The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliana1983, 2021-03-27 22:15:31

BUKU PENYATA PIBG-43(2021)

BUKU PENYATA PIBG-43(2021)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING

( TAHUN 2021 )

TARIKH : 30 MAC 2021
HARI : SELASA
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN JAPERUN SUNGAI PETAI,

ALOR GAJAH, MELAKA.

1

KANDUNGAN Halaman

UCAPAN ALUAN YDP PIBG 3
UCAPAN ALUAN GURU BESAR 4
ATURCARA MAJLIS 5
AGENDA MESYUARAT AGUNG 2020 & 2021 6
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019 & 2020 8
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG 11
AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG 2018-2021 13
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG 15
PIBG KALI KE-42
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 (2019) 19
USUL TAHUN 2021 22
LAPORAN KEWANGAN 2019 & 2020 26
PENCAPAIAN KURIKULUM 27
PENGHARGAAN 28

2

KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SK DATO’ NANING

EN. MOHD RIZUL AFFANDI BIN HAJI HARUN
YANG DIPERTUA PIBG SK. DATO’ NANING
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita diberikan kesempatan untuk menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG kali ke -43. Kehadiran ibu bapa dan penjaga ke mesyuarat ini
membuktikan bahawa kita semua prihatin terhadap persekolahan anak – anak. Adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan mereka sentiasa mengambil tahu
akan semua perkara yang berkaitan dengan pembelajaran anak – anak.

Perubahan suasana semasa dan sistem pembelajaran yang sentiasa berkembang
memerlukan keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak – anak. Anak – anak amat
dahagakan kasih sayang ibu bapa. Saya menyeru semua ibu bapa agar mengenali lebih dekat
anak – anak kita agar kita dapat memastikan anak – anak kita membesar ke arah yang positif.

Saya berharap semua pihak akan terus memberikan sumbangan dan sokongan kepada
PIBG dalam memastikan suasana pembelajaran yang selesa dapat disediakan untuk anak –
anak kita belajar di sekolah ini.

Akhir kata, saya dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan ribuan
terima kasih atas sokongan dan bantuan semua pihak dalam menjayakan semua program yang
dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG.

Sekian, terima kasih.

3

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR PIBG SK DATO’ NANING

PN. HJH SHAMSINAH BINTI HJ JAMIL@ A WAHAB
GURU BESAR SK. DATO’ NANING
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning kali ke -43.

Pada kesempatan ini saya mengalu – alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa dan
penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk sama – sama bermesyuarat pada hari ini. Saya
juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG yang telah banyak
memberikan sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah.
Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita
mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.

Pihak sekolah sentiasa merancang program – program yang bermanfaat bagi
meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid dari segi akademik, kokurikulum,
pembangunan sahsiah serta kepimpinan murid. Namun, semua usaha ini tidak akan mampu kita
laksanakan tanpa sokongan dan sumbangan PIBG.

Selain itu, sarana ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
2013 -2025 merupakan agen untuk memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan
pihak sekolah. Saya menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang
tertentu supaya menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan
kepada pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah ini.

Akhir sekali, pada kesempatan yang ada, saya ingin merakamkan terima kasih kepada
jawatankuasa PIBG 2019/2020 dan tidak ketinggalan kepada jawatankuasa pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke -43 ini kerana telah memberikan sumbangan bakti yang amat
bermakna kepada sekolah.

Sekian, terima kasih.

4

ATURCARA MAJLIS

2.30 petang : Pendaftaran
2.45 petang : Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
3.30 petang : Ucapan YDP PIBG SK. Dato’ Naning
5.30 petang : Ucapan Penasihat PIBG SK. Dato’ Naning

Penyampaian Saguhati Murid Cemerlang Tahun 2020
: Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2019 dan 2020

Mesyuarat Agung PIBG SKDN kali ke – 43
Pelantikan AJK PIBG baharu bagi Sesi 2021-2023
: Majlis bersurai

5

AGENDA MESYUARAT AGUNG 2020

1. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN
Kali Ke-42

2. Bangkitan Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN Kali Ke-42
3. Membentangkan Laporan Aktiviti Tahun 2019
4. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKDN

Berakhir Disember 2019
5. Ucapan Penangguhan Oleh Pengerusi PIBG

6

AGENDA MESYUARAT AGUNG 2021

1. Membentang Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2020
2. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKDN

Berakhir Disember 2020
3. Membubarkan AJK PIBG Sesi 2018-2021
4. Perlantikan Pengerusi Sementara
5. Pemilihan Dan Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021-2023
6. Membahaskan Usul dan Cadangan
7. Ucapan Penangguhan Oleh Pengerusi PIBG

7

LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2019

NO. AKTIVITI PIBG YANG DIJALANKAN STATUS
Selesai
1 Menyediakan 2 unit rak buku di setiap Selesai
kelas. Selesai
Selesai
2 Menebang 7 batang pokok yang Selesai
mengganggu struktur bangunan di Selesai
blok A (hadapan Pra Sekolah). Selesai
Selesai
3 Program Nur Kasih (Seramai 50 Selesai
anak-anak asnaf menerimanya)

4 Hari Sukan Sekolah

5 Hari Kecemerlangan

6 Gotong-royong Perdana Siri 1

7 Pertandingan Kelas Terbersih dan
Kondusif

8 Program Kasih Ramadhan

9 Pemasangan 3 tiang lampu dalam
Kawasan sekolah

8

LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020

NO. AKTIVITI PIBG YANG DIJALANKAN STATUS

1 Memasang tiang lampu di hadapan pintu Selesai
pagar sekolah. Selesai
Selesai
2 Menaik taraf tandas seperti mengecat Selesai
dinding dan lantai.

3 Memasang 2 unit sinki pada setiap aras
bangunan sekolah (Mematuhi SOP Covid-
19)

4 Mengecat bangunan sekolah

5 Membuat jubah graduasi. Selesai

6 Projek menaik taraf kantin sekolah: Selesai
i) Menaik taraf tempat makan RMT Selesai
Dalam proses pelaksanaan.
7 Menaik taraf bengkel seni. Memasang
marmar pada lantai.

8 Pelantikan Panel Program CSR :
i) Kedai gunting rambut Karl
Barbershop
ii) Kedai alat tulis
iii) Kedai servis kereta
iv) Klinik Dato Dr Ehsan
v) Syarikat Honda
vi) Syarikat Perodua

9

9 Membaik pulih pintu tandas di Pra Sekolah Selesai

10 Program Nur Kasih (Seramai 60 anak-anak Selesai
asnaf menerimanya)

11 Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Selesai
Lahir

12 Kemudahan tong sampah daripada MPAG Dijangka diterima pada bulan Jun
2021

10

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING,
78000 ALOR GAJAH,
MELAKA.

TEL/ FAX: 06 – 5561299 E-mel: [email protected]

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid, Ruj Kami : PIBG/ SKDN/100.7/1/7
Semua Guru, Tarikh : 25 Mac 2021

Tuan/Puan,

PINDAAN TARIKH DAN LOKASI MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING KALI KE-43
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah di rujuk

2. Tarikh dan lokasi mesyuarat agung telah dipinda ke tarikh dan lokasi yang baru di atas beberapa faktor yang telah diambil kira. Sehubungan itu, pihak
sekolah amat berbesar hati menjemput dan mempersilakan tuan/ puan hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning Kali Ke-43 yang akan diadakan pada
tarikh yang baru pada :

Tarikh : : 30 Mac 2021 (Selasa)
Masa : : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Japerun Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.

3. Bagi mematuhi SOP (Standard Operation Prosedur) yang diarahkan oleh JPN dan MKN, mesyuarat kali ini hanya dibenarkan seorang (1) wakil
mewakili satu (1) keluarga sahaja dan pemakaian pelitup muka (mask), penjarakan sosial 1 meter, pengguanaan Hand Sanitizer dan juga mencatat kehadiran
serta mengambil suhu akan dilaksanakan dan mesti dipatuhi sepanjang mesyuarat ini djalankan

4. Kami juga amat berharap agar kehadiran Tuan/ puan di dalam mesyuarat ini akan dapat meningkatkan lagi perkongsian maklumat dalam membantu
pembangunan Ihsaniah di kalangan anak-anak murid serta kecemerlang akademik di masa- masa hadapan dengan suasana pembelajaran baru di era pedamik
covid- 19 serta mendapat rahmat Allah SWT . InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU BERSAMA MEREALISASIKAN SATU IMPIAN SATU TUJUAN”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(EN. MOHD RIZUL AFFANDI BIN HAJI HARUN)
YDP PIBG SKDN

11

Lampiran ii

Saya ...................................................Ibu/ Bapa/ Penjaga kepada ...........................................................dari
kelas.............................................................. akan hadir/ tidak hadir ke Mesyuarat Agong PIBG SK Dato’ Naning

Ke 43.

Bersama-sama ini disertakan cadangan bagi penambahbaikan secara bersama untuk pembangunan ihsanian
serta perkembangan akademik anak-anak murid di SK. Dato’ Naning.

Bil Cadangan Perlaksanaan Jangka Masa Sasaran Sumber
Perlaksanaan Kewangan

1

2

3

4

Disediakan

Nama: :

Tarikh :

:

Disahkan/ Di terima

Nama: :

Tarikh :

Di sokong
Disahkan
Tarikh

12

AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG 2018-2021

PENASIHAT
PN. HJH SHAMSINAH BINTI JAMIL

EX-OFFICIO
EN. HATTA BIN MAHMA
PN. SITI ZANARIAH BINTI HUSAIN
PN. HJH NORASHIKIN BINTI HJ HUSAIN
EN. MOHD AMIN BIN AWALUDIN

YANG DIPERTUA
EN. MOHD. RIZUL AFFANDI BIN HAJI HARUN

NAIB YANG DIPERTUA
PN. MASITA BINTI HASSAN

SETIAUSAHA
EN. NASEEF BIN MUHABAD

PENOLONG SETIAUSAHA
PN. ROZITA BINTI AB. RASHID

BENDAHARI
PN. MEGAWATI BINTI JALALUDIN

PENOLONG BENDAHARI
PN. ZETTY ZURAIDAH BINTI SHAMSUBAHAR

AJK IBUBAPA AJK GURU

1. Puan Sakinah binti Sharif 1. En. Mohammed Rizzman bin Manaf
2. Puan Roslila binti Sumiran 2. En. Mohd Khairol Anwar bin Sulaiman
3. Puan Syarifah Arfah 3. En. Sheh Abdulccader Jailanee bin Othman
4. Encik Mohd Muzamil bin Baba 4. Pn. Salimah binti Abu
5. Encik Mohd Izuddin bin Yusop 5. Pn. Siti Sarah binti Ibrahim
6. Encik Azmei bin Yatim 6. Cik Afiza binti Jamaluddin
7. Encik Norashidi Aflee bin Roslee 7. Pn. Ummi Zulaikha binti Mohd Nor
8. Puan Samassina binti Suboh 8. Pn. Juliana binti Jamaludin
9. Puan Rossaliana binti Abdullah 9. En. Mohd Yazid bin Mohd Amir
10.Puan Norzuliana binti Ramli (Juruaudit) 10. Pn. Wan Sae’ra binti Wan Yaacob
11.Puan Jamilah binti Hashim (Juruaudit)

13

AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG 2021-2023

PENASIHAT
PN. HJH SHAMSINAH BINTI JAMIL

EX-OFFICIO
EN. HATTA BIN MAHMA
PN. SITI ZANARIAH BINTI HUSAIN
PN. HJH NORASHIKIN BINTI HJ HUSAIN
EN. MOHD AMIN BIN AWALUDIN

YANG DIPERTUA
…………………………..

NAIB YANG DIPERTUA
…………………………..

SETIAUSAHA
EN. MOHD HAIDIR BIN MANAF

PENOLONG SETIAUSAHA
EN. NASEEF BIN MUHABAD

BENDAHARI
PN. ZETTY ZURAIDAH BINTI SHAMSUBAHAR

PENOLONG BENDAHARI
PN. HJH NORAFIDAH BINTI ABU SAMAH

AJK IBU BAPA AJK GURU

1. 1. En. Saiful Shahnun bin Kasim
2. 2. Pn Ziana binti Mohd Yusof
3. 3. Pn Anisah binti Abdul
4. 4. Pn. Siti Sarah binti Ibrahim
5. 5. Pn. Azila binti Ayob
6. 6. En. Noor Zaly Moktar bin Kasim
7. 7. En. Ravi a/l Devaras
8. 8. Pn Salimah binti Abu
9. 9. Pn. Hjh Fatimah binti Musim
10.
11. 14

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN
BIDANG TUGAS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43

Tarikh : 30 Mac 2021 Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Japerun Sungai Petai

BIL NAMA DAN JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1. - Pn. Hjh Shamsinah binti Hj Jamil @ 1. Menjemput dan menyambut kedatangan

A.Wahab (Guru Besar) tetamu kehormat.
- Pn. Siti Zanariah binti Husain 2. Mengiringi tetamu kehormat ke dewan.
- Pn. Hjh. Norasikin binti Hj. Husain
- En. Mohd Amin bin Awaludin 1. Mengatur dan menyelaras dengan AJK
2. Pengurus Majlis pelaksana yang terlibat untuk kelancaran
- En. Hatta bin Mahma majlis.

3. AJK Persediaan Buku Penyata, Laporan 2. Menjadi rujukan sekiranya AJK pelaksana
Kewangan, Slaid, Dokumentasi & mempunyai masalah semasa majlis.
Perhubungan
- En. Naseef bin Muhabad (K) 1. Menyediakan draf brosur dan slaid.
- Pn. Juliana binti Jamaludin 2. Menyediakan brosur dan slaid
- En. Mohammed Rizzman bin Manaf 3. Memastikan bilangan brosur dan laporan
- Pn. Normadiah binti Osman
- En. Muhammad Zulhelmi bin Zakaria kewangan mencukupi.
- Pn. Alinah binti Abd. Rahman 4. Menyerahkan brosur dan laporan kewangan

4. Juruacara Majlis kepada AJK Edaran Brosur.
- Pn. Hjh Fatimah binti Musim (K) 5. Menyediakan surat jemputan dan
- Pn. Siti Sarah binti Ibrahim
mengedarkannya.
5. Pembaca Doa 6. Menyediakan dokumentasi Mesyuarat
- En. Sheh Abdulccader Jailanee bin
Othman Agung. (laporan bergambar)

1. Menyiapkan teks pengacaraan majlis.
2. Menyediakan solutasi majlis.
3. Mengendalikan majlis perasmian.
4. Memastikan majlis berjalan lancar

mengikut tentatif.
5. Menghias meja juruacara yang telah

disediakan oleh AJK Persiapan Tempat &
Dewan.

1. Menyiapkan teks doa.
2. Mengetuai bacaan doa.

15

6. AJK Pendaftaran dan Kehadiran Ibu Bapa 1. Menyediakan borang pendaftaran dan
- Pn. Halimaton Saadiah binti Mohd kehadiran.
Saad ( K)
- Pn. Norzila binti Saban 2. Menyediakan label pendaftaran dan
- Pn. Wan Saera binti Wan Yaacob menghias meja pendaftaran.
- Pn. Fairuz Nadia binti Salim
- Pn. Siti Rahmah binti Mat@Ahmad 3. Memastikan semua ibu bapa mengisi
- Pn. Nor Hasliana binti Hasan borang pendaftaran kehadiran.

7. AJK Edaran Buku Penyata,Laporan 4. Menghantar borang pendaftaran dan
Kewangan kehadiran kepada S/U PIBG.
- Cik Afiza binti Jamaluddin (K)
- Pn. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz 1. Mengedarkan brosur dan laporan
- Pn Norizan binti Rabu kewangan kepada tetamu kehormat.
- Pn. Huda Zayani binti Adam
- Pn. Dalia anak Jerim 2. Mengedarkan brosur, laporan kewangan
- Pn Sakinah binti Sharif( AJK PIBG) dan borang soal selidik sarana ibu bapa
kepada setiap keluarga.
8. Pencatat Minit Mesyuarat Agung dan Majlis
Perasmian 3. Memastikan hanya satu brosur, laporan
- Puan Syeikha Fatimah Al Zahra binti kewangan dan borang soal selidik sarana
Zahari (K) ibu bapa diedarkan kepada setiap keluarga.
- Pn. Ziana binti Mohd Yusof
- Pn. Zurina binti Mansur 1. Mendapatkan buku catatan minit mesyuarat
- Pn. Wan Kauthar binti Wan Hassan Agung daripada S/U PIBG.

9. AJK Persiapan Tempat & Dewan 2. Menyediakan komputer riba sekiranya
- En. Mohd Khairul Anwar bin perlu.
Sulaiman (K)
- En. Noor Zaly Moktar bin Kasim 3. Memastikan minit Mesyuarat Agung dan
- En. Ravi a/l Devaras Majlis Perasmian dicatat sama ada secara
- En. Mohd Haidir bin Manaf bertulis atau bertaip menggunakan
- Pn. Salimah binti Abu komputer riba.
- En. Azmei bin Mohd Yatim (AJK
PIBG) 4. Menghantar buku catatan minit atau e-mel
- En. Mohd Izudin bin Yusop (AJK kepada S/U PIBG.
PIBG)
- En. Norashidi Aflee bin Roslee(AJK 1. Memastikan dewan dalam keadaan bersih
PIBG) dan kemas sebelum dan selepas majlis.
- Pekerja Swasta
2. Menyediakan pelan susun atur kerusi dan
16 meja di dalam dewan mengikut SOP yang
ditetapkan.

3. Memastikan kedudukan kerusi mengikut
protokol (tetamu kehormat, ibu bapa dan
penjaga)

4. Menyusun meja dan kerusi mengikut
keperluan majlis.

- Meja hadiah
- Kerusi dan meja tetamu kehormat
- Meja dan kerusi bagi AJK pendaftaran
- Meja dan kerusi bagi pencatat minit
- Meja dan kerusi bagi AJK Jamuan Ibu

Bapa

10. AJK Persiapan Pentas & Hiasan Dewan - kerusi untuk ibu bapa
- Pn. Nurul Waheeda bt. Abd Hadi (K) 5. Melabelkan tempat duduk tetamu kehormat,
- Pn. Nor Saliza binti Misnan
- Pn. Fauziah binti Abdul AJK PIBG, ibu bapa dan penjaga)
- Pn. Noor Hayati binti Suboh
- Pn. Siti Anawiayah bt Haris 1. Menghias pentas dewan dan rostrum
- Pn. Zetty Zuraidah Binti selewat –lewatnya sehari sebelum majlis
Shamsubahar dijalankan.
- Pn. Hjh. Hamidah binti Dahlan
- Pn. Umi Zulaikha binti Mohd Nor 2. Menghias meja dan kerusi tetamu
kehormat.
11. AJK Jamuan VIP
- Pn. Hjh Norafidah binti Abu Samah ( 3. Membuat pemeriksaan dan ‘final touch’
K) pentas sebelum majlis bermula.
- Pn. Norizan binti Abu Hassan
- Pn. Azila binti Ayob 4. Mengemas dan mengembalikan semua
- Pn. Nurul Huda binti Ahamad peralatan yang digunakan sebaik sahaja
- Pn. Farhah binti Na’im majlis berakhir.
- Pn. Roslila binti Sumiran (AJK PIBG)
1. Menyediakan anggaran perbelanjaan dan
12. AJK Jamuan Ibu Bapa menu.
- Pn. Anisah binti Abdul (K)
- Pn. Fatimah binti Mahmud 2. Menguruskan makanan dan minuman untuk
- Pn. Nur Syafiqah binti Mohd Sani tetamu kehormat.
- Pn. Sri Ratna Rahayu binti Nordin
- Pn. Siti Nurul Jannah binti Mohd 3. Memastikan makanan dan minuman
Safie mencukupi untuk tetamu kehormat.
- Pn. Madinah binti Mokhtar
- Pn. Rossaliana binti Abdullah (AJK 4. Menyediakan pinggan, cawan, sudu, garpu
PIBG) dan tisu.
- Pn. Norzuliana binti Ramli ( AJK
PIBG) 5. Menyediakan air untuk tetamu kehormat di
dalam dewan.
13. AJK Hadiah, Cenderamata dan Cabutan
Bertuah 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan dan
- Pn. Rozita binti Ab Rashid (K) menu.
- Pn. Mazidah binti Zainol
- Pn. Norini binti Hasan 2. Menguruskan makanan dan minuman untuk
- Pn. Nurfaezah binti Khamis ibu bapa.
- Pn. Sakinah binti Sharif (AJK PIBG)
3. Memastikan makanan dan minuman
17 mencukupi untuk ibu bapa.

4. Mengedarkan makanan kepada ibu bapa
selepas sesi pendaftaran.

1. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk
hadiah dan cenderamata.

2. Menyediakan hadiah dan cenderamata.
3. Memastikan hadiah dan cenderamata

mencukupi.
4. Menyelia acara penyampaian hadiah dan

cenderamata.

- Pn. Syarifah Arfah binti Syed Ali ( 5. Menghias meja hadiah yang telah
AJK PIBG) disediakan oleh AJK Persiapan Tempat &
Dewan.
14. Jurugambar
- En. Ahmad Subry bin Jaafar (K) 1. Menyediakan kamera.
- Pn. Rohana binti Ramli 2. Mengambil gambar mengikut atur cara
- En. Mohammad Syahid bin Mohd
Fadhil majlis.
3. Menyerahkan gambar kepada S/U PIBG
15. AJK Teknikal dan Siaraya
- En. Saiful Shahnun bin Kasim (K) melalui e-mel.
- En. Mohd Asmawi bin Mohd Ariffin
- En. Mohd Rashdan bin Mohamad 1. Menyediakan peralatan seperti mikrofon,
LCD, komputer riba untuk kegunaan majlis.
16. AJK Keselamatan & Lalu lintas
- En Khayaruddin bin Khalil (K) 2. Mendapatkan slaid power point daripada
- En. Azian bin Osman AJK Persediaan Slaid.
- En. Mohd Muzammil bin Baba
( AJK PIBG) 3. Memastikan peralatan berfungsi dengan
- Pengawal Keselamatan baik sepanjang majlis berlangsung.

4. Memastikan slaid ditayangkan mengikut
atur cara program.

5. Membuat raptai tayangan slaid.

1. Menyediakan label dan penunjuk arah untuk
ke tempat letak kenderaan tetamu.

2. Menyelaraskan kerja mengawal
keselamatan dan lalu lintas.

3. Menyediakan petugas untuk memandu arah
meletak kenderaan.

18

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING
78000 ALOR GAJAH, MELAKA

Tel / Fax : 06-5561299 E-mel SKDN : [email protected]

No h/p YDP PIBG : 016-2223004

_____________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 42 (2018/2019)

TARIKH : 16 MAC 2019

HARI : SABTU

TEMPAT : DEWAN SK DATO’ NANING

DIRASMIKAN OLEH : EN. SHAHRUL ANUAR BIN HAMID

1. BACAAN DOA
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Sheh Abdulcader Jailani Bin Othman.

2. UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SKDN

Yang Berbahagia En. Mohd. Rizul Affendi Bin Hj. Harun
2.1 Beliau mengalukan kehadiran perasmi iaitu En. Shahrul Anuar Bin Hamid (Pengarah BSN Melaka) kerana sudi

hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG pada kali ke 42.

3. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR

3.1 Beliau mengalukan kehadiran Yg. Berbahagia En. Shahrul Anuar Bin Hamid kerana
turut sama dalam Majlis Mesyuarat PiBG pada kali ini.

4. UCAPAN PERASMIAN OLEH PERASMI
4.1 Beliau merakamkan ucapan alu-aluan kepada guru-guru dan ibubapa yang hadir.

5. Membentangkan minit mesyuarat agung yang ke - 41

Minit mesyuarat diterima. En. Mohd. Rizul Affendi telah membentangkan minit mesyuarat tersebut.

Pencadang : Mohammad Izzudin Bin Yusop

Penyokong : Rossaliana Binti Abdullah

6. Bangkitan Minit

13.1 GB memaklumlan isu tandas telah diselesaikan.
13.2 Bonggol telah dibuat, papan tanda 50 kmj telah diletakkan, dan arah pandu juga

telah diwujudkan. GB meminta agar penjaga memperlahan kenderaan
dalam kawasan sekolah.

7. Membentang Penyata Kewangan
Penyata kewangan telah dibentangkan oleh Pn. Megawati Binti Jalaludin, Bendahari PIBG SKDN 2018-2019. (Rujuk
pada lampiran penyata)

7.1 Pembetulan penyata kewangan dibahagian pendapatan iaitu sebanyak RM 40 065.61 kepada RM 40 065.51.

19

Pencadang : Mohammad Rosli
Penyokong : Rossaliana Binti Abdullah

8. Membentang dan Membahaskan Usul Cadangan
8.1 Dana PIBG dikurangkan- usul tidak dibaca kerana pemberi usul tidak hadir.

9. Hal-hal lain

9.1 Ucapan perasmi tidak perlu dimasukkan dalam minit mesyuarat. Nama perjawatan
sahaja dimasukkan, tidak perlu dimasukkan nama individu.(Saudara Mohd. Rosli)

9.2 Masalah murid Tahun 1 yang tidak mahu hadir ke sekolah. (Saudara Mohd. Izzudin)
9.3 Pn. Hanita binti Mohamad bertanya mengapa pihak sekolah tidak menghantar murid

yang jatuh ke hospital tetapi meminta ibu bapa untuk menghantar murid ke hospital.
(penerangan dari GB dan GPK HEM pihak sekolah telah mengikut arahan dan SOP dari
kementerian yang guru tidak dibenarkan menghantar murid yang jatuh atau sakit ke
hospital)
9.4 Cadangan agar pihak sekolah menunjukkan bukti atau eviden yang tidak membenarkan guru menghantar

murid ke hospital.

9.5 En. Hilmi bin Borhan bertanya mengenai keselamatan buku teks yang di simpan di rak

buku di dalam bilik darjah.( GB meminta kerjasama ibupbapa murid menulis nama dengan jelas pada setiap
buku bagi mengelakkan kehilangan buku dan tindakan pihak sekolah dengan mengunci kelas.
9.6 GPK HEM menerangkan arahan dari kementerian berkaitan isu beg berat dapat diatasi dengan rak buku yang

disediakan oleh pihak sekolah.

9.7 GB menerangkan bahawa pihak sekolah telah menerapkan nilai murni dan membentuk sikap murid melalui

aktiviti solat sunat Dhuha dan dengan selalu mengingatkan murid tentang nilai dan tanggungjawab terhadap

barang yang hak dan bukan hak.

9.8 En. Rosli mencadangkan agar pihak sekolah membuat locker berkunci dan kunci dipegang oleh guru
matapelajaran. Kos ini didahulukan oleh PIBG dan murid-murid membayar secara ansuran. Cadangan ini
adalah penambahbaikan pada locker yang ada.

9.6 Cadangan mengadakan hubungan dengan ALUMNI bagi menambahkan pendapatan PIBG oleh En Zamrudin.
GB bersetuju dan menggalakkan hubungan dengan ALUMNI tersebut.YDP PIBG akan cuba untuk
merealisasikan cadangan tersebut.

9.7 Encik Muhd. Abu Bakar mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan program
kerohanian dengan memanggil penceramah terkenal berkaitan isu –isu semasa.

9.9 GB mencadangkan pelaksanaan solat Hajat sebelum mesyuarat PIBG dimulakan mendapat sokongan ahli

dan telah merancang motivasi untuk ibubapa, murid tahun 6 dan pendidikan khas sebelum peperiksaan UPSR

dijalankan.

9.10 Cadangan tidak menunjukkan keputusan murid yang rendah selepas keputusan UPSR diumumkan. GB

memaklumkan yang pihak sekolah tidak mengadakan majlis meraikan pelajar yang cemerlang dan

menerangkan yang keputusan UPSR melibatkan ujian bertulis, penilaian PAJSK, PBD dan Psikometrik

seseorang pelajar.

9.8 Pn. Azizah meminta pihak sekolah memaklumkan kepada ibubapa berkaitan aktiviti
sukan dan permainan di sekolah.. GB memaklumkan bahawa guru kelas telah
memaklumkan kepada murid melalui whatsap kelas. Murid boleh maklumkan kepada pihak sekolah jika

ingin memasuki pertandingan tersebut.
9.9 GPK Koku menerangkan permainan dan sukan yang ada di sekolah terdiri daripada bolasepak, bola jaring,

bola baling,bola tampar dan memanah.
9.9 Pn. Nor Azizah Yusop, agar PIBG meletakkan pencapaian UPSR sekolah, kokurikulum, takwim sekolah-

aktiviti setahun pada papan kenyataan.
9.10 Cadangan menukar baju Pendidikan Jasmani lengan pendek kepada panjang dan

meningkatkan duit insentif pelajar yang terlibat ke peringkat kebangsaan dari RM 25 ke RM 40.
9.10 GB memaklumkan bahawa takwin sekolah akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

20

Perbincangan dengan pihak kantin bersetuju memberi percuma air masak, dan mewawarkan kepada ibubapa
yang berminat untuk wakaf penapis air bolehlah menghubungi pihak sekolah.. Takwim akan diletakkan di
dalam buku mesyuarat
akan datang.
9.11 GPK Koku memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mahu membebankan keluarga yang berpendapatan
rendah untuk membeli kedua-dua baju PJ dan pemberian
insentif murid dinaikkan kepada RM 40 atas persetujuan sebulat suara. Pemberian itu akan bermula pada
tahun 2019.
9.12 YDP memohon ibubapa hadir ke pogram-pogram yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari.

Dicatat oleh,

……………………………
( EN NASEEF BIN MUHABAD )
Setiausaha PIBG SKDN

21

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SK DATO’ NANING KALI KE-43
(Dibincangkan Semasa Mesyuarat Agung)

1. Melebarkan bumbung pejalan kaki dari kantin ke bangunan
sekolah bagi mengelakkan tempias pada lantai licin. Jangka
masa perlaksanaan adalah secepat mungkin. Sasaran adalah
untuk murid dan guru. Sumber kewangan daripada kutipan dana.
(Encik Hairy bin Baharul, Bapa kepada Adriana Izzati Damia
Kelas 4 Kenanga)
Jawapan :

2. i) Subjek PSV. Membuat kutipan antara murid supaya guru dapat
menyediakan bahan yang sukar diperolehi, contohnya kain felt,
dll.
(Encik Mohd Shukry bin Mohd Seat Bapa kepada Nur Khayla
Arissa dan Nur Khairina Amani Kelas 1 Kenanga dan 5 Kekwa).
Jawapan :

22

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SK DATO’ NANING KALI KE-43
(Telah Diselesaikan Semasa Mesyuarat AJK PIBG 1/2021)

1. Adakan pegawai traffik bagi menjaga laluan keluar dan masuk
waktu pagi dan waktu balik persekolahan. Sasaran adalah di
simpang jalan besar keluar dan masuk sekolah.

(Encik Muhammad Dahari Hassan, Bapa kepada Annur Daniel
Kelas 5 Kekwa)

Jawapan :
Permohonan pernah dibuat tetapi tidak diluluskan.

2. Jalan keluar masuk ibu bapa menghantar murid-murid. Masuk
di pintu utama sekolah. Keluar di pintu kuarters guru /
hospital.

(Encik Nor Azry Bin Md Omar, Bapa kepada Aunie Izzara
Kelas 3 Kesidang)

Jawapan : Pihak sekolah telah membuat permohonan tetapi
tidak diluluskan.

3. i) Cadangan traffic light simpang keluar masuk sekolah.
Memohon dari pihak JKR. Jangka masa perlaksanaan
bergantung pada pihak JKR. Sasaran adalah ibu bapa.
ii) Cadangan mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun bagi
mengetahui pencapaian anak-anak tanpa membandingkan
kedudukan. Jangka masa perlaksanaan setiap hujung tahun.
Sasaran adalah murid tahun 1 – tahun 6.
iii)Cadangan mengadakan kelas tambahan amal bagi murid
yang tertinggal semasa PDPR. Jangka masa perlaksanaan
sebulan sekali. Sasaran adalah murid tahun 1 – tahun 6.

(Encik Muhamad NorIzham Bin Mesran, Bapa kepada Nur
Mawaddah Sofiyyah Kelas 5 Kesidang)

23

Jawapan :
i)Permohonan akan dibuat pada pihak JKR dan MPAG
ii)Tertakluk kepada arahan KPM.
iii)Intervensi akan dilaksanakan setelah Ujian Pengesanan
Prestasi (UPP 1) dan Project Based Learning (PBL).

4. i) Menyediakan takwim untuk cuti perayaan lebih awal kepada
ibu bapa kerana kebiasaannya ibu bapa hanya dimaklumkan
mengenai cuti yang diambil sekolah untuk cuti perayaan 1 @ 2
hari sebelumnya.
ii)Melanjutkan waktu operasi “Kedai Kita” kerana kebanyakan
ibu bapa yang bekerja boleh membeli barang keperluan anak
ketika waktu rehat (1 -2 pm).

(Encik Mohd Shukry bin Mohd Seat Bapa kepada Nur Khayla
Arissa dan Nur Khairina Amani Kelas 1 Kenanga dan 5 Kekwa)

Jawapan :
i)Takwim sekolah telah diwartakan dalam Laman Web KPM.
ii) ‘Kedai Kita’ telah bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi
seperti berikut : Isnin, Selasa, Khamis = 12.30 tengah hari

Rabu = 2.00 petang
Jumaat = 12.00 tengah hari

5. i)Kebersihan tandas.
ii)Kelas tambahan bagi pelajar yang lemah.

(Encik Mohammad Izzudin, Bapa kepada Aqmal Mifzal
Wafiuddin Kelas 4 Kenanga)

Jawapan :
i)Tandas telah diselenggara sepenuhnya pada Disember 2020.
ii) Pihak KPM tidak membenarkan kelas tambahan secara
bersemuka.

24

6. i)Kelas tambahan sepanjang tahun setiap hari sabtu bagi murid
tahun 6 yang lemah.
ii)Ceramah motivasi untk pemilihan ke sekolah menengah
sekali setahun bagi murid tahun 6 menggunakan sumber
kewangan PIBG.

(Puan Sharifah Denan, Ibu kepada Damia Insyirah
Kelas 2 Kenanga)

Jawapan :
Pihak KPM tidak membenarkan kelas tambahan dan ceramah
motivasi secara bersemuka.

7. Mengadakan kelas tambahan pada waktu selepas sekolah
selama 1 jam untuk murid tahun 6.

(Puan Ng Sin Lin, Penjaga kepada Sonia Leilani Rengsen En
Hui Kelas 6 Kekwa)

Jawapan :
Pihak KPM tidak membenarkan kelas tambahan secara
bersemuka.

8. i) Kebersihan tandas sekolah.
ii)Meja yang tidak sempurna.
iii)Kelas tambahan bagi yang lemah.

(Encik Mohammad Izzuddin, Bapa kepada Nur Azzalea
Umairah Kelas 5 Kenanga)

Jawapan :
i) Tandas telah diselenggara sepenuhnya pada Disember 2020.
ii)Pihak sekolah telah membuat permohonan kepada pihak
KPM.
iii) Pihak KPM tidak membenarkan kelas tambahan secara
bersemuka.

25

LAPORAN KEWANGAN

(Sila Rujuk Lampiran)

26

PENCAPAIAN KURIKULUM

(Sila Rujuk Lampiran)

27

PENGHARGAAN

Guru Besar dan Barisan Pentadbiran
SK. Dato’ Naning

Semua Ahli Jawatankuasa PIBG
SK. Dato’ Naning

Semua Warga Penyayang
SK. Dato’ Naning

Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid
SK. Dato’ Naning
Semua Murid
SK. Dato’ Naning

Semua Pihak Terlibat dalam Menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning Kali Ke – 43 Tahun 2021

28


Click to View FlipBook Version