The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN SK TUNGKAH MELAYU, 2021-10-07 01:40:39

BUDAK BERAKHLAK MULIA

BUDAK BERAKHLAK MULIA

Umur Amir baru sepuluh tahun. Bapa
Amir sudah lama meninggal dunia.
Amir tinggal bersama-sama ibunya di
kampung.

Mereka orang miskin. Ibunya menanam sayur-sayuran. Amir
selalu menolong ibunya.

Amir selalu memunggah kayu api untuk membantu ibunya.
Kadang-kadang dia mengambil upah memungut kelapa.
Kadang-kadang dia mengambil upah membela kerbau.

Tiap-tiap hari, Amir bangun pagi. Sebelum ke sekolah, Amir
membawa kerbau ke bendang. Selepas ke bendang, Amir pergi
ke sekolah. Sekolah Amir jauh dari rumah. Amir berjalan kaki ayam
ke sekolah.

Jika hari hujan, Amir tidak memakai kasut. Amir memasukkan
kasutnya ke dalam beg. Amir menjaga kasutnya supaya tidak
kotor. Apabila tiba di sekolah, barulah Amir pakai kasut. Kasut
Amir bersih. Cikgu memuji kasut Amir bersih.

Amir tidak pernah lewat ke sekolah. Amir tiba sebelum loceng
berbunyi. Semasa pulang dari sekolah, Amir berhenti di bawah
pokok.

Amir berhenti rehat sambil membaca buku cerita. Amir mem-
injam buku cerita dari perpustakaan sekolah. Sebelah petang,
Amir pergi mengaji Al-Quran. Selepas mengaji, dia menyabit
rumput untuk kerbaunya.

Pada sebelah malam pula, Amir tekun menyiapkan kerja
sekolah. Dia tekun mengulang kaji pelajaran.Begitulah kisah diri
Amir.

Amir seorang budak yang baik. Dia berakhlak mulia. Dia rajin
belajar. Dia juga rajin membantu ibunya.

NILAI MURNI

Kemuliaan diri seseorang bukanlah disebabkan oleh pangkat
dan hartanya. Kemuliaan diri yang sebenar adalah kerana
memiliki akhlak yang mulia.

Oleh yang demikian, kita mestilah
sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia.

CERITA DARI ZOOM A








Click to View FlipBook Version