The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

YEN MING JUN
SMK METHODIST ACS
05 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6366336, 2021-03-29 02:30:49

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI:(YEN MING JUN)

YEN MING JUN
SMK METHODIST ACS
05 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI

YEN MING JUN

SMK METHODIST ACS,SEREMBAN
KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN

TIMUR, NEGERI SEMBILAN

Nama Penuh :Yen Ming Jun

Tarikh Lahir :2005/07/05 No. K/P :050705050311

Keturunan :Cina Agama :Buddha

Jantina :Lelaki No. H/P :016 626 9086

Kegemaran :Membaca

Cita-cita :Juruterbang

Alamat Rumah :No8 Jalan Salak Putra Taman Salak Putra 43900 Sepang

Selangor

Nama Sekolah :SMK Methodist ACS

:Jalan Lintang Bandar Seremban 70200 Seremban Negeri
Alamat Sekolah Sembilan

No. Kumpulan :05

Daerah :Bandar Seremban

Negeri :Negeri Sembilan

REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Penuh :Yen Ming Jun

Tarikh Lahir :2005/07/05 No. K/P :050705050311

No. Kumpulan :05

Daerah :Bandar Seremban

Negeri :Negeri Sembilan

BIL. PERKARA TARIKH LULUS TANDATANGAN
PENGUJI

1. Fungsi Parlimen

2. Bendera negeri dalam Malaysia dan
lambang Negara dan Negeri

3. Fungsi sebuah agensi kerajaan

4. Peta kawasan parlimen negeri dan
ahli parlimen

5 Buku log peribadi

Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Jayadiri.

Tarikh Pemimpin Pengakap Remaja
(Nama & cap)

SEJARAH INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara.

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.

Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa
kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan.

Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan,
Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-
masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi
seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di
tadbir oleh Kerajaan Pusat.

Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan
setiap negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan
Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan
Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk
memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran
Agama Islam di negeri masing-masing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut
nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua
Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar
masing-masing.

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan
mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi
negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri
daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun
membubarkan Parlimen.

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh
Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa
enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan
tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu
memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal
berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari
sebelum sesuatu persidangan boleh bermula.

Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh
meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama
persidangan diadakan selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan
terlebih dahulu.

Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya
terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi
memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan.

Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang
tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

FUNGSI PARLIMEN

1. KUASA PERUNDANGAN PARLIMEN
Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara. Parlimen
adalah badan kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan itu
membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan.

2. KEWANGAN
Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar
Persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang
dinyatakan dalam undang-undang Persekutuan.

Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat
dibelanjakan dengan kuat kuasa Parlimen.

3. KUASA PERBINCANGAN
Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai
mengenai hal-ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan
tindak-tanduk kerajaan bolehlah diselaraskan mengikut pendapat umum.

4. KUASA PENYELENGGARAAN
Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang
diletakkan ke atasnya dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka
Perlembagaan memberi beberapa hak dan perlindungan undang-undang
yang dikenali sebagai ‘keistimewaan Parlimen’.

Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada keseluruhannya dan
oleh tiap-tiap ahli Parlimen.

5. KUASA MENGHUKUM
Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-
masing mempu-nyai pengawasan khas terhadap perjalanan persidangannya
sendiri, sah atau tidak sah perjalanan mesyuaratnya tidak boleh dipersoal
dalam mana-mana mahkamah; dan tiap-tiap dewan boleh menghukum ahli-
ahlinya kerana melanggar keistimewaan Parlimen atau ‘mencemar’ dewan.

Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutu-an, tiap-tiap ahli
Parlimen terlindung daripada tindakan undang-undang jenayah atau sivil
berhubung dengan perkara-perkara yang diperkatakan atau undi yang dibuat

dalarn Parlimen, dan perlindungan yang sama juga diberi kepada orang-
orang yang bertindak di bawah kuat kuasa mana-mana dewan.

DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi
kepada dua kategori seperti berikut:

1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13
negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan
Labuan dan Putrajaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

● Warganegara Malaysia

● Berumur tidak kurang dari 30 tahun

● Sempurna akal

● Bukan seorang muflis

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh
disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat
Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan
dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti
kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa
minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Negara.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan
taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan
Perlembagaan.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu
kawasan pilihan raya.

Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan
setiap lima tahun.

Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan
bagi mentadbir negara.

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia.

● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.

● Sempurna akal.

● Bukan seorang muflis.

● Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat
dan Dewan Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan
mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan
taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan
Perlembagaan.

FUNGSI DEWAN NEGARA

1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.

2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat. Semua rang undang-undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh
Dewan Negara sebelum dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong untuk ditandatangani.

3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang undang-undang dan
merujukkannya semula kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak
rang undang-undang tersebut.

4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat penyalah-gunaan kuasa Dewan
Rakyat.

5. Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong akan
menjadi Akta Parlimen dan seterusnya undang-undang.

FUNGSI DEWAN RAKYAT

1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.

2. Bersidang dari semasa ke semasa.

3. Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar
kerajaan.

4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang -undang diperkenalkan
di Dewan Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian akan
dijalankan. Jika telah diterima dan diluluskan, usul ini akan dihantar ke
Dewan Negara untuk perbahasan dan perbincangan.

5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen
menyokong pindaan tersebut.

AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT NEGERI

NEGERI BILANGAN AHLI

Perlis 3 orang

Kedah 15 orang

Pulau Pinang 13 orang

Perak 24 orang

Selangor 22 orang

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11 orang

Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 orang

Negeri Sembilan 8 orang

Melaka 6 orang

Johor 26 orang

Pahang 14 orang

Terengganu 8 orang

Kelantan 14 orang

Sarawak 31 orang

Sabah 25 orang

Wilayah Persekutuan Labuan 1 orang

BENDERA MALAYSIA

7 jalur merah & 7 jalur putih yang melintang dan sama lebarnya adalah tanda
keanggotaan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor,
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu agama Islam.
Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam Malaysia dan
Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna merah melambangkan keberanian.
Warna putih melambangkan kesucian.
Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

PERLIS INDERA KAYANGAN

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Biru
Melambangkan rakyat.
Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat baginda
KEDAH DARUL AMAN

Merah
Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan,
Padi
Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan
Bulan Sabit
Melambangkan simbol agama Islam.
Perisai
Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya
PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)

Biru Muda
Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.
Putih

Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.
Kuning
Melambangkan kemakmuran.
Pohon Pinang
Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
PERAK DARUL RIDZUAN

Putih
Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Kuning
Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak
Hitam
Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak
Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak
SELANGOR DARUL EHSAN

Kuning dan merah
Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi
jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Bulan Bintang
Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri
Putih
Melambangkan kesucian Agama Islam
MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)

Merah, putih, kuning dan biru
Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan
Anak Bulan dan Bintang
Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Merah
Melambangkan rakyat.
Hitam
Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-
bahagian negeri ini.
JOHOR DARUL TA'ZIM

Anak bulan dan bintang bewarna putih
Melambangkan Raja yang berdaulat.
Merah

Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.
Biru tua
Melambangkan Kerajaan Negeri.
PAHANG DARUL MAKMUR

Hitam
Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang
pada suatu ketika dahulu.
Putih
Melambangkan Raja.
Nota tambahan
Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang
mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.
KELANTAN DARUL NAIM

Merah
Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja.
Putih
Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.
TERENGGANU DARUL IMAN

Putih
Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.
Hitam
Melambangkan rakyat
Anak bulan dan bintang
Melambangkan agama Islam
SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)

Biru Zirkon
Melambangkan keamanan dan ketenteraman

Putih
Melambangkan kemurnian dan keadilan,

Merah cili
Melambangkan keberanian dan keyakinan.

Biru salji
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran

Nilakandi
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Gunung Kinabalu dan lima jenis warna
Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.

SARAWAK (BUMI KENYALANG)

Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya
usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai
negeri contoh.

Kuning
Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta
stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Hitam
Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan
Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN (RASMI)

Bendera Wilayah Persekutuan ialah bendera rasmi Wilayah Persekutuan Malaysia.
Ia telah diterima pakai pada 23 Mei 2006.

Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili Wilayah Persekutuan
secara keseluruhannya.

Tiga bendera asal asal masih digunakan apabila mewakili Wilayah Persekutuan
individu.

Kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan dan kehormatan

Merah untuk kekuatan

Biru untuk perpaduan, keikhlasan dan keharmonian.

Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang sama dengan bendera Venezuela.

Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga wilayah, menyokong misi
mereka untuk menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang penting.

Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain pada masa akan
datang.

LAMBANG NEGARA MALAYSIA

Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam
Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.

Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi
Malaysia.

Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu
(Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian
sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri
ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.

Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-
warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor,
hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna
Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu
yang asal.

Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri
dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga
Kebangsaan.

Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri
dan tulisan jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya
dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk

semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati
bendera mereka.
LAMBANG NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu
padi.
Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan
hasil padinya.
LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini.

Anak bulan tanda Agama Islam.
Perisai pula tanda kekuasaan.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu.
Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang
yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang
tersebut.
Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi
Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini
iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-
tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima
daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
LAMBANG NEGERI SELANGOR

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah
Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat
Kebesaran Negeri.

Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.

Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh
pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri
dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang
lalu dengan British.

Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.

Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri
dalam gabungan lama.

Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.

Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda
Kebesaran Yang Di Pertuan Besar

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia.
Lima bilah keris maksudnya LIMA ORANG pahlawan termasyhur di Melaka pada
zaman dahulu.
Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat
tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama
mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M.
Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan
besar asal negeri itu iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.

Bintang dan Anak Bulan di tengah tanda Agama Islam.
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-
binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.
Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan
Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.
LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas
termasuk penongkok dan taran.
Logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas
merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.
Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.
Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu
gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia
menjadi satu perdagangan yang besar.
Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut.
Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.
"Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.
Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja.
Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Quran di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.
Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.
Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
LAMBANG NEGERI KELANTAN

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda
Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia
untuk mempertahankan dirinya.

Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala
Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir
kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya,
telah memerintahkanWANG emas dicap dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

LAMBANG NEGERI SABAH

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua
lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas
satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan
nilakandi.

Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.

Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan
merah cili dalam bentuk V.

Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi
yang berlatarbelakangkan warna biru salji.

Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan
cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan
kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah
kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri
Sabah.

Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih
melambangkan kemurnian dan keadilan.
Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: Terbang tinggi
dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha,
berpandukan ideologi "politik pembangunan".
Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada
negeri-negeri lain di dunia.
FUNGSI AGENSI KERAJAAN
PENGENALAN
Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun adalah sebuah perbadanan awam dalam
struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan
Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan oleh
kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri
masing-masing.

Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan
penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang
perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal
yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta.
Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan
bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang
diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah
kuasa kerajaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.
Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang terdapat di Negeri Sembilan
adalah:
1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
4. Yayasan Negeri Sembilan
5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan
UDA (Urban Development Authority)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Urban Development Authority)
merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun
1996.
Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan
bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan.
Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan Bandar.

SEJARAH
UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12
November 1971 di bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan
Pembangunan Bandar.
Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA
Holdings Sendirian Berhad.
Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL).
PEMBANGUNAN
UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang
dianggapnya sesuai.
Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan
semula "bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi
penyenggaraan bangunan-bangunan bersejarah di kawasan bandar.
Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah
Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras,
Selangor dan juga Bandar Baru UDA di Johor Bharu.
MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI (Malaysian
Agricultural Research and Development Institute).

Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11 tahun 1969)
dan mula beroperasi pada Mac 1971.

Objektif:
Menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan
industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Visi:
Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang
makanan, pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.

Misi:
Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan
perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan
mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang inovatif,
komersil dan berdaya saing.

Fungsi:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial
berkenaan dengan:

● Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali
getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan

● Perladangan campuran

FELDA (Federal Land Development Authority)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA (Federal Land Development
Authority)

Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956)
dikuatkuasakan.

Objektif:
Menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-
kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Visi:
Menjadi pemacu pembangunan penempatan Negara yang progresif

Misi:
Menambah nilai untuk kepentingan peneroka

Fungsi:
Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk
tanaman kontan.

Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin
malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut
menerima peneroka pelbagai kaum seperti kaum Cina dan kaum India, begitu
juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai
kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia.

Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer
persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit.

Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar
bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan
minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.

MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta
Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi. Badan ini diberi
mandat dan kuasa untuk mengendalikan dan menjalankan berbagai-bagai
kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan mereka yang
dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan rakyat Bumiputera.

MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum Bumiputera
untuk meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting
sekali ialah untuk menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Bumiputera
dalam bidang perdagangan dan perusahaan. Sehubungan itu bagi mencapai
tujuan tersebut maka MARA menjalankan tugas seperti yang berikut:

1. Sistem pendidikan dan latihan akademik, profesional atau latihan-latihan
lain kepada kaum Bumiputera. MARA telah menubuhkan beberapa buah
sekolah, maktab dan Universiti Teknologi Mara.

2. Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek keusahawanan kepada
kaum Bumiputera

3. Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat pengurusan dan teknik
kepada peniaga Bumiputera

4. Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan dan pengangkutan yang
dimiliki sepenuhnya oleh MARA ataupun yang memiliki bersama dengan
tujuan menyerahkan projek-perojek yang system kepada kaum
Bumiputera.

PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah
syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos
1974 di bawah syarat-syarat Akta Pembangunan Petroleum. Dimiliki sepenuhnya
oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap
sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan
tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-
sumber tersebut.

Matlamat PETRONAS untuk melindungi kedaulatan negara ke atas rizab minyak
dan gas, untuk merancang keperluan negara masa kini dan masa hadapan bagi
minyak dan gas, untuk mengambil bahagian dalam mengedar dan petroleum
pemasaran dan produk petrokimia pada harga yang berpatutan, untuk
menggalakkan penyediaan loji, kelengkapan, dan perkhidmatan oleh syarikat-
syarikat Malaysia, untuk menghasilkan baja bernitrogen dan untuk menyebarkan
manfaat industri petroleum di seluruh negara.

PETA NEGERI DAN KAWASAN PARLIMEN

KAWASAN PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P126 JELEBU Datuk Jalaluddin Alias - BN

P127 JEMPOL Datuk Salim Sharif - BN

P128 SEREMBAN Loke Siew Fook - PKR

P129 KUALA PILAH Eddin Syazlee Shith - PKR

P130 RASAH Cha Kee Chin - PKR

P131 REMBAU Khairy Jamaluddin - BN
P132 Danyal Balagopal Abdullah - PKR
P133 PORT DICKSON
(TELOK KEMANG) Dr. Hasan Baharom - PKR

TAMPIN

PETA NEGERI DAN KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

N1 CHENNAH Loke Siew Fook - PKR

N2 PERTANG Noor Azmi Yusof - BN

N3 SUNGAI LUI Mohd. Radzi Mohd. Ali - BN

N4 KLAWANG Bakri Sawir - PKR

N5 SERTING Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli - BN

N6 PALONG Mustafa Nagoor - BN

N7 JERAM PADANG Datuk Manickam Letchuman - BN

N8 BAHAU Teo Kok Siong - PKR

N9 LENGGENG Suhaimi Kassim - PKR

N10 NILAI Arul Kumar Jambunathan - PKR

N11 LOBAK Chew Seh Yong - PKR

N12 TEMIANG Ng Chin Tsai - PKR

N13 SIKAMAT Aminuddin Harun - PKR

N14 AMPANGAN Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek - PKR

N15 JUASSEH Datuk Ismail Lasim - BN

N16 SERI MENANTI Datuk Abdul Samad Ibrahim - BN

N17 SENALING Datuk Adnan Abu Hassan - BN

N18 PILAH Mohamad Nazaruddin Sabtu - PKR

N19 JOHOL Saiful Yazan Sulaiman - BN

N20 LABU Ismail Ahmad - PKR

N21 BUKIT KEPAYANG Tan Lee Koon - PKR

N22 RAHANG Mary Josephine Prittam Singh - PKR

N23 MAMBAU Yap Yew Weng - PKR
N24 Gunasekaran Palasamy - PKR
N25 SEREMBAN JAYA Mohamad Taufek Abd. Ghani - PKR
(SENAWANG)

PAROI

N26 CHEMBONG Datuk Zaiful Bahri Idris - BN

N27 RANTAU Datuk Seri Mohamad Hassan - BN

N28 KOTA Datuk Dr. Awaluddin Said - BN

N29 CHUAH Michael Yek Diew Ching - PKR

N30 LUKUT Choo Ken Hwa - PKR

N31 BAGAN PINANG Datuk Tun Hairudin Abu Bakar - BN

N32 LINGGI Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza - BN
N33 Ravi Munusamy - PKR
N34 SRI TANJUNG
(PORT DICKSON) Datuk Abdul Razak Said - BN

GEMAS

N35 GEMENCHEH Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa - BN

N36 REPAH Veerapan Superamaniam - PKR

Kawasan Parlimen tempat kediaman
Kawasan Parlimen :Port Dickson
Nama Ahli Parlimen :Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim-PKR

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat kediaman

Kawasan DUN :Kuala Pilah

Nama Ahli DUN :Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith-PPBM


Click to View FlipBook Version