The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T5 BAB 1 MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AZLINA BINTI ABDUL MUTTLIB Moe, 2020-04-06 10:15:36

T5 BAB 1 MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN

T5 BAB 1 MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN

BAB 1
MIKROORGANISMA DAN

KESANNYA KE ATAS
HIDUPAN

1.1 PENGKELASAN MIKROORGANISMA

• Mikroorganisma adalah organisma yang sangat seni dan
hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

• Boleh dijumpai di mana-mana pada bumi ini.
• Mikroorganisma mempunyai kebaikan dan keburukan.
• Dikelaskan kepada 5 kategori.

MIKROORGANISMA

BAKTERIA VIRUS KULAT ALGA PROTOZOA

BAKTERIA

SAIZ BAKTERIA
• Saiz antara 0.5 – 10µm
• Dapat diperhatikan menggunakan mikroskop

cahaya berkuasa tinggi.

RUPABENTUK BAKTERIA

CARA PEMBIAKAN BAKTERIA

• Bakteria menjalankan pembiakan aseks secara
belahan dedua.

• Dalam keadaan tanpa air atau makanan, bakteria
berubah menjadi spora sehingga keadaan menjadi
sesuai.

NUTRISI BAKTERIA

• Bakteria Parasit – peroleh makanan daripada
organisma hidup. Ini menyebabkan penyakit pada
haiwan atau tumbuhan.

• Bakteria saprofit – perolehi makanan daripada
organisma mati seperti haiwan dan kayu reput.

• Bakteria autotrof – boleh buat makanan sendiri
melalui fotosisntesis

HABITAT

• Bakteria terdapat di merata-rata tempat seperti
dalam air, udara, tanah, tumbuhan dan haiwan.

VIRUS

SAIZ VIRUS
• 0.02 – 0.4µm
• Mikroorganisma paling seni
• Dapat dilihat menggunakan mikroskop

elektron.

RUPA BENTUK VIRUS

• Virus tidak menyerupai sel. Tidak mempunyai
sitoplasma , nukleus dan membran.

• Terbina daripada kapsul protein.

CARA PEMBIAKAN VIRUS

• Virus tidak melakukan proses hidup seperti

bernafas, memakan dan berkumuh. Namun ia dapat
menjalankan proses pembiakan.
• Virus tumbuh dan membiak dalam sel hidup
(perumah) dengan menggandakan dirinya (replikasi)

NUTRISI VIRUS

• Semua virus merupakan parasit yang boleh
menyebabkan penyakit.

• Tidak makan , namun virus menggunakan bahan di
dalam sel hidup untuk menggandakan bilangannya.

HABITAT VIRUS

• Hidup dalam sel hidup (perumah).
• Di luar perumah, virus menghablur dan menjadi

zarah bukan hidup.
• Virus dapat dikultur dan disimpan dalam bentuk

hablur bertahun-tahun lamanya.

KULAT

SAIZ KULAT

• 10 - 100µm
• Dapat diperhatikan menggunakan kanta tangan atau

mikroskop cahaya pada kuasa rendah

RUPA BENTUK KULAT

• Merupakan tumbuhan yang mempunyai dinding sel
dan nukleus tetapi tidak mempunyai akar, batang
atau daun.

• Mukor (kulapuk) terdiri daripada filamen halus yang
disebut hifa manakala yis terdiri daripada sel sahaja.

CARA PEMBIAKAN KULAT

• Membiak melalui pembiakan aseks.
• Pembentukan spora – Mukor menghasilkan spora,

apabila matang sporangium akan pecah untuk
menyebarkan sporanya melalui udara.
• Proses pertunasan – Yis akan terpisah daripada
induknya dan tumbuh menjadi yis.

NUTRISI KULAT

• Kulat adalah tumbuhan tetapi tidak boleh buat
makanan sendiri.

• Saprofit – Mukor hidup pada bahan organik seperti
roti. Enzim dirembeskan untuk cerna roti kepada
ringkas kemudian diserap melalui hifanya.

• Parasit – contoh panau dan kurap tumbuh pada
organisma hidup (kulit manusia) untuk memperoleh
makanan daripadanya.

HABITAT KULAT

• Tempat gelap dan lembap contoh pada bangkai
haiwan, roti , buah-buahan, kulit haiwan atau
tumbuhan.

PROTOZOA

SAIZ PROTOZOA

• Haiwan unisel yang sangat seni.
• Dapat dilihat menggunakan mikroskop cahaya.
• 5 - 250µm

RUPA BENTUK PROTOZOA

• Organisma akuatik yang bersel tunggal.
• Mempunyai nukleus dan sitoplasma yang diselaputi

membran sel.
• Kebanyakannya mempunyai silium yang

membantunya bergerak.

CARA PEMBIAKAN PROTOZOA

P e m b i a k a n Dua paramesium

a s e k s a m e b a berpaut semasa

secara belahan pembiakan seks

dedua (konjugasi) untuk

memindah baka

genetik

NUTRISI PROTOZOA

• Saprofit – Ameba dan Paramesium memperoleh
makanan daripada bahan reput.

• Parasit – Plasmodium hidup dalam organisma hidup
dan ia boleh menyebabkan penyakit malaria.

HABITAT

• Kebanyakan protozoa hidup dalam air seperti di
dalam kolam air tawar atau sungai dan dalam air
masin seperti air laut.

• Sesetengah hidup di tempat yang lembap seperti
tanah lembap dan sel hidup.

ALGA

SAIZ
• 1 – 10 000µm
• Saiz mikroskopik – spirogira, klamidomonas

dan fitoplankton.
• Dapat dilihat Mata kasar – rumpair laut

RUPA BENTUK ALGA

• Mempunyai dinding sel
berselulosa, nuklues,
sitoplasma dan
kloroplas.

• Tidak mempunyai
batang, akar atau daun
sebenar.

CARA PEMBIAKAN ALGA

• Boleh membiak secara belahan dedua dan konjugasi.

NUTRISI ALGA

• Autotrof – boleh buat makanan sendiri melalui
fotosinstesis.

• Merupakan pengeluar dalam rantai makanan.

HABITAT ALGA

• Alga hidup subur di tempat lembap yang bercahaya.
• Dijumpai di kawasan air tawar atau air masin seperti

kolam, sungai, laut dan juga di kulit pokok serta
tanah lembap.

1.2 FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

1. NUTRIEN

§ Keperluan asas mikroorganisma untuk
pertumbuhan.

§ Saprofit – memperoleh nutrien dari benda yang
sudah mati.

§ Parasit - memperoleh nutrien dari organisma
hidup.

§ Autotrof – boleh membuat makanan sendiri.

1.2 FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

2. KELEMBAPAN

vSemua mikroorganisma memerlukan air
untuk pertumbuhan.

vBakteria bentuk spora boleh hidup dalam
keadaan kering.

1.2 FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

3. CAHAYA

vKebanyakan mikroorganisma gemar hidup dalam
keadaan gelap.

vKerana sinaran ultraungu dalam cahaya matahari
boleh membunuh mikroorganisma.

vWalau bagaimanapun alga memerlukan cahaya
untuk melakukan fotosintesis.

4. SUHU

v30 – 40 °C mikroorganisma membiak
dengan pesat.

v37 °C suhu optimum untuk pertumbuhan
mikroorganisma.

v0 – 5 °C mikroorganisma tidak aktif dan
tumbuh dengan perlahan.

v60 °C kebanyakan mikroorganisma mati.
v120°C spora bakteria mati.

5. NILAI pH

Ø pH 7 (neutral) kebanyakan mikroorganisma
sesuai hidup.

Ø pH 7.4 (sedikit beralkali) kebanyakan bakteria
sesuai hidup.

Ø pH 6.8 (sedikit berasid) kebanyakan protozoa
dan kulat sesuai tumbuh.

Ø Te r l a l u b e r a s i d d a n t e r l a l u b e r a l k a l i
mikroorganisma akan terbunuh.

1.2 FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

1. NUTRIEN

2. KELEMBAPAN

1.2 FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA

3. CAHAYA

4. SUHU

5. NILAI pH

1.3 MIKROORGANISMA YANG BERFAEDAH

• Terdapat pelbagai mikroorganisma yang memberi
manfaat kepada manusia.

• Mikroorganisma memainkan peranan yang
penting dalam :

1. Pencernaan makanan
2. Proses pereputan
3. Perubatan
4. Pertanian
5. Perindustrian

1. PENCERNAAN MAKANAN

2. PROSES PEREPUTAN

3. PERUBATAN

4. PERTANIAN

5. PERINDUSTRIAN

POTENSI PENGGUNAAN MIKROORGANISMA
DALAM PELBAGAI BIDANG

• Melalui kejuruteraan genetik, struktur gen bakteria dapat
diubah untuk hasilkan hormon dan enzim.

• Sejenis bakteria untuk menghasilkan plastik
terbiodegrasi. Masalah kehabisan petroleum untuk
membuat plastik dapat diatasi.

• Bakteria digunakan untuk menguraikan dan
membersihkan tumpahan minyak di laut.

• Virus tertentu untuk merawat penyakit baka seperti
anemia sel sabit.

1.4 KESAN BERBAHAYA MIKROORGANISMA

1. Patogen adalah mikroorganisma berbahaya yang boleh
menyebabkan penyakit.

2. Kebanyakan patogen adalah parasit yang hidup pada
perumah dan memperoleh makanan daripadanya.

3. Toksin yang dihasilkan oleh patogen menyebabkan
gejala-gejala penyakit pada organisma yang
diseranginya.

4. Sesetengah patogen boleh mendatangkan maut pada
manusia.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PROTOZOA

MALARIA X-RAY TUBERCULOSIS

GONORRHEA SIFILIS

CARA JANGKITAN PENYAKIT

CARA JANGKITAN PENYAKIT

1. MELALUI VEKTOR


Click to View FlipBook Version