SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS INDAH AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN JALAN MELATI 4, TAMAN MAJU JAYA, 56100 KUALA LUMPUR NOTA MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 SESI 2024/2025 PADA 6 MAC 2024 DI SUGEH HILL RESORT, JANDA BAIK, PAHANG. OLEH PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Nombor 1: Matlamat dan Objektif Kurikulum / Visi & Misi PENETAPAN KEBERHASILAN KURIKULUM (MERUJUK KPI) 2024/2025 1. Mencapai Tahap Minimum dan ke atas (TP3 hingga TP6) merujuk Pentaksiran Bilik Darjah setiap mata pelajaran yang aliran perdana. MATA PELAJARAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 BAHASA MELAYU 88.4 82.1 94.8 94.4 100.0 98.4 BAHASA INGGERIS 79.7 88.1 87.9 79.2 83.8 100.0 MATEMATIK 92.8 89.6 94.8 77.8 79.4 100.0 SAINS 97.1 97.0 98.3 95.8 97.1 100.0 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 89.7 95.5 100.0 97.1 97.0 100.0 PENDIDIKAN SENI VISUAL 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 PENDIDIKAN MUZIK 100.0 98.5 100.0 98.6 100.0 100.0 PENDIDIKAN MORAL 100.0 100.0 100.0 50.0 100.0 100.0 BAHASA ARAB 97.0 97.0 98.2 100.0 100.0 100.0 REKA BENTUK TEKNOLOGI 100.0 100.0 98.4 SEJARAH 97.2 100.0 100.0 PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 2. Mencapai Tahap Minimum iaitu TP3 bagi 3 subjek utama Tahun 3 oleh PPD Hulu Langat. Bahasa Melayu : 98.98% Bahasa Inggeris: 99.27% Matematik: 99.52% 3. Program JQAF TAHAP 1 TAHAP 2 Tamat Iqra` 6 90% Tamat Al Quran 90% Amali Wudhu 100% Perlakuan Solat 100% Bacaan Solat 100% 4. Peratus murid kelas pemulihan khas menguasai kemahiran literasi dan numerasi TAHUN LITERASI NUMERASI 1 90% 95% 2 85% 90% 3 95% 95% 4 95% 80% 5 100% 80% 6 100% 100%
Nombor 2: Mesyuarat (Merujuk Dasar Ketetapan Kurikulum PPDHL 2023 Perkara 1.) Surat Pekeliling: PTPA Bilangan 2 Tahun 2018 muka surat 10 Agenda mesyuarat merangkumi tujuh (7) perkara berikut: i. Perutusan Pengerusi Mesyuarat ii. Pengesahan Minit Mesyuarat iii. Perkara-perkara Berbangkit iv. Perbincangan v. Pembentangan Kertas vi. Hal-hal lain dan vii. Penutup Agenda Perbincangan merangkumi: Mesyuarat Bilangan 1: (Kurikulum/Panitia) i. Matlamat dan Objektif Kurikulum/Visi Misi ii. Dasar/Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum – termasuk Pengagihan Tugasan. iii. Pasca Nilai Peperiksaan/Pentaksiran/Kedua-duanya iv. Perancangan Strategik Organisasi (PSO) v. Anggaran Belanjawan Mengurus (PCG Mata Pelajaran) Mesyuarat Bilangan 2: i. Dasar/Ketetapan (dibangkit jika perlu/ada) ii. Laporan Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan Penambahbaikan (Program Induk @ Panitia/Pencerapan/Kewangan) iii. Pasca Nilai Peperiksaan/Pentaksiran/Kedua-duanya. iv. Perbincangan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) daripada Pasca Nilai Peperiksaan/Pentaksiran /Kedua-duanya Mesyuarat Bilangan 3: i. Laporan Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Penambahbaikan (Program/Pencerapan/Kewangan) ii. Penilaian impak PILL iii. Penyediaan/Pemurnian/Kemaskini Dokumen/Laporan iv. Penarafan Kendiri Sekolah SKPM Perancangan Tahun Hadapan Nombor 3: Anggaran Belanja Mengurus / PCG Mata Pelajaran (Merujuk Dasar Ketetapan Kurikulum PPDHL 2023 Perkara 2) a) Peruntukan kewangan mata pelajaran untuk sumber pendidikan dan program peningkatan pembelajaran murid digunakan secara optimum yang melibatkan semua tahun/tingkatan dengan nisbah. Sila pilih mengikut kesesuaian sekolah/panitia. b) ☐ 70:30 atau ☐ 65: 35 atau ☐ 60:40. Namun , JK Kewangan SK Cheras Indah tela menetapkan nisbah 60% pembelian barang manakala 40% program. c) ABM disemak dengan teliti oleh PKP/GKMP/KP dan diluluskan oleh PGB serta diserahkan kepada KPT/PTW. d) A BM mata pelajaran dibuat tiga (3) salinan dan disimpan di dalam Fail Panitia, Fail Jawatankuasa Kurikulum dan Fail Anggaran Belanjawan Mengurus (400- 2/1/1) selewatmya 15 Mac 2024. e) Status keberkesanan perbelanjaan PCG dibuat dan dibentangkan dalam mesyuarat kewangan/mesyuarat kurikulum/panitia mengikut jadual/takwim sekolah. Nombor 4:
Buku/Fail Rekod Mengajar Guru (Merujuk Dasar Ketetapan Kurikulum PPDHL 2023 Perkara 8) a) Kandungan BRM ini i. Profil Peribadi ii. Senarai Tugas Guru iii. Kalendar Sesi Akademik Persekolahan dan Cuti iv. Ikrar Perkhidmatan Awam v. Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi. Tafsiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii. Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia viii. Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas a) SPI Bilangan 7 Tahun 2003: Kuasa Guru Merotan Murid. b) SPI Bilangan 5 Tahun 1977: Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah c) SPI Bilangan 8 Tahun 2017: Cuti Rehat Khas d) SPI Bilangan 6 Tahun 1985: Peraturan Pakaian Guru e) SPI Bilangan 13 Tahun 2005: Pelaksanaan Lima Hari Bekerja dan Boleh Melaksanakan Aktiviti Hari Sabtu f) SPI Bil. 3 Tahun 1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran g) Cabutan Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib Bab D) ix. Jadual Waktu Kelas Diajar x. Jadual Waktu Persendirian Guru xi. Buku Rujukan Guru xii. DSKP/Sukatan Pelajaran xiii. Rancangan Pelajaran Tahunan xiv.Rancangan Pelajaran Harian xv. Rekod Markah/Pencapaian Murid xvi.Mesyuarat/Perbincangan Profesional b) Penghantaran BRM yang lengkap merujuk perkara kepada Ketua Jabatan atau PP1 (GPK) kali pertama selewat-lewatnya 29 Mac 2024 walau bagaimanapun RPH hendaklah dicetak dan dihantar setiap Jumaat kepada PP1 pada bulan Mac c) BRM adalah dokumen rasmi dan disimpan di tempat yang selamat. (SPI Bilangan 3 Tahun 1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran) Nombor 5: Tugasan dan Latihan (Merujuk Dasar Ketetapan Kurikulum PPDHL 2023 Perkara 9) a) Latihan tugasan kepada murid perlu diberikan bagi memperkukuh dan memperkaya pemahaman murid terhadap sesuatu konsep pembelajaran. b) SPI Bilangan 12 Tahun 2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah c) Bilangan dan bentuk latihan/tugasan minimum mata pelajaran mengikut bidang diminitkan dan diterima dalam Mesyuarat Bidang/Mesyuarat Panitia yang pertama. d) Latihan tugasan berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekurang-kurangnya tiga puluh peratus (30%) mengikut tahap keupayaan/kebolehan murid. e) Tugasan berbentuk individu/pasangan/kumpulan dilaksanakan dengan menerapkan peta pemikiran (i-THINK) sekurang-kurangnya sekali (1) seminggu. f) Bilangan buku latihan dihadkan tidak melebihi dua (2) buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu-satu masa. g) SPI Bilangan 3 Tahun 2022: Penggunaan Buku Aktiviti, Buku Kerja dan Buku Latihan di Sekolah Rendah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum) h) Penggunaan buku kerja sebagai bahan rujukan atau bahan ulangkaji di luar waktu PdP. i) Penggunaan modul (bahan tambahan) ditetapkan dalam mesyuarat panitia masing-masing dan tertakluk kepada keperluan panitia j) Maklumat/data bilangan/bentuk latihan mengikut tahun/tingkatan perlu diminitkan dalam mesyuarat panitia.
SPI Bilangan 2 Nombor 6: Jadual Waktu : Guru Ganti(Relief) 1. Secara sistem, jawatankuasa akan fw softcopy di grup media sosial rasmi. 2. PO akan mengedarkan borang untuk tanda tangan. JADUAL PENGURUSAN GURU GANTI (RELIEF) Pn Norhazimah bt Md.Noh Rabu Pn Susanna Joseph Isnin dan Jumaat Pn Nurfatihah Md Mokhtar Selasa dan Khamis En Nazim Mustapah Isnin-Jumaat jika berkenaan tiada Pn Nur Anis Amira I`mran Aktiviti HEM Pn Nadia Amira Suzaimi Aktiviti Kokurikulum Pn A`tif Amanina Sulaiman PPKI Pn Aslina Ahmad Prasekolah Nombor 7: Pengurusan Fail Kurikulum/Panitia (Merujuk Dasar Ketetapan Kurikulum PPDHL 2023 Perkara 13) Kandungan Fail Jawatankuasa Kurikulum -Fail Kurikulum 600-3/2/1 -Rujuk Manual Klasifikasi Fail Sekolah Pendidikan Malaysia Folder 1 i. Visi dan Misi KPM ii. Perincian Visi dan Misi (Sekolah) iii. Matlamat dan Objektif Unit Kurikulum. iv. Carta organisasi v. Pekeliling vi. Takwim Panitia vii. Maklumat guru viii. Jadual Waktu Guru ix. Surat lantikan x. Maklumat Mesyuarat panitia • Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat Panitia • Minit Mesyuarat Kurikulum dan Panitia • Maklumbalas Minit Mesyuarat xi. Kewangan (Anggaran Belanja Mengurus - ABM) Folder 2 i. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)/Sukatan Pelajaran (Tingkatan 6) ii. Format Rancangan Pengajaran Harian iii. Rancangan Pelajaran Tahunan iv. Bahan Bantu Belajar v. Buku Teks dan Rujukan Folder 3 i. Perancangan Strategik /Pelan Taktikal/Pelan Operasi ii. Laporan Program iii. PILL dan Laporan Pelaksanaan PILL iv. Program dan Laporan Perkembangan Staf (PLC) v. Kajian tindakan vi. Aktiviti Koakademik vii. Dokumentasi
Folder 4 i. Peperiksaan /Pentaksiran/UASA/ PBD ii. Analisis Peperiksaan /Pentaksiran/UASA iii. Analisis Item iv. Penggubal Soalan Ujian/Peperiksaan v. JSU PPT/PAT/ SPMC vi. Penyeliaan Pencerapan vii. Semakan buku latihan viii. Bank soalan 13.3.3 Fail PBS i. Salinan Surat Pekeliling ii. Salinan Surat-menyurat iii. Carta organisasi iv. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) v. Perancangan PBS Sekolah (Carta Gantt) vi. Jadual Pengoperasian vii. Minit Mesyuarat Jawatankuasa PBS viii. Laporan Pelaksanaan 4P ix. Kes-kes Khas (contoh: keciciran murid) x. Perekodan (Pertengahan dan Akhir Tahun) Fail maya adalah dimestikan manakala fizikal adalah pilihan, namun MESTILAH dilengkapkan fail sebelum 23 April 2024 Nombor 8: Pengurusan Bilik Khas (Merujuk Dasar Ketetapan Kurikulum PPDHL 2023 Perkara 16) 1. Peraturan dan tatacara penggunaan bilik khas perlu dipamerkan di tempat yang sesuai dan ditaklimatkan kepada semua guru dan murid pada awal tahun. 2. Pelan bilik khas dan pelan kecemasan disediakan dan dipamerkan untuk memastikan keselamatan murid. 3. Menyediakan Buku Rekod Penggunaan Bilik dan Buku Rekod Pengambilan dan Pemulangan Alatan. Analisis penggunaan bilik khas setiap bulan disediakan dan dihantar kepada PKP. Pelaporan secara lisan dibuat dalam Mesyuarat Kurikulum Bilangan 2 dan 3 untuk tujuan penambahbaikan 4. Borang KEW.PA-7 perlu ditampal di dalam bilik khas. 5. Borang/link tempahan bilik khas perlu disediakan sekiranya penggunaan bilik tersebut tidak dijadualkan. 6. Mengemaskini Buku Stok dan Inventori dari semasa ke semasa. Bahan yang PBK berbahaya di dalam makmal sains perlu diurus mengikut SOP dan dibuat hapus kira apabila bahan tersebut telah tamat tempoh. 7. Memastikan kunci bilik khas dilabelkan mengikut nombor bilik dan satu(1) salinan kunci disimpan di pejabat. 8. Menampal Jadual Penggunaan Bilik Khas di dalam/luar bilik. 9. Rujuk Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) untuk senarai bilik- bilik khas. Disediakan oleh: Puan Norhazimah binti Md.Noh Guru Penolong Kanan Pentadbiran