The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM UJANA BAHASA MELAYU SBP ZON TENGAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SALIZA BINTI ABDUL GHANI KPM-Guru, 2024-06-10 19:59:34

BUKU PROGRAM UJANA BAHASA MELAYU SBP ZON TENGAH

BUKU PROGRAM UJANA BAHASA MELAYU SBP ZON TENGAH

TARIKH 12 JUN 2024 MASA 08.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI TEMPAT BILIK SERI BAYU, SMS KUALA SELANGOR P E R I N G K A T S B P Z O N T E N G A H UJANA ILMU BAHASA MELAYU: PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PEDAGOGI BAHASA MELAYU 2024


Program Ujana Ilmu SBP Bahasa Melayu Zon Tengah: merupakan satu mekanisme untuk perkongsian idea, pengalaman dan matlamat antara guru Bahasa Melayu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah. Program ini memberi ruang dan peluang kepada guru-guru Bahasa Melayu dari sekolah yang berbeza untuk berbincang, berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman berkaitan pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, program ini merupakan satu usaha kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid-murid SBP Zon Tengah dalam peperiksaan SPM. Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Bahasa Melayu dilaksanakan untuk memenuhi keperluan kemahiran pedagogi guru-guruPelaksanaan bengkel ini dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjayakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, khususnya.


Ujana Ilmu Pedagogi Bahasa Melayu ini dilaksanakan berlandaskan objektif berikut: ❖ Bertukar-tukar amalan terbaik dalam pedagogi Bahasa Melayu ❖ Meningkatkan prestasi pembelajaran Bahasa Melayu SBP Zon Tengah. OBJEKTIF PROGRAM ATUR CARA PROGRAM 8.00 PAGI-8.45 PAGI : Pendaftaran peserta 8.45 PAGI-9.00 PAGI : : Alu-aluan Pengerusi Majlis Ucapan Perasmian Pembukaan 9.00 PAGI-10.00 PAGI : Pembentangan Program Kecemerlangan Panitia Bahasa Melayu SM Sains Kuala Selangor 10.00 PAGI- 11.00 PAGI Perbincangan dalam kumpulan 11.00 PAGI- 12.30 PAGI : Pembentangan Amalan Terbaik Pedagogi Bahasa Melayu 12.30 TENGAH HARI1.00 TENGAH HARI : Majlis Penutupan


JAWATANKUASA Pengerusi : Pn Hajah Feizatul Akmar Nor binti Nurbi Pengetua SM Sains Kuala Selangor Naib Pengerusi 1 : Pn. Normidza binti Md. Kamel Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi II : Pn. Siti Norhawa binti Amat Juar Guru Kanan Mata Pelajaran Setiausaha I : Pn. Maizatul Ilma binti Ismail Ketua Panitia Bahasa Melayu Setiausaha II : Pn. Saliza binti Abd Ghani Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Pen. Setiausaha : Puan Hani Nabila binti Kamsani Penyelaras BM Tingkatan 5 BIL AHLI JAWATANKUASA 1 Pendaftaran Puan Hani Nabila binti Kamsani Cik Armiza binti Mohamad 2 Buku Program dan Backdrop Puan Saliza binti Abdul Ghani 3 Minum Pagi dan Makan Tengah Hari Puan Maizatul Ilma binti Ismail 4 Sijil dan Cenderahati Puan Hasnah binti Mat Adnan Puan Siti Norhawa binti Amat Juar 5 Juruacara dan Bacaan Doa Cik Armiza binti Mohamad Ust Khairul Anuar bin Ahmad 6 Pembentang Puan Maizatul Ilma binti Ismail 7 Dokumentasi Puan Saliza binti Abd Ghani


PENUTUP ❖ Program Ujana Ilmu Bahasa Melayu SBP Zon Tengah ini diharap dapat dilaksanakan dengan komitmen dan kesungguhan daripada semua pihak yang terlibat terutama para guru Bahasa Melayu SBP Zon Tengah. ❖ Melalui bengkel yang dilaksanakan ini, guru-guru dapat mengetahui dan menguasai segala ilmu dan kepakaran yang diperlukan untuk memastikan pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


Click to View FlipBook Version