The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3, 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miss_2321, 2022-11-21 02:04:57

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3, 2022

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3, 2022

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

SEKOLAN MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN TUANKU JAAFAR,
71450, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3, 2022

TAJUK:-

AMALAN KITAR SEMULA DI SEKITAR TAMAN TUANKU
JAAFAR, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NAMA : MUHAMMAD QUSYAIRI RIFQI BIN MOHD NAFIZAN

TINGKATAN : 3 UITM

NAMA GURU : NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 1

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENGHARGAAN Page 3

2.0 PENDAHULUAN Page 4

3.0 OBJECTIF KAJIAN Page 5

4.0 KAWASAN KAJIAN Page 6 - 7

5.0 KAEDAH KAJIAN Page 8

6.0 HASIL KAJIAN Page 9
6.1 Konsep Kitar Semula Page 10-12
6.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula
6.3 Kepentingan Kitar Semula Page 12
6.4 Masalah / Halangan Terhadap Amalan Kitar Semula Page 13
6.5 Langkah Penyelesaian Masalah Amalan Kitar Semula Page 14

7.0 RUMUSAN Page 15

8.0 LAMPIRAN Page 16

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 2

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 3.

Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua Tuan LT. KOL. HJ.
MOHD TAHIR BIN MUSTAPHA kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu CIKGU
PUAN NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN kerana telah membantu saya
dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu
EN. MOHD NAFIZAN BIN MOHD ROFFI DAN PN. NORHAFIZAH
BINTI ZAKARIA yang memberi bantuan kewangan untuk menjayakan
kerja lapangan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
memberikan kerjasama dan semua pihak yang terlibat dalam proses
menyiapkan kerja lapangan ini.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 3

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang kitar semula di Taman Tuanku
Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Saya memilih kawasan kajian tersebut adalah kerana kawasan itu
berhampiran dengan rumah saya. Ini memudahkan saya untuk membuat
kajian ini.

Saya menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di Taman
Tuanku Jaafar serta kepentingan amalan tersebut untuk dipraktikkan
dalam kehidupan seharian di kawasan tersebut.

Selain itu, saya juga menilai halangan dan permasalahan yang dihadapi
untuk melaksanakan amalan tersebut serta meberi cadangan yang perlu
dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk di
kawasan kajian untuk mengamalkan kitar semula.

Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah pada waktu
pengajaran dan pembelajaran Geografi selama dua minggu.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 4

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Tuanku Jaafar,
Seremban, Negeri Sembilan bertujuan untuk:
3.1 Mengenal pasti konsep dan elemen kitar semula.

3.2 Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan
tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian di
kawasan kajian.

3.3 Mengkaji dan menghuraikan halangan dan permasalahan yang
dihadapi untuk melaksanakan amalan kitar semula dalam diri
penduduk di kawasan kajian.

3.4 Mencadangkan usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
kesedaran dalam kalangan penduduk di kawasan kajian untuk
mengamalkan kitar semula.

3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah
pengangkutan awam di kawasan kajian.

3.6 Menghasilkan produk daripada barang kitar semula.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 5

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Taman Tuanku Jaafar, Seremban,
Negeri Sembilan. Saya memilih kawasan ini kerana jaraknya yang
dekat iaitu hanya 2km dari rumah dan sekolah saya. Taman ini
berkeluasan kira-kira 1.05 batu persegi (2.72 km2) dan mempunyai
bilangan penduduk seramai kira-kira 70,894 orang.

Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai kaum dengan purata umur 40
tahun. Kawasan ini terletak berdekatan dengan institusi pendidikan dan
kawasan perniagaan.

Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah, iaitu kawasan rata
dan sesuai untuk membina pelbagai jenis petempatan seperti rumah,
bangunan kedai, sekolah dan masjid. Kawasan ini juga merupakan salah
satu kawasan yang mempunyai kadar pembuangan sisa pepejal dan
sisa domestik yang tinggi.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 6

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

PETA KAWASAN KAJIAN

PETUNJUK: RESTORAN
MASJID POKOK
ATM
LANDASAN KERETAPI

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 7

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:
5.1 Pemerhatian dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar

Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk
mendapatkan beberapa maklumat seperti pandang darat fizikal,
pola petempatan dan masalah petempatan yang ada disana.

5.2 Rujukan Internet Saya menggunakan kaedah ini untuk
mengetahui tentang konsep dan elemen kitar semula. Saya
merujuk beberapa laman web untuk mendapatkan beberapa
maklumat tambahan bagi kajian saya.

5.3 Rujukan Bahan Bercetak – Rujukan bahan bercetak seperti
buku, majalah dan surat khabar digunakan untuk mengetahui
konsep dan elemen kitar semula.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 8

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep dan elemen Kitar Semula:

Kitar semula ialah kegiatan mengolah semula bahan buangan
untuk menghasilkan barangan yang baru, dalam kata lain proses
memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan
daripada sampah untuk diguna semula.

Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan
buangan moden dan tiga komponen bagi 3R ialah : Reduce
(Kurangkan), Reuse (Guna semula), Recycle (Kitar Semula).
Contohnya, barangan keluli yang tidak lagi terpakai seperti
kereta rosak, akan diambil kelulinya dan menjadi bahan mentah
untuk membuat kereta yang baru. Selain itu, sisa makanan atau
buangan organik lainnya dapat mereput menjadi baja organik
yang boleh digunakan untuk pertanian mahupun kegunaan
rumah tangga.

Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran,
mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
tenaga dan mengurangkan pengelauaran gas rumah hijau. Kitar
semula juga dapat menjimatkan penggunaan bahan mentah
baru.

Kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan yang
mesra alam dan dapat menjaga warisan generasi yang akan
datang di masa hadapan nanti.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 9

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

6.2 Jenis-jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula :

Terdapat pelbagai jenis bahan kitar semula yang terdapat di
Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Antaranya terdiri daripada:-

a) Kertas = dapat dikitar semula sama ada berwarna atau tanpa
warna seperti akhbar, majalah , buku−buku lama dan katalog.

b) Air = air basuhan beras digunakan untuk menyiram pokok.

c) Getah = seperti tayar digunakan untuk tanaman, buaian dan
pelampung.

d) Plastic = Botol air plastik dan beg plastik merupakan bahan
plastik yang juga boleh digunakan semul.

e) Tekstil = Boleh didermakan dalam bentuk pakaian kepada
orang yang miskin, rumah orang tua dan rumah anak yatim.

Masih terdapat dalam kalangan penduduk di Taman Tuanku Jaafar,
Seremban, Negeri Sembilan yang mengamalkan 3R di rumah mereka.
Walaupun bukan dalam skala yang besar, namun mereka tetap
menyahut seruan kerajaan yang ingin melahirkan rakyat yang cinta akan
alam sekitar.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 10

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

Antara amalan kitar semula yang banyak dilakukan di Taman Tuanku
Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan ialah:

a) Mengitar semula barangan.
Penduduk Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
akan mengitar semula barangan mengikut warna tong kitar semula
yang biasa dilihat di tempat awam. Seterusnya, amalan menjual
bahan kitar semula juga diamalkan oleh penduduk kawasan kajian
saya. Antara bahan yang dikitar semula adalah botol plastik dan
akhbar akhbar lama. Wang akan diperoleh mengikut berat bahan
yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat bersyukur
kerana dapat menikmati alam sekitar anugerah Tuhan.

b) Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok.
Penduduk Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
telah berganding bahu untuk mendermakan pakaian dan barangan
yang tidak digunakan kepada beberapa pusat kebajikan yang kerap
dating ke kawasan ini . Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat
prihatin dan bersedia membantu sesiapa yang memerlukan
pertolongan.

c) Mengguna Semula Barangan.
Komuniti Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
juga mengamalkan amalan menghasilkan bahan baru. Misalnya ,
botol − botol plastik dijadikan sebagai pasu bunga kecil dan
kraftangan yang lain untuk menghiaskan rumah mereka. Selain itu ,
tayar − tayar lama digunakan sebagai buaian , dan juga pelampung
bagi kanak − kanak. Penduduk taman ini mempunyai daya kreativiti
dan inovatif yang sangat tinggi. Hal ini membuktikan bahawa
penduduk di kawasan ini suka berjimat – cermat dan selalu peka
terhadap alam sekitar.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 11

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

d) Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastik.
Penduduk di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
juga mula menggunakan beg mesra alam untuk menggantikan beg
plastik ketika membeli barangan di pasar raya. Ini dapat
menjimatkan duit kerana beg plastik akan dicaj dan mereka dapat
menjaga alam sekitar juga.

6.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula di kawasan kajian :

Kepentingan amalan kitar semula di Taman Tuanku Jaafar, Seremban,
Negeri Sembilan adalah seperti yang berikut:

1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Apabila sisa pepejal dan sisa domestic dasingkan dan dilupuskan
dengan kaedah yang betul, persekitaran kawasan perumahan
tersebut akan menjadi lebih bersih. Penduduk akan hidup dengan
lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang berkualiti.

2. Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat megurangkan sampah di tempat
pelupusan kerana sisa akan diurus dengan sistematik. Jadi,
pencemaran bau dapat diatasi.

3. Menjamin bekalan sumber semula jadi
Sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar akan menjadikan
penduduk lebih mengambil berat mengenai kepentingan
memelihara dan memulihara sumber semula jadi, terutamanya
sumber hutan. Mereka juga sedar akan kesan yang akan berlaku
sekiranya sumber semula jadi tersebut tidak dijaga.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 12

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

6.4 Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula

Ketika menjalankan kerja lapangan ini, bebrapa masalah telah
dikenalpasti iaitu:

6.4.1 Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula
Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar
semula di sekitar Taman Tuanku Jaafar, Seremban,
Negeri Sembilan, penduduk membuat keputusan untuk
tidak mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula di
rumah. Keadaan itu juga dalam masa yang sama tidak
mewujudkan kerjasama antara penduduk untuk
mengamalkan amalan ini.

6.4.2 Sikap negatif dalam diri individu
Melalui pemerhatian saya juga, sikap penduduk yang masih
berdegil dan tidak mahu menggunakan beg mesra alam
ketika membeli barang. Bagi mereka, perkara ini tidak
penting kerana lebih mudah menggunakan beg plastik.

6.4.3 Memilih untuk membakar atau membuang barangan
Penduduk juga lebih memilih jalan yang lebih mudah iaitu
membuang dan membakar barangan yang tidak digunakan
lagi. Disebab kan sudah terbiasa dengan amalan tersebut,
mereka tidak terfikir untuk mengguna atau mengitar semula
barang yang masih baik.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 13

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

6.5 Cadangan mengurangkan masalah amalan kitar semula di
kawasan kajian.

a) Menyediakan pusat kitar semula
Dengan menyediakan pusat kitar semula di Taman Tuanku
Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, penduduk tidak perlu
bersusah payah untuk membawa barangan yang berat ke pusat
pengumpulan kitar semula. Selain itu, mengganti semua tong
sampah dengan tong kitar semula merupakan kaedah yang
berkesan untuk memudahkan orang mengamalkan amalan kitar
semula. Jadi, semua buangan yang boleh dikitar semula akan
pergi ke pusat kitar semula, dan bilangan sampah yang keluar
setiap tahun akan berkurang secara signifikan.

b) Mengadakan kempen kesedaran secara berkala
Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada
masyarakat dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar.
Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara-cara untuk
menjaga lama sekitar akan diterangkan supaya penduduk akan
lebih faham dengan amalan kitar semula. Maka, pihak kerajaan
dan bukan kerajaan perlu berganding bahu untuk memastikan
misi ini terlaksana.

c) Menjadikan amalan kitar semula sebagai aktiviti mingguan
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan
mengadakan amalan ini sebagai rutin mingguan. Dengan itu, ia
akan menjadi tabiat dan ikutan yang berterusan.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 14

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

7.0 RUMUSAN

Dalam kajian di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan
ini, saya mendapati amalan kitar semula merupakan salah satu kaedah
mengurangi jumlah buangan dengan memproses sampah dan
membuatnya menjadi barangan yang berguna semula. Amalan tersebut
juga mudah dan praktikal kerana kita hanya perlu menghantar barangan
kita ke pusat pengumpulan kitar semula yang terdekat, dan hampir
semua barangan yang kita buang adalah barang yang boleh dikitar
semula.

Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangkan jumlah
sampah serta mencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan dan
menjaga alam. Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan dan mesti
diamalkan.

Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti
kemudahan yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran
masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula. Tetapi, dengan
kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat, masalah-
masalah tersebut pasti dapat ditangani dan kitar semula dapat terus
diamalkan.

Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian ini,
salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam dengan
mengamalkan 3R.

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 15

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

8.0 LAMPIRAN

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 16

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
Borang Soal Selidik

A. Maklumat Diri Responden

Nama : ………………………………………………………………….….

Jantina : Lelaki Perempuan

Bangsa : Melayu Cina

India Lain-lain (Nyatakan):…………..

B. Soal Selidik

Arahan: Tandakan (√) pada yang berkenaan

(i) Apakah kepentingan amalan kitar semula Di Taman Tuanku Jaafar?
 mengurangkan pencemaran
 menjimatkan kos dan sumber alam
 untuk menceriakan persekitaran
 menambah pendapatan penduduk

(ii) Apakah masalah halang amalan kitar semula di Taman Tuanku Jaafar?
 kurang pusat pengumpulan
 harga terlalu rendah
 kurang pengetahuan dan kesedaran
 sikap penduduk

(iii) Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula Di
kawasaki perumahan.

 mengadakan kempen
 menyediakan pusat pengumpulan
 melakukan gotong-royong
 mengajar pendidikan mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan

(iv) Nyatakan lain -lain cadangan
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………

CIKGU NOR SHAFINAH BT SAMSUDIN Page 17


Click to View FlipBook Version