GARIS PANDUAN
PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM
(EPSA®)
© Hak Cipta Terpelihara
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini
boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula
atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat kebenaran secara bertulis
daripada Institut Tadbiran Awam Negara.
VERSI 3.0
30 APRIL 2020
Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC)
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®) MUKA SURAT
KANDUNGAN
SINGKATAN 2
1. TUJUAN 3
2. LATAR BELAKANG 3
3. PERMOHONAN 3
4. BAHAN KURSUS EPSA® 4
5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN PEMBANGUNAN BAHAN
KURSUS EPSA® 4
6. KEPERLUAN PERISIAN 6
7. STRUKTUR BAHAN KURSUS EPSA® 6
8. PAPAN CERITA (STORYBOARD) 8
9. REKABENTUK ANTARAMUKA SKRIN BAHAN KURSUS EPSA® 10
10. REKABENTUK TEKNIKAL BAHAN KURSUS EPSA® 14
11 FORMAT DAN PAKEJ BAHAN KURSUS EPSA® 25
12 SEMAKAN DALAMAN OLEH AGENSI 25
16 HUBUNGI KAMI 29
SENARAI LAMPIRAN
a) LAMPIRAN 1 - Proses Pembangunan Bahan Kursus EPSA®
b) LAMPIRAN 2 - Borang Pelan Pembelajaran
c) LAMPIRAN 3 - Rekabentuk Maklumat Kursus
d) LAMPIRAN 4 - Struktur Kandungan Topik
e) LAMPIRAN 5 - Struktur Aktiviti
f) LAMPIRAN 6 - Rekabentuk Penghargaan
g) LAMPIRAN 7 - Borang Papancerita (Storyboard)
h) LAMPIRAN 8 - Templat Voice Over (VO)
i) LAMPIRAN 9 - Contoh Jenis Tulisan
j) LAMPIRAN 10 - Warna Tulisan dan Latar
k) LAMPIRAN 11 - Rekabentuk Header
l) LAMPIRAN 12 - Format Arahan
m) LAMPIRAN 13 - Close Button
n) LAMPIRAN 14 - Format Paparan
o) LAMPIRAN 15 - Skrin Parent dan Child
p) LAMPIRAN 16 - Tetapan Navigasi
q) LAMPIRAN 17 – Parent-To-Child
r) LAMPIRAN 18 - Aktiviti
s) LAMPIRAN 19 - Format Content Publishing
t) LAMPIRAN 20 - Templat Skrip Pengujian UAT/FAT
u) LAMPIRAN 21 - Gambar Fail Putih
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® i
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
SINGKATAN KETERANGAN
TERMA E-Pembelajaran Sektor Awam
EPSA® Institut Tadbiran Awam Negara
INTAN Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan
Kluster i-IMATEC Pakar Bahan Kursus (Subject Matter
SME Expert)
LO Learning Object
UAT User Acceptance Test
FAT Final Acceptance Test
LMS Learning Management System
SCORM Sharable Content Object Reference Model
VO Voice Over
CC Subtitle
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 2
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
1. TUJUAN
1.1 Tujuan dokumen ini adalah sebagai garis panduan bagi keperluan dan
proses yang digunapakai untuk membantu kementerian dan agensi
Kerajaan dalam pembangunan bahan kursus EPSA®.
2. LATAR BELAKANG
2.1 INTAN adalah merupakan sebuah institusi latihan sektor awam yang
memainkan peranan utama di dalam pembangunan keupayaan dan
kebolehan modal insan melalui penyediaan hala tuju latihan dan strategi
pembelajaran yang berkesan.
2.2 Sebagai menyokong usaha pemantapan latihan menerusi inisiatif digital,
INTAN telah mengambil peluang dari ketersediaan teknologi untuk
menyediakan kemudahan latihan secara atas talian yang dikenali sebagai
Sistem EPSA®. Sistem ini boleh diakses melalui pelbagai platform sama
ada komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar atau tablet computer.
2.3 Sistem EPSA® boleh dicapai di https://www.epsa.gov.my dan boleh
diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kemudahan latihan
secara dalam talian (online) ini adalah percuma kepada semua penjawat
awam Malaysia.
3. PERMOHONAN
3.1 Setiap Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berhasrat untuk
membangunkan dan menyumbangkan bahan kursus untuk EPSA® boleh
membuat permohonan kepada Pengarah INTAN.
3.2 Permohonan boleh dibuat kepada alamat berikut:
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 W.P. Kuala Lumpur
No. Telefon : 03 - 20847777
No. Faks : 03 - 20961403
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 3
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
4. BAHAN KURSUS EPSA®
4.1 Proses pembangunan bahan kursus EPSA® adalah seperti di
LAMPIRAN 1.
4.2 Jumlah bilangan skrin bagi bahan kursus perlulah sekurang-kurangnya
40 skrin bersamaan dengan nilai 2 jam pembelajaran. Setiap
pertambahan perlu memenuhi blok penambahan sebanyak 10 skrin iaitu
bersamaan dengan 30 minit.
4.3 Bilangan skrin bagi satu bahan kursus adalah seperti berikut:
Tajuk/Topik Pengiraan Bilangan Skrin
(minimum)
a. Maklumat Kursus
b. Topik 2 skrin (maksimum 4 skrin)
(mengikut bilangan topik)
i. Montaj 1 skrin
ii. Objektif Pembelajaran 1 skrin
iii. Kandungan topik **bergantung kepada keperluan
iv. Aktiviti 1 skrin dengan 5 soalan
c. Penghargaan 1 skrin (maksimum 2 skrin)
4.4 Penyediaan sekurang-kurangnya 20 soalan berbentuk objektif dengan
empat (4) pilihan jawapan bagi bahagian Penilaian.
4.5 Penyediaan teaser iaitu video promosi bahan kursus yang berdurasi
15 saat hingga 30 saat serta disimpan dalam format MPEG-4 Part
14(MP4).
4.6 Penyediaan cover page (muka depan) bahan kursus yang bersaiz
maksimum 10MB dan berdimensi sekurang-kurangnya 1280 pixel X 890
pixel serta disimpan dalam format Portable Network Graphics (PNG)
atau Joint Photographic Experts Group (JPEG).
5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PASUKAN PEMBANGUNAN BAHAN
KURSUS EPSA®
5.1 Satu pasukan pembangunan (task force) bahan kursus EPSA® perlu
ditubuhkan bagi mencapai sasaran membangunkan bahan kursus dalam
masa yang telah ditetapkan.
5.2 Pasukan pembangunan bahan kursus EPSA® terdiri daripada:
i. Pakar Bahan Kursus (Subject Matter Expert)
SME adalah pemilik bahan kursus (content owner).
ii. Pasukan pembangun
Pegawai yang terlibat secara langsung dengan pembangunan bahan
kursus EPSA®.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 4
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
iii. Penguji
Pegawai yang dilantik untuk membuat pengujian User Acceptance Test
(UAT) dan Final Acceptance Test (FAT) ke atas bahan kursus EPSA®
yang dibangunkan.
5.3 Peranan dan tanggungjawab pasukan pembangunan bahan kursus
EPSA® adalah seperti dalam jadual berikut:
PERANAN TANGGUNGJAWAB
Subject Matter Menyediakan bahan (nota, video dan imej
Expert (SME) berkaitan) untuk pembangunan kursus.
Menyediakan skrip Voice Over (VO) sekiranya
berkaitan.
Menyemak bahan yang telah dibangunkan.
Melaksanakan proses semakan dan pengujian
bahan kursus.
Pasukan Menyediakan Lesson Map.
Pembangun Menyediakan Storyboard.
Membangunkan bahan kursus mengikut spesifikasi
sistem EPSA®.
Membuat tindakan pembetulan pada bahan kursus
yang dibangunkan.
Mempakejkan bahan kursus yang dibangunkan ke
format SCORM 1.2.
Memuatnaik bahan kursus ke sistem EPSA®.
Penguji Menyemak kesahihan ejaan mengikut Dewan
Bahasa dan Pustaka dan British English (bagi
kandungan dalam Bahasa Inggeris).
Menyemak kualiti kandungan bahan kursus yang
dibangunkan termasuk navigasi, butang, audio,
video, gambar dan lain-lain yang berkaitan.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 5
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
PERANAN TANGGUNGJAWAB
Menyemak kefungsian bahan kursus dengan sistem
EPSA® seperti bookmark, completion bar, butang
dan lain-lain yang berkaitan.
5.4 Pembangunan bahan kursus ini memerlukan komitmen yang tinggi dan
kerjasama yang erat antara SME, pasukan pembangun dan penguji yang
dilantik dalam memastikan kejayaan projek ini.
6. KEPERLUAN PERISIAN
6.1 Perisian yang digunakan untuk melayari portal EPSA® dan mengikuti
pembelajaran secara online adalah seperti berikut:
i. Pelayar Google Chrome atau Mozilla Firefox
ii. Java
6.2 Perisian yang digunakan dalam pembangunan bahan kursus EPSA®
terdiri daripada perisian-perisian berikut:
i. Authoring tools: Microsoft Office Powerpoint (sekurang-kurangnya versi
2013 dan ke atas) dan iSpring Suite versi terkini
ii. Penyunting Grafik: contoh seperti Adobe Photoshop
iii. Penyunting Audio: contoh seperti Audacity
iv. Penyunting Video: contoh seperti Adobe Premiere
v. Mempakej bahan kursus ke piawaian SCORM: Reload Editor
7. STRUKTUR BAHAN KURSUS EPSA®
Struktur bahan kursus yang hendak dibangunkan perlu mengikut Pelan
Pembelajaran (Lesson Map) yang telah disahkan. Lesson Map merupakan
senarai topik bagi bahan kursus tersebut. Pasukan pembangun perlu mengisi
Borang Pelan Pembelajaran seperti di LAMPIRAN 2.
Struktur bahan kursus EPSA® mestilah terdiri daripada komponen-komponen
berikut (Rujuk Para 10 untuk keterangan lanjut) :
i. Maklumat Kursus
ii. Kandungan Topik
iii. Rumusan
iv. Penghargaan
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 6
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
7.1 Maklumat Kursus
7.1.1 Penerangan ringkas berkenaan bahan kursus yang merangkumi:
i. Keterangan Ringkas Kursus;
ii. Kandungan Kursus yang menyenaraikan topik berkaitan;
iii. Kumpulan Sasar; dan
iv. Rujukan (mengikut format The American Psychological
Association (APA)).
7.1.2 Penamaan fail bagi maklumat kursus adalah LO0. Rekabentuk
Maklumat Kursus adalah seperti di LAMPIRAN 3.
7.2 Kandungan Topik
Kandungan topik terdiri daripada topik-topik yang akan dipelajari dalam
modul bahan kursus yang dibangunkan. Setiap topik akan dikenali
sebagai Learning Object (LO) di mana struktur kandungan topik adalah
terdiri dari montaj, objektif pembelajaran, kandungan dan aktiviti seperti di
LAMPIRAN 4.
Penamaan fail bagi setiap topik dimulakan dengan LO1, LO2, LO3, dan
seterusnya bergantung kepada senarai topik seperti di Pelan
Pembelajaran (Lesson Map).
7.2.1 Struktur bagi setiap topik hendaklah disusun mengikut urutan seperti
berikut:
a) Montaj
Montaj adalah animasi ringkas memperkenalkan tajuk topik.
b) Objektif Pembelajaran
Objektif pembelajaran ini adalah senarai ringkas objektif yang
akan dicapai daripada pembelajaran topik tersebut.
Objektif pembelajaran hendaklah mengikut format SMART
(Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound).
c) Kandungan
Menerangkan dengan jelas isi kandungan topik dengan lebih
lengkap dan terperinci.
Pembangunan kandungan mestilah mengikut instructional
practice berdasarkan teori-teori pembelajaran andragogy
(adults learning) yang diiktiraf.
Kandungan mestilah dalam bentuk persembahan multimedia
yang mengandungi elemen teks, grafik, animasi, suara latar
dan elemen-elemen lain yang bersesuaian untuk
meningkatkan kefahaman pelajar. Glosari hendaklah
disediakan mengikut kesesuaian dan keperluan
pembelajaran.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 7
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Sebarang petikan, fakta dan lain-lain hendaklah dinyatakan
punca sumber dan rujukan yang berkenaan.
Setiap arahan pembelajaran mestilah dipaparkan secara
bertulis.
d) Aktiviti
Aktiviti/Kuiz merangkumi pelbagai jenis aktiviti penyelesaian
masalah yang interaktif.
Tujuan aktiviti/kuiz adalah untuk menguji kefahaman pelajar
terhadap kandungan yang telah dipelajari.
Setiap arahan bagi aktiviti/kuiz mestilah dipaparkan secara
bertulis.
Pasukan pembangun mempunyai pilihan sama ada:
o membangunkan satu aktiviti bagi setiap topik (dimasukkan
ke dalam LO topik yang sama); atau
o satu aktiviti yang merangkumi keseluruhan kursus
(dijadikan LO yang berasingan).Rujuk LAMPIRAN 5.
7.3 Rumusan (Pilihan)
Rumusan adalah ringkasan keseluruhan bahan kursus yang telah
dipelajari. Pasukan pembangun boleh memilih sama ada ingin
membangunkan LO Rumusan mengikut keperluan dan kesesuaian
kursus.
7.4 Penghargaan
Penghargaan merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Nama Kursus
ii. Nama Agensi
iii. Pakar Bahan Kursus (Subject Matter Expert (SME))
iv. Pasukan Pembangun
Rujuk LAMPIRAN 6 untuk Rekabentuk Penghargaan.
8. PAPAN CERITA (STORYBOARD)
8.1 Format Papan cerita
Format papan cerita boleh mengandungi dan tidak terhad kepada
perkara-perkara berikut:
Tajuk skrin
Nombor Skrin
Teks
Grafik / Animasi (sekiranya ada)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 8
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Audio (sekiranya ada)
Video (sekiranya ada)
Skrip suara latar (Voice over script (sekiranya ada))
Action skrin
Arahan navigasi
Rujuk Borang Papancerita (Storyboard) seperti di LAMPIRAN 7.
8.2 Bahasa
Bahasa yang digunakan hendaklah menggunakan bahasa pembelajaran
yang telah ditetapkan dalam pembangunan sesuatu bahan kursus. Hanya
satu bahasa sahaja dibenarkan bagi satu kursus.
8.3 Susun Atur
Susun atur skrin hendaklah menggambarkan sesuatu bahan kursus yang
hendak dibangunkan.
8.4 Teks
Teks yang digunakan mestilah memenuhi standard bahan kursus
pembelajaran.
8.5 Grafik / animasi
Grafik mestilah diterangkan dengan jelas sama ada berbentuk imej
pegun (still) atau animasi.
Animasi yang dibangunkan mestilah dilakar atau ditunjukkan
pergerakannya dengan keterangan yang jelas.
8.6 Audio
Audio yang digunakan adalah tidak terhad tetapi mestilah bersesuaian
dengan keperluan bahan pembelajaran.
Kesan bunyi atau muzik latar belakang mestilah mematuhi akta
hakcipta.
8.7 Video
Video yang digunakan adalah tidak terhad tetapi mestilah bersesuaian
dengan keperluan bahan pembelajaran dan mematuhi akta hak cipta.
8.8 Skrip Suara Latar
Suara Latar (Voice Over (VO)) mestilah mempunyai skrip lengkap. Rujuk
LAMPIRAN 8 bagi templat voice over.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 9
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
8.9 Action Skrin
Action skrin mestilah diterangkan dengan jelas bagi setiap event
(Contohnya selepas klik sesuatu objek).
8.10 Arahan Navigasi
Arahan navigasi mestilah diterangkan dengan jelas bagi setiap perjalanan
skrin.
9. REKABENTUK ANTARAMUKA SKRIN BAHAN KURSUS EPSA®
9.1 Ruang paparan
Ruang paparan perlulah digunakan sepenuhnya dan digunakan untuk
memaparkan kandungan kursus dengan menyusun atur atau
memasukkan elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi. Contoh ruang paparan seperti di Gambarajah 1.
Gambarajah 1: Ruang Paparan
9.2 Rekabentuk antaramuka skrin
Rekabentuk antaramuka skrin bahan kursus EPSA® hendaklah
mengandungi komponen-komponen yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Namun begitu, rekabentuk antaramuka yang dihasilkan adalah mengikut
kreativiti masing-masing. Contoh skrin antaramuka adalah seperti di
Gambarajah 2.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 10
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Gambarajah 2: Contoh Skrin Antaramuka
9.3 Warna
Warna yang digunakan untuk paparan mestilah kontra di antara
foreground dan background.
9.4 Font
Font yang digunakan bagi kandungan mestilah anti-alias dan tanpa
sebarang kesan grafik seperti shadow, embossed dan lain-lain.
Warna font mestilah terang dan kontra dengan warna latarbelakang
skrin atau sebaliknya.
Kepelbagaian saiz dan font mestilah digunakan untuk membezakan
komponen-komponen skrin. Penggunaan saiz dan font adalah
terhad kepada 3 jenis bagi setiap skrin
Saiz font mestilah konsisten pada keseluruhan bahan kursus.
Font yang digunakan mestilah bukan yang berlesen.
9.5 Teks
Susunan teks mestilah mengikut kewajaran. Panjang teks pada skrin
perlu diseimbangkan untuk mengelakkan skrin menjadi padat atau
pembaziran ruang.
Setiap perenggan teks mestilah dipisahkan sekurang-kurangnya
satu baris kosong.
Susunan antara satu blok maklumat dengan blok maklumat yang lain
mestilah diasingkan oleh ruang yang bersesuaian.
Semua teks mestilah menggunakan jajar-kiri (left-aligned) kecuali
jika diminta oleh SME.
Gunakan margins, alignment dan spacing untuk menekankan
pentingnya sesuatu pandangan/tujuan.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 11
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Gunakan bullet atau numbering bagi ayat yang mengandungi
rantaian maklumat (serial items).
Perkataan di penghujung barisan tidak boleh menggunakan tanda
sengkang (-).
Tarikh mestilah ditulis dalam baris yang sama.
(Contoh: 15 Julai 2018)
Setiap skrin yang memerlukan tindak balas dari pengguna (klik
butang/pautan/grafik dan lain-lain) wajib mempunyai teks arahan
penggunaannya.
Setiap arahan mestilah:
o ditulis mengikut format sentence case; dan
o ringkas, padat dan jelas.
Perkataan asing dalam kursus Bahasa Malaysia mestilah ditulis
dalam italic jika digunakan secara terus, atau dimasukkan dalam
kurungan () tanpa italic jika digunakan sebagai terjemahan kepada
perkataan tersebut.
9.6 Animasi
Animasi yang dibangunkan mestilah lancar pergerakannya dan tidak
mengelirukan pengguna.
Efek kerdipan (blinking) tidak boleh digunakan dengan sewenang-
wenangnya. Seluruh atau sebahagian teks panjang yang hendak
dibaca tidak boleh dikerdipkan.
Animasi yang digunakan mestilah mematuhi akta hak cipta.
9.7 Grafik
Grafik digunakan untuk menambahkan kefahaman dan menekankan
maklumat penting yang dapat membantu dalam proses
pembelajaran.
Grafik yang digunakan mestilah berkualiti tinggi.
Grafik yang digunakan mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif
seperti bangsa, agama dan lain-lain.
Adalah digalakkan supaya grafik yang digunakan bercirikan
kebudayaan Malaysia kecuali sebaliknya.
Grafik yang digunakan mestilah mematuhi akta hak cipta.
9.8 Audio
Audio digunakan untuk menambahkan kefahaman dan menekankan
maklumat penting yang dapat membantu dalam proses
pembelajaran.
Audio yang digunakan mestilah berkualiti tinggi.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 12
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Voice Over (VO) mestilah selari dengan teks, video, animasi atau
grafik.
Sebutan VO mestilah betul dengan intonasi yang jelas tanpa
sebarang loghat.
Volume, nada dan tala bunyi audio mestilah konsisten dan jelas dari
mula hingga akhir sesuatu bahan kursus.
Audio tersebut mestilah bebas dari sebarang gangguan bunyi
(noise).
Audio yang digunakan mestilah tidak bertindih (overlap) antara satu
sama lain.
Kesan bunyi atau muzik latar belakang mestilah mematuhi akta hak
cipta.
9.9 Video
Video digunakan untuk menambahkan kefahaman dan menekankan
maklumat penting yang dapat membantu dalam proses
pembelajaran.
Video yang digunakan mestilah berkualiti tinggi.
Video yang digunakan mestilah mematuhi akta hak cipta.
9.10 Jadual dan Graf
Semua Jadual dan Graf mestilah mempunyai tajuk dan dilabel seperti di
Gambarajah 3.
Gambarajah 3: Pelabelan Jadual dan Graf
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 13
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
10. REKABENTUK TEKNIKAL BAHAN KURSUS EPSA®
10.1 Susunan Kandungan Bagi Bahan Kursus
Setiap bahan kursus hendaklah mematuhi struktur kandungan seperti di
Para 7.0. Secara umumnya, bahan kursus hendaklah disusun mengikut
kepada pemilihan opsyen yang telah ditetapkan pada sesi perbincangan
awal seperti berikut:
i. Opsyen 1
a. Maklumat Kursus (LO0)
b. Topik 1 (LO1)
c. Topik 2 (LO2)
d. Topik 3 (LO3)
e. Aktiviti (LO4)
f. Rumusan (LO5)
g. Penghargaan (LO6)
ii. Opsyen 2
a. Maklumat Kursus (LO0)
b. Topik 1 (LO1)
c. Topik 2 (LO2)
d. Topik 3 (LO3)
e. Aktiviti (LO4)
f. Penghargaan (LO5)
iii. Opsyen 3
a. Maklumat Kursus (LO0)
b. Topik 1 + Aktiviti (LO1)
c. Topik 2 + Aktiviti (LO2)
d. Topik 3 + Aktiviti (LO3)
e. Rumusan (LO4)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 14
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
f. Penghargaan (LO5)
iv. Opsyen 4
a. Maklumat Kursus (LO0)
b. Topik 1 + Aktiviti (LO1)
c. Topik 2 + Aktiviti (LO2)
d. Topik 3 + Aktiviti (LO3)
e. Penghargaan (LO4)
Bilangan topik bagi setiap kursus adalah bergantung kepada kandungan
asal bahan serta Pelan Pembelajaran yang telah dipersetujui.
10.2 Rekabentuk Teknikal Skrin
Rekabentuk skrin bahan kursus adalah perkara yang amat penting dalam
memastikan sesuatu kandungan itu dapat difahami dan dapat menarik
minat pengguna untuk terus belajar. Rekabentuk bahan kursus hendaklah
mematuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
i. Jenis Tulisan (Font Type)
Pembangun bahan kursus perlu mengunakan jenis tulisan yang jelas dan
mudah dibaca. Jenis tulisan yang disyorkan adalah Arial dan Calibri.
Contoh jenis tulisan adalah seperti di LAMPIRAN 9.
ii. Saiz tulisan (Font Size)
Saiz tulisan bagi pembangunan bahan kursus adalah seperti berikut:
a. Tajuk (Header): Minimum saiz 22
b. Isi Kandungan (Body Text): Minimum saiz 18
Walau bagaimanapun, pembangun bahan kursus boleh menjadikan jenis
tulisan Arial bersaiz 16 sebagai penentu ukur atau penanda aras untuk
penggunaan jenis tulisan lain.
iii. Warna tulisan
Pemilihan warna bagi tulisan haruslah mengikut kriteria seperti berikut:
a. Tulisan berwarna terang – latarbelakang berwarna gelap
b. Tulisan berwarna gelap – latarbelakang berwarna terang
Penting untuk pembangun memastikan tulisan dapat dibaca dengan jelas.
Contoh seperti di LAMPIRAN 10.
iv. Header
Rekabentuk header hendaklah mematuhi kriteria berikut:
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 15
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
a. Logo Jata Negara hendaklah diletakkan di sebelah atas kiri
b. Logo EPSA hendaklah diletakkan di sebelah atas kanan.
Pembangun bahan kursus adalah dibenarkan untuk meletakkan
logo Agensi sendiri bagi menggantikan Logo EPSA dengan
kedudukan yang sama.
c. Nama kursus diletakkan di bahagian tengah.
Contoh Header adalah seperti di LAMPIRAN 11.
v. Arahan
Arahan digunakan untuk memberitahu pengguna bahawa terdapat objek
yang perlu diklik pada skrin tersebut. Objek tersebut boleh sama ada
berbentuk gambar, butang, ikon, perkataan, dan lain-lain objek yang
digunakan. Format arahan adalah seperti berikut:
a. Teks arahan hendaklah berwarna putih dan berada di dalam
kotak berwarna merah.
b. Diseragamkan dalam semua skrin yang mempunyai arahan.
c. Tidak dibenarkan sebarang pautan (hyperlink) ke atas kotak
arahan.
d. Arahan mesti dimulakan dengan perkataan “ Klik pada ….” bagi
versi Bahasa Melayu dan “ Click on ….” bagi versi Bahasa Inggeris.
e. Arahan hendaklah merujuk kepada objek yang spesifik.
Contoh arahan adalah seperti di LAMPIRAN 12.
vi. Gambar
Gambar yang digunakan hendaklah bersesuaian dan bebas dari sebarang
isu sensitif dan isu Hak Cipta (Copyright). Gambar yang mempunyai
sebarang tanda atau cop tidak boleh digunakan seperti contoh berikut:
Gambarajah 4: Gambar mempunyai Hak Cipta 16
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
vii. Animasi
Penggunaan animasi di dalam bahan kursus adalah digalakkan kerana
animasi menjadikan sesuatu bahan kursus lebih menarik. Walau
bagaimanapun, ianya perlu mengikut kesesuaian supaya tidak
mengganggu tumpuan pembelajaran.
Pembangun perlu memastikan setiap animasi hanya menggunakan
arahan “Start with previous” atau “Start after previous” sahaja. Tidak
dibenarkan menggunakan “Start on click”.
Gambarajah 5: Setting animasi dalam Powerpoint
viii. Slaid Transition
Fungsi slaid Transition tidak dibenarkan dalam membangunkan bahan
kursus. Hanya animasi ke atas objek dalam skrin sahaja dibenarkan.
Pembangun bahan kursus perlu memastikan fungsi “On Mouse Click”
pada tab Transition, tidak dipilih (untick) untuk keseluruhan slaid. Rujuk
pada Gambarajah 7 di Para 10.4.3.
ix. Video
Penggunaan video di dalam skrin adalah dibenarkan. Tempoh maksimum
bagi satu video ialah selama 1 minit atau bersamaan 60 saat dan saiz
video hendaklah tidak melebihi 30MB. Format yang digunakan adalah
MPEG4.
Peringatan: Saiz keseluruhan bahan kursus tidak boleh melebihi
400MB.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 17
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
x. Close Button
Close Button digunakan pada skrin Child sahaja. Format close button
adalah seperti berikut:
a. Close button adalah digalakkan dalam bentuk imej atau ikon yang
berbentuk bulatan.
b. Tanda “X” pada close button hendaklah berwarna putih dan
berlatar belakang berwarna merah.
c. Diseragamkan pada semua skrin Child.
d. Close Button hendaklah dipaut (link) kembali kepada skrin Parent.
Contoh close button adalah seperti di LAMPIRAN 13.
xi. Skrin Montaj
Setiap topik atau LO perlu dimulakan dengan skrin montaj. Skrin montaj
adalah paparan nama topik/LO dengan berlatarbelakang gambar yang
beranimasi (animated picture). Pembangun bahan kursus adalah
dibenarkan memasukkan video pendek (sekiranya perlu) yang
memaparkan tajuk topik pada skrin montaj. Video yang digunakan
hendaklah berdurasi tidak melebihi 2 saat dengan saiz yang tidak
melebihi 1 MB. Format video adalah MPEG4.
xii. Display Screen
Pembangun bahan kursus perlu menetapkan saiz display screen iaitu
dengan mengsetkan paparan 16:9 (widescreen) dalam slaid Powerpoint
bagi bahan kursus.
10.3 Format Paparan
Pembangun bahan kursus hendaklah menggunakan format paparan yang
ditetapkan dalam pembangunan bahan kursus di iSpring seperti di
LAMPIRAN 14 iaitu mengunakan paparan penuh dan menambah butang
sarikata atau CC.
10.4 Player Panels (Navigation)
Player Panels merupakan panel yang mempunyai berberapa butang
fungsian seperti Gambarajah 6 di bawah dengan keterangan fungsian B
hingga J yang ditetapkan di dalam iSpring. Pembangun bahan kursus
hendaklah memastikan navigasi bagi setiap skrin ditetapkan dengan
betul. Sebarang ralat aturan navigasi akan menyebabkan pentauliahan
bahan kursus tidak diterima kerana ralat ini akan menyebabkan kursus
tidak dapat diselesaikan di dalam sistem EPSA®.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 18
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Butang SEBELUM (PREV) dan SETERUSNYA (NEXT) digunakan untuk
memaparkan skrin Parent sahaja.
Gambarajah 6: Player Panels pada iSpring
10.4.1 Skrin Parent
Skrin Parent merujuk kepada slaid paparan utama dimana jumlah skrin
Parent dapat dilihat jumlah bilangan slaid pada Player Panels. Skrin
Parent yang mempunyai skrin Child hendaklah mempunyai arahan untuk
klik pada spesifik objek yang akan hyperlink kepada skrin Child tersebut.
Rujuk pada LAMPIRAN 15 untuk keterangan lanjut. Player panels hanya
akan memaparkan jumlah slaid parent pada LO tersebut. Rujuk
Gambarajah 6 pada D iaitu menunjukkan 1/4, dimana 4 merujuk kepada
4 slaid Parent.
10.4.2 Skrin Child
Skrin Child merujuk kepada sub-skrin Parent dan tidak dapat dilihat
jumlah bilangan slaid pada Player Panels. Skrin Child mempunyai butang
tutup atau Close Button yang akan kembali kepada skrin Parent bagi skrin
Child tersebut. Rujuk pada LAMPIRAN 15 untuk keterangan lanjut. Player
panels hanya akan memaparkan jumlah slaid parent pada LO tersebut.
Rujuk Gambarajah 6 pada D iaitu menunjukkan 1/4, dimana 4 merujuk
kepada 4 slaid Parent.Skrin Child hanya akan memaparak -/4 sahaja.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 19
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
10.4.3 Tetapan Umum Navigasi Pada Setiap LO
Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan tetapan navigasi
adalah betul mengikut format yang diberikan ini. Kegagalan pematuhan
akan menyebabkan ralat pada bahan kursus dan perlu dibaiki sehingga
tidak mempunyai masalah. Terdapat dua kategori navigasi iaitu ‘Parent-
to-Parent’ dan ‘Parent-to-Child’ yang akan diterangkan lebih lanjut di
Para 10.4.4. Tetapan navigasi secara umum pada setiap LO adalah
seperti berikut:
a. Butang SEBELUM bagi slaid pertama pada setiap LO hendaklah
tidak aktif. Rujuk di LAMPIRAN 16, butang SEBELUM pada skrin
‘Parent’ 1 hendaklah tidak aktif kerana ianya merupakan skrin
pertama dalam LO tersebut.
b. Butang SETERUSNYA bagi slaid terakhir pada setiap LO
hendaklah tidak aktif. Rujuk di LAMPIRAN 16, butang
SETERUSNYA pada skrin ‘Parent’ 4 hendaklah tidak aktif kerana
ianya adalah skrin terakhir dalam LO tersebut.
Peringatan: Penting untuk diingati bagi memastikan skrin tidak boleh klik
secara default tanpa menggunakan Player Panels iaitu butang SEBELUM
dan SETERUSNYA, pembangun bahan kursus harus membuka tik pada
‘On Mouse Click’ di dalam menu Transitions dalam PowerPoint seperti
gambar di bawah.
Gambarajah 7: Setting ‘On Mouse Click’ di untick dalam setiap slaid Powerpoint
10.4.4 Parent-to-Parent
Parent-to-Parent navigation merujuk kepada navigasi skrin di antara
slaid-slaid utama dalam modul pembelajaran. Contoh seperti di
LAMPIRAN 16 dimana terdapat 4 skrin Parent dalam LO tersebut.
Penguna dapat melihat pembelajaran dari Parent 1 sehingga Parent 4
mengikut urutan dengan menggunakan butang SEBELUM dan
SETERUSNYA. Secara fungsi secara default, butang SEBELUM dan
SETERUSNYA ditetapkan secara automatik mengikut urutan slaid di
dalam PowerPoint. Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuh bagi
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 20
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
tetapan navigasi Parent-to-Parent:
a. Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan tetapan
‘branching’ di Slide Properties dalam iSpring adalah betul dan
memastikan tidak ada skrin Parent yang tidak dilawati.
b. Jika sekiranya terdapat skrin Child diantara skrin-skrin Parent,
pembangun bahan kursus hendaklah memastikan butang
SEBELUM dan SETERUSNYA tidak memasuki skrin Child.
Tetapan navigasi hendaklah disusun dengan betul dalam
branching pada Slide Properties.
10.4.2 Parent-to-Child
Parent-to-Child navigation merujuk kepada navigasi skrin di antara slaid
parent yang mempunyai sub-skrin slaid dinamakan skrin Child. Rujuk
contoh seperti di LAMPIRAN 15 dimana slaid 3 adalah slaid Parent yang
mempunyai skrin Child iaitu slaid 4(Child) dan slaid 5(Child). Tetapan
butang navigasi bagi skrin Child adalah seperti berikut:
a. Butang SEBELUM dan SETERUSNYA pada skrin Child hendaklah
tidak aktif. Butang Tutup atau Close pada skrin Child akan kembali
ke slaid Parent. Berdasarkan contoh di LAMPIRAN 15, butang
Tutup pada slaid 4(Child) atau slaid 5(Child) akan kembali kepada
slaid 3(Parent).
b. Jika skrin Child mempunyai lebih dari satu mukasurat, butang
Tutup hanya akan berada di mukasurat terakhir bagi skrin Child
tersebut dengan menggunakan nombor sebagi petunjuk bilangan
mukasurat. Lihat contoh berikut di LAMPIRAN 17 untuk memahami
konsep ini. Contoh jika skrin Child mempunyai tiga (3) muka surat.
Sekiranya skrin tersebut adalah skrin Child, pembangun bahan kursus
hendaklah menggunakan 3 langkah berikut iaitu:
a. Slaid Child disembunyikan(hide Slide) dalam PowerPoint
b. Tetapkan demote slaid tersebut di iSpring
c. Tetapkan ‘none’ bagi branching untuk semua slaid Child di dalam
iSpring.
Peringatan: Kesilapan yang selalu dilakukan oleh pembangun bahan
kursus adalah aturan navigasi yang tidak betul dan mempunyai hidden
link yang tidak mempunyai arahan.
10.5 Muzik Latar (Background Music)
Bagi menjadikan bahan kursus lebih menarik dan memenuhi ciri-ciri
multimedia, setiap topik atau LO pada bahan kursus hendaklah
mempunyai muzik latar yang dimasukkan semasa pembangunan bahan
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 21
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
kursus dalam iSpring. Perkara- perkara seperti berikut hendaklah diambil
kira semasa memilih muzik latar untuk bahan kursus tersebut.
10.5.1 Hak Cipta (Copyright)
Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan muzik latar yang
digunakan tidak melanggar isu Hak Cipta pemilik muzik tersebut.
Pembangun bahan kursus disarankan untuk membeli atau menggunakan
muzik latar yang dibenarkan penggunaan secara bukan komersil.
10.5.2 Jenis Muzik Latar
Sesetengah muzik latar boleh membantu dalam peningkatan
pembelajaran tetapi penting untuk mengetahui samada pemilihan jenis
muzik tersebut memberi manfaat kepada kandungan bahan kursus atau
sebaliknya menganggu tumpuan pembelajaran. Muzik latar yang dipilih
hendaklah berbentuk instrumental sahaja tanpa vokal nyanyian serta
tempo atau beat yang sesuai untuk pembelajaran online. Muzik latar yang
dipilih juga hendaklah sesuai dimainkan secara looping dan mempunyai
kualiti bunyi yang jelas serta tidak mempunyai noise. Saiz muzik latar
hendaklah tidak melebihi 10MB dan music length tidak melebihi 3 minit.
10.5.3 Volume
Volume muzik latar hendaklah tidak menganggu dan lebih rendah
berbanding volume Voice Over, contohnya kekuatan muzik latar
ditetapkan kepada 30% atau 40% bergantung kepada kualiti muzik latar.
10.5.4 Tetapan Muzik Latar
Muzik latar dimasukkan semasa pembangunan bahan kursus di dalam
iSpring dan bukannya di dalam slaid powerpoint. Muzik latar hendaklah
dimainkan secara looping dengan tetapan volume yang sesuai. Jumlah
maksimum muzik latar yang dibenarkan adalah tiga (3) sahaja dan
minimum dua(2) iaitu satu (1) jenis muzik latar pada setiap bahagian
seperti berikut :
a. LO Maklumat kursus (boleh menggunakan muzik latar yang sama
untuk topik)
b. LO Topik – semua topik mengunakan satu (1) jenis muzik latar
yang sama
c. LO Penghargaan
10.6 Voice Over
Salah satu elemen multimedia yang perlu ada pada bahan kursus yang
dibangunkan adalah VO atau audio. Pembangun bahan kursus perlu
memastikan Voice Script disediakan terlebih dahulu dan membuat
rakaman VO di studio rakaman. Fail-fail VO tersebut dimasukkan semasa
pembangunan bahan kursus di perisian iSpring.
10.6.1 Voice Script
Sila rujuk LAMPIRAN 8 bagi template VO Script.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 22
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
10.6.2 Kualiti dan Voice Over Length
Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan kualiti VO tidak
mempunyai noise atau gangguan dan dirakam di Studio Rakaman. Setiap
fail VO disarankan tidak melebihi satu (1) minit bagi setiap slaid.
10.6.3 Voice Over Talent
Pemilihan VO talent adalah berdasarkan kesesuaian kualiti suara dari segi
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul, contohnya VO talent yang
mahir dalam sebutan Bahasa Inggeris bagi rakaman VO bahan kursus
Bahasa Inggeris. VO talent perlu mengekalkan kualiti tone dan pitch
sepanjang rakaman VO bagi bahan kursus yang sama. Tidak digalakkan
menggunakan VO talent yang berbeza bagi topik di dalam bahan kursus
yang sama disebabkan perbezaan kualiti tone dan pitch yang mungkin
mengganggu tumpuan pembelajaran.
10.6.4 Volume VO
Volume VO hendaklah lebih jelas dan kuat berbanding muzik latar.
10.6.5 Subtitle
Bagi setiap slaid yang mempunyai VO, CC atau sarikata perlu dipaparkan
pada bahan kursus iaitu pembangun bahan kursus hendaklah menyalin
semula Voice script ke dalam Notes di Powerpoint dan tetapan subtitle
dipilih di dalam iSpring. Pembangun bahan kursus perlu memastikan CC
tersebut adalah sama seperti VO.
10.6.6 Voice Over dan Animasi
Bagi menjadikan bahan kursus lebih menarik, pembangun bahan kursus
boleh menyusun persembahan di dalam slaid berbentuk animasi dengan
menyelaraskan VO dan animasi tersebut. Pembangun bahan kursus
hendaklah memastikan animasi dipaparkan selaras dengan VO yang
dimainkan di dalam slaid.
10.7 Aktiviti
Aktiviti adalah kuiz yang berbentuk interaktif bagi menguji kefahaman
pengguna. Setiap bahan kursus perlu disertakan dengan aktiviti. Hanya 5
soalan dibenarkan untuk setiap Aktiviti. Rujuk Para 10.1 untuk opsyen
bahan kursus.
Terdapat dua pilihan bagi pembangun bahan kursus untuk
membangunkan Aktiviti seperti berikut:
a. Aktiviti dimasukkan dalam setiap topik dan diletakkan pada skrin
terakhir dalam sesuatu topik/LO; atau
b. Aktiviti dijadikan sebagai salah satu LO dalam bahan kursus.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 23
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
10.7.1 Skrin Aktiviti
Rekabentuk bagi skrin Aktiviti adalah sama seperti rekabentuk skrin untuk
kandungan bahan kursus di Para 10.2 (iv) iaitu pembangun bahan kursus
hendaklah memastikan skrin Aktiviti mempunyai header mengikut
rekabentuk skrin yang lain. Rujuk di LAMPIRAN 18 untuk keterangan
lanjut.
Susunan skrin Aktiviti adalah seperti berikut:
a. Skrin pertama adalah skrin yang mengandungi pengenalan kepada
aktiviti dan memberikan arahan serta maklumat jumlah soalan.
b. Skrin berikutnya adalah aktiviti itu sendiri. Pembangun hendaklah
memastikan kesesuaian jenis aktiviti mengikut bahan kursus
masing-masing dengan memberikan arahan yang jelas.
c. Skrin terakhir hendaklah memaparkan keputusan.
10.7.2 Format LO-Aktiviti
Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan perkara-perkara
berikut semasa membangunkan aktiviti:
a. Penetapan bahasa harus diseragamkan dengan kandungan
kursus. Jika menggunakan Bahasa Melayu, setiap arahan, pop-up
mesej dan keputusan dalam aktiviti tersebut hendaklah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
b. Aktiviti tidak perlu diulang semula atau percubaan (Number of
attempts) hanya sekali sahaja.
c. Markah lulus ditetapkan 100% markah. Format paparan markah
adalah seperti di LAMPIRAN 18.
10.8 Format Content Publishing
Tetapan untuk managing publishing bahan kursus iSpring hendaklah
menggunakan format seperti di bawah:
d. Memilih LMS
e. Format : HTML5
f. Player : Universal (Full – Modified)
g. Size : Fit to browser window
h. Quality: Custom Settings
i. Protection: Not used
j. Publish : All Slides
k. LMS Profile : SCORM 1.2
Rujuk LAMPIRAN 19 untuk keterangan lanjut.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 24
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
10.9 Saiz Keseluruhan Bahan Kursus
Saiz keseluruhan bahan kursus dalam format SCORM hendaklah tidak
melebihi 400MB.
11 FORMAT DAN PAKEJ BAHAN KURSUS EPSA®
11.1 Output akhir bahan kursus yang dibangunkan hendaklah berformat
HTML5 dan bebas daripada perisian Java.
11.2 Bahan kursus yang dibangunkan hendaklah menyokong format
multiplatform sama ada desktop, tablet dan mobile.
11.3 Bahan kursus yang siap dibangunkan mestilah dipakej ke bentuk SCORM
sebelum ianya boleh dimuatnaik ke LMS EPSA®.
11.4 Pakej bahan kursus ini mestilah mematuhi standard SCORM 1.2.
12 SEMAKAN DALAMAN OLEH AGENSI
Agensi hendaklah memastikan bahan kursus yang dibangunkan adalah
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, pasukan
pembangun Agensi hendaklah melaksanakan sesi semakan dalaman sebelum
sesi semakan bersama dengan pihak INTAN. Laporan semakan dalaman
hendaklah diserahkan kepada pihak INTAN bagi memastikan bahan kursus
yang dihantar tidak mempunyai ralat.
Semakan dalaman ini hendaklah dilaksanakan bagi setiap peringkat berikut:
12.1 Pembangunan bahan kursus dalam format Slaid Powerpoint
Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan segala format rekabentuk
telah dipatuhi dan fail disusun mengikut format yang diberi. Sekiranya terdapat
sebarang ralat pada peringkat ini, pembangun bahan kursus hendaklah
membetulkan dan membuat semakan semula selepas pembetulan.
12.2 Pembangunan bahan kursus dalam format iSpring
Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan segala format teknikal yang
ditetapkan dipatuhi. Sekiranya terdapat sebarang ralat pada peringkat ini,
pembangun bahan kursus hendaklah membuat pembetulan samada dalam
peringkat Powerpoint dan membuat semakan semula selepas pembetulan.
12.3 Pembangunan bahan kursus dalam format SCORM
Pembangun bahan kursus hendaklah memastikan format publishing content
yang ditetapkan dipatuhi. Sekiranya terdapat sebarang ralat pada peringkat ini,
pembangun bahan kursus hendaklah membuat pembetulan samada dalam
peringkat Powerpoint atau iSpring dan membuat semakan semula selepas
pembetulan.
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 25
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Semakan ini penting bagi memastikan bahan kursus adalah bebas ralat.
13 PENGUJIAN BAHAN KURSUS (UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (USER
ACCEPTANCE TEST (UAT))
13.1 Pengujian Bahan Kursus
Agensi hendaklah mengurus, menyelaras dan melaksanakan pengujian
peringkat UAT serta mematuhi keperluan berikut:
i. Agensi hendaklah membuat semakan dalaman bagi memastikan bahan
kursus adalah bebas dari sebarang ralat.
ii. Agensi hendaklah menyediakan skrip pengujian UAT seperti di
LAMPIRAN 20.
iii. Agensi hendaklah mencetak skrip pengujian UAT sebanyak 5 salinan
untuk diberi kepada penguji yang dilantik.
iv. UAT hendaklah dilakukan setelah Agensi siap membangunkan bahan
kursus.
v. Menjalankan aktiviti pengujian di tempat Agensi.
vi. Tempoh sesi pengujian adalah bergantung kepada bilangan kursus dan
masa yang telah ditetapkan oleh INTAN.
vii. UAT hendaklah dilakukan semula setelah selesai membaiki semua ralat
yang ditemui semasa menjalankan sesi UAT yang pertama.
13.2 Agensi perlu kemukakan fail SCORM yang telah siap kepada pihak INTAN
untuk urusan muatnaik ke persekitaran Development Server EPSA® bagi
tujuan pengujian UAT.
13.3 Agensi dikehendaki mengemukakan Laporan Pengujian UAT kepada
pihak INTAN setelah tamat sesi pengujian UAT.
13.4 Agensi hendaklah memastikan bahan kursus yang dimuat naik ke sistem
EPSA® bebas dari sebarang ralat. Sebarang ralat, kesilapan dan
kecacatan bahan kursus hendaklah dibetulkan sebelum memulakan sesi
pengujian UAT.
13.5 E-mel berkenaan dengan sesi pengujian UAT ini akan dihantar kepada
Agensi sebelum sesi pengujian dilaksanakan.
13.6 Kriteria Penguji
Bagi melaksanakan sesi pengujian UAT, Agensi hendaklah melantik
penguji dari Agensi yang meliputi kriteria-kriteria berikut:
a. Bilangan penguji hendaklah tidak melebihi dari 5 orang
b. Penguji hendaklah terdiri dari:
i. Seorang wakil Subject Matter Expert (SME)
ii. Seorang wakil Pasukan Pembangun Bahan Kursus
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 26
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
iii. Dua orang pegawai dari Unit/Bahagian yang sama
dengan SME
iv. Satu orang pegawai dari lain-lain Unit /Bahagian dalam
Agensi yang sama
c. Penguji akan diberi Skrip Pengujian Bahan Kursus oleh penyelaras
Agensi dan dikehendaki untuk mengisi maklum balas dalam skrip
pengujian.
d. Penguji hendaklah membuat pengujian dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan.
13.7 Kriteria Pengujian Bahan Kursus
Bagi melaksanakan sesi pengujian UAT, setiap penguji dari Agensi
hendaklah menyemak bahan kursus berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
a. Ejaan/tatabahasa yang betul
b. Penggunaan gambar yang tidak berunsur isu yang sensitif
c. Kandungan bahan kursus seperti dalam Lesson Map
d. Butang boleh diklik dan paparan adalah betul
e. Navigasi antara skrin ke skrin adalah betul
f. Navigasi antara skrin utama dengan skrin ‘Child’ (skrin pop-up)
adalah betul
g. Arahan untuk klik butang atau gambar adalah jelas
h. Skrin ‘Child’ tidak ada nombor skrin (contoh: -/15) dimana nombor
15 merujuk kepada jumlah skrin ‘Parent’.
14 PENTAULIAHAN BAHAN KURSUS
14.1 Agensi yang telah menyiapkan bahan kursus dan telah memenuhi
keperluan yang telah ditetapkan adalah layak untuk ditauliahkan. Pihak
Agensi dikehendaki untuk mengadakan sesi pentauliahan bahan kursus
di agensi sendiri.
14.2 Agensi dikehendaki untuk menghantar surat kepada pihak INTAN dengan
menyatakan menyatakan butiran berikut:
a. Tajuk surat : Permohonan untuk penawaran kursus <nyatakan
nama kursus> di EPSA®
b. Nama sesi pentauliahan
c. Tarikh sesi pentauliahan
d. Nama bahan kursus yang ditauliahkan
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 27
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
14.3 Surat hendaklah diserahkan kepada:
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
15 PENAWARAN BAHAN KURSUS
15.1 Bagi melaksanakan penawaran kursus, setiap Agensi dikehendaki untuk
menyediakan dan menghantar senarai dokumen seperti berikut ke INTAN:
1) Borang Pentauliahan Kursus
2) Surat Pentauliahan Kursus dari Agensi
3) Pelan Pembelajaran (Lesson Map)
4) Papancerita (Storyboard)
5) Skrip Rakaman Suara (Voice Over (VO))
6) 20 soalan penilaian berbentuk objektif dengan 4 pilihan jawapan
(Soalan berbentuk Benar/Salah (True/False) tidak dibenarkan)
7) Softcopy (terkini):
i. Slaid Powerpoint
ii. Working File iSpring/Articulate
iii. SCORM File (Format SCORM 1.2)
8) Sinopsis ringkas berformat video (Teaser)
9) Poster kursus
15.2 Perkara No. 1 hingga No. 6 perlu dicetak dan dimasukkan ke dalam Fail
Putih (seperti dalam LAMPIRAN 21). Manakala softcopy No. 1 hingga No.
9 perlu dimasukkan ke dalam CD dan dikepilkan bersama-sama dengan
Fail Putih. Proses penawaran kursus di Portal EPSA hanya akan
dilaksanakan sekiranya pihak INTAN menerima semua dokumen
berkenaan (hardcopy dan softcopy). Proses penawaran ini juga akan
dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan dokumen
oleh pihak INTAN.
15.3 Sinopsis Ringkas Berformat Video (Teaser)
Agensi hendaklah membangunkan sinopsis ringkas berformat video
(teaser) bagi bahan kursus baharu yang dibangunkan dengan mematuhi
keperluan berikut:
a) Video hendaklah dibangunkan dalam format MPEG4.
b) Video berdurasi antara 15 hingga 30 saat dan saiz fail tidak
melebihi 10 Megabyte (MB).
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 28
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
c) Memaparkan kandungan bahan kursus yang dibangunkan.
15.4 Poster Kursus
Agensi hendaklah membangunkan poster bagi bahan kursus yang
dibangunkan dengan mematuhi keperluan berikut:
a) Poster hendaklah dibangunkan dalam format JPEG atau PNG.
b) Saiz poster hendaklah berdimensi sekurang-kurangnya 1280 X
720 pixels.
c) Kandungan poster hendaklah memaparkan gambar dari bahan
kursus serta mempunyai nama kursus.
16 HUBUNGI KAMI
Permohonan untuk pembangunan bahan kursus boleh dimajukan kepada :
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 W.P. Kuala Lumpur
No. Telefon : 03 - 20847777
No. Faks : 03 - 20961403
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 29
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
LAMPIRAN 1
PROSES PEMBANGUNAN BAHAN
KURSUS EPSA®
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 30
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 31
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 32
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 33
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 34
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 35
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
LAMPIRAN 2
BORANG PELAN PEMBELAJARAN
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS EPSA® 36
PELAN PEMBELAJARAN (LESSON MAP) ®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Nama Kursus TAJUK BAHAN KURSUS:
SME SUBTOPIK:
Pereka Pembelajaran 1. .
Kluster/Agensi 2. .
3.
TOPIK 1/LO1:
SUBTOPIK:
TOPIK 2 /LO2: 1. .
2. .
TOPIK 3 /LO3: 3.
TOPIKn/LOn SUBTOPIK:
1. .
2. .
3.
Disediakan oleh Diluluskan oleh
Tandatangan: Tandatangan:
Nama:
Nama: Jawatan:
Jawatan:
Dokumen ini telah disahkan oleh:
37
PELAN PEMBELAJARAN (LESSON MAP) ®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Nama Kursus Cop Pengesahan:
SME
Pereka Pembelajaran
Kluster/Agensi
Tandatangan:
38
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
LAMPIRAN 3
REKABENTUK MAKLUMAT KURSUS
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 39
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Skrin 1
Skrin 2 40
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
LAMPIRAN 4
STRUKTUR KANDUNGAN TOPIK
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 41
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
STRUKTUR KANDUNGAN TOPIK
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 42
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
LAMPIRAN 5
STRUKTUR AKTIVITI
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 43
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
STRUKTUR AKTIVITI
a. CONTOH 1 – Aktiviti di dalam kandungan setiap topik
b. CONTOH 2 - Aktiviti adalah sebahagian daripada kursus
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 44
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
LAMPIRAN 6
REKABENTUK PENGHARGAAN
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 45
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
REKABENTUK PENGHARGAAN
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 46
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
LAMPIRAN 7
BORANG PAPANCERITA
(STORYBOARD)
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 47
EPSA®
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®) ®
PAPAN CERITA (STORYBOARD)
E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA®)
Nama Kursus LO/Topik
SME
Pereka Pembelajaran
Kluster/Agensi
NO. SKRIN _/_
TAJUK SKRIN |
SKRIP VO ELEMEN& KETERANGAN
TEKS SKRIN POP UP (jikaada)
Pop up 1.1 -
Pop up 1.2 -
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN KURSUS 48
EPSA®