BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TA-011-2:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L2
TA-011-2:2012-C04 SPORT WEAR MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY SPORT WEAR MAKING REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / AND SPECIFICATIONS
SPORT ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
SPORT WEAR MAKING
3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR SPORT
WEAR MAKING
4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
SPORT WEAR MAKING
5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR SPORT WEAR
MAKING
6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR SPORT WEAR
MAKING
7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR SPORT
WEAR MAKING
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 14
TAJUK / TITLE:
PENGHASILAN PAKAIAN SUKAN
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tentang
pengenalan, jenis dan rekaan pakaian sukan. Murid juga akan mengetahui tentang
jenis bentuk badan, prosedur untuk menghasilkan pakaian sukan dan fabrik yang
sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian sukan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
PENERANGAN / INFORMATION :
1. Pengenalan Pakaian Sukan
Pakaian sukan atau pakaian yang digunakan sewaktu riadah dilakukan pada waktu-
waktu tertentu biasanya terdiri dari pakaian ringkas dan santai seperti pakaian tanpa
lengan yang dipadankan dengan seluar separa lutut. Bagi pengajar pula
kebiasaannya pakaian mereka lengkap meliputi topi, pakaian luar dan seluar panjang
yang lebih dikenali sebagai tracksuit oleh sebab penggunaannya banyak dilakukan di
atas padang. Beberapa faktor perlu di ambilkira dalam memilih pakaian sukan iaitu
cuaca, jenis sukan, kesesuaian tempat, keselesaan, rekabentuk pakaian dan jenis
fabrik.
2. Contoh Pakaian Sukan
Antara contoh pakaian sukan adalah pakaian sorak, pakaian sukan muslimah,
pakaian gimnastik dan lain-lain
A. Pakaian Sorak
Pakaian pasukan sorak merupakan pakaian yang digunakan oleh satu-satu
pasukan yang ditubuhkan terutama di sekolah menengah tinggi bagi memberi
sokongan dan semangat menerusi gerak tari yang direka menggunakan cogan
kata tertentu dalam bentuk sorakan terutama untuk permainan bola keranjang,
ragbi dan lain-lain acara sukan. Pasukan sorak pada masa sekarang di dominasi
oleh remaja perempuan yang melaungkan kata-kata penuh semangat ,
menggunakan pakaian yang singkat , baju tanpa lengan namun begitu di Malaysia
pakaian sorak boleh di pelbagaikan fesyen mengikut kesesuaian kaum dan
budaya tempatan. Kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia ini telah mewujudkan
pasukan sorak dan mempunyai stail pakaian mereka sendiri.
Rekaan pakaian sorak.adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas.
Rekaan dihasilkan dengan menggunakan media dan teknik yang sesuai.
Membuat rekaan sulaman monogram (nama pasukan, maskot atau logo-logo).
Secara umumnya, pakaian sukan pasukan sorak terdiri daripada:
a) Sut Pakaian Sorak
Terdapat beberapa variasi jenis sut skirt pasukan sorak, antaranya:
Sut skirt lurus : Skirt tanpa sebarang lisu. Ia dihiaskan dengan jalur-
jalur berwarna.
Sut skirt 3 lisu beriring : Mempunyai 3 lisu beriring terletak di sebelah
kiri skirt.
Sut skirt lisu beriring : Mempunyai lisu beriring mengelilingi skirt.
Kebiasaannya skirt dwi-warna lebih kelihatan menarik.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
Sut skirt lisu beriring Sut skirt lurus Sut skirt 3 lisu beriring
Leher bentuk V
Pinggang – Pita elastik
Skirt lisu beriring
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
B. Pakaian Sukan Muslimah
Pakaian sukan muslimah merupakan pakaian sukan khusus untuk menutup aurat.
Walaupun berada di padang atau lokasi pertandingan namun peserta tetap
anggun dengan pakaian yang sopan tetapi selesa.
Secara umumnya, pakaian sukan muslimah terdiri daripada:
a) Seluar panjang
Seluar panjang yang digunakan untuk pakaian muslimah adalah seluar
panjang separa sendat
b) Baju sukan muslimah
Baju sukan muslimah yang sesuai dipadankan dengan seluar panjang separa
sendat adalah pakaian labuh paras lutut dan berlengan panjang.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
Pita elastik
Leher Bentuk Bulat
Pandangan Belakang Pandangan Belakang
Lengan Padanan Rata
Pandangan Hadapan Pandangan Belakang
Baju sukan muslimah Seluar separa sendat
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
C. Pakaian Gimnastik
Pakaian gimnastik merupakan pakaian yang digunakan oleh semua peserta sukan
dalam acara gimnastik samada artistik atau berirama.
Contoh pakaian gimnastik :
Leher Bentuk Bulat
Lengan Padanan Rata
Pandangan hadapan Pandangan belakang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
3. Stail Pakaian Sukan
a) Lengan
Lengan padanan rata
Lengan raglan
b) Garis Leher
Garis Leher Bulat
Garis Leher Bentuk V
Garis Leher Bentuk U
Garis Leher Sampan
4. Jenis Bentuk Badan
Bentuk Apple
Bentuk Pear
Bentuk Triangle
Bentuk Ruler
Bentuk Hourglass
5. Jenis Fabrik
Jenis-jenis fabrik untuk pakaian sukan
fabrik kapas campuran
polyester dan wool
spandex
jersey.
fabrik kapas campuran polyester dan wool
spandex jersey
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
2. REKAAN PAKAIAN SUKAN
i) JENIS KOCEK
Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.
Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin
dua kali.
Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda di
dalamnya daripada terjatuh.
Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu
Bibir
ii) JENIS LENGAN
Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.
Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan
jenis pakaian.
Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan
mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.
Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
JENIS-JENIS LENGAN: 39
A. Lengan kimono asas
B. Lengan Padanan
Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan kembang
payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
iii) JENIS GARIS LEHER DAN KOLAR 39
Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan
rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.
Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
Bentuk V Bentuk U Belah Slit
Bentuk Sampan Bentuk Persegi Bentuk Bulat
Bentuk Hati (manikam)
Jenis Garis Leher
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
Kolar Rata
Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan
pakaian.
Kolar Peter Pan Kolar Kelasi Kolar Eton
Kolar Tegak
Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis
leher pakaian.
Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru
Kolar Gulung
Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan
bergulung serta boleh dilipat balik.
Kolar Simpul Hias Kolar Selendang Kolar Rever
Jenis Kolar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
3. JENIS BENTUK BADAN 39
Bil. Bentuk Badan Keterangan
1. Berlian (diamond) Mempunyai bidang bahu kecil
Dada yang kecil
2. Jam pasir (hourglass) Bahagian tengah badan berbentuk oval
Pinggang tidak kelihatan berlekuk
3. Epal Lengan dan kaki kelihatan kurus
Bukaan bidang bahu sama dengan peha
Dada yang sederhana
Pinggang yang ramping
Punggung yang besar
Bahu yang besar
Saiz dada yang besar
Bentuk badan memenuhi di bahagian tengah tubuh
badan
Punggung yang kelihatan leper dari sisi tetapi
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
4. Segi empat tepat 39
5. Pear
6. Segi Tiga Terbalik mempunyai bentuk dari belakang (flattish)
7. Segi Tiga Saiz bahu dan pinggul yang sama
Dada yang kecil atau leper
Pinggang yang tidak kelihatan ramping
Punggung yang leper
Saiz bahu lebih kecil dari saiz pinggul
Dada yang kecil
Pinggang yang ramping
Punggung dan peha yang besar
Garisan bahu yang lurus dan persegi
Perbezaan saiz yang tidak ketara antara pinggang
dengan pinggul
Saiz punggung adalah lebih kecil daripada saiz bahu
Mempunyai punggung yang leper
Mempunyai bahu yang kecil
Saiz dada yang kecil
Pinggang yang tidak ramping
Bahagian atas badan lebih kecil daripada bahagian
bawah
Punggung yang besar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
1. URUTAN KERJA PENGHASILAN PAKAIAN SUKAN
Untuk menghasilkan sepasang pakaian sukan yang lengkap, murid hendaklah
mengikut urutan kerja penghasilan pakaian sukan seperti yang berikut:
1. Membuat lakaran
2. Mengambil ukuran badan
3. Mendraf pola
4. Menggunting fabrik
5. Menjahit pakaian sukan
6. Membuat kemasan
7. Acu pakai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
2. ASPEK KESELAMATAN
Pakai kasut yang sesuai
semasa berada di dalam
bengkel.
Ikat rambut dengan kemas
supaya tidak mengganggu
penglihatan semasa bekerja.
Jangan letakkan jarum di bibir
semasa melakukan kerja.
Jangan mengacukan alat
jahitan yang tajam seperti
gunting kepada rakan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk
menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan pelanggan, pola didraf
mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya menggunting fabrik mengikut pola
yang telah didraf.
4. ALATAN MENGUKUR
Pita Ukur
Buku Pembaris
Catatan Lengkung
ALATAN
MENGUKUR
Pen/ Pensel Pembaris
Sesiku
Pembaris
Lurus
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Pita Ukur Panjang pita ukur 150cm
Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L
memeri atau mengecut
3. Pembaris Lengkung Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
4. Pembaris Lurus mempunyai logam
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
5. Pen atau pensel Digunakan untuk mengukur bahagian badan
6. Buku Catatan / Borang Mempunyai sudut 90˚
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Ukuran Badan Pelanggan Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Digunakan untuk mendapatkan sudut yang
tepat 90˚ pada pola
Panjangnya 60cm
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
Digunakan untuk membuat garisan tegak
yang panjang
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur
Untuk merekod ukuran badan pelanggan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
5. MENGAMBIL UKURAN BADAN 39
Memakai pakaian yang Tidak mengikat pita Ikatkan pita atau tali di
ringkas atau nipis ukur terlalu ketat keliling pinggang untuk
untuk mengelakkan
ukuran tidak tepat menanda garisan
pinggang
i. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN
Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
Berdiri tegak semasa mengambil ukuran
badan
Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
Masukkan 2 jari ke dalam setiap ukuran
Pakai kasut yang sesuai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
ii. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR
MASALAH CARA MENGATASI
1. Pelanggan memakai pakaian Pastikan pelanggan memakai pakaian
yang tebal dan besar. yang nipis dan sesuai.
2. Ukuran pada pita ukur tidak Gunakan pita ukur yang baik dan tidak
jelas atau terang. rosak.
3. Pelanggan bergerak atau Pelanggan perlu berdiri tegak semasa
tunduk semasa ukuran labuh proses mengambil ukuran badan
baju atau labuh lengan dijalankan.
dilakukan.
4. Terlupa mencatat ukuran yang Pastikan ukuran badan dicatat dengan
telah diambil. betul.
iii. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN
i. Bahu
Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui tengkuk
ii. Keliling leher
Ukur kelilling pangkal leher
Masukkan satu jari untuk kelonggaran
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
39
iii. Keliling dada
Ukur keliling dada dengan melalukan pita
ukur di bahagian mercu dada
Masukkan dua jari untuk kelonggaran.
Pastikan kedudukan pita ukur di bahagian
belakang selari dengan lantai.
iv. Keliling pinggang
Ukur keliling pinggang dengan melalukan
pita ukur di bahagian paling ramping.
Tidak perlu masukkan jari / tiada
kelonggaran
v. Keliling pinggul
Lilitkan pita ukur di pinggul pada bahagian
yang penuh
Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran.
vi. Labuh tengah
belakang
ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras
pinggang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
vii. Jarak pinggang ke pinggul 39
Ukur dari paras pinggang ke paras punggung
Biasanya antara 20 – 22 cm
viii. Labuh baju
Ukur dari tengkuk melalui garis tengah
belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki
ix. Mercu ke mercu
Ukur dari bahagian dada yang paling tinggi
di sebelah kanan ke bahagian dada yang
paling tinggi di sebelah kiri
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
x. Bahu ke mercu 39
Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada
yang paling tinggi
xi. Labuh lengan
Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke
pergelangan tangan dan ukur mengikut
labuh / panjang yang dikehendaki
xii. Keliling hujung
lengan
Ukur keliling pergelangan tangan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
xiii. Labuh skirt / slek 39
Ukur dari pinggang hingga ke paras labuh
yang dikehendaki