Sonigraf
Masraden MD
PENJARA Masraden MD
#sonigraf
Di penjara hidup
tidakkan bebas
jaga diri
selamat
Pendekar yang bijak
jiwanya besar
keras hati
waspada
Masraden MD
#sonigraf
RINDU
Kehadiran senja
rindu tak hilang
perit pilu
sakitnya
Masraden MD
#sonigraf
KENANGAN
Masa mungkin ada
keriput hasrat
saat muda
menggebu
Masraden MD #sonigraf
CINTA LAKONAN
Mana cinta suci
dewasa ini
cinta hanya
lakonan
Masraden MD #sonigraf
BELAJAR
Seperti perahu
melawan arus
tidak maju
kan hanyut
Masraden MD #sonigraf
RESAH
Cintamu mainan
hujung usia
tak bererti
terseksa
Masraden MD #sonigraf
KOSONG
Jangan dibiarkan
bicara kosong
hilang harap
penuhkan
Masraden MD #sonigraf
PENGORBANAN IBU
Kau pelita hati
pada hidupku
kau siramkan
semangat
Masraden MD
#sonigraf
HARAPAN
Demi kehidupan
wahai anakku
sukses kamu
senyumku
Masraden MD
#sonigraf
CINTA TERHALANG
Kusut tak terurai
cinta terhalang
perpisahan
kecundang
Masraden MD #sonigraf
CINTA SEPI
Tidakku hiraukan
laut yang sepi
menemani
cintaku
Masraden MD
#sonigraf
Air yang menitis
bentuk dunia
kehidupan
bernafas
Masraden MD #sonigraf
Merananya jiwa
kerana benci
kasih sayang
menghilang
Masraden MD #sonigraf
KESEPIAN
Di lautan pulau
tiada singgah
kaku mati
sendiri
Masraden MD
#sonigraf
SYUKUR
Calar kehidupan
jangan dihina
cuba takdir
bersyukur
Masraden MD
#sonigraf
KORBAN
Janganlah salahkan
mendakap mimpi
korban kasih
jelmaan
Masraden MD
#sonigraf
TAK MAMPU
Tak mampu meredah
lautan luas
biar saja
di pantai
Masraden MD
#sonigraf
BERKAT
Mencari sedikit
beroleh berkat
dari banyak
berkarat
Masraden MD
#sonigraf
BUDI
Budi pada tanah
tidaklah rugi
rezeki Ilahi
syukurlah
Masraden MD
#sonigraf
LABUH CINTA
Di pangkalan sepi
berlabuh cinta
jiwa tenang
tertambat
Masraden MD
#sonigraf
HARAPAN TERJERUT
Gugurnya harapan
urat menjerut
tutup jasad
mencengkam
Masraden MD
#sonigraf
HIKAYAT IBU
Cerita dunia
menumpang kasih
sudut ihsan
hikayat
Masraden MD
#sonigraf
HILANGNYA DUKA
Menyingsingnya fajar
alam gembira
duka hilang
berseri
Masraden MD #sonigraf
JANJI ANAK
Menunaikan bakti
dewasa pasti
janji tunai
kasihmu
Masraden MD #sonigraf