SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (MPU23052) TAJUK : Kaedah al-Umur bi Maqasidiha adalah salah satu kaedah yang terpenting dari kaedah fiqh. Setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya. Huraikan situasisituasi yang berkaitan dengan kaedah Fiqh ini. NAMA PENSYARAH: PUAN HAYATI BT AB TALIB @ WAHAB NAMA NOMBOR PENDAFTARAN DENISH HAIKAL AMRAN 02DMH22F1014 MUHAMMAD AMIR IZHAN BIN MOHAMAD 02DMH22F1072 MUHAMMAD DANIAL HANIS BIN AWANG CHIK 02DMH22F1022 MUHAMMAD NAIMAN BIN ADNAN 02DMH22F1035 NUR HADIF HAQIM BIN SHAMSUL SHAMMUDIN 02DMH22F1052
1.0 PENDAHULUAN Salah satu prosedur yang paling penting dalam figh ialah al-Umur bi Maqasidiha. la melibatkan hujah yang berpanjangan yang diteliti oleh para ulama. Di sini, penulis cuba menjelaskan secara ringkas berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh ulama al-Shafie. Mudah-mudahan, ia akan membantu dalam memahaminva calam beberapa cara. Pengertian Al Umur ialah pernyataan umum yang merangkumi segala perbuatan manusia sama ada dilakukan atau tidak. la juga termasuk perbuatan, perkataan, dan niat. Akibatnya, semua yang dilakukan atau dikatakan oleh manusia berkaitan dengan cara ia akan diberi ganjaran atau balasan. Teknik ini berdasarkan hadis Sahih yang terkenal, yang diriwayatkan oleh Imam keenam, Imam hadis, serta perawi lain dengan pelbagai lafaz. Pendirian dan kaedah hadis berkaitan niat telah dilaporkan secara mutawatir oleh ulama sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam, dan termasuk: Tidak ada hadis yang diriwayatkan dari Nabi Allah yang lebih teliti, tebal, atau bermanfaat daripada yang ini, menurut Abu Ubaidah. Hadis ini merangkumi satu pertiga ilmu, menurut Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal, Ibnu Mahdi, Ibnu Madini, Abu Daud, Darakutni, dan lain-lain. Ulama juga mengatakan bahawa hadis ini mengandungi satu perempat daripada semua ilmu. Imam Baihaqi menjelaskan konsep ilmu yang ketiga dengan menyatakan bahawa perbuatan hamba itu datang dari tiga sumber iaitu hati, lidah, dan anggota badan. Salah satu daripada tiga komponen dan mungkin vang paling penting adalah niat. Hadis ini merangkumi 70 bab figh, menurut Imam al-Shafie. Imam al-Suyuti telah menjelaskan apa yang dikatakan oleh Imam al-Shafie tentang 70 bab, yang termasuk dalam satu perempat ibadah dan termasuk perbuatan seperti wuduk, (sama ada wajib atau pilihan sunat). menyapu khuf. tayamum. solat. qasar. jamak. imam. makmum. suiud tilawah. suiud syukur, membayar zakat dengan perhiasan atau menyimpan. Masalah kontrak termasuk jual beli dan hibah kinayat, wakaf, pinjaman, hiwalah, ikrar wakalah, wasiat, cerai, khuluk, rujuk, ilak, zihar, sumpah, dan qazaf. Dalam masalah qisas untuk membezakan antara sengaja dan hampir sengaja dan salah ambil barang orang yang berhutang dan ambil alat muzik. Semua yang dinyatakan akan dinilai menggunakan niat orang yang mengatakannya.
2.0 TUJUAN Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan olen mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Tujuan niat: -membezakan amalan ibadah dengan amalan adat -membezakan tingkatan atau tahap sesuatu ibadah itu -menentukan sah atau tidaknya sesuatu amalan yang dilakukan. Selain daripada itu terdapat banyak lagi hadith-hadith Rasulullah yang menyebut tentang amalan yang dilakukan berdasarkan niat. Oleh sebab kerana itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu samaada diberi pahala atau pun dosa. Jadi amalan yang tidak disertakan dengan niat tidak akn mendatangkan apa-apa kesan kepada perbuatan seseorang mukallaf. Kaedah ini lebih menumpukan kepada niat seseorang mukallaf dalam melakukan sesutu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak.
3.0 DEFINISI • Al Umur : Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan, meliputi perbuatan, kata-kata ataupun niat. • Kaedah ini bermaksud segala perbuatan seseorang itu dinilai bergantung kepada niatnya, yang mana niat akan menetukan sama ada amalan seseorang itu mendapat pahala atau dosa. • Jumhur ulamak sepakat mengatakan tempat berniat ialah dalam hati. 4.0 KEPENTINGAN NIAT • Membezakan perbuatan yang dilakukan sama ada ibadah atau adat. Contohnya : wuduk dan meratakan air. • Membezakan kedudukan suatu ibadah dengan ibadah yang lain. Contoh : berwuduk atau mandi, sembahyang, puasa sama ada status fardu, nazar atau sunat. • Niat disyariatkan untuk membezakan di antara amalan taqarrub atau tujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan yang lainnya. Contohnya : sembelih dengan tujuan akikah. 5.0 DALIL DAN KAITAN NIAT أ حفص عمر بن الخطاب ب المؤمن ي عن أم ي • ض ر هللا عنه قال سمعت رسول هللا صىل هللا عليه وسلم يقول "إنما األعمال بالنيات ,وإنما لكل امرئ مار نوى ,فمنر كانت هجرته إىل هللا ورسوله فهجرته إىل هللا ورسوله ,ومنر كانت هجرته إىلر دنيا يصيبها ور امرأة ينكحها فهجرته إىل ما هاجر إليه ”۔ر متفق عليه • Bermaksud : “…………..Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang ( akan dibalas ) berdasarkan apa yang diniatkannya. Siapa yang hijrah nya kerana ( ingin mendapatkan keredhaan ) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada ( keredhaan ) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya ( akan bernilai sebagaimana ) yang dia niatkan.”
6.0 SKOP DAN BIDANG KAEDAH • Imam Ahmad dan Imam Syafie : “Hadith mengenai niat ini mencukupi 1/3 ilmu. “Begitu juga kata imam Baihaqi dan lain-lain. Hal ini kerana perbuatan manusia terdiri daripada niat di dalam hati, ucapan dan tindakan. Sedangkan niat merupakan salah satu daripada tiga bahgian itu. • Diriwayatkan dari Imam Syafi’i : Hadith ini mencukupi 70 bab fiqh. • Sebahagaian ulama ‘ mengatakan hadits ini mencukupi 1/3 ajaran islam. 7.0 SYARAT NIAT Islam • Tidak sah niat dan ibadat yang dilakukan oleh orang kafir kecuali dalam keadaankeadaan tertentu. Mumayyiz • Tidak sah niat yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum mummayyiz kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti kanak-kanak yang diwuduqkan oleh ibubapanya untuk melakukan tawaf atau kanak-kanak yang melakukan haji tetapi diniatkan haji dan ihram oleh ibubapanya. Dalam dua keadaan ini, wuduq dan haji yang dilakukan untuk kanak-kanak tersebut adalah sah. Berakal atau Waras • Niat orang gila adalah tidak sah, kecuali suami yang niatkan mandi haid atau nifas untuk isterinya yang gila
8.0 KESIMPULAN Niat memainkan peranan penting dalam menentukan balasan bagi sesuatu perbuatan, sama ada mendapat pahala atau dosa. Selain itu juga, ulamak fiqh sepakat mengatakan, sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikan disebabkan keuzuran syarak, die tetap diberi pahala. 9.0 PENUTUP Sebagai penutup 10.0 RUJUKAN • https://prezi.com/-_lyy4x3cp-v/al-umur-bi-maqasidiha/ • http://ustazwanzul.blogspot.com/2012/12/kaedah-al-umur-bimaqasidiha.html