The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROJEK INTERVENSI GEMPUR MINDA ADIWIRA PdPR 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK PUJUT CORNER, 2022-04-04 20:48:23

LAPORAN PROJEK INTERVENSI GEMPUR MINDA ADIWIRA PdPR 2021

LAPORAN PROJEK INTERVENSI GEMPUR MINDA ADIWIRA PdPR 2021

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2
NPQEL AMBILAN 2021

PROJEK GEMPUR MINDA ADIWIRA PdPR
SK PUJUT CORNER

ALEFF BIN AB. GHANI
SRSW2

PENSYARAH PENYELIA
PUAN DAYANG JAMILLAH BINTI AWANG WALIP

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2 DISERAHKAN KEPADA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL

PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)


PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-
nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tandatangan :

5 NOVEMBER 2021 _______________________
(ALEFF BIN AB. GHANI)

Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan 2 yang bertajuk Projek
Gempur Minda Adiwira PdPR telah dilaksanakan di sekolah ini.

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja peserta NPQEL sendiri kecuali
nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan
sumbernya.

Tandatangan :

5 NOVEMBER 2021 ___________________________
(JACQUELINE ANAK KEMPING)
Guru Besar,
SK Pujut Corner.

i


SEKALUNG APRESIASI

Syukur saya panjatkan kepada Allah SWT atas limpahan kurnia-Nya telah
mengurniakan saya kekuatan dan buah fikiran untuk menyiapkan tugasan ini
yang bertajuk “Gempur Minda Adiwira PdPR SK Pujut Corner”. Projek ini
merupakan cetusan ilham dari lubuk hati yang paling dalam saya buat semua
murid SK Pujut Corner yang dikasihi dan dirindui demi memastikan mereka
terus bersemangat dan bermotivasi menjalani proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Mentor saya, Puan Jacqueline
Anak Kemping, Guru Besar SK Pujut Corner yang telah banyak membimbing
dan memberikan nasihat sepanjang saya memimpin program ini. Jutaan
terima kasih juga buat Puan Dayang Jamillah binti Awang Walip, Pensyarah
Penyelia yang tidak jemu untuk membimbing, mendorong dan memberikan
buah fikiran beliau dalam usaha untuk menjayakan program yang saya
jalankan ini. Tanpa bimbingan kalian, pastinya saya tidak dapat menjalankan
program ini dengan sempurna.

Ucapan penghargaan ini juga istimewa saya tujukan buat semua guru dan
staf AKP sekolah yang telah menjadi tulang belakang sederap sepakat
menggembleng tenaga, masa dan keringat untuk membantu saya
merealisasikan program ini. Kalian merupakan pasukan yang terbaik dalam
memastikan kemenjadian murid sentiasa menjadi keutamaan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada agensi korporat yang telah memberikan sumbangan dari
aspek kewangan, material, idea dan kepakaran demi menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.

ALEFF BIN AB. GHANI
NPQEL AMBILAN 2021
5 NOVEMBER 2021

ii


KANDUNGAN LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2

Perkara Halaman

Pengakuan i

Penghargaan ii

Isi Kandungan iii

Senarai Jadual iv

Senarai Rajah v

Senarai Gambar vi

Bab 1 Pengenalan

1.1 Latar belakang sekolah 1

1.2 Maklumat Mentor (GB) dan barisan kepimpinan sekolah 1

1.3 Visi dan misi sekolah 2

1.4 Maklumat pencapaian sekolah yang berkaitan isu strategik. 2

Bab 2 Projek Intervensi Gempur Minda Adiwira PdPR

2.1 Cadangan penambahbaikan isu strategik 4

2.2 Huraian projek intervensi

2.2.1 Analisis persekitaran 6

2.2.2 Kekuatan/kelemahan/sokongan/cabaran 8

2.2.3 Projek intervensi 9

2.2.4 Aktiviti Sisipan 20

2.3 Aplikasi pengurusan dan kepimpinan dalam memimpin intervensi 22

Bab 3 Refleksi

3.1 Dapatan amalan kepimpinan di sekolah perantisan 2

3.1.1 Projek intervensi 27

3.1.2 Kepimpinan 29

Bab 4 Rumusan

4.1 Impak program perantisan 2 30

RUJUKAN 33

LAMPIRAN BORANG P2-1 HINGGA P2-6 35

LAMPIRAN LAIN 55

iii


SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Profil SK Pujut Corner
Jadual 2 : Peratus pelibatan murid dalam PdPR bulan Jun hingga Ogos
Jadual 3 : Analisis Persekitaran
Jadual 4 : Analisis SWOT
Jadual 5 : Senarai Jalinan Pintar Korporat yang dijalankan.
Jadual 6 : Peningkatan Pelibatan Murid dalam PdPR

iv


SENARAI RAJAH
Rajah 1 : Kaji Selidik Tahap Motivasi dan Semangat Murid Mengikuti
PdPR
Rajah 2 : Dapatan kaji selidik pra pelaksanaan Projek Gempur Minda
Adiwira PdPR
Rajah 3 : Dapatan kaji selidik pasca pelaksanaan Projek Gempur Minda
Adiwira PdPR

v


SENARAI GAMBAR
Gambar 1 : Taklimat bersiri yang dijalankan.
Gambar 2 : Infografik Projek Gempur Minda Adiwira PdPR SK Pujut
Corner 2021.
Gambar 3 : Majlis pelancaran projek bersama Datuk Bandar Raya Miri.
Gambar 4 : Ceramah Motivasi Bersama Cikgu Emmet
Gambar 5 : Program bersama Yayasan Generasi Gemilang
Gambar 6 : Sebahagian penerima Anugerah IMPRESS bulanan.
Gambar 7 : Contoh pelaksanaan program Jejak Kasih PdPR
Gambar 8 : Penghasilan poster 1 Guru 1 Azimat Adiwira PdPR
menggunakan Canva For Education.
Gambar 9 : PLC Guru Adiwira Siri 2 : Jom Menjadi Adiwira Google
Form dan Google Classroom

vi


BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Latar belakang Sekolah

Jadual 1 : Profil SK Pujut Corner

KOD SEKOLAH YBA 4106
NAMA SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PUJUT CORNER
NEGERI
NAMA GURU BESAR JALAN PUJUT 1, 98000 MIRI
NO. TELEFON
ALAMAT EMEL RASMI SARAWAK DAERAH MIRI
SEKOLAH/FACEBOOK
PUAN JACQUELINE ANAK KEMPING JUMLAH
JUMLAH
085652750 JUMLAH

[email protected]

www.facebook.com/yba4106

BILANGAN GURU LELAKI 12 PEREMPUAN 41 53
BILANGAN AKP LELAKI 1 PEREMPUAN 6 7
ENROLMEN MURID LELAKI 481 PEREMPUAN 443 924
SESI PERSEKOLAHAN 1 SESI
PAGI

1.2 Maklumat Mentor (PGB) dan barisan kepimpinan sekolah

Profil Guru Besar Nama penuh beliau ialah Jacqueline Anak Kemping. Mula

berkhidmat sebagai guru pada 31 Disember 1997. Menjadi

Guru Besar bermula tahun 2019. SK Pujut Corner

merupakan sekolah kedua beliau sebagai Guru Besar

bermula 1 Mac 2021.

Profil PK Pentadbiran Nama penuh ialah Aleff bin Ab. Ghani. Mula berkhidmat

sebagai guru di SK Pujut Corner bermula Januari 2010.

Menjadi Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2017

sebelum diamanahkan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran

pada 17 Oktober 2020.

1


Profil PK HEM Nama penuh beliau ialah Jenny Uring Ajang. Mula
berkhidmat sebagai guru pada 31 Disember 2008. Beliau
Profil PK dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Kokurikulum di SK Pujut Corner mulai 16 Mac 2018.
Nama penuh beliau ialah Ng Chee Hung. Mula berkhidmat
sebagai guru pada 31 Disember 2010. Beliau dilantik sebagai
PK Kokurikulum di SK Pujut Corner mulai 9 Oktober 2020.

1.3 Visi dan misi sekolah
Visi sekolah : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi sekolah : Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Aspirasi sekolah : Melahirkan murid yang berilmu, berketerampilan dan
berwawasan tinggi.
Cogan kata sekolah : Fly Pujut Fly, Fly Higher.

1.4 Pencapaian sekolah berkaitan isu strategik

Jadual 2 : Peratus pelibatan murid dalam PdPR bulan Jun hingga Ogos

Tahun Jun Julai Ogos Defisit Penurunan

Prasekolah 100% 88% 76% 24%

Tahun 1 92% 82% 72% 20%

Tahun 2 96% 82% 74% 22%

Tahun 3 94% 86% 70% 24%

Tahun 4 98% 84% 74% 24%

Tahun 5 98% 86% 74% 24%

Tahun 6 96% 86% 82% 14%

Purata penurunan 21.7%

2


Rajah 1 : Kaji Selidik Tahap Motivasi dan Semangat Murid Mengikuti PdPR
3


BAB 2 : PROJEK INTERVENSI

2.1 Cadangan penambahbaikan isu strategik sekolah
Isu pelibatan murid yang semakin merudum dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan isu yang fundamental yang
melanda di sekolah saya bahkan mungkin di semua sekolah di seluruh
Malaysia. Oleh itu, cadangan penambahbaikan yang dijalankan ialah Gempur
Minda Adiwira PdPR SK Pujut Corner.

2.2 Huraian projek intervensi
Menurut Dr. Abdul Ghani Abdullah (2009), pemimpin sekolah perlu melakukan
diagnosis perubahan penambahbaikan sekolah. Diagnosis memberikan satu
titik pemulaan (satu set keadaan masa kini) dan objektif perubahan iaitu hasil
perubahan yang diingini. Diagnosis adalah proses berbentuk kitaran yang
melibatkan pengumpulan data, menginterpretasikan dan mengidentifikasikan
masalah dengan merangka program yang berupaya menyelesaikan masalah
yang dikenal pasti. Saya telah menjalankan diagnosis dengan cara membuat
analisis persekitaran (SWOT) bagi mengenal pasti isu strategik di sekolah
saya. Hasil dapatan data dan analisis tersebut, saya telah menjana strategi
untuk mengatasi isu yang dihadapi.

Projek Intervensi yang diberi nama ‘Gempur Minda Adiwira PdPR’ SK
Pujut Corner ini dibangunkan atas kesedaran dan keinsafan bahawa aspek
pengurusan emosi, minda dan mental murid sepanjang menjalani proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memerlukan perhatian
serius daripada pihak sekolah agar motivasi dan semangat murid dapat
dikekalkan dengan momentum yang optimum.
Kepentingan Minda

Menurut psikologis Stanford, Carol Dweck, kepercayaan anda
memainkan peranan penting dalam apa yang anda mahukan dan sama ada
anda mencapainya. Dweck telah mendapati bahawa ia adalah minda anda
yang memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian dan
kejayaan .

4


Mengambil falsafah ini, minda murid harus dibangunkan semula dalam
memastikan pelibatan murid dalam PdPR dapat ditingkatkan dengan cara
meningkatkan semangat dan motivasi minda mereka menerusi projek
‘Gempur Minda Adiwira PdPR’.

5


2.2.1 Analisis persekitaran

Jadual 3 : Analisis

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

Kepimpinan Berkesan Pentadbir sekolah

Rujuk SKKSM: yang berwawasan dan
Pengurusan Kurikulum
bekerjasama.

SK Pujut Corner

merupakan Sekolah

TS25 - mempunyai

peruntukan TS25

untuk membeli BBM

Mempunyai Dokumen

Perancangan Strategik

yang komprehensif.

Persekitaran Pengajaran dan Pemantauan PdPC Pusat Sumber yang
Pembelajaran Bermakna dilakukan secara tidak kondusif untuk
berjadual guru dan murid
Rujuk SKKSM: dibentangkan dan mengakses bahan
Pengurusan Kurikulum guru. kepada pembelajaran.

100% guru mampu 40% guru kurang
menghasilkan bahan
Guru Berkualiti: PdPR sendiri bagi pengalaman dalam
mata pelajaran Teras.
Rujuk SKKSM: pendedahan teknik
Pengurusan Kurikulum
pengajaran.

30% guru mengajar

tidak mengikut opsyen.

Tiada Guru

Cemerlang.

Keterbatasan

pergerakan guru yang

tidak dapat bersemuka

dengan murid.

6


s Persekitaran ANCAMAN ISU
PELUANG

Pemantauan
PdPC secara
dalam talian tidak
dapat dijalankan
secara efektif.

Bebanan tugas
guru semakin
bertambah.


ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

Sokongan PIBG dan Komuniti:

Rujuk SKKSM:
Pengurusan Kurikulum

7


PELUANG ANCAMAN ISU

Komitmen PIBG dan PIBK Emosi dan mental murid Pelibatan murid
dalam PdPR
yang kuat terganggu kerana semakin
merosot.
Guru pakar dari sekolah terlalu lama berada di

lain yang boleh rumah.

dimanfaatkan untuk Latar belakang

pemantapan PdPC. pendidikan ibu bapa

Bantuan daripada pihak yang rendah yang tidak

swasta dan komuniti. dapat membantu

Bimbingan Sekolah pendidikan anak-anak.

Mentor KBAT dan Rakan Sikap sebilangan ibu

Elit PPD dan SISC+ bapa yang tidak

Sokongan kewangan memberi kerjasama

daripada PIBG. terhadap pembelajaran

anak.

Pengaruh rakan sebaya

dan golongan awal

remaja di tempat

tinggal.


2.2.2 Kekuatan/kelemahan/sokongan/cabaran

Jadual 4 : Ana

Kekuatan (S) K

S1.Pentadbir sekolah yang berwawasan dan bekerjasama. W

S2. SK Pujut Corner merupakan Sekolah TS25 - mempunyai peruntukan W

TS25 untuk membeli BBM W

S3. Mempunyai Dokumen Perancangan Strategik yang komprehensif. W

S4. Pemantauan PdPC dilakukan secara berjadual dan dibentangkan b

kepada guru. W

S5. 100% guru mampu menghasilkan bahan PdPR sendiri bagi mata m

pelajaran Teras.

Peluang (O) C
O1.Komitmen PIBG dan PIBK yang kuat T
O2.Guru pakar dari sekolah lain yang boleh dimanfaatkan untuk r
pemantapan PdPC. T
O3.Bantuan daripada pihak swasta dan komuniti. m
O4.Bimbingan Sekolah Mentor KBAT dan Rakan Elit PPD dan SISC+ T
O5.Sokongan kewangan daripada PIBG. p
T

8


alisis SWOT
Kelemahan (W)
W1. 40% guru kurang pengalaman dalam pendedahan teknik pengajaran.
W2. 30% guru mengajar tidak mengikut opsyen.
W3. Tiada Guru Cemerlang
W4. Pusat Sumber yang tidak kondusif untuk guru dan murid mengakses
bahan pembelajaran.
W5. Keterbatasan pergerakan guru yang tidak dapat bersemuka dengan
murid.

Cabaran (T)
T1. Emosi dan mental murid terganggu kerana terlalu lama berada di
rumah.
T2. Latar belakang pendidikan ibu bapa yang rendah yang tidak dapat
membantu pendidikan anak-anak.
T2. Sikap sebilangan ibu bapa yang tidak memberi kerjasama terhadap
pembelajaran anak.
T3. Pengaruh rakan sebaya dan golongan awal remaja di tempat tinggal.


2.2.3 Projek intervensi
Pelaksanaan Projek Gempur Minda Adiwira PdPR dijalankan dengan empat
fasa pelaksanaan berdasarkan PDCA iaitu Plan (D), Do (D), Check (C) dan
Act (A).
Fasa 1 : Perancangan (Plan : P)
Fasa perancangan projek dimulakan dengan mengadakan perbincangan
bersama Mentor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan
Kokurikulum pada 7 September 2021 dan 10 September 2021. Perbincangan
ini dijalankan bertujuan membuat analisis persekitaran bagi mengenal pasti
isu strategik yang dihadapi oleh sekolah. Setelah isu strategik dikenal pasti,
strategi telah dipilih secara konsensus bagi menjalankan projek intervensi
bagi meningkatkan motivasi dan semangat murid dalam PdPR.

Penyebaran kepada warga sekolah khususnya guru-guru dan staf AKP
juga sangat penting kerana mereka merupakan tenaga penggerak penting
dalam merealisasikan pelaksanaan projek ini. Taklimat penyebaran projek
intervensi telah dijalankan pada 10 September 2021 dengan kehadiran semua
53 orang guru dan 7 orang staf AKP. Taklimat penyelarasan kepada ketua-
ketua jawatankuasa juga telah diadakan pada 21 September 2021 bagi
menyelaraskan gerak kerja dan tindakan untuk memastikan kelancaran projek
ini. Taklimat pelaksanaan kepada semua guru kelas juga telah dijalankan
secara berperingkat iaitu taklimat kepada guru kelas pra sekolah dan Tahun 1
23 September 2021 (Khamis), taklimat kepada guru kelas Tahun 2 dan Tahun
3 pada 30 September 2021 (Khamis), taklimat kepada guru kelas Tahun 4
dan Tahun 5 pada 7 Oktober 2021 (Khamis) dan taklimat terakhir kepada guru
kelas Tahun 6 telah dijalankan pada 13 Oktober 2021 (Rabu). Siri taklimat
yang dijalankan ini bertujuan menyebar luaskan maklumat berkenaan projek
dan membangunkan kapasiti guru-guru kelas yang akan bertindak sebagai
‘Duta Guru Adiwira PdPR’ yang berperanan sebagai penggerak utama
projek ini.

9


Gambar 1 : Taklimat bersiri yang dijalankan.

Fasa 2 : Pelaksanaan (Do : D)
Fasa pelaksanaan Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini dibahagikan
kepada empat skala iaitu program berskala mega, program berskala bulanan,
mingguan dan bersiri.

Gambar 2 : Infografik Projek Gempur Minda Adiwira PdPR SK Pujut Corner 2021.

10


Program Skala Mega
Terdapat dua program berskala mega yang dijalankan di bawah Projek
Gempur Minda Adiwira iaitu Majlis Pelancaran Projek Gempur Minda Adiwira
PdPR dan Ceramah Motivasi Perdana Minda Adiwira PdPR.

Program Skala Mega 1 : Majlis Pelancaran Projek Gempur Minda Adiwira
PdPR
Majlis pelancaran telah dilancarkan pada 24 September 2021, hari Jumaat
pada jam 8.30 pagi. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang
Berbahagia, Encik Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Raya Miri. Majlis
pelancaran ini diadakan sebagai plafform untuk mempromosi dan menyebar
luaskan projek ini kepada semua pemegang taruh sekolah yang paling utama
iaitu murid-murid dan ibu bapa. Majlis pelancaran yang diadakan secara
dalam talian menerusi Google Meet ini turut dihadiri oleh Penolong Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Miri Sektor Pengurusan Sekolah, Encik
Muhammad Farid bin Boon Bujang dan Pegawai SISC+ PPD Miri, Puan
Regina Thomas Sadasivan yang bertindak sebagai Pegawai Angkat Task
Force PPD Miri. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh 924 orang murid yang
mengikuti secara langsung dan secara rakaman menerusi saluran YouTube
sekolah.

Gambar 3 : Majlis pelancaran projek bersama Datuk Bandar Raya Miri.

11


Program Skala Mega 2 : Ceramah Motivasi Perdana Minda Adiwira PdPR
Program ceramah ini telah dijalankan pada 23 Oktober 2021, hari Khamis
pada jam 9.30 hingga 11.00 pagi secara dalam talian menerusi Google Meet.
Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh penceramah terkenal iaitu Encik
Ahmad Faizal bin Osman, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Seduku,
Sri Aman yang lebih dikenali sebagai Cikgu Emmet. Ceramah ini terbuka
kepada semua murid sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah menengah
yang disebar luaskan melalui saluran Facebook rasmi sekolah. Tujuan
ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi dan semangat
murid-murid menjalani PdPR. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid.

Gambar 4 : Ceramah Motivasi Bersama Cikgu Emmet

Program Skala Bulanan
Terdapat dua program yang berskala bulanan di bawah Projek Gempur Minda
Adiwira PdPR ini iaitu Program Super Sarapan Yayasan Generasi Gemilang
dan Anugerah Imbuhan Prestasi (IMPRESS) Murid Adiwira PdPR.

12


Program Skala Bulanan 1 : Program Super Sarapan Generasi Gemilang
Program ini dijalankan dengan kerjasama jalinan pintar korporat bersama
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Negeri Selangor
iaitu Yayasan Generasi Gemilang. Sepanjang tempoh PdPR ini, yayasan ini
telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM100.00 kepada 38
orang murid dalam kalangan keluarga B40 yang menunjukkan komitmen dan
kecemerlangan dalam PdPR. Bantuan kewangan ini akan dimasukkan ke
dalam akaun bank ibu bapa untuk tujuan pembelian barangan keperluan
PdPR anak-anak seperti alat tulis dan kredit pra bayar talian Internet. Bukti
pembelian akan ditunjukkan oleh ibu bapa pada setiap hujung bulan menerusi
kumpulan Whatsapp yang diwujudkan.

Gambar 5 : Program bersama Yayasan Generasi Gemilang

13


Program Skala Bulanan 2 : Anugerah Imbuhan Prestasi (IMPRESS) Murid
Adiwira PdPR
Anugerah ini merupakan suatu inisiatif yang saya ilhamkan sendiri untuk
menghargai murid-murid yang cemerlang dalam PdPR setiap bulan. Menerusi
anugerah inilah, banyak pihak telah berbesar hati menghulurkan sumbangan
dalam bentuk kewangan dan juga peralatan sekolah untuk menghargai murid-
murid yang cemerlang sepanjang PdPR. Anugerah ini juga bertujuan untuk
membangkitkan semangat dan motivasi murid-murid yang selama ini kurang
aktif bangkit bersaing dan melibatkan diri dalam PdPR.

Gambar 6 : Sebahagian penerima Anugerah IMPRESS bulanan.

Program Skala Mingguan : Jejak Kasih PdPR
Fokus utama Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini ialah mengupayakan
guru-guru kelas untuk menjadi ‘Duta Adiwira PdPR’ sekolah menerusi
program Jejak Kasih PdPR yang dijalankan secara mingguan dan
berperingkat mengikut giliran kelas pada sesuatu minggu. Melalui Jejak Kasih
PdPR ini, semua guru kelas diminta menjejaki semua murid untuk mengetahui

14


situasi, isu dan cabaran yang dihadapi oleh murid-murid sepanjang berada di
rumah. Guru kelas telah menghubungi murid-murid menerusi sesi Google
Meet yang dijalankan termasuk medium komunikasi lain seperti panggilan
telefon, pesanan Whatsapp mahu pun Telegram. Hasil usaha semua guru
kelas seramai 32 orang ini, semua murid SK Pujut Corner seramai 924 orang
(100%) telah berjaya dihubungi dan dimotivasi untuk terus bersemangat
mengikuti PdPR. Dalam projek Jejak Kasih PdPR ini, terdapat dua
pertandingan yang telah disertai oleh murid-murid iaitu Pertandingan Gambar
Kreatif Membaca Nilam dan Pertandingan Video Lafaz Ikrar Akur Janji Adiwira
PdPR. Kedua-dua pertandingan ini merupakan suatu usaha yang dibuat bagi
mendapatkan komitmen dan pelibatan murid secara aktif dalam PdPR dengan
menyediakan hadiah yang menarik kepada pemenang pertandingan.

Gambar 7 : Contoh pelaksanaan program Jejak Kasih PdPR

Program Bersiri : Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru (PPB)
Di bawah Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini, program untuk
membangunkan kapasiti guru-guru tidak diabaikan. Selain bertujuan
meningkatkan motivasi murid-murid, projek ini juga bertujuan meningkatkan
kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
sangat diperlukan semasa PdPR. Terdapat dua program bersiri Professional

15


Learning Community (PLC) yang dijalankan di bawah projek ini iaitu PLC
Guru Adiwira PdPR Siri 1 : Jom Menjadi Adiwira Canva for Education dan
PLC Guru Adiwira PdPR Siri 2 : Jom Menjadi Adiwira Google Form dan
Google Classroom.
Program Bersiri 1 : PLC Guru Adiwira PdPR Siri 1 : Jom Menjadi Adiwira
Canva for Education
Program ini dijalankan pada 23 September 2021, hari Khamis jam 2.00
petang menerusi Google Meet. Program ini disampaikan oleh penulis sendiri
bertujuan berkongsi ilmu berkenaan penggunaan aplikasi Canva for Education
untuk tujuan pengajaran dan juga penghasilan video serta infografik yang
menarik. Guru-guru telah diminta menyediakan satu poster 1 Guru 1 Azimat
Adiwira menggunakan aplikasi Canva for Education untuk meningkatkan
motivasi dan semangat murid-murid.

Gambar 8: Penghasilan poster 1 Guru 1 Azimat Adiwira PdPR
menggunakan Canva For Education.

16


Program Bersiri 2 : PLC Guru Adiwira PdPR Siri 2 : Jom Menjadi Adiwira
Google Form dan Google Classroom.
Progam ini dijalankan pada 1 Oktober 2021, hari Jumaat pada jam 2.00
petang secara Google Meet. Perkongsian program telah disampaikan oleh
Puan Fadhliatun binti Suhaili, Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK
Agama, Miri yang juga merupakan seorang Google Certified Educator Level 2.
Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru dalam dua aplikasi
Google yang sangat bermanfaat dalam PdPR iaitu Google Form dan Google
Classroom. Situasi sebenar yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah
penggunaan Google Classroom yang masih rendah dalam kalangan guru
kerana isu peranti dan talian Internet murid-murid di samping kurangnya
pendedahan terhadap fitur-fitur yang terdapat dalam aplikasi Google
Classroom. Menerusi program ini, tahap kefahaman dan pengetahuan guru
telah meningkat dan guru-guru bersedia mengimplementasikan aplikasi ini
dalam PdPR untuk menarik minat murid-murid.

Gambar 9 : PLC Guru Adiwira Siri 2 : Jom Menjadi Adiwira Google Form dan
Google Classroom

17


Secara keseluruhannya, Projek Minda Adiwira PdPR ini mempunyai 9
program yang bersifat holistik merangkumi murid-murid dan guru-guru.
Program-program yang dijalankan ini menunjukkan impak yang positif
terhadap murid-murid.

Fasa 3 : Pemantauan (Check : C)
Pemantauan merupakan elemen penting dalam memastikan setiap program
yang dijalankan ini berjalan lancar dan sesuai dengan objektif yang telah
ditetapkan. Terdapat beberapa jenis pemantauan yang dijalankan sepanjang
Projek Gempur Minda Adiwira PdPR iaitu pemerhatian, temu bual, borang
maklum balas dan penggunaan borang One Page Project Manager (OPPM).

a. Pemerhatian
Pemantauan yang dijalankan secara pemerhatian ialah pihak pentadbir
meninjau pelaksanaan projek dengan melibatkan diri dalam sesi Google Meet
secara langsung atau menonton rakaman. Selain itu, pemerhatian dibuat
menerusi arahan dan pesanan yang dihantar menerusi kumpulan Telegram
kelas. Melalui pemerhatian ini, pemantau dapat melihat secara menyeluruh
gerak kerja yang dilakukan oleh guru-guru dan respon yang diberikan oleh
murid-murid dan guru-guru.

b. Temu bual
Aktiviti temu bual bersama guru telah dijadikan alat untuk memantau
keberkesanan projek. Melalui temu bual, pemantau dapat mengetahui isu,
permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru sepanjang
menjalankan projek ini. Hasil temu bual tersebut akan dibincangkan secara
bersama untuk memperoleh tindakan yang konsensus menyelesaikan isu-isu
yang berbangkit. Temu bual juga dijalankan terhadap murid-murid dan ibu
bapa secara berkala bagi memastikan projek ini mendapat sokongan daripada
kedua-dua belah pihak.

18


c. Borang maklum balas
Borang maklum balas keberkesanan program diberikan kepada guru-guru dan
murid-murid untuk mendapatkan pandangan sama ada program yang
dijalankan berjaya atau sebaliknya. Borang maklum balas yang diedarkan
secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form.

d. Senarai semak guru kelas
Senarai semak guru kelas digunakan secara khusus bagi mendapatkan
respon daripada murid-murid mengenai program Jejak Kasih PdPR yang
dijalankan. Berdasarkan senarai semak ini, pemantau telah mendapati
bahawa 100% murid-murid telah berjaya dijejaki dan tahap motivasi serta
semangat murid-murid selepas program Jejak Kasih PdPR melonjak tinggi.
Hal ini menunjukkan bahawa program yang dijalankan ini sangat efektif dan
berimpak tinggi terhadap murid-murid.

e. OPPM
One Page Project Manager (OPPM) telah digunakan untuk memantau semua
program yang dijalankan dalam projek ini. OPPM ini sangat berguna untuk
memantau sejauh mana perkembangan sesuatu program yang dijalankan
bermula dari perancangan sehinggalah ke peringkat penilaian. OPPM telah
digunakan untuk mengenal pasti guru yang terlibat secara langsung
menguruskan sesuatu perkara, perbelanjaan program dapat digunakan
secara optimum serta dapat memastikan objektif program telah dicapai.

Fasa 4 : Penambahbaikan (Act : A)
Projek Gempur Minda Adiwira PdPR yang julung-julung kali diadakan ini tidak
terlepas daripada kekurangan yang boleh ditambah baik. Mesyuarat Pasca-
Nilai atau Post-Mortem telah dijalankan pada 29 Oktober 2021, hari Jumaat
jam 2.00 petang menerusi Google Meet. Menerusi mesyuarat ini, pelbagai
sumbang saran telah dijalankan bagi mengetahui kekuatan, kelemahan dan
penambahbaikan yang boleh dijalankan.

19


2.2.4 Jaringan dan Jalinan Pintar Korporat (JPK) dan pengaplikasian
protokol dan etiket.
Jaringan dan Jalinan Pintar Korporat (JPK) yang dijalankan sepanjang projek
ini adalah seperti berikut ;

Jadual 5 : Senarai Jalinan Pintar Korporat yang dijalankan.

Bil Pihak Bentuk Jaringan dan Tarikh
Jalinan

1. NGO Super Sarapan Sepanjang tahun
Yayasan Generasi Gemilang Bantuan RM100 diberikan
kepada 38 orang murid
keluarga B40 setiap bulan
sepanjang tahun.

2. Individu Sumbangan kewangan 10 September
Puan Sirra Anak Kalom RM500.00 2021

3. Syarikat swasta Sumbangan kewangan 10 September
2021
Tac Gear Outdoor Sdn. Bhd. Gombak, RM500.00

Selangor

4. Individu Sumbangan kewangan 15 September
Puan Linda Anak Stephen Akon RM1,000.00 2021

5. Individu Sumbangan kewangan 16 September
Puan Christina Ayan dan keluarga. RM2,000.00 2021

6. Tokoh Masyarakat Sumbangan kewangan 17 dan 24
Encik Adam Yii Siew Sang,
Datuk Bandar Raya Miri RM2,000.00 dan perasmi September 2021

projek.

7. Komuniti Sumbangan kewangan 17 September
Masjid An-Naim Lutong RM730.00 2021

8. Individu Sumbangan kewangan 17 September
Cik Farahezza Hairon Nizar RM672.00 2021

9. Komuniti Sumbangan kewangan 18 September
2021
Masjid Darul Hidayah, Sungai Rait Miri RM150.00

10. Komuniti Sumbangan kewangan 19 September
Surau Al-Kauthar, ILP Miri RM200.00 2021

11. Individu Sumbangan kewangan 21 September
Cik Olivia Kerau Selong RM50.00 2021

12. Individu Sumbangan kewangan 20 September
Hamba Allah RM250.00 kewangan 2021 September

13. Individu Sumbangan 22
Puan Surianie binti Mantali RM200.00 2021

14. Individu Sumbangan kewangan 22 September
Puan Jacqueline Anak Kemping RM200.00 2021

15. Individu Sumbangan kewangan 22 September
Encik Indra bin Hussin RM100.00 2021

20


16. Individu Sumbangan kewangan 23 September
Nama dirahsiakan. RM730.00 2021

17. Komuniti Sumbangan kewangan 21 September
Masjid Nurul Jamilun Subhi RM500.00 2021

18. NGO Sumbangan barangan 32 21 September
Jean Seow : Mari Makan
set hadiah alat tulis. 2021

19. Syarikat Sumbangan barangan 18 26 Ogos 2021
Cemerlang Publications Sdn. Bhd. set hadiah alat tulis.

20. Syarikat Sumbangan barangan 20 26 September
KK Bliss Alliance
set hadiah alat tulis. 2021

21. Institusi Sumbangan barangan 22 September
Bank Rakyat Cawangan Permyjaya 2021

22. Individu dan sekolah PLC Guru Adiwira Siri 2 30 September
2021
Puan Fadhliatun binti Suhaili

Ketua Bidang Sains dan Matematik

SMK Agama, Miri

23. Syarikat 180 set alat tulis 8 Oktober 2021
Velesto Energy Berhad
Sumbangan kewangan RM 28 September
24. Individu
Puan Saliza binti Koya 50.00 2021

25. McDonald’s HQ Sumbangan 132 set beg 12 Oktober 2021

26. Sekolah dan individu Ceramah Motivasi Minda 23 Oktober 2021

Encik Ahmad Faizal bin Osman, Adiwira PdPR

Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau

Seduku, Sri Aman

Berdasarkan Jalinan Pintar Korporat yang diusahakan, sumbangan kewangan
yang terkumpul berjumlah RM 9,882.00.

Sisipan pengaplikasian protokol dan etiket.
Protokol dan etiket merupakan aspek penting yang tidak boleh diketepikan
dalam menguruskan sesuatu projek. Protokol yang tepat akan menjamin
sebuah gerak kerja yang tepat dan mengikut prosedur yang betul. Manakala
etiket merupakan manifestasi kesopanan dan tatasusila yang perlu diamalkan
dalam berorganisasi. Dalam Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini, terdapat
beberapa amalan protokol dan etiket yang telah diaplikasikan. Berikut
merupakan senarai amalan protokol dan etiket tersebut :

21


Majlis Pelancaran Projek Gempur Minda Adiwira PdPR.
1) Surat permohonan kebenaran Mengundang Orang Kenamaan telah

dihantar kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui e-
mel bertarikh 6 September 2021.
2) Surat kelulusan kebenaran Mengundang Orang Kenamaan daripada
pihak JPN Sarawak telah diterima melalui e-mel pada 14 September 2021.
3) Surat jemputan kepada Datuk Bandar Raya Miri, Encik Adam Yii Siew
Sang bertarikh 6 September 2021 disampaikan secara serahan tangan
semasa kunjungan hormat ke pejabat beliau pada 9 September 2021, hari
Khamis jam 9.00 pagi.
4) Menyerahkan teks ucapan perasmian dan atur cara majlis kepada Datuk
Bandar Raya Miri pada 17 September 2021.
5) Menyediakan atur cara pentadbiran Majlis Pelancaran Projek Gempur
Minda Adiwira PdPR.
6) Melaksanakan majlis pelancaran mengikut protokol dan etiket yang
bersesuaian dengan kaedah dalam talian.

Urusan surat-menyurat
Surat-surat jemputan kepada pihak yang sudi menjalankan Jaringan dan
Jalinan telah dihantar dengan menggunakan kepala surat Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) untuk tujuan memohon sumbangan manakala surat
berkepala Jata Negara dan nama sekolah diberikan untuk urusan rasmi
kerajaan kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Miri dan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak.

2.3 Pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang diaplikasikan bagi
memimpin intervensi ke arah mencapai matlamat bersama.
Menurut Dr. Abdul Ghani Abdullah (2009), terdapat enam prasyarat
penambahbaikan sekolah iaitu komitmen pada perkembangan staf,
penglibatan secara menyeluruh, amalan kepemimpinan, strategi pemantauan
yang berkesan, memberi tumpuan tentang pertanyaan dan refleksi serta
kesungguhan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif. Dalam memastikan
segala perancangan yang dibuat dapat diterjemahkan dalam kesepaduan

22


tindakan, saya telah mengimplementasikan enam syarat ini kepada amalan
guru-guru di sekolah bagi memastikan projek intervensi yang dijalankan
berjaya mencapai matlamatnya.

Penggabungjalinan antara Model Kotter dan Teknik atau Alat
Penyelesaian
Memimpin projek intervensi di sekolah memerlukan kewibawaan dan
karismatik daripada seorang pemimpin sekolah. Model Kotter menerusi
langkah memimpin perubahan telah saya jadikan medium untuk membuat
perubahan secara bersistematik dan terancang dengan menganalisis
persekitaran semasa untuk membentuk perubahan yang holistik pada masa
depan.

Mewujudkan kesegeraan melalui teknik dan alat penyelesaian berkesan.
Bagi menerajui Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini, saya telah
mewujudkan situasi kesegeraan dalam kalangan organisasi. Saya
mempengaruhi orang bawahan untuk sedar dan bangun dari zon selesa yang
mungkin sudah lama membelenggu organisasi. Antara tindakan yang diambil
ialah dengan mengadakan mesyuarat bersama semua guru dan staf untuk
memaklumkan akan perlunya perubahan dilakukan dengan kadar segera
untuk menangani kemerosotan pelibatan PdPR. Dalam mesyuarat tersebut,
saya telah menggunakan alat dan teknik seperti 5 Why dan 5W1H untuk
membentangkan keperluan untuk melakukan perubahan. Setelah
pembentangan dibuat, saya telah menjalankan sumbang saran supaya ahli
mesyuarat diberikan peluang untuk menyatakan pendapat dan idea ke arah
proses perubahan yang ingin dibuat.

Pembentukan Grand Coalition
Pembentukan pasukan yang kuat membentuk grand coalition telah
memudahkan proses perubahan dimulakan. Pasukan yang kuat ibarat tulang
belakang dan batu asas ke arah sesuatu perubahan. Antara teknik yang telah
digunakan untuk mengenal pasti ahli pasukan yang kuat ialah menggunakan
kaedah 6 Topi Pemikiran Edward de Bono. Menerusi kaedah ini, saya telah

23


mengenal pasti guru-guru dan staf yang boleh berperanan mengikut kekuatan
masing-masing. Kaedah ini digunakan kepada semua ahli di dalam organisasi
tetapi pada akhirnya, saya memilih beberapa orang untuk membentuk satu
pasukan yang utuh sebagai barisan hadapan atau frontliners kepada agenda
projek intervensi ini.

Membina Visi menerusi 6 Topi Pemikiran
Bagi memulakan proses perubahan, saya telah membina visi dengan
berfikir secara strategik. Saya telah membuat keputusan menggunakan
teknik 6 Topi Pemikiran untuk membina visi yang diperlukan dalam
menongkah arus perubahan. Melalui teknik 6 Topi Pemikiran ini, saya telah
merangka pelan intervensi sekolah menerusi penggunaan borang PInTaS.
Borang PInTaS ini dijadikan intervensi awal membentuk visi sekolah.

Menyebarluaskan Visi melalui sumbang saran.
Setelah visi dibina, saya telah menyampai dan menyebarluaskan visi
perubahan tersebut kepada semua warga sekolah. Saya menggunakan
pelbagai medium untuk menyampaikan visi ini menerusi mesyuarat, taklimat,
video dan media sosial rasmi sekolah untuk menyebarluaskan maklumat
berkenaan projek. Semasa proses penyampaian, saya telah menggunakan
teknik sumbang saran untuk mendapatkan maklum balas daripada semua
warga sekolah.

Delegating the Power
Pembinaan pasukan yang kuat dan penyampaian visi perlu diseiringkan
dengan penurunan kuasa kepada warga sekolah. Pemimpin yang berkesan
ialah pemimpin yang memberikan kepercayaan kepada orang lain di
bawahnya. Guru-guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi serta
komitmen yang jitu haruslah diberikan kepercayaan untuk menerajui sesuatu
tugasan. Antara teknik yang telah dilakukan untuk memberikan penurunan
kuasa ialah melalui sumbang saran. Guru-guru yang mempunyai hujah yang
konkrit, logik dan berpandukan fakta yang sahih telah diketengahkan sebagai
pemimpin pertengahan untuk menyelesaikan sesuatu isu berkenaan projek.

24


Meraikan kejayaan jangka pendek.
Proses menerajui perubahan merupakan suatu proses yang panjang,
memakan masa dan mungkin melelahkan. Oleh itu, dalam proses untuk
mencapai visi akhir, saya telah membentuk dan menetapkan sasaran-sasaran
kecil yang merupakan kejayaan jangka pendek. Kejayaan kecil ini bertujuan
memberikan pengiktirafan kepada guru-guru yang telah mencapai sasaran
jangka pendek yang telah ditetapkan. Selain itu, pengiktirafan ini akan
memberikan motivasi kepada guru-guru yang lain untuk bersama-sama ke
arah proses perubahan yang diimpikan. Saya telah memberikan pujian
kepada guru-guru yang berjaya menjalankan tugas dengan baik.

Pengukuhan penambahbaikan.
One Page Project Manager (OPPM) merupakan inisiatif yang telah diambil
untuk mengukuhkan penambahbaikan terhadap sesuatu perubahan yang
dilakukan. OPPM adalah pelan yang menunjukkan laluan untuk keseluruhan
dan tanggungjawab yang jelas dan yang boleh digunakan untuk mengukur
kemajuan program atau projek. Ringkasnya, OPPM telah dijadikan alat
pemantauan yang berkesan untuk penulis menilai keberkesanan perubahan
yang ingin dilakukan.

Membudayakan perubahan.
Tuntasnya, pemimpin yang menerajui perubahan perlu membudayakan
sesuatu perubahan yang ingin dibawa. Tanpa pembudayaan, sesebuah
organisasi tidak akan dapat menghayati perubahan tersebut dalam bentuk
tindakan dan perbuatan. Oleh itu, bagi membudayakan perubahan, penulis
sentiasa menjalankan sumbang saran seperti taklimat, mesyuarat dan dialog
dengan semua pemegang taruh.

25


Akhir sekali, saya telah menggabungjalinkan Model Kotter bersama teknik dan
alat penyelesaian masalah bagi memastikan usaha menerajui Projek Gempur
Minda Adiwira PdPR di sekolah berjaya direalisasikan.

26


BAB 3 : REFLEKSI

3.1 Rumusan dapatan amalan kepimpinan
3.1.1 Projek Intervensi
Kekuatan Projek
Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini mempunyai kekuatan dari segi aktiviti
Jaringan dan Jalinan yang dijalankan menerusi Jalinan Pintar Korporat.
Sebanyak 16 penyumbang telah memberikan sumbangan kewangan yang
berjumlah RM9882.00. Pihak Yayasan Generasi Gemilang juga telah
memberikan sumbangan RM100 pada setiap bulan kepada 38 orang
penerima. Selain itu, terdapat beberapa syarikat seperti McDonald’s yang
telah menyumbangkan 132 set beg dan kelengkapan persekolahan manakala
syarikat Velesto Energy telah menyumbangkan 360 set alat tulis. Sumbangan
yang melimpah ruah ini telah memberikan rahmat dan rezeki buat murid-murid
SK Pujut Corner. Inilah yang menjadi kekuatan terbesar projek ini iaitu semua
murid sekolah ini seramai 924 orang dilibatkan secara langsung tanpa
meninggalkan seorang pun. Projek ini membawa satu hasrat yang luhur murni
iaitu menumpahkan kasih-sayang seorang guru buat anak-anak muridnya
menerusi program Jejak Kasih PdPR. Projek ini mencerminkan keprihatinan
dan kecaknaan guru-guru terhadap perkembangan emosi dan motivasi murid-
murid sepanjang menjalani PdPR di rumah.

Kelemahan Projek
Projek yang besar seperti Gempur Minda Adiwira PdPR yang julung-julung
kali diadakan ini tidak sunyi dari kelemahan. Cabaran utama dalam
mengendalikan projek ini ialah mendapatkan pelibatan penuh daripada semua
murid. Terdapat murid-murid yang tidak dapat mengikuti program disebabkan
masalah peranti dan tiada capaian Internet. Namun begitu, isu ini telah
diselesaikan dengan cara komunikasi secara konvensional iaitu guru-guru
menghubungi murid-murid menerusi panggilan telefon. Seperti yang kita sedia
maklum, kelemahan projek ini bergantung sepenuhnya kepada pelaksanaan
dalam talian (online) disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang tidak
mengizinkan kebebasan dalam pergerakan. Selain itu, terdapat segelintir guru

27


yang kurang memahami beberapa perkara oleh sebab projek ini mempunyai 9
program kecil di bawahnya yang menyebabkan keciciran maklumat. Isu ini
tuntas diselesaikan oleh penulis dengan sentiasa mengemas kini maklumat
dalam kumpulan Telegram rasmi sekolah yang membolehkan guru-guru
sentiasa peka serta mengambil tindakan setelah arahan diterima.

Cadangan Penambahbaikan
Terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dibuat untuk memantapkan
lagi Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini. Sudah menjadi kepastian projek
ini akan dijadikan projek tahunan kerana isu keadaan emosi dan mental murid
seharusnya diberikan perhatian utama lebih-lebih lagi dalam dunia VUCA
seperti ini. Penambahbaikan pertama yang akan dibuat ialah mewujudkan
pasukan task force khusus untuk memantau perkembangan emosi dan mental
murid-murid. Pasukan ini berfungsi untuk memastikan projek intervensi yang
dijalankan mendatangkan impak yang optimum secara berterusan dan
bukannya semata-mata hanya pada waktu projek ini dilaksanakan sahaja.
Selain itu, aktiviti yang melibatkan murid akan diperbanyakkan seperti
ceramah motivasi akan diadakan secara berkala dan bukannya sekali sahaja.
Program ceramah motivasi yang melibatkan personaliti terkemuka akan
diadakan bagi meningkatkan semangat murid melihat ikon yang boleh
dicontohi. Kos kewangan yang besar untuk mengendalikan projek ini secara
tahunan merupakan cabaran yang sangat besar untuk memastikan projek ini
mempunyai kesinambungan. Penambahbaikan yang akan dijalankan adalah
menggiatkan lagi usaha mewujudkan Jalinan Pintar Korporat melibatkan lebih
banyak syarikat gergasi merentasi negeri termasuk Semenanjung Malaysia.
Faktor demografi keluarga murid-murid sekolah ini yang majoritinya terdiri
daripada golongan B40 akan membolehkan syarikat-syarikat ini membuka
mata seterusnya berminat untuk memberikan sumbangan. Pelbagai insentif
dan hadiah galakan yang lebih lumayan akan disediakan untuk murid-murid
sekiranya pihak sekolah berjaya memperoleh sumbangan yang besar untuk
projek ini. Selain itu, aspek pemantauan daripada pentadbir juga akan
ditambahbaik dengan mewujudkan pemantauan secara berkala dan berjadual
supaya setiap gerak kerja menepati garis masa yang ditetapkan. Penggunaan

28


borang One Page Project Management (OPPM) akan digunakan secara
optimum bagi menjalankan pemantauan terhadap setiap proses pelaksanaan
projek.

3.1.2 Kepimpinan
Sepanjang mengendalikan Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini, saya telah
mengaplikasikan gaya kepimpinan secara demokratik. Melalui gaya
kepimpinan ini, saya telah membudayakan amalan perbincangan untuk
mencapai konsensus supaya keputusan yang diambil merupakan suatu
keputusan yang terbaik serta boleh diterima subordinat. Gaya kepimpinan
demokratik ini sememangnya disenangi oleh subordinat kerana semua
merasa dihargai kerana keterampilan kepimpinan demokratik sangat sesuai
untuk memimpin organisasi di sekolah. Di samping itu, sebagai pemimpin
yang berwawasan dan berfikiran strategk, saya selaku Pengerusi Projek telah
merangka pelan intervensi berdasarkan analisis persekitaran yang dibuat
bersama secara konsensus dengan para Senior Leadership Team (SLT).
Hasil daripada analisis persekitaran ini, kami telah membentuk strategi terbaik
bagi menyelesaikan isu strategik yang dihadapi oleh sekolah. Selain itu,
dalam usaha membawa perubahan terhadap kemerosotan murid dalam PdPR,
saya selaku Pengerusi telah mengaplikasikan 8 langkah memimpin
perubahan Model Kotter. Langkah yang digarap secara sistematik ini telah
berjaya membawa subordinat untuk berubah ke arah visi yang telah
dihasratkan. Subordinat mempunyai gambaran yang jelas terhadap visi
perubahan yang ingin dilakukan berdasarkan langkah-langkah memimpin
perubahan yang dibuat oleh penulis. Di samping itu, sebagai Pengerusi Projek,
penulis sentiasa menjadikan dokumen Standard Kompetensi Kepengetuaan
Sekolah Malaysia (SKKSM) sebagai rujukan bagi memastikan gerak kerja
yang dilakukan sentiasa menepati dasar-dasar, pekeliling dan garis panduan
yang sedang berkuatkuasa. Tambahan lagi, bagi memastikan aspek
pengurusan sentiasa sistematik dan terancang, Projek Gempur Minda Adiwira
PdPR yang dijalankan ini menepati aspek-aspek di dalam dokumen Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2) yang menjadi kayu
ukur terhadap tindakan sekolah untuk menuju ke arah sekolah berkualiti.

29


BAB 4 : RUMUSAN

4.1 Impak Program Perantisan 2
Kayu ukur atau indikator kejayaan terhadap sesuatu projek intervensi boleh
dilihat melalui impak yang diperolehi menerusi kemenjadian murid. Matlamat
akhir Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini ialah memastikan murid-murid
mendapat manfaat terbesar dalam keberhasilan projek ini.

Impak Projek Gempur Minda Adiwira PdPR ini boleh dikategorikan kepada
tiga (3) impak utama iaitu peningkatan pelibatan murid dalam PdPR,
peningkatan Tahap Penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah dan
peningkatan tahap motivasi dan semangat murid untuk mengikuti PdPR.

Impak 1 : Peningkatan pelibatan murid dalam PdPR
Hasil dapatan maklumat daripada guru-guru kelas dan guru-guru mata
pelajaran pada setiap kelas, terdapat peningkatan pelibatan murid dalam
PdPR selepas projek ini dilaksanakan. Peningkatan ini dapat dilihat berlaku
pada laporan bulan September dan bulan Oktober. Murid-murid yang tidak
menghantar tugasan pada bulan Julai dan Ogos telah kembali mengikuti dan
menghantar tugasan PdPR pada bulan September dan Oktober. Tren
peningkatan dijangka akan terus berlaku pada bulan November dan Disember
sekiranya PdPR masih dijalankan.

Jadual 6 : Peningkatan Pelibatan Murid dalam PdPR

Sebelum Pelaksanaan Projek Semasa dan Selepas Pelaksanaan
Projek
Tahun Jun Julai Ogos Defisit
September Oktober Peningkatan
Prasekolah Penurunan Kumulatif
Tahun 1
Tahun 2 100% 88% 76% 24% 94% 100% 24%
Tahun 3
Tahun 4 92% 82% 72% 20% 78% 82% 10%
Tahun 5
Tahun 6 96% 82% 74% 22% 78% 84% 10%
94% 24% 80% 88% 18%
98% 86% 70% 24% 84% 88% 14%
98% 24% 82% 90% 16%
96% 84% 74% 14% 88% 92% 10%
21.7%
86% 74%

86% 82%

Purata penurunan

30


Impak 2 : Peningkatan Tahap Penguasaan murid dalam PBD
Impak yang penting untuk dilihat apabila projek ini dijalankan ialah sejauh
mana projek ini mampu meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) PBD dalam
kalangan murid. Logiknya, apabila terdapat peningkatan pelibatan murid
dalam PdPR, guru-guru dapat menjalankan pentaksiran bilik darjah terhadap
murid tersebut. Berdasarkan penelitian analisis Tahap Penguasaan (TP) PBD
murid pada bulan Oktober, murid-murid yang mengikuti PdPR telah
menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya satu (1) Tahap Penguasaan
PBD mereka. Contohnya, data bulan Ogos murid tersebut memperoleh TP3,
tetapi sebaik sahaja projek ini dijalankan, Tahap Penguasaan murid ini
meningkat kepada TP4 untuk subjek-subjek tertentu. Dapatan menunjukkan
sebanyak 85% iaitu seramai 743 daripada 874 orang murid Tahun 1 hingga
Tahun 6 telah menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya 1 Tahap
Penguasaan PBD. Hal ini membuktikan bahawa projek yang dijalankan ini
mampu mendatangkan impak yang positif terhadap kemenjadian murid dalam
akademik.

Impak 3 : Peningkatan tahap motivasi dan semangat murid untuk
mengikuti PdPR
Impak paling penting dalam Projek Gempur Minda Adiwira PdPR yang ingin
dicapai ialah meningkatkan motivasi dan tahap semangat murid-murid SK
Pujut Corner untuk terus mengikuti PdPR. Inilah hasrat murni yang lahir dalam
jiwa luhur yang paling dalam guru-guru SK Pujut Corner untuk membantu
murid-murid sekolah ini dari aspek kesihatan mental dan emosi mereka dalam
dunia VUCA yang mencabar ini kerana terpaksa menjalani PdPR di rumah
dalam tempoh yang lama. Kaji selidik pra dan pasca pelaksanaan projek telah
dijalankan bagi melihat sejauh mana impak pelaksanaan projek ini dalam
usaha meningkatkan motivasi dan semangat murid untuk mengikuti PdPR.
Sebelum pelaksanaan projek, terdapat 65% murid mempunyai tahap motivasi
yang relatif rendah. Hanya 35% murid sahaja yang mempunyai tahap motivasi
dan semangat yang relatif tinggi. Selepas projek ini dilaksanakan, terdapat
lonjakan saujana terhadap tahap motivasi dan semangat murid mengikuti
PdPR iaitu sebanyak 75% murid berada pada tahap tinggi dan sangat tinggi.

31


Rajah 2 : Dapatan kaji selidik pra pelaksanaan Projek Gempur Minda Adiwira PdPR

Rajah 3 : Dapatan kaji selidik pasca pelaksanaan Projek Gempur Minda Adiwira PdPR

Secara kesimpulannya, berdasarkan tiga impak yang telah dijelaskan, Projek
Gempur Minda Adiwira PdPR SK Pujut Corner yang dijalankan ini boleh
disifatkan sebagai sangat berjaya. Hal ini kerana impak projek ini dapat
dinikmati oleh murid-murid secara langsung sesuai dengan visi murni projek
intervensi ini iaitu mewujudkan persekitaran pembelajaran bermakna untuk
mencapai kemenjadian murid ke arah sekolah yang berkualiti.

32


RUJUKAN

a. Buku

Abdul Ghani Abdullah, PhD. (2009). Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Razali Mat Zin. (1996). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shawn Doyle. (2013). 10 Key Principles of Leadership. Selangor: Advantage
Quest Publications.

Robiah K. Hamzah, PhD. (2006). Memimpin ataupun Terpimpin. Selangor:
Percetakan Strikeway Sdn. Bhd.

Trevor L Young. (2010). Pengurusan Projek yang Berjaya. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia.

John Adair. (2009). Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesaikan Masalah.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia

Khairunneezam Mohd. Noor, Jessica Ong Hai Liaw, Farhana Sabri,
Khairunnisa Mardzuki. (2019). Kepemimpinan Era Moden. Kuala
Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Hasfizal Mukhtar. (2008). Membina Eksekutif Berkarisma. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail, Zulkefli Aini. (2018). Tekanan Kerja
dalam Organisasi. Konflik Kerja-Keluarga. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

33


Zamri Mohamad, Mohd Firdaus Hamsin (2008). Mempengaruhi Bos Gaya
Streetsmart. Kuala Lumpur: PTS Millenia

34


BORANG ANALISIS

Nama Peserta: ALEFF BIN AB. GHANI
Nama Sekolah: SK PUJUT CORNER

ARAHAN: Borang analisis persekitaran ini mesti dilengkapkan oleh

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

Kepimpinan Berkesan Pentadbir sekolah
yang berwawasan
Rujuk SKKSM: dan bekerjasama.
Pengurusan Kurikulum
SK Pujut Corner
merupakan Sekolah
TS25 - mempunyai
peruntukan TS25
untuk membeli BBM

Mempunyai yang
Dokumen
Perancangan
Strategik
komprehensif.

Persekitaran Pengajaran Pemantauan PdPC Pusat Sumber y
dan Pembelajaran tidak kondusif un
Bermakna dilakukan secara guru dan m
mengakses ba
Rujuk SKKSM: berjadual dan pembelajaran.
Pengurusan Kurikulum
dibentangkan

kepada guru.

35


P2-1

S PERSEKITARAN

No. KP:

h peserta berasaskan data dan maklumat

N PELUANG ANCAMAN ISU

yang Pemantauan
ntuk PdPC secara
murid dalam talian
ahan tidak dapat
dijalankan
5 secara efektif.


ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN
Guru Berkualiti:
Rujuk SKKSM: 100% guru mampu 40% guru kur
Pengurusan Kurikulum pengalaman da
menghasilkan bahan pendedahan tek
Sokongan PIBG dan pengajaran.
Komuniti: PdPR sendiri bagi
Rujuk SKKSM:
Pengurusan Kurikulum mata pelajaran

Teras. 30% guru meng

tidak meng

opsyen.

Tiada G
Cemerlang

Keterbatasan
pergerakan g
yang tidak da
bersemuka den
murid.

36


N PELUANG ANCAMAN ISU
rang
alam Bebanan tugas
knik guru semakin
bertambah.
gajar
gikut

Guru

guru
apat
ngan

Komitmen PIBG dan Emosi dan mental Pelibatan murid
PIBK yang kuat dalam PdPR
murid terganggu semakin
Guru pakar dari merosot.
sekolah lain yang boleh kerana terlalu lama
dimanfaatkan untuk
pemantapan PdPC. berada di rumah.

Bantuan daripada pihak Latar belakang
swasta dan komuniti.
pendidikan ibu bapa
Bimbingan Sekolah
Mentor KBAT dan yang rendah yang
Rakan Elit PPD dan
SISC+ tidak dapat

Sokongan kewangan membantu
daripada PIBG.
pendidikan anak-

anak.

Sikap sebilangan ibu
bapa yang tidak
memberi kerjasama
terhadap
pembelajaran anak.

Pengaruh rakan

sebaya dan golongan

6


ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN

Berasaskan isu yang dinyatakan, pilih satu (1) isu yang paling kritikal untu

Isu yang paling kritikal ialah pelibatan murid dalam PdPR semakin m

Justifikasi : Pelaksanaan PdPR yang lama dengan kekangan kawalan
semakin merosot dan ini menyebabkan motivasi serta semangat mur

Tandatangan Peserta: ……………………………………… Tanda
Nama
Nama : ALEFF BIN AB. GHANI Tarikh

Tarikh : 2 September 2021

37


N PELUANG ANCAMAN ISU

awal remaja di
tempat tinggal.

uk tindakan seterusnya. Nyatakan justifikasi pilihan anda.
merosot.

pergerakan telah menyebabkan pelibatan murid dalam PdPR
rid semakin menurun.

atangan Pengetua/Guru Besar (Mentor): ………………………………….
a : JACQUELINE ANAK KEMPING
h : 2 September 2021

7


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Cabaran_dalam_membentuk_masyarkat_MAlaysia_tentang_sains_dan_teknologi
Next Book
HIJRAH DAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW