Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar merupakan
sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di
Lorong Maarof 1, Bangsar Park, Bangsar, Kuala Lumpur.
Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar
memiliki 365 murid lelaki dan 295 murid perempuan,
menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 660
orang, termasuk 62 murid aliran Pendidikan Khas.
Ia mempunyai seramai 64 orang guru.
PENGETUA
Pn Hjh Ramlah Bt Muda
PK PENTADBIRAN PK HEM PK KOKURIKULUM PK PENDIDIKAN KHAS
Pn Rozita Bt Hussain Nirmala Josephine En Mohamad Fauzi Pn Mahani Bt Md
a/p B.Adbuthantha Yusoff
Bin Yunus
PROGRAM UBK JANUARI :
……… KAUNSELOR sentiasa berusaha
untuk memastikan psikologi murid dalam
keadaan yang sihat. Justeru, slip emosi
diedarkan pada hari pertama
persekolahan untuk menilai sejauhmana
persediaan emosi murid ke sekolah.
Program orientasi tingkatan 4 dan
tingkatan 1 serta murid baharu PPKI telah
dilaksanakan melalui aplikasi Google Meet dan
Zoom. Suatu pengalaman baharu untuk guru
dan murid-murid walaupun terdapat kekangan
tetapi dengan kerjasama yang baik daripada
semua guru dan murid . Program ini telah
berjaya dilaksanakan.
Talian Sokongan Psikososial
turut diedarkan dalam Group
Whatsapps dan Telegram kelas
bagi murid-murid yang
menjalani PDPR di rumah.
JANUARI & FEBRUARI :
PEMULANGAN & PENGAGIHAN BUKU TEKS
Peratus kehadiran Tingkatan 5 : 64% Peratus kehadiran Tingkatan 4 : 75%
Peratus kehadiran Tingkatan 3 : 77% Peratus kehadiran Tingkatan 2 : 77.3%
Peratus kehadiran Tingkatan 1 : 66%
MESYUARAT DISIPLIN FEBRUARI :
Ketua guru disiplin
yang baru iaitu Cikgu
Wan Hamid yang
bakal menggantikan
En Tan Kim Peng yang
akan berpindah.
PEMBERIAN ALAT TULIS CALON SPM 2020
MAJLIS SUMBANGAN:
HARI RAYA AIDILFITRI
Peperiksaan SPM 2020
telah ditunda ke
Februari 2021
disebabkan penularan
Covid-19.
Calon SPM dibekalkan
dengan alat tulis
anjuran Unit Bimbingan
& Kaunseling.
PROGRAM BANGKIT MAC :
BANTUAN MAKANAN
Program Bangkit yang dijalankan pada 2 Mac 2021 GURU PENYAYANG
merupakan program motivasi untuk tingkatan 4 dan
5 yang dikPenEdaLlikaAnCoNikleghCupJAienngcRgeorAamNah teArkeMnalAiaitLu A N
PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG
Program wajib bagi
semua sekolah di seluruh
Malaysia yang perlu
dijalankan setiap tahun.
Program ini telah
bermula sejak sekolah
mula di buka lagi bagi
sesi 2021 tetapi
disebabkan kekangan
yang dihadapi, pihak
kami mengambil
keputusan untuk
melancarkannya secara
rasmi pada 26/3/2021.
MAC :
PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
(BAP)
PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG
Seramai 308 murid SMK Bangsar telah
menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
sebanyak RM 100 pada 11 Mac 2021
APRIL:
PROGRAM TVET EXPO & SUMMIT 2021
Melalui kerjasama bersama
LEAPED iaitu di bawah sekolah
Amanah, satu Program Tvet Expo
& Summit 2021 telah disertai
murid tingkatan 5 yang memberi
pendedahan kerjaya dalam
bidang kemahiran.
PROGRAM HALA TUJU BERSAMA YAYASAN MARA
Seterusnya program anjuran MGKKL iaitu
program hala tuju yang ditaja Yayasan
Mara. Program ini melibatkan peserta
tingakatan 5 Bestari yang bermula 8:30 pagi
dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.
Program ini dijalankan di dewan sekolah
dengan guru memaparkan secara projektor
di screen layar
OPS PENAMPILAN
Ops Penampilan Unit Disiplin telah
dijalankan pada 16 April dengan bantuan
pengawas sekolah.
APRIL:
SUMBANGAN BULAN RAMADHAN 2021
Bersempena kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini, tidak
ketinggalan sumbangan derma kepada pihak yang memerlukan turut
dijalankan. Unit bimbingan dan kaunseling membantu dalam
menjayakan program ini. Pelbagai sumbangan daripada pelbagai
pihak diberikan kepada anak-anak di SMK Bangsar .
MEI :
MAJLIS PELANTIKAN:
KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN
Majlis Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua
Tingkatan diadakan untuk memberi pengiktirafan
kepada pelajar-pelajar yang dilantik menjadi
ketua dan penolong ketua tingkatan di sekolah
agar mereka dapat memberikan komitmen yang
baik kepada sekolah.
Seramai 50 murid arus perdana
dilantik menjadi ketua dan penolong tingkatan.
Manakala, bagi arus PPKI seramai 16 murid
diberi watikah pelantikan semasa majlis tersebut
diadakan.
MAJLIS SUMBANGAN:
HARI RAYA AIDILFITRI
Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mendapatkan
sumbangan daripada pihak Behn Meyer Sdn. Bhd. ,
Pn. Rosma Wati binti Zakaria (Naib Yang Dipertua
PIBG SMK Bangsar) serta hasil sumbangan Ihya
Ramadhan daripada guru-guru dan murid-murid
SMK Bangsar. Sumbangan tersebut terpaksa
diserahkan di Pondok Pengawal SMKB kerana pihak
KPM telah mengumumkan bermula 6 Mei 2021
sekolah ditutup dan bermulalah sesi PdPr 4.0
Semoga sumbangan yang diberikan
dapat meringankan beban ahli keluarga penerima
menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam norma baharu
covid-19
7
MEI :
SUMBANGAN BULAN RAMADHAN 2021
Bersempena kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini, sumbangan daripada pelbagai
pihak luar diberikan kepada anak-anak di SMK Bangsar
PROGRAM UBK
Peningkatan kes Covid-19 yang semakin
memdadak menyebabkan sekolah sekali lagi
terpaksa ditutup dan digantikan dengan
pembelajaran secara PDPR. Unit Bimbingan
dan Kaunseling tutur menjalankan
perkhidmatan atas talian dengan
menyebarluaskan poster talian sokongan
psikososial perkhidmatan bimbingan secara
online
JUN :
PROGRAM UBK
Kempen Jom Masuk Kelas Online
Menyedari sambutan PDPR dari kalangan
murid-murid semakin kurang
memuaskan Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan kerjasama
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah
melancarkan kempen ‘Jom Masuk Kelas
Online’. Pengisian program ini melibatkan
penawaran hadiah kepada murid terbaik
dalam PDPR secara mingguan. Selain itu,
PRS turut berperanan membantu guru
untuk menganjak rakan mereka
menyertai kelas online. Murid ini yang
banyak mengajak rakan akan
dianugerahkan murid prihatin. Guru
Bimbingan dan Kaunseling akan
menjejaki murid dan berkomukasi
dengan ibubapa murid bagi murid yang
didapati gagal menghadirkan diri bagi
mencari jalan penyelesaian.
Bioara Santai Bersama Alumni
(Cemerlang SPM 2020)
Keputusan SPM 2020 telah
diumumkan. Bagi memberi
semangat kepada murid tingkatan
5 tahun 2021, pihak UBK telah
menjemput murid cemerlang SPM
2020 untuk berkongsi tip dan
rahsia kecemerlangan pada
17/6/2021
JULAI :
PROGRAM UBK
Program kursus-kursus PRS ini dijalankan kepada murid PRS supaya lebih peka dengan peranan PRS di
sekolah.
- Kursus PRS Bongsu pada 10 Julai 2021
- Kursus Kepimpinan KRS Rentas Negeri pada 11 Julai 2021
ZIARAH CAKNA PENYERAHAN KWAPM
Ziarah Cakna juga dijalankan sambil Seramai 41murid telah menerima RM 150
menyumbang kepada golongan yang Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
memerlukan. Miskin pada 22 Julai 2021.
OGOS :
Pada 9 Ogos 2021 hingga 17 Ogos 2021
telah diadakan Minggu Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) bagi Tahun
2021. Pelbagai aktiviti telah dijalankan
oleh pihak sekolah untuk memberi
kesedaran tentang bahaya dadah. Antara
pertandingan yang telah dijalankan
sepanjang minggu PPDa ini ialah
Pertandingan Mencipta Poster Digital
PPDa, Kuiz dan Games PPDa, Mesej 5
Minit Anti Dadah, Perkongsian Video
mengenai Bahaya Dadah, serta Ceramah
Bahaya Dadah.
Ceramah Bahaya Dadah telah
dilaksanakan pada 12 Ogos 2021 secara
atas talian. Ceramah telah disampaikan
oleh Pegawai daripada AADK iaitu Puan
NorFarahWahidah Binti Abd Rahman .
Pada 17 Ogos 2021, Majlis Perasmian
Penutupan Minggu Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDA) telah
dijalankan. Semua warga SMK Bangsar
telah dijemput. Majlis Perasmian
Penutupan dirasmikan oleh Pn Ramlah
Binti Muda.
MINGGU PPDa
OGOS :
PROGRAM BANTUAN PERANTI B40 TNB
Penyerahan Tablet Samsung kepada 50
murid Tingkatan 5 di bawah Program
Bantuan B40 TNB pada 3 Ogos 2021
telah berjaya dilaksanakan dengan
bantuan YDP PIBG En Sharudin Bin
Ahmad.
PROJEK BANTUAN PERANTI AEON SAYAP BAGIMU
5 murid Tingkatan 5 SMK Bangsar
dari keluarga B40 juga telah
menerima Tablet Samsung
sumbangan Yayasan AEON di
bawah Projek Sayap BagiMu pada
30 Ogos 2021.
OGOS :
CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN
Ceramah Pendidikan Kesihatan
Pergigian telah dijalankan atas
talian pada 3 Ogos 2021.
Penceramah jemputan dari KKM Dr
Asley Ann De Cruz telah
menjelaskan kepentingan menjaga
kesihatan gigi kepada seramai 150
murid. Murid–murid yang
menghadiri ceramah tersebut juga
menerima sijil penyertaan (esijil)
dan markah kehadiran aktiviti
kokurikulum.
BAKUL REZEKI
OGOS :
PROGRAM UBK
Pada bulan ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling sedaya
upaya memastikan 90% murid di sekolah ini telah
menjawab soalan saringan minda sihat yang
dikeluarkan oleh pihak KPM dan membuat analisis
seterusnya menjalankan intervensi khusus dan umum.
Poster-poster berkaitan minda sihat juga diwar-warkan
dalam kumpulan whatsApp kelas.
KUTIPAN DANA TABUNG KONGSI REZEKI*
Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit
Bimbingan & Kaunseling SMK Bangsar telah
melancarkan *Tabung Kongsi Rezeki* bagi
membantu keperluan keluarga murid yang terjejas
di musim pandemik ini.
KONSULTANSI Ziarah Cakna secara
KEIBUBAPAAN online juga turut
dijalankan antara
pengisiannya bertanya
tentang perkembangan
anak dan menyertai
mesyuarat keluarga
murid yang kehilangan
ibubapa
OGOS & SEPTEMBER:
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Walaupun negara masih di bawah
PKP, Sambutan Bulan
Kemerdekaan tetap dilaksanakan
secara atas talian.
Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan dijalankan melalui
Google Meet pada 13 Ogos 2021.
Para hadirin termasuklah guru,
murid dan ahli PIBG.
Sambutan Bulan Kemerdekaan
diteruskan pada 30 Ogos 2021
dengan Sambutan Ambang
Kemerdekan dan diakhiri dengan
Sambutan Hari Malaysia dan
Penutupan Bulan Kemerdekaan
pada 9 September 2021.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan
telah dijalankan sepanjang
sambutan Bulan Kemerdekaan
seperti Pertandingan Selfie, Video
Tik Tok. Pertandingan Poster dan
sebagainya
SEPTEMBER :
SUMBANGAN PERANTI REALME C11
DSU RAJA NONG CHIK
Seramai 165 orang murid SMK
Bangsar dari keluarga B40 telah
menerima peranti Realme C11 di bawah
Program RNC Prihatin sumbangan Datuk
Seri Utama Raja Nong Chik. Ini
melibatkan murid Tingkatan 1-5
termasuk aliran Pendidikan Khas
Sumbangan ini adalah untuk
membantu murid-murid sekolah di
kawasan Lembah Pantai yang
menghadapi kesukaran menghadiri
PDPR kerana masalah peranti.
Peranti-peranti berkenaan telah
diterima dari pihak DSU Raja Nong Chik
di SMK Petaling pada Hari Malaysia 16
September 2021. Agihan peranti kepada
murid telah dilaksanakan dari 24-29
September 2021. Terima kasih tidak
terhingga kepada DSU Raja Nong Chik!
KOTAK REZEKI BANTUAN
”BACK TO SCHOOL”
SEPTEMBER :
TAKLIMAT PSIKOMETRIK
KPM telah mengeluarkan surat
Pelaksanaan psikometrik
kepada murid tingkatan 1
(ITP/IMK), 3 (IMK/IKP), 4 (ITP)
dan 5 (IKK). Justeru, takimat
awal kepada murid telah
diberikan melalui google meet
dan kumpulan whatsApp
kelas. Selain itu pengesanan
murid tingkatan 5 tahun 2020
juga perlu dikey in di dalam
sistem profile kerjaya murid
(SEPKM)
PROJEK EcoWira SIRI 3 2021 PERINGKAT
KEBANGSAAN
Program EcoWira merupakan satu program yang bermatlamat mendidik generasi mesra alam. Ini
merupakan kerjasama antara LeapEd Services Sdn. Bhd bersama Roots & Shoots Malaysia bersama
sekolah-sekolah di bawah program Sekolah Amanah. Pada tahun ini, fokus program EcoWira ialah
pengurusan bahan buangan plastik yang boleh digunapakai semula atau dijadikan projek yang memberi
manfaat kepada alam sekitar, individu dan komuniti setempat. Pada 30 September 2021, 3 orang murid
SMK Bangsar telah menyertai pembentangan projek EcoWira peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021.
Murid SMK Bangsar yang terlibat ialah :
1.Nur Alya Binti Mohammad Dzulkarnain
2. Alya binti Ahmad Nizam
3. Hariz Syahmi Bin Hasnan
Ketiga-tiga murid ini telah membentangkan mengenai penggunaan semula bahan buangan plastik untuk
dijadikan kegunaan lain yang memberikan kebaikan kepada diri masing-masing.
Turut menyertai pembentangan ini ialah 12 orang murid yang mewakili negeri Kelantan, Sabah dan
Sarawak