The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahfuza.mahmud, 2021-01-25 20:51:03

Modul PdPr Ting 4 SP 1.1.1(KSSM)

Modul PdPr untuk murid Tingkatan 4

Keywords: Modul PdPr,Ting 4,SP 1.1.1

TEMA MODUL PdPr
TAJUK
Standard Kandungan : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran : Kitalah Juara!

Bahan Bantu Mengajar : 1.1 Mendengar, mengenal dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta intonasi
Jangka Masa ayat dalam pelbagai ujaran.

: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai
kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.

: Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Mendengar dan kenal pasti empat perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah, dan ungkapan
dalam bahan dengan jelasnya dan betulnya. Kemudian, persembahkannya mengikut kreativiti anda.

: Buku Teks, Petikan Audio

: 1 jam

BACALAH DENGAN TELITI. KEMUDIAN SILA IKUTI MODUL PdPr INI LANGKAH DEMI LANGKAH.

Langkah 1 : Prapembelajaran

Pemudahcaraan Guru Penglibatan Murid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Adakah anda pernah terlibat dengan pasukan sorak atau
sekurang-kurangnya melihat pasukan sorak ?
Diharapkan murid-murid semua dalam keadaan sihat wal Jawapan :
afiat. Sebelum kita memulakan sesi PdPr kita pada hari ini
saya ingin menyentuh berkaitan SOP yang perlu kita semua Sila jawab di sini:
amalkan iaitu kita perlu elakkan 3S. Apa itu 3S : Jangan Salam
bila berjumpa, gantikan dengan meletakkan tangan di dada
kanan. Elakkan Sesak iaitu jika melihat tempat yang sesak
cuba elakkan pergi ke tempat itu dan S terakhir ialah elakkan
sembang dekat-dekat. Pastikan apabila kita bersembang kita
jarakkan sekurang-kurangnya satu meter.

Baiklah hari ini kita akan belajar berkaitan dengan
membezakan sebutan sekurang-kurangnya tiga perkataan
atau rangkai kata.

Sebelum itu saya ingin bertanya adakah kamu pernah
terlibat dengan pasukan sorak atau sekurang-kurangnya
melihat pasukan sorak ?

Langkah 2 : Pembelajaran

Langkah 3: Pembelajaran

Pemudahcaraan Guru Penglibatan Murid

Baiklah, Sekarang saya mahu kamu dengarkan nyanyian pasukan Sila imbas kod bar:
sorak rumah sukan SMK Seri Jaya (Sila imbas kod bar).

Sekarang saya mahu kamu baca petikan yang terdapat di dalam
buku teks muka surat 2 hingga 3.

Baiklah, jika kamu dengar dengan teliti temu bual tadi dan baca Jawapan :
buku teks muka surat 2 -3, kamu akan dengar dan lihat ada
perkataan yang mempunyai banyak makna atau kita kenali Sila jawab di dalam Google Form yang disediakan dalam
sebagai polisim. (Cari maklumat tambahan berkaitan kata kumpulan Telegram Bahasa Melayu.

Polisim dalam laman sesawang). Senaraikan perkataan yang mempunyai banyak makna dalam

Sebagai contoh jika kamu lihat perkataan dalam lirik rumah sukan petikan audio dan buku teks tersebut.

Suria ada perkataan bangkit. Kata bangkit mempunyai banyak
makna. Sila rujuk kamus atas talian PRPM 1. Bangkit
2.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bangkit (Klik sini).
3.

Sekarang saya mahu kenal pasti apakah perkataan lain yang 4.

terdapat dalam petikan buku teks muka surat 2-3. Cuba

senaraikan.

Langkah 4: Pembelajaran

Pemudahcaraan Guru Penglibatan Murid

Setelah anda mengenal pasti perkataan yang mempunyai banyak Sila bina ayat yang mempunyai banyak makna.

makna dalam petikan audio dan buku teks muka surat 2-3 ,sila

tuliskan dua ayat yang menunjukkan kedua-dua makna perkataan Jawapan :

tersebut. Sila jawab di dalam Google Form yang disediakan dalam

Sebagai contoh : perkataan bangkit kumpulan Telegram Bahasa Melayu.

1) Asiah baru sahaja bangkit daripada tidur yang panjang.
2) Roslan ingin bangkit semula daripada kegagalannya setelah

disedarkan oleh ibunya.

Langkah 5: Pembelajaran

Pemudahcaraan Guru Penglibatan Murid

Perkara terakhir hari ini saya mahu anda cipta satu lagu sorak Rakamkan lagu sorak untuk rumah sukan anda..
untuk rumah sukan masing-masing. Kemudian rakamkan audio
tersebut dan hantarkan ke dalam kumpulan Telegram Bahasa Jawapan :
Melayu. Hantar dalam kumpulan Telegram Bahasa Melayu.

Syarat lagu sorak:

1. Lirik bebas.
2. Lirik tidak menyentuh sensitivity mana-mana kaum atau
agama.
3. Lagu tidak mengandungi unsur lucah atau menyindir mana-

mana pihak.
4. Durasi lagu antara 30-60 saat. (Lebih tidak mengapa)

Selamat berkreatif.

Langkah 6: Pasca Pembelajaran

Pemudahcaraan Guru Penglibatan Murid
Baiklah, hari ini kita telah belajar berkaitan dengan perkataan yang
mempunyai banyak makna atau dikenali sebagai polisim.

Perkataan banyak makna ini menunjukkan kekayaan khazanah bahasa
Melayu. Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung bahasa kebangsaan
iaitu bahasa Melayu anda perlu tahu bahawa dalam bahasa Melayu
terdapat perkataan-perkataan yang kita gunakan kadang-kala mempunyai
banyak makna.

Saya berharap anda semua dapat memahami isi pembelajaran pada hari
ini.

Lain kali kita berjumpa lagi. Selamat Belajar.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh:
Cikgu Mahfuza bin Mahmud
SMK Anderson Ipoh.


Click to View FlipBook Version