The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 840-27-ealiza, 2023-11-10 06:40:39

PORTFOLIO PSVK3453

PORTFOLIO PSVK3453

e-portfolio PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL


Nama : Ealiza Annur Binti Duryap No Angka Giliran : 2021012340065 Kumpulan/Unit : PISMP BAHASA MELAYU (KELAS 1) Ambilan : Jun 2021-2026


1 2 3 DEFINISI BIDANG KRAF TRADISIONAL Definisi Contoh Tokoh Proses penghasilan JENIS-JENIS KRAF TRADISIONAL ISI KANDUNGAN KEPENTINGAN KRAF TRADISIONAL


BIDANG KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional merupakan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi secara turun-temurun.


KEPENTINGAN MENGHARGAI KRAF TRADISIONAL Bidang ini memberikan kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tradisional. Memelihara warisan budaya negara. Merangsang kreativiti kanak-kanak. Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga sumber-sumber tempatan dan alam sekitar.


JENIS-JENIS KRAF TRADISIONAL ALAT DOMESTIK ALAT PERMAINAN ALAT PERTAHANAN DIRI PERHIASAN DIRI (ORNAMENT) BATIK TEMBIKAR ANYAMAN TENUNAN UKIRAN TEKAT


ALAT DOMESTIK Alat domestik yang mempunyai nilai estetika tersendiri dan digunakan dalam kehidupan seharian seperti perkakas dapur. Contoh alat domestik Batu Giling Batu Kisar Tudung Saji Tudung Rotan Tudung Saji Mengkuang Kukuran Duduk Dulang paha tembaga Cerek Tembaga


TOKOH SENI KRAF “ALAT DOMESTIK” HAJI CHE MUD BIN CHE AWANG Tokoh alat domestik (jebak puyuh). Mewarisi kemahiran membuat jebak puyuh ini daripada datuk saudara beliau yang mempunyai hobi menangkap burung puyuh dan berkemahiran membuat jebak puyuh. Pada tahun 1989, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai AdiguruKraf Jebak Puyuh di atas usaha beliau dalam memastikan seni kraf ini terus terpelihara.


Proses Penghasilan Tudung Rotan Sediakan rotan yang masih muda. (Diameter besar dan beruas panjang) Bahagian luar dari daging rotan dibuang sehingga tinggal dibahagian dalam yang tipis. Bahagian yang tipis dipanaskan sehingga dalam rotan yang lain licin menjadi perang dan terkelupas dengan sendirinya. Rotan di belah agar menjadi lembaran yang tipis. Lembaran yang tipis dicuci dan dijemur di bawah matahari sampai kering sehingga melengkung. Setelah kering, paring dipotong-potong sesuai dengan ukuran tudung saji yang diinginkan. Paring disusun bertindih dan dijahit satu sama lain dengan menggunakan kolindang benang hingga terbentuk bulatan cekung. Pada bahagian yang dilapisi dengan daun, sangai mengikuti bentuk dari susunan paring yang sudah diikat dan dijahit. Pada hujung sekeliling lingkaran diberi bingkai diperbuat daripada rotan yang sudah dikupas kulitnya. Untuk menjadikan tudung saji kelihatan lebih menarik, hiaskan tudung saji dengan lukisan atau mewarnainya mengikut kreativiti sendiri. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


Congkak Wau Batu Seremban Sepak Raga ALAT permainan Permainan tradisional atau permainan rakyat berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenk moyang kita. Contoh alat permainan Gasing


Beliau meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Beliau sangat mahir membuat wau perhiasan dan wau naik untuk pertandingan telah banyak memenangi pertandingan wau di peringkat kebangsaan mehupun di peringkat antarabangsa. Wau peringkat antarabangsa ialah ‘Pasir Gudang Kite Festivel International Guests ’ anjuran Lembaga Pelabuhan Pasir Gudang. TOKOH SENI KRAF “ALAT PERMAINAN” SHAFIE BIN JUSOH


Proses Penghasilan Wau Memilih buluh. (Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.) Meraut buluh. (Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.) Membuat rangka. (Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nilon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.) Menampal rangka. (Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.) Membuat corak dan menampal corak. (Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.) Memasang tali teraju. (Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teruja, proses wau ini lengkap sepenuhnya.) 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Keris ALAT pertahanan diri Alat pertahanan diri digunakan sebagai bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan Melayu. Contoh alat pertahanan diri Lembing Perisai Golok


Beliau adalah cicit kepada pelopor pertukangan keris keluarga ini yang merupakan generasi yang ke empat dalam pembuatan keris di belakang Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan. Keturunan beliau merupakan satu-satunya pembuat keris yang paling lengkap dari mula sehingga siap di Malaysia. Selain menjadi pembuat keris Agong dan Sultan Perak beliau juga sering menerima tempahan keris dari negara luar seperti England, New Zealand dan Jepun. TOKOH SENI KRAF “ALAT PERTAHANAN DIRI (KERIS)” ABDUL MIZAN BIN ABDUL JAMIL


Proses Penghasilan Keris Proses mencampurkan besi. (Bahan campuran yang terdiri daripada pelbagai jenis besi seperti besi waja, besi tawar dan besi melela diikat kemas sebelum dibakar untuk dimampatkan menjadi satu kepingan logam aloi.) Proses menempa. (Besi dibakar dan diketuk secara bertalu-talu sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi dipanaskan semula dan diketuk berulang kali. Proses berterusan sehingga mata keris terbentuk.) Proses membuat lok keris. (Setelah mata keris telah terbentuk nyata, mata keris akan dibakar lagi dan seterusnya ditempa dengan cara mereng, hingga terbentuk seperti membengkok ke bawah.) Proses membentuk belalai gajah. (Belalai gajah diketuk selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir.) Proses mengikir. (Proses ini dibuat dengan tujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata keris.) Proses menyepuh. (Keris yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan sama ada secara melintang atau menegak ke tempat menyepuh yang mengandungi air.) Proses menimbulkan pamor. (Keris yang telah siap dikikir, direndam dalam larutan cuka getah dan air. Kemudian mata keris dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa.) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


Antinganting Dokoh perhiasan diri Alat perhiasan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Contoh alat perhiasan diri Pending Cucuk Sanggul Kerong -sang


Proses Penghasilan Kerongsang Melebur (Butir-butir perak dileburkan di dalam mangkuk pijar dan diproses menjadi batang perak, iaitu hasil tuangan perak mentah kedalam besi penuang.) Memesin dawai (Batang perak itu dimasukkan ke dalam mesin dawai untuk proses meleper dan menjadikannya dawai-dawai perak mengikut saiz yang dikehendaki.) Menarik dawai (Dawai perak ditarik menggunakan playar pada mesin tarik dawai mengikut saiz.) Memintal dawai (Proses memintal dawai dilakukan dengan menggunakan kemahiran tangan berlapikkan sekeping papan kecil. Proses ini diulang berkali-kali dengan diselangi kerja menyepuh dawai.) Menggulung dawai (Dawai pintal yang bergerigi digulung dengan penyepit, dibentuk menjadi leper dan bujur.) Membentuk bingkai (Dawai perak dibentuk seperti yang dikehendaki di atas acuan bingkai yang telah siap disediakan. Kerja-kerja ini dibuat satu persatu.) Memateri (Stigma diletakkan ditengah-tengah bunga dan hujung kelopak, dibentukkan dengan tangan supaya menjadi bunga.) Merebus (Barangan filigree direbus dalam air tawas untuk menghilangkan segala kekotoran. Memberus (Barang filigree kelihatan indah dan bersinar setelah diberus dengan berus dawai tembaga halus dan air sabun.) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.


Batik Canting batik Batik merujuk kepada satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia dan digunakan untuk membuat baju atau kain. Jenis-jenis batik Batik Skrin Batik Pelangi Batik Blok


Proses Penghasilan Batik Canting Kain dipasang pada pemidang dan diregangkan. Motif dilakar di atas kain dengan menggunakan pensil. Panaskan campuran lilin dan damar. Sediakan canting mengikut saiz yang diperlukan. Mulakan proses mencanting mengikut lakaran pada kain. Pastikan garisan dicantum dengan kemas. Setekah selesai mencanting, warnakan corak mengikut warna pilihan. Proses mewarna perlu dilakukan segera untuk mengelakkan warna tidak sekata. Kain akan direndam di dalam larutan sodium silikat untuk mematikan warna.


Proses Penghasilan Batik Canting Kemudian, cuci kain dengan air bersih untuk menghilangkan kesan sodium silikat dan lebihan warna. Rebus kain dengan air panas yang telah dicampur soda ash. Kain direbus untuk menanggalkan lilin pada kain. Keringkan kain di tempat yang teduh. Hasil akhir Batik Canting


Geluk tembikar Tembikar merupakan penanganan tanah liat yang dibakar untuk mendapatkan peralatan untuk penyimpanan makanan atau untuk tujuan hiasan. Jenis-jenis tembikar Buyung Jambangan Labu Bekas Bara


TOKOH SENI KRAF “TEMBIKAR” HAJAH MANJA BINTI ALI Kepakaran allahyarhama dalam pembuatan pelbagai jenis tembikar menyebabkan beliau terkenal di Kampung Pasir Durian Ulu Tembeling. Beliau menceburi seni kraf tembikar seawal usia 12 tahun. Sepanjang hayatnya, beliau sering menyertai pameran, pertadningan dan mengadakan sesi demonstrasi bagi memartabatkan seni pembuatan kraf tembikar. Pada tahun 1990 beliau telah diiktiraf sebagai “Tokoh Kraf Negeri Pahang ” oleh kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang.


Proses Penghasilan Tembikar Labu Memulakan proses membentuk dengan mewmbuat lingkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan. Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang satu lagi untuk menguatkan tembikar. Biarkan ia separuh kering sebelum membuat corak atau mengemaskannya. Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk melicinkan pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. Biarkan kering sepenuhnya. 1. 2. 3. 4. 5.


Anyaman mengkuang ANYAMAN Anyaman merujuk kepada proses menyilang bahanbahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Jenis-jenis anyaman Anyaman Rotan Anyaman Kertas Anyaman Surat khabar


TOKOH SENI KRAF “ANYAMAN” HAJAH AMINAH BINTI HAJI AMAT Allahyarhama dilahirkan pada tahun 1928 di Kampung Tanjung Keling, Melaka dan dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai kemahiran menganyam. Sepanjang riwatnya, allahyarhama suka mengajar penduduk setempat untuk membuat anyaman tanpa mengambil sebarang yuran demi memastikan kesinambungan seni warisan kraf anayaman. Pada tahun 1988, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai ‘Adiguru Kraf Anyaman Rombong ’ bagi menghargai sumbangnnya dalam memulihara dan memelihara seni kraf ini.


Proses Penghasilan Anyaman Surat Khabar Sediakan alatan dan bahan seperti surat khabar, lidi, pisau pemotong, ‘stapler ’ dan gam. Lipat dan potong surat khabar kepada dua bahagian. Gulung surat khabar yang sudah dipotong dengan menggunakan lidi. Hasil surat khabar yang telah digulung bersama jumlah surat khabar yang diperlukan. Ambil 8 atau 12 surat khabar yang telah di bentuk dan susun surat khabar bentuk yang terdapat pada gambar tersebut.


Proses Penghasilan Anyaman Surat Khabar Anyam surat khabar yang disusun tadi secara berselang seli sehingga menjadi bentuk yang terdapat pada gambar ini. Sambungkan setiap gulungan surat khabar menggunakan ‘stapler’ untuk meneruskan anyaman. Teruskan anyaman sehingga menjadi bakul yang kita inginkan. Catkan hasil anyaman menggunakan syelek dan keringkan. Hasil akhir anyaman surat khabar


Tenunan Pahang tenunan Tenunan ialah seni tekstil yang terkenal di Tanah Melayu dan mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Jenis-jenis Tenunan Tenunan Songket Tenunan Pua


TOKOH SENI KRAF “TENUNAN” HAJAH RAMIAH BINTI ABDULLAH Allahyarhama merupakan anak jati berketurunan Iranum yang menetap di Kampung Merabau dan dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai kemahiran menenun iaitu ibu dan kakaknya. Sepanjang hayatnya, beliau banyak mencurahkan ilmu tenunan asli Sabah kepada generasi muda di sekitar Kota Belud dan melatih anggota kerja Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1986, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai ‘Adiguru Kraf Tenunan Dastar ’ bagi menghargai kemahiran seni yang beliau miliki.


Proses Penghasilan Tenunan Mencelup benang (Benang putih akan dicelup dengan pewarna yang dikehendaki, setelah itu benang harus dikeringkan.) Melerai benang (Proses di mana pelenting yang diperbuat daripafa buluh kecil digunakan untuk melilit benang.) Menganeng benang (Proses membuat benang loseng yang direngang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang songket yang akan ditenun.) Menyapuk benang (Dua urat benang loseng dikaitkan melalui celah gigi jentera.) Mengarak benang (Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangkap genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara selag seli sewaktu menenun.) Menyongket benang (Proses mereka corak di atas benang loseng iaitu menyongket benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat sebagai proses ikat butang.) Menenun benang (Alat torak diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kira dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang dikehendaki hinggalah menjadi sekeping kain songket. Kain yang siap ini dipotong mengikut saiz.) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


Ukiran Layang ukiran Ukiran merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun. Jenis-jenis Tenunan Ukiran Tebuk Timbul Bersilat Ukiran Tebuk Timbul Tanpa silat Ukiran Tebuk Tembus Bersilat Ukiran Tebuk Tembus Tanpa silat


TOKOH SENI KRAF “UKIRAN” TENGKU IBRAHIM BIN TENGKU WOOK Allahyarham dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Gong Kemuntong, Besut Terengganu. Sejak dari kecil beliau telah didedahkan dengan teknik-teknik mengukir yang baik daripada ayahnya yang juga merupakan salah seorang pengukir yang masyhur. Kejayaan beliau juga terserlah apabila Dato ’ Seri Marina binti Mahathir menghasilkan buku bertajuk ‘The Craft of Malaysia ’ dan beliau adalah seorang tukang kraf yang menjadi pilihan kerana kehalusan produk ukiran yang dihasilkan. beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Halus pada tahun 1995 dan seterunya diiktiraf oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 1998.


Proses Penghasilan Ukiran


Tekat Timbul Bunga Emas TEKAT Seni tekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Jenis-jenis Tenunan Tekat Gubah


TOKOH SENI KRAF “TEKAT” AINATISAH BINTI BILAL DIN Allahyarham dilahirkan pada tahun 1941 dalam kalangan keluarga seni yang mempunyai kemahiran menekat Beliau belajar menekat daripada ibu dan neneknya sehingga lama kelamaan seni kemahiran ini menjadi sumber pendapatan beliau. Tempahan diterima bukan sahaja dari masyarakat setempat malah juga daripada kerabat diraja dan pembesar istana. Bagi menghargai sumbangan dan kesungguhan beliau mempertahankan seni kemahiran menekat, pada tahun 1987 Kraftangan Malaysia telah melantik allahyarhamah sebagai Adiguru Kraf Tekatan.


Proses Penghasilan Tekat


SUMBER RUJUKAN


Terima KasihMerah menyala si buah ceri, Sungguh indah berseri-seri: Terima kasih ucapan diberi, Kerana sudi membaca folio ini.


Click to View FlipBook Version