SEKOLAH BEBAS DADAH GENERASI MADANI PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2024
DADAH ALKOHOL ROKOK VAPE INHALAN HIV
DADAH ▪ Sejenis bahan kimia yang boleh didapati sama ada dalam bentuk asli atau tiruan. ▪ Sumber asasnya ialah tumbuhtumbuhan yang diperoleh melalui pemprosesan daun, getah ataupun pokok. ALKOHOL ▪ Dikenali sebagai arak atau minuman keras. ▪ Terhasil daripada proses pemeraman kanji atau gula buah dan bijiran ▪ Diminum ketika bersosial dan berfungsi untuk meningkatkan ‘mood’ JAUHI DARVIH HIDUP BAHAGIA
ROKOK ▪ Tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daun. ▪ Mengandungi tar, nikotin dan lebih daripada 40 bahan kimia beracun yang berbahaya. VAPE ▪ Merupakan rokok elektronik ▪ Mengubah cecair yang terdiri daripada pelbagai perasa kepada wap. ▪ mengandungi zat kimia, nikotin dan bersifat toksik DADAH MUSUH NEGARA
INHALAN ▪ Sejenis bahan kimia yang mengandungi bahan psioaktif. ▪ Juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile). ▪ Dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang merangsangkan perubahan minda Pelarut mudah meruap Aerosol Gas Nitrit HIV ▪ Dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus ▪ Sejenis retrovirus yang menyebabkan kemusnahan system daya tahan melawan penyakit kronik seperti barah. SAYA BENCI DARVIH
PENUTUP Penyalahgunaan dadah semakin meluas dalam kalangan murid . Justeru, kita harus berganding bahu membendung isu ini dan membentuk generasi yang sihat. PENGHARGAAN Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing dan ibu bapa kami yang telah membantu kami dalam menyiapkan buku skrap ini. SAYANGI DIRI ANDA
SEKOLAH BEBAS DADAH GENERASI MADANI DISEDIAKAN OLEH: RISIKESAN A / L GOPITHASAN FLORA /ANN A/P DOMINIC PEREIRA JULIANA JOTHY A / P ANANTHAN