1 EDISI KHAS Bersama kita Putuskan Rantaian Buletin Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau Edisi ke-5 | Bil. 2/2020 Mac - Julai 2020
2 Catatan Diari CSR Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan penuh komitmen oleh staf sukarela dari KKTM Rembau. Kandungan
3 EDITOR Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau Batu 8, Kundur Hilir 71400 Pedas Negeri Sembilan Darul Khusus Tel : 06-697 0386 Faks : 06-697 0590 Sidang Editorial Penaung Suriani binti Ramli [email protected] Ketua Penasihat Rohayu binti Daud [email protected] Penasihat 1 Mohd Khaizan bin Dahlan [email protected] Ketua Editor/Pereka Grafik Rasyidah binti Yahaya [email protected] Editor 1/ Rekabentuk Muhamad Hafiz bin Hadzri [email protected] Editor 2/ Rekabentuk Sabarina binti Othman [email protected]
4 Doa Memohon Perlindungan “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi) “Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” (Hadith Riwayat Abu Daud) Dari Wabak
5
6 Wabak Corona virus (Covid-19) yang tersebar hampir keseluruh pelusuk dunia memberi kesan yang amat signifikan pada ekonomi dan sosial sesebuah negara. Pelbagai aktiviti ekonomi terhenti dengan serta merta disebabkan arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelaknya berlaku jangkitan Covid-19. Antara industri yang terjejas teruk adalah industri penerbangan, perlancongan dan perhotelan. Apa yang menjadikan virus ini sangat merbahaya adalah kesukaran untuk mengawal virus di mana ia boleh tersebar kepada orang dan kawasan lain untuk satu tempoh jangka lama tanpa disedari. Berdasarkan laman sesawang www. coronatracker.com setakat 18 Mei 2020, sebanyak 4.89 juta kes positif dikesan di seluruh dunia manakala kes kematian pula mencecah 320,000 kes. Di Malaysia pula kes positif adalah sebanyak 6,941 dan kematian sebanyak 113 kes menurut laman sesawang : www.covid-19.moh.gov.my Pegawai perubatan perlulah mengambil langkah pro aktif bagi mengelakan diri mereka dijangkiti Ketika merawat pesakit Covid’19 dengan memakai Personal Protective Equipment (PPE) seperti face mask, face shield, disposable gown, disposable hood dan boot cover. Malaysia antara negara yang bertuah kerana pelbagai pihak menyumbang bantuan kewangan serta kemahiran bagi menghasilkan PPE untuk kegunaan frontliners di hospital dan pusat rawatan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau merupakan antara agensi yang turut sama menyumbang PPE ini pada frontliners. Timbalan Pengarah HEA KKTM Rembau yang juga merupakan Penyelaras Program Task Force COVID’19 KKTM Rembau, Pn Rohayu binti Daud melaporkan bahawa spesifikasi asas PPE diperolehi dari KKM dan berdasarkan spesifikasi itu, KKTM Rembau membuat beberapa inovasi dalam rekaan terbabit agar lebih praktikal untuk kegunaan seharian. Selain itu keselesaan frontliners juga diambil kira kerana mereka memakainya untuk satu tempoh yang lama. Sehingga kini sebanyak 3,706 pasang Personal Protective Equipment (PPE), 3,225 unit FACE SHIELD dan 50 unit EARGUARD telah berjaya dihasilkan sebagai salah satu CSR projek bagi menyantuni para frontliners yang melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (JHEAINS), Institut Kanser Negara (IKN), Ibu Pejabat Polis dan petugas sekatan jalan serta 24 buah hospital dan klinik sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan. : Sumbangan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau Kepada ‘Frontliners’
7 PPE rekaan KKTM Rembau
8 Gulungan kain untuk dibuat PPE
9
10 Sekelumit bantuan Suit Lengkap PPE khusus buat para frontliners Institut Kanser Negara, Putrajaya. Kolaborasi bersama dari kami warga Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau & ALUMNI, PMN Negeri Sembilan, KEMAS & GIATMARA Negeri Sembilan serta orang perseorangan. Moga khidmat sosial ikhlas kami ini mampu mengurangkan sedikit bebanan yg dihadapi oleh para frontliners Negara. #kktmrembau #care4u #helpingpeoplechanginglives #wan&mary #pmnnegerisembilan #institutkansernegara #ikn #650suitlengkapppe #kkm #kemasrasah #kemasrembau #kemasseremban #giatmaranegerisembilan #kitajagakita #breakthechain 31 Mac 2020
11 Syabas dan terima kasih kepada team CARE4U yang bertungkus lumus menyiapkan suit Lengkap PPE untuk para para frontliners negara kita. Sekitar 6jam setiap hari mereka menyiapkan menggunakan bahan dan material yang telah disediakan oleh pihak Pejabat MARA Negeri Sembilan. Suit Lengkap PPE yang telah siap dijahit oleh team CARE4U KKTM Rembau. Suit Lengkap PPE di serahkan kepada Puan Mimi Mazlin Mohd Yusof, Pengarah MARA Negeri Sembilan.
12 Penyampaian faceshield DIY oleh En. Rashid bin Buang, Pensyarah Rekabentuk Fesyen KKTMR kepada Klilnik Kesihatan Machap Baru, Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan Hospital Alor Gajah. Faceshield yang dihasilkan dengan menggunakan 3D printer dan juga DIY oleh En. Khirul Fadzly bin Mustafa, Pensyarah Rekabentuk Media Digital KKTM Rembau kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 1 April 2020
13 Permintaan dari Klinik Kesihatan Rembau bagi menghasilkan PPE bagi kegunaan frontliners di Rembau telah selamat ditunaikan. Turut sama membantu di dalam menyiapkan projek amal ini adalah Puan Suriani bt Ramli, Pengarah KKTM Rembau dan dibantu oleh kedua-dua Timbalan Pengarah HEA & KPHP. Penyerahan PPE telah dibuat oleh Puan Rohayu bt Daud, Timbalan Pengarah HEA KKTM Rembau. 3 April 2020 Puan Suriani bt Ramli (Pengarah KKTMR) sedang memotong material yang digunakan untuk menyiapkan PPE.
14 Tempahan terus diterima dari pelbagai pihak yang memerlukan. Pembahagian tugas dilakukan dengan saksama melibatkan sukarelawan dari KKTM Rembau, alumni dan orang perseorangan. PPE yang telah siap dijahit telah dihantar ke Institut Kanser Negara oleh En. Mohd Khaizan bin Dahlan, Timbalan Pengarah KPHP KKTM Rembau. 6 April 2020 7 April 2020
15 Penyerahan DIY face shield oleh En. Rasyid bin Buang kepada wakil Klinik Kesihatan Pulau Sebang (50 unit), Klinik Kesihatan Alor Gajah (50 unit) dan Hospital Alor Gajah (100 unit). Proses pembungkusan PPE yang telah siap untuk dihantar ke SUSK Timbalan Menteri Kesihatan di Hospital Port Dickson. Sebanyak 60 unit lengkap PPE(hood cover, shoes cover & gown) selamat dihantar oleh #frontrunner En. Azhar. #kktmrembau #care4u #HospitalPD #helpingpeoplechanginglives #kitajagakita #breakthechain #flattenthecurve 7 April 2020 8 April 2020
16 Penyerahan sebanyak 52 unit DIY face shield kepada Unit Radiography PPUM oleh En. Khirul Fadzly bin Mustafa. Penyerahan sebanyak 100 unit DIY face shield kepada Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya oleh En. Khirul Fadzly bin Mustafa. 9 April 2020 9 April 2020
17 Penyerahan DIY face shield kepada Klinik Kesihatan Rantau Panjang dan Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang oleh En. Shahrulamin. Penyerahan sebanyak 20 unit 3D & 200 unit DIY face shield kepada PPUKM dan 200 unit DIY face shield ke HTAR oleh En. Khirul Fadzly bin Mustafa. 10 April 2020 12 April 2020
18 Suasana di bengkel jahitan KKTM Rembau agak meriah hari ini kerana Sister Fatimah dan Dr. Punitha dari Pusat Kesihatan Daerah Seremban. Beliau turun untuk mencuba sendiri set PPE yang siap dijahit oleh team KKTMR. 13 April 2020
19 Penyerahan set PPE kepada Institut Kanser Negara oleh Timbalan Pengarah KPHP KKTM Rembau, En. Mohd Khaizan bin Dahlan. Set PPE ini dihasilkan oleh Wan&Mary sebagai sumbangan untuk frontliner Malaysia. 13 April 2020
20 Ini adalah set PPE yang dihasilkan oleh alumni KKTM Rembau, Wan&Mary. Terima kasih kepada Wan&Mary yang menyahut seruan KKTM Rembau untuk sama-sama mengembeleng tenaga bagi membantu para frontliner Malaysia. #AlumniKKTMR #wannmary PPE SET WAN&MARY
21 Lawatan dari Ustaz Mizzuan Bin Jafilus, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan ke bengkel jahitan KKTM Rembau. Penyerahan set PPE kepada Ustaz Mohd Zaidi Bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh Puan Mimi Mazlin bt Mohamad Yusof, Pengarah MARA Negeri Sembilan. LAWATAN DARI JHEAINS PENYERAHAN PPE KEPADA JHEAINS
22 Sebanyak 100 unit DIY Face shield dan 30 unit 3D Face shield telah selamat sampai ke Hospital Rompin, Pahang. Face shield ini dihasilkan oleh En. Khirul Fadzly bin Mustafa. HOSPITAL ROMPIN En. Rashid bin Buang menyampaikan 100 unit DIY Face shield kepada petugas-petugas Hospital Alor Gajah, Melaka. HOSPITAL ALOR GAJAH
23 Sukarelawan KKTM Rembau telah memberikan khidmat nasihat dan tutorial bagi menghasilkan PPE kepada petugas-petugas KEMAS Daerah Rembau dan Seremban. ROMBONGAN KE KEMAS REMBAU
24 Suasana bengkel dengan bahan PPE baharu. Sukarelawan sedia bertugas seperti biasa. Penyerahan sebanyak 30 unit 3D Faceshield dan 25 unit 3D Earguard kepada IPD Klang dan juga 30 unit 3D Faceshield kepada barisan hadapan sekatan jalanraya di Klang oleh En. Khirul Fadzly bin Mustafa. 23 April 2020 25 April 2020
25 Penyerahan set PPE kepada Dr Esther Rishma Sundram, Pusat Kesihatan Daerah Seremban telah disempurnakan oleh Puan Mimi Mazlin bt Mohamad Yusof, Pengarah MARA Negeri Sembilan. Penyerahan set PPE kepada Puan Nurul, wakil Klinik Baiduri Senawang yang telah disempurnakan oleh Puan Mimi Mazlin bt Mohamad Yusof, Pengarah MARA Negeri Sembilan. PENYERAHAN PPE KEPADA PKDS PENYERAHAN PPE KEPADA KLINIK BAIDURI
26 KKTM Rembau telah dipilih untuk menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang berfungsi bagi menempatkan pesakit COVID-19 yang tidak bergelaja serta dalam proses penyembuhan sebelum dibenarkan pulang (discharge) tidak lama kemudian. Pemilihan KKTMR sebagai pusat PKRC ini sebagai usaha membantu kerana kapasiti katil di hospital-hospital seluruh Negeri Sembilan tidak dapat menampung keperluan semasa ekoran kenaikan kes COVID-19 yang semakin meningkat. 6 November 2020 KKTM Rembau sebagai PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID -19
27
28
29