KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG PERDANA PIBG SK KAINGARAN 2024/2025 (PERUNTUKKAN KHAS KPM)
1.0 TUJUAN Kertas kerja ini disediakan sebagai menyahut tugasan yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kaingaran yang telah memberi kepercayaan kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sebagai urusetia bagi pelaksanaan program gotong-royong menggunakan peruntukan khas daripada KPM. Gotong royong ini bertujuan untuk membina laluan pejalan kaki yang akan dikerjakan oleh kalangan lelaki dari ahli PIBG dan komuniti untuk keselesaan murid dan guru terutamanya pada waktu hujan. Gotong-royong ini juga turut melibatkan kerja-kerja ringan yang digotong-royong oleh pihak wanita dikalangan ahli PIBG dan komuniti serta dibantu oleh murid-murid Tahap 2 iaitu membersihkan stor-stor tertentu, menceriakan kawasan sekolah dengan menggembur tanah untuk tanaman bunga. Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) yang adalah merupakan kumpulan penggerak yang menyokong pendidikan di institusi pendidikan bawah KPM dalam program gotongroyong ini akan dapat meningkatkan kualiti kebersihan, kesihatan dan keselamatan di SK Kaingaran Ranau selain dapat membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat pengurusan); dan memupuk nilai-nilai mumi dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin. 2.0 LATAR BELA KA NG YAB Perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI pada 24 Februari 2023. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program gotong-royong di sekolah KPM seluruh Malaysia. Sehubungan dengan itu. KPM telah menyahut tugasan ini mulai tahun 2023 dan seterusnya tertakluk kepada peruntukan yang disediakan oleh KPM. Program gotong-royong bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid. Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) telah diwujudkan sejak tahun 2008 bagi memantau dan menambah baik aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan institusi, pendidikan KPM. Peranan ini direalisaslkan di sekolah melalui Jawatankuasa Pengurusan 3K Peringkat Sekolah. Program gotong-royong merupakan satu aktiviti bawah Program 3K. Program gotong-royong merupakan aktlviti luar bilik darjah selaras dengan kurikulum Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik.
Program gotong-royong sekolah ini adalah menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh KPM ke akaun PIBG. Pelaksanaan program gotong royong ini Juga tertakluk kepada PK 2.12 Pelaksanaan ProjekProjak Kecil Gotong-royong yang telah dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 29 November 2022. 3.0 OBJEKTIF Objektif gotong-royong PIBG ini adalah seperti berikut 3.1 meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah; 3.2 memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat; 3.3 membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat pengurusan); dan 3.4 memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin. 4.0 PELAKSANAAN 4.1 Tarikh : 08 JUN 2024 (SABTU) 4.2 Masa : 7.30 pagi 4.3 tempat : Dewan Terbuka SK Kaingaran 4.4 Kumpulan sasaran : Semua warga sekolah (semua guru, murid tahap 2 4.5 Pelibatan Pihak Luar : 4.5.1 PIBG serta komuniti; 4.5.2 Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sakolah dilibatkan dalam program Ini berdasarkan skop kerja perkhidmatan sedia ada. 4.6 Keselamatan : 4.6.1 Semua pihak perlu mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan semasa program gotong-royong. 4.6.2 Memakai pakaian dan menggunakan peralatan yang bersesuaian. 4.6.3 Aktiviti gotong-royong dilaksanakan sehingga 12.00 pm bagi mengelak cuaca panas. 4.6.4 Bersurai selepas makan tengahari
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM GOTONG ROYONG PIBG PENGERUSI : JAISIM BIN SARONGKAI (Guru Besar) PENGERUSI I: WAHAB BIN LAYABO (P. Kanan Pentadbiran) PENGERUSI 2: ROZAINEH BINTI SAIDI (PK HEM) PENGERUSI 3: HISHAM BIN NASIRI (PK KOKUM) URUSETIA : ROSLAN BIN TAHIL (Yang DiPertua PIBG) N. URUSETIA : HASSAN BIN USIN (Naib Yang DiPertua PIBG) SETIAUSAHA: KILIK @ ALEXANDER GANTIT BENDAHARI : NORINAH RONGOD AHLI JAWATANKUASA KERJA : BUKU LAPORAN DAN DOKUMENTASI SETIAUSAHA DAN BENDAHARI PIBG PENYEDIAAN BAHAN En. Roslan Tahil (YDP) En. Hassan Usin (NYDP) En. Ambrose Rasim En. Pius Malonging MAKANAN/MINUMAN En. Hassan Usin (NYDP) Pn. Nazriah Rukiman Pn. Samsiah Wadin Pn. Rosmawati Ismail Pn. Herwilin Gimang SIARAYA DAN JEMPUTAN Semua AJK wakil kampung KEBERSIHAN DAN KECERIAAN En. Muhammad Firdaus (Pegawai Keceriaan Sekolah) PROJEK KECIL PEMBINAAN LALUAN PEJALAN KAKI En. Mardin Maubin (Pegawai Pembangunan) JURU FOTO En. Endra Masuita PERALATAN KERJA Semua peserta gotong royong masing-masing membawa peralatan yang ada mengikut keperluan bagi; 1. Projek kecil pembinaan laluan pejalan kaki (kereta sorong, cangkul, sekop, gergaji dan tukul) 2. Pembersihan dan keceriaan sekolah;
6.0 SUMBER 6.1 Kewangan KPM sebanyak RM5000.00. Peruntukan khas ini disalurkan ke akaun PIBG melalui JPN/PPDR. 6.2 Peruntukan dibelanjakan bagi tujuan berikut: 6.2.1 peralatan dan bahan projek kecil; 6.2.2 10% untuk makan dan minum (Maksima 20%); dan 6.2.3 keperluan lain yang berkaitan. 6.3 Sumber lain 6.3.1 RM500.00 ditambah dari wang sumbangan PIBG untuk kos tambahan makan dan minum 6.3.2 Sumbangan berupa air mineral dari individu dan swasta 7.0 ANGGARAN BELANJA 7.1 Peruntukkan Kementerian Pendidikan Malaysia berjumlah RM5000.00 BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH 1 Simen 54 karung RM24.00 RM1296.00 2 BRC 2 gulung RM300 RM600.00 3 Pasir 3 trip RM80 RM240.00 4 Batu 2 ela RM200 RM400.00 5 Paku 2” 1 kg RM18 RM18.00 6 BERUTI 2” x 4” x 20’ 30 btg 35 RM1166.00 7 Air mineral 5 katon RM15 RM75.00 8 Makan dan minum RM500.00 9 Luar Jangka Dan Lain-Lain RM705.00 Jumlah RM5000.00 8.0 SKOPAKTIVITI Program gotong-royong berfokuskan kepada aktiviti berikut: 8.1 Kebersihan dan keceriaan sekolah; 8.1.1 Membersih dan mengemas stor sekolah; dan 8.1.2 Menggembur/membatas tanaman bunga; 8.2 Keselamatan; Projek kecil membina laluan pejalan kaki dari pintu masuk sekolah - pejabat pentadbiran - bilik guru - kelas ke kelas. 9.0 ULASAN GURU BESAR (sekiranya perlu) .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... ....................................................................................................................................
PENUTUP Program gotong-royong yang dilaksanakan secara bersepadu antara sekolah dengan PIBG, komuniti dapat mewujudkan perpaduan antara semua pihak selaras dengan hasrat kerajaan ke arah melahirkan masyarakat MADANI. “MALAYSIA MADANI” Disediakan oleh, Disemak oleh, KILIK @ ALEXANDER GANTIT ROSLAN BIN TAHIL Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG Diluluskan oleh, JAISIM BIN SARONGKAI Guru Besar SK Kaingaran Ranau