1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN PROFESIONALISME KEGURUAN EDUP2132 Nama : NISREEN HUMAIRA’ BINTI MOHAMAD REDZUAN Angka Giliran : 2022202410008 No Kad Pengenalan : 000812120850 Program : PDPP PPC Ambilan : OKTOBER 2022 Kumpulan/Unit : 2.15 Nama Pensyarah Kursus : CIK SITI BAROKAH BINTI KASRAN Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran Penulisan Akademik 20/2/2023 16/3/2023 Persembahan 17/3/2023 28/3/2023 Jumlah Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah: Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 23/2/2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 100
2 JADUAL ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 3 1.0 PENDAHULUAN 4 2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN CIKGU HALIM 5 2.1 Peringkat Keprihatinan Terhadap Diri 5 2.2 Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas 6 2.3 Peringkat Impak 7 3.0 CIRI AKAUNTABILITI SAYA SEBAGAI GURU DI SK LIMAU KASTURI 7 3.1 Akauntabiliti Terhadap Murid 7 3.2 Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa 8 3.3 Akauntabiliti Terhadap Profesion Perguruan 8 4.0 RUMUSAN 9 5.0 RUJUKAN 9
3 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan penulisan ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Barokah Binti Kasran selaku tenaga pengajar bagi kursus Profesionalisme Keguruan (EDUP2132) yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang fasa Pentaksiran Berterusan berlangsung. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Amin.
4 1.0 PENDAHULUAN Telefilem “Cikgu Limau Kasturi” yang dimuatnaik oleh Mohamad Fitri (2020) mengisahkan tentang pengalaman seorang guru yang bernama Cikgu Halim. Beliau telah dihantar oleh kementerian untuk mengajar di suatu sekolah di kawasan pedalaman yang dipanggil sebagai Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, Kelantan. Dengan kawasan yang tiada bekalan air dan elektrik, terpisah dari arus pembangunan, Cikgu Halim terpaksa mengharungi liku-liku tersebut dengan hanya membawa sebatang gitar sebagai peneman. Telefilem ini banyak mengajar kita tentang pengorbanan seorang guru dari bermacam aspek demi mengajar anak bangsa. Ia juga mengetengahkan isu hak pendidikan tidak kira di mana jua kanak-kanak berada. Pendidikan pula tidak boleh disempitkan hanya mengenai perkara fardu ain tetapi termasuk juga mengkaji segala apa yang diciptakan oleh Allah SWT di dalam dunia. Dalam penulisan ini, saya akan menerangkan bagaimana Cikgu Halim menyesuaikan dirinya dengan suasana baharu. Melalui peringkat-peringkat keprihatinan guru yang dipelopori oleh Fuller (1969), kita dapat lihat bagaimana Cikgu Halim berganjak daripada peringkat keprihatinan terhadap diri kemudian keprihatinan terhadap tugas dan berakhir dengan keprihatinan impak. Saya juga akan menggambarkan bagaimana sepatutnya akauntabiliti saya jika menjadi seorang guru di SK Limau Kasturi. Antara akauntabiliti yang akan dipilih adalah akauntabiliti terhadap murid, ibu bapa dan profesion perguruan.
5 2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN CIKGU HALIM Teori keprihatinan Fuller (1969) terbahagi kepada tiga peringkat iaitu keprihatinan terhadap diri, keprihatinan terhadap tugas dan keprihatinan impak. Menurut Noor Badariah (2013), Fuller mendefinisikan keprihatinan sebagai sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan dia ingin melakukan sesuatu terhadapnya. Berikut merupakan penerangan bagi setiap peringkat tersebut mengikut situasi Cikgu Halim dalam telefilem “Cikgu Limau Kasturi”. 2.1 Peringkat Keprihatinan Terhadap Diri Pada peringkat ini, seorang guru sering berasa bimbang dan ragu-ragu dengan kemampuan dirinya. Sebagai contoh, ketika Cikgu Halim membuka surat kementerian yang diterimanya jelas bahawa Cikgu Halim belum cukup bersedia untuk mengajar di kawasan yang terpencil. Terbayang dalam kepala fikirannya pelbagai kerisauan dan dia mula berbelah bagi sama ada ingin menerima surat pelantikan tersebut atau menolak. Puan Halimah mengatakan bahawa ada manusia yang perlukan didikan dan pelajaran oleh itu Cikgu Halim perlu mengajar di sana kerana ia bagaikan satu suratan takdir. Hanya dengan pujukan ibunya Cikgu Halim berlembut hati untuk menerima surat tersebut. Van den Berg dan Ros (2000) menggambarkan keprihatinan sebagai halangan yang mungkin dirasai oleh guru sebagai tindak balas kepada perubahan. Maka seorang guru akan lebih fokus terhadap kemandirian dirinya di sekolah baharu. Kita dapat lihat bagaimana Cikgu Halim fokus terhadap kemandirian dirinya sejurus setelah tiba di Kampung Limau Kasturi. Hari demi hari Cikgu Halim belajar bagaimana menyesuaikan diri dengan suasana hidup orang kampung. Contohnya seperti cara bermandi menggunakan air perigi, memancing ikan, bekerja tanpa bekalan elektrik serta bertutur menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, campur tangan daripada orang luar penting dalam membantu guru beradaptasi dengan suasana baharu. Misalnya, Cikgu Halim mendapat bantuan daripada Pak Hassan dalam perkara seperti penempatan dan makanan. Dia juga telah mendapatkan banyak nasihat dan kata motivasi daripada ibunya, Guru Besar dan rajan sejawat. Kepimpinan pentadbir adalah penting untuk kejayaan jangka panjang daripada perubahan (Hall and Hord, 2001). Kehadiran Rohani juga banyak membantu Cikgu Halim untuk menghilangkan kesepian dan kebosanan pada waktu lapang.
6 Menurut Martin (2015), kebiasaannya peringkat keprihatinan terhadap diri akan berkurangan selepas beberapa bulan mengajar di sekolah. Namun dalam situasi Cikgu Halim, dia hanya memerlukan dua minggu sahaja dan dia telah berjaya mencapai peringkat keprihatinan tertinggi. 2.2 Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas Pada peringkat ini, seorang guru akan mempunyai kesedaran untuk merancang strategi yang berkesan untuk pengajaran. Hal ini kerana setiap murid mempunyai sikap dan cara belajar mereka yang tersendiri bagi mencari maklumat (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Husain, 2008). Oleh itu, Cikgu Halim memulakan pengajaran dengan memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris dahulu. Apabila mendapati tiada respon daripada murid, dia menukar strategi dengan menulis namanya di papan hitam seterusnya bertutur dengan bahasa yang mudah difahami oleh murid. Selanjutnya, seorang guru akan mempunyai keyakinan untuk mengawal disiplin di dalam bilik darjah. Contohnya, Cikgu Halim memperbetulkan tingkah laku Aziz yang telah melemparkan kertas di hadapannya ketika mengajar. Cikgu Halim tidak terus menengking sebaliknya dia menegur Aziz dengan lembut dan berhikmah supaya dia bermuhasabah atas tindakannya. Guru yang paling berkesan adalah guru yang paling mudah didekati oleh semua pelajarnya (Mohd Sahandri Gani et al, 2010). Maka perlu kepada penerapan kasih sayang ketika mendidik murid. Sementara itu, guru yang berada pada peringkat ini belum tentu dapat berpindah sepenuhnya daripada peringkat yang pertama. Misalnya, pada hari kedua mengajar Cikgu Halim telah menulis sepucuk surat buat ibunya di bandar. Dalam surat tersebut, Cikgu Halim mengaku bahawa dia berasa sunyi dan terpencil kerana masih tidak dapat menyesuaikan diri di kampung tersebut. Selain itu, seorang guru akan belajar cara mengatur pengurusan bilik darjah yang baik. Kita dapat lihat bahawa Cikgu Halim tekun menyemak buku latihan muridnya pada setiap malam walaupun hanya berbekalkan cahaya bulan. Dia juga sentiasa memberikan peneguhan positif buat muridnya yang berpartisipasi di dalam kelas. Menurut Wong (2009), teknik peneguhan positif dikatakan lebih efektif berbanding hukuman dalam membentuk tingkah laku murid kerana ia akan membina keyakinan dalam diri murid serta membentuk suasana pembelajaran yang bekerjasama dan berkasih sayang.
7 2.3 Peringkat Impak Peringkat impak ialah peringkat di mana seorang guru tidak lagi risau tentang pengurusan diri dan tugas. Fokus ditumpukan sepenuhnya kepada impak pengajaran dan pembelajaran terhadap perkembangan pelajar. Antara perkara yang akan dilakukan oleh seorang guru pada peringkat ini ialah menitikberatkan aspek perbezaan individu di kalangan murid. Contohnya, Cikgu Halim menyedari terdapat seorang murid bernama Azlan yang menghadapi masalah gagap dalam pertuturan. Cikgu Halim tidak merendah-rendahkan Azlan sebaliknya memujinya kerana rajin menjawab soalan guru di dalam kelas. Kesannya, Azlan tidak lagi berasa rendah diri dan mula mendapat sokongan moral daripada rakan yang lain. Seterusnya, seorang guru akan melihat muridnya sebagai individu yang berpotensi untuk berkembang maju. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana Cikgu Halim percaya bahawa Aziz akan berubah setelah ditegur dengan baik. Cikgu Halim juga menitikberatkan perihal Rohani dengan berbincang cara baik bersama Pak Lebai mengenai isu pendidikan. Kesannya, Aziz berjumpa dengan Cikgu Halim untuk meminta maaf atas tindakannya. Rohani pula berjaya mendapat sokongan daripada Pak Lebai untuk dimasukkan ke sekolah. Selain itu, seorang guru akan memastikan strategi pengajarannya sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Dalam merancang pelan pengajaran, guru perlu mempertimbangkan keperluan, potensi dan persekitaran murid (Diknas, 2006). Misalnya, Cikgu Halim kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajarannya seperti menggunakan teknik variasi ransangan, peneguhan, inkuiri dan demonstrasi. Dia juga menggunakan Bahan Bantu Mengajar seperti kapur dan papan hitam serta gambar rajah untuk memahamkan murid tentang sesuatu topik pembelajaran. Kesannya, murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pembelajaran dan tidak merasa bosan. Mereka juga mula sayang dengan Cikgu Halim dan menyambut hangat kepulangan Cikgu Halim ke SK Limau Kasturi di penghujung telefilem. 3.0 CIRI AKAUNTABILITI SAYA SEBAGAI GURU DI SK LIMAU KASTURI 3.1 Akauntabiliti Terhadap Murid Sebagai seorang guru baru, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah menetapkan rutin dan peraturan bilik darjah. Bagi mengelakkan masalah disiplin seperti yang dilakukan oleh Aziz, saya akan menjelaskan kepada murid mengenai perkara yang boleh dan
8 tidak boleh dilakukan sepanjang saya mengajar dan bagaimana cara Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang saya laksanakan di dalam kelas. Dengan ini, sesi PdP menjadi lebih terkawal dan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dikekalkan. Seterusnya, saya akan menganalisis latar belakang setiap murid dari aspek kognitif, kesihatan, sosioekonomi dan tingkah laku. Hal ini akan memakan masa yang panjang mungkin berminggu dan berbulan, namun sedikit sebanyak ia dapat membantu saya memahami murid dan merancang pendekatan yang paling sesuai ketika mengajar. Contohnya, murid seperti Azlan yang mengalami masalah gagap perlu mendapatkan sesi khas bersama guru atau pihak berautoriti seperti Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) untuk mengatasi masalah tersebut. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana menurut Nurul Fatehah (2020), kegagapan meningkatkan rasa malu di kalangan kanak-kanak. Ini mengakibatkan kanak-kanak rasa kurang yakin diri untuk berkomunikasi. Selain itu, rakan sebaya mula menyedari masalah ini dan akan mula mengejek. 3.2 Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Bagi mewujudkan kerjasama yang utuh antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perlu kepada pentadbiran untuk menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Maka perkara ini akan saya cadangkan kepada pihak atasan memandangkan di SK Limau Kasturi tidak wujud persatuan ini dan susah untuk pihak sekolah berhubung dengan ibu bapa murid kerana ketiadaan kemudahan ‘Whatsapp’ atau ‘Telegram’ pada ketika itu. Dengan ini, PIBG dapat menjadi platform yang berkesan untuk sebarang komunikasi, pemakluman dan perbincangan masalah antara sekolah dan ibu bapa. 3.3 Akauntabiliti Terhadap Profesion Perguruan Bekalan elektrik yang lemah di SK Limau Kasturi sedikit sebanyak mengganggu profesion saya sebagai guru. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan memohon dari pihak berkuasa untuk memasang alat generator sebagai alternatif lain untuk penjanaan elektrik. Selain itu, saya juga akan menggunakan pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Menurut Zaifuddin (2016) Weimer mendakwa bahawa dalam pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar, guru bekerja lebih sebagai fasilitator dalam pembelajaran tetapi bukannya guru dalam pengajaran. Maka sebagai contoh, saya akan mempraktikkan model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) semasa PdP.
9 5.0 RUMUSAN Sebagai kesimpulan, seorang guru novis ke sekolah mana pun dia dihantar pasti akan mengalami perkembangan menerusi tiga peringkat keprihatinan yang diperkenalkan oleh Fuller (1969) iaitu keprihatinan terhadap diri, tugas dan impak. Oleh itu, amat penting bagi seorang guru untuk menyedari akan peringkat keprihatinan ini agar tidak mengalami ‘culture shock’ yang teruk setelah tiba di sekolah baharu. Dengan mendalami ciri-ciri akauntabiliti yang sepatutnya ada pada guru, kita dapat membangunkan potensi diri serta mencapai peringkat profesionalisme yang tinggi dalam perguruan. Moga dengan ini, kita dapat mengekalkan kehormatan profesion perguruan serta melatih diri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. 6.0 RUJUKAN Diknas. (2006). Departemen Pendidikan Nasinal. Jakarta. Hall, G.E. & Hord, S.M. (2001). Implementing Change: Patterns, Principles, and Patholes. Needham Height, Mass : Allyn & Bacon. Martin Anak Alo. (2015). Theory of Concern. Scribd. https://www.scribd.com/document/280880088/5-Theory-of-Concern# Mohamad Fitri Samsudin. (23, April 2020). Cikgu Limau Kasturi. Youtube. https://youtu.be/DdjQ7X65jmo Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, Shaffe Mohd Daud. (2010). Karakter Guru Ilmu Diagung Guru Disanjung. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Noor Badariah. (2013). Teori Keprihatinan. Scribd. https://www.scribd.com/document/180128603/Teori-keprihatinan-docx Nurul Fatehah. (2020). Gagap di Kalangan Kanak-Kanak. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/gagap-di-kalangan-kanak-kanak/ Tengku Sarina Aini Tengku Kasim &Faridah Che Husain (2008). Pendekatan Individu Dalam
10 Pengajaran Pendidikan Islam Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Bertamadun. Jurnal Usuluddin, 27 . pp. 141-156. ISSN 1394-3923. Wong, Harry K. Wong, Rosemary T. (2009). The First Days of School: How to Be an Effective Teacher. Harry K. Wong Publications. Zaifuddin. (2016). Peringkat Keprihatinan dan Tahap Penggunaan Komunikatif Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Bahasa Inggeris Berasaskan Sekolah. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Van den Berg, Rudolf et al (2000). Implementation of an Innovation: Meeting the Concerns of Teachers. Studies in Educational Evaluation (26) 331-350. www.elsevier.nl/stueduc