The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Halangan Komunikasi Dan Isu Dalam Keterampilan Berbahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ain nadhirah, 2023-03-13 00:47:30

Halangan Komunikasi Dan Isu Dalam Keterampilan Berbahasa

Halangan Komunikasi Dan Isu Dalam Keterampilan Berbahasa

Halangan Komunikasi Dan Isu Dalam Keterampilan Berbahasa NUR AIN NADHIRAH BINTI MUHD HUZAIMI


-Keterampilan berbahasa merupakan kemampuan dan kecekapan dalam menggunakan bahasa yang merangkumi aspek mendengar atau menyemak, berbicara, membaca dan juga menulis. Keterampilan berbahasa terbahagi kepada dua: Definisi Keterampilan Berbahasa Lisan -Menyemak dan berbicara Tulisan -Menulis dan membaca


Definisi Halangan Komunikasi -Kesilapan yang sering kali berlaku dalam kominikasi interpersonal adalah kegagalan untuk mendengar. Apabila seseorang itu tidak berjaya untuk mendengar dengan baik, maka respon yang diberinya akan menghalang komunikasi tersebut. Bagi mendengar dengan baik, seseorang individu itu perlulah memahami keadaan sekeliling. -Halangan komunikasi ini merupakan satu masalah besar bagi memastikan proses ini berjalan lancar. -Halangan komunikasi boleh timbul menerusi pelbagai keadaan.


HALANGAN KOMUNIKASI


Maklum balas Melibatkan dua pihak iaitu penutur dan pendengar. Merupakan tanda komunikasi yang berkesan kerana menunjukkan bahawa pendengar mendengar dan menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh penutur dengan baik.


Maklum balas Jika komunikasi tersebut tiada maklum balas, bermakna ada halangan dalam komunikasi itu. Maklum balas membantu penutur untuk memperbaiki diri mereka. Maklum balas daripada guru membantu muridnya untuk memperbaiki kesalahan yang mereka lakukan dalam pelajaran.


HALANGAN KOMUNIKASI W e a t h e r T h e m e


KOMUNIKASI SEHALA -Tidak memerlukan maklum balas daripada pendengar. -Contoh komunikasi sehala ialah ceramah, syarahan, pidato dan khutbah. -Penutur akan memberi ucapan yang mengandungi huraian dan penjelasan kepada pendengar tentang sesuatu isu. -Semasa proses komunikasi ini, pendengar hanya akan menerima maklumat tanpa memberi respon kepada penutur. -Komunikasi sehala menjadi halangan dalam sesebuah komunikasi kerana pendengar tidak berupaya untuk memberi pendapat dan pandangan mereka.


-Manusia mempunyai sistem saraf yang berperanan sebagai sistem penghubung yang sangat kompleks di mana berupaya menghantar dan menerima maklumat dalam jumlah yang besar secara bersamaan. -Gangguan saraf ini merujuk kepada gangguan, kerosakan atau kelainan yang berlaku pada sistem saraf manusia sehingga menjejaskan peranannya. -Jika pendengar mengalami gangguan saraf, mereka pasti akan mengalami masalah atau kesukaran untuk menerima informasi yang disampaikan oleh penutur. -Perkara ini menyebabkan satu halangan dalam komunikasi kerana pendengar tidak mampu untuk memberi maklum balas kepada penutur. GANGGUAN SARAF PENERIMA


PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA -Saluran kedua ialah saluran yang bukan terus daripada penghantar dan memerlukan perantaraan untuk menyampaikan maklumat. -Mesej yang dibentuk boleh dihantar melalui saluran tertentu. -Saluran ini boleh berbentuk lisan, tulisan dan lain-lain. -Halangannya adalah persediaan yang tidak mencukupi oleh penghantar mesej menyebabkan maklumat yang disampaikan kurang jelas dan sukar difahami.


-Gangguan emosi merupakan halangan dalam komunikasi kerana penerima menerima dan memahami mesej berdasarkan perkara yang dilihat dan didengar mengikut perasaan, keperluan dan kehendaknya. -Contohnya, penerima berasa tertekan dengan maklumat yang diterima dan terus membuat kesimpulan tentang maklumat itu dengan perasaan yang marah. -Emosi yang dibawa dalam komunikasi antara individu menghalang untuk menghasilkan komunikasi yang berjalan dengan lancar dan berkesan. GANGGUAN EMOSI


-Faktor luaran penerima menyebakan mereka sukar untuk mendengar dan melakukan proses komunikasi dengan berkesan. -Contohnya bunyi bising yang terhasil daripada orang yang sedang memotong rumput. -Bunyi yang terlalu bising menyebabkan penerima tidak dapat mendengar dan menerima mesej pengirim dengan baik. -Penerima berkemungkinan akan membuat andaian sendiri mengenai mesej yang telah disampaikan. -Dengan ini akan berlakunya salah faham antara kedua-dua belah pihak. GANGGUAN LUARAN


ISU KETERAMPILAN BERBAHASA


ISU BAHASA Penggunaan bahasa yang salah akan menyinggung perasaan orang lain dan salah faham akan berlaku antara individu. Contohnya menggunakan kata-kata kesat dalam menegur orang lain. Mereka akan menggunakan bahasa yang kurang sopan dan boleh menyakiti perasaan orang lain.


ISU BUDAYA Komunikasi yang melibatkan silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang berbeza dari segi bangsa, etnik, bahasa, agama, tahap pendidikan dan status sosial. Masyarakat sekarang hidup berkelompok dan menjauhi orang yang berbeza agama dan bangsa. Amalan ini boleh mengakibatkan pergaduhan antara kaum. Contohnya, kelompok itu menggunakan bahasa yang kotor boleh mengakibatkan maruah seseorang jatuh.


Menggunakan bahasa pasar dan kata-kata kesat yang tidak mencerminkan identiti orang Melayu. Penggunaan bahasa rojak dapat menurunkan kualiti tatabahasa dalam kalangan murid. Penggunaan bahasa ini menyebabkan masyarakat hilang kesantunan berbahasa semasa komunikasi. ISU MEDIA SOSIAL


PENERAPAN ELEMEN PENDIDIKAN SIVIK


Adab berkomunikasi Menggunakan bahasa yang sopan Tidak mencarut dan menghina Menggunakan gelaran yang sesuai Tidak memotong percakapan orang lain


Hargai kepercayaan yang diberi daripada penutur kerana memilih kita untuk meluahkan perasaan atau bercerita CARA MENJADI PENDENGAR YANG BAIK Mendengar dahulu sebelum memberi respon Mendengar untuk faham bukan untuk respon semata-mata Tidak menceritakan hal peribadi penutur kepada orang lain


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version