ALATMUZIK TRADISIONAL
Disediakan oleh :
Asma’ binti ismail
Siti Zulaikha binti zulazri
Afrina sofia binti sallehan
CONTOH CONTOH ALAT MUZIK
TRADISIONAL:
GAMBUS
GAMBUS ialah sejenis lut
(kecapi) berleher pendek yang
berasal dari Yemen dan
tersebar ke seluruh semenanjung
Arab. Ia berbentuk seperti buah
pear yang dibelah dua dan ia
merupakan sejenis alat muzik
bertali tradisional di Indonesia,
Brunei, Malaysia, dan
Singapura.
REBAB
merupakan sejenis alat muzik bertali
yang berasal dari Afghanistan.
Rebab menggunakan penggesek dan
mempunyai tiga utas tali daripada
dawai logam. Rebab dianggap
merupakan keluarga kecapi.
Alat ini tersebar ke banyak kawasan
dunia Islam melalui perdagangan
sejauh tanah Arab, Turki sehinggakan
sejauh kepulauan Nusantara di Asia
Tenggara.
KOMPANG
KOMPANG ialah sejenis alat muzik tradisional
berupa gegendang bagi masyarakat
Melayu dalam kepulauan Nusantara. Selain
itu, kompang juga kadangkala digunakan
oleh suku Bajau di pesisir Sabah, Malaysia,
meskipun tidak termasuk dalam tradisi asli
mereka.Kulit kompang biasanya diperbuat
daripada kulit kambing betina, namun
mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari
kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.
Alat muzik ini berasal dari dunia lain dan
dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu
sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka
oleh pedagang India Muslim, atau melalui
Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang
Arab.
REBANA
REBANA ialah sejenis alat muzik
tradisional yang sering dimainkan bagi
mengiringi lagu-lagu budaya.
Rebana Ubi sering dimainkan di pantai
timur Semenanjung Malaysia,
terutamanya Kelantan
Bagi masyarakat Melayu di negeri
Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan
penduduk di sekitar Sungai Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi
mengiringi lagu-lagu tradisional seperti
indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
SERULING
SERULING ialah sebuah alat muzik dari
famili alat tiup kayu atau woodwind.
Berlainan dengan alat berlelidah, seruling
ialah sebuah alat aerofon atau alat tiup
tanpa rid yang mengeluarkan bunyi
daripada aliran udara yang merentasi
lubang. Ia diperbuat daripada buluh satu
ketika dahulu. Namun kini seruling moden
ada yang diperbuat daripada logam
aluminium dan plastik. Cara
memainkannya adalah dengan meniup.
Akan tetapi cara meniup seruling
hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi
yang baik.
GONG
GONG merupakan sejenis alat muzik 'idiophone'
yang berasal dari Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman
gangsa lagi dari Yunani. Gong juga dimainkan
bagi mengiringi permainan wayang kulit di
Indonesia. Gong merupakan alatan penting
yang berperanan sebagai bunyi tulang
belakang dalam essemble persembahan muzik
gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk
menghasilkan bunyi yang berbeza setiap
satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut
rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut
dimainkan serentak untuk mempelbagaikan
irama muzik yang lebih unik
TERIMA KASIH DARIPADA
KAMI