PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 1
UNIT 3:
KATEGORI SERANGAN (BOLA SEPAK)
DISEDIAKAN OLEH: FARIZAH BINTI ABD RAZAK (A160953)
PENGENALAN
Permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi
11 orang pemain bagi setiap pasukan.
Satu perlawanan biasanya dibahagikan kepada dua separuh
masa, iaitu
1. separuh masa pertama (45 minit)
2. separuh masa kedua (45 minit)
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang paling banyak ialah
pemenang.
Jika tidak ada gol yang dijaringkan ataupun bilangan gol yang
dijaring oleh kedua-dua pasukan adalah sama, keputusan
permainan tersebut adalah seri.
Padang Bola Sepak
Serang Pin: Hantaran Leret (m/s 24)
HANTARAN LERET
Digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berada pada jarak
yang dekat.
Hantaran jenis ini dapat menghantar bola kepada rakan dengan pantas
dan tepat.
Serangan Udara: Menghantar bola secara
lambung (m/s 26)
MENGHANTAR BOLA SECARA LAMBUNG
Kemahiran yang sering digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berada pada jarak
yang jauh.
Digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang dihalang oleh pemain lawan.
Boleh digunakan untuk menjaringkan gol dari jarak jauh.
Semasa melakukan hantaran lambung, kaki sokongan diletakkan bersebelahan dengan bola dan
badan dicondongkan ke belakang.
Tandukan Berpadu: Menanduk (m/s 28)
MENANDUK
Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol.
Boleh digunakan semasa menahan bola lambung daripada pihak lawan
terutamanya semasa tendangan percuma atau tendangan sudut.
Boleh digunakan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan.
Kokusi: Tidak sedarkan diri dalam jangka masa pendek akibat kecederaan
pada kepala.
Jaguh Kelecek: Mengelecek (m/s 30)
MENGELECEK
Bermaksud bergerak dengan bola sambil mengelak daripada ditakel oleh pihak
lawan.
Suatu kemahiran yang sangat penting dalam permainan bola sepak.
Menggunakan kedua-dua kaki semasa mengelecek. Anda boleh menggunakan
semua bahagian kaki untuk mengelecek bola.
Semasa mengelecek, bola digerakkan dengan sentuhan yang perlahan supaya
sentiasa dalam kawalan.
Jitu Bertahan: Takel (m/s 32)
TAKEL
Tujuan utama pemain pertahanan adalah untuk mengurangkan peluang menjaring oleh pihak
lawan. Pemain seharusnya merapatkan diri dengan pihak lawan, membayanginya dan
menunggu masa yang sesuai untuk melakukan takel.
Pemain penyerang perlu memberikan tekanan kepada pemain pertahanan yang menguasai
bola dan melakukan takel secepat mungkin sebelum pemain tersebut berjaya menghantar
bola kepada rakannya.
Pemain perlu berusaha melakukan takel tanpa menjatuhkan badan.
Takel hadapan dan takel sisi ialah antara jenis takel dalam permainan bola sepak
Takel secara menggelungsur adalah bahaya dan perlu dielakkan kecuali dalam keadaan
terdesak.
BOLOSI GAWANG: Menjaringkan gol (m/s 34)
MENJARINGKAN GOL
Gol boleh dijaringkan dengan menggunakan semua bahagian anggota
badan kecuali tangan.
Seorang penyerang perlu peka kedudukan penjaga gol pihak lawan.
Percubaan membolosi gawang seharusnya dilakukan jauh dari penjaga gol.
Seorang penyerang mesti bergerak dengan pantas dan kebolehan mencari
ruang yang sesuai bagi menerima hantaran daripada rakan untuk
menjaringkan gol.
Tangkas Bertindak: Menjaga gawang (m/s 36)
MENJAGA GAWANG
Tugas utama seorang penjaga gol ialah memastikan bola tidak membolosi gawangnya.
Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan menggunakan tangan dalam kawasan gol semasa
permainan berlangsung.
Penjaga gol perlu:
• Bertindak secara tangkas untuk menghalang bola daripada membolosi gawang dengan
menangkap, menepis atau menendang bola tersebut.
• Melakukan tendangan gol.
• Berkomunikasi dengan rakannya terutama pemain pertahanan.
TAMAT
RUJUKAN:
Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KSSM
Tingkatan 1