The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WALFAZILLAH BT HARUN KPM-Guru, 2024-02-22 10:37:48

buku pengurusan smk maran 2024

edisi 1

Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 49 DASAR KURIKULUM SEKOLAH SESI 2024/2025 SMK MARAN , 26500 MARAN PAHANG 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah tugas utama bagi setiap guru dan murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan dan kesesuaian pendidikan di sekolah ini. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada pentadbiran dan pengurusan akademik di sekolah. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan : 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.0 PRINSIP 3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 3.4 Program akademik lebih diberi keutamaan jika ada pertembungan dengan program lain. 4.0 MESYUARAT 4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan. 4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan. 4.3 Mesyuarat Panitia (Dialog Prestasi ) - minimum 4 kali setahun ( 3 minggu selepas ujian pengesan/peperiksaan) dan minit mesyuarat mesti disediakan seminggu selepas mesyuarat dijalankan. 4.4 Surat Panggilan Mesyuarat/makluman diedarkan kepada guru 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. 4.5 Kehadiran mesyuarat adalah wajib. Sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua/GPK Pentadbiran sehari sebelum mesyuarat.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 50 5.0 SISTEM FAIL 5.1 Fail JawatankuasaKurikulum disimpan di bilik GPK 1 dan diurus oleh Setiausaha. 5.2 Semua fail panitia diletakkan di bilik GKMP dan di bawah seliaan Guru Kanan Matapelajaran. PAKEJ MATA PELAJARAN 6.1 Menengah Rendah Menengah Rendah – 11 /12 Mata Pelajaran yang dipelajari 6.2 Menengah Atas – Tingkatan 4 dan 5 Nota: Pendidikan Moral Mata pelajaran wajib belajar bagi bukan Islam. Dasar Mata Pelajaran Tingkatan 1 - 3 Aliran Arus Perdana Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam Geografi Sejarah Reka Bentuk & Teknologi Asas Sains Komputer Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Seni Pendidikan Moral KELAS ALIRAN AGAMA Bahasa Arab Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) Dasar Mata Pelajaran SPM Stem A Stem C Sastera Ikhtisas/ Kemanusiaan Mata Pelajaran Teras Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Sejarah Sejarah Sejarah Matematik Matematik Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Islam Pendidikan Islam Sains Sains Mata Pelajaran Pilihan Matematik Tambahan Sains Sukan Geografi Biologi Sains Rumah Tangga Tasawur Islam Kimia PVMA PSV Fizik Perniagaan Bahasa Cina Mata Pelajaran Wajib PJK PJK PJK


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 51 7.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 7.1 Sukatan pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. 7.2 Salinan sukatan untuk panitia bagi setiap tingkatan disimpan dalam Fail Panitia. 7.3 Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 4 perkara asas : 7.3.1 Tajuk/Isi Pelajaran 7.3.2 Objektif 7.3.3 Aktiviti 7.3.4 Pencapaian Objektif 7.4 Fail PdPc hendaklah dihantar oleh semua guru pada setiap hari Jumaat setiap minggu persekolahan. 7.5 Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas. 7.6 Pengajaran dan Pembelajaran merentas Kurikulum adalah digalakkan. 7.7 Menghabiskan Sukatan 7.7.1 Tingkatan 1-3 – Sukatan dihabiskan pada akhir bulan November ( tertakluk kepada arahan semasa : selaras dengan penyelarasan PBS di peringkat LPM ) 7.7.2 Tingkatan 5 – Sukatan dihabiskan pada akhir bulan September. 7.7.3 Tingkatan 4 – Sukatan dihabiskan pada akhir bulanOktober. 7.8 Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah ‘student centered’/berpusatkan murid. Kualiti pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan dengan menguasai kaedah-kaedah terkini seperti PdPc Abad ke 21 , KBAT dan pengamalannya dilaksanakan pada setiap masa melalui perkembangan staf dan latihan dalam perkhidmatan. 7.9 Penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 8.0 JADUAL WAKTU 8.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan. 8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum. 8.3 Dasar pengagihan mata pelajaran berasaskan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 8.4 Jumlah waktu pengajaran guru maksimum 22-30 waktu (40 minit) seminggu. 9.0 GURU GANTI 9.1 Penyediaan Guru Ganti dibuat mengikut giliran oleh AJK JADUAL WAKTU . 9.2 Guru Ganti wajib masuk ke kelas dan bersama-sama murid serta menandatangani salinan jadual waktu ganti yang terletak di atas kaunter pejabat setiap kali terlibat sebagai guru ganti. 9.3 Guru Ganti hendaklah mengisi borang MMI dan memastikan murid menyiapkan tugas yang ditinggalkan oleh Guru Subjek/Mata Pelajaran (Modul Mata Pelajaran yang disediakan oleh Panitia. 9.4 Guru Ganti akan dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kemalangan murid


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 52 10.0 GURU KELUAR ATAS URUSAN RASMI 10.1 Guru yang dipanggil berkursus atau keluar atas tugas rasmi dikehendaki mengisi borang MM dan menyediakan bahan untuk kelas yang ditinggalkan. Satu salinan borang MMI hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 10.2 Guru yang keluar (berkursus, mesyuarat,t erlibat dengan aktiviti luar secara rasmi) perlu mengisi borang keluar, menulis dalam buku pergerakan guru dan staf di pejabat untuk dicatatkan di papan putih di hadapan kaunter pejabat. Catatan perlu dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh bertugas. 11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN 11.1 MENENGAH RENDAH: JADUAL MASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2024 ISNIN , SELASA DAN KHAMIS RABU JUMAAT Waktu Aktiviti 7:40 - 9:40 pagi PdPc 9:40 - 10:00 pagi Rehat 10:00 - 2:00 petang PdPc 2:00 - 2:30 petang Solat 2: 30 - 3:00 petang PdPc (Kelas Ibnu Sina) Waktu Aktiviti 7:40 - 9:40 pagi PdPc 9:40 - 10:00 pagi Rehat 10:00 - 1:30 petang PdPc 1:30 - 2:00 petang Solat (Unit Kokurikulum) 2:00 - 4:30 petang Kokurikulum Waktu Aktiviti 7:20 - 7.50 pagi Bacaan Yassin 7.50 - 9:20 pagi PdPc 9:20 - 9:40 pagi Rehat 9:40 - 12:10 tengah hari PdPc


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 53 11.2 MENENGAH ATAS: JADUAL MASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN sesi 2024/2025 ISNIN , SELASA DAN KHAMIS RABU JUMAAT 12.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN 12.1 Peperiksaan Penggal 12.1.1 Mei - UPT1(Ujian Penilaian Tahap 1) 12.1.2 Ogos - PPT (Peperiksaan Pertengahan Tahun) 12.1.3 Oktober - UPT3 (Ujian Percubaan SPM) 12.1.4 Disember - UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) (Rujuk takwim sekolah) 12.2 PBD 12.2.1 Mac hingga Januari - Penilaian 12.2.2 Jun - Rumusan pertengahan tahun 12.2.3 Januari - Rumusan akhir tahun (Rujuk takwim sekolah) Waktu Aktiviti 7:40 - 10:10 pagi PdPc 10:10– 10:30 pagi Rehat 10:30 – 2:00 petang PdPc 2:00 – 2:30 petang Solat Waktu Aktiviti 7:40 - 10:10 pagi PdPc 10:10 - 10:30 pagi Rehat 10:30 - 1:30 petang PdPc 1:30 - 2:00 petang Solat (Unit Kokurikulum) 2:00 - 4:30 petang Kokurikulum Waktu Aktiviti 7:20 - 7.50 pagi Bacaan Yassin 7:50 - 9:50 pagi PdPc 9:50 - 10:10 pagi Rehat 10:10 - 12:10 tengah hari PdPc


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 54 12.3 Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 1 , 2 & 3 12.3.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun 100% markah. 12.3.2 Gred markah bagi menengah rendah ialah Tafsiran Gred TAHAP PENGUASAAN PBD TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asa atau memberi respons terhadap perkara yag asas. 2 Tahu dan faham Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi 3 Tahu, faham dan boleh buat Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik. 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji Murid menggunakan pengetahuan dan melaksankan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif. 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi. Gred Skor Cemerlang 85 – 100 B Kepujian 70 – 84 C Baik 60 – 69 Lulus 50 – 59 E Menguasai 40 – 49 Tidak Menguasai 0 - 39 Tahap Petunjuk Pencapaian Cemerlang 5 Kepujian 4 Baik Memuaskan 2 Mencapai Tahap Minimum Belum Mencapai Tahap Minimum


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 55 12.4 Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 4 dan 5 12.4.1 Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun 100% markah. 12.4.2 Gred markah untuk menengah atas 12.5 Format Peperiksaan 12.5.1. Pentaksiran Bilik Darjah 12.5.1.1 Pengujian terhadap sukatan yang diajar sepanjang tahun. 12.5.2 Peperiksaan Penggal 12.5.2.1 Masa adalah mengikut kertas sebenar peperiksaan awam. 12.5.2.2 Format adalah mengikut format soalan kertas peperiksaan awam. 12.5.2.3 Semua pengendalian peperiksaan adalah mengikut Standard Peperiksaan Awam. 12.5.3 Penggubal Soalan 12.5.3.1 Semua penggubal soalan ditentukan olehKetuaPanitia setiap mata pelajaran setelah berbincang dengan mesyuarat pertama panitia dalam tahun semasa. 12.6 Jadual Pengawasan 12.6.1 Jadual peperiksaan disediakan kerana semua ujian/pengawasan dijalankan serentak. 12.6.2 Peperiksaan Penggal – Jadual Pengawasan guru mata pelajaran. 12.6.3 Masa Pengawasan mengikut jadual guru mata pelajaran. Gred Skor A+ Cemerlang tertinggi 90 – 100 Cemerlang tinggi 80 – 89 A- Cemerlang 70 – 79 B+ Kepujian tertinggi 65 – 69 B Kepujian tinggi 60 – 64 C+ Kepujian atas 55 - 59 C Kepujian 50 - 54 Lulus atas 45 – 49 E Lulus 40 – 44 Gagal 0 - 39


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 56 12.7 Rekod Markah 12.7.1 Markah dimasukkan ke dalam Sistem Idme Pentaksiran oleh guru mata pelajaran. 12.7.2 Markah Peperikasaan disimpan dalam Sistem Idme Pentaksiran oleh guru kelas 12.7.3 Rekod keputusan peperiksaan dikeluarkan dan dicetak oleh guru kelas. 12.7.4 Markah ujian dan peperiksaan disimpan di dalam fail PdPc . 12.7.5 Keputusan ujian dan peperiksaan akan diberikan kepada pelajar untuk disimpan dalam fail peribadi pelajar. 12.7.6 Penyerahan Laporan Akademik Pelajar dibuat selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Ibu bapa/penjaga dijemput hadir untuk membincangkan kemajuan pelajaran anak masing- masing. Rekod keputusan peperiksaan akan ditandatangani oleh ibu bapa. 12.8 Syarat Lulus 12.8.1 Tingkatan 1-3 mengikut dasar PT3 12.8.2 Tingkatan 4&5 mengikut dasar SPM 12.9 Jadual Penentu Ujian 12.10 Post Mortem Untuk Peperiksaan. 12.10.1 Mesyuarat Post Mortem diadakan untuk semua tingkatan dan setiap kali peperiksaan dijalankan. 12.10.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pati secara individu dan didokumentasikan 13.0 PEMANTAUAN 13.1 Pengajaran dan Pembelajaran 13.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan diselia sekurang – kurangnya satu kali dalam setahun secara rasmi. 13.1.2 Guru-guru akan dipantau olehPengetua,GuruPenolongKanan danGKMP. Jadual penyeliaan berfokus akan dikeluarkan setiap tahun. 13.1.3 Guru dinasihat berbincang dan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk diselia. 13.1.4 Adalah digalakkan guru terlebih dahulu menawarkan diri untuk diselia. 13.1.5 Ketua Panitia juga digalakkan menyelia guru-guru di bawah panitianya. 13.1.6 Penyelia dan guru yang diselia berbincang selepas pemantauan untuk penambaikan.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 57 13.2 Pengurusan Panitia 13.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Mata Pelajaran . Rujuk garis panduan yang disediakan. 13.2.2 Semua fail akan disemak oleh GKMP dan diletakkan di bilik ‘War Room’. Bahan-bahan perlu dikemaskini sepanjang tahun. 13.2.3 Pengurusan Panitia mestilah mengikut elemen yang dikehendaki dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti@Sekolah. 13.3 Peperiksaan dan Penilaian 13.3.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian. 13.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan. 13.4 Bilik-bilik Khas 13.4.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna. 13.4.2 Rekod Penggunaan, peraturan penggunaan, jawatankuasa dan inventori mesti diwujudkan. 13.4.3 Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah sentiasa diutamakan. 13.5 Jawatakuasa Pemantauan Jawantankuasa Tetap Pemantauan Akademik adalah terdiri daripada 13.5.1 Pengetua 13.5.2 Penolong Kanan Pentadbiran 13.5.3 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 13.5.4 Penolong Kanan Kokurikulum 13.5.5 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran 13.5.6 Ketua Panitia Mata Pelajaran 13.6 Penyeliaan Buku Latihan Pelajar 13.6.1 Kerja pelajar akan dicerap oleh pengurusan 2 kali setahun. 13.6.2 Semua guru akan menyerahkan semua buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan. 13.6.3 Rekod penyeliaan buku kerja murid akan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbir dan disimpan dalam panitia mata pelajaran. 14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA 14.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. 14.2 Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar. 14.3 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 14.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan suwa yang ada. 14.5 Peruntukan perlu dihabiskan bagi tahun yang berkenaan.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 58 15.0 BUKU TEKS , PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN 15.1 Buku Teks yang dibekalkan dimaksimakan penggunaannya. 15.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun. 15.3 PSS diutamakan penggunaannya pada waktu PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk intervensi maklumat subjek lain. 15.4 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan. 15.5 Waktu ketiadaan guru; guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat. 15.6 Program NILAM akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa. 15.7 Semua guru dan pelajar digalakkan untuk memanfaatkan PSS sepenuhnya. 16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 16.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan Panitia. 16.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang kearah kecemerlangan murid. 16.3 Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik. 16.4 Panitia diminta bekerjasama bagi menjayakan program peningkatan Panitia berkenaan. 16.5 Penglibatan Kaunseling membantu sepenuhnya program peningkatan Akademik. 17.0 PERKEMBANGAN STAF 17.1 Kursus Dalaman 17.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan laporan ringkas kepada Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang daripada berkursus dengan menggunakan format minit curai. 17.1.2 Bahan kursus boleh diperbanyakkan untuk keperluan guru lain. 17.2 Kursus Perkembangan Staf 17.2.1 Dirancang mengikut keperluan tahun semasa dan diprogramkan dalam takwim tahunan. 17.2.2 Lawatan Penanda Aras diadakan untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. 17.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus 17.3.1 Diperbanyakkan untuk keperluan guru panitia berkenaan. 17.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia berkaitan dan tidak menjadi hak peribadi. 18.0 KAJIAN TINDAKAN/INOVASI 18.1 Semua guru mata pelajaran diwajibkan membuat satu kajian tindakan setiap tahun. 18.2 Setiap kajian tindakan akan dibentangkan di dalam setiap perjumpaan mingguan/ bicara ilmu .


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 59 21.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 21.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku Keperluan Pendidikan Negara. 21.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan Pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum. 22.0 DASAR DAN KUALITI LATIHAN 22.1 Latihan memantapkan PdP dan kuantiti diberi perlu mencukupi, semasa dan/atau selepas PdPc sepanjang tahun. 22.2 Latihan yang diberi hendaklah diperiksa dan dipantau supaya setiap pelajar membuat dan mengambil berat dan seterusnya dapat manfaat daripadanya. Kegagalan pelajar menyempurnakan latihan termasuk dalam kesalahan disiplin sekolah yang perlu dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga. Penglibatan ibu bapa/ penjaga perlu untuk mempastikan dasar ini berkesan. 22.3 Sumber latihan adalah bebas dan pelbagai, kualiti soalan mesti sesuai dengan tahap pelajar serta dapat membantu mengukuh, memantapkan dan mencabar pengetahuan pelajar. 22.4 Latihan perlu didokumentasikan dan difailkan dengan kemas dan sistematik supaya boleh diakses pada masa lain. Satu fail hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran. 22.5 Kuantiti Latihan mata pelajaran bergantung kepada ketetapan dalam panitia 22.6 Pelaksanaan Latihan melalui i. Pelaksanaan PdPc ii. Latihan harian dan mingguan iii. Latihan Cuti Sekolah ( LCS ) iv. Latihan topikal v. Ujian topikal vi. Ujian bulanan vii. Peperiksaan viii. Peperiksaan percubaan ix. Bengkel mata pelajaran x. Pecutan akhir 19.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc DAN PEPERIKSAAN 19.1 Bahan pengajaran boleh dibuat secara fotostat. 19.2 Semua bahan untuk dicetak akan diuruskan oleh kakitangan sokongan yang bertugas. 20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 20.1 Guru-guru dan murid digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan agensiagensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. 20.2 Murid yang terlibat hendaklah dilatih dan dibimbing secukupnya untuk bertanding. Tidak dibenarkan melatih dan membimbing masa PdPc pelajar. 20.3 Penyertaan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sahaja boleh dalam tempoh ujian atau peperiksaan ( Murid terlibat dibenarkan menduduki ujian atau peperiksaan dalaman).


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 60 23.0 KELAS TAMBAHAN/KELAS BIMBINGAN / BENGKEL 23.1 Kelas tambahan terbukti membantu guru dan pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik dalam peperiksaan awam setiap tahun. Namun pelaksanaannya haruslah diperkasa agar lebih berkesan. Guru yang terpilih perlu melaksanakan kelas tersebut mengikut jadual yang diaturkan agar tidak berlaku pertembungan masa. 23.2 Kelas tambahan akan bermula pada bulan April dan berterusan hingga peperiksaan SPM. Guru mata pelajaran kelas bukan peperiksaan amat digalakkan mengadakan kelas tuisyen bagi kelas masing-masing untuk tujuan memperkasakan ilmu pelajar sebelum berada di ambang peperiksaan. 23.3 Pengisian kelas tambahan adalah untuk memperkasakan PdPc iaitu ulangkaji dan latih tubi dan bimbingan secara intensif. 23.4 Bahan edaran pelajar perlu disediakan dan digunakan secara maksimum. Buat perancangan yang rapi untuk mengelakkan pembaziran. Bahan boleh dicetak mengikut keperluan dan mematuhi tatacara percetakan sekolah. 23.5 Sila tulis tarikh, tanda kehadiran pelajar dan tanda tangan setiap kali selepas kelas tambahan untuk tujuan rekod dan pemantauan.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 61 1.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 Naib Pengerusi 5 Setiausaha Penolong Setiausaha Ahli Jawatankuasa Pengetua Pn. Hazora binti Ismail GPK Pentadbiran En. Zuzaimi bin Zulkifli GPK HEM : Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Taib GPK Kokurikulum : Pn. Siti Nor Fadilah binti Shaikh Abd Hadi GPK Tingkatan 6 : Pn. Rusmani binti Ab Rahman Penyelaras PPKI : Pn. Siti Khodijah binti Daud Pn. Nurul Syaheeda Asma binti Muhamad Hanif Pn. Nor Adibah binti Che Ramli 1. GKMP Bahasa : Pn. Norihan binti Hamzah 2. GKMP Sains dan Matematik : Pn. Walfazillah binti Harun 3. GKMP Kemanusiaan : Pn. Rasidah binti Hassim 4. GKMP VoTek : Pn. Hjh Rohani binti Abdul Hamid 5. Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran 6. SU Peperiksaan Dalaman/UASA : Pn. Lee Lai Har 7. SU PBD : Pn. Musykirah binti Mustapa 8. SU SEGAK : Pn. Zarina binti Zahari 9. SU SPM : Pn. Wan Mazira binti Wan Yusof 10. SU MPAK : Pn. Nurul Nida binti Husain 11. SU STPM : Pn. Nor Khatijah binti Mohd Yusof 12. Semua Penyelaras Tingkatan 13. SU Jadual Waktu : Pn. Nurafni binti Ismail 14. SU Pendidikan Khas : Pn. Siti Khodijah binti Daud 15. Penyelaras ICT : En Rosman bin Awang Chik 16. Penyelaras PSS : Pn. Maziah binti Ismail 17. GBKSM : Pn. Ramizah binti Alias En. Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 62 2.0 JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN BIDANG KEMANUSIAAN GKMP : PN. RASIDAH BINTI HASSIM Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Sejarah Pn. Nor Hafizah binti Abd Rahim Geografi Pn. Erma Suraya binti Mohd Zanon Pendidikan Islam & Pn. Azlida binti Mohd Ab Razak Pendidikan Seni Visual En. Mohd Zaki bin Yaakob Pendidikan Jasmani & Kesihatan En. Aslan bin Azman Pendidikan Moral Pn. Wan Norazrith Aida binti Wan Ahmad Putra Tasawwur Islam Pn. Wan Mazira binti Wan Yusoff Sains Sukan Pn. Hafizah binti Hasan BIDANG SAINS DAN MATEMATIK GKMP: PN. WALFAZILLAH BINTI HARUN Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Sains Teras Pn. Norazreen binti Kamarulzaman Sains Tulen ( Fizik, Kimia & Biologi ) En. Mohd Izham bin Mukhtar Matematik Pn. Sarah Hanim binti Mohd Shahruddin BIDANG BAHASA GKMP: PN. NORIHAN BINTI HAMZAH Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Bahasa Melayu Pn. Siti Norhasmanira binti Muhammad Bahasa Inggeris Pn. Rahayu binti Ismail Bahasa Arab Pn. Wan Mazira binti Wan Yusoff BIDANG VOKASIONAL DAN TEKNOLOGI GKMP: PN. HJH. ROHANI BINTI ABD HAMID Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Panitia / Setiausaha Mata Pelajaran Perniagaan Pn. Siti Nurul Hafza binti Mohd Juhari Mata pelajaran Vokasional (PVMA) Pn. Nurul Nida binti Husain Rekabentuk Teknologi (RBT) Pn. Roziyana binti Awang Asas Sains Komputer En. Rosman bin Awang Chik Sains Rumah Tangga Pn. Nurul Erni Sharmila binti Yahya Matematik Tambahan Pn. Norhasnida binti Abdul Malek


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 63 3.0 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 Setiausaha Peperiksaan Pen. SU Peperiksaan Setiausaha Peperiksaan & Penyelaras Pep. Ting. Peperiksaan SPM Penyelaras SKM S/U MPAK S/U UASA S/U PBD S/U Psikometrik S/U SEGAK AJK Peperiksaan Dalaman Pengetua Pn. Hazora binti Ismail GPK Pentadbiran : En. Zuzaimi bin Zulkifli GPK HEM : Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Taib GPK Kokurikulum : Pn. Siti Nor Fadilah binti Shaikh Abd Hadi Semua GKMP Pn. Lee Lai Har Pn. Nurmahirah binti Maidin. Pn . Wan Mazira binti Wan Yusoff Pn. Mazni binti Awang Pn. Nurul Nida binti Husain Pn. Lee Lai Har Pn. Musykirah binti Mustapa Pn. Ramizah binti Alias Pn. Zarina binti Zahari Semua Penyelaras Ting. 1 - 6


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 64 4.0 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 Penyelaras Penolong Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Kerja PSS Guru Perpustakaan Penyelaras NILAM Guru Bahan Bantu Mengajar Guru Smart Classroom/TV PSS Guru Bilik Tayang Guru Bilik Showcase Gallery Guru Makmal Komputer Pengetua Pn. Hazora binti Ismail GPK Pentadbiran : En. Zuzaimi bin Zulkifli GPK HEM : Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Taib GPK Kokurikulum : Pn. Siti Nor Fadilah binti Shaikh Abd Hadi Penyelaras PPKI : Pn. Siti Khodijah binti Daud Pn. Maziah binti Ismail Pn. Siti Fatimah binti Shaffii 1. Semua GKMP 2. Semua KP 3. S/U LaDaP 4. GBKSM 5. Komuniti (PIBG) Pn. Harlina binti Ahmad Sarudin Pn. Zarina binti Zahari Pn. Wan Norazrith Aida binti Wan Ahmad Putra Pn. Musykirah binti Mustapa En. Zulkifli bin Soh En. Aiduddin bin Md Daud Pn. Fara Idayu binti Muhamad Anua Pn. Siti Norhasmanira binti Muhammad Penyelaras Tingkatan Semua Guru Kelas Pn. Azlida binti Mohd Ab Razak En. Azizi bin Abdullah En. Lokman bin Mat Jabar Pn. Norfazira binti Ramli Guru X En. Mohd Zaki bin Yaakob Pn. Nurul Nida binti Hussain En. Rosman bin Awang Chik


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 65 5.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN JADUAL WAKTU Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 Naib Pengerusi 5 Setiausaha Penolong Setiausaha Ahli Jawatankuasa Pengetua Pn. Hazora binti Ismail GPK Pentadbiran En. Zuzaimi bin Zulkifli GPK HEM : Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Taib GPK Kokurikulum : Pn. Siti Nor Fadilah binti Shaikh Abd Hadi GPK Tingkatan 6 : Pn Rusmani binti Ab Rahman Penyelaras PPKI : Pn. Siti Khodijah binti Daud Pn. Nurafni binti Ismail En. Lokman bin Mat Jabar 1. Pn. Siti Norhasmanira binti Muhammad 2. Pn. Nor Hafizah binti Abd. Rahim 3. Pn. Siti Fatimah binti Shaffii 4. En. Mohd Izham bin Mukhtar


SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 66 Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 JADUAL PENCERAPAN PdPc DAN BUKU LATIHAN MURID SMK MARAN SESI 2024/2025 PENGETUA : SEMUA GURU NAMA PENCERAP: EN ZUZAIMI BIN ZULKIFLI (GPK PENTADBIRAN) BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. PN SITI KHODIJAH BINTI DAUD PENDIDIKAN KHAS 2. PN SITI SALEHAH BINTI SULAIMAN PENDIDIKAN KHAS 3. EN SUHIMI BIN LIAS PENDIDIKAN KHAS 4. PN NOR ANIZAWATI BINTI MOHD SUAN PENDIDIKAN KHAS 5. PN WAN NURNABIHAH BINTI WAN ANUAR PENDIDIKAN KHAS 6. GURU X PENDIDIKAN KHAS 7. PN SHAHIRA IDAYU BINTI KAMARUDIN BIOLOGI 8. PN ATHIRAH BT CHE HUSSIN MATEMATIK 9. PN NOR ADIBAH BINTI CHE RAMLI MATEMATIK 10. PN WAN NORAZRITH AIDA BT WAN AHMAD PUTRA SEJARAH 11. PN ZARINA BINTI ZAHARI PJK 12. PN MUSYKIRAH BINTI MUSTAPA PENDIDIKAN ISLAM NAMA PENCERAP : TN HJ MOHAMAD NASIR BIN TAIB (GPK HAL EHWAL MURID) BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. EN KHALIL BIN MOHD BAHKRI PERNIAGAAN 2. EN MUHAMAD FAIRUZ BIN ABD RAZAK PJK 3. EN ROSMAN BIN AWANG CHIK ASK 4. EN A.S AZMAN BIN ABDULLAH RBT 5. PN RAMIZAH BINTI ALIAS B & K 6. EN MUHAMAD NUR FARHAN B MUHAMAD HANAFIAH B & K 7. NUR IZYAN ZAWANAH BINTI KAMARUDDIN BAHASA INGGERIS


SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 67 Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. PN ARFAZILAH BINTI ARSAH PJK 2. EN AIDUDIN BIN MD DAUD PENDIDIKAN ISLAM 3. PN WAN MAZIRA BINTI WAN YUSOFF B. ARAB/TASAWWUR 4. PN NURAFNI BINTI ISMAIL PENDIDIKAN ISLAM 5. PN AZLIDA BUNTI MOHD AB RAZAK PENDIDIKAN ISLAM 6. EN NOR HAMIDUN BIN JAMALUDDIN PENDIDIKAN ISLAM 7. EN MOHD ZAKI BIN YAAKOB PSV NAMA PENCERAP : PN SITI NOR FADILAH BINTI SHAIKH ABD HADI (GPK KOKURIKULUM) NAMA PENCERAP: PN RUSMANI BINTI AB RAHMAN (GPK TINGKATAN 6) BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. EN MOHD KHAIRI BIN RAZALI BAHASA INGGERIS 2. EN FAIZ FIKRI BIN MUHAMMAD SEJARAH 3. EN SHAHRUL HAFIZI BIN ZAHED PENGAJIAN PERNIAGAAN 4. PN NORAIZAN BINTI HAMZAH @ DAUD GEOGRAFI 5. PN HAZILAH BINTI MOHAMAD BAHASA MELAYU 6. PN NURULJANAH BINTI YUSOF PENGAJIAN AM 7. PN NOR KHATIJAH BINTI MOHD YUSOF KMK 8. PN NORHAYATI BINTI ABDUL AZIZ PENDIDIKAN SENI 9. PN NUR AFIZAH BT NUR DZAINUDDIN PENGAJIAN AM 10. EN MOHD KHAIRIL AZLAN BIN MUKHTAR SAINS SUKAN 11. PN NURULIZANA BINTI JELANI GEOGRAFI 12 PN SITI NURFATIHAH BINTI ZAKARIA MUET 13. PN ZULAINI BINTI AHMAD SEJARAH


SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 68 Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 NAMA PENCERAP: PN RASIDAH BINTI HASSIM (GKMP KEMANUSIAAN) BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. PN. NORIHAN BINTI HAMZAH BAHASA MELAYU 2. PN NOR HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM SEJARAH 3. PN ZURAINI BINTI ISMAIL BAHASA MELAYU 4. PN ERMA SURAYA BINTI MOHD ZANON GEOGRAFI 5. PN HAZURA BINTI MUSTAFA SEJARAH 6. EN AZIZI BIN ABDULLAH GEOGRAFI 7. PN MAZIAH BINTI ISMAIL SEJARAH 8. EN ASLAN BIN AZMAN BAHASA MELAYU NAMA PENCERAP: PN NORIHAN BINTI HAMZAH (GKMP BAHASA) BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. PN. RASIDAH BINTI HASSIM BAHASA MELAYU 2. PN SITI FATIMAH BINTI SHAFFII BAHASA MELAYU 3. PN NOR FAZIRA BT RAMLI BAHASA MELAYU 4. EN ZULKIFLI BIN SOH BAHASA MELAYU 5. PN SITI NORHASMANIRA BINTI MUHAMMAD BAHASA MELAYU 6. PN FARAH IDAYU BINTI MUHAMAD ANUA BAHASA MELAYU 7. PN RAHAYU BINTI ISMAIL BAHASA INGGERIS


SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 69 Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 NAMA PENCERAP: PN HJH ROHANI BINTI ABDUL HAMID (GKMP VOKASIONAL & TEKNOLOGI) BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. PN. WALFAZILLAH BINTI HARUN BIOLOGI 2. PN HAFIZAH BINTI HASAN SAINS SUKAN 3. PN NURUL ERNI SHARMILA BINTI YAHYA SRT 4. PN ROZIYANA BINTI AWANG RBT 5. PN SITI NURUL HAFZA BINTI MOHD JUHARI PERNIAGAAN 6. PN MAZNI BINTI AWANG MPV 7. PN NURUL NIDA BINTI HUSAIN MPV 8. PN NURMAHIRAH BINTI MAIDIN RBT NAMA PENCERAP : PN WALFAZILLAH BINTI HARUN (GKMP SAINS & MATEMATIK) BIL NAMA GURU MATAPELAJARAN 1. PN ROHANI BINTI ABD HAMID BAHASA INGGERIS 2. PN LEE LAI HAR FIZIK 3. PN NURUL SYAHEEDA ASMA BINTI MUHAMAD HANIF FIZIK 4. EN MOHD IZHAM BIN MUKHTAR KIMIA 5. PN NORAZREEN BINTI KAMARULZAMAN SAINS 6. PN SARAH HANIM BT MOHD SHAHRUDDIN MATEMATIK/MAT.TAMBAHAN 7. EN LOKMAN BIN MAT JABAR MATEMATIK 8. PN NORHASNIDA BINTI ABDUL MALEK MATEMATIK TAMBAHAN


SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 70 Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU: 1. Semasa pencerapan guru dinilai dari segi proses PdPc dalam bilik darjah, fail rekod PdPc guru, buku nota & latihan serta hasil kerja murid. ( SKPM Kualiti@Sekolah dan Instrumen Pencerapan Abad ke 21 ) 2. Keutamaan pencerapan adalah bagi mata pelajaran teras dan elektif. 3. Perbincangan selepas pencerapan perlu dijalankan untuk perkongsian dapatan bagi meningkatkan keberkesanan PdPc pada masa akan datang. 4. Semakan buku tulis dibuat dalam tempoh seminggu selepas pencerapan dalam bilik darjah. 5. Analisis keseluruhan prestasi PdPc akan dibentangkan dari semasa ke semasa untuk tindakan penambahbaikan


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 71 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID BIL ISI KANDUNGAN DASAR/ KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1.0 JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID 1.1 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN 1.2 JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID 1.3 JAWATANKUASA BANTUAN & KEBAJIKAN 1.4 JAWTANKUASA PENGURUSAN KANTIN 1.5 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 1.6 JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) 1.7 JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DENGGI(PPDe) 2.0 PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 2.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 2.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN PENGAWAS 2.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERHIMPUNAN 3.0 JAWATANKUASA KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH (3K) 4.0 BIMBINGAN DAN KAUNSELING 4.1 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 4.2 JAWATANKUASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 4.3 JAWATANKUASA KHAS PETI ADUAN 5.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 72 DASAR / KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. DASAR AM PENGURUSAN KELAS 1.1. Pengurusan e-Kehadiran (APDM) a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan. b) Guru bertugas mingguan (GBM) hendaklah mengambil kehadiran murid di pintu masuk sekolah menggunakan aplikasi Datang Reader c) Guru mata pelajaran waktu pertama mengambil kehadiran untuk guru kelas masukkan ke dalam sistem e-Kehadiran sebelum jam 12.00 tengah hari d) Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. e) Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah. f) Analisa kehadiran bulanan hendaklah disahkan dan dicetak setiap akhir bulan g) Analisa kehadiran bulanan yang bercetak disimpan dalam fail kelas di pejabat. 1.2. Fail Peribadi Murid a) Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai fail ini. b) Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar. c) Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman , laporan PBD dan lain-lain disimpan dalam fail ini. a) Fail peribadi ini perlu dikemaskini oleh guru tingkatan setiap awal dan akhir tahun. b) Fail peribadi murid ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah. c) Semua fail perlu disimpan dalam loker berlabel di bilik fail di dalam pejabat. 1.3. Fail Kelas Guru Tingkatan a) Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini. b) Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini. c) Fail kelas akan disemak oleh penyelaras tingkatan dengan menggunakan dokumen penyemakan fail kelas dan difailkan. d) Jika berlaku pertukaran guru tingkatan fail ini hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan baru melalui Penyelaras Tingkatan. e) Fail ini hendaklah diserahkan kepada penyelaras tingkatan pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan untuk disimpan oleh PK HEM.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 73 1.4. Pendaftaran Murid Baru a) Penyelaras Tingkatan mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. Penyelaras Tingkatan juga memastikan pelajar baru mengisi Memo Kemasukan Pelajar Baru. b) Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. c) Guru Tingkatan akan memasukkan data pelajar-pelajar baru dan mengemaskini data kelas APDM secara online. d) Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. e) Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM. f) Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM. g) PK HEM mendapatkan LAPORAN DISIPLIN, PLBS/ULBS, PEKA, PBD, PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu. 1.5. Buku Teks a) Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT. b) Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks. c) Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks. d) Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar, nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut. e) Dalam Ops Balut. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah. f) Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari pertama persekolahan. g) Murid dan waris dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Buku Teks serta memperakui butiran yang terkandung didalamnya. 1.6. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah a) Mempastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima. b) Guru kelas perlu memaklumkan kepada pentadbir APDM untuk PADAM nama dalam sistem APDM c) Pertukaran keluar ke sekolah swasta atau sekolah dibawah Pengurusan MARA i. Memastikan semua buku teks telah dipulangkan. ii. Merekodkan judul buku yang dipulangkan. iii. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. d) Pertukaran Keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) i. Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.( Sila guna borang khas yang disediakan di pejabat) ii. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. e) Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid murid yang akan melanjutkan pelajaran ke SBP ,MRSM dan Kolej Vokasional. f) Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid-murid Tingkatan 5 dan TIngkatan 6 Atas yang tamat belajar di SMK Maran g) Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan. (Bergantung kepada keadaan ). h) Guru Tingkatan memastikan pelajar mengisi Memo Perpindahan Keluar.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 74 1.7. Pengurusan & Organisasi Kelas: a) Melantik Pemimpin pelajar bagi setiap Kelas: i. Ketua Tingkatan ii. Penolong Ketua Tingkatan iii. Bendahari iv. AJK Kebersihan v. AJK SPBT vi. AJK Matapelajaran b)Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut: i. Carta Organisasi Kelas – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas ii. Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan hadapan Kelas iii. Jadual Tugas Kebersihan ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. iv. Pelan kedudukan kelas ditampal di atas meja Guru v. Inventori Kelas ditampal pada pintu vi. Papan kenyataan milik kelas tersebut vii. Moto kelas ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, ( nota: Misi, Visi dan Moto SMK Maran. Semua murid perlu menghafal dalam Bahasa Malaysia) ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas. viii. Sudut Program Pencegahan Dadah ix. Sudut Bacaan Kelas x. Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa ditampal pada papan kenyataan di belakang kelas. xi. Alatan pembersihan xii. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran. xiii. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih. xiv. Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. xv. Menggantikan dan membawa turun/ keluar mana-mana perabot yang rosak. c) Kebersihan kelas: i. Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. ii. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan. iii. Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum berakhir P&P, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menyendengkan kerusi ke meja. iv. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak d) Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 75 e) Guru dan AJK Kelas mesti mengambil perhatian terhadap perkara berikut: i. Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. ii. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru Perabot/Guru Pembangunan). iii. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi. iv. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama. f) Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut: i. Bahan-bahan keceriaan kelas. ii. Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain. 1.8. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun) a) Menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan. Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada Minggu pertama sesi persekolahan . 1.9. Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab a) Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi , tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit. b) Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 76 2. DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN 2.1. Ponteng Sekolah a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya. b)Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut: c) Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas). d) Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah. e) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh: Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga) Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku ) Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan) f) Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada GPK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua. Nota: Catatan dibuat dalam borang yang disediakan dalam Fail kelas untuk surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah Tindakan Ponteng Berterusan PontengBerkala/Tidak Berurutan Amaran 1 3 hari berturut-turut 10 hari Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 1 10 hari selepas Surat Amaran 1 Amaran 3 7 hari selepas Surat Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran 2 Buang Sekolah 14 hari selepas Surat Amaran 3 20 hari selepas Surat Amaran 3 Jumlah Keseluruhan 31 hari 60 hari Amaran 1 Ditandatangani oleh GPK HEM Amaran 2 Ditandatangani oleh GPK HEM Amaran 3 Ditandatangani oleh GPK HEM Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 77 g) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi: i. Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing. ii. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing an berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu. iii. Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua. iv. Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji. v. Muridyang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN. 2.2. Buku Rekod Pengesanan Pelajar (BRPP) a) Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BRPP /Buku Kawalan Kelas setiap hari. b) Ketua Tingkatan akan mengambil diwaktu pagi di pejabat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BRPP ke pejabat semula selepas tamat sesi persekolahan. c) BRPP hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru mata pelajaran yang masuk pada setiap waktu. d)Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti ERT, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam dan Pendidikan Jasmani BRPP akan dibuat secara berasingan. e) Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar f) Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BRPP. g) Semua kes salah laku murid yang ringan mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes sederhana berulang dan berat sahaja perlu dicatatkan dalam BRPP untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya. h)Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BRPP dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin/GPK HEM. i) Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BRPP) akan menyemak BRPP setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya. j) Ketua Tingkatan atau Penolong Ketua Tingkatan mesti menanda borang pemantauan Ketua Tingkatan dalam BRPP.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 78 2.4. Disiplin Murid a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM. d)Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik . Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. e) Hukuman berganda (double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku yang dilakukan. f) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negative guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. g) Guru perlu melapurkan kesalahan sederhana dan berat kepada Ketua Guru Disiplin. h) Guru-guru hendaklah menggunakan SSDM untuk melaporkan Amalan Baik yang dilakukan oleh pelajar untuk pelaporan kategori sahsiah dalam Sijil Akuan Sahsiah. i) Guru kelas menyediakan Sijil Akuan Sahsiah untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas yang akan tamat persekolahan. 2.5. Tanggungjawab Guru a) Guru mestilah bersikap penyayang . Justeru itu guru mestilah mengenali nama setiap pelajar b) Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jika gagal kes ini perlu dirujuk kepada kaunselor pelajar. c) Jangan mulakan proses PdPc jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri. d)Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. e) Sebelum memulakan PdPc guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera. f) Guru-guru haruslah mengambil perhatian lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini di dalam BRPP g) Penyemakan buku nota dan latihan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir. 2.6. Dasar Umum Disiplin a) Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari. b) Setiap murid wajib memiliki buku nota kecil dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan. c) Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui Perhimpunan Rasmi Sekolah.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 79 d) Pemeriksaan Gempar/Spot Check: i. Pemeriksaan Gempar/sport check akan dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. ii. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan. iii. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik GPK HEM. iv. Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM. v. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat akurjanji . vi. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG. e) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid. f) Pelajar tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa pengawasan guru. g) Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika hari cuti, melainkan bersama guru. h) Pelajar tidak lagi dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah selepas pukul 6.00 petang melainkan bersama guru. i) Aktiviti bersama pelajar lelaki dan perempuan sangat dilarang kecuali yang berkaitan pembelajaran dibawah bimbingan guru. j) Sebarang perbuatan yang menjolok mata seperti berdua-duaan lelaki-perempuan, merokok, merempit, melepak dan sebagainya walaupun di luar kawasan sekolah dianggap menjatuhkan nama baik sekolah dan diketegorikan sebagai kes berat. k) Menjadi tanggung jawab semua guru dan pelajar untuk melaporkan sebarang kes salah laku dalam kalangan pelajar kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Penolong Kanan dan Pengetua. l) Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib dipatuhi oleh semua pelajar dan menjadi kesalahan jika diingkari. m)Penggunaan padang permainan , peralatan dan kemudahan perlu mendapat keizinan dari pihak pengurusan sekolah. n) Kategori kesalahan perlu dirujuk di dalam Buku Peraturan Sekolah yang wajib dimiliki oleh semua pelajar. 2.7. Kaedah Mengatasi Disiplin a) Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: i. semua guru ii. kelas-kelas(untuk ditampal) iii. bilik-bilik khas b) Guru mata pelajaran / guru kelas i. rekodkan kesalahan murid di BRPP ii. Guru Disiplin akan kumpulkan maklumat dan rekodkan serta diambil tindakan. iii. Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan. c) Guru Disiplin serahkan nama kepada Kaunselor untuk tindakan susulan d) Sijil Sifar Ponteng i. Kelas yang Berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. ii. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab. iii. Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 80 2.8. Pengurusan Perhimpunan a) Perhimpunan rasmi pada hari Isnin (7.20 – 8.10 ) dan perhimpunan biasa pada hari-hari Selasa, Rabu dan Khamis (7.20 – 7.40 ) .Majlis Bacaan Surah Yassin untuk pelajar Islam dan Pemantapan Sahsiah kepada pelajar bukan Islam di adakan pada setiap pagi Jumaat (7.20 – 7.50) b) Diuruskan oleh JK Pengurusan Perhimpunan, Guru Bertugas Mingguan dan dibantu oleh Badan Pengawas c) Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran. d) Perhimpunan perlulah ringkas dan padat. e) Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan.Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut. f) Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam perlu berada di belakang podium.Teks pengucapan awam mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan. g) Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) h) Segala maklumat yang disampaikan oleh guru mesti dicatatkan di dalam Buku Laporan Mingguan oleh Guru Bertugas Mingguan dan oleh pengawas bertugas di tapak perhimpunan di dalam Buku Laporan Pengawas 3. DASAR AM KEBAJIKAN MURID 3.1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) a) Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan. b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama c) (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008). d) Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit. e) Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama. f) Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke sekolah swasta, SBP atau Sekolah-sekolah dibawah anjuran MARA memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. g) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya. 3.2. Pengurusan Biasiswa a) Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa. b) Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. c) Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja. d) Bagi penerima bantuan biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 81 e) Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan Baitulmal. f) Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat menyambung semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan. g) Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan melaporkan kepada pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kurang daripada RM1000 sebulan.. h) Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa dan memastikan mereka tidak ketinggalan. 3.3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling a) Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya. b) Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja. c) Kaunselor boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. d) Kaunselor juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid. e) Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. f) Kaunselor mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/ dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan untuk tindakan susulan. g) Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. h) Kaunselor perlu menjalankan program penilaian kendiri bagi membantu pelajar membuat penilaian terhadap diri sendiri dengan menggunakan Buku Penilaian Kendiri yang wajib dimiliki dan ditanda setiap hari oleh pelajar. Buku ini hendaklah dikumpul dan dianalisa sebulan sekali bagi mengesan pelajar yang amat memerlukan perhatian. i) Kaunselor juga perlu memantau Buku Pemantauan Permata Harapan bagi mengesan pelajar bermasalah dan menjalankan Program Penjernihan untuk mereka. j) Setiap data kaunseling murid disimpan secara sistematik, sentiasa dianalisa dan dibuat pembaikan dari masa kesemasa. 3.4. Kebajikan murid a) Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM b) Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya. c) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 82 4. DASAR AM KEBERSIHAN , KESIHATAN dan KESELAMATAN (3K) Visi 3K Menjuarai Pertandingan 3K peringkat Kebangsaan 4.1. Rekod Kesihatan Murid a) Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan di dalam fail peribadi b) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. c) Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila dapatkan daripada koperasi sekolah.. d) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan. e) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan. 4.2. Kad Pergigian Murid a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu. b) Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan. 4.3. Surat Rawatan Murid a) Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan. c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. 4.4. Murid Sakit a) Sekiranya ada murid yang sakit pada sebelah pagi mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah dan Guru Bertugas Mingguan akan dihubungi b) Guru Bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid samada perlu dihantar ke klinik, berehat di bilik rehat atau menghubungi ambulan atau warisnya. c) Kunci Bilik Rawatan (sekolah) akan disimpan setiap satu oleh Guru Bilik Rawatan dan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis di buku pergerakan kunci. Murid lelaki perlu diasingkan dari murid perempuan. d) Guru Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah sekiranya perlu. e) Guru Bertugas dan Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di Bilik Rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam. f) Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah menghubungi segera ibu bapa / penjaga untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan.Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulan sekiranya berlaku kecederaan serius yang memerlukan rawatan segera. g) Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 83 4.5. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah. b) Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing – masing. c) Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses PdPc. d) Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap hari. e) Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan sebelum murid keluar. f) Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan perlu memantau kebersihan kelas dengan mengisi borang pemantauan di dalam Buku Rekod Mengesan Pergerakan Murid. g) Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja. 4.6. Kantin Sekolah a) Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin. b) Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. c) Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. d) Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah. e) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. f) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng dibunyikan. g) Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. h) Penggunaan plastik minuman dan polisterin adalah dilarang sama sekali. 4.7. Kebersihan Kelas( Pejabat Guru) a) Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir. b) Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk makluman. c) Guru Bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas. d) Markah diisi oleh pentadbir sekolah dalam borang Bintang 5 untuk menentukan tahap kebersihan kelas. e) Kelas-kelas akan diberi tahap bintang oleh pengetua pada bulan Mac, Jun dan September. 4.8. DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH 4.8.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran: a) Memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun. b) Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil. c) Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. d) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera melalui laluan yang ditetapkan secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka dan rakan-rakan.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 84 e) Guru-Guru dan AJK Kelas mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. f) Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul. g) Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta untuk tindakan menyelamat. 4.8.2. Polisi Sekolah Selamat a) Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah: i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti kurikulum dan Kokurikulum. b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 4.8.3 Kenderaan Guru dan Ibubapa a) Guru-guru mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. b) Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. c) Semua kenderaan guru-guru dan ibubapa mesti mempunyai pelekat khas yang boleh dibeli di koperasi sekolah. d) Ibu bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah untuk mengelak kesesakan, tetapi hendaklah membuat pusingan ke kanan dan menurunkan pelajar di pintu pejalan kaki. 4.8.4 Pondok Kawalan Keselamatan a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. c) Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar di pondok kawalan keselamatan sekolah. d) Jurujual tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali pembekal yang telah diberi kebenaran atau yang berurusan rasmi dengan pihak sekolah. 4.8.5. Menangani Bencana a) Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid bila dikehendaki. b) Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah. c) Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga. d) Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam. e) Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 85 JAWATANKUASA – JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1.0 JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail – Pengetua Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM En Zuzaimi bin Zulkifli Pn. Siti Nor Fadilah binti Shaikh Abd Hadi Pn. Rusmani binti Ab. Rahman Setiausaha Penolong SU : Pn. Mazni binti Awang Pn. Shahira Idayu binti Kamarudin 1. Penyelaras SUMUR : Pn. Rasidah binti Hassim 2. SU Disiplin : En. Norhamidun bin Jamaluddin 3. Pen SU Disiplin & SSDM : Pn. Erma Suraya binti Mohd Zanon 4. SU Pengawas Sekolah : En. Lokman bin Mat Jabar 5. SU Keciciran & Ponteng : En. Zulkifli bin Soh 6. SU Modul Pengurusan Murid : En. Mohd Izham bin Mukhtar 7. SU Bina Insan : En. Aiduddin bin Md Daud 8. SU SUMUR : Pn. Nurafni binti Ismail 9. SU 3K & Keselamatan : Pn. Norazreen binti Kamarulzaman 10. SU Kesihatan : Pn. Arfazilah binti Arsah 11. SU Kebersihan : Pn. Harlina binti Ahmad Sarudin 12. SU Bimbingan & Kaunseling : En. Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah 13. SU Peti Aduan : Pn. Ramizah binti Alias 14. SU Pembimbing Rakan Sebaya : Pn. Ramizah binti Ailas 15. SU Pengurusan Asrama : Pn. Siti Fatimah binti Shaffii 16. SU Skim Pinjaman Buku Teks : Pn. Hazura binti Mustafa 17. SU Bantuan Pelajar (KWAM/EMK/BKP) : Pn. Siti Salehah binti Sulaiman 18. SU Kantin : Pn. Zuraini binti Ismail 19. SU PPDa : Pn. Musykirah binti Mustapa 20. SU PPDe : Pn. Zulaini binti Ahmad 21. SU Pengurusan Perhimpunan : En. A. S Azman bin Abdullah


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 86 1.1 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Penyelaras SUMUR : Pn. Rasidah binti Hassim Pengurus Modul (GKMP) : Pn. Norihan binti Hamzah – Modul Budi Bahasa : Pn. Walfazillah binti Harun – Modul Penampilan Diri : Pn. Rohani binti Abd Hamid – Modul Jati Diri Setiausaha Bina Insan : En. Aiduddin bin Md Daud Setiausaha SUMUR Pn. Azlida binti Mohd Ab Razak AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS En. Nor Hamidun bin Jamaludin –SU Disiplin Pn. Siti Khodijah binti Daud– Penyelaras PPKI Pn. Nurafni binti Ismail – Jadual Solat En. Aslan bin Azman-Pengurusan Solat Pn. Musykirah binti Mustapa-Pengurusan Solat dan Surau Pn. Ramizah binti Alias.(Data) 1. Memastikan surau dan tempat berwuduk sentiasa bersih. 2. Memastikan surau sentiasa berada dalam keadaan ceria/ dihias. Memastikan para pelajar sentiasa bersembahyang / berjemaah. Membimbing para pelajar untuk bersolat dan beribadat. 3. Membantu pelajar yang tidak tahu solat. 4. Merancang, melaksanakan, melapor program, merancang program untuk peningkatan sahsiah pelajar. 5. Mengadakan Program Celik Quran – mengesan dan membantu. 6. Menguruskan program berkaitan hari-hari kebesaran Islam. Merancang tazkirah / doa pagi / doa balik / aktiviti kerohanian / program Taharah. 7. Membuat jadual imam bertugas bagi solat berjemaah setiap hari,Solat Bestari / solat hajat. 8. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 87 Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : Pn. Siti Salehah binti Sulaiman Penolong Setiausaha Pn. Nurmahirah binti Maidin AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS Pn. Nuruljanah binti Yusof - BKPU 1. Mengurus semua jenis biasiswa dan bantuan kepada pelajar. 2. Memastikan bantuan biasiswa tidak berlaku pertindihan. Mengedar dan memproses borang permohonan biasiswa /bantuan mengikut syarat-syarat ditetapkan. 3. Menyimpan rekod pemegang biasiswa. 4. Mengadakan peraturan yang ketat berkaitan biasiswa terhadap pemegang. 5. Menyediakan laporan keputusan akademik pemegang biasiswa kepada pihak penaja. 6. Mengadakan perjumpaan dengan pemegang biasiswa dan ibu bapa. 7. Menguruskan pertukaran biasiswa jika pelajar bertukar sekolah. 8. Memilih dan menentukan pelajar yang layak menerima bantuan / biasiswa. 9. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua. Pn. Nurulizana binti Jelani- BYP T6 Pn. Athirah binti Che Hussin – BKP Pn. Harlina binti Ahmad Sarudin– BYP Pn. Siti Khodijah binti Daud – EMK Pn. Nur Afizah binti Nur DzainuddinKebajikan YDP PIBG Semua Guru Kelas 1.2 JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : En. Mohd Izham bin Mukhtar ( Guru Data) Pen. Setiausaha Pn. Mazni binti Awang AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS Pn. Norkhatijah binti Yusof Semua Guru Kelas PPKI Semua Guru Kelas Tingkatan 1-6 1. Memastikan guru tingkatan membuat pendaftaran masuk pelajar baru ke dalam Buku Daftar. 2. Memastikan semua pelajar mempunyai nombor pendaftaran sekolah. 3. Mengemaskini maklumat enrolmen pelajar setiap awal bulan. 4. Menyemak rekod /maklumat murid sentiasa tepat dan dikemaskini dua kali setahun atau mengikut arahan KPM / JPN /PPD. 5. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua. 1.3 JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 88 1.4 JAWATANKUASA KANTIN Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : Pn. Zuraini binti Ismail Pen. Setiausaha Pn. Nur Afizah binti Dzainuddin AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS En.A.S Azman bin Abdullah 1. Menentukan bahawa pihak pengusaha kantin sekolah melaksanakan dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. 2. Menyelia kesempurnaan pentadbiran kantin dari segi kebersihan, layanan, barang-barang jualan, susun atur harga dan sebagainya. 3. Mengambil tindakan terhadap laporan guru bertugas berkaitan masalah kantin. 4. Menjadi ahli jawatankuasa pemilihan tender kantin. Melaporkan kepada pengetua/ PK HEM sebarang masalah atau kesalahan di kantin. 5. Memastikan kebersihan serta mutu makanan di kantin sekolah terjamin. 6. Memastikan segala prosedur mengurus makanan diikuti agar tidak berlaku sebarang masalah seperti keracunan makanan dll. 7. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh pengetua dari masa ke semasa Pn. Nor Khatijah binti Yusof Pn. Fara Idayu binti Muhamad Anua Pn. Nik Rosnah binti Hussin Pn. Radziah binti Abu Bakar En. Suhimi bin Lias


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 89 1.5 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 1.6 JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : Pn. Hazura binti Mustafa Pen.Setiausaha Pn. Nurul Nida binti Hussain AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS Pn. Sarah Hanim binti Shahruddin – Menengah Atas 1. Mengurus pinjaman buku teks kepada pelajar dan pungut kembali akhir tahun. 2. Kemaskini fail seperti diarah Biro Buku Teks. 3. Menyimpan dan mengemaskini stok. 4. Memberi maklumat jika ada lebih atau kurang buku teks di sekolah. 5. Mengurus keselamatan buku teks di sekolah. 6. Memesan buku teks jika perlu. 7. Menghapuskira buku yang rosak dll. 8. Melapor kepada pengetua sebarang masalah berkaitan buku teks. 9. Mengurus penerimaan buku teks dari pembekal. Menyediakan nama pelajar yang berhutang / hilang buku teks / gantian. 10. Menguruskan bilik BOSS dan menjalankan “Spot Check” buku teks. 11. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua. Pn. Nor Fazira binti Ramli – Menengah Rendah Semua Guru Kelas Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : Pn. Musykirah binti Mustapa Pen. Setiausaha Pn. Nur Izyan Zawanah binti Kamaruddin AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS En. A.S Azman bin Abdullah 1. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan. 2. Bertanggungjawab kepada pihak pengurusan melaksanakan aktiviti yang diarahkan oleh PPD, JPN dan KPM. 3. Menghantar rancangan dan laporan aktiviti sekolah setiap akhir tahun. 4. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh pengetua dari masa ke semasa Pn. Nurmahirah binti Maidin En. Aslan bin Azman Guru X Semua Guru Kelas


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 90 1.7 JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DENGGI (PPDe) Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : Pn. Zulaini binti Ahmad Pen. Setiausaha Pn. Zarina binti Zahri AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS Semua Guru Kelas 1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. 2. Menyebarluaskan garis panduan Pendidikan Pencegahan Denggi (PPDe) kepada warga sekolah bagi menyelaraskan aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. 3. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. 4. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di sekolah. 5. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. Pekerja Kebersihan


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 91 2.0 PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 2.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamd Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : En. Norhamidun bin Jamaluddin Pen Setiausaha : Pn. Erma Suraya binti Mohd Zanon (SSDM) AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS En. Lokman bin Mat Jabar – Kelab Pencegahan Jenayah 1. Memastikan semua peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar. 2. Mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. 3. Merekod segala salahlaku pelajar dan tindakan yeng telah diambil. 4. Mengendalikan buku laporan kehadiran pelajar. 5. Menyediakan rekod/ data dan fakta kes salahlaku dan amalan baik pelajar dengan lengkap. (SSDM V2.0) 6. Mengendalikan perbicaraan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan besar. 7. Membuat timbang tara mengenai kes-kes salah laku pelajar. 8. Menghubungi ibu bapa pelajar jika perlu. 9. Mengenalpasti bilangan dan nama pelajar cicir bagi tahun berkenaan 10. Membuat Penyiasatan dan laporan tentang punca keciciran. 11. Merancang dan menguruskan aktiviti pencegahan jenayah dan perkara yang berkaitan 12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua. En. Faiz Fikri bin Muhammad En. Shahrul Hafizi bin Zahed (Pegawai Penyiasat) Pn. Nor Anizawati bt Mohd Suan ( Pegawai Penyiasat) Pn. Nor Khatijah binti Yusof En. Rosman bin Awang Chik Pn. Rahayu binti Ismail Pn. Ramizah binti Alias (GBK) En. Zulkifli bin Soh ( SU Keciciran dan ponteng)


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 92 2.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN PENGAWAS. Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : En. Lokman bin Mat Jabar Pen. Setiausaha 1 : Pn. Norhasnida binti Abd Malek Pen. Setiausaha 2 : Pn. Nur Afizah binti Nur Dzainudddin ( T6) AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS En. A.S. Azman bin Abdullah 1. Memastikan pemilihan dan penyampaian watikah pelantikan semua pengawas dilaksanakan pada awal tahun. 2. Mengadakan mesyuarat Badan Pengawas untuk agihan tugas pengawas. 3. Merancang dan melaksanakan kursus kepimpinan pengawas /khalifah muda. 4. Menyemak buku laporan pengawas . 5. Menguruskan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas. 6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua. En. Mohd. Khairi bin Razali En. Suhimi bin Lias Pn. Siti Norhasmanira binti Muhammad 2.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERHIMPUNAN Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : En. A.S Azman bin Abdullah Pen. Setiausaha : En Aslan bin Azman AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS En. Zulkifli bin Soh 1. Memastikan perhimpunan rasmi sekolah berjalan dengan teratur mengikut tentatif yang disediakan. 2. Menyelaras perhimpunan sekolah (pagi atau perhimpunan khas / perasmian ) 3. Memastikan pengawas menjalankan tugas yang ditetapkan – alat siaraya , lagu rasmi , susunatur pentas , menaikkan bendera. 4. Memastikan jadual bertugas guru mingguan /guru ganti dipatuhi. 5. Menjalankan tugas lain yang diarah oleh pengetua dari masa ke semasa 6. Menyediakan pelajar bertugas mengambil gambar. Pn. Siti Norhasmanira binti Muhammad En. Suhimi bin Lias Pn. Rasidah binti Hassim Pn. Norhasnida binti Abd Malek En. Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah Pn. Ramizah binti Alias


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 93 3.0 JAWATANKUASA KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH (3K) Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha 3K / Keselamatan : Pn. Norazreen binti Kamarulzaman AHLI JAWATANKUASA Pn. Harlina binti Ahmad Sarudin - SU Kebersihan Pn. Arfazilah binti Arsah - SU Kesihatan Pn. Wan Norazrith Aida binti Wan Ahmad Putra - SU Bilik Selesa En. Norhamidun bin Jamaluddin -SU Disiplin Pn. Norhayati binti Abdul Aziz -Ketua Warden Asrama Pn. Siti Khodijah binti Daud -PPKI En. Mohd. Hasry bin Abd Jabar –Keadaan Fizikal dan Persekitaran En. Rosman bin Awang Chik – Pengurusan Krisis /Bencana Alam En Lokman bin Mat Jabar – Latihan Kawad Kebakaran Semua GKMP Pegawai Perhubungan Sekolah Wakil Syarikat Kontraktor Keselamatan Wakil Bomba Wakil KKM Pn. Nurul Nida binti Husain- Bilik Ibnu Rushd Pn. Norlida binti Taib - PPKI Pn. Rosalmah binti Mahmud – Asrama Semua Guru Kelas BIDANG TUGAS 1. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas. 2. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan. 3. Melengkapkan penarafan keselamatan sekolah (SPKS). 4. Mewujudkan pelan pengurusan krisis/ bencana 5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. 6. Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan. 7. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan. 8. Mengesan dan membantu pelajar yang bermasalah. 9. Memastikan tandas sentiasa bersih dan tiada denggi. 10.Memastikan kelas sentiasa bersih dan ceria. 11.Menguruskan pertandingan kecerian dan kebersihan kelas 12.Memastikan kesihatan pelajar sentiasa terpelihara 13.Menguruskan pemeriksaan gigi dan pemvaksinan mengikut jadual yang disediakan oleh KKM 14.Mengurus dan menjaga bilik rawatan sekolah supaya sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 15.Memastikan semua peralatan yang berada dalam bilik rawatan berfungsi dengan baik. 16.Menjalankan tugas lain yang diarah oleh pengetua dari masa ke semasa.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 94 Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : En. Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah Bendahari : Pn. Ramizah binti Alias AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS En. Norhamidun bin Jamaluddin 1. Menjalankan tugas seperti dalam sukatan kaunseling. Menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh KPM. 2. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk berjasa dalam pelajaran, sahsiah, kokurikulum dll. 3. Menjalankan kursus-kursus motivasi. 4. Membantu meningkatkan mutu disiplin pelajar dan mengurangkan masalah disiplin. 5. Menguruskan minggu orientasi. 6. Menguruskan kegiatan luar pelajar. 7. Menguruskan seminar pelajar, kem pelajar elit, pelajar lemah, galus dll. 8. Mengesan serta cuba membantu pelajar bermasalah disiplin, masalah keluarga, masalah kejiwaan dll. 9. Memaklumkan kepada pengetua, PK HEM, Pentadbir sebarang masalah besar. 10.Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua atau pegawai lain yang diamanahkan/empowerment. Pn. Nor Adibah binti Che Ramli Pn. Sarah Hanim binti Mohd Shahruddin Semua Guru Kelas (PRS) Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn Hj Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : Pn. Ramizah binti Alias Pen. Setiausaha En. Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS Semua Guru Kelas 1. Membantu menggerakkan perkhidmatan UBK di sekolah. 2. Menjadi rakan dan fasilitator yang bersikap terbuka, yakin, percaya diri, berasa selesa dan berempati. 3. Menghubungkan rakan-rakan dengan membuat rujukan ke UBK 4. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke semasa. Semua Ketua Kelas 4.1 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 4.2 JAWATANKUASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 95 4.3 JAWATANKUASA KHAS PETI ADUAN Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail - Pengetua Naib Pengerusi : Tn. Hj Mohamd Nasir bin Taib - GPK HEM Setiausaha : Pn. Ramizah binti Alias AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS Semua GPK 1. Membuat keputusan mengenai kes-kes disiplin yang dirujuk kepada jawatankuasa Lembaga Tatatertib dan Pengaduan. 2. Memanggil mesyuarat sidang kes apabila perlu. 3. Menyediakan laporan minit mesyuarat 4. Menyediakan laporan salah laku pelajar (kes berat) 5. Melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga disiplin. En. Norhamidun bin Jamaluddin – SU Disiplin


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 96 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA Visi Menjana Insan Yang Cemerlang Dan Berkualiti Misi Membentuk pelajar berakhlak mulia, berketrampilan, berdikari, berilmu pengetahuan dan berdaya saing secara berterusan selaras dengan visi dan misi sekolah. Piagam Pelanggan Asrama 1. Sentiasa mengutamakan pelanggan dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil 2. Memastikan konsep mesra pelanggan , perkhidmatan yang cekap akan sentiasa menjadi budaya kerja pengurusan asrama. 3. Sentiasa memberi kerjasama dengan pejabat Pelajaran Negeri Pahang dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan meningkatkan hubungan dengan agensi-agensi luar serta pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan asrama SMK Maran. 4. Murid lemah akan dibimbing agar berupaya menguasai kemahiran yang diajar. 5. Kebajikan dan keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan. 6. Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati. 7. Kami bersedia bekerjasama dengan semua ibu bapa dalam menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak mereka. 8. Memberi maklumat yang tepat dan terkini dari semasa ke semasa mengikut keperluan. 9. Menyelesaikan urusan dengan pelanggan mengikut ketetapan masa yang diperuntukan 10. Menyediakan prasarana yang lengkap dan kondusif di samping persekitaran asrama yang bersih, ceria , harmoni dan selamat. 11. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat,cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dari segi akademik mahupun sukan.


Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 97 Pengerusi : Pn. Hazora binti Ismail – Pengetua Naib Pengerusi 1 : Tn Hj. Mohamad Nasir bin Taib - GPK HEM Naib Pengerusi 2 : En. Zuzaimie bin Zulkifli – GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 3 : Pn. Siti Nor Fadilah binti Shaikh Abd Hadi – GPK Kokurikulum Naib Pengerusi 4 : Pn. Rusmani binti Ab. Rahman Setiausaha : Pn. Siti Fatimah binti Shaffii AHLI JAWATANKUASA 1. Pn. Nor Hayati binti Abdul Aziz – Ketua Warden 2. En. Norhamidun bin Jamaluddin – Warden 3. En. Aslan bin Azman - Warden 4. Pn. Musykirah binti Mustapa —Warden 5. En. Shahrul Hafizi bin Zahed - Pembantu Warden 6. En. Aiduddin bin Md Daud – SU Bina Insan 7. Pn. Ramizah binti Alias - SisKA 8. En. Muhamad Nur Farhan bin Muhamad Hanafiah – SisKA 9. Pn. Rosalmah binti Mahmud – Penyelia Asrama 10. Semua Dorm Parent 5. 0 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA


SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 98 Panduan Pengurusan Sesi 2024/2025 BIL ISI KANDUNGAN D. JAWATANKUASA HIGHLY IMMERSE PROGRAMME (HIP) E. JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH JAWATANKUASA RIMUP K. L. JAWATANKUASA BADAN BERUNIFORM M. JAWATANKUASA KELAB PERSATUAN N. JAWATANKUASA SUKAN PERMAINAN P. PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK MARAN PASTI BOLEH - Page | 98


Click to View FlipBook Version