihak sekolah
21.3.11 Sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan tujuan membuat kacau bilau dan
perpecahan
21.3.12 Menipu warden
21.3.13 Bermalam di rumah orang lain tanpa pengetahuan ibu bapa dan makluman kepada
Warden.
21.3.14 Membeli, menyimpan, membaca, melihat atau mengedar gambar atau bahan lucah
21.3.15 Menghisap, menyimpan, meminum atau membawa masuk rokok, minuman keras atau
berjudi.
21.3.16 Menyimpan / memiliki / membawa / mengambil / menggunakan / mengedar dadah
21.3.17 Lain-lain perkara yang setara.

Tindakan
1. Rekod sebagai kesalahan berat dan membuat akuan bertulis.
2. Panggil ibubapa/penjaga dan akujanji bertulis.
3. Merujuk kes kepada kaunselor untuk sesi kaunseling.
4. Tarik segala kemudahan biasiswa @ dermasiswa.
5. Surat akujanji.
6. Digantung asrama.
7. Laporan kepada pihak berkuasa (polis,Jaipk) - jika perlu.

22.0 KEMEROSOTAN AKADEMIK

22.1 Kemajuan pelajaran pelajar akan diawasi oleh pihak sekolah dan asrama. Jika didapati
kemerosotan pelajaran, pelajar berkenaan akan menerima surat amaran yang dikeluarkan oleh
pihak sekolah. Pertimbangan khas akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang aktif di dalam
aktiviti kokurikulum.

23.0 AM

23.1 Semua murid asrama SMK Raja Perempuan, Ipoh adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan dan undang-undang asrama ini sebagai sekolah premier dan kluster kecemerlangan.

23.2 Peraturan-peraturan peribadi disenaraikan sepenuhnya di sini. Oleh itu murid mestilah
menggunakan fikiran yang waras dan bijak dalam segala tindakan dan kelakuan supaya selaras
dengan kehendak pihak asrama.

23.3 Murid asrama SMK Raja Perempuan, Ipoh mesti mempunyai nilai-nilai keperibadian
yang tinggi dan sentiasa menjaga nama baik dan imej asrama dan sekolah di mana sahaja
murid berada.

23.4 Adalah diharapkan peraturan dan undang-undang sekolah ini akan dapat membimbing murid-
murid asrama SMK Raja Perempuan, Ipoh dalam membentuk akhlak yang baik dan menjadikan
asrama suatu tempat yang sebaik-baiknya untuk menuntut ilmu.


Click to View FlipBook Version