Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 1 MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LANAS, JELI KELANTAN BIL 02/2023 ___________________________________________________________ Tarikh : 23 Mei 2023 Masa : 1.15 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina Pengerusi : En Abdul Malik Bin Kiman (Guru Besar) Kehadiran : Rujuk Lampiran ____________________________________________________________________ 1. PERUTUSAN PENGERUSI (EN. ABDUL MALIK BIN KIMAN-GURU BESAR) 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Al- Fatihah, ucapan salam dan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat Pengurusan Sekolah buat kali kedua. 1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru atas komitmen dalam menjayakan pelbagai program yang telah dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan ini. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali Pertama 2023 Pencadang : Pn. Suahana bt. Yusoff Penyokong : Pn. Norazlina bt. Noh 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan 4. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AM (GURU BESAR) 4.1 Sistem Pengurusan Sekolah 4.1.1 Modul EMIS : Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Cik Nurul Syafikah atas pengemaskinian data 4.1.2 Modul Pengurusan Guru (e-operasi) : Guru Besar memaklumkan semua guru termasuk guru baru berpindah boleh mengemaskini data terkini terutama perubahan matapelajaran yang diajar dan gaji. Sebarang perubahan mestilah dimaklumkan kepada PK Pentadbiran dan Guru Besar untuk pengesahan.
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 2 4.1.3 Modul Pengurusan Murid : a) Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua Guru Kelas yang telah berjaya mengemaskini data murid dalam sistem APDM. b) Beliau juga meminta kerjasama dari Guru Kelas untuk mengisi kehadiran murid pada setiap hari sebelum pukul 12 tengah hari. Tindakan : Untuk makluman 4.2 SKPMKualiti@Sekolah 4.2.1 Guru Besar memaklumkan telah melengkapkan elemen pertama Kekuatan Kami manakala Elemen Pengurusan Kami akan dibuat pada bulan Jun : a) Aspek Murid (Murid dan Lokaliti)- skala 1 b) Aspek Guru – skala 10 c) PdP – akan melaksanakan FLO yang pertama pada bulan Jun d) Aspek Bukan Guru – skala 10 e) Prasarana Sekolah- skala 10 f) Prasarana Sukan & Kokurikulum – 72.7% berfungsi g) Aspek Digital – 70% sahaja kawasan yang dapat mengakses internet h) Sokongan Ibubapa/ Staf – 61-90% Tindakan : Untuk makluman 4.3 PBPPP Guru Besar menggalakkan guru-guru berbincang dengan Pegawai Penilai 1 (PP1) terlebih dahulu sebelum meletakkan skor markah. Tindakan : Untuk makluman 4.4 Pengurusan Kewangan 4.4.1 Guru Besar memaklumkan sebanyak 42% peruntukan perbelanjaan telah selesai digunakan dan hanya beberapa panitia sahaja telah menggunakan peruntukan yang diberi. 4.4.2 Beliau berharap agar panitia menggunakan peruntukan tersebut untuk pembelian alat bantu mengajar atau melaksanakan program Tindakan : Ketua Panitia 4.5 Persekitaran/Kemudahan Fizikal 4.5.1 Guru Besar memberitahu peruntukan penambahbaikan pendawaian di Blok C telah pun diluluskan 4.5.2 Beliau memohon guru-guru kelas dan bilik-bilik khas di Blok A dan B melaporkan sebarang kerosakan suis/plug kepada pentadbir menggunakan googleform yang disediakan oleh Guru Data. 4.5.3 Guru Besar juga berharap agar guru-guru kelas dan guru bilik khas menceriakan kelas semampu yang boleh terutama mengemaskini
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 3 maklumat pada papan kenyataan di kelas. Tindakan: Untuk Makluman/ Cik Nurul Syafikah 4.6 Pemantauan Sektor Integriti Guru Besar memfokuskan tentang : 4.6.1 Kad Perakam Waktu i) Guru-guru tidak dibenarkan mewakilkan orang lain untuk mengetik kad melainkan guru tersebut telah sampai di sekolah ii) Jika guru terlewat, tidak hadir atau berkursus perlu maklumkan kepada Guru Besar dan menulis alasan pada ruang catatan di kad perakam waktu iii) Guru Besar berharap agar semua guru lebih prihatin dan mematuhi peraturan ini. 4.6.2 Fail RPH i) Guru Besar meminta semua guru termasuk guru prasekolah dan PPKI mengemaskini segala maklumat yang perlu seperti jadual waktu, RPT, tarikh cuti am, senarai tugas dan lain-lain di dalam fail tersebut ii) Borang Transit PBD perlu dimasukkan ke dalam fail RPH dan mesti dihantar pada setiap minggu. 4.6.3 Borang Keluar/Masuk i) Guru Besar meminta semua guru perlu mengisi borang keluar/masuk di pejabat jika guru ingin memohon keluar berurusan di luar ii) Waktu keluar dan masuk perlu diisi pada borang tersebut dan mengetik juga pada kad perakam waktu iii) Tempoh masa keluar berurusan adalah tidak melebihi dari 4 jam. Sekiranya lebih dari 4 jam, guru perlu memohon CRK 4.6.4 Pengisytiharan Harta Guru Besar memaklumkan jika guru ada pertambahan atau pengemaskinian harta perlu membuat pengisytiharan dan mencetak Lampiran E pada bahagian HRMIS dan menyerahkan salinan tersebut di pejabat. 4.6.5 Kenyataan Cuti i) Guru Besar memohon guru-guru yang ingin bercuti hendaklah mengisi permohonan cuti dalam sistem HRMIS ii) Jika guru mengambil cuti sakit, sijil cuti sakit tersebut perlu diserahkan kepada pihak pejabat. Tindakan : Untuk Makluman 5. PENGURUSAN KURIKULUM (PK PENTADBIRAN-En.Zulkifli B. Nor)
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 4 5.1 PBPPP 5.1.1 PK Pentadbiran (PKP) memaklumkan guru-guru perlu berbincang terlebih dahulu dengan Pegawai Penilai 1 bagi meletakkan skor markah. Tindakan : Untuk makluman 5.2 Kad Perakam Waktu 5.2.1 PKP meminta jika guru telah mengisi CRK pada hari berkenaan tetapi kemudian ingin mengubah kepada cuti sakit (MC), guru perlu membaiki atau menanda semula pada kad perakam waktu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan 5.2.2 Beliau juga memohon agar guru-guru mencatat sendiri pada ruangan catatan kad perakam waktu jika guru keluar berkursus/taklimat/mesyuarat/CRK/MC 5.2.3 Sekiranya lewat hadir ke sekolah, guru juga perlu mengetip kad perakam waktu dan menulis alasan pada kad tersebut Tindakan : Untuk makluman 5.3 PKP meminta supaya ketua dan setiausaha bagi setiap panitia menyediakan RPT dan DSKP bagi semua tahun dan perlu disimpan dalam fail panitia masing-masing. Tindakan : Ketua/Setiausaha Panitia 5.4 PKP juga memaklumkan Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Panitia kali ke 2 akan dibuat pada minggu pertama selepas cuti pertengahan penggal. Tindakan : Untuk makluman 5.5 Setiap panitia juga perlu membuat catatan dan tarikh bila peruntukan panitia akan digunakan. Tindakan : Ketua Panitia 5.6 PBD 5.6.1 Panitia BM, BI dan Matematik perlu melaksanakan program yang telah dirancang bagi mengurangkan TP1 Tindakan: Untuk Makluman 5.7 Dual Language Programme (DLP) 5.7.1 Program DLP terpaksa diteruskan juga walaupun sekolah kekurangan kepakaran guru Tindakan : Untuk Makluman 5.8 Program Transisi 5.8.1 PKP mengucapkan tahniah kepada Penyelaras Program Transisi
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 5 kerana program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan memuaskan. 5.9 Formal Learning Observation (FLO) 5.9.1 CPD akan dilaksanakan sebanyak 2 kali 5.9.2 Learning Walk akan bermula bulan Jun ini. Tindakan : Cik Widyawati Huslina 6. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (PK HEM-En.Mohd Yasin bin Mahmood) 6.1 Fail Murid 6.1.2 PK HEM meminta semua guru kelas mengemaskini nama guru kelas tahun semasa pada muka depan Fail Murid 6.1.3 Borang Maklumat Murid tahun semasa perlu diletakkan dalam fail tersebut. Tindakan : Guru Kelas 6.2 SSPM 6.2.1 PK HEM memaklumkan ID dan Password SSPM telah pun disebarkan kepada semua warga sekolah termasuk guru, AKP, pekerja kebersihan, pengawal keselamatan dan pekerja kantin bagi memudahkan pengisian sahsiah murid. Tindakan : Untuk makluman 6.3 APDM 6.3.1 PK HEM mengingatkan kepada guru kelas supaya sentiasa mengemaskini kehadiran murid dalam APDM dan tidak melebihi 3 hari tempoh pengemaskinian bagi mengelakkan sebarang masalah. Tindakan : Guru Kelas 7. PENGURUSAN KOKURIKULUM (PK KO – En. Adli bin Daud) 7.1 PK KO menegaskan aktiviti Kokurikulum pada setiap hari Rabu adalah melibatkan semua guru dan semua guru mesti menanda kehadiran pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan. Tindakan : Untuk makluman 7.2 PK KO memaklumkan sekiranya guru mempunyai urusan dan tidak dapat hadir pada aktiviti Kokurikulum, hendaklah menulis alasan pada ruang catatan pada Kad Perakam Waktu. Tindakan : Untuk makluman
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 6 7.3 Prosedur Kewangan Aktiviti Murid 7.3.1 PK KO memaklumkan setiap aktiviti yang memerlukan yuran pendaftaran mestilah disertakan bersama resit pendaftaran 7.3.2 Penyertaan murid mestilah mendapat surat kelulusan daripada Guru Besar 7.3.3 Guru pengiring perlu memaklumkan kepada murid jumlah pemberian wang saku dan murid menandatangan akuan terima wang pada Borang Akuan Terima Wang Saku. Tindakan : Untuk makluman 7.4 Prosedur Membawa Murid Mengikuti Aktiviti/Program di Luar Sekolah 7.4.1 Prosedur keselamatan yang perlu ada ialah : a) Surat Jemputan Menyertai Aktiviti/Program b) Salinan Lesen Memandu c) Cukai Jalan d) Borang Kebenaran Ibubapa e) Borang Menggunakan Kenderaan Sendiri Tindakan : Untuk makluman 7.5 Guru Besar memaklumkan program yang ingin dilaksanakan perlu menyediakan kertas kerja, kelulusan kewangan, nota minta dan sokongan daripada PK KO dan Guru Besar. Tindakan : Untuk makluman 8. LAIN-LAIN HAL 8.1 Puan Suahana bt. Yusof mencadangkan pihak sekolah menyediakan peti Kecemasan di bilik guru bagi memudahkan guru-guru memberi rawatan jika berlaku kecederaan ringan kepada murid. 8.2 PK KO memaklumkan pasukan bola sepak sekolah akan menyertai perlawanan amal di Karnival Amal Tabung Kebajikan OKU HUSM pada 27 Mei 2023. 9. PENANGGUHAN MESYUARAT 9.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.57 petang
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 7 Disediakan oleh : Disemak oleh : (W.FAZYATUL AKMAR BT MOHAMED HASSAN) (ZULKIFLI BIN NOR) Setiausaha, PK Pentadbiran, Mesyuarat Pengurusan Sekolah SK Ayer Lanas, Jeli SK Ayer Lanas, Jeli Disahkan oleh : (ABDUL MALIK BIN KIMAN) Guru Besar, SK Ayer Lanas, Jeli Lampiran 1 Kehadiran Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 2/2023
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 8 1. Abdul Malik Bin Kiman (Guru Besar) 2. Zulkifli Bin Nor (PK Pentadbiran) 3. Mohd Yasin Bin Mahmood (PK HEM) 4. Adli Bin Daud (PK Kokurikulum) 6. Adauwiyah Bt. Ab Rahman 7. Amali Bt. Ibrahi 9. Ang Siew Cheng 11. Azura Bt. Ab Majid@Aziz 12. Hafizuddin Bin Ramli 13. Khalizah Bt. Hassan 14. Masitah Bt. Yusoff 15. Mohammad Hafiz Azly Bin Halin 16. Mohd Hussien Bin Harun 17. Mohd Khairul Ashraf Bin Mo 19. Nor Azlizam Binti Mat Yusof 20. Nor Hartini Bt. Zainal 21. Nor Suhana Bt. Ab Rahman 22. Norazlina Bt.Noh 23. Norzubaidah Bt. Mohamed 24. Nur Alyaa Afiqah Bt. Che Hanafi 25. Nur Fadzlin Bt. Abdul Az 27. Nurul Fadilah Bt. Zainal Abidin 28. Nurul Izzati Fahida Bt. Mohd Arshad 29. Nurul Shafiqah Bt. Shamsudin 30. Qaisarah Shafiqah Bt. Aza 32. Rosemaria Bt. Awang 34. Rosmizana Bt. Shamsuddin 35. Rozaini Bt. Mat Hassan 36. Siti Aminah Bt. Mohamad 37. Siti Hajar Bt. Mat Yassin 38. Siti Nur Ayuni Bt. Makhtarudin 39. Siti Zalyani Zakiah Bt. Mustafa 40. Suahana Bt. Yusoff 41. Tengku Norizan Bt. Raja Yusoff 42. Wan Aida Bt. Wan Ab Aziz 43. Wan Asiah Bt. Wan Noh@Wan Noor 44. Wan Suhaila Bt. Wan Ismail 45. Widyawati Huslina Bt. Lee Chong Chin@Hashim 46. Zulfariezi Bin Che Kob @ Yaakob 47. Zulkifli Bin Zakaria
Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 02/2023 9 Tidak Hadir Bersebab: 1. Noor Zuariah Bt. Roseli 2. Zaini bt. Ismail Pencatat Minit : 1. W. Fazyatul Akmar Bt. Mohamed Hassan