BAB 1
MIKROORGANISMA
SAINS TINGKATAN 5 KSSM
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM , JOHOR
1.1 DUNIA
MIKROORGANISMA
DUNIA
MIKROORGANISMA
• Mikroorganisma ialah
organisma seni yang
tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
• Mikroorganisma hanya
dapat dilihat dengan
bantuan mikroskop.
FLORA NORMAL
• Flora normal merupakan mikroorganisma yang
ditemukan pada organisma termasuklah
manusia dan haiwan dan tidak menyebabkan
penyakit.
BAHAGIAN ATAS
SALUR PERNAFASAN
• Staphylococcus sp
• Streptococcus sp.
KULIT
• Staphylococcus sp.
• Corynebacterium sp.
USUS KECIL
• Escherichia coli
• Streptococcus sp.
• Lactobacillus sp.
URETRA
• Corynebacterium sp.
• Staphylococcus sp.
PENGELASAN MIKROORGANISMA
FUNGI
(ATAU
KULAT)
MUKOR MERUPAKAN
FUNGI MIKROSKOPIK.
SAIZ FUNGI
• Fungi mempunyai saiz yang berbeza-
beza .
• Terdapat fungi makroskopik seperti
cendawan yang dapat dilihat dengan
mata kasar dan juga fungi mikroskopik
seperti yis dan mukor yang berukuran
antara 10 μm – 100 μm.
• Fungi mikroskopik hanya dapat dilihat
dengan bantuan mikroskop.
• Fungi seperti mukor lazimnya wujud
berkoloni atau berkumpulan.
BENTUK FUNGI
• Fungi unisel seperti yis berbentuk
sfera kecil
• Fungi multisel seperti mukor
lazimnya terdiri daripada
sporangium yang berbentuk sfera
dan hifa yang berbentuk bebenang
NUTRISI FUNGI
• Sesetengah fungi
merupakan saprofit
yang memperoleh
nutrien daripada
organisma yang telah
mati dan reput
manakala sesetengah
fungi lagi ialah parasit
yangmemperoleh
nutrien daripada
perumahnya
HABITAT FUNGI
• Habitat mikroorganisma
lazimnya dihubungkaitkan
dengan nutrisi mikroorganisma.
• Oleh itu, fungi biasanya hidup
di tempat yang mempunyai
bahan reput yang banyak, tinja,
kulit haiwan dan makanan.
• Fungi juga sesuai tumbuh di
persekitaran yang gelap dan
lembap.
CARA PEMBIAKAN FUNGI • Fungi unisel seperti yis
membiak secara aseks
melalui pertunasan
• Fungi multisel seperti
mukor membiak secara
aseks melalui
pembentukan spora atau
membiak secara seks
melalui konjugasi
• Spora merupakan sel CARA PEMBIAKAN FUNGI
mikroskopik yang dibebaskan
oleh sporangium.
• Apabila spora yang sangat
halus dan ringan dibawa oleh
angin ke persekitaran yang
sesuai, spora tersebut akan
bercambah tanpa
persenyawaan.
• Dalam proses konjugasi pula,
pertemuan hifa berlaku,
gamet dihasilkan dan
persenyawaan gamet
menghasilkan mukor yang
baharu.
ALGA
NUTRISI ALGA
• Kebanyakan alga berwarna hijau disebabkan oleh
kehadiran klorofil di dalam selnya.
• Perkara ini turut membezakan alga mikroskopik daripada
mikroorganisma lain.
• Klorofil membolehkan alga menghasilkan makanannya
sendiri melalui fotosintesis.
HABITAT ALGA
• Habitat alga ialah
air tawar, air
masin, tanah
lembap dan kulit
pokok yang
terdedah kepada
cahaya matahari.
CARA PEMBIAKAN
• Alga seperti Chlamydomonas
sp. dapat membiak secara
aseks melalui belahan dedua
dan secara seks melalui
konjugasi.
• Alga seperti Spirogyra sp.
pula membiak secara seks
melalui konjugasi.
SAIZ ALGA
• Alga mempunyai saiz yang
berbeza-beza.
• Te,rdapat alga makroskopik
seperti alga laut yang dapat
dilihat dengan mata kasar dan
juga alga mikroskopik seperti
Chlamydomonas sp. dan
Spirogyra sp. yang berukuran
antara 1 μm hingga beberapa
ratus μm
BENTUK ATAU
STRUKTUR
ASAS
• Alga unisel seperti
Chlamydomonas sp.
dan alga multisel
seperti Spirogyra
sp. mempunyai
kloroplas yang
mengandungi
klorofil
PROTOZOA
SAIZ PROTOZOA
• Kebanyakan protozoa merupakan
mikroorganisma unisel yang
berukuran antara5 μm – 250 μm
dan dapat dilihat melalui
mikroskop cahaya kuasa rendah.
• Protozoa lazimnya wujud secara
berkoloni.
BENTUK PROTOZOA
• Protozoa mempunyai
pelbagai bentuk.
• Paramecium sp.
berbentuk seperti bentuk
selipar dan mempunyai
struktur seperti
mikronukleus,
makronukleus,
sitoplasma, vakuol
makanan, vakuol
mengecut, membran sel
dan rerambut halus yang
dikenali sebagai silia.
BENTUK
PROTOZOA
• Amoeba sp. tidak
mempunyai bentuk yang
tetap. Bentuknya
berubah-ubah semasa
bergerak.
• Amoeba sp. mempunyai
struktur seperti nukleus,
sitoplasma, vakuol
makanan, vakuol
mengecut dan membran
sel.
NUTRISI
• Protozoa mengamalkan nutrisi yang
pelbagai jenis.
• Terdapat protozoa yang dapat
menjalankan fotosintesis seperti
Euglena sp. dan ada yang bersifat
parasit seperti Plasmodium sp..
Amoeba sp. mendapatkan nutrien
melalui fagositosis
• Amoeba sp. menggunakan unjuran
sitoplasma yang dikenali sebagai
pseudopodium atau ‘kaki palsu’ untuk
bergerak dan mengepung makanan
semasa fagositosis
CARA PEMBIAKAN
PROTOZOA
• Belahan dedua bermula dengan
pembahagian nukleus diikuti oleh
pembahagian sitoplasma
• Paramecium sp. dan Amoeba sp.
membiak secara aseks melalui
belahan dedua.
• Selinduk membahagi dua untuk
membentuk dua sel anak yang
mempunyai bahan genetik yang
serupa dengan induk.
CARA PEMBIAKAN
PROTOZOA
• Paramecium sp. membiak juga
secara seks melalui konjugasi.
• Dua Paramecium sp. bertaup dan
pertukaran bahan genetik berlaku
HABITAT
PROTOZOA
• Habitat Paramecium
sp. ialah air tawar.
• Habitat Amoeba sp.
pula termasuklah
tanah yang lembap,
air tawar, air laut
dan perumah.
BAKTERIA
SAIZ BAKTERIA
• Bakteria merupakan
mikroorganisma
unisel yang
berukuran antara 0.2
μm – 10 μm.
• Bakteria dapat dilihat
melalui mikroskop
cahaya kuasa tinggi.
BENTUK BAKTERIA
• Penamaan dan pengelasan bakteria adalah
berdasarkan bentuk asas bakteria, iaitu sfera
(kokus), pilin (spirilum), rod (basilus) dan koma
(vibrio)
STRUKTUR ASAS
BAKTERIA
• Kebanyakan bakteria
mempunyai dinding sel
yang teguh yang
memberikan bentuk dan
sokongan kepada
bakteria. Dinding sel
bakteria tidak dibina
daripada selulosa tetapi
dibina daripada asid
amino dan polisakarida.
STRUKTUR ASAS BAKTERIA
• Sesetengah bakteria mempunyai
kapsul yang melindungi dinding sel.
Sesetengah bakteria pula mempunyai
struktur rerambut halus yang dikenali
sebagai pili yang membolehkan
bakteria melekat pada permukaan
tertentu. Sesetengah bakteria juga
mempunyai struktur seperti ekor yang
dikenali sebagai flagelum untuk
membantu pergerakannya.
NUTRISI BAKTERIA
• Bakteria mendapatkan makanan melalui
pelbagai cara
• Bakteria yang mempunyai klorofil
menghasilkan makanannya sendiri.
• Sesetengah bakteria bersifat parasit yang
mendapatkan nutrien daripada perumahnya
• .Terdapat juga bakteria saprofit yang
mendapatkan nutrien daripada organisma
yang telah mati.
HABITAT BAKTERIA
• Bakteria dapat
ditemukan dalam
udara, air, tanah
dan kesemua
organisma dan
bahan yang
mereput.
CARA PEMBIAKAN BAKTERIA
• Bakteria membiak secara aseks, iaitu melalui belahan
dedua dan juga membiak secara seks melalui
konjugasi
KONJUGASI
BAKTERIA
• Plasmid merupakan
gelang kromosom kecil
yang mampu bereplikasi
secara bebas dan
bertanggungjawab untuk
memindahkan bahan
genetik semasa konjugasi
bakteria berlaku.
CIRI ISTIMEWA
BAKTERIA
• Bakteria seperti Bacillus
anthracis membentuk
endospora (Rajah 1.16)
supaya dapat bertahan
dalam persekitaran yang
ekstrem seperti kawasan
yang terlalu panas atau
sejuk, kemarau dan
kekurangan makanan.