The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN SAYEMBARA GAMELAN UMK 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mai.akhmar, 2023-05-11 01:42:16

GARIS PANDUAN SAYEMBARA GAMELAN UMK 2023

GARIS PANDUAN SAYEMBARA GAMELAN UMK 2023

JUMAAT 9 JUN 2023 DEWAN TUNKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, BACHOK sayembara GAMELAN 2023


1.0 PENGENALAN Melalui kajian yang dibuat tentang sejarah gamelan di Malaysia, gamelan dapat ditafsirkan satu kesenian yang melibatkan muzik, tarian & nyanyian. Gamelan di malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kegunaan gamelan pada suatu masa dahulu hanyalah terhad sebagai kesenian istana. Namun, setelah zaman berubah, keseniaan gamelan telah menjadi popular kepada masyarakat. Banyak acara yang menggunakan muzik gamelan sebagai penyeri majlis. Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Muzik berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkasn mnda untuk berfikir secara lebih aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Selain daripada itu melalui gamelan minat dan bakat pelajar dapat dicungkil serta diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan keyakinan dirir dalam menghadapi cabaran hidup masa akan datang. 2.0 MATLAMAT Memebolehkan pelajar menguasai pelbagai kemahirn terutamanya dari aspek peraturan dan disiplin dalam sessebuah persembahan serta keberkesanannya dalam membentuk insan yang seimbang dari segi emosi kognitif kreativiti dan inovatif. Memberi pendedahan dan pengalaman serta mencungkil bakat kepimpinan pelajar yang menganjurkan serta mengendalikan pertandingan ini untuk menjadi pelajar yang matang dan holistic. 3.0 OBJEKTIF Objektif utama sayembara gamelan ini adalah sebagai satu wadah untuk memartabatkan seni gamelan Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. i. Memperkembangkan bakat pelajar ii. Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi iii. Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik iv. Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri v. Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif


4.0 PENYERTAAN i. Pertandingan secara berkumpulan untuk 10 minit persembahan. ii. Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan gamelan. iii. Setiap kumpulan perlu membayar yuran penyertaan sebanyak cadangan (RM 300.00) iv. Satu kumpulan hanya terdiri daripada 15 orang sahaja 5.0 CADANGAN PELAKSANAAN Tarikh : 9 Jun 2023 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok 7.0 PERATURAN UMUM Pertandingan akan dijalankan secara sepusingan sahaja iaitu 10 minit. Persembahan lagu asli gamelan atau madley lagu asli dan lagu pilihan. • GAMELAN (Kunci nada set Gamelan yang disediakan adalah dari nada C ) 8.0 JENIS LAGU 8.1 Senarai lagu asli gamelan tradisional instrumental tanpa nyanyian dan tanpa alatan muzik tambahan i. AYAK-AYAK ii. TOGOK iii. LAMBANG SARI (tanpa TURUN GAMBANG) iv. NONGGA v. KUNDANG-KUNDANG MABUK vi. TONGKANG MASUK vii. MULEH/PEMULEH viii. KETAWANG ix. LONANG x. PERANG MANGGUNG xi. TOPENG xii. ANTAWADA xiii. SRI RAMA BALIK 8.2 Lagu pilihan gamelan kreatif instrumental tanpa nyanyian i. Satu lagu pilihan atau lagu bebas


ii. Lagu ke-2 harus menggunakan gamelan sebagai asas lagu, tetapi boleh diiringi dengan peralatan lain seperti gitar,keyboard ,peralatan gendang dan sebagainya. iii. Lagu tradisional atau moden atau kontemporari. iv. Lagu ke-2 ini boleh digubah atau dicipta sendiri. v. Lagu melayu dan lain-lain. 9.0 PERSEMBAHAN 9.1 Aturan Persembahan i. Giliran persembahan akan dibuat melalui undian. ii. Arahan keluar, masuk ke dalam dewan persembahan adalah mengikut yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal. 9.2 Repertoire & Persembahan i. Persembahan kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian adalah mengikut kreativiti masing-masing. ii. Persembahan yang mengandungi elemen-elemen tempatan seperti lagu, rentak dan alat muzik tempatan adalah digalakkan. 9.3 Jangka Masa Persembahan 9.3.1 Masa yang diberikan pada setiap pasukan tidak melebihi 10 minit merangkumi perkara-perkara berikut: i. Masuk ke atas pentas ii. Persembahan iii. Keluar dari atas pentas 9.3.2 Pemberian markah adalah berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti di atas. 9.3.3 Jangka masa persembahan diambil kira bermula daripada naik ke pentas (gong kecil akan dibunyikan) dan berakhir selepas peserta terakhir meninggalkan pentas. 9.3.4 Persembahan pasukan-pasukan adalah mengikut giliran yang ditetapkan dalam satu aliran yang berterusan. 9.3.5 Cara setiap pasukan masuk ke ruang persembahan adalah seperti berikut: i. Semasa pengumuman dibuat dan selepas gong kecil dibunyikan pasukan yang akan membuat persembahan mula bergerak masuk daripada tempat persediaan yang ditetapkan.


ii. Bunyi iringan dibenarkan mengiringi pasukan yang masuk untuk membuat persembahan. 9.3.6 Cara setiap pasukan keluar daripada dewan persembahan adalah seperti berikut: i. Sebaik tamat persembahan, pasukan bergerak keluar daripada dewan melalui laluan keluar (exit point) yang telah ditetapkan. ii. Bunyi iringan dibenarkan mengiringi pasukan keluar daripada dewan persembahan. iii. Pasukan perlu mengemas semua peralatan untuk keluar sebaik pengacara memberi ucapan terima kasih kepada pasukan yang baru membuat persembahan. iv. Jumlah masa berakhir sebaik sahaja mana-mana ahli pasukan mula melepasi tanda keluar yang ditentukan. v. Semua peralatan dan bahan persembahan mesti diangkut keluar daripada ruang persembahan. 9.4 Pakaian Pakaian untuk semua ahli yang menyertai pertandingan hendaklah bersesuaian dan bersopan serta menutup aurat bagi peserta lelaki dan perempuan (peserta non-muslim digalakkan memakai ‘tight’).


10.0 ALAT MUZIK 10.1 Penggunaan alat muzik Gamelan dan alat muzik lain mengikut kreativiti setiap pasukan bertanding. 10.2 Jawatankuasa penganjur / TUAN RUMAH hanya menyediakan satu set alat muzik Gamelan 10.3 Gamelan beranada C 1 SET BONANG BARUS 1 SET BONANG PENERUS 1 SET KENUNG 1 SET GONG SUWUKAN 1 SET GONG AGUNG 2 BIJI GENDANG 1 SET GAMBANG 1 SET SARON DEMUNG 1 SET SARON BARUNG 1 SET SARON PENERUS 1 SET SLANTEM Nota Penting: Setiap kumpulan dikehendaki membawa pemukul peralatan 10.4 penggunaan Alat muzik tambahan perlu dibawa sendiri. 11.0 JURI PERTANDINGAN Juru pertandingan yang dilantik adalah dalam kalangan profesianal Keputusan juri adalah muktamad


11.0 KRITERIA PEMARKAHAN 11.1 Lagu Wajib 11.2 Lagu Pilihan KRITERIA MARKAH Keaslian Melodi dan Dinamik 25 % Tempo / Ritma 25 % Disiplin Alat dan Etika Persembahan 20 % Semangat 10 % Kreativiti Persembahan 10 % Kostium 10 % Jumlah keseluruhan 100 % KRITERIA MARKAH Melodi dan Dinamik 25 % Kreativiti Persembahan 25 % Tempo / Ritma 20 % Semangat 10 % Disiplin Alat dan Etika Persembahan 10 % Kostium 10 % Jumlah keseluruhan 100 % 11.3 Pensijilan KATEGORI MARKAH EMAS 85 HINGGA 100 PERAK 75 HINGGA 84.99 GANGSA 65 HINGGA 74.99 PENYERTAAN 0 HINGGA 64.99


12.0 PENUTUP Dengan pelaksanaan program ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan , berani mencuba, kreatif serta menjadi warganegara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajajr dengan matlamat negara dalam membangunkan modal insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara


Click to View FlipBook Version