Senarai Pencapaian PPD dalam eMAS 3.0 (Kesenian) PPD JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA TEMPAT KEEMPAT TEMPAT KELIMA KEDUDUKAN Kuching 4 5 0 0 0 1 Bintulu 4 0 2 3 3 2 Lawas 2 0 1 0 0 3 Senarai Pencapaian PPD dalam eMAS 3.0 (Stem) PPD JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA TEMPAT KEEMPAT TEMPAT KELIMA KEDUDUKAN Kuching 6 4 5 5 4 1 Sarikei 3 1 1 2 1 2 Kanowit 3 1 1 1 3 3 Senarai Pencapaian PPD dalam eMAS 3.0 (PBB) PPD JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA TEMPAT KEEMPAT TEMPAT KELIMA KEDUDUKAN Kuching 5 2 3 5 4 1 Miri 2 2 4 1 2 3 Samarahan 2 3 1 1 1 2 Senarai Pencapaian PPD dalam eMAS 3.0 (Koakademik) PPD JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA TEMPAT KEEMPAT TEMPAT KELIMA KEDUDUKAN Kuching 16 12 6 3 12 1 Miri 15 7 8 5 7 2 Bintulu 5 6 10 6 6 3 Senarai Pengiktirafan PPD dalam eMAS 3.0 PENGIKTIRAFAN % PENYERTAAN PPD EMAS 62.12 Bau EMAS 63.27 Mukah EMAS 64.81 Lawas EMAS 65.39 Saratok EMAS 66.83 Betong EMAS 69.32 Miri EMAS 70.08 Meradong EMAS 71.31 Daro EMAS 72.02 Kanowit EMAS 73.16 Serian EMAS 74.64 Sri Aman EMAS 76.38 Kuching EMAS 76.72 Limbang EMAS 77.40 Sibu EMAS 78.59 Padawan EMAS 79.39 Sarikei EMAS 81.03 Bintulu PERAK 34.86 Subis PERAK 34.95 Lundu PERAK 35.29 Tatau/Sebauh PERAK 45.70 Song PERAK 47.32 Baram PERAK 50.21 Simunjan PERAK 51.39 Lubok Antu PERAK 52.37 Kapit PERAK 56.30 Selangau 88
PERAK 57.54 Dalat PERAK 58.66 Samarahan GANGSA 6.80 Belaga GANGSA 16.10 Julau PROGRAM KEBANGSAAN 2022 1. Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 Tahun 2022 Majlis Penutupan Dirasmikan Oleh Yang Berhormat, Encik Micheal Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan II Johan Keseluruhan Pertandingan Deklamasi Sajak Tahun 2022 dirangkul oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak Gambar Kenangan Bersama En. Sanjay Paramarie Abdullah, Pegawai Meja Bahasa-Bahasa Lain, Pegawai Teknikal Kebangsaan dan Barisan Hakim Pertandingan 2. Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 Tahun 2022 Majlis Penutupan dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dr. Norisah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Sekolah 89
Gambar Kenangan Bersama AJK Induk Pertandingan Robotik Kebangsaan 2022 Juara Keseluruhan NRC 2022 dirangkul oleh Kontinjen Sarawak 90
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM Penolong Pengarah Mohamad bin Solhi (DG44) Penolong Pengarah Wan Rushdi bin Wan Ramli (DG48 KUP) Penolong Pengarah Ahmadazra bin Sa’idi (DG48 KUP) Penolong Pengarah Dr. Siti Nazalia binti Kiprawi (DG44) Pembantu Tadbir Zuzylatun bt. Zainuddin (N19) Pembantu Tadbir Erma bt. Abdullah (N22 KUP) Pembantu Tadbir Khairulanwar b. Zamhari (N22 KUP) Pembantu Tadbir Zaliha bt. Rambli (N22 KUP) Penolong Pengarah Awang Nurizal bin Awang Kenit (DG44) Penolong Pengarah Ramona binti Hamden (DG44) Penolong Pengarah Kazman bin Nordin (DG44) Penolong Pengarah Awang Kushyairi bin Awang Sapri (DG44) Ketua Penolong Pengarah Kanan Haji Hossen bin Marip (DG54 KUP) Perancangan & Pembangunan Pendidikan Islam Ketua Penolong Pengarah Julia binti Mohamadin (DG52 KUP) Pembangunan Adab & Nilai Ketua Penolong Pengarah Haji Sulaiman bin Hasim (DG48)
Majlis Apresiasi Dakwah (MARWAH) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Sektor Pendidikan Islam JPN Sarawak telah menerima Anugerah Apresiasi Program Dakwah (Hijrah Kasih) Kebangsaan 1-4 Nov, Casuarina Hotel, Meru, Ipoh, Perak Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Pencapaian Negeri Sarawak dalam Pertandingan Adab dan Nilai Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Bil. Kedudukan Acara Nama Sekolah 1. Qiraat Sabie Bit Taranum Johan SMK Agama Miri, Miri 2. Syair Kerohanian (Sekolah Rendah) Lelaki Naib Johan SKA Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, Kuching 3. Sajak Kerohanian (Sekolah Menengah) Tempat Ke-3 SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching 4. Syair Kerohanian (Sekolah Rendah) Perempuan Tempat Ke-4 SK RPR Jalan Astana Kuching 5. Khat Siber (Sekolah Rendah) Lelaki Tempat Ke-4 SK Lubok Antu, Reban, Serian 6. Sajak Kerohanian (Sekolah Menengah) Lelaki Tempat Ke-4 SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching 7. Kalimatus Sobah Tempat Ke-4 SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Padawan 8. Nyanyian Solo (Sekolah Rendah) Lelaki Tempat Ke-5 SK Pulo, Kuching 9. Nyanyian Solo (Sekolah Menengah) Perempuan Tempat Ke-5 SMK Sri Aman, Sri Aman 10. Khat Siber (Sekolah Rendah) Perempuan Tempat Ke-5 SKA Ibnu Khaldun, Samarahan 11. Video Animasi (Sekolah Rendah) Tempat Ke-5 SK Abang Abdul Rahman, Bintulu 91 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 Program Hijrah Kasih 11 Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia Program Hijrah Kasih Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 21 - 23 Jun bertempatkan di Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Sarawak. Program ini melibatkan 30 orang Jurulatih Utama Kebangsaan dan Negeri dengan 90 orang peserta dalam kalangan penghuni Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Sarawak. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia. Program Hijrah Kasih 11 Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia Program Membina Modul Kenyalang Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 Program ini telah diadakan pada 14-17 Nov bertempatkan di Hotel Harbour View, Kuching melibatkan 20 orang Guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Penyemak dan Kertua Panitia. Komitmen antara Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui peranan Guru 92
Pendidikan Islam Sekolah Menengah dan pihak Yayasan Sarawak membuktikan keberkesanan keduadua pihak dalam usaha pembinaan dan penghasilan Modul Pendidikan Islam dengan jayanya. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan prestasi Pendidikan Islam yang masih rendah di sekolah menengah melalui penghasilan modul ini mampu menjadi alternatif bagi meningkatkan pengetahuan dengan mempelbagaikan bahan rujukan dan latihan-latihan menerusi Modul Kenyalang Pendidikan Islam serta memberi kefahaman bagi memastikan murid-murid dapat bersedia menjawab soalan-soalan kertas peperiksaan mata pelajaran pendidikan Islam di peringkat PT3 dan SPM. Sesi Taklimat tentang Pelaksanaan Bengkel Membina Modul Kenyalang Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 oleh Ustaz Mohamad bin Solhi Sesi taklimat tentang Item Modul Kenyalang oleh Ustazah Fauziah binti Dinel Aktiviti Sepanjang Bengkel Membina Modul Kenyalang Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 93
SEKTOR PENDIDIKAN KHAS SEKTOR PENDIDIKAN KHAS Ketua Penolong Pengarah Kanan Ahmat Daud bin Haji Lugom (DG54 KUP) Ketua Penolong Pengarah Suriawati binti Nawawi (DG48) Penolong Pengarah Koo Nyee Hiong (DG44) Penolong Pengarah Dayang Nur Hadziah binti Abang Saufi (DG44) Penolong Pengarah Fortuna binti Jali (DG44) Penolong Pengarah Hassan bin Sami (DG48 KUP) Penolong Pengarah Mohamad Taha bin Abol (DG48 KUP) Penolong Pengarah Rose Lucy anak Dominic Kasir (DG44) Pegawai Khusus Siow Shu Cin (DG41) Pegawai Khusus Nurulaini binti Omar (DG41) Pembantu Tadbir Farawahida bt. Ismail (N22 KUP) Pembantu Tadbir Kosong (N19) Pembantu Tadbir Dayang Noor Baizura bt. Awang Kaderi (N22 KUP)
Sektor Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap pendidikan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Fungsi utama Sektor Pendidikan Khas adalah bagi merancang dan memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar dan program utama Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, Sektor Pendidikan Khas juga berperanan merancang, memantau dan melaporkan perlaksanaan dasar pendidikan khas selaras dengan dasar pendidikan negara di peringkat negeri di samping menilai dan melaporkan perlaksanaan kurikulum dan Pentaksiran bagi MBPK. Murid Berkeperluan Khas terdiri daripada 6 kategori murid iaitu: 1. Ketidakupayaan penglihatan 2. Ketidakupayaan pendengaran 3. Ketidakupayaan pertuturan 4. Ketidakupayaan fizikal 5. Ketidakupayaan pembelajaran 6. Kombinasi ketidakupayaan di atas KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM bertanggungjawab dalam penyediaan kurikulum bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)2013 kurikulum yang digunapakai oleh MBPK adalah: 1. Kurikulum Kebangsaan 2. Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai oleh Ketua Pendaftar 3. Kurikulum yang direka bentuk oleh Ketua Pendaftar dan 4. Apa-apa kurikulum latihan kemahiran yang pada pendapat Ketua Pendaftar sesuai dan bermanafaat bagi MBPK Pada amnya MBPK yang dapat belajar akan seiring dengan murid aliran perdana dan mengikut kurikulum Kebangsaan manakala MBPK yang belum dapat mengikuti kurikulum tersebut akan mengikut kurikulum dan pentaksiran yang digubal khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Peringkat Persekolahan Kurikulum dan Pentaksiran /Peperiksaan Kurikulum Arus Perdana Dan Pentaksiran Kurikulum Pendidikan Khas Prasekolah Kurikulum: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Kurikulum: 1. Kurikulum Standard Prasekolah Khas ketidakupayaan Pendengaran 2. Kurikulum Standard Prasekolah Khas ketidakupayaan Penglihatan 3. Kurikulum Standard Prasekolah Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah Kurikulum: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR Pentaksiran : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Kurikulum: 1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Ketidakupayaan Pendengaran 2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Ketidakupayaan Penglihatan 3. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran Pentaksiran : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 94 SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
Sekolah Menengah Kurikulum : Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Peperiksaan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kurikulum : 1. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas(KSSMPK) 2. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas Kefungsian Rendah(KSSMPK KR) 3. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Pentaksiran : Sijil Kemahiran Malaysia dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah Bilangan PPKI Di Setiap Daerah Dalam Sarawak Bil PPD SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENGAH JUMLAH 1 PPD BARAM 1 1 2 2 PPD BAU 4 1 5 3 PPD BELAGA 3 2 5 4 PPD BETONG 6 (PRA PPKI 1) 4 11 5 PPD BINTULU 7 3 10 6 PPD DALAT 5 (PRA PPKI 1) 2 8 7 PPD DARO 5 (PRA PPKI 1) 3 9 8 PPD JULAU 2 1 3 9 PPD KANOWIT 4 (PRA PPKI 1) 2 7 10 PPD KAPIT 3 1 4 11 PPD KUCHING 16 (PRA PPKI 2) 5 23 12 PPD LAWAS 2 1 3 13 PPD LIMBANG 3 1 4 14 PPD LUBOK ANTU 1 1 2 15 PPD LUNDU 6 2 8 16 PPD MARADONG 3 1 4 17 PPD MIRI 10 (PRA PPKI 1) 4 15 18 PPD MUKAH 3 (PRA PPKI 1) 1 5 19 PPD PADAWAN 8 (PRA PPKI 1) 4 13 20 PPD SAMARAHAN 5 3 8 21 PPD SARATOK 3 2 5 22 PPD SARIKEI 3 (PRA PPKI 1) 1 5 23 PPD SELANGAU 1 1 24 PPD SERIAN 8 (PRA PPKI 1) 2 11 25 PPD SIBU 10 (PRA PPKI 2) 5 17 26 PPD SIMUNJAN 3 3 6 27 PPD SONG 1 1 2 28 PPD SRI AMAN 6 (PRA PPKI 1) 2 9 29 PPD SUBIS 2 2 4 30 PPD TATAU / SEBAUH 2 2 JUMLAH 136 61 191 PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS (3PK) SARAWAK Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan pendidikan khas melalui pasukan pelbagai disiplin (MDT). Matlamat 3PK Memberi perkhidmatan sokongan pendidikan khas yang berkesan dan berkualiti kepada semua kanak-kanak dan murid di sekolah kerajaan dan sekolah bukan kerajaan dari aspek saringan, intervensi, rehabilitasi dan konsultasi ke arah mengurangkan impak ketidakupayaan serta melonjakkan potensi MBPK. 95
Perkhidmatan Yang Disediakan 1. Saringan dan penilaian 2. Intervensi dan rehabilitasi secara individu atau berkumpulan 3. Akomodasi dan modifikasi persekitaran 4. Khidmat nasihat dan konsultasi 5. Latihan kepada ibu bapa, penjaga dan guru 6. Kunjung bantu ke sekolah Kumpulan Sasaran 1. Kanak-kanak berumur 4-19 tahun yang berisiko 2. Kanak-kanak berumur 2 – 4 tahun secara one off 3. MBPK dalam umur persekolahan 4. Warganegara dan bukan warganegara yang berdaftar di sekolah 5. Guru / PPM, ibu bapa atau penjaga Pasukan Pelbagai Disiplin (MDT) di 3PK Sarawak 1. Penyelaras 3PK (Bidang Khusus Terapi Carakerja) : Dayang Nur Hadziah binti Abang Saufi 2. Pegawai Bidang Khusus (Pertuturan dan Bahasa) : Siow Shu Cin 3. Pegawai Bidang Khusus (Psikologi) : Nurul Aini binti Omar Bidang Fokus Pegawai 3PK Terapi Carakerja Terapi Pertuturan-Bahasa Psikologi Aspek fizikal, kognitif, psikososial dan sensori Fokus intervensi: • Kemahiran kognitif • Penglibatan sosial • Kemahiran Pengrusan diri • Kemahiran motor • Kemahiran bermain Fokus intervensi: • Penggunaan bahasa • Komunikasi berkesan (Functional Communication) • Ketepatan sebutan bunyi • Kelancaran percakapan • Penggunaan suara berkesan • Kemahiran Pra-Literasi Fokus intervensi: • Pengurusan tingkah laku • Kemahiran proses kognitif • Teknik pengajaran bagi membantu murid dalam meningkatkan proses pembelajaran yang berkesan. Sesi Intervensi di 3PK 96
Sesi Perkongsian Ilmu Perkhidmatan Sokongan PROGRAM SUKAN, KOKURIKULUM, KESENIAN DAN KOAKADEMIK (SKKK) TAHUN 2022 Kecemerlangan pendidikan merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Kesamarataan pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) juga menjadi satu agenda dalam memberi pendidikan berkualiti. Program Sukan, Kokurikulum, Kesenian dan Ko-Akademik Pendidikan Khas merupakan salah satu landasan ke arah kecemerlangan MBPK. Objektif 1. Memberi peluang kepada MBPK menunjukkan bakat dan kebolehan dalam acara-acara yang dipertandingkan. 2. Mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam kalangan MBPK. 3. Mengimbangi peluang pendidikan menerusi aspek daya tahan mental, fizikal dan rohani. 4. Mewujudkan kerjasama padu dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak yang terlibat. 5. Memberi ruang dan peluang kepada MBPK meningkatkan konsep kendiri yang positif melalui penglibatan dalam aktiviti sukan. 6. Meningkatkan hubungan silaturahim antara warga pendidikan khas. 7. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kebolehan dan kemampuan MBPK dalam bidang sukan. Tujuan Tujuan program-program diadakan adalah untuk memilih MBPK yang akan mewakili Kontinjen Negeri Sarawak peringkat negeri dan kebangsaan. Program ini dianjurkan selaras dengan kehendak semasa di peringkat kebangsaan. Melalui program ini, bakat dan potensi murid dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi melalui peluang yang ada seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Pelaksanaan Program SK Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Sepanjang Tahun 2022 1. Kejohanan e-Catur – Tuan rumah JPN Kedah (28 – 30 Mac 2022) 2. Kejohanan e-Sukan Stacking – Tuan rumah JPN Selangor (23 – 25 Mei 2022) 3. Anugerah e-Nilam – Tuan rumah JPN Sarawak (27 – 29 Jun 2022) 4. Kejohanan Merentas Desa - Tuan rumah JPN Terengganu (27 -28 Julai 2022) 5. Karnival e-Mahabbah - Tuan rumah JPN Perlis (16 – 19 Ogos 2022) 6. Kejohanan Olahraga - Tuan rumah JPN Kuala Lumpur (11 – 15 September 2022) 7. Malaysia IT Challenge For Youth with Disabilities (MITC) – Tuan rumah JPN Melaka (11 – 14 Oktober 2022) 97
Senarai Pencapaian Program Bil Program Pencapaian 1 Kejohanan e-Catur Tempat Kelima Kategori Terbuka Rendah Fizikal (P) -Addrian anak Ayumi Tempat Kelima Kategori Terbuka Menengah Fizikal (L) -Jong Teck Kiong Naib Johan Kategori Terbuka Menengah Pembelajaran (P) -Join Wong Zu Rui 2 Anugerah eNILAM Naib Johan Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (P) - Leelah Husna binti Yakub 3 Kejohanan Merentas Desa Tempat Ketiga Terbuka P12 Acara 102 -Azima Alhusna binti Mohammad (SK Bruit) 4 Malaysia IT Challenge For Youth With Disabilities (MITC) Johan Ketidakupayaan Penglihatan E-Lifemap Challenge (SR) -Sayf Omar Rizqullah Bin Saiful (SKPK Miri) Naib Johan Ketidakupayaan Penglihatan E-Tool PPT Challenge (SR) -Sayf Omar Rizqullah Bin Saiful (SKPK Miri) Naib Johan Ketidakupayaan Penglihatan E-Content Challenge (SR) -Sayf Omar Rizqullah Bin Saiful (SKPK Miri) Johan Pendengaran E-Lifemap Challenge (SR) -Mohd Emran Bin Ferjus (SKPK Miri) Program ini memaparkan semangat dan kesungguhan MBPK untuk menunjukkan bakat dan potensi masing-masing. Walaupun program ini berteraskan pertandingan, namun atas semangat daya saing yang sihat, nilai toleransi, kerjasama serta muhibbah dalam kalangan peserta dan pegawai, penganjuran program ini mencapai objektif dengan jayanya dan diharap dapat melahirkan MBPK yang berkebolehan dan setanding dengan murid di arus perdana. Melalui sokongan yang jitu daripada semua kumpulan masyarakat, semoga MBK tidak lagi menjadi liabiliti kepada negara malah menjadi penyumbang kepada negara dalam semua aspek kehidupan. 98
SEKTOR PENGURUSAN SEKTOR PENGURUSAN Unit Akaun Akauntan Noraini binti Bolhan (WA44) Akauntan Azizah binti Onn (WA41) Pentadbiran/Pemantauan/ Pelaporan/Terimaan Penolong Akauntan Anita anak Nyiseng (W32) Pembantu Tadbir Junainah binti Rosli (W22 KUP) Penolong Akauntan Sharifah Emma Ezuanny Wan Raduan (W29 KUP) Pembantu Tadbir Siti binti Majais (W22 KUP) Pembantu Akauntan Siti Aminah binti Mohd Tahir (W22 KUP) Pengurusan Bayaran Penolong Akauntan Azrul bin Mosli (W29) Penolong Akauntan Sharifah Hamdiah binti Wan Alwie (W29 KUP) Penolong Akauntan Siti Nadzariah binti Atok (W29 KUP) Penolong Akauntan Nurlida binti Aini (W29 KUP) Unit Kewangan Penolong Pengarah Saing Yong (M44) Penolong Pengarah Diana binti Ja’afar (M48 KUP) Unit Pentadbiran Penolong Pegawai Tadbir Linda Liew Kui Khiun (N40) Pentadbiran Pembantu Tadbir Faridah Saimin (N22) Pembantu Tadbir Kosong (W19) Perolehan Pembantu Tadbir Kosong (W22) Pembantu Tadbir Azmil bin Annuar (W19) Pembantu Tadbir Zulhilmi bin Abdul Karim (W19) Pembantu Tadbir Siti salmie Yah (W19) Ketua Pembantu Tadbir Norashikin binti Buhang (W22) Gaji Pembantu Tadbir Sharifah Suhana binti W. Medhi (W22 KUP) Pembantu Tadbir Mohd Waili Mohd Zain (W22 KUP) Pembantu Tadbir Zalikha Mohd (W22 KUP) ABT Pembantu Tadbir Pendi bin Kamri (W22 KUP) Prestasi Pembantu Tadbir Moktar Tony Supardi (W19) Pembantu Tadbir Roziana Abdullah (W19) Pembantu Tadbir Kosong (W19) Waran Pembantu Tadbir Erwina anak Nissen (W19) Pembantu Tadbir Dayang Zafirah binti Abg Yakup (W19) Pembantu Tadbir Beatrice Dinda Daniel (W19) Pembantu Tadbir Noorazila binti Azeman (W19) Pembantu Tadbir Noor Syazreen binti Abdullah (W19) Pembantu Tadbir Suraya binti Terang (W22 KUP) Pengurusan Kenderaan Pembantu Tadbir Audriana Sylvia Rampai (N22) Pemandu Kenderaan Mohd Omar bin Morshidi (H14 KUP) Pemandu Kenderaan Mohd Kerian bin Mohd Askar (H14 KUP) Pemandu Kenderaan Wan Suhardy bin Wan Ibrahim (H11) Pemandu Kenderaan Eddie Jecsion anak Uret (H14 KUP) Pemandu Kenderaan Lamran bin Salam (H14 KUP) Pemandu Kenderaan Sufbehi bin Ali Sobeng (H11) Pemandu Kenderaan Lani anak Daud (H11) Pemandu Kenderaan Saidi bin Mokarib (H11) Pemandu Kenderaan Zolpaka bin Ondei (H11) Pemandu Kenderaan Kosong (H11) Pemandu Kenderaan Ogoseri bin Sait (H11) Pemandu Kenderaan Tiong Ying Seng (H11) Pemandu Kenderaan Jamal bin Ajis (H11) Pemandu Kenderaan Edwin anak Adam (H11) Pentadbiran Penolong Pegawai Tadbir Sharifah Jeliaha binti W. Abdullah (N36) Pembantu Tadbir Dyg Saptuyah binti Awg Ebrahim (N26 KUP) Pembantu Tadbir Kuswadi Kumar bin Aman (N22 KUP) Pembantu Tadbir Norhasiah binti Hamid (N22 KUP) Pembantu Operasi Linggi Senaong (N16) Pembantu Operasi Awang Tajudin bin Awg Ibrahim (N14 KUP) Pembantu Operasi Rundi anak Noew (N11) Pembantu Operasi Mohd Nazri bin Zainal Arifin (N11) Pembantu Operasi Lokkman bin Daud (N11) Pegawai Khidmat Pelanggan Norliza binti Mohd Nazruni (N19) Pembantu Tadbir Raniah binti Mohamad Ali (N19) Pembantu Tadbir Hanah binti Jumat (N19) Pembantu Tadbir Lorin anak Lachau (N22 KUP) Pegawai Khidmat Pelanggan Noordika binti Mudin (N22 KUP) Ketua Penolong Pengarah Kanan Chen Chwen Shin (M52) Pembantu Akauntan Dayang Hasinah Awang Ahmad (W26) Penolong Akauntan Nur Hidayah binti Rajemi (W29 KUP) Penolong Akauntan Nuzra binti Shibli (W29 KUP) Penolong Akauntan Liew Kit Khew (W19) Penolong Pegawai Tadbir Nasaruddin bin Ali Sepian (N32 KUP)
Sektor Pengurusan merupakan sektor yang memberi khidmat sokongan dalam menyelaras dan mengawalselia peruntukan belanja mengurus di bawah lima aktiviti utama Pejabat Pendidikan Negeri iaitu aktiviti Menengah, Rendah, Asrama, Pra Sekolah dan Pengurusan Pentadbiran Negeri serta merekodkan terimaan hasil yang diterima, menguruskan proses pembayaran bil/invois dan tuntutan jabatan, bertanggungjawab untuk menyelaraskan permohonan dan pembayaran yang melibatkan kelulusan khas AP 58 (a) peringkat jabatan. Di samping itu juga SP turut diberi tanggungjawab sebagai urus setia induk dalam beberapa mesyuarat peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak termasuk juga penganjuran beberapa program/majlis peringkat jabatan. Sektor Pengurusan (SP) terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Pentadbiran, Unit Kewangan dan Unit Akaun yang mana masing-masingnya telah diberi tanggungjawab dan berperanan berdasarkan carta fungsian selepas Penstrukturan Semula Jabatan melalui Waran Perjawatan S90 Tahun 2019. Sehingga 31 Disember sebanyak 64 pengisian jawatan telah dibuat di Sektor Pengurusan daripada 68 perjawatan yang telah diluluskan dalam penstrukturan tersebut. UNIT PENTADBIRAN Unit Pentadbiran, Sektor Pengurusan adalah merupakan unit yang berperanan sebagai urus setia induk dalam beberapa mesyuarat peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak termasuk juga penganjuran majlis / program jabatan di antaranya ialah seperti berikut: Bil Tarikh Mesyuarat / Program / Majlis 1 27 Januari Mesyuarat Pengurusan Jabatan (MPJ) JPNS 19 April 23 September 09 Disember 2 18 Julai Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Perlindungan (JKP) JPNS 3 11 Oktober Jawatankuasa Pengurusan Kuarters (JPK) JPNS 4 09 Februari Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan “Fire Warden” Peringkat JPNS 25 Julai 5 09 Disember Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Piagam Pelanggan JPNS Tahun 2022 6 21 Januari Bicara Eksekutif – Sempena Amanat Awal Tahun YBrs. Dr. Pengarah Pendidikan Sarawak 11 Mac Bicara Eksekutif Khas – Sempena Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili 12 Mei Bicara Eksekutif – Sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 06 Julai Bicara Eksekutif – Sempena 100 hari YBhg. Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad 23 September Bicara Eksekutif - Sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan Ke – 65 & Hari Malaysia Tahun 2022 25 November Bicara Eksekutif – Sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Persaraan Pegawai JPNS 7 15 Jun Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan JPNS Tahun 2022 8 30 Jun Pemeriksaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Tahun 2022 9 18 Julai Inspekstorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan (CGSO) Tahun 2022 10 01 Ogos Jawatankuasa Mencegah Kebakaran “Fire Drill” bersama dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 11 27 Ogos Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat JPNS Tahun 2022 12 30 Ogos Kursus Klasifikasi Fail Jabatan Peringkat PPD 13 25 November Jamuan Akhir Tahun Jabatan dan Majlis Persaraan Pegawai-pegawai JPNS 2022 99 SEKTOR PENGURUSAN
Unit Pentadbiran, Sektor Pengurusan juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menyelaras permohonan kenderaan rasmi milik Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam program -program JPNS sepanjang tahun di samping beberapa perkara yang melibatkan kebajikan warga jabatan. Kenderaan-kenderaan tersebut adalah terdiri daripada: Bil Jenis Kenderaan Jumlah 1 Bas dengan kapasiti 40 penumpang 1 2 Bas coaster dengan kapasiti 20 penumpang 1 3 Van dengan kapasiti 12 penumpang 1 4 Van jenazah 1 5 Kenderaan pacuan 4 roda 11 6 Kenderaan (pick-up) 1 7 Pesona (kenderaan Spanco) 2 Unit Pentadbiran juga bertanggungjawab terhadap penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan-kenderaan jabatan yang dilaksanakan dari masa ke masa termasuk penyelenggaraan berkala mengikut jadual serta memantau penggunaan kenderaaan tersebut untuk tujuan rasmi Jabatan. Proses peminjaman dan penggunaan kenderaan rasmi Jabatan adalah secara sistematik iaitu mengikut Standard Operation Prosedure (SOP) yang telah ditetapkan. Sebanyak 3105 borang permohonan telah diterima dan diproses sepanjang tahun. Unit Pentadbiran turut menggunakan khidmat bantuan pemandu dan kenderaan jabatan daripada Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan bagi memenuhi keperluan permohonan kenderaan dalam setiap program jabatan sepanjang tahun. Berikut adalah maklumat permohonan kenderaan sepanjang tahun: Bil Status Permohonan Jumlah Keterangan/Catatan/Justifikasi 1 Lulus 3000 2 Tolak 90 Tiada kenderaan / Batal 3 Pinjam khidmat PPD 15 Kenderaan termasuk pemandu Unit Pentadbiran juga turut bekerjasama dengan Sektor Pengurusan Sekolah dalam agihan dan jadual pemandu dan kenderaan untuk program-program yang melibatkan rombongan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Peringkat Kementerian dalam sesi lawatan kerja dan mesyuarat di Sarawak sepanjang tahun. Selain daripada itu, Unit Pentadbiran juga memproses dan meluluskan permohonan penggunaan Bilik-bilik mesyuarat, Makmal Komputer dan Auditorium sepanjang tahun daripada sektor-sektor JPNS seperti berikut: Bil Bilik Bilangan Permohonan 1 Auditorium 109 2 Bilik Mesyuarat 570 3 Makmal Komputer 5 Jumlah keseluruhan 684 Selain daripada itu, Unit Pentadbiran turut memantau kontrak yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Jabatan telah melaksanakan dua kontrak iaitu untuk kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan kontrak perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK). Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) telah dilaksanakan oleh Syarikat Warisan Perkasa Security Sdn Bhd sehingga 31 Disember manakala perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) pula telah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023 dan dilaksanakan oleh Syarikat Perusahaan Emelia. Bagi PKK, nilai pembayaran adalah sebanyak RM12,290.57 sebulan manakala nilai pembayaran bulanan bagi KBK pula adalah sebanyak RM11,970.00. Untuk kontrak PKK di bangunan 100
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, sebanyak 4 orang pengawal keselamatan telah ditempatkan untuk menjaga dan memantau keselamatan keseluruhan persekitaran kawasan bangunan Jabatan. Untuk aspek kebersihan pula, sebanyak 6 orang pekerja telah ditugaskan untuk membantu mengekalkan kebersihan kawasan di dalam dan luar bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Dalam pada itu juga, Unit Pentadbiran bertanggungjawab untuk menyelaras sistem pengurusan fail Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Semua fail masih diuruskan oleh sektor masing-masing dengan penyelarasan nombor fail dilaksanakan oleh Unit Pentadbiran. Manakala di peringkat PPD pula, satu kursus telah diadakan pada 30 Ogos bertempat di Auditorium JPNS sebagai usaha untuk penyeragaman Klasifikasi Fail (KF) sepertimana yang telah diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat arahan rujukan KPM.100-14/4/9 (15) bertarikh 11 Mei. Kursus Klasifikasi Fail Peringkat PPD Pada 30 Ogos di Auditorium JPNS Dalam usaha untuk mencegah kebakaran pula sekaligus pematuhan dalam peraturan keselamatan jabatan serta Inspektorat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Persekutuan (CGSO), Unit Pentadbiran dengan dibantu Pasukan Fire Warden JPNS telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya untuk mengada dan menjayakan program pencegahan kebakaran “Fire Drill” pada 01 Ogos. Sebahagian Daripada Urus Setia, Pasukan Fire Warden JPNS, Pasukan Bomba & Penyelamat Petra Jaya Yang Terlibat Unit Pentadbiran juga telah menganjur dan bekerjasama dengan pihak CGSO untuk kursus keselamatan kepada Pegawai dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ & PPKJ) yang telah disampaikan oleh En. Mike Palmer anak Frankie Riya pada 15 Jun bertempat di Auditorium JPNS. 101
Pengurusan Keselamatan Dokumen Rahsia Rasmi, 15 Jun, Auditorium JPNS Sepasukan pegawai daripada pejabat CGSO yang diketuai oleh Pengarah CGSO, Cawangan Sarawak sendiri telah mengadakan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di JPNS pada 18 Julai yang bertujuan untuk Meningkatkan Kualiti Dan Tadbir Urus Keselamatan Perlindungan Di Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Sarawak dengan berpandukan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2021 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 10 November 2021. Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlinungan, 18 Julai, Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat , JPNS Selain itu juga, pada 30 Jun, Pemeriksaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) turut dilakukan di JPNS. Seramai empat orang pegawai daripada JKKP, Sarawak telah melakukan pemeriksaan tersebut. Taklimat Pemeriksaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 30 Jun, Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat , JPNS Unit Pentadbiran, Sektor Pengurusan juga berusaha untuk menyelaras dalam menjayakan beberapa program lain peringkat JPNS sepanjang tahun, di antaranya ialah seperti berikut: 102
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan, Ruang Lobi Utama JPNS Majlis Akhir Tahun Sempena Persaraan Pegawai dan Kakitangan JPNS Selain itu juga, Unit Pentadbiran, Sektor Pengurusan (SP) turut menjadi penyelaras Piagam Pelanggan JPNS yang telah dimurnikan semula selaras dengan pengstrukturan semula jabatan pada 2019 seperti keputusan pada Mesyuarat Pengurusan Jabatan pada 27 Oktober 2021. Sebanyak 28 perkara bagi Piagam Pelanggan (seperti Lampiran) telah dibincang dan diselaraskan untuk jabatan. Mesyuarat Piagam Pelanggan peringkat JPNS juga telah diadakan pada 09 Disember bagi tujuan pemurnian dan pemantauan serta laporan-laporan terkini untuk perkara tersebut. Dalam urusan pelaksanaan dan penyelarasan Maklumbalas Khidmat Pelanggan pula, iaitu di kaunter utama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, peti maklumbalas pelanggan juga masih lagi disediakan di setiap sektor dan di lobi utama Jabatan secara fizikal serta atas talian melalui link QR code. Maklumbalas pelanggan yang telah diterima akan dirumus dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan (MPJ) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang diadakan secara suku tahun. Manakala untuk tujuan Kajian Tahap Kepuasan Pegawai dan Anggota Khidmat Sokongan (AKP) di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pula, borang kajian tersebut akan diedarkan kepada semua pegawai dan kakitangan untuk dilaksanakan penilaian setiap enam bulan sekali dan analisis serta laporan kajian tersebut turut dibentang dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan. Maklumbalas dan kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan pelanggan serta kakitangan Jabatan terhadap mutu penyampaian perkhidmatan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak secara umum di samping dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan dan pengurusan pejabat di Jabatan ini. Unit Pentadbiran, SP juga bertanggungjawab untuk menyelaras aduan kerosakan bangunan di Jabatan. Sebanyak 59 Borang Aduan yang telah diterima daripada sektor-sektor atau unit di Jabatan. Aduanaduan tersebut akan disemak dan diperiksa terlebih dahulu sebelum dipanjang dan dikemukakan kepada Sektor Infrastruktur dan Perolehan (SIP) untuk tindakan selanjutnya. Aduan atau kerosakan kecil yang tidak melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan akan diuruskan sendiri oleh Unit Pentadbiran. Sebanyak 45 aduan/kerosakan kecil telah selesai sepenuhnya, manakala 14 aduan lagi telah dipanjangkan ke SIP untuk tindakan lanjut sektor berkenaan. 103
PIAGAM PELANGGAN Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut : Bil Proses Kerja Tempoh Masa 1 Kanak-kanak warganegara Malaysia Tahun 1, Peralihan dan Tingkatan 1 hendaklah didaftarkan mengikut kohort umur dan mendapat tempat belajar dalam tahun seterusnya dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran hari pertama sesi persekolahan dimulakan. 30 Hari Bekerja 2 Surat kemasukan murid Tingkatan 1 ke Kolej Sarawak, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas keputusan mesyuarat panel pemilihan murid. 14 Hari Bekerja 3 Kelulusan permohonan pertukaran murid dari Kolej Sarawak, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ke Sekolah Menengah Harian dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen pertukaran murid yang lengkap diterima. 7 Hari Bekerja 4 Kelulusan permohonan pertukaran murid dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Harian ke Kolej Sarawak dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah keputusan panel pemilihan murid diterima. 7 Hari Bekerja 5 Proses semakan dan proses kelulusan permohonan belajar murid bukan warga negara (MBW) dan murid tanpa dokumen (MTD) ke sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah permohonan lengkap diterima dan diproses. 14 Hari 6 Kelulusan permohonan belajar semula murid dari Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Bantuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Swasta dan Sekolah Khas (MRSM/Seni/ Vokasional) ke Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Bantuan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah permohonan lengkap diterima dan diproses. 7 Hari 7 Kelulusan permohonan belajar semula murid dari Sekolah Rendah dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah permohonan lengkap diterima dan diproses. 7 Hari 8 Kelulusan permohonan lewat murid Tahun 1 dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah permohonan lengkap diterima dan diproses. 7 Hari 9 Semua permohonan kemasukan murid berkeperluan khas yang lengkap diterima diberi kelulusan dalam tempoh satu (1) hari. 1 Hari 10 Semua permohonan bantuan yang lengkap diterima di peringkat JPN akan diproses dalam masa 7 hari bekerja sebelum dihantar ke KPM untuk bantuan persekolahan murid dalam tahun semasa. 7 Hari Bekerja 11 Kelulusan permohonan pengelolaan program peringkat negeri diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima dan diproses. 14 Hari Bekerja 12 Semua guru baharu ditempatkan ke sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima senarai bekalan guru daripada KPM. 14 Hari Bekerja 13 Surat arahan pertukaran guru akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan pertukaran diumumkan dalam eg-tukar. 7 Hari Bekerja 14 Penggantian Pengetua / Guru Besar dibuat secara back to back dalam tempoh 90 hari. 90 Hari 15 Penyerahan sijil peperiksaan awam dalam tempoh lima (5) hari bekerja kepada Pejabat Pendidikan Daerah setelah menerima sijil dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 5 Hari Bekerja 16 Murid didaftarkan dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam tempoh 30 hari atau tempoh yang ditetapkan oleh badan tertentu. 30 Hari 104
Bil Proses Kerja Tempoh Masa 17 Semua institusi pendidikan, pengelola, guru dan Persatuan Ibu Bapa-Guru didaftar mengikut prosedur dan peraturan dalam Akta Pendidikan 1996 dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permohonan lengkap. 14 Hari Bekerja 18 Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan Borang Pendaftaran yang lengkap dan memenuhi terma dan syarat. 14 Hari 19 Semua aduan pelanggan yang beralamat lengkap diberi Akuan Terima dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima. 24 Jam 20 Semua aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan dan diuruskan dalam tempoh 15 hari bekerja. 15 Hari Bekerja 21 Bil / invois dan tuntutan yang lengkap dan sempurna dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap. 14 Hari 22 Memberi Perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien. 1 Hari Bekerja 23 Mengeluarkan kelulusan pelupusan aset dan stok dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. 30 Hari Bekerja 24 Mengeluarkan kelulusan penerimaan hadiah bernilai RM50,000.00 dan ke bawah dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. 15 Hari Bekerja 25 Melaksanakan perolehan bekalan/perkhidmatan secara tender sehingga pengeluaran SST bagi sektor / PPD dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan lengkap. 60 Hari 26 Melaksanakan perolehan bekalan/perkhidmatan secara sebut harga bagi sektor/PPD dalam tempoh 15 hari dari tarikh permohonan lengkap. 15 Hari 27 Mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal untuk melaksanakan perolehan darurat AP173.2 dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh laporan lengkap diterima. 5 Hari 28 Pengesahan pelan bangunan terperinci untuk permohonan ke State Planning Authority (SPA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi projek pembangunan sekolah dalam tempoh 10 hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap. 10 Hari bekerja UNIT KEWANGAN Unit Kewangan, Sektor Pengurusan pula, berperanan sebagai urus setia bagi Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Pada tahun 2022, Unit Kewangan telah melaksanakan empat kali mesyuarat JPKA bagi setiap suku tahun seperti berikut: Bil Bilangan Mesyuarat Tarikh 1 JPKA Bilangan 1 Tahun 2021 (Suku Tahun Keempat Tahun 2021) 14 Februari 2 JPKA Bilangan 2 Tahun 2022 (Suku Tahun Pertama Tahun 2022) 14 April 3 JPKA Bilangan 3 Tahun 2022 (Suku Tahun Kedua Tahun 2022) 20 Julai 4 JPKA Bilangan 4 Tahun 2022 (Suku Tahun Ketiga Tahun 2022) 18 Oktober Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun peringkat Jabatan dilaksanakan untuk membincangkan tentang pemantauan dan prestasi kewangan bersama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bahagian Audit Dalam (BAD), Bahagian Audit Sekolah (BAS) Cawangan Sarawak, Jemaah Nazir Negeri Sarawak, Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Negeri Sarawak, Majlis Guru Besar Negeri Sarawak (MGBS), Sarawak Teacher’s Union (STU), Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) dan semua sektor di Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 105
Mesyuarat JPKA juga dijadikan sebagai landasan untuk membincangkan isu-isu kewangan dan akaun yang berbangkit di PPD serta sekolah menengah. Mesyuarat ini juga menjadi platform untuk semua PPD dan sekolah untuk mengutarakan pendapat serta sebarang kemusykilan yang timbul dalam mengendalikan urusan kewangan serta akaun di PTJ masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan pematuhan ke atas arahan di dalam pengurusan kewangan dan akaun. Di sepanjang tahun, Unit Kewangan telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan taskforce melalui beberapa siri Lawatan Pemantauan dan Bimbingan Kewangan serta AP58(a) ke Pusat Tanggungjawab (PTJ) iaitu Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah-sekolah menengah. Antara fokus utama tujuan bimbingan adalah untuk membuat semakan dan penerangan berkaitan prosedur pengurusan Akaun Belum Terima (ABT), Gaji dan Elaun, Akaun Sekolah dan Laporan Audit Sekolah). TASKFORCE LAWATAN PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN KEWANGAN SERTA AP58(a) Bil Tarikh Dilaksanakan Pusat Tanggungjawab Yang Terlibat 1 29 Februari SMK Bandar Kuching No.1 2 13 Jun SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor 3 14 Jun SMK Bandar Semariang 4 12 Julai SMK Padungan 5 27 Julai SMK Padungan 6 03 Ogos PPD Simunjan 7 03 Ogos SMK Simunjan 8 03 Ogos SMK Gedong 9 01 September PPD Serian 10 02 September SMK Ulu Balingian, Sibu 11 02 September PPD Daerah Selangau, Sibu 12 02 September PPD Daerah Selangau 13 02 September PPD Sibu 14 01 November SMK Jalan Oya Sibu 15 02 November SMK Kampung Nangka Sibu Kunjung Bantu di SMK Bandar Kuching No.1, 29 Mac Kunjung Bantu di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, 13 Jun 106
Kunjung Bantu di SMK Bandar Semariang, 14 Jun Kunjung Bantu di SMK Padungan, 12 & 27 Julai Kunjung Bantu di PPD Serian, 01 Sept Kunjung Bantu di PPD Simunjan & SMK Simunjan, 03 Ogos Kunjung Bantu di PPD Selangau, 02 Sept Kunjung Bantu di SMK Balingian, 02 Sept 107
Kunjung Bantu di PPD Sibu, 02 Sept Kunjung Bantu di SMK Kamoung Nangka Sibu, 02 September Kunjung Bantu di SMK Jalan Oya, 01 Nov MESYUARAT PEMERIKSAAN PRESTASI BELANJA MENGURUS B.63 (MPPBM) BIL.2/2022 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PADA 22-24 SEPTEMBER 2022 JPN Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Pemeriksaan Prestasi Belanja Mengurus B.63 (MPPBM) Bilangan 2 Bagi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mesyuarat tersebut telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 22 hingga 24 Sept bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang, Kuching melibatkan Bahagian Kewangan, KPM, JPN Sarawak, JPN Sabah serta JPWP Labuan. Antara tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memantau dan memeriksa prestasi perbelanjaan peruntukan di setiap negeri dengan memberi keutamaan kepada keperluan emolumen, perubatan, utiliti, dan perkara lain yang kritikal dalam kelangsungan operasi utama Bahagian. Mesyuarat Pemeriksaan Prestasi Belanja Mengurus B.63 (Mppbm) Bil.2/2022 Bagi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di Kementerian Pendidikan Malaysia 22-24 September 108
UNIT AKAUN Fungsi utama Unit Akaun di Sektor Pengurusan adalah untuk merekodkan terimaan hasil yang diterima, menguruskan proses pembayaran bil/invois dan tuntutan jabatan, bertanggungjawab untuk menyelaraskan permohonan dan pembayaran yang melibatkan kelulusan khas AP 58 (a) di peringkat jabatan serta memantau prestasi pembayaran bil/invois dan tuntutan dan prestasi pembayaran melibatkan kelulusan khas AP 58 (a) di 204 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, menguruskan perakaunan aset di jabatan, mewujudkan dan mengemaskini akaun pukal jabatan, mengemaskini kod vendor jabatan di sistem iGFMAS, memproses bayaran yang melibatkan wang jaminan pelaksanaan, deposit seperti deposit cagaran, menguruskan panjar wang runcit jabatan, menjadi penyelaras dalam mendapatkan maklumbalas bagi penemuan pengauditan daripada Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam, Cawangan Sarawak atau penemuan naziran daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan mengawal selia pengurusan Kumpulan Wang Sekolah di 1,443 buah sekolah di seluruh Sarawak. Sepanjang tahun, Unit Akaun telah merekodkan terimaan jabatan sebanyak RM540,963.69. Hasilhasil yang diterima oleh jabatan ini merangkumi kutipan bayaran pendaftaran peperiksaan, bayaran pendaftaran lewat calon, bayaran perpindahan calon peperiksaan dan pusat peperiksaan, bayaran pembetulan maklumat calon, bayaran pembetulan maklumat mata pelajaran peperiksaan, bayaran semakan semula keputusan peperiksaan, fi permohonan dan pembaharuan permit mengajar daripada pusat pendidikan swasta, bayaran yuran MSSM bagi murid bukan warganegara, geran tahunan kepada Majlis Sukan Sekolah Sarawak oleh Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti, hasil penjualan dokumen tender/sebut harga, pemulangan peruntukan bantuan persekolahan dan kutipan balik hasil-hasil terdahulu. Dalam urusan pembayaran, Unit Akaun telah memproses sebanyak 4,305 baucar bayaran yang bernilai RM192,729,111.53 bagi sepanjang tahun. Antara bayaran-bayaran yang dibuat oleh Unit Akaun adalah pembayaran tuntutan elaun perjalanan tugasan rasmi, tuntutan elaun kerja lebih masa, tuntutan penceramah dan fasilitator, lain-lain tuntutan, penyaluran peruntukan bantuan ke akaun bank sekolah menengah serta pembayaran bagi perolehan kerja, perkhidmatan dan bekalan yang diterima oleh jabatan. Perincian baucar-baucar yang telah diproses adalah seperti berikut: Bil. Jenis Arahan Pembayaran Bil. Baucar Jumlah (Rm) 1 Baucar Dengan Pesanan Kerajaan 1,226 45,208,737.45 2 Baucar Tanpa Pesanan Kerajaan a) Invois Tanpa Pesanan Tempatan 614 144,548,540.37 b) Pendapatan Bercukai 469 493,621.07 c) Tuntutan Perjalanan 1,971 1,503,225.12 d) Bayaran Wang Jaminan Pelaksanaan 5 86,721.74 e) Bayar Balik EFT Batal 6 874,420.53 f) Bayar Balik Deposit 3 5,000.00 g) Rekupmen Panjar 11 8,845.25 Jumlah 4,305 192,729,111.53 Selain menguruskan terimaan dan bayaran, Unit Akaun juga bertanggungjawab untuk memproses pembayaran bagi kelulusan khas AP 58 (a). Sebanyak 96 buah baucar telah diproses yang melibatkan jumlah sebanyak RM2,060,389.57 di peringkat jabatan. Unit Akaun juga bertanggungjawab dalam membantu Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memantau pembayaran di bawah kelulusan khas AP58 (a) di 204 PTJ di bawah seliaan JPN Sarawak. Sepanjang tahun, sebanyak 2,776 bil berjumlah RM68,476,219.52 telah diluluskan pembayaran di bawah AP58 (a) bagi Jabatan Pendidikan Negeri dan PTJ di bawah seliaan JPN Sarawak. Sehingga 31 Disember, kesemua bil di bawah AP58(a) di peringkat jabatan (96 buah bil) telah selesai dibuat pembayaran. Bagi perakaunan aset, Unit Akaun bertanggungjawab dalam pewujudan/kemaskini data induk aset, perakaunan aset bagi sumbangan/hadiah, perakaunan bagi pindahan aset, perakaunan bagi penjejasan 109
nilai aset, pelupusan aset, perakaunan susut nilai aset dan sebagainya. Urusniaga bagi perakaunan aset ini adalah seperti berikut: Bil Pengurusan Aset Bilangan 1. Mewujud data induk aset secara manual 4 2. Pindahan Aset Pegawai Pengawal Sama 4 Dalam tahun ini juga, Unit Akaun telah membantu Bahagian Perolehan (BPL), KPM dalam memantau untuk memastikan PTJ terlibat di bawah seliaan JPN Sarawak dalam mengambil tindakan mewujudkan data induk aset serta memperakaunkan pindahan aset bagi penemuan naziran ke atas perolehan aset yang dilakukan oleh BPL, KPM bagi kenderaan jabatan yang mana kenderaan jabatan tersebut diagihkan kepada JPN/PPD/sekolah terlibat untuk gunapakai. Selain itu, Unit Akaun juga bertanggungjawab untuk mengawal selia pengurusan kewangan Kumpulan Wang Sekolah. Urusan berkaitan Kumpulan Wang Sekolah adalah seperti jadual berikut; Bil. Pengurusan Kumpulan Wang Sekolah Bilangan 1. Memperaku/menyokong permohonan penukaran penandatangan akaun bank Kumpulan Wang Sekolah (Borang Kuasa Tetap AK52) 1,524 2. Mengeluarkan surat kuasa yang membenarkan kuasa penama (a) dalam Borang Kuasa Tetap AK52 digantikan oleh penama (b) 440 3. Menguruskan permohonan tuntutan bantuan persekolahan (bantuan umum) melalui sistem eBantuan KPM 2,886 4. Meluluskan permohonan penggunaan wang dalam Kumpulan Wang SUWA 36 5. Meluluskan permohonan perbelanjaan melebihi RM20,000 setahun bagi setiap jenis item 29 6. Menguruskan lain-lain permohonan berkaitan Kumpulan Wang Sekolah yang dalam bidang kuasa Jabatan 52 7. Mengurus capaian ke Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) daripada sekolah dan Admin PPD. 962 Di samping itu juga, Unit Akaun juga bertanggungjawab untuk memantau prestasi laporan bagi pembayaran bil/invois dan tuntutan di 204 PTJ di bawah seliaan JPN Sarawak. Setiap PTJ dikehendaki untuk mengemukakan laporan secara bulanan melalui Sistem Laporan Prestasi Pembayaran Bil & Tuntutan, KPM. Pada 24 Ogos, satu perjumpaan bersama PTJ-PTJ di bawah JPN Sarawak secara atas talian melalui aplikasi Google Meet telah diadakan bagi membincangkan isu kelewatan pembayaran bil/invois dan tuntutan di PTJ. Unit Akaun juga telah menerima kunjungan dan pemeriksaan audit seperti di bawah: Bil. Tarikh Pengauditan Jabatan Yang Mengaudit Perkara 1. 20 Disember 2021 -14 Januari 2022 Unit Audit Dalam KPM Pengauditan Arahan Pembayaran Bagi Tempoh November 2020 Hingga November 2021 Di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 2. 10 Jun Bahagian Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya Verifikasi Laporan Prestasi Pengurusan Kewangan Dan Akaun Bagi Tujuan Kenaikan Pangkat Ke Gred Utama B, YBrs. Dr. Norisah Binti Suhaili, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 3. 5-7 September Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak Pengauditan Terhadap Arahan Pembayaran Dan Penyata Pemungut iGFMAS Bagi Tempoh Januari Hingga Julai 2022. 4. 12-23 Disember Unit Audit Dalam KPM Pengauditan Arahan Pembayaran Bagi Tempoh Disember 2021 Hingga November 2022 Di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Kesemua maklum balas bagi penemuan pengauditan daripada Jabatan di atas dijawab dalam tempoh 30 hari dari tarikh laporan. Selain itu, Unit Akaun melaksanakan Taklimat Berkenaan Proses Pengemaskinian Maklumat Akaun Bank KWK & KWA dalam iGFMAS kepada semua PTJ di bawah JPN Sarawak secara atas talian melalui aplikasi Google Meet pada 11 Oktober. 110
SEKTOR SUMBER MANUSIA SEKTOR SUMBER MANUSIA Ketua Penolong Pengarah Kanan Chang Sze Ping (M52) Pengurusan Bakat Ketua Penolong Pengarah Lydia Lucas Jalong (M48) Perjawatan & Perkhidmatan Penolong Pengarah Muhammad Imran Jambai bin Dingun Abdullah (M48 KUP) Unit Naik Pangkat Penolong Pengarah Norhayati binti Hashmi (DG48) Penolong Pengarah Kosong (DG44) Penolong Pengarah Nadzari bin Arip (DG42) Unit Penilaian Kompetensi Penolong Pengarah Pui Lih Shan (M48 KUP) Pembantu Tadbir Sharifah Nurasfia binti Wan Solah (N19) Pembantu Tadbir Nigel Liging anak Tukang (N19) Penolong Pegawai Tadbir Zanzirah binti Sharif (N40) Unit Latihan Penolong Pengarah Nur Hairunisa binti Jasni (DG44) Penolong Pegawai Tadbir Mohammad Azree bin Kamri (M44) Penolong Pegawai Tadbir Salbiah binti Hassan (N36) Ketua Pembantu Tadbir Leha binti Ulis (N22) Pembantu Tadbir Harzean Nuruliza binti Rahman (N19) Pembantu Tadbir Diasy anak Bulang (N19) Pembantu Tadbir Hassan Tugimin (N19) Pembantu Tadbir Mazlinawati binti Ismail (N19) Pembantu Tadbir Sharniza binti Abdul Aziz (N19) Pembantu Tadbir Magdlin Gending (N19) Pembantu Tadbir Nurbazura binti Suhai (N19) Pembantu Tadbir Nazamuddin bin Hussain (N19) Pembantu Tadbir Rozeni binti Jedil (N19) Sub Unit Persaraan Penolong Pegawai Tadbir Matjelan bin Jamain (N40) Penolong Pegawai Tadbir Madina binti Hasbi (N36) Unit HRMIS Penolong Pengarah Suhaida binti Sa’dan (M44) Pen. Peg. Teknologi Maklumat Hamidah binti Ibrahim (FA32) Juruteknik Komputer Hanania Haisha binti Jong @Virginia Jong (FA29) Pembantu Tadbir Sepa binti Bibi (N19) Pembantu Tadbir Norazima bin Ali Hossein (N19) Ketua Pembantu Tadbir May anak Bali (N22) Unit Perjawatan Penolong Pengarah Abdul Wahab bin Jaini (M44) Sub Unit Bukan Guru Penolong Pegawai Tadbir Donna anak Cosma (N32) Pembantu Tadbir Nor Irmawaty binti Ismail (N19) Ketua Pembantu Tadbir Noraini binti Mohd Daud (N22) Pembantu Tadbir Norhasimah binti Jani (N19) Pembantu Tadbir Haemawati binti Ismail (N19) Pembantu Tadbir Siti Amirah binti Zamri (N19) Pembantu Tadbir Henskie Galah anak Awan (N19) Pembantu Tadbir Azazarine Farilla binti Abdul Rahman (N19) Pembantu Tadbir Seniah binti Ali (N19) Pembantu Tadbir Rahmat Bissuni bin Bohari (N19) Sub Unit Guru Penolong Pegawai Tadbir Fazarina binti Jasmi (N29) Pembantu Tadbir Shekkah binti Ali (N19) Pembantu Tadbir Shawn anak Ruwi (N19) Pembantu Tadbir Maimunah binti Nawawi (N19) Pembantu Tadbir Yanti binti Suhaili (N19) Pembantu Tadbir Norlizawati binti Morni (N19) Pembantu Tadbir Maria binti Toti (N19) Pembantu Tadbir Angelina Jering anak Fread Seludang (N19) Sub Unit Kemudahan Penolong Pegawai Tadbir Kasinah binti Kadri (N32) Pembantu Tadbir Dayang Nazzurina binti Abg. Madihi (N19) Pembantu Tadbir Noratina binti Sapian (N19) Pembantu Tadbir Norani binti Uni (N19) Pembantu Tadbir Nur Fadzillah binti Ahmad (N19) Pembantu Tadbir Nur Shah Ayu binti Zaidin (N19) Sub Unit Rekod Penolong Pegawai Tadbir Dinah binti Mohd. Fakhruddin (N29) Pembantu Tadbir Halma binti Sulaiman (N19) Pembantu Tadbir Raba’ah binti Semawi (N19) Pembantu Tadbir Sharifah Sarrah Khadijah binti Wan Abdullah (N19) Pembantu Tadbir Mohd Azlan bin Haji Omar (N19)
SAMBUTAN BULAN HRMIS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK TAHUN 2022 Sambutan Bulan HRMIS Tahun 2022 adalah bertemakan Ketepatan Data Aspirasi Kita. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Pelancaran Bulan HRMIS, Pembentangan Status dan Strategi KPI HRMIS 100%, Program Outreach HRMIS BPSM KPM, Hari Semakan Data HRMIS Bersama Pelanggan, Slot “Tahukah Anda??” dan Bengkel Pemantapan HRMIS Siri 2 dan 3 (Sibu dan Miri). Program dilaksanakan bagi mencapai objektif pelaksanaan Bulan HRMIS terutamanya dalam mengoptimumkan penggunaan HRMIS dalam kalangan penjawat awam. Poster Hebahan Aktiviti Sempena Sambutan Bulan HRMIS JPNS Tahun 2022 111 SEKTOR SUMBER MANUSIA
BENGKEL LATIHAN TRAINING OF TRAINER (TOT) JURULATIH UTAMA (JU) PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PB PPP) TAHUN 2022 PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK Sebagai usaha untuk meningkatkan kecekapan penyampaian dalam PBPPP, kepakaran dalaman seperti Jurulatih Utama (JU) peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dibangunkan melalui bantuan Jurulatih Kebangsaan (JK) peringkat Jabatan Pendidikan Negeri. Selaras dengan itu, satu bengkel latihan diadakan mengikut zon di Sarawak bagi melatih JU agar mereka mampu untuk mengurus dan menyelia pelaksanaan PBPPP di organisasi dan agensi seliaan. Perkara Maklumat Tarikh Zon Utara: 28 – 29 Mac Zon Tengah: 31 Mac – 1 Apr. Zon Selatan: 06 – 07 Apr. Tempat Zon Utara: Institut Kemahiran Belia Negara, Miri Zon Tengah: Dewan Suarah Sibu Zon Selatan: Auditorium, JPN Sarawak Bilangan PTJ Dijemput 30 buah PPD seluruh Sarawak 10 buah sektor di JPN Sarawak Bilangan Peserta Zon Utara: 16 peserta Zon Tengah: 26 peserta Zon Selatan: 38 peserta Jumlah keseluruhan: 80 peserta Para Peserta Bengkel Latihan Training Of Trainer (TOT) Jurulatih Utama (JU) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Tahun 2022 Mengikut Zon Di Sarawak BENGKEL MODUL PERTUKARAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) TAHUN 2022 PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah dilaksanakan sepenuhnya kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula tahun 2016. Walaupun pelaksanaan PBPPP sudah menjangkau tujuh (7) tahun, keciciran maklumat masih berlaku terutama di peringkat agensi pelaksana. Satu bengkel latihan telah diadakan mengikut zon di Sarawak bagi meningkatkan kepakaran Penyelaras PBPPP peringkat PPD. Perkara Maklumat Tarikh Zon Utara: 22 – 23 Ogos Zon Tengah: 25 – 26 Ogos Zon Selatan: 29 Ogos Tempat Zon Utara: Hotel Dynasty, Miri Zon Tengah: Hotel Kingwood, Sibu Zon Selatan: Makmal Komputer, SSTP JPNS Bilangan PTJ Dijemput 30 buah PPD seluruh Sarawak Bilangan Peserta Zon Utara: 16 peserta Zon Tengah: 26 peserta Zon Selatan: 18 peserta Jumlah keseluruhan: 60 peserta 112
Para Peserta Bengkel Modul Pertukaran Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Tahun 2022 Mengikut Zon Di Sarawak PROGRAM KUNJUNG BANTU & PROGRAM PEMANTAUAN PBPPP KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DI SARAWAK BAGI TAHUN 2022 Program ini bertujuan untuk memberi bantuan dan bimbingan secara terus dan bersemuka kepada PPD berkaitan kompetensi yang merangkumi urusan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) dan myPerformance, HRMIS agar pengurusan yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur. Jadual Program Kunjung Bantu & Program Pemantauan PBPPP ke Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak Tarikh Masa Lokasi PPD 24 Ogos (Rabu) 0900 PPD Sibu Sibu 19 Sept. (Isnin) 1400 PPD Kapit Kapit 20 Sept. (Selasa) 0900 SMK Kapit Kapit 20 Sept. (Selasa) 1400 SK Kapit Kapit 21 Sept. (Rabu) 0900 PPD Song Song 21 Sept. (Rabu) 1400 SMK Katibas Song 22 Sept. (Khamis) 0900 SK Nanga Selibut Song 11 Okt. (Selasa) 0900 PPD Sarikei Sarikei 11 Okt. (Selasa) 1400 SMK St Anthony Sarikei 12 Okt. (Rabu) 0900 PPD Meradong Meradong 12 Okt. (Rabu) 1400 SMK Bandar Bintangor Meradong 13 Okt. (Khamis) 0900 PPD Julau Julau 13 Okt. (Khamis) 1400 SK Ulu Sungai Naman Julau 111
Program Kunjung Bantu & Program Pemantauan PBPPP Ke Pejabat Pendidikan Daerah Di Sarawak Bagi Tahun 2022 MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021 PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini merupakan program tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang serta komitmen terhadap perkhidmatan. Majlis APC Tahun 2021 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Mei di Auditorium, JPNS. Penerima APC Tahun 2021 terdiri daripada 21 penerima Gred 54, 45 penerima Gred 52, dan 36 penerima warga pejabat JPNS dengan keseluruhan penerima APC Tahun 2021 peringkat JPNS berjumlah 102. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM (PPA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2022 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM telah melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) KPM bagi Sesi 1 Tahun 2022 (14 hingga 17 Mac) dan Sesi 2 Tahun 2022 (26 hingga 29 September) secara dalam talian pada yang melibatkan calon-calon yang terdiri daripada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) Gred 19 lantikan baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang telah membuat permohonan dan pendaftaran peperiksaan melalui laman sesawang Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SisPPA). 112
Statistik Keputusan Perkhidmatan Awam, KPM Nama Peperiksaan Bahagian PPA Sesi 1/2022 PPA Sesi 2/2022 Jumlah Calon Lulus Kandas Tidak Hadir Jumlah Calon Lulus Kandas Tidak Hadir Pembantu Makmal Gred C19 B 6 6 0 0 1 0 1 0 Pembantu Makmal Gred C19 C 3 3 0 0 1 1 0 0 Penyelia Asrama Gred N19 B 22 17 5 0 5 3 2 0 Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) Gred N19 B 20 19 1 0 5 4 1 0 Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) Gred N19 B 0 0 0 0 1 1 0 0 Pembantu Pengurusan Murid (Asrama) Gred N19 B 24 22 2 0 4 3 1 0 Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N19 B 102 67 35 0 56 50 6 0 Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N19 C 123 83 40 0 53 43 10 0 Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W19 B 0 0 0 0 0 0 0 0 JUMLAH KESELURUHAN 300 217 83 0 126 105 21 0 MAJLIS TAKLIMAT LAPOR DIRI DAN PENEMPATAN LANTIKAN BAHARU ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP), TAHUN 2022 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK Majlis Taklimat Lapor Diri dan Penempatan Lantikan Baharu diadakan secara bersemuka di Auditorium JPN Sarawak bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ambilan baharu untuk mendedahkan mereka dengan perkara-perkara penting yang perlu diketahui penjawat awam dan persediaan awal sebelum melapor diri di penempatan masing-masing. Seramai 44 orang telah menerima tawaran lantikan. Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana Lantikan Baharu Mengikut Skim Perkhidmatan Tarikh Tempat Skim Perkhidmatan Bilangan 22 Ogos Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 • Pembantu Makmal Gred N19 • Penyelia Asrama Gred N19 • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 18 orang 12 orang 13 orang 1 orang Jumlah 44 orang PERSIDANGAN PENGURUSAN JPN SARAWAK BERSAMA PPD NEGERI SARAWAK Persidangan Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak Bersama Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Sarawak telah diadakan secara bersemuka di zon tengah pada 31 Oktober 2022 hingga 3 November 2022 melibatkan lima (5) sektor di JPN iaitu Sektor Sumber Manusia, Sektor Pengurusan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan, Sektor Pengurusan Maklumat, serta Sektor Integriti bersama-sama Ketua Sektor Pengurusan/wakil daripada 30 PPD di Negeri Sarawak. Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan platform pertemuan bagi pegawai-pegawai di JPN dan PPD untuk bersama-sama meneliti proses, membincangkan dan bertukar-tukar pendapat atau perkongsian maklumat serta amalan terbaik khususnya dalam bidang/skop kerja buat dan tanggungjawab di bawah Sektor Pengurusan di PPD yang merangkumi pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan, aset dan infrastruktur, ICT, pentadbiran dan pengurusan isu berkaitan integriti. Bilangan Penyertaan Pegawai Dalam Persidangan Pengurusan JPNS Bersama PPD Negeri Sarawak Tarikh Tempat Skim Perkhidmatan Bilangan 31 Okt-3 Nov Sibu, Sarawak • Sektor Sumber Manusia • Sektor Pengurusan • Sektor Infrastruktur dan Perolehan • Sektor Integriti • Sektor Pengurusan Maklumat • Pejabat Pendidikan Daerah 5 orang 3 orang 4 orang 2 orang 3 orang 30 orang Jumlah 47 orang 113
PENCAPAIAN 42 MATA KREDIT MYPPB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) NEGERI SARAWAK TAHUN 2022 Sejumlah 38,120 orang (98.41%) PPP telah mencapai 42 mata kredit bagi tahun 2022. Pencapaian ini melebihi KPI KPM iaitu 85%. PENCAPAIAN 5 HARI LATIHAN BAGI SEMUA WARGA PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK TAHUN 2022 Sejumlah 48,688 orang (100%) telah mencapai minimum 5 hari kehadiran latihan. Jumlah tersebut merangkumi warga pendidikan di Ibu Pejabat, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. PELAN OPERASI LATIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2022 Bagi tahun 2022 sebanyak 96.32% peruntukan dibelanjakan untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) PPP melibatkan 52 program. Peruntukan yang diterima untuk LDP PPP ialah RM109,147.00 bagi tahun 2022. Antara Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Tahun 2022 PELAN OPERASI LATIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN BUKAN GURU (PBG) TAHUN 2022 Sektor Sumber Manusia telah melaksanakan 29 program latihan untuk pegawai PBG sepanjang tahun 2022. Peruntukan yang diterima untuk LDP PBG adalah RM33,800.00 dan dibelanjakan 99.96% sehingga 31 Disember 2022. PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BARU (PPGB 2.0) TAHUN 2022 Taklimat Pembugaran PPGB 2.0 dalam Pelantar Pembelajaran DELIMa 2.0 kepada guru baharu lantikan tetap, interim dan COS yang dilantik pada tahun 2022 di Negeri Sarawak telah diadakan pada 21 hingga 23 November secara dalam talian. Taklimat tersebut dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Utara (21 November), Zon Tengah (22 November) dan Zon Selatan (23 November) melibatkan penyertaan seramai 3,972 orang guru. Taklimat ini dilaksanakan bertujuan untuk membugarkan pelaksanaan PPGB 2.0 khususnya pelaporan, penilaian dan pemantauan dalam Pelantar Pembelajaran DELIMa 2.0. Taklimat Pembugaran PPGB 114
TAKLIMAT PASCA PENCEN DAN URUSAN PERSARAAN TAHUN 2022 Taklimat Pasca Pencen bagi PPD Betong pada 16 Jun secara dalam talian. Selain itu Sub Unit Persaraan turut terlibat dalam Program Kunjung Bantu SSM yang telah diadakan di SMK Demak Baru, PPD Simunjan, PPD Lundu, PPD Bau, PPD Padawan, PPD Serian, PPD Samarahan dan juga yang yang turut diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri. Sepanjang tahun 2022 sebanyak 1,292 urusan persaraan yang telah diproses oleh subunit ini mengikut pecahan seperti di bawah: Urusan Persaraan Seluruh Sarawak Tahun 2022 Persaraan Wajib Pilihan Kesihatan Kematian Jumlah PPP AKP PPP AKP PPP AKP PPP AKP PPP AKP Keseluruhan PPN 3 8 2 0 0 0 0 0 5 8 13 Menengah 179 64 94 13 4 1 19 23 296 101 397 Rendah 492 112 178 14 7 8 32 7 709 141 850 PPD 16 6 4 4 0 0 2 0 22 10 32 Jumlah 690 190 278 31 11 9 53 30 1,032 260 1,292 Jumlah Besar 880 309 20 83 1,292 PENGURUSAN PERUNTUKAN DI BAWAH OS15000 Bagi tahun 2022 sub unit ini telah menguruskan keseluruhan peruntukan di bawah OS15000 sebanyak RM 34,301,523.96 yang menrangkumi perbelanjaan perubatan di bawah aktiviti 010804 sebanyak RM11,410,829.73 dan perbelanjaan di bawah aktiviti 010801 iaitu tambang, dan lain-lain elaun kepada semua pegawai sebanyak RM22,890,694.23 SEMAKAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN Pada tahun 2022, Hari Semakan Buku Perkhidmatan telah diadakan sebanyak dua kali, iaitu Semakan Buku Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2022 telah diadakan dari 6 hingga 12 April di Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat. Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan Bilangan 2 Tahun 2022 telah diadakan dari 8 hingga 15 November di setiap aras di JPN. Taklimat Pengendalian BPK dan Pasca Pencen bagi PPD Maradong pada 5 Julai, Taklimat BPK dan Cuti di SJK Chung Hua Bako pada 30 Mei serta Taklimat Kesedaran BPK kepada Pegawai Rekod dan bakal pesara di PPD Maradong pada 25 Julai. Hari Semakan Buku Perkhidmatan MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PERINGKAT JABATAN MBJ Bilangan 1 telah diadakan pada 21 April, Bilangan 2 diadakan pada 30 Ogos dan yang terakhir, Bilangan 3 telah diadakan pada 8 Disember. Kesemua Mesyuarat MBJ tahun 2022 telah diadakan secara hybrid iaitu secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Utama, JPNS bagi ahli-ahli mesyuarat yang berada di Ibu Pejabat dan secara dalam talian bagi ahli mesyuarat yang berada di luar Ibu Pejabat. 115
TEMUDUGA KEMASUKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI MENGISI JAWATAN DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK Temuduga Kemasukan Pengawai Perkhidmatan Pendidikan DG44(KUP) hingga DG54(KUP) di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah diadakan pada 8 Julai dan 19 Disember bagi mengisi kekosongan jawatan di sektor-sektor di jabatan. Panel-panel terdiri daripada Timbalan Pengarah Pendidikan dan Ketua Penolong Pengarah Kanan yang di lantik bagi menjalankan sesi tersebut. Pada sesi 8 Julai seramai 19 orang calon telah disenaraikan bagi menghadiri temuduga dan diikuti 10 orang calon pada 19 Disember tahun yang sama. Temuduga telah dijalankan secara atas talian dan panel-panel telah berjaya mengenalpasti caloncalon yang berpotensi serta mempunyai bakat dan kekuatan kepimpinan untuk di tempatkan di jabatan. Impak pemilihan calon amat jelas melalui sesi temuduga ini kerana barisan panel boleh berkenalan dengan lebih baik serta mudah untuk mengenalpasti kekuatan calon untuk di tempatkan di sektor-sektor di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 116
SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEROLEHAN SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEROLEHAN Jurutera Agata anak Ngawang (J44) Jurutera Awam Farah Arina binti Tamin (J44) Jurutera Mekanikal Dora Ursee (J44) Jurutera Kosong (J44) Penolong Jurutera Hamnorwati binti Hamndan (J36) Penolong Pengarah Rosie Lonia anak Abdul (M44) Penolong Pengarah Awang Umar Abdil Aziz bin Awang Abdillah (M41) Penolong Pegawai Tadbir Maddelin Ajum anak Uyau (N29) Pembantu Tadbir Kayat bin Semawi (N22) Pembantu Tadbir Susilawati binti Raie (N19) Penolong Pegawai Tadbir Noor Asmah binti Bujang (N29) Pembantu Tadbir Supiah binti Razali (N28) Pembantu Tadbir Zuriana binti Mokhtar (N19) Pembantu Tadbir Yasmin binti Yusup (N19) Pembantu Tadbir Ajibah binti Julaihi (N19) Pembantu Tadbir Surani binti Jamali (N19) Pembantu Tadbir Hasnulrina binti Hassan (N19) Pembantu Tadbir Rosnah binti Gapor (N19) Pembantu Tadbir Hasnie bin Perdzi (N22) Jurutera Kosong (J44) Penolong Pegawai Tadbir Mariawati binti Hipni (N40) Penolong Pegawai Tadbir Junaida binti Morshidi (N32) Penolong Pegawai Tadbir Abg Mohd Borhan bin Abg Mohd Hashim (N29) Ketua Penolong Pengarah Kanan Wan Fadillah bin Wan Ahmad (M52) Unit Pembangunan & Pengurusan Infrastruktur Ketua Penolong Pengarah Daevianna@Vian binti Penjinus@Agang (J48) Unit Perolehan Penolong Pengarah Kerby Ambo anak Enggu (M44)
LAWATAN KERJA RASMI DI SK BULAN JERAGAM, SIMUNJAN Pegawai-pegawai Sektor Infrastruktur dan Perolehan mengadakan lawatan kerja rasmi di SK Bulan Jeragam, Simunjan bagi meninjau blok akademik baharu yang lengkap dengan kemudahan baru dan selesa seperti 4 bilik darjah, 1 bilik sains serta tandas guru dan murid. Di samping itu, lawatan ini juga diadakan untuk mendapatkan pandangan pihak sekolah berhubung keperluan-keperluan lain yang boleh disediakan jabatan ini bagi memastikan sekolah dapat beroperasi dengan suasana yang lebih selesa. Projek pembinaan blok akademik baharu tersebut merupakan salah satu usahasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak amat menghargai usaha baik ini sebagai inisiatif untuk menyediakan kemudahan yang baharu dan selesa untuk anak-anak Sarawak secara amnya dan bagi penduduk Sebuyau secara khususnya. Tajuk Projek : Pembinaan Gantian Blok Akademik Yang Uzur Di bawah Peruntukan Projek Sekolah Daif Rm1 Bilion. Tarikh Lawatan : 14 Ogos Bahagian depan bangunan sekolah Bahagian belakang bangunan sekolah Bilik makmal sains Aktiviti : Lawatan Kerja Rasmi Ke SK Long Sukang, Lawas Pegawai-pegawai Sektor Infrastruktur dan Perolehan, JPN Sarawak telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke SK Long Sukang di Lawas bagi mengenal pasti lokasi paling bersesuaian berdasarkan penilaian agensi teknikal untuk pembinaan semula bangunan yang telah terbengkalai akibat menghadapi masalah tebing runtuh semasa pembinaan. 117 SEKTOR INFRASTRUKTUR DAN PEROLEHAN
Projek pembangunan semula SK Long Sukang telah diluluskan dalam Rolling Plan 2, RMKe-12. Lawatan kerja ini turut dihadiri pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan (Kementerian Pendidikan Malaysia), Unit Perancang Ekonomi (Jabatan Perdana Menteri), Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, JKR Bahagian Limbang, pihak sekolah dan PIBK SK Long Sukang. JPN Sarawak positif bahawa projek penyiapan ini dapat dilaksanakan dengan segera demi keselesaan dan kebajikan warga SK Long Sukang, Lawas. Tajuk Projek : Projek Pembangunan Semula SK Long Sukang Telah Diluluskan Dalam Rolling Plan 2, RMKE-12. Tarikh Lawatan : 11 Ogos Bangunan yang telah terbengkalai akibat menghadapi masalah tebing runtuh semasa pembinaan Sesi perbincangan mengenai pembinaan semula bangunan di SK Long Sukang, Lawas Aktiviti : Lawatan Pemantauan Projek Gantian Penuh Sk Ulu Segan,Bintulu Di Tapak Baru Oleh Ybhg. Datu Kameri Haji Affandi, Setiausaha Tetap MEITD Dan JKR Sarawak Yang Diiringi Oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur Dan Perolehan, JPN Sarawak Dan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Projek ini merupakan inisiatif Projek Rakyat yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak demi keselesaan warga sekolah SK Ulu Segan. Bangunan lama sekolah ini menghadapi masalah kerap dilanda banjir memandangkan ia nya terletak berhampiran dengan sungai. JPN Sarawak menghargai usaha baik Kerajaan Negeri Sarawak dalam menyediakan kemudahan baru dan moden ini yang mampu memberikan motivasi dan meningkatkan kecemerlangan prestasi pendidikan di sekolah ini. 118
Projek : Gantian Penuh SK Ulu Segan, Bintulu di Tapak Baharu Kontaktor : Townbuilder Realty Sdn Bhd Kos Projek : RM29,488,088.00 Tarikh Mula : 24 Januari 2019 Tarikh Siap : 24 Mei 2022 Tarikh Lawatan: 18 Ogos Bahagian depan bangunan sekolah Sekitar Kawasan bangunan sekolah yang telah siap Aktiviti : Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Cadangan Pembinaan Baru (20 Pelajar) Asrama Dan (8 Unit) Rumah Guru Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku, Sri Aman Sarawak. Pada 03.08.2022 Majlis Penyerahan Projek Siap telah diadakan oleh agensi pelaksana JKR Southern Regional Office, JKR Sarawak kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia diwakili oleh En Wan Fadillah Bin Wan Ahmad, KSIP Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; Tn Hj Abdul Rahman Bin Hj Muhiyuddin, PPD Sri Aman dan En Ismail Bin Sili, Guru Besar SK Pulau Seduku. Penyediaan prasarana asrama serta kediaman guru yang selesa dan kondusif ini diharap dapat memberi manfaat kepada warga sekolah dan meringankan beban kepada ibu bapa serta komuniti setempat. Turut hadir dalam majlis penyerahan projek siap ialah Pasukan Projek JKR Southern Regional Office diketuai En. Muhammad Kashral Bin Kamalmirza (RE), pasukan kontraktor Asarajaya Sdn Bhd serta Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman. 119
Kawasan Sekolah Sekitar Majlis Penyerahan Projek Aktiviti: Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Kontrak Bekalan Makanan Mentah (BMM) Ke Asrama-Asrama Sekolah Dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Bagi Tempoh Kontrak Bermula 17 Okt 2022 Hingga 16 Okt 2024 (24 Bulan). Tarikh Penyerahan : 14 Oktober Tempat Penyerahan : Auditorium, JPNS Majlis penyerahan SST 120
Kakitangan Unit Perolehan Bersama pihak syarikat Ucapan oleh Cik Daevianna @ Vian binti Penjinus @ Agang, Ketua Unit Sektor Infrastruktur dan Perolehan Aktiviti : Majlis Penyerahan Sekolah Baharu SK Pangkalan Kuap, Samarahan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Tajuk Projek : Pembinaan Sekolah Baharu SK Pangkalan Kuap Dengan Kemudahan 18 Bilik Darjah, 6 Unit Rumah Guru, 2 Unit Prasekolah Dan Lain-Lain Kemudahan Nama Kontraktor : Rimbunan Hartawan Sdn Bhd Kos Pembinaan : RM36.2 Juta Tarikh Mula Pembinaan : 01 Feb 2020 Tarikh Siap Pembinaan : 13 Sep 2022 Tarikh Penyerahan : 16 November Pemandangan bangunan sekolah baharu 121
Sekitar majlis penyerahan projek Bangunan sekolah Sesi penyerahan dan sesi bergambar 122
Aktiviti: Taklimat Pengurusan Aset Dan Pelaporan Secara Sukuan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Untuk Pegawai Aset Di PPD Pegawai Aset Zon Utara (Miri, Limbang, Lawas, Baram, Bintulu, Subis) Tempat: PPD Miri Tarikh : 24 Ogos Taklimat Tatacara Pengurusan Aset untuk Pegawai Aset di Daerah Julau. Tempat: SMK Julau No. 2 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset untuk Pegawai Aset Tempat: Bilik Melati, Sektor Sumber dan Teknologi Pendididkan 123
Taklimat Tatacara Pengrusan Aset untuk Pegawai Aset Tempat: PPD Sibu Tarikh: 14 September Aktiviti : Majlis Perpisahan Puan Supiah Binti Razali Yang Bersara Wajib Pada 9 November Sekitar majlis perpisahan Puan Supiah yang diadakan di Pantri SIP pada 26 Oktober 124
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN Ketua Penolong Pengarah Kanan Jambai anak Sayong (DG54 KUP) Penolong Pengarah Naruddin bin Chu Abdullah Gapor (DG44) Penolong Pengarah Agnes Teo Moi Moi (DG48 KUP) Penolong Pengarah Kiranjit Singh A/L Gurcharan Singh (DG44) Penolong Pengarah Dr. Ashairi bin Suliman (DG44) Penolong Pengarah Irwan bin Puasa (DG44) Penolong Pengarah Rudiman Abdullah (DG44) Penolong Pengarah Mohd Shafiee bin Razali (DG44) Unit Menengah Atas Penolong Pengarah Rizuan bin Mohd (DG44) Unit Pengurusan Peperiksaan Penolong Pengarah Gilbert Gindek anak Uyoh (DG48 KUP) Unit Rendah Penolong Pengarah Maliff anak Punan (DG48 KUP) Unit Menengah Rendah Penolong Pengarah Norizan binti Usop (DG44) Unit Pra Universiti Penolong Pengarah Lee Zee Ming (DG44) Unit Eksternal Penolong Pengarah Liew Siaw Sze (DG48 KUP) Pembantu Tadbir Siti Khatijah binti Brahim (N22 KUP) Pembantu Tadbir Dayang Sakinah binti Abang Ebrahim (N22 KUP) Pembantu Tadbir Azeema binti Ismail (N22 KUP) Pembantu Tadbir Nur Qamarina Umar Abdullah (N19) Pembantu Tadbir Atica Puspa binti Othman (N19) Pembantu Tadbir Tinie anak Katau (N22 KUP)
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan pelbagai jenis pentaksiran, penilaian dan peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PEPERIKSAAN YANG DIKENDALIKAN Calon-calon peperiksaan SPM 2021 yang yang positif COVID-19 dan diarahkan menjalani kuarantin dibenarkan untuk menduduki peperiksaan SPM 2021 sesi kedua. Begitu juga dengan peperiksaan STPM, calon yang terjejas dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Jadual Ganti (JG). Jadual 1 dan Jadual 2 merupakan peperiksaan kendalian LP dan MPM yang dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Jadual 1 : Peperiksaan Awam dan Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional Kendalian LP Bil. Peperiksaan Tarikh Peperiksaan Bilangan Pusat Bilangan Calon 1 Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2021 8 Februari – 29 Mac 2022 36385 257 2 Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 202 Sesi Kedua 5 April – 19 Mei 2022 4066 45 3 Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 12 – 14 September 2022 18 543 4 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 5 -14 April 2022 4 57 5 Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021 [ Bahasa Jepun] 28 Februari 2022 5 87 6 Diplôme d’Études En Langue Française (DELF) Scolaire 3 Oktober 2022 (Bertulis) 4, 17 & 18, 27 Oktober 2022 (Lisan) 3 101 7 The Associated Board Of The Royal Schools of Music (ABRSM) 26 Mac 2022 , 27 Ogos 2022 (Teori) 6 Oktober 2022 (Amali) 4 1 50 28 Jadual 2 : Peperiksaan Awam Kendalian MPM Bil. Peperiksaan Tarikh Peperiksaan Bilangan Pusat Bilangan Calon 1 MUET on Demand (MoD) Sesi Mac 2022 12 Mac 2022 1 100 2 MUET on Demand (MoD) Sesi JUN 2022 16 Julai 2022 1 67 3 MUET Sesi 1 2022 26 Mac 2022 (Writing) 29 -31 Mac, 5 - 7 April 2022 Speaking 33 2578 4 MUET Sesi 2 2022 17 Julai 2022 (Writing) 21 - 23, 27 - 29 Jun 2022 (Speaking) 67 4750 5 MUET Sesi 3 2022 5 Nov 2022 (Writing) 11 - 13, 17 - 19 Nov 2022 (Speaking) 57 4240 6 STPM Ulangan 2 2021 16, 20 - 22 Jun 2022 81 5183 7 STPM Semester 1 2022 STPM Ulangan 1 2021 14 - 17 Februari 2022 82 81 7602 5617 8 STPM Semester 3 2021 25 & 26 Mei, 13 - 15 Jun 2022 81 6223 9 JG STPM Ulangan 2 2021 1 - 3 Ogos 2022 1 1 10 JG STPM Semester 1 2022 JG STPM Ulangan 1 2021 11 - 14 April 2022 20 15 11 JG STPM Semester 3 2021 25 - 28 Julai 2022 3 3 12 STPM Semester 2 2022 22 & 23, 25, 29 & 30 Ogos 2022 82 6018 13 JG STPM Ulangan 2 2022 19 - 22 September 2022 4 4 14 ULBA STPM Semester 3 2021 11 - 14, 18 & 20 April 2022 6 166 125 SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
PENCAPAIAN CALON PEPERIKSAAN SPM, STPM & STAM Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah. Peperiksaan ini merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan. Calon peperiksaan SPM 2021 merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak berada di Tahun 1 pada tahun 2011. Mereka juga menjadi kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Tingkatan 1 pada tahun 2017. Selaras dengan pelaksanaan KSSM, maka format peperiksaan SPM 2021 yang baharu dan ditambah baik telah diperkenalkan. Peperiksaan SPM 2021 menawarkan sebanyak 95 mata pelajaran berbanding 83 mata pelajaran pada tahun 2020, dengan jumlah kertas peperiksaan sebanyak 180. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon iaitu sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji ialah gred purata. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Dari segi pensijilan, syarat pensijilan SPM mulai tahun 2013 menetapkan calon sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Pencapaian calon Sekolah Menengah Kebangsaan negeri Sarawak dalam peperiksaan SPM dari tahun 2016 adalah seperti dalam Jadual 3. Jadual 3 : Pencapaian Calon SPM Tahun Bil Calon Cemerlang ([A+], [A] & [A-]) Calon Layak Sijil GPN Bil Peratus Bil Peratus 2017 33778 670 1.98 28108 83.21 5.17 2018 32617 533 1.63 27792 85.21 5.19 2019 32120 559 1.74 27178 84.61 5.18 2020 32426 613 1.89 28479 87.83 5.07 2021 33035 596 1.80 29166 88.29 5.17 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Peperiksaan STPM merupakan peperiksaan pensijilan terbuka, iaitu sijil akan diberi kepada calon yang lulus penuh atau lulus sebahagian dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. Mata pelajaran Pengajian Am merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh semua calon STPM. Secara keseluruhan, kohot STPM 2021 ini telah merekodkan seramai 5,532 orang calon sekolah bersamaan dengan 98.42% berjaya memperoleh sijil STPM berbanding 5,454 orang calon (98.23%) pada tahun 2020. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 31 orang calon (0.55%) mencatatkan kelulusan penuh 5 mata pelajaran (5P), 3,968 orang calon (70.59%) pula telah lulus penuh 4 mata pelajaran (4P), 870 orang calon (15.48%) lulus penuh 3 mata pelajaran (3P) dan 411 orang calon (7.31%) lulus penuh 2 mata pelajaran (2P). Dalam pada itu, seramai 252 orang calon (4.48%) telah lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran (1P). Berbeza dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nilai purata gred yang lebih besar membawa takrifan pencapaian yang lebih baik dalam peperiksaan STPM. Pada tahun ini, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) bagi negeri Sarawak ialah 2.71. Nilaian ini merekodkan peningkatan 0.06 berbanding tahun 2020 yang mencatatkan nilai 2.65. Jadual 4 menunjukkan pencapaian lima tahun calon Sekolah Menengah Kebangsaan negeri Sarawak dalam peperiksaan STPM. 126
Jadual 4 : Pencapaian Calon STPM Tahun Bil Ambil Calon Cemerlang ( PNGK 4.00) Calon Lulus Penuh (Layak Sijil) PNGK Bil Peratus Bil Peratus 2017 5149 51 0.99 5055 98.17 2.64 2018 5277 92 1.74 5191 98.37 2.73 2019 5602 96 1.71 5494 98.07 2.66 2020 5552 89 1.60 5454 98.23 2.65 2021 5621 95 1.69 5532 98.42 2.71 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Peperiksaan STAM merupakan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Al-Azhar Al-Sharif, Republik Arab Mesir dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada tahun 1999. STAM mula dilaksanakan pada tahun 2000. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran STAM adalah berpandukan kepada kurikulum serta buku teks yang diguna pakai di Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiyyah Al Azhar Al-Sharif dengan Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar. Sijil STAM mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ini melayakkan calon memohon ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir & university tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing. Jadual 5 : Pencapaian Calon STAM JENIS CALON CALON SEKOLAH KERAJAAN (SABK) TAHUN 2020 2021 BIL DAFTAR 22 23 BIL HADIR 16 20 KEPUTUSAN Mumtaz Jayyid Jiddan Jayyid Maqbul Rasib Tidak Hadir Mumtaz Jayyid Jiddan Jayyid Maqbul Rasib Tidak Hadir 1 1 7 1 6 6 0 4 11 1 4 3 BIL LAYAK SIJIL 10 16 PERATUS LAYAK SIJIL 62.50% 80.00% JENIS CALON CALON SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) TAHUN 2020 2021 BIL DAFTAR 18 19 BIL HADIR 16 19 KEPUTUSAN Mumtaz Jayyid Jiddan Jayyid Maqbul Rasib Tidak Hadir Mumtaz Jayyid Jiddan Jayyid Maqbul Rasib Tidak Hadir 1 1 4 0 10 2 0 2 7 1 9 0 TAHUN 2020 2021 BIL DAFTAR 20 15 BIL HADIR 20 14 KEPUTUSAN Mumtaz Jayyid Jiddan Jayyid Maqbul Rasib Tidak Hadir Mumtaz Jayyid Jiddan Jayyid Maqbul Rasib Tidak Hadir 0 0 1 6 13 0 0 0 4 5 5 1 BIL LAYAK SIJIL 7 9 PERATUS LAYAK SIJIL 35.00% 64.29% NOTA: Mumtaz (Cemerlang) Jayyid Jiddan (Amat Baik) Jayyid (Baik) Maqbul (Lulus) Rasib (Gagal) 127
PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 28 April 2021 telah meluluskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021. Pemansuhan ini telah dimaklumkan melalui Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil.1 Tahun 2021 bertarikh 7 Julai 2021. Seterusnya, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 1 Jun 2022 telah meluluskan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun 2022. Pemansuhan PT3 ini juga telah dimaklumkan melalui Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil.2 Tahun 2022 bertarikh 22 Jun 2022. Pemansuhan UPSR dan PT3 adalah selaras dengan hasrat KPM untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pemerkasaan PBS di sekolah dapat meningkatkan pembelajaran bermakna mencakupi aspek kognitif, afektif dan psikomotor bagi mengembangkan potensi murid untuk meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. Di antara program yang telah dilaksanakan di dalam usaha KPM memperkasakan PBS adalah seperti berikut: i. Sesi Libat Urus (SLU) Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Sarawak ii. Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Sistem Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) Peringkat Negeri Sarawak iii. Pengoperasian Ujian Akhir Sesi Akademik Menengah Rendah dan Sekolah Rendah Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Sarawak telah dipecahkan kepada 3 lokasi berbeza iaitu di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Pertanian Malaysia (Zon Utara), Kompleks Islam Sarawak Sibu (Zon Tengah) dan Dewan Sekolah Seni Malaysia (Zon Selatan). Pada keseluruhannya, kehadiran di kalangan pentadbir sekolah dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat menggalakkan di ketiga-tiga lokasi SLU. SLU PBS Peringkat Zon Selatan SLU PBS Peringkat Zon Tengah 128
SLU PBS Peringkat Zon Tengah Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Sistem Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) Peringkat Negeri Sarawak untuk peringkat menengah rendah telah dilangsungkan secara berpakej 4 hari 3 malam bertempat di Hotel Kingwood, Sibu (17- 20 Oktober 2022), Hotel Mega, Miri (24 - 27 Oktober 2022) dan Merdeka Palace Hotel and Suites ( 7 – 10 November 2022). Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada SPP JPN sebagai urus setia, Pegawai JPN, Pegawai SISC+, Fasilitator mata pelajaran, Ketua Penyumbang Item (KPI) dan Penyumbang Item (PI). Butiran ringkas pelaksanaan mesyuarat tersebut adalah seperti dalam Jadual. Jadual 6 : Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Sistem APPI Pakej / Tarikh Lokasi Mesyuarat Mata Pelajaran Terlibat B : 17 – 20 Oktober 2022 Hotel Kingwood, Sibu Sains ( 50 ) Matematik (55) Bahasa Arab (31) Bahasa Iban (47) Al-Syariah (97) C : 24 – 27 Oktober 2022 Hotel Mega, Miri Sejarah (21) Bahasa Cina (23) Pendidikan Islam (45) Usul al- Din (96) A : 7 – 10 November 2022 Merdeka Palace Hotel and Suites, Kuching Geografi (23) Asas Sains Komputer (70) Reka Bentuk dan Teknologi (71) Maharat Al-Quran (91) Al- Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah (98) Mesyuarat Peningkatan Profesionalisme Sistem APPI Guru-guru sekolah rendah dari sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang dipilih juga telah menghadiri mesyuarat pembinaan item di bawah seliaan Lembaga Peperiksaan melibatkan mata pelajaran BM, BI, Matematik, Sains dan Sejarah bagi tahap dua sekolah rendah. Jadual 7 menunjukkan siri mesyuarat yang telah dilaksanakan. 129