KADET BOMBA SMK DANG ANUM
SEJARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
SEJARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 1883 Pasukan bomba sukarela pertama di Malaya dan Selangor disertai seramai 15 orang diketuai oleh H.F. Bellamy 1883 Pasukan bomba sukarela pertama di Kuala Lumpur seramai 13 orang diketuai oleh H.F.Bellamy 1898 Pasukan bomba sukarela di Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh syarikat Hutternberg & Co. Ltd. 1927 Pasukan bomba pertama di negeri Perak
SEJARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 1930 Pasukan bomba pertama di Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan 1947 Pasukan bomba pertama di Terengganu 1952 Jemaah Pemeriksa Perkhidmatan Bomba ditubuhkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar 1956 Anak Persekutuan Tanah Melayu yang pertama En. Othman bin Hj Abdul Manan dilantik sebagai Ketua Jemaah Pemeriksa Perkhidmatan Bomba
1976 Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia telah ditubuhkan oleh kerajaan 1977 Jabatan Bomba dan Perbandaran Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka menyertai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia.Seterusnya diikuti oleh Jabatan Bomba Negeri Sabah dan Sarawak 8 Januari 1997 Jemaah Menteri telah bersetuju dengan perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 21 Febuari 1997 Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya mengumumkan nama dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera di Genting Highlands.
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 341 SEKSYEN 5
SEJARAH PENGWUJUDAN AKTA 341 1974 Draf Akta Bomba dan Akta Pencegahan dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1978 Draf Akta Bomba dan Akta Pencegahan Kebakaran disediakan oleh Peguam Negara 1980 Draf Akta Bomba yang baru disediakan dan dihantar kepada penasihat undang Undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1981 Penasihat undang-undang Kementerian mencantumkan Akta Bomba dan Akta Pencegahan Kebakaran
Mac 1988 Rang undang-undang dibentangkan di Parlimen 11 Mei 1988 Rang undang-undang dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong 9 Jun 1988 Tarikh proses pewartaan 1 Januari 1989 Tarikh penguatkuasaan
KANDUNGAN SEKSYEN 5 AKTA 341 Menerangkan tentang tugas JBPM antaranya seperti berikut: 1. Mengambil langkah-langkah sah bagi: i. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran ii. Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran iii. Menentukan adanya jalan keluar keselamatan iv. Menyelenggara, mengawal selia yang sempurna dan menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis yang ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran 2. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan keadaan kebakaran 3. Melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk menyelamat nyawa dan harta benda semasa berlakunya apa-apa bencana.
SEJARAH DAN OBJEKTIF PENUBUHAN KADET BOMBA
SEJARAH KADET BOMBA I. Sekolah pertama yang menganggotai Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia ialah Maktab Rendah Sains MARA Sultan Abdul Samad, Negeri Sembilan pada 1985. II.Ditubuhkan pada 1989 setelah mendapat persetujuan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan dijadikan salah satu program kokurikulum bagi sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia
OBJEKTIF PENUBUHAN I. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan II. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup III. Meningkatkan disiplin dan setiakawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat IV.Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia V. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran VI. Menanam minat untuk memilih menjadi Pegawai Bomba dan Penyelamat sebagai kerjaya
LOGO KADET BOMBA
LOGO KADET BOMBA
KETERANGAN LOGO Bulan dan bintang Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam Kadet Bomba dan Penyelamat Helmet Memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli Warna kuning emas Taat setia kepada Raja dan negara Kapak Salah satu alat (perkakas) yang dapat menggandingkan antara ilmu akademik dengan kebombaan, semangat juang dalam mencegah kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda
KETERANGAN LOGO Dua rumpun padi Kerjasama antara pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat
MOTO KADET BOMBA
MOTO KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA “Mencegah dan Menyelamat”
LAGU KADET BOMBA
KADET BOMBA BERSATU Kadet Bomba bersatu Sama berganding bahu Pemuda pemudi harapan Tiang negara Jiwa raga yang murni Tanggungjawab membantu Di mana jua Tetap Bersedia Menimba ilmu jaya Demi masa hadapan Berwawasan matlamatnya Pastikan berjaya LIRIK LAGU KADET BOMBA Kadet Bomba bersatu Bersemangat membara Cita-cita tersemat luhur Gigih berusaha Ikrar kami sahutkan Berani beretika Harumkan nama Malaysia Jaya 2X
SEKIAN TERIMA KASIH