DPD20032 FIQH MUALAMAT TUTORIAL ASSESSMENT TAJUK : TYPES OF ZAKAH TAJUK TUGASAN TYPES OF ZAKAH NAMA PENSYARAH NOR HAFIZAH BINTI ABD KADIR NUR QURROTUL AINA BINTI MOHAMMAD SAHIFUL NAHAR (17DIB23F1046 FAIQAH HAZWANY BINTI FAIROS (17DIB23F1050) NATASHA AINI BINTI SARBANI (17DIB23F1024) NURHANIS AYINI BINTI MASAOD (17DIB23F1028) NAMA AHLI KUMPULAN
Apa itu Zakat? Dari segi bahasa: Suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat dan penerima zakat. Dari segi istilah: Mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Dalil Wajib Zakat: ِذي َن َّ يَ َه َب ْكنِ ُزو َن َوٱل ٱلذَّ ِف َّضةَ ْ َوَل َوٱل ب ِلي م ِعَ ٱ َّّلل فَبَ ِ ش ْرهُم ذَا ب َسب ِ ِ يُنِفقُونَ فِى ي ِل َها أ ٣٤َ Maksudnya: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah At-Taubah : Ayat 34)
Jenis-Jenis Zakat Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah: Zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat Wajib Zakat Fitrah: Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah: ➢ Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. ➢ Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. ➢ Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya. ➢ Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan. Kaedah pembayaran Zakat Fitrah: Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Kadar Zakat Fitrah: Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.
Zakat Harta: Zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar Zakat Harta: Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis : ➢ Zakat Pelaburan (saham) ➢ Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP) ➢ Zakat Perniagaan ➢ Zakat Pendapatan ➢ Zakat Binatang Ternakan ➢ Zakat Emas dan Perak ➢ Zakat Pertanian ➢ Zakat Galian (Emas dan Perak)
1. Zakat Pelaburan (saham) Dari segi bahasa: Kalimah ‘saham’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki. Dari segi istilah: Saham adalah salah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham juga merupakan wang yang dilaburkan dalam perniagaan atau syarikat. Dalil Zakat Pelaburan: Maksudnya: Wahai orang-orang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Surah Al-Baqarah (2): 267 Kriteria Saham: Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti gharar, riba, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut: ➢ Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan. ➢ Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan. ➢ Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.
Kaedah Taksiran Zakat Pelaburan: ➢ Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan. ➢ Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi. Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan. Kaedah Pengiraan Zakat Pelaburan: Contoh Taksiran Saham saham di Bursa Malaysia (Shares) RM266,000 Untung yang ditunaikan daripada jual beli pelaburan (realised profit from investment) RM80,000 Saham amanah (Unit Trusts) RM50,000 Dana Dagangan Bursa (Exchange Traded Funds) RM50,000 Pelaburan Amanah Hartanah (Real Estate Investment Trusts) RM70,000 Lain-lain pelaburan di pasaran modal luar negara (other investment in foreign capital market) RM30,000 Nota : Semua nilai saham & pelaburan di atas ialah nilai pasaran (market value) pada tarikh cukup haul.
Kos Brokeraj (Brokerage cost) RM1,500 Dividen daripada pelaburan tidak patuh shariah (dividends from non-shariah compliant investments) RM30,000 Peningkatan modal pelaburan tidak patuh shariah (capital appreciation of non-shariah compliant investment) RM50,000 Jumlah ansuran yang dibayar dalam tahun taksiran untuk bayaran balik pinjaman pembelian saham –jika ada ( Sum of installment in assessment year for loan taken to buy investment – if any) – Nilai Saham & Pelaburan Wajib Zakat (Value of shares & investments that subject to zakat ) RM464,500 Zakat : RM456,000 x 2.5% = RM11,610
2. Zakat Wang Simpanan (Termasuk KWSP) Definisi Zakat Wang Simpanan: ➢ Zakat simpanan adalah satu bentuk zakat yang dikenakan ke atas wang simpanan yang dipegang oleh seseorang dalam akaun bank atau tempat simpanan yang lain. ➢ Zakat simpanan merupakan kewajipan kepada individu yang mempunyai simpanan melebihi daripada nisab selama setahun kalendar Hijrah. Nisab Zakat Wang Simpanan: ➢ Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas. Zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab. Dalil Zakat Wang Simpanan: Dan ingatlah orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkan kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya iaitu pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam ,lalu diselar dengannya dahi mereka,dan rusuk mereka, serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka:inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. Surah Al-Taubah (9): 34-35 Contoh Jenis-Jenis Wang Simpanan: ➢ Simpanan di institusi perbankan ➢ Simpanan berbentuk pelaburan di institusi kewangan seperti Amanah Saham, Tabung Haji,KWSP, LTAT dan seumpama dengannya ➢ Simpanan Wang di luar institusi kewangan ➢ Pegangan saham ➢ Pelaburan jangka panjang Syarat Zakat Wang Simpanan: ➢ Memiliki wang simpanan melebihi nisab ➢ Mencapai jangka masa haul selama setahun kalendar Hijrah ➢ Simpanan tersebut merupakan milik peribadi atau milik keseluruhan individu tersebut
Cara Menentukan Cukup Haul: ➢ Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan: Simpanan Dalam Satu Akaun Tarikh Simpan Tarikh Keluar Amaun (RM) Baki (RM) 01/01/2024 100,000.00 100,000.00 24/04/2024 (5,000.00) 95,000.00 30/04/2024 (5,000.00) 90,000.00 10/07/2024 2,000.00 92,000.00 12/08/2024 (5,000.00) 87,000.00 03/09/2024 2,000.00 89,000.00 31/12/2024 2,000.00 91,000.00 Baki Akhir 91,000.00 Kadar Zakat 2.5% Jumlah Zakat (RM) 2,275.00 Simpanan Dalam Beberapa Akaun Buku Simpanan Baki Terakhir (RM) Akaun A 4,000.00 Akaun B 1,000.00 Akaun C 15,000.00 Baki Akhir 20,000.00 Kadar Zakat 2.5% Jumlah Zakat (RM) 500.00
3. Zakat Perniagaan Definisi Zakat Perniagaan: ➢ Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalil Zakat Perniagaan: Firman Allah SWT bermaksud: Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah,dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Surah Al-Nur(24):37 Syarat Wajib Zakat Perniagaan: ➢ Islam ➢ Merdeka ➢ Sempurna Milik ➢ Cukup Nisab ➢ Cukup Haul ➢ Niat Berniaga Tempoh Cukup Haul: ➢ 1 Tahun Perniagaan
Bentuk-bentuk Perniagaan Yang Dikenakan Zakat: ➢ Syarikat Berhad ➢ Syarikat Sdn Bhd ➢ Koperasi ➢ Perusahaan ➢ Perbankan ➢ Internet ➢ Pasar Malam ➢ Gerai Kadar Bayaran Zakat Perniagaan: ➢ Apabila cukup syarat-syaratnya,wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40. Zakat perniagaan ini dikeluarkan dengan kadar 2.5% dari jumlah harta perniagaan. Formula Pengiraan Zakat Perniagaan: ➢ Kaedah Pengiraan 1 Modal Kerja (Working Capital) Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan X % Pelarasan Saham Muslim X 2.5% Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat Berhad, Sdn Bhd, koperasi, perniagaan, perusahaan dan sebagainya di mana terdapat pengelasan aset semasa dan liabiliti semasa. ➢ Kaedah Pengiraan 2 Modal Berkembang (Growth Capital) Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap +/- Pelarasan X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5% Sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan Islam yang biasanya tidak mengelaskan aset semasa dan liabiliti semasa. ➢ Sekiranya Tiada Akaun Untung bersih X 2.5% Contoh para peniaga pasar malam, gerai dan lain-lain lagi.
4. Zakat Pendapatan Definisi Zakat Pendapatan: ➢ Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas manamana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji,upah kerja, elaun,hadiah dan lain-lain. Dalil Zakat Pendapatan: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dar hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” Surah Al-Baqarah (2) :267 Syarat Zakat Pendapatan: ➢ Beragama Islam ➢ Seorang merdeka ➢ Memenuhi syarat kadar nisab zakat pendapatan dan haul zakat ➢ Memiliki harta sepenuhnya Nisab Dan Peratus Zakat Pendapatan: ➢ Nisab zakat pendapatan ialah 85 gram emas dan pakar ulama tidak mensyaratkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan.Konsep keadilan dijadikan alasan mengapa tidak perlu mengenakan syarat haul dalam zakat pendapatan. ➢ Jumlah zakat pendapatan pula adalah sebanyak 2.5 peratus daripada baki nisab tersebut.
Jenis-jenis Harta Pendapatan: ➢ Zakat Harta Pengajian dan Upah Kerja ➢ Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan ➢ Zakat Harta Kerja Bebas ➢ Zakat Harta al-Mustaghallat Cara Mengira Zakat Pendapatan 1) Tanpa tolakan = Pendapatan X 2.5% 2) Dengan tolakan = (Pendapatan-Tolakan X 2.5% Tolakan termasuk diri sendiri,anak,ibu bapa,pendidikan sendiri,KWSP
5. Zakat Emas Dan Perak Definisi Zakat Emas dan Perak ➢ Barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya. Dalil berkenaan zakat emas ➢ “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkan lah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah; Ayat 34-35) Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: ➢ “Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.” (Sahih Muslim) Kategori Emas Yang diwajibkan Zakat i) Emas yang tidak dipakai ➢ Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan , tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan. ii) Emas Perhiasan Wanita ➢ Emas yang dipakai ( sebagai perhiasan yang halal ) sekali-sekala atau berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat melainkan , jika ia melebihi uruf ( tidak termasuk batu permata atau seumpamanya). ➢ Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf berbeza mengikut negeri.
Nisab Zakat Emas: ➢ Berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram) dan cukup haul (1 tahun) ➢ Bagi emas perhiasan, cara pengiraan zakat yang dikenakan ke atasnya adalah sama seperti zakat emas simpanan atau pelaburan. Bezanya hanyalah kepada paras uruf. Bagaimana pun, kadarnya adalah sama iaitu sebanyak 2.5% daripada keseluruhan emas yang dimiliki. Cara Pengiraan Zakat Emas Perhiasan: ➢ [(Berat emas - uruf) x harga emas semasa x 2.5%] (900g – 800g) x RM150 = RM15,000 x 2.5% = RM375 Cara Pengiraan Zakat Emas Bukan Perhiasan: ➢ Sama atau lebih 85g ➢ (Berat emas x harga emas x 2.5%) 100g x RM150 x 2.5% = RM375 Pengiraan Zakat Perak: ➢ 595g atau lebih 600 gram perak x RM2.45 (segram) x 2.5% = RM36.75
6. Zakat Tanaman Definisi Zakat Tanaman: Zakat yang dikenakan ke atas makanan ruji yang mengenyangkan ke atas sebuah kawasan yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, gandum dan sebagainya. Dalil berkaitan: ➢ ...dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya Surah Al-An'am (6): 141 ➢ Dan tidak ada zakat pada kurang daripada lima Ausuq (bersamaan 363 gantang Malaysia)? Hadis oleh Abu Said Al-Khudri, HR Bukhari Syarat wajib zakat tanaman: 1. Islam 2. Sempurna milik 3. Cukup nisab : 5 Ausuq (bersamaan 363 gantang Malaysia) Kaedah mengeluarkan zakat tanaman: ➢ Nisabnya hendaklah dibayar mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilnya. ➢ 5% atau 1/20 jika tanaman itu menggunakan tenaga kerja manusia, haiwan, jentera dan menggunakan perbelanjaan yang banyak. ➢ 10% atau 1/10 jika bergantung kepada sumber air semula jadi seperti sungai, parit dan hujan. ➢ Bagi tanaman yang menggunakan kedua-dua cara, nisabnya ialah 7.5%. Syarat tambahan: hasil tanaman mestilah ditanam oleh manusia, bukannya yang tumbuh sendiri
7. Zakat Ternakan Definisi zakat ternakan : Zakat hasil ternakan adalah zakat yang perlu binatang-binatang ternakan. Manakala dari segi istilah feqah, para ahli feqah menjelaskan bahawa binatang ternakan yng dimaksudkan adalah yang tertentu sahaja iaitu yang disebut sebagai al-An’aam di dalam al-Quran. AlAn’aam terdiri daripada binatang-binatang seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sahaja. Berdasarkan pendapat daripada al-Imam al-Syirazi yang dinyatakan di dalam kitabnya alMuhazzab tentang binatang-binatang tersebut dikenakan zakat berdasarkan dalil-dalil alQuran dan Hadis menyebut tentang binatang-binatang ini sahaja dan binatang-binatang ini juga merupakan suatu kebiasaan untuk diternak dan diambil faedah daripadanya seperti daging atau susu. Dalil Zakat Ternakan Imam Ibn Majah telah meriwayatkan satu Hadis daripada Rasulullah S.A.W yang membawa maksud: ‘Daripada Muaz Ibn Jabal, beliau berkata, baginda Rasulullah S.A.W telah mengutuskan aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, 1 ekor lembu musinnah (1 ekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi’ atau tabiah (1ekor lembu jantan atau betina yang umurnya mencapai 2 tahun)’ Di dalam Hadis ini, jelas menunjukkan bahawa zakat ternakan atau zakat binatang ternakan wajib dikeluarkan apabila mencapai bilangan atau kuantiti yang tertentu, bukannya pada setiap bilangan ternakan itu.
Syarat Wajib Zakat Zakat ternakan wajib dikeluarkan apabila telah mencapai atau memenuhi syarat-syarat tertentu. Ini bermakna, zakat ternakan tidak dikenakan ke atas setiap bilangan binatang ternakan. Terdapat empat syarat utama yang perlu diperhatikan dan dipenuhi sebelum zakat boleh diambil dari haiwan ternakan. Syarat-syaratnya adalah; 1. Tidak dipekerjakan Syarat yang pertama ialah binatang ternakan tersebut bukanlah binatang yang digunakan sebagai kenderaan, pengangkutan atau tujuan kerja seperti membajak sawah dan sebagainya. 2. Digembalakan Digembalakan di sini bermaksud binatang ternakan diurus sepanjang tahun untuk mendapatkan susu, dibiakkan atau mendapatkan dagingnya. Binatang-binatang ternakan juga perlu saaimah yang bermaksud binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas yang bagi kebanyakan hari dalam tempoh setahun. Apa yang dimaksudkan dengan padang yang bebas adalah padang rumput yang tumbuh dengan sendirinya dan bukan dari hasil usaha manusia. 3. Cukup nisab Cukup nisab iaitu kadar yang telah ditetapkan secara tertentu mengikut syara’. Dalam hal ini setiap jenis haiwan ternakan punya nisab tersendiri sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi S.A.W. Bagi ternakan unta, jumlah minima ialah 5 ekor. bagi kambing, tidaklah diwajibkan zakat apabila di bawah 40 ekor. Manakala nisab lembu ialah 30 ekor. 3. Cukup haul Cukup tempoh haul atau setahun berasaskan tahun Islam selama 12 bulan. Bagi anak binatang yang lahir dalam waktu (pertengahan) haul, tidak diwajibkan zakat, namun boleh dikira sekali bagi mencukupkan nisab binatang-binatang ternakan yang sudah matang.
Nisab Dan Kadar Zakat Ternakan Berdasarkan ijmak ulama’ dan hadis-hadis sahih, di bawah ini adalah salah satu contoh nisab dan kadar zakat ternakan. 1. Kadar dan Nisab untuk unta 2. Kadar dan nisab untuk lembu
8. Zakat galian Definisi; Secara asasnya zakat galian atau dikenali sebagai rikaz dan ma’adin adalah dari emas dan perak yang dijumpai oleh manusia dari perut bumi. Pembahagian Zakat Galian; 1. Rikaz Segala harta benda (emas dan perak atau seumpamanya) yang tersimpan di dalam bumi dan mempunyai tanda-tanda bahawa ia tersimpan sebelum kedatangan Islam sebagai contoh : harta karun 2. Ma’adin Hasil galian yang diperoleh dari perut bumi sama ada beku atau cair diproses dan menghasilkan logam galian atau dalam bentuknya sebagai contoh emas, perak, bijih besi, dan lain lain. Syarat tambahan; Tidak disyaratkan haul bahkan zakat wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi secara mencukupi nisab. Kaedah kiraan; 1. Maadin; Wajib dikeluarkan zakatnya bila terjumpa atau dijumpa. Tidak ada tempoh waktu (haul). Harta ini perlu menemui dengan kadar wang sebanyak 85 gram emas atau 595 gram perak dengan kadar zakat adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan harta tersebut. 2. Rikaz; Wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 20% atas harta tersimpan atau harta karun yang dijumpai jika melebihi kadar wang sebanyak 85 gram emas.
Kesimpulan Pemberian zakat adalah salah satu amalan terbaik dalam pembangunan sosial kerana ianya memainkan peranan penting di dalam aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan sebagainya. Zakat merupakan satu tuntutan yang wajib dipenuhi oleh umat Islam yang berkemampuan dan dapat membantu masyarakat yang kekurangan sekaligus dapat membentuk kesejahteraan di dalam kehidupan umat Islam tanpa mengira darjat dan harta. Selain itu, ianya dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa bersyukur dengan mempunyai kewangan yang stabil sesuai dengan pembangunan mapan dalam Islam. Seterusnya, ia juga dapat melatih disiplin seseorang dalam bertanggungjawab menunaikan zakat di bulan Ramadan. Zakat juga dapat menyucikan diri daripada kotoran dosa, memurnikan jiwa, menumbuhkan akhlak mulia, menjadi murah hati, peka terhadap rasa kemanusiaan serta dapat mengikis sifat bakhil.
Rujukan 1 . Zakat Ternakan – PPZ MAIWP. https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jeniszakat/zakat-ternakan/ 2.SafwanRazali , Zakat ternakan info lengkap perlu tahu -ilabur https://ilabur.com/zakatternakan/ 3. Anymous (2021) Zakat yang wajib anda tahu -Berita hari ini https://kumparan.com/beritahari-ini/zakat-hewan-ternak-lengkap-dengan-syarat-dan-nisabnya-dalam-islam1wZ5a7ZIb23 4. ZakriBahrudin(2023) Zakat galian -Muip https://reports.muip.gov.my/zakatportal/?page_id=2777