The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhazimahpkp, 2024-03-11 03:00:31

BIL 3 2023 MINIT MKSR (1)

BIL 3 2023 MINIT MKSR (1)

1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT BILANGAN 3 / 2023 TARIKH: 22 JANUARI 2023 HARI: ISNIN MASA: 9:00 PAGI – 4:30 PETANG TEMPAT: BILIK MESYUARAT MILLENNIUM, SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2 Hadir Bersama-sama 1. Zaiazman bin Mohd Zainuddin@Hilmi Timbalan PPD Sektor Pembelajaran 2. Tn. Hj. Mohamad Sabri bin Satar Timbalan PPD Sektor Perancangan 3. Datin Norliza binti Kamaruddin Pegawai SIP+ 4. Roslina binti Che Omar @ Talib Pegawai SIP+ 5. Mohd Zaki bin Abd Rahman Pegawai SISC+ Sains Sosial 6. Nor Idayu binti Ayop Pegawai SISC+ Sains Sosial 7. Nor Aishah binti Raduan Pegawai SISC+ Sains Sosial 8. Sakina Begum binti Zainal Abidin Pegawai SISC+ Sains & Matematik 9. Dr. Adlin Premla A/P Vincent Ramesh Pegawai SISC+ Sains & Matematik 10. Mahashela binti Mahadhir Pegawai SISC+ Bahasa 11. Ahmad Alfian bin Ahmad Fauzi Pegawai SISC+ Tvet 12. Khalidah Adibah binti Zubir Pegawai SISC+ Tvet 13. Hasanah binti Hamsawi Pegawai SISC+ Tvet 14. Aeshah binti Salleh Pegawai SISC+ Tvet 15. Siti Nur Diana binti Ismail PPPD Unit Sumber & Teknologi Pendidikan 16. Amiluddin bin Mat Yadi PPPD Unit Sumber & Teknologi Pendidikan 17. Khairul Nizam bin Othman PPPD Unit Sumber & Teknologi Pendidikan 18. Noor Suryati binti Abd Rahman PPPD Unit Pemulihan Khas 19. Zairi bin Muhamad Nor PPPD Unit Pemulihan Khas 20. Salmah binti Salleh PPPD Unit Pendidikan Islam 21. Mohd Rashidi bin Jusoh PPPD Unit Pendidikan Islam 22. Siti Afzan Mastura binti Mohammed PPPD Unit Pendidikan Khas 23. Fadzil bin Ariffin SK Ampang Campuran 24. Harman bin Harun SK Taman Nirwana 25. Noorcinderella binti Mohd Radzi SK Kg Cheras Baharu 26. Asman bin Harun SK Lembah Jaya 27. Muhayon binti Mashod SK Ampang 28. Hirawati binti Hashim SK Taman Tasik 29. Marisanam binti Jantan SK Taman Muda 30. Widyawati binti Mahmood SK Taman Kosas 31. Khairul Anuar binti Nordin SK Pandan Indah 32. Hasan bin Abd Rahman SK Pandan Jaya


2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 33. Rafeah binti Alwi SK Cheras Indah 34. Fairuz binti Ahmad SK Pandan Perdana 35. Nor Hairul Nizam bin Abu Sefian@Basdzir SK Taman Bukit Teratai 36. Rohlaizatul ‘Akmal binti Mohamad Sanusi SK Sungai Serai 37. Mohd Nazri bin Mash Tuki SK Batu Sembilan 38. Nordin bin Koher SK Tun Abd Aziz Majid 39. Ronzi bin Zainal SK Sg Tekali 40. Jamaludin bin Othman SK Kuala Pomson 41. Muhamad Ismadi bin Damsuki SK Sungai Lui 42. Abdul Yazid bin Abdul Mutalip SK Taman Cuepacs 43. Romna binti Rosli SK Bandar Tun Hussein Onn 44. Nor Zakiah binti Mohd Sarif SK Desa Baiduri 45. Jamilah binti Mohd Yusof SK Cheras Jaya 46. Hasim bin Shuib SK Dusun Nanding 47. Yazid bin Zakaria SK Bandar Tun Hussein Onn 2 48. Nurhaidawati binti Ramli SK Taman Puteri 49. Sarifah Rafeah binti Ya’acob SK Seri Sekamat 50. Sarimah binti Atan SK Kajang 51. Asmanor Sapura binti Shaori SK Sungai Kantan 52. Suminah binti Kasolang SK Saujana Impian 53. Nora binti Yahya SK Taman Rakan 54. Noraini binti Surif SK Sri Jelok 55. Nur Syahidah Aisyah Somchit SK Kantan Permai 56. Sazlina binti Mohd Sheriff SK Saujana Impian (2) 57. Zuraida binti Mohamed Omar SK Convent (M) Kajang 58. Noor Aqmall Paulus Abdullah SK Jalan Bukit Satu 59. Salomah binti Amat SK Jalan Semenyih ‘1’ 60. Merianah binti Jamaludin SK Jalan Enam 61. Zaidy bin Salman SK Leftenan Adnan 62. Noridah binti Manap SK Bandar Baru Bangi 63. Rozita binti Ahmad SK Jalan 3 64. Juhranar binti Yang SK Jalan Empat 65. Azlinda binti Abu SK Seksyen 7 66. Noridah binti Abdul Aziz SK Bandar Seri Putra 67. Nur Hanani binti Md Nafi SK Bandar Bukit Mahkota 68. Zakaria bin Abdul Rani SK Beranang 69. Joseph Lincoln A/L J. Samuel SK Ulu Semenyih 70. Mohd Faizal bin Abd Aziz SK Kg Rincing 71. Mazni binti Mohamed @ Ibrahim SK Rinching Hilir 72. Azmi bin Zakaria SK Taman Jasmin 73. Hasnah binti Md Isa SK Bandar Tasik Kesuma 74. Azril Sham bin Mohamed SK Bandar Rinching 75. Hasnizar binti Kharuddin SK Bandar Teknologi 76. Samsul Irwan bin Sanusi SK Bandar Sunway Semenyih 77. Mohamad Abdul Latif bin Abdul Majid SK Semenyih 78. Chai Fui Chen SJKC Kg Baru Ampang 79. Lee Swat Eyi SJKC On Pong 80. Ong Thian Boon SJKC On Pong 2 81. Chen Woon Kim SJKC Balakong 82. Tay Yuh Tzong SJKC Batu 9 83. Chuah Soo Cheng SJKC Batu 11 84. Yong Shoo Fin SJKC Batu 14 85. Chin Swee Yin SJKC Connaught (2)


3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 86. Wong See Lee SJKC Yu Hua 87. Lim Siew Hong SJKC Sungai Chua 88. Wang Yoke Kam SJKC Yoke Min 89. Wong Ka Chuan SJKC Bandar Kajang 2 90. Chan Ngok Yong SJKC Kg Baru Semenyih 91. Lew Siew Moi SJKC Sin Ming 92. Shanti a/p Rajoo SJKT Ampang 93. Tamil Cholvy A/P S. Kalimuthu SJKT Bandar Mahkota Cheras 94. Mathan A/L Arumugavelu SJKT Bangi 95. Gengamah A/P Munusamy SJKT Ladang West Country ‘Timur’ 96. Menaga A/P Ponniah SJKT Ladang Dominion 97. Sundari a/p Kanapan SJKT Ladang Rinching 98. K. Nedunchelian a/l M. Kuppusamy SJKT Ladang Semenyih 99. Mimi Izeanti binti Idris Sekolah Dalam Hospital, Ampang Hadir Bersama-sama 1. Siti Norani binti Salleh SK Tasek Permai 2. Mohd Mohehafiz bin Nordin SK Dusun Tua 3. Sarina binti Mohamed Hashim SK Taming Jaya 4. Maziah binti Ismail SK Bukit Raya 5. Mohd Zuffi bin Abd Majid SK (2) Jalan Bukit 6. Noraiza binti Awang SK Jalan Semenyih ‘2’ 7. Wan Rohimi bin Wan Jusoh SK Sungai Ramal Dalam 8. Mohd Nadzri bin Abdullah SK Bangi 9. Ruzaimie bin Razak SK Kajang Utama 10. Siti Halijah binti Zainal Abidin SK Kg Kuala Pajam 11. Jap Hui Chin SJKC Choon Hwa 12. Chen Pui Kam SJKC Ton Fah 13. Marina Devi a/p Shunmugam SJKT Kajang 14. Maznah binti Ahmad SK Kg Rinching Tidak Hadir Bersebab 1. Norazmah binti Hussin SK Lubok Kelubi 2. Norazmi bin Md Isa SK Taming Jaya 3. Md Rais bin Abdullah SK (2) Jalan Bukit 4. Nora binti Hussein SK Bangi 5. Intan Mardiana binti Roslan SK Kg Kuala Pajam 6. Ng Ming Fong SJKC Choon Hwa 7. Tan Kwee Choo SJKC Ton Fah Urus Setia 1. Azlina binti Abd Aziz PPPD Unit Sumber & Teknologi Pendidikan 2. Yusri bin Abd Hamid PPPD Unit Sumber & Teknologi Pendidikan 3. Sutinah binti Yahaya Pegawai SISC+ Sains & Matematik 4. Hajar binti Zakaria Pegawai SISC+ Bahasa 5. Zuliana binti Ismail Pegawai Unit Pemulihan Khas


4 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 AGENDA 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Encik Zaiazman bin Mohd Zainuddin@Hilmi mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cina (PGBMC) dan Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Tamil (PGBMT) cawangan Hulu Langat, barisan Jawatankuasa Mesyuarat Kurikulum sekolah rendah, pegawaipegawai PPD, guru besar daerah Hulu Langat atas kehadiran dan kesediaan SK Bandar Tun Hussein Onn 2 menerima kehadiran ahli untuk bermesyuarat pada kali ini. Tuan pengerusi menyampaikan salam Puan Rahayu binti Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah yang tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat ini kerana perlu menghadiri mesyuarat kurikulum negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Beliau juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan Pn Rahayu binti Ahmad sebagai Pegawai Pendidikan Daerah dan Tuan Haji Mohamad Sabri bin Satar sebagai Timbalan PPD Sektor Perancangan. Makluman 1.2 Guru besar perlu mentadbir sekolah dengan kekuatan dan isu-isu yang ada. Di dalam gelombang 3, kita semakin menghampiri gelombang terakhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Sebagai peneraju, guru besar harus memainkan peranan sebagai seorang pemikir dan merancang serta merangka hala tuju sekolah. Sentiasa dicabar iaitu bagaimana pelawat-pelawat yang datang dalam mod pemeriksaan maka akan banyaklah dapatan-dapatan yang akan ditemui. Bagaimana guru besar membuat navigasi menggerakkan sekolah kita, bagaimana nak meletakkan pemikiran kita sebagai SLT dan MLT, bagaimana hala tuju sekolah kita dapat dirasai oleh semua orang. Dapatan nazir juga mendapati murid-murid yang tercicir pembelajarannya bukan dalam kes tidak hadir ke sekolah. Mereka datang ke sekolah tetapi masih berlaku keciciran pembelajaran. Pasukan CEO daripada kalangan PGB ini telah dilatih dengan kemahiran merekabentuk dan pengurusan pelaksanaan PSO, jadual 1-5. Kita menggerakkannya secara aktif agar sekolah-sekolah di Hulu Langat ini ada penyelesaian secara holistik. Makluman 1.3 Dalam konteks ini, kita telah mula meletakkan gerak kerja dan membuat navigasi. Maka, bermulalah kita sebagai leader. Mengambil tindakan-tindakan yang wajar agar apa yg terlaksana itu ada memberi impak tinggi atau rendah. Kemahiran akhir ialah networking. Jangan putuskan sedikit pun networking ini. Tidak semestinya dalaman sahaja tetapi networking dengan sekolah-sekolah di luar negara, Think, Lead, Action dan Networking (T-LAN). Makluman 1.4 Tuan Haji Mohamad Sabri menyatakan pada 12/12/2023, pemeriksaan Nazir telah dibuat di sekolah. Aspek yang dilihat ialah pengurusan sekolah dan perancangan strategik organisasi (PSO). Dapatan laporan menunjukkan pihak sekolah telah berjaya membuat PSO yang terakhir (2021-2025) merangkumi 3 aspek, kurikulum, ko-kurikulum dan HEM. Merujuk kepada MySg, isu yang dikemukakan di dalam PSO dalam Jadual 1 tidak menyentuh isu keciciran pembelajaran. Sembilan KPI di peringkat PPD yang melihat kepada peratus kehadiran murid ke sekolah rendah @ keciciran pada tahap memberi impak kepada pencapaian akademik. Mengurangkan kadar peratus keciciran murid tahun 6 ke tingkatan 1 sebanyak 0.04 setahun (Isu Strategik 7). Isu kedua berkaitan KPI yang tidak bersifat authentik untuk dilaksanakan. SKPM Kualiti@Sekolah, APDM, SWOT Analisis, penulisan SWOT tidak berasaskan kepada data pembelajaran PBD, dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pihak pentadbir sekolah perlu merancang pelan intervensi. Boleh menggunakan bunting dan banner bagi tujuan menyebarluaskan PSO 5 tahun


5 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 sekolah. Pemantauan dicadangkan oleh nazir kepada guru besar agar kesan outcome kepada jadual 2 (pelan taktikal) dan jadual 3 (pelan operasi) untuk dinilai semula keberhasilan rancangan yang dibuat sama ada perlu dikekalkan/ hapus/ cipta yang baru. Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat Bil. 2/2023 diterima sebulat suara dan disahkan dengan pindaan pada senarai tidak hadir bersebab nombor 16 iaitu guru besar Puan Thye Soo Ting telah bertukar ke sekolah SJKC Bandar Sungai Long dan nombor 22, guru besar Encik Tay Yuh Tzong bertukar ke SJKC Batu 9. 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada 4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU 5.1 Pengurusan kurikulum (Zaiazman bin Mohd Zainuddin@Hilmi) 5.1.1 Encik Zaiazman menyatakan tiga teras utama sektor pembelajaran iaitu pengurusan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Makluman 5.1.2 Matlamat kurikulum ialah memberikan pendidikan yang berkualiti dan bermakna untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah bagi memenuhi aspirasi murid melalui aktiviti dalam dan luar bilik darjah secara berkolaboratif dan holistik. Mesyuarat berpandangan bahawa pihak sekolah dikehendaki merancang dan melaksanakan aktiviti yang bermakna melibatkan semua murid sebagaimana matlamat kurikulum. Tindakan: Guru Besar 5.1.3 Matlamat kurikulum: 1. Memberi dan mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan 2. Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dengan menekankan penggunaan KBAT, iTHINK dan STEM 3. Membina kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa 4. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa ketiga 5. Melahirkan murid yang bersahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh akan ajaran agama serta bengsa


6 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 6. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada negara 7. Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dari segi pematuhan ketetapan, perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah 8. Memantapkan pengurusan mata pelajaran ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan termasuk digitalisasi 9. Meningkat dan mengejapkan kompetensi MLT sebagai suri teladan pembelajaran berkesan dan berkualiti 10. Mengukuhkan kualiti pdpc guru melalui pemantauan berterusan, coaching dan mentoring FASIH SPB Guru besar dikehendaki menyebarluas perincian ini kepada semua warga sekolah. Tindakan: Guru Besar 5.1.4 Ketetapan Kurikulum Perkara 1: Mesyuarat Induk Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran dirancang dan dilaksanakan minimum tiga (3) kali setahun. Pengurusan mesyuarat perlu memberi perhatian kepada tindakan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat. Agenda mesyuarat merangkumi tujuh (7) perkara berikut: i. Perutusan Pengerusi Mesyuarat ii. Pengesahan Minit Mesyuarat iii. Perkara-perkara Berbangkit iv. Perbincangan v. Pembentangan Kertas vi. Hal-hal lain vii. Penutup Makluman 5.1.5 Ketetapan Kurikulum Perkara 2: Anggaran Belanja Mengurus (ABM)/ PCG Mata Pelajaran (Kewangan) menyatakan bahawa panitia mata pelajaran mengurus kewangan mata pelajaran Bantuan Geran Perkapita mata pelajaran mengikut tahap tindakan dan kualiti dalam aspek 2.3 (Pengagihan peruntukan kewangan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Sekolah. Dokumen punca kuasa yang paling besar adalah dengan merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2021: Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan Malaysia. Peruntukan kewangan mata pelajaran untuk sumber pendidikan dan program peningkatan pembelajaran murid digunakan secara optimum yang melibatkan semua tahun dengan nisbah yang diputuskan dan dicatat dalam ketetapan sekolah. Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) mesti disediakan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan dan satu salinan hendaklah diserah kepada Ketua Pembantu Tadbir (KPT). Tindakan: Guru Besar 5.1.6 Ketetapan Kurikulum Perkara 3: Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran/ Pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan. SPI Bilangan 3 Tahun 1987: Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. Instrumen pencerapan PdP menggunakan Standard 4 SKPM Kualiti @Sekolah: Pembelajaran dan Pengajaran. Sumber Pendidikan dan DELIMa. Guru Besar hendaklah memastikan surat pelantikan dan penurunan kuasa untuk melakukan pencerapan diserahkan kepada semua personel yang layak sebagai pencerap/pembimbing seperti terkandung di dalam dokumen MySg. Prinsip PDCA hendaklah diamalkan sepenuhnya dalam hal ini. Tindakan: Guru Besar 5.1.7 Ketetapan Kurikulum Perkara 5: Pengurusan peperiksaan. Pentaksiran bersifat school


7 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 based. Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah mengikut format yang telah ditetapkan. Sekolah yang telah berjaya melaksanakan pengurusan PBD dengan cemerlang ialah SK Saujana Impian dan SK Saujana Impian 2. Mesyuarat Kurikulum Sekolah Rendah Bil 1/2024, SMK Saujana Impian 2 akan membentangkan amalan terbaik pengurusan dan pelaksanaan PBD sekolah mereka untuk dikongsikan bersama dengan sekolah-sekolah lain. Tindakan: Guru Besar 5.1.8 Ketetapan Kurikulum Perkara 7: Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). RPT disediakan sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama sehingga ke hari terakhir sesi persekolahan. Templat RPT dan RPH yang sedia ada dijual di pasaran tidak dibenarkan penggunaannya. Guru besar diminta untuk menguruskan RPT dan RPH dengan baik. Melatih semula guru-guru di sekolah untuk mewujudkan RPT yang standard. RPH guru besar sebagai suri teladan RPH kepada guru-guru di sekolah masing-masing. Merujuk SPI Bilangan 3 Tahun 1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Pengurusan RPT dan RPH setiap mata pelajaran disediakan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan mengikut kesesuaian tahap penguasaan murid serta Takwim KPM. RPT setiap mata pelajaran bagi setiap penggal dirancang mengikut minggu untuk sepanjang tahun semasa berdasarkan takwim KPM (42 minggu persekolahan) bermula dari hari pertama persekolahan hingga hari akhir persekolahan. RPT terkini mesti disahkan oleh Ketua Jabatan sebelum digunakan. Cetakan hardcopy hendaklah disahkan beserta tarikh dan satu salinan disimpan dalam Fail Panitia dan Rekod Mengajar Guru. RPT terkini yang disediakan secara softcopy perlu mengandungi tandatangan Ketua Jabatan berserta tarikh sebelum disimpan secara digital. Tindakan : Guru Besar 5.1.9 Ketetapan Kurikulum Perkara 8: Penghantaran Buku Rekod Mengajar Guru (BRM). Mesyuarat membuat rakaman bahawa penghantaran BRM Pengetua/Guru Besar sebanyak 4 kali setahun mengikut jadual penghantaran yang akan dimaklum kelak. Penghantaran pertama perlu disertakan semua dokumen sebagaimana senarai dokumen yang terdapat di dalam Buku Rekod Mengajar. Manakala penghantaran kedua dan ketiga boleh dalam bentuk folder kecil yang mengandungi sebahagian RPH semasa (tempoh sebulan hingga ke dua bulan). Sesi konsultasi bersama dengan pembimbing masing-masing akan diadakan semasa penghantaran BRM terakhir. Amaran keras, PPD akan memanggil guru besar yang tidak berjaya membuat penghantaran buku rekod (BRM) ke PPD. Makluman 5.1.10 Ketetapan Kurikulum Perkara 9: Tugasan dan Latihan. Latihan/tugasan kepada murid perlu diberikan bagi memperkukuh dan memperkaya pemahaman murid terhadap sesuatu konsep pembelajaran. Bilangan dan bentuk latihan/tugasan minimum mata pelajaran mengikut bidang diminitkan dan diterima dalam Mesyuarat Bidang/Mesyuarat Panitia yang pertama. Latihan/tugasan berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekurang-kurangnya 30% mengikut tahap keupayaan/kebolehan murid. Tindakan: Guru Besar 5.1.11 Ketetapan Kurikulum Perkara 10: Penyemakan Latihan Murid. Menganalisis maklumat/data semakan untuk dibentang dan dibincangkan seterusnya mengambil tindakan penambahbaikan dalam mesyuarat panitia/kurikulum/pengurusan. Daripada semakan dan analisis data PBD pertengahan tahun dan data PBD akhir tahun, guru perlu merancang program intervensi yang akan dilaksanakan secara bimbingan. Makluman


8 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 5.1.12 Ketetapan Kurikulum Perkara 11: Program Peningkatan Prestasi dan Intervensi Panitia Mata Pelajaran. Merancang program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran dengan berfokus kepada keperluan murid serta mengambil kira tahap keupayaan dan potensi murid selaras dengan Pelan Strategik Organisasi (PSO). Melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran dengan berfokus kepada keperluan murid serta mengambil kira tahap keupayaan dan potensi murid merujuk kepada Jadual 4 dan 5 dalam PSO. Menilai keberkesanan program menggunakan Borang Penilaian Program (Lampiran 4). Maklumat pemantauan dan penilaian perlulah dilaporkan dan dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan mesyuarat kurikulum untuk dibuat penambahbaikan. Mengambil tindakan susulan secara menyeluruh untuk menilai sama ada program tersebut perlu diteruskan atau dibuat penambahbaikan atau digugurkan. (Lampiran 5). Melaksanakan Pelan Intervensi kepada kumpulan sasaran yang belum mencapai Objektif Program Peningkatan Prestasi Murid menggunakan templat Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL). Program peningkatan kualiti pengajaran guru dengan merancang program peningkatan profesionalisme yang berkaitan dengan mata pelajaran berfokus kepada keperluan guru/panitia dengan mengambil kira perkembangan pendidikan semasa selaras dengan PSO serta mengambil kira data TNA/Data SPLKPM. Makluman 5.1.13 Ketetapan Kurikulum Perkara 12: Jadual Waktu Induk/ Jadual Persendirian/ Jadual Kelas/ Jadual Waktu Guru Ganti/ Jadual Waktu Bilik Khas. Pengurusan Jadual Waktu - Isu jadual waktu dummy/ shadow melibatkan guru besar dan SLT (termasuk Penolong kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran). Masa PdP guru besar adalah 5/6 waktu seminggu. Perlu mengajar mengikut opsyen. Jadual waktu yang disediakan perlu mematuhi peraturan pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang berkuatkuasa. Mengikut Akta, perlu mempamerkan Jadual Waktu Induk di pejabat sekolah. Boleh dicaj kerana mengemukakan dokumen palsu. Jadual Relief di bawah tanggungjawab Penolong Kanan Pentadbiran bukan di bawah pembantu tadbir (AKP). Ditadbir uruskan sepenuhnya oleh Penolong Kanan Pentadbiran tetapi boleh dibantu oleh Jawatankuasa Jadual Waktu. Guru Besar sebagai Ketua Jabatan hendaklah memastikan isu ini tidak berlaku lagi. Tindakan: Guru Besar 5.1.14 Ketetapan Kurikulum Perkara 14: Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang telah dinobatkan sebagai PSS contoh, ianya bukan hanya PPS sahaja tetapi melihat kepada persekitaran sekolah dan PdP serta keputusan pencapaian murid yang memberi impak kepada kemenjadian murid. Makluman 5.1.15 Ketetapan Kurikulum Perkara 15: Pemulihan dan pengayaan, tiada lagi kedengaran isu kelas pemulihan ditutup. Kelas pemulihan ini tidak boleh ditutup. Pastikan apabila murid ini naik ke sekolah menengah tiada lagi isu murid tidak pandai membaca, menulis dan mengira (3M). Guru besar mesti memastikan tiada lagi murid yang miskin 3M apabila meninggalkan tahun enam. Indikator ini sebagai KPI miskin 3M. Semua sekolah diminta merancang dan melaksana program berimpak tinggi untuk tujuan ini. Tindakan: Guru Besar 5.1.16 Ketetapan Kurikulum Perkara 16: Pengurusan bilik khas. Peraturan dan tatacara bilik khas perlu berfungsi dengan baik dan mematuhi peraturan-peraturan dan tatacara penggunaan yang ditandatangani oleh guru besar dan dipamerkan di tempat yang sesuai dan ditaklimatkan kepada semua guru dan murid pada awal tahun. Pelan bilik khas dan pelan kecemasan disediakan dan dipamerkan untuk memastikan keselamatan murid. Makluman


9 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 5.1.17 PSO 2021-2025: Prestasi murid untuk layak menguasai tahap minimum TP3 Tahun 3 masih belum mencapai 100%. Matlamat strategik ialah meningkatkan peratus murid menguasai tahap minimum (MTM). Sasaran 2024 dan 2025, Bahasa Melayu: 2024 (98.98%) 2025 (99.61%), Bahasa Inggeris: 2024 (99.27%) 2025 (100%), Matematik: 2024 (99.52%) 2025 (100%). Mesyuarat mengambill pendirian bahawa sekolah mesti melaraskan sasaran supaya selari dengan sasaran daerah berdasarkan lokaliti masingmasing. Tindakan: Guru Besar 5.1.18 Mempertingkatkan kemahiran MLT dan guru dalam SKPM Kualiti@Sekolah Standard 3.1 dan Standard 4. Sasaran MLT sekolah dan kelas (BF & MM) ialah Siri 1: memperkasakan TOT, Siri 2: menyebarluaskan COC, Siri 3: sokongan ‘Buddy’/ rakan akrab ‘Feeder School’. Tambah kemahiran dan pengetahuan baru kepada SLT, MLT dan Pegawai. Pelaksanaan inisiatif baharu Bina Upaya Atasi Limitasi (BUAL) Makluman 5.1.19 Sasaran kerja utama Sektor Pembelajaran (SPB) merujuk kepada sasaran keberhasilan sekolah rendah dalam peningkatan peratus murid tahun tiga mencapai minimum Tahap Penguasaan 3 (TP3) dalam PBD, peningkatan peratus murid menguasai kemahiran 3M di akhir tiga tahun persekolahan (Tahap 1), peningkatan peratus pelibatan murid berkeperluan khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI), peningkatan peratus sekolah yang dilengkapi minimum empat kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan peningkatan bilangan guru dibimbing SISC+ yang melepasi baseline daerah (85%) Standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah. Sila rujuk bahan yang dibekalkan. Makluman 5.1.20 Tujuh teras perlu dipatuhi oleh semua warga pendidik iaitu: 1. Komunikasi antara kementerian & sekolah lebih cekap dan telus 2. Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti 3. Kemiskinan berbilang dimensi B40: malnutrisi, peranti dan ruang belajar 4. Keciciran pendidikan & masalah literasi, rapatkan kesenjangan pendidikan 5. Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan 6. Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak 7. Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah Maklumat ini perlu disebarluaskan kepada semua warga sekolah selain dipamerkan di lokasi yang strategik. Makluman 5.1.21 Mandat Jabatan Pendidikan Selangor menerusi PPPM Gelombang 3 (2021-2025) ialah memastikan prestasi melebihi standard minimum dengan merujuk kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. SPI Bilangan 6 2019, murid perlu mengikuti 3 kumpulan mata pelajaran (Teras, Wajib dan Elektif). Sekiranya sekolah hanya menawarkan enam mata pelajaran teras sahaja adalah TIDAK DIBENARKAN. 100% pemerkasaan panitia daerah dengan melaksanakan Fasih Coaching Mentoring (Model GROW) Kohort 1 2021 - Cascading dan Fasih Coaching Mentoring (Model GROW) Kohort 2 2022 - Peluasan. Aktiviti peningkatan profesionalisme guru dan aktiviti kemenjadian murid dirancang dan dilaksanakan minimum tiga aktiviti utama peringkat daerah berdasarkan ‘root cause analysis’ dan pelantikan Ketua Panitia dalam kalangan Guru Cemerlang, DG54, DG52, DG48 atau DG yang paling kanan daripada ahli panitia lain di sekolah (SPI Bil 2 2023). Di dalam buku pengurusan sekolah perlu dinyatakan gred setiap ketua panitia bagi menunjukkan prestij sekolah dan merupakan ketua panitia


10 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 yang sememangnya menerajui kepimpinan di sekolah. Satu sekolah satu Panitia Bitara. Tindakan: Guru Besar 5.1.22 Autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan. Autonomi guru merujuk kepada hak dan tanggungjawab untuk menentukan pelaksanaan kurikulum yang merangkumi aspek kandungan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran iaitu: 1. Guru diberi autonomi dari segi merancang dan menyusun kandungan kurikulum dengan mengambil kira latar belakang murid, persekitaran dan sumber yang ada bagi mengoptimum keberhasilan pembelajaran murid. 2. Guru diberi autonomi untuk memilih pendekatan, strategi dan bahan sumber PdP yang pelbagai serta sesuai dengan minat, bakat, gaya pembelajaran dan potensi murid. 3. Guru diberi autonomi untuk merancang dan melaksanakan PBD menggunakan instrumen yang bersesuaian dengan kaedah pentaksiran yang dipilih secara adil dan saksama mengikut keupayaan murid. Seterusnya, guru merekod hasil pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. 4. Guru diberi autonomi untuk menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan pertimbangan profesional secara beretika dan bertanggungjawab. Makluman 5.1.23 Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) merupakan projek YAB Menteri Besar Selangor dengan penyediaan 65000 modul melibatkan kos sebanyak RM7 juta yang disediakan untuk calon SPM di negeri Selangor. Semua warga sekolah termasuk sekolah rendah perlu mengambil tahu dan cakna akan program ini. Makluman 5.1.24 Guru 5 Prakarsa (Inisiatif) Pendidikan MADANI: 1. Akses Pendidikan Saksama 2. Peluasan Dasar Pendidikan STEM dan TVET 3. Peningkatan Mutu Pendidikan Bahasa Inggeris 4. Membina Ekosistem Pendidikan Digital 5. Ekspresi Aspirasi Malaysia Madani Makluman 5.2 Bimbingan SIP+ (Roslina binti Che Omar @ Talib) 4.2.1 Puan Roslina menyatakan bahawa peranan pegawai perkhidmatan pendidikan mengikut gred iaitu DG41 (Pelaksana) perlu memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan. DG44 (Penggerak) sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah. DG48 (Pembimbing & Mentor) berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu. DG52 (Peneraju Perubahan) menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu. DG54 (Pemikir Strategik) memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Gred Khas (Pemikir Holistik) memiliki pelbagai kepakaran dan kebolehan menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Sebagai guru besar perlu menerapkan peranan setiap pegawai di bawahnya mengikut


11 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 gred dan tanggungjawab. Makluman 4.2.2 Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kata kunci utama: kemenjadian murid, sekolah berkualiti, kepimpinan, pembelajaran (PdPc). Maksud program TS25 ini ialah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, aplikasi amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan dan serta PdPc berasaskan konsep Pembelajaran Bermakna (Deep Learning) sepenuhnya. Ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran menyeronokkan (Fun Learning), disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Program TS25 ini perlu dibuat pembugaran dari semasa ke semasa mengikut trend sekolah. Tetapkan KPI dan memastikan ianya dicapai sekurang-kurangnya minimum. Inti kerangka konsep TS25 merujuk kepada trend sekolah. Makluman 4.2.3 Objektif TS25 ialah mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik yang berfokus, membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi dan pembimbing kepimpinan serta membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. Terdapat 4 fasa program TS25 ini iaitu: i. Fasa 1 - Latihan (Modul 1,2,3,4,5 dan sokongan profesional) ii. Fasa 2 - Transisi (Modul 6,7,8 dan sokongan profesional) iii. Fasa 3 - Budaya (Modul 9,10 dan sokongan profesional) iv. Fasa 4 - Lestari (sokongan profesional mengikut keperluan/ berfokus, kajian pencapaian/impak) Makluman 4.2.4 Konsep pembelajaran bermakna merupakan proses pembelajaran yang boleh memberikan kefahaman baru/ ilmu baru yang bermakna, kekal dan mendalam kepada pelajar melalui penerokaan (explore), penyiasatan (inquiry), pembelajaran alamiah (konteksual) yang menjangkaui bilik darjah yang dilakukan bersama-sama antara gurumurid. Makluman 4.2.5 Kepimpinan sekolah yang berkualiti meliputi School Leaders Team (SLT) dan Middle Leaders Team (MLT) - pengetua dan guru besar sebagai peneraju pembimbing dan pendorong TS25. Manakala SLT dan MLT sebagai penggerak, pembimbing dan pendorong TS25. Guru yang berkualiti ialah guru yang kompeten, kreatif dan inovatif serta beraspirasi tinggi dalam membudayakan dan melestarikan PAK21 sepenuhnya, membudayakan PLC, membudayakan KBAT dalam pedagogi, PdPc, Ko-Kurikulum, memperkasakan STEM, PBD dan perkongsian amalan terbaik. Sokongan padu (PIBK) melalui jalinan strategik komuniti di antara sekolah dengan ibu bapa, PIBG, komuniti, agensi awam dan swasta, NGO dan alumni yang saling menguntungkan. Makluman 4.2.6 Kemenjadian murid dalam akademik ialah peratus murid yang kompeten dalam Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah/ Menengah (MBK). Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah Rendah dengan peratus murid sekolah rendah yang mencapai sekurangkurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3) dan peratus murid sekolah rendah yang menguasai kandungan pembelajaran TP6. Makluman


12 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 4.2.7 Dapatan bimbingan SIP+ mendapati: a. SR/SJKT/SJKC telah melaksanakan program TS25 dari kohort 1 hingga kohort 6 dengan begitu baik. Penilaian kendiri oleh pihak sekolah dengan menggunakan instrumen Score Card 1.0. Setiap sekolah mengetahui status penilaian sekolah iaitu: • Markah 90% ke 100% - sekolah berada di status LESTARI • Markah 70% ke 89% - sekolah berada di status BUDAYA • Markah 50% ke 69% - sekolah berada di status TRANSISI • Markah kurang / berada pada 49% - sekolah berada di status ASAS b. Score card 2.0 TS25 Negeri Selangor masih dalam rintis dengan penambahbaikan telah dibuat ke atas enam elemen penilaian dan mempunyai 35 pernyataan. c. Sekolah telah membudayakan amalan baik di sekolah masing-masing. Contoh, Dashboard sekolah, Pelaporan online, eRPH, Sekolah Hijau, Kajian melalui rekabentuk (KmR), LDK, Solat Zohor Berjemaah sebelum ko-kurikulum setiap hari Rabu. d. Masih terdapat murid-murid tahun enam yang tidak menguasai membaca dan memahami 4 ke 5 murid dari satu sekolah e. Ada usaha sekolah melaksanakan outreach dan hampir 100% murid adalah masalah pembelajaran (OKU). Ada ibu bapa yang tidak menerima hakikat keadaan anak mereka namun ada yang menerima dan berusaha mendapatkan kad OKU. Murid-murid ini ada yang mengganggu guru dan murid lain semasa PdPc di aliran perdana. Maklumat awal keadaan murid yang telah disahkan OKU oleh doktor yang berkaitan diserahkan kepada guru besar agar tindakan lanjut diambil. f. Guru besar terus melaksanakan coaching and mentoring kepada SLT, SLT kepada MLT dan MLT kepada guru-guru. g. Menentukan KPI sekolah bagi tahun semasa merujuk kepada PSO sekolah. h. PInTas sekolah dibina bersama-sama pentadbir sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran dan penyelaras dengan intervensi yang bersesuaian dan disebar luaskan kepada guru-guru dan ibu bapa. i. PLC sentiasa menjadi budaya kepada Ketua Panitia mata pelajaran/ Penyelaras unit-unit bagi memastikan intervensi dilaksanakan memberi impak maksimum kepada kemenjadian murid dalam sahsiah, kurikulum dan ko-kurikulum menggunakan PILL/ PDCA. j. Connecting The Dot sentiasa diberi perhatian agar tugasan dapat dijayakan. k. Autonomi guru-guru diberi ruang memperkasakan kepakaran dan kemahiran selari dengan hasrat sekolah sejahtera dicapai. Makluman 5.3 Unit SISC+ (Sutinah binti Yahaya) 5.3.1 Pelaporan Bimbingan SISC+ (sehingga 15 Januari 2024). KPI capai 53.8% dan belum capai 51.9%. Pemberatan isu aspek 4.5.1 (14%), aspek 4.6.1 (8%), aspek 4.4.1 (29%) dan aspek 4.1.1 (27%). Bilangan GDB mengikut bidang TVET (54 orang guru), Sains Sosial (52 orang guru), Sains & Matematik (39 orang guru) dan Bahasa (49 orang guru). Status Bimbingan mengikut bidang: Bahasa 26.5%, Sains dan Matematik 71.8%, Sains Sosial 46.3%, TVET 76.9%. Makluman 5.3.2 Perancangan mengadakan bengkel SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4 dan perkongsian amalan terbaik dalam PdP. Tindak susul yang perlu dilaksanakan oleh sekolah ialah dengan mengupayakan MLT yang telah melepasi KPI. Pelepasan MLT akan dimaklumkan melalui surat kepada sekolah. MLT tersebut perlu menjalankan PLC/LADAP berkaitan Standard 4 kepada guru-guru di bawah panitia masing-masing. Laporan berkaitan perkara tersebut perlu dihantar kepada Penyelaras SISC+ PPD Hulu Langat sebelum 17 Mei 2024. MLT yang telah dilepaskan juga perlu membimbing dua orang guru di bawah panitia masing-masing bersama-sama pentadbir. Laporan bimbingan perlu dihantar kepada Penyelaras SISC+ PPD Hulu Langat pada 11 Julai 2024 dan 17 Januari 2025.


13 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 Tindakan: Guru Besar 5.3.3 Pecahan sekolah bimbingan SISC+ bagi sesi Akademik 2024/2025 ialah 35 buah sekolah rendah (67%). Kategori sekolah SK sebanyak 28 buah sekolah (54%), SJKC/SMJK sebanyak 6 buah sekolah (12%) dan SJKT sebanyak 2 buah (3%). Justifikasi pemilihan sekolah bimbingan 2024/2025 untuk sekolah rendah adalah sekolah-sekolah yang lebih 3 tahun tidak dibimbing, sekolah-sekolah berprestasi rendah 3M. Fokus sekolah-sekolah tinggi TP1 & TP2 untuk subjek Bahasa Melayu (Data PLaN) dan 11 buah sekolah Feeder. Makluman 5.3.4 Sekolah bimbingan 2024/2025: HULA 1 HULA 2 HULA 3 HULA 4 SK SEMENYIH SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN SK BANDAR TEKNOLOGI SK SUNGAI SERAI SK AMPANG CAMPURAN SK PANDAN INDAH SK SRI JELOK SK BUKIT RAYA SK DESA BAIDURI SK BANDAR TASIK KESUMA SK SUNGAI RAMAL DALAM SK BATU 9 SK JALAN BUKIT 1 SK LEFTENAN ADNAN SK SERI SEKAMAT SK BANGI SJKC BATU 9 SK DUSUN TUA SK BERANANG SK PANDAN JAYA SK SUNGAI TEKALI SK TAMAN CUEPACS SK TAMAN KOSAS SK JALAN 3 SK KG CHERAS BARU SK CHERAS JAYA SK BANDAR SERI PUTRA SJKC ON PONG SK KAJANG UTAMA SJKC BANDAR SUNGAI LONG SJKC BALAKONG SJKC KG BARU SEMENYIH SJKC YU HUA SJKT KAJANG SJKT BANDAR MAHKOTA CHERAS Makluman 5.3.5 Minimum tiga kali bimbingan dan guru-guru yang telah mencapai 85% perlu membimbing guru-guru lain. Guru ini akan mendapat sijil Fasih PdP dan Fasih Std 4. Ketua panitia ini perlu membimbing dua orang guru lain yang ditentukan oleh guru besar. Makluman 5.4 Unit Pendidikan Islam (Salmah binti Salleh) 5.4.1 Program j-QAF. Dapatan Kunjung Bantu mendapati masih ada sekolah yang tidak akur dengan pekeliling pelaksanaan program j-QAF (PdP kolaboratif, jadual dan RPH Tasmik dan relief GPI). Dapatan nazir menyatakan bahawa tiada relief untuk guru pendidikan Islam


14 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 (GPI) dalam khatam Al-Quran. Pentaksiran PBD yang kurang berkesan dengan tidak merujuk tahap penguasaan (TP) mengikut tajuk dalam DSKP. Masih ada GPI yang tidak tahu bagaimana TP diberikan. Kelewatan bertindak untuk permohonan Kelas Aliran Agama (KAA) yang tidak disahkan dan dihantar untuk proses pengambilan. Masih terdapat beberapa buah sekolah yang belum melaksanakan Kem Bestari Solat (KBS) Fasa 1 dan Fasa 2 serta tidak mematuhi pekeliling pelaksanaan KBS walaupun waran telah diturunkan ke sekolah. Sekolah perlu memastikan cukup 5 jam pelaksanaannya. Duit KBS Fasa 1 diturunkan pada bulan Julai dan Fasa 2 pada awal Oktober. Makluman 5.4.2 Dapatan KBAD menunjukkan 10 buah sekolah telah dipantau dan 7 buah sekolah telah mendapat penarafan cemerlang manakala 3 buah sekolah dalam penarafan baik. Terdapat aktiviti yang dijalankan dengan jayanya namun tiada laporannya yang dibuat. Kurang penganjuran program yang melibatkan hari kebesaran Islam oleh Persatuan Pendidikan Islam. Peringatan diberikan bahawa semua program yang dilaksanakan wajib membuat laporan setelah selesai untuk tindak susul sekolah selepas ini. Makluman 5.4.3 Dapatan Imarah Surau mendapati instrumen yang dihantar ke PPD tidak lengkap dan masih ada sekolah yang mempunyai surau tetapi kurang pengimarahan surau. Makluman 5.4.4 Dapatan PdP menunjukkan daripada 10 orang yang dibimbing, 6 orang mendapat penarafan cemerlang dan 4 orang penarafan baik. Penulisan RPH masih berlaku ketirisan fakta dan PAK21 juga kurang dijalankan dalam masa PdP. Cara menulis refleksi yang kurang tepat. RPH perlu ditulis menggunakan pen dan ditulis dalam tulisan rumi. Makluman 5.4.5 Dapatan MQSS melaporkan PPD Hulu Langat telah menjadi juara sekolah rendah peringkat Negeri Selangor. Terima kasih diucapkan atas kerjasama sekolah-sekolah yang terlibat di peringkat daerah atau Negeri Selangor. Makluman 5.4.6 Dapatan PEKDIS - Hulu Langat menjadi Johan di peringkat Negeri Selangor dalam sukan futsal, sepak takraw dan bola jaring. Pelaksanaan program HATAF peringkat daerah dan negeri. Makluman 5.4.7 Pencapaian ADNI Peringkat Negeri Selangor 2023 - acara Hafazan (Lelaki) dimenangi oleh SK Jalan Empat (Wakil Negeri). Keseluruhan Hulu Langat mendapat JOHAN. KAFOA Daerah Sekolah Rendah - SK Bangi JOHAN acara Azan & IQAMAH wakil negeri. Makluman 5.4.8 Menerusi mesyuarat pengetua dan guru besar secara Google Meet pada 10 Mei 2023 telah memutuskan pengerusi pengelola MQSS dan ILSS peringkat zon Hulu Langat bagi tahun 2024: i. Zon Ampang / Utara - SK Ampang ii. Zon Cheras / Tengah - SK Dusun Nanding iii. Zon Bangi / Selatan - SK Bandar Seri Putra iv. Zon Kajang - SK Seri Sekamat v. Zon Semenyih - SK Bandar Tasik Kesuma Tahun 2024 KAFOA - cadangan SK Bangi Tindakan : Sekolah terlibat


15 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 5.4.9 Isu yang wujud dalam menjalankan program MQSS, ILSS & KAFOA ialah kekangan masa pelaksanaan dan penyertaan sekolah masih tidak mencapai sasaran terutamanya acara wajib. Manakala isu yang kedua berkaitan HATAF ialah pelaksanaan yang masih tidak mencapai 100% sebagaimana jadual yang dirancang oleh Jurulatih Perkasa Murabbi Ummah (PMU). Makluman 5.4.10 Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) Peringkat Negeri 2023 zon Ampang JOHAN keseluruhan. Makluman 5.4.11 Pelaksanaan penarafan surau imarah sekolah-sekolah (PERSISS) 2024. Peranan sekolah ialah: 1. Melaksanakan penerangan kepada warga sekolah tentang penarafan surau / musolla sekolah 2. Mengetuai Jawatankuasa Surau atau Musolla sekolah bagi merancang dan mengurus aktiviti pengimarahan surau sekolah 3. Melaksanakan penilaian kendiri terhadap surau / musolla di sekolah masing-masing 4. Mengisi borang instrumen penarafan surau / musolla 5. Menghantar dapatan penarafan ke PPD 6. Mempamerkan sijil penarafan di surau / musolla Makluman 5.4.12 Perancangan tahun 2024 ialah melantik jurulatih utama ADNI, PERSISS bagi melaksanakan perancangan peringkat daerah, bengkel guru dan murid terutamanya bagi acara wajib, perkongsian amalan baik sekolah-sekolah terpilih dan melaksanakan majlis apresiasi bagi meraikan kejayaan. Makluman 5.5 Unit Pemulihan Khas (Noor Suryati binti Abd Rahman) 5.5.1 Data jumlah keseluruhan murid pemulihan pada Ogos 2023 ialah seramai 2748 orang murid. Kunjung Bantu Pemulihan sekolah berfokus 2023 secara berkumpulan untuk 6 buah sekolah telah selesai untuk dua kitaran. Kunjung bantu setiap seorang pegawai sebanyak 7 buah sekolah juga telah berjaya diselesaikan sebanyak 2 kitaran. Analisis bimbingan sekolah berfokus dan kustodian kebanyakan guru telah melepasi markah 85% dalam PdPc. Hanya ada 3 org guru sahaja yang tidak melepasi markah 85% daripada bilangan guru yang terlibat dengan bimbingan PdPc oleh PPPD Unit Pemulihan Khas. Bengkel Fasih SKPM Kualiti@Sekolah akan diadakan pada tahun 2024 untuk 35 orang guru pemulihan khas yang terpilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Makluman 5.5.2 Intervensi PPD Hulu Langat - program celik 3M tahun 6 2023 dimulakan pada bulan Mac 2023. Dapatan murid tahun enam yang masih belum menguasai 3M untuk 10 buah sekolah paling ramai ialah: i. Bahasa Melayu - 11 buah sekolah yang data tidak menguasai 3M. SJKC Connaught 2 (85 orang), SK Bandar Tun Hussein Onn (40 orang), SJKC Kg Baru Semenyih (23 orang), SJKC Batu 9 (18 orang), SK Bandar Teknologi (17 orang), SK Taming Jaya (15 orang), SJKC On Pong 2 (14 orang), SJKC Sin Ming (13 orang), SK Ulu Semenyih (11 orang) ii. Matematik SK Taming Jaya (92 orang), SJKC Connaught 2 (29), SJKC On Pong 2 (25 orang), SK Bandar Rinching (20 orang), SK Bandar Tun Hussein Onn 2 (17 orang), SK Kajang Utama (15 orang), SJKC Batu 11 (12 orang), SK Bandar Tasek


16 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 Kesuma (11 orang), SK Kg Rinching (11 orang) Mohon semua sekolah yang masih belum dapat menangani masalah 3M terutama untuk murid tahap dua perlu melaksanakan intervensi yang berimpak tinggi supaya masalah tidak celik 3M dapat ditangani dengan segera. Tindakan: Guru Besar 5.5.3 Sarana ibu bapa ialah dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dan Unit Pemulihan PPD Hulu Langat melalui program sentuhan kasih SK Tasek Permai dan sekolah zon Ampang khasnya serta satu Malaysia amnya. Program Jalinan ibu bapa SK Seksyen 7 dan sekolah Zon Bangi. Program keluarga permata SK Taman Puteri dan program naungan kasih ibu bapa SK Ulu Semenyih. Program anakku sayang SK Taming Jaya, temu mesra waris murid program bantu baca SK Jalan Enam, program permata 2.0 SK Seri Jelok, program kesuma suai mesra SK Bandar Tasek Kesuma dan program jelajah waris 2023 SK Taman Jasmin. Intervensi murid 3M bermula di tahun empat. Makluman 5.5.4 Isu pemulihan yang timbul ialah jumlah murid pemulihan khas ramai terutama di sekolah yang mempunyai ramai murid sedangkan peruntukan hanya seorang guru pemulihan bagi setiap sebuah sekolah - isu dipanjangkan ke mesyuarat PmK di Jabatan Pendidikan Selangor. Isu kedua ialah murid pemulihan yang telah disahkan mempunyai masalah pembelajaran / OKU sukar untuk ditempatkan di PPKI kerana sekolah yang menawarkan PPKI telah penuh. Isu ketiga ialah masih terdapat guru pemulihan di SJKC dan SJKT bukan opsyen pemulihan kerana kurang bekalan guru opsyen pemukihan di SJKC dan SJKT. SJKT Ladang West Country ‘Timur’ bakal menerima guru pemulihan khas mengikut opsyen. Makluman 5.5.5 Unit pemulihan khas telah merancang 11 program pemulihan khas bagi sesi 2024/2025. (Rujuk lampiran) Makluman 5.6 Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (Yusri bin Abd Hamid) 5.6.1 Encik Yusri menyatakan bahawa syarat kelayakan pelantikan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) baharu sesi akademik 2024 bagi sekolah rendah telah dilantik menjadi Guru Akademik Biasa (GAB) sekurang-kurangnya 3 tahun. Bermula September 2022, GPM yang telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri tidak boleh melepaskan jawatan selama 3-5 tahun yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca dan Pendidikan Digital JPN Selangor 9 Mac 2022 kecuali masalah kesihatan yang kronik, bersara atau berpindah, kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib. Makluman 5.6.2 Bagi pelantikan guru data, guru besar atau pentadbir boleh terus membuat permohonan ke Sektor Perancangan JPN dan menghantar salinan permohonan ke Sektor Perancangan PPD Hulu Langat, sebab banyak permohonan melalui USTP. Kelayakan permohonan GPB yang telah disahkan dalam jawatan, telah berkhidmat mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun, mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT dan berminat menceburi tugas yang mencabar dan sanggup meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri khususnya dalam bidang ICT. Kekuatan kunjung bantu GPB tahun 2023. Bilangan waktu mengajar mengikut SPI, pusat akses yang masih berfungsi, GPB yang arif bidang tugas, GPB berpengalaman dan menjadi pakar rujuk di sekolah dan bijak menguruskan makmal komputer. Makluman


17 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 5.6.3 Khidmat bimbingan PSS tahun 2024. Justifikasi pemilihan adalah berdasarkan penilaian penarafan kendiri bagi instrumen PSS Edisi 2023. Lima buah sekolah setiap zon. Sekolah yang mendapat skor 2 dan 3 bintang serta skor di bawah 80% juga diambil kira. Makluman 5.7 Kunjung Bantu SPB (Hajar binti Zakaria) 5.7.1 Puan Hajar membuat rumusan Kunjung Bantu SPB 2023 sebanyak dua kitaran dengan bilangan sekolah 27 buah sekolah. Standard 3.1, terdapat 23 buah sekolah telah mencapai KPI iaitu 90 skor ke atas dan 4 buah sekolah yang masih tidak mencapai 90 markah. Berdasarkan dapatan daripada dua kitaran ini, boleh dilihat aspek 3.1.2.2, 3.1.2.3, 3.1.2.4 tiada semakan dan tindakan yang diambil menyebabkan markah bagi aspek ini jatuh. Perancangan ada dan dilaksanakan tetapi semakan dan tindakan susulan tiada dibuat. Makluman 5.7.2 Puan Hajar juga memaklumkan senarai sekolah Kunjung Bantu sesi akademik 2024 seperti berikut: SK Ampang Campuran, SK Desa Baiduri, SK Jalan Bukit Satu, SK Semenyih, SMK Jalan Empat, SK Bandar Tun Hussein Onn 2, SJKT Kajang, SK Leftenan Adnan, SK Pandan Indah, SK Bandar Tasik Kesuma, SJKC Bandar Sungai Long, SMK Abdul Jalil, SK Bandar Tun Hussein Onn, SJKC On Pong 2, SK Sri Jelok, SK Sungai Ramal Dalam, SK Bandar Teknologi, SMK Taman Seraya, SMK Pandan Indah, SAM Hulu Langat, SK Jalan Semenyih 2, SK Sungai Serai, SK Jalan Tiga, SK Bukit Raya, SJKT Bandar Bukit Mahkota Cheras, SMKA Maahad Hamidiah dan SMK Pandan Mewah. Makluman 5.7.3 Bagi standard 4, ‘baseline’ yang perlu dicapai adalah 85%. Sekolah yang mencapai KPI iaitu sebanyak 11 buah sekolah, manakala 16 buah sekolah yang belum mencapai KPI. Makluman 5.7.4 ‘What next’ yang telah dirancang bagi guru-guru yang belum mencapai KPI atau yang belum melepasi ‘baseline’ sekolah perlu mengambil tindak susul kepada guru tersebut. Makluman 5.7.5 Puan Hajar memaklumkan akan menyenaraikan nama guru yang tidak melepasi standard 4. Senarai penuh guru tersebut akan di emel ke sekolah untuk makluman dan tindakan guru besar seterusnya. Makluman 5.8 Pentaksiran Bilik Darjah (Nor Idayu binti Ayop) 5.8.1 Puan Idayu meminta pendapat daripada PGB berkaitan dengan tarikh kunci masuk SPPB sesi akhir. Keputusan mesyuarat menetapkan tarikh 28 Januari 2024 sebagai tarikh akhir bagi memastikan semua data dikunci masuk, namun pembetulan boleh dibuat sehingga tarikh 8 Februari 2024. Tindakan: Guru Besar 5.8.2 Penilaian PBD adalah berdasarkan Tahap Penguasaan Keseluruhan (TPK) dari awal persekolahan sehingga akhir sesi persekolahan 2023. Mohon guru besar memastikan guru-guru menggunakan penilaian profesional untuk memberi TP kepada murid. Puan Idayu juga memaklumkan tiada pemahaman yang membuatkan TP tidak boleh diturunkan oleh guru. Terdapat beberapa sekolah yang ingkar arahan dan melaksanakan peperiksaan


18 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 bukannya pentaksiran. Makluman 5.8.3 Berdasarkan Kunjung Bantu PBD yang sedang berlangsung, mengikut analisis, terdapat 71 buah sekolah telah melaksanakan Taklimat Penjaminan Kualiti kepada semua guru dan 3 buah sekolah tidak melaksanakan taklimat penjaminan kualiti. Tindakan: Guru besar 5.8.4 Dialog Prestasi (DP) antara yang ditekankan dalam mesyuarat di Jabatan. Mohon kerjasama guru besar untuk melaksanakan Dialog Prestasi PBD di peringkat sekolah masing-masing. Tindakan: Guru besar 5.8.5 Berdasarkan penjaminan kualiti PBD, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada ketidak keberkesanan pelaksanaan PBD di sekolah. Antaranya ialah faktor SLT dan MLT di sekolah kurang memahami PBD, menjadikan ianya agak sukar untuk menyebarluaskan kefahaman ini kepada guru-guru di sekolah. Terdapat tiga borang lampiran yang perlu ada dan dilengkapkan oleh pihak sekolah iaitu Lampiran A untuk SLT, Lampiran B untuk ketua panitia dan Lampiran C untuk guru akademik biasa. SK Saujana Impian, SK Saujana Impian 2 dan SK Kajang Utama merupakan sekolah ‘showcase’ untuk Pendekatan PBD terbaik. Makluman 5.8.6 Mohon semua sekolah dapat melaksanakan konsultasi PBD di sekolah masing-masing bersama dengan ibu bapa. Pelaporan PBD perlu dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun. Tindakan: Guru besar 5.9 PLC (Hasanah binti Hasmawi) 5.9.1 Puan Hasanah memaklumkan terdapat 39 orang guru di sekolah kebangsaan (SK) tidak menyertai PLC. Di antara puncanya ialah cuti berpanjangan dan cuti tanpa gaji. Peratus yang menyertai PLC ialah sebanyak 99.93% dan sebanyak 65 buah sekolah mencapai 100%. Sijil penghargaan akan diberikan kepada sekolah, di mana pencapaian pada 6 bulan pertama telah pencapaian 100% termasuk penglibatan AKP. Makluman 5.9.2 Kunjung bantu PLC di SJKC Batu 11 telah dijalankan kerana data PLC tidak menunjukkan pergerakan dan tidak berlaku peningkatan. Setelah kunjung bantu barulah berlaku peningkatan. Di antara faktornya ialah data tidak dikunci masuk. Penyelaras PLC dan setiausaha Ladap di sekolah perlulah bekerjasama untuk mengesahkan kunci masuk PLC bagi setiap guru yang berada di sekolah. Makluman 5.9.3 Puan Hasanah turut menyatakan bahawa guru baharu yang berpindah ke sekolah perlu juga membuat PLC. Ini disebabkan kerana data tidak mengikut guru yang berpindah masuk. Terdapat isu yang sama di kebanyakan sekolah iaitu alat kolaboratif hanya menggunakan kaedah ‘teacher sharing’ sahaja. Terdapat banyak ‘tool’ yang lain dan boleh diguna pakai dalam menjalankan PLC. Perkongsian amalan terbaik PLC di sekolah akan dilaksanakan pada bulan April 2024 iaitu SMK Desa Serdang bagi sekolah menengah dan SK Sungai Serai untuk sekolah rendah. Makluman


19 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 5.10 STEM (Dr. Adlin Premla) 5.10.1 Dr. Adlin menyatakan matlamat STEM ialah untuk meningkatkan enrolmen murid Tingkatan Empat berdasarkan Dasar 60:40. Peratus enrolmen STEM PPD Hulu Langat juga menunjukkan peningkatan dan mencapai 40.28% pada tahun 2023 berbanding 32.52% pada tahun 2022. Enrolmen STEM PPD Hulu Langat bagi tahun 2023 telah melepasi KPI JPN Selangor (36.25%) dan juga KPI PPD hulu Langat 36.25%. Dr. Adlin memaklumkan data perbandingan enrolmen Pakej STEM sekolah menengah tahun 2021- 2023 menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 5.81% pada STEM C dan peningkatan sebanyak 0.96% enrolmen STEM A dan penurunan sebanyak 0.97% enrolmen STEM B. Makluman 5.10.2 Isu dan masalah yang dikenal pasti bagi enrolmen STEM iaitu kekeliruan pakej STEM, di mana pakej yang ditawarkan oleh sekolah tidak memenuhi syarat pakej STEM. Pihak sekolah memilih kombinasi mata pelajaran yang bukan pakej STEM. Kedua, pilihan pakej oleh murid akibat pengaruh rakan menyebabkan murid yang tidak layak merayu untuk memasuki pakej STEM A. Ketiga, kelulusan JPN juga menjadi isu, di mana sekolah tidak mendapat kelulusan untuk membuka elektif STEM kerana permohonan tidak mengikut prosedur yang betul. Di antara syarat utama untuk membuka elektif baharu adalah opsyen guru dan fasiliti sekolah. Dr. Adlin memaklumkan bahawa tindakan susulan berdasarkan isu tersebut telah dilaksanakan oleh pihak PPD Hulu Langat, seperti pelaksanaan Taklimat Penataran Pakej STEM kepada semua penyelaras STEM dan juga Taklimat Dasar 60:40 STEM kepada semua Penolong Kanan Pentadbiran. Sekolah menengah di daerah Hulu Langat yang rendah enrolmen STEM diberikan penataran tentang pelaksanaan Program ‘Career Hunt’ diikuti oleh lawatan verifikasi ke sekolah yang menghadapi masalah atau isu STEM tersebut di atas. Makluman 5.11 PLaN (Noor Suryati binti Abd Rahman) 5.11.1 Senarai sekolah fokus dan mentor PlaN PPD Hulu Langat seperti berikut, SK Kuala Pomson, SK Ampang, SK Bandar Seri Putra, SK Bandar Tasik Kesuma, SK Bandar Teknologi Kajang, SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Desa Baiduri, SK Jalan Enam, SK Kajang Utama, SK Pandan Indah, SK Semenyih, SK Taman Jasmin, SK Taming Jaya, SJKC Yu Hua dan SJKT Kajang. Pemilihan Sekolah berdasarkan data PBD pertengahan tahun 2023. Makluman 5.11.2 Perancangan PlaN Tahun 2024/2025 iaitu menyebarkan maklumat PlaN kepada semua guru besar di daerah Hulu Langat kerana semua sekolah rendah terlibat dengan PLaN. Program yang akan dijalankan secara berperingkat sepanjang tahun. Kedua, kunjung bantu di sekolah fokus PlaN bermula pada bulan April hingga bulan November. Ketiga, program keibubapaan murid sekolah PlaN bermula pada bulan Mac hingga November dan Dialog Prestasi sekolah fokus PlaN pada November 2024. Makluman 5.11.3 Tindakan oleh pihak Sektor Pembelajaran dan penyelaras PLaN Daerah Hulu Langat bagi sekolah fokus PlaN ialah dengan membuat semakan RPH dan PdPc guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik tahap satu dengan kerjasama pegawai SISC+ dan perbincangan dengan guru besar untuk melaksanakan intervensi di sekolah. Makluman


20 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 5.12 Prasekolah (Zairi bin Muhamad Nor) 5.12.1 Encik Zairi membuat pembentangan data Prasekolah seperti pautan pada slaid. https://lookerstudio.google.com/reporting/874a2543-6fd4-4ad6-91e8- b3979908d34a/page/p_ipzz1z5jwc Makluman 5.12.2 Encik Zairi memaklumkan program yang telah dijalankan pada tahun 2023 seperti berikut. Pertama, taklimat penyelarasan program Prasekolah dan SKPM Kualiti@Sekolah pada 29- 30 Mac 2023 di Aula Perdana, PPD Hulu Langat. Kedua, bengkel pemerkasaan penerapan nilai-nilai murni dalam PdP pada 26 Mei 2023 di Aula Perdana, PPD Hulu Langat dan bengkel kemahiran mengurus tingkah laku pembelajaran murid Prasekolah Negeri Selangor pada 16 dan 17 Oktober 2023, di Hotel Tenera Bangi. Makluman 5.12.3 Terdapat beberapa isu dan intervensi seperti berikut, Pertama, kurang penguasaan pembelajaran digital. Program yang dirancang adalah bengkel celik google drive. Kedua, penulisan objektif pembelajaran RPH yang tidak tepat, maka bengkel SKPM Kualiti@Sekolah dirancang yang berfokus kepada guru sebagai perancang. Ketiga, guru kurang mengemukakan soalan KBAT maka bengkel SKPM Kualiti@Sekolah berfokus kepada guru sebagai pendorong. Keempat, guru kurang membina bahan bantu mengajar yang kreatif. Pertandingan inovasi turut akan dilaksanakan bagi menjamin keberkesanan BBM yang dibina. Makluman 5.12.4 Mohon kepada semua Guru Besar untuk memberi pemugaran berkenaan instrumen SKPM Kualiti@Sekolah kepada semua guru prasekolah terutamanya aspek 4.1.1, 4.4.2 dan 4.6.1. Tindakan: Sekolah yang mempunyai Prasekolah 5.12.5 Verifikasi IPPK P2 akan dilaksanakan pada 1 Februari 2024 dan pihak PPD akan menghantar analisis data kepada pihak Jabatan Pendidikan Selangor (JPN) pada akhir bulan Februari. Pihak PPD Puan Rahayu binti Ahmad sangat cakna terhadap data murid yang tidak menguasai IPPK P2 ini. Makluman 5.0 PEMBENTANGAN KERTAS Tiada 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Guru besar SK Sungai Serai, Puan Rohlaizatul ‘Akmal binti Mohamad Sanusi menjelaskan terdapat beberapa soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang telah dimuatturun daripada Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) yang mempunyai soalan yang sama atau turutan soalan yang tidak sempurna, ada juga soalan yang tiada jawapan bagi tahun 5 Bahasa Melayu. Bagi soalan Tahun 6, terdapat gambar tetapi mempunyai jawapan tidak berkaitan gambar yang dinyatakan. Contoh yang lain, aktiviti bersama dengan keluarga yang duduk di ruang tamu, tetapi skema jawapan merujuk suasana pergi bercuti. Ada juga soalan tahun 5 Bahasa Cina, di mana, skema jawapan dan soalan tidak berkaitan. APPI yang yang disediakan tiada JSU yang disertakan. Makluman


21 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Hulu Langat Bil 3/2023 7.0 PENUTUP Encik Zaiazman menyatakan bahawa keseronokan bekerja dan kebahagiaan dicipta oleh kita sendiri. Jadi, mohon kerjasama guru besar untuk menjadi suri teladan kepada guru-guru di sekolah. Encik Zaiazman juga menerima aduan berkaitan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di sekolah. Mohon guru besar membetulkan keadaan di sekolah. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dilakukan tanpa sebarang pemotongan. Jadilah guru besar yang terbaik untuk guru, murid dan ibu bapa. Makluman Ucapan ribuan terima kasih kepada panitia daerah Hulu Langat yang telah memberi khidmat yang sangat baik bagi sesi sebelum ini, Sektor Pembelajaran menganugerahkan siji penghargaan untuk tujuan tersebut. (Rujuk slaid) Makluman Tahniah diucapkan kepada pelantikan baharu bagi panitia daerah Hulu Langat bagi sesi 2024, semoga dengan pelantikan ini akan meningkatkan lagi prestasi dan kerja buat guru besar di peringkat daerah. Watikah pelantikan panitia daerah Hulu Langat diberikan kepada sekolah-sekolah berikut. (Rujuk slaid) Makluman Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru besar dan Penolong Kanan Pentadbiran serta wakil kerana hadir. Beliau memohon maaf di atas segala kelemahan sepanjang mempengerusikan mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang Disediakan oleh: Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat 2023 Tarikh : 22 JANUARI 2024


Click to View FlipBook Version