31 Mei 2022 I Selasa I Dewan Atabara, Indera Mahkota, Kuantan
Tema Hari Guru Tahun 2022 :
Dirasmikan Oleh :
YB. DATO’ SRI SAIFUDDIN ABDULLAH
MENTERI LUAR NEGERI;
AHLI PARLIMEN INDERA MAHKOTA
ISI KANDUNGAN
1. TEMA & LOGO HARI GURU 2022 ….................................................................................. 1
2. FOKUS & PENGISIAN SAMBUTAN PERINGKAT DAERAH .............................................. 2
3. JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA ...........................................................…........… 3
4. ATUR CARA MAJLIS…….....…………...........................................................……........…… 8
5. IKRAR HARI GURU ………............................………..............................……………........... 9
6. LAGU GURU MALAYSIA ……..........................................................…………........... 10
7. ANUGERAH TOKOH GURU ……...........................................................……….......……… 11
8. ANUGERAH TOKOH GURU MENENGAH ......................................................................... 13
9. ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN ................................................................................... 15
8. PENGHARGAAN ……………………..........................................................…........………… 17
TEMA DAN LOGO HARI GURU 2022
TEMA
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
TEMA Hari Guru Tahun 2022 ini dibentangkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin
pada 30 Mac 2022 dengan memperkukuhkan kembali nilai serta aspirasi agar guru-guru menyemai
bakti, menabur budi dan akhirnya melahirkan generasi yang akan mengemudi negara ke arah lebih
baik selaras dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA. Datuk Dr. Radzi Jidin turut berharap agar
gerakan ini mampu menimbulkan rasa dihargai atau sebagai simbol kepada warga pendidik bahawa
penghormatan yang diberikan adalah berasaskan keilmuan, etika dan integriti yang dibawa bersama
dalam perjalanan kehidupan sebagai pendidik anak bangsa.
Guru berperanan sebagai tunjang yang menjadi pejuang kemerdekaan dan pembangunan negara
serta teras dalam usaha penerapan nilai murni dalam kalangan murid menerusi penerapan 14
elemen yang berkait rapat dengan pembinaan kemenjadian dan keperibadian murid yang mampu
berdaya saing di peringkat dunia. Empat belas elemen tersebut ialah Selamat, Seronok dan Sihat,
Etika dan Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti dan Terampil, Eksplorasi,
Rasional serta Artikulasi.
MAKSUD LOGO
Ikon Orang : Melambangkan guru dan murid berpisah tiada. Guru
mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai
gurunya sepanjang hayat.
Buku : Melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan untuk
memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta
menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah
negara yang berbudaya membaca.
Warna Emas (Gold) : Pemilihan warna memperlihatkan martabat
(perumpamaan) seorang guru yang dikasihi(dalam konteks warna).
Dalam konteks nilai—jasa guru tidak ternilai.
1
FOKUS DAN PENGISIAN SAMBUTAN
PERINGKAT DAERAH
1. Solat Hajat & Bacaan Yasin Perdana Hari Guru
2. Pameran Pendidikan & Seni Visual
3. Jamuan Perdana Sambutan Hari Guru 2022
4. Anugerah Tokoh Guru 2022
5. Kempen Derma Darah
6. Konvoi Amal
7. Program Ziarah Cakna
8. PPD Kuantan Robotic Challenge 2022
2
JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA
Pengerusi : Haji Miftah bin Haji Surif, AMP
Timbalan Pengerusi Pegawai Pendidikan Daerah
Naib Pengerusi
: Encik Azman bin A. Latiff
Setiausaha Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah)
Penolong Setiausaha
Bendahari : Haji Yaakub bin Md. Salleh
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan)
: Encik Hirudin bin Mohit
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
: Encik Mohd Asri bin Mohd Yusof, AMP
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangungan Murid)
: Encik Azhar bin Daud
Yang Dipertua MPSM Kuantan
: Encik Jantan bin Yasin
Yang Dipertua MGB Kuantan
: Encik Mohd Kamaruddin bin Osman
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah)
: Puan Armah binti Abd Rashid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah)
: Puan Tuan Saripah Mariam binti S Zain
Guru Besar SK Teruntum
3
1. URUS SETIA 2. JK PERASMIAN DAN PENGURUS MAJLIS
Pegawai PPD (FLOOR MANAGER)
Encik Norkasmadi bin Nordin Pegawai PPD
Encik Khairul Mizan bin Morad Haji Sulaiman bin Maideen
Puan Zakian binti A Jamal Encik Wan Zulkefli bin Wan Hasan
Encik Abdul Murad bin Abdul Ghani
3. JK PROTOKOL 4. JK PERSIAPAN TEMPAT & PERALATAN
Pegawai PPD Sekolah
Haji Shaiful - Azizi Sukri bin Mohd Kassim Guru Besar SK Indera Mahkota
Haji Mat Janudin bin Jamrin Guru Besar SK Indera Mahkota Utama
Pengetua SMK Tg Panglima Perang Tg
Muhammad
Pegawai PPD
Encik Hamdan @ Mat Zin bin Ali
Encik Kamaruzaid bin Abdul Karim
Encik Henryl Faizi bin Bari
5. JK SAMBUTAN 6. JK UNDANGAN
Sekolah Sekolah
Guru Besar SK Tunku Azizah Guru Besar SK Sg Talam
Pegawai PPD Pegawai PPD
Encik Nazeri bin Arashad Puan Nor Asikin binti Sabarudin
Puan Nurasibah Azura binti Mohd Kassim
7. JK PEGAWAI PENGIRING & USHER (VVIP) 8. JK BUKU PROGRAM & BACKDROP
Sekolah Sekolah
Guru Besar SK Kg Belukar Guru Besar SK Bunut Rendang
Pegawai PPD Guru Besar SK Assunta Convent
Encik Mohd Ferus bin Hussin Pegawai PPD
Puan Zandariah binti Ahmad
Puan Aryana binti Ramlan
9. JK HIASAN PENTAS 10. JK RAKAMAN / MULTIMEDIA /
Sekolah DOKUMENTASI
Pengetua SMK Tengku Afzan Pegawai PPD
Pegawai PPD Encik Mohd Azwandi bin Ahmad
Puan Salawati binti Musa Encik Mohd Adli bin Mat Salleh
Puan Rozaini binti Mohd Nor Encik Wan Othman bin Ab. Rahman
Sekolah
6 orang guru
4
11. JK PENGACARAAN 12. JK TEKS UCAPAN (KPPD & PERASMI)
Sekolah Pegawai PPD
Encik Wan Suhaimi bin Wan Yaakob (SKPG) Encik Mohamad Asri bin Mat Husin
Puan Nor Azlina binti Zainal Abidin (SKTA) Puan Puteri Azirah binti Abd Aziz
Puan Noreiriena binti Abdul Malik (SMKTC)
Pegawai PPD
Puan Azlina binti Anmeri
13. JK PENULIS SKRIP MULTIMEDIA / TOKOH 14. JK GIMIK PERASMIAN
Pegawai PPD Sekolah
Puan Roa’ani binti Mohamed Pengetua SMK St Thomas
Puan Rosma’inah binti Osman
Pegawai PPD
Encik Hazit bin Kamaruddin
15. JK KOIR GURU 16. JK PERSEMBAHAN ‘SELAMAT DATANG’
Pegawai PPD Sekolah
Encik Albar bin Hamdan Guru Besar SK Padang Garuda
Sekolah Pegawai PPD
Kumpulan Koir Guru Muda Kuantan Cik Zuraidah binti Chik
17. JK BACAAN IKRAR 18. JK HADIAH & CENDERAMATA
Sekolah Sekolah
Pengetua SMK Gudang Rasau Guru Besar SK RTP Bukit Goh
Pegawai PPD Pegawai PPD
Encik Amran bin Mustafa Datin Harlina binti Syafie
Puan Supiah binti Mat Yusof
19. JK SIJIL TOKOH & SIJIL PENGHARGAAN 20. JK JAMUAN
Sekolah Sekolah
Guru Besar SRK Sultan Abdullah Pengetua SMK Sungai Isap Murni
Pegawai PPD Pegawai PPD
Encik Mohammad Sabri bin Jusoh Puan Nik Nor Khatun binti Nik Ahmad
Puan Norr Emylia binti Ismail Puan Saraswathi a/p Kandasamy
21. JK ANUGERAH TOKOH 22. JK KAWALAN LALU LINTAS /
Pegawai Pendidikan Daerah KESELAMATAN
Barisan Timbalan PPD Sekolah
YDP MPSM Guru Besar SK Bukit Rangin
YDP MGB
Pegawai PPD
Encik Azman bin Mat Yassin
5
23. JK PUBLISITI / FOTOGRAFI 24. JK PENGIRING TOKOH
Sekolah Pegawai PPD
Guru Besar SK Beserah Encik Mohd Nazir bin Darmawi
Pegawai PPD Encik Mohd Hafeez bin Ismail
Puan Norhayati binti Hassan YDP MPSM
Puan Surya binti Rahmat YDP MGB
25. JK PENAJAAN & SUMBANGAN 26. JK PENDAFTARAN
Sekolah Sekolah
Encik Fadzilah bin Mohamed Tahir, PKT Guru Besar SK Galing
(Pengetua SMK Padang Garuda) Pengetua SMK Air Putih
Encik Jantan bin Yasin Pegawai PPD
(Guru Besar SK Chengal Lempong) Encik Syamsul Anuar bin Yusof
Encik Abdullah Pani bin Ab. Latiff Cik Suriani binti Mahpoz
(Guru Besar SK Kuala Penor)
Pegawai PPD 28. JK SIAR RAYA
Encik Ahmad Zawawi bin Zubit Sekolah
Puan Che Rafida binti Che Nali Pengetua SMK Chengal Lempong
27. JK BACAAN DOA Pegawai PPD
Pegawai PPD Encik Jailani bin Mohamad
Encik Jamil Haris bin Abdul Rahim Encik Mohammad Redzuan bin Abdul Ghafar
30. JK PENGANGKUTAN & LOGISTIK
29. JK KEBERSIHAN Sekolah
Sekolah Pengetua SMK Abdul Rahman Talib Pengetua
Pengetua SMK Semambu SM Pend Khas Vokasional
Guru Besar SK Air Putih Pegawai PPD
Pegawai PPD Haji Mohd Khidzir bin Maarof @ Md Khalid
Encik Juraimi bin Mohamad Encik Nazri bin Che Hassan
Puan Noor Azzuareena binti Khozit Mohd
6
31. JK AKTIVITI Pameran Pendidikan / Seni Visual
Solat Hajat Perdana Hari Guru 2022 Sekolah
Sekolah Pengetua SMK Astana
Guru Besar SK Cenderawasih Pegawai PPD
Pegawai PPD Puan Lim Chui Huong
Encik Shaharuddin bin Abdul Mubin (PPD) Tenpin Boling
Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Sekolah
Kesihatan Asas Guru Besar SK Teruntum
Sekolah Guru Besar SJKT Bandar Indera Mahkota
Pengetua SMK Padang Garuda Pegawai PPD
Pengetua SMK Tok Sera Encik Zalmunir bin Razali
Guru Besar SJKC Kong Min Tabung Ziarah Cakna Warga Pendidikan
Pegawai PPD Sekolah
Puan Puteri Azirah binti Abd Aziz Guru Besar SK Balok Makmur
Konvoi AMAL Pegawai PPD
Pegawai PPD Encik Nazeri bin Arashad
Encik Abdul Murad bin Abdul Ghani
Encik Norkasmadi bin Nordin
Robotic Challenge
Sekolah
Pengetua SMK Sultanah Hajah Kalsom
Pegawai PPD
Encik Kamaruzaid bin Abdul Karim
7
ATUR CARA MAJLIS
8:30 Pagi : Ketibaan Dif-dif Undangan
9:15 Pagi
: Ketibaan YB. Dato Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri;
12:00 Tengah Hari Ahli Parlimen indera Mahkota.
12:30 Tengah Hari : Persembahan Silat
: Tarian “Selamat Datang”
: Nyanyian Lagu “Negaraku” &
“Allah Selamatkan Sultan Kami”
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan PPD Kuantan
: Ucapan Perasmian YB Menteri
: Bacaan Ikrar Guru
: Persembahan Koir “Guru Malaysia”
: Persembahan Multimedia dan Gimik Perasmian
: Penganugerahan Tokoh Guru Daerah Kuantan 2022
: Penyampaian Cenderamata
: Koir – Lagu “Medley” Kumpulan Koir Guru Muda
: Persembahan Khas Multimedia
: Jamuan Makan
: Sidang Media / YB Menteri meninggalkan Majlis
: Majlis Bersurai
8
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
9
LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
10
ANUGERAH TOKOH GURU
TUAN HAJI ARIFIN BIN HAJI HUSIN
Tokoh guru ini dilahirkan pada 9 September 1957 di Mela, Kuala Lipis. Insan cemerlang ini
bertemu jodoh dengan gadis idaman yang bernama Pn Hajjah Norziah binti Bakar 16 April 1983.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan 5 orang putera dan 2 orang puteri sebagai
pengikat hati penyejuk kasih sayang.
Menyelusuri sejarah Pendidikan, tokoh ini memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Mela
dari tahun 1 hingga tahun 6. Kemudian, naik ke Sekolah Menengah Rendah Kuala Lipis yang kini
dipanggil SMK Orang Kaya Haji dan seterusnya ke SMK Clifford sehingga tingkatan 5. Minat untuk
menjadi pendidik telah mencetuskan azam tokoh ini untuk memohon maktab perguruan.
Alhamdulillah permohonan tokoh ini berjaya dan ditempatkan di Maktab Perguruan Sultan Idris
hingga memperoleh Sijil Perguruan Malaysia. Tokoh ini seterusnya melanjutkan pelajaran ke
Institut Aminudin Baki dan berjaya menggenggam Diploma Perguruan.
Memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di sekolah SK LKTP Kota Gelanggi pada 3
Januari 1978 sebagai guru biasa. Setelah 4 tahun berkhidmat di sana tokoh guru ini telah bertukar
ke SK Pengkalan Tentera Kuantan pada 1 Januari 1984. Bakti ditunai dengan penuh cemerlang
dan dedikasi telah mengizinkan tokoh ini dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK
Felda Ulu Jempul pada 16 Oktober 1987. Kemudian, tokoh ini diberi tanggungjawab sebagai Guru
Penolong Kanan Pentadbiran di SK Sg Ular pada 13 Mac 1989.
Kecemerlangan yang terserlah dalam pentadbiran akhirnya tokoh ini dilantik sebagai guru
besar di SK Cherok Paloh pada 16 Januari 1996. Seterusnya tokoh ini diberi tanggungjawab
sebagai guru besar di SK Sg karang pada 2 Jun 1997. Pada tahun yang sama, tokoh ini diberikan
tanggungjawab untuk membuka SK Pandan sebagai Guru Besar. Kemudian tokoh ini kembali
semula di Sk Sungai Karang. Seterusnya tokoh ini dilantik sebagai guru besar di SK Teruntum.
Ketokohan beliau sebagai pentadbir dilihat amat layak untuk memegang jawatan di PPD Kuantan
sehingga beliau dilantik sebagai Pengelola Cemerlang.
Semasa di PPD Kuantan tokoh ini telah memberi sumbangan yang menyerlah. Tokoh ini
dilantik sebagai Penyelaras Latihan Berasaskan Sekolah bagi guru-guru sementara peringkat
kebangsaan. Tokoh ini juga telah dilantik sebagai Fasilitator Audit Kewangan pada tahun 1999 atas
kepakaran beliau dalam menguruskan kewangan PPD.
11
Penglibatan tokoh ini dalam bidang kokurikulum tidak boleh disangkal lagi. Tokoh ini telah
diberi tanggungjawab sebagai pengiring pasukan Pendidikan khas dalam pertandingan peringkat
kebangsaan. Tokoh ini juga aktif dalam bola sepak dimana beliau telah mewakili Pahang dalam
pertandingan PSKPP pada tahun 1980. Tokoh ini juga mewakili negeri Pahang dalam PSKPP
dalam acara boling.
Sepanjang bergelar pendidik, tokoh ini telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Setelah bersara tokoh ini bergerak aktif dalam komuniti setempat. Tokoh ini telah dilantik sebagai
Timbalan Pengerusi Kumpulan Tanah Kelompok Pandan 1. Selain itu, tokoh ini juga terlibat secara
aktif dalam Persatuan Pengelola Perkhidmatan Perguruan Malaysia sebagai Pengerusi cawangan
Pahang.
12
ANUGERAH TOKOH GURU MENENGAH
TUAN HAJI BAHTIAR BIN SANUSI
Tokoh guru ini dilahirkan pada 20 November. Insan cemerlang ini bertemu jodoh dengan
gadis idaman yang bernama Pn Hajjah Norizan binti Rahmad Hasil perkongsian hidup pasangan
ini dikurniakan dua orang putera serta enam orang puteri sebagai penyeri.
Mengungkap latar belakang pendidikan beliau, beliau mendapat pendidikan rendahnya di
SK Paya Pasir Maran dari darjah satu hingga darjah enam. Kemudiannya beliau menyambung
pendidikan menengah ke sekolah SMK Maran dari tahun 1970 hingga 1972 dan seterusnya ke
SMK Temerloh dari tahun 1973 hingga 1974.
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada tanggal 7 Januari 1980, sebagai
Guru Penolong di SMK Jengka 6, Pahang apabila tamat pengajian di peringkat maktab perguruan.
Setelah tamat pengajian di peringkat ijazahnya pula beliau terus kekal menabur baktinya di SMK
Jengka 6 sehingga tahun 1994. Dek kerana kecemerlangannya, beliau telah dinaikkan pangkat
untuk berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Pusat Sumber Pendidikan Beserah yang pada
hari ini dikenali sebagai Pusat Sumber Teknologi Pendidikan Pahang. Pada tahun 2000 pula tokoh
ini telah dilantik sebagai guru Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Ahmad Pekan. Kecemerlangan
tokoh dalam pentadbiran akhir telah membawa kepada pelantikannya sebagai pengetua di SMK
Indera Shahbandar Pekan pada tahun 2001 hingga 2007.
Seterusnya khidmat cemerlang beliau sebagai pengetua dilebarkan ke sekolah-sekolah lain
bagi membantu melonjakkan kecemerlangan sekolah di Pahang ini apabila pada tahun 2007
hingga 2008. Beliau ditugaskan sebagai Pengetua di SMK Seri Pekan. Pada tahun 2008 hingga
2011 beliau menjadi pengetua di SMK Sultanah Hajah Kalsom dan seterusnya sebagai pengetua
SMK Abdul Rahman Talib pula dari 2011 sehinggalah tarikh persaraan beliau dalam dunia
pendidikan.
Sepanjang perkhidmatan tokoh sebagai guru, GPK Pentadbiran dan seterusnya sebagai
Pengetua, pelbagai kejayaan cemerlang berjaya dicapai dan terlakar dalam sejarah setiap sekolah
perkhidmatan beliau. Pada tahun 2006 berkat kegigihan beliau bersama-sama dengan guru-guru,
SMK Indera Shahbandar berjaya mencatat pencapaian 100% lulus SPM. Pada tahun 2008 pula
beliau telah memperoleh Anugerah Akademik Seri Pekan dan Anugerah Mithali Tabung Haji kerana
kecemerlangan beliau dalam di sekolah.
13
Kecemerlangan tokoh ini dalam memimpin sekolah makin terserlah apabilah sekolah di bawah
kepimpinan beliau iaitu Sekolah Sultanah Hajah Kalsom (SHAKS) telah mendapat pelbagai
anugerah berprestij iaitu antaranya Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan pada
tahun 2011 dan juga Sekolah Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama.
Kehebatan tokoh sebagai pemimpin sekolah terus diikhtiraf apabila tanggungjawab
mengemudi Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib juga telah membolehkan SMART mendapat
Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2014. Anugerah ini paling istimewa kerana
SMART merupakan satu-satunya sekolah di Pahang yang berjaya memperolehnya dan ini
merupakan kohort terakhir penganugerahan ini dibuat.
Dalam bidang ko-akademik pula pencapaian yang diperolehi adalah Johan Pertandingan
Surau 5 Bintang 2012, Johan Young Entrepreneur School 2013 dan Naib Johan Pidato Piala Diraja
Peringkat Negeri 2011.
Antara penganugerahan tertinggi yang pernah diterima oleh tokoh ini ialah, beliau pernah
mendapat Pingat Jasa Pengakap pada tahun 2015, Pingat Perkhidmatan Bak 2010 (Pengakap).
Tokoh ini juga telah mendapat pengiktirafan dalam bidang pendidikan apabila telah mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1994 di SMK
Jengka, tahun 1996 semasa beliau berkhidmat di Pusat Sumber Pendidikan dan pada tahun 2009
semasa beliau berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Sultanah Hajah Kalsom Kuantan.
14
ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN
TUAN HAJI PAUZI BIN TAIB
Anak jati Pahang ini dilahirkan pada tanggal 16 jun 1957,di Kampung Baru Beserah,
Kuantan. Beliau ,mendapat pendidikan awal di Sk Beserah pada tahun 1970 hingga 1973.
Seterusnya beliau meneruskan pendidikan menengah di SMK Beserah sehingga 1973 dan
kemudian ke SMART dari tahun 1974 hingga 1977.
Minat mendalam beliau dalam bidang pendidikan mendorong beliau memasuki Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim dari tahun 1979 hingga 1980 dan memperoleh sijil perguruan dan
kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dari tahun 1992 hingga 1996.
Tokoh ini telah membina mahligai bahagia bersama dengan Puan Hajah Saudah binti Che
Man dan telah dikurniai Allah S.W.T. tiga orang puteri sebagai penyeri.
Menyelusuri kerjaya beliau sebagai pendidik, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang
guru pada tanggal 3 Disember 1980 di SMK Bukit Mendi dan SMK Sg Lembing pada 1 Januari
1984. Kecintaan beliau untuk meningkatkan ilmu akademiknya telah mendorong beliau untuk
kemudiannya menyambung pengajian di UPM dari 5 Julai 1992 hingga 15 April 1996.
Apabila tamat sebagai seorang graduan universiti, beliau kemudiannya ditempatkan ke SMK
Beserah sebagai Guru Penolong dari 16 April 1996 hingga 15 September 2003. Beliau
kemudiannya dilantik segabai GPK Hem di SMK Seri Kuantan bermula dari 16 September 2003
hingga 13 November 2006.
Kecemerlangan beliau diintai oleh pihak JPN Pahang ,menyebabkan pada 1 Disember 2006,
beliau dilantik sebagai Pegawai Khas Unit Pembangunan sehingga 31 Disember 2008. Di di JPN
Pahang pula, beliau seterusnya ditukarkan ke unit ICT sebagai Penolong Pengarah sehingga
dinaikkan pangkat sebagai Ketua Unit ICT bermula pada 1 Februari 2009 hingga 1 Julai 2011.
Kekepimpinan beliau yang jelas dalam bidang pendidikan seterusnya telah membolehkan
beliau diangkat sebagai Pengetua di SMK Sg Baging pada 16 Februari 2011 hingga 15 Oktober
2014 . Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah tuahnya beliau apabila
tanggal 16 Oktober 2014, JPN Pahang mengiktiraf kehebatan kepimpinan beliau apabila beliau
dinaikkan pangkatnya lagi sebagai Ketua PPD Kuantan dan tugas sebagai Ketua PPD Kuantan
disandang oleh beliau sehingga 13 September 2015. Kecemerlangan beliau dalam bidang
15
pendidikan makin terserlah apabila bermula pada 14 September 2015 pula , beliau dinaikkan lagi
pangkat dan bertugas sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah di JPN Pahang sehinggalah
beliau menamatkan perkhidmatan pendidikan ini dengan bersara wajib pada tanggal 16 Jun 2017.
Mengimbau kecemerlangan beliau dalam bidang pendidikan, banyak pencapaian cemerlang
yang berjaya dilakarnya. Beliau telah dinobatkan sebagai Pengetua Cemerlang pada tahun 2013
dan 2014. Sebagai Pengetua Cemerlang, beliau juga mendapat Anugerah Pengurusan Kewangan
Cemerlang semasa menjadi Pengetua di SMK Sungai Baging. Tokoh ini juga telah dilantik oleh
pihak IAB sebagai pembimbing NPQEL pada tahun 2015 kerana kecemerlangan beliau sebagai
pengetua. Seterusnya pada tahun 2017 beliau telah mendapat pengiktirafan sebagai Pengetua
Cemerlang Bai’ah pada tahun 2017 kerana berjaya melonjakkan pencapaian SPM SMK Sungai
Baging pada tahun tersebut.
Dalam bidang kokurikulum juga kepimpinan beliau tidak dapat disangkal apabila sebagai
jurulatih takraw Daerah Kuantan pada tahun 1984 hingga 1992 beliau berjaya membawa Kuantan
menjadi Johan Takraw Peringkat Negeri. Selain itu, beliau juga sangat aktif dalam pengakap
negeri.
Diperingkat komuniti beliau juga merupakan tokoh yang tidak asing kerana beliau sangat
aktif sebagai JKKK Kampung Baru Beserah, JK Kariah Masjid Batu Hitam dan memegang jawatan
sebagai Bendahari Khairat Kematian. Selain itu, dek kerana jiwa pendidikan yang sentiasa mengalir
dalam tubuhnya, sehingga ke hari ini, beliau sentiasa menyumbang bakti kepada komuniti setempat
apabila sering turun padang untuk memberikan ceramah dan motivasi kepada anak-anak dalam
komuniti beliau di samping juga selalu diundang untuk memberikan motivasi kepada pengetua dan
rakan-rakan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan.
Antara penganugerahan dan perghargaan yang diterima sepanjang perkhidmatanya sebagai
pendidik ialah; beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Setia
Mahkota Pahang (S.M.P.) pada tahun 2015 dan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (S.A.P.) pada
tahun 2016. Sebagai pendidik yang hebat , tokoh ini telah mendapat Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014 dan pada tahun yang sama
juga tokoh hebat ini telah mendapat Anugerah Pengetua Cemerlang di peringkat Kebangsaan.
16
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
YB. Dato’ Sri Saifuddin Abdullah
Menteri Luar Negeri; Ahli Parlimen Indera Mahkota
Encik Mohammad Rosli bin Abdul Rahman
Pengarah Pendidikan Pahang
Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM)
Majlis Guru Besar(MGB)
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan
Warga Pendidik Daerah Kuantan
Barisan Penaja :
dan
Semua pihak yang telah bersama - sama memberi sumbangan dan kerjasama sama ada
secara langsung atau pun tidak langsung
dalam menjayakan program ini.
17