EDISI DISEMBER 2022 [email protected]
E-BULETIN
E-BULETIN
APM KUALA PILAH
SEDIA PANTAS BERINTEGRITI
I S I K A N D U N G A N
1 PESTA BOLA NGOCA
2 PROGRAM CBDRM, BATU MALOI
3 OPERASI TANAH RUNTUH, BATANG KALI
4 LATIHAN KECERGASAN APMKP
5 PENGAKTIFAN PASUKAN PARAS
6 PROGRAM MOH BELOLAH !
7 MEDIA KONGSI (KES MENARIK)
8 DATA MEDIA SOSIAL
9 PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH
PESTA BOLA NGOCA
DI STADIUM BOLA NGOCA, TERACHI
10-11 DISEMBER 2022
Pada 10 Disember 2022 telah berlangsungnya Pesta Bola Ngoca di Stadium Bola Ngoca,
Terachi. Program tahunan ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti tangkap itik,
panjat tiang licin, bola sepak sawah dan pelbagai lagi aktiviti melibatkan semua lapisan
masyarakat. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah telah menghantar
satu pasukan bola sepak sawah dan juga terlibat dalam penugasan medik bersama
APM Daerah Jempol.
13 Disember 2022 - Program Pengurusan
Bencana Berasaskan Komuniti telah
diadakan di Taman Eko Rimba Batu Maloi,
Johol.
Program ini diadakan sebagai
langkah kesiapsiagaan komuniti setempat
bagi menghadapi bencana geologi seperti
tanah runtuh atau aliran puing.
Beberapa agensi, komuniti dan wakil
penduduk terlibat dalam menjayakan
program yang dianjurkan oleh Jabatan
Mineral dan Geosains Negeri Sembilan
dan Melaka.
Seramai lima orang peserta dari
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) Negeri Sembilan terlibat dalam
program ini iaitu Kapten (PA) Abdul
Rahim bin Abdul Manas, Leftenan (PA)
Abas bin Husain, Leftenan (PA) Mohamad
Ghazali bin Abd Rahim, Leftenan Muda
(PA) Mila Hirmah binti Tahiruddin dan
Leftenan Muda (PA) Nurazieah Faizmah
binti Fowzi.
OPERASI TANAH RUNTUH DI
BATANG KALI, SELANGOR
16 Disember 2022 - Pasukan PASPA dari APM Negeri Sembilan telah ditugaskan untuk
terlibat sama dalam Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh yang
berlaku di Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm di Batang kali, Selangor.
APM Negeri Sembilan telah menghantar seramai dua orang pegawai dan
lima orang anggota lain-lain pangkat dari Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) bagi
membantu dalam operasi SAR tersebut yang melibatkan 92 mangsa.
Pasukan PASPA dari APM Negeri Sembilan terlibat dalam operasi ini selama 3 hari iaitu
bermula pada 16 Disember 2022 sehingga 18 Disember 2022.
Antara yang terlibat dalam operasi ini
ialah Kapten (PA) Abdul Rahim bin Abdul
Manas, Leftenan (PA) Mohd Fuad bin Bibet,
Sarjan (PA) Muhammad Affendi bin Mhd Isa,
Prebet (PA) Abdul Qayyum bin Azmi, Prebet
(PA) Ahmad Husaini bin Ahmad Kamal,
Prebet (PA) Afiq Alif Fikri bin Mohamed Dali
dan Prebet (PA) Mohd Radzi bin Mohd Ali.
LATIHAN KECERGASAN DAN
PEMERIKSAAN KESIHATAN PEGAWAI
DAN ANGGOTA APM KUALA PILAH
17 Disember 2022 - Latihan Kecergasan dan Pemeriksaan Kesihatan bagi
Pegawai dan Anggota APM Kuala Pilah telah diadakan di Perkaranga Pejabat
Daerah Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah. Latihan ini diadakan bagi
memastikan kecergasan dan kesihatan anggota berada pada tahap optimum.
PENGAKTIFAN PASUKAN
RESPON BENCANA SOKONGAN
(PARAS)
Pada 18 Disember 2022 - Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan telah
menghantar satu Pasukan PARAS ke Negeri
Kelantan bagi membantu operasi banjir di sana.
Seramai 02x pegawai dan 10x anggota dari
Bahagian Operasi, Latihan dan Kebajikan
(BOLKAN), APM Seremban dan APM Kuala Pilah
telah terlibat dalam operasi ini bermula 18
Disember 2022 sehingga 24 Disember 2022.
Antara anggota APM Kuala Pilah yang
terlibat dalam operasi ini ialah Prebet (PA)
Muhamad Faqrul Aiman bin Muhamad Zuhaimi,
Prebet (PA) Amirul Fiqkri bin Shuhaimi dan
Prebet (PA) Muhammad Iskandar bin Mohd Ali
Hanafiah.
PROGRAM
MOH
BELOLAH
D' KARIAH
SERI PILAH
Pada 24 Disember 2022 telah
berlangsungnya Program Moh
Belolah D' Kariah Seri Pilah.
Pelbagai aktiviti menarik telah
disediakan untuk peserta dan
pengunjung yang hadir ke program
tersebut.
Antara aktivifi yang disediakan
ialah acara larian 7 KM,
Pertandingan Mewarna dan lapan
jenis Acara Sukan Rakyat. Anggota
APM Kuala Pilah juga terlibat dalam
penugasan medik dan turut
mengambil bahagian dalam acara
Larian 7 KM.
Antara peserta larian yang terlibat ialah Leftenan (PA) Mohamad Ghazali bin Abd
Rahim dan Prebet (PA) Puvinthiran a/l Ganeson dan petugas medik terdiri daripada
Prebet (PA) Haslinda binti Sulaiman, Prebet (PA) Ahmad Hambali bin Ahmad
Kamal, Prebet (PA) Muhammad Ashraf bin Nasir dan Prebet (PA) Danial Hakim bin
Zaharuddin.
SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG
MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN