SK LKTP CHUPING
02500 MATA AYER PERLIS
BUKU BACAAN BERGRED UNTUK MURID KELAS PEMULIHAN
KEMAHIRAN PERKATAAN KV+KVKK
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NOR ASNIDA BT AJEMI
GURU PEMULIHAN
SK LKTP CHUPING PERLIS
Arahan : Baca ayat bergred di bawah dengan betul.
1.
Bawang
Ini bawang.
Ini bawang merah.
Ibu beli bawang merah di kedai.
Ibu beli bawang merah satu kilogram.
Ibu masak gulai ayam guna bawang merah.
Arahan : Baca ayat bergred di bawah dengan betul.
2.
Sotong
Ini sotong.
Syifa beli sotong.
Syifa beli tiga ekor sotong.
Syifa beli sotong di pasar malam.
Syifa suka makan sotong masak asam.
Arahan : Baca ayat bergred di bawah dengan betul.
3.
Pisang
Ini pisang.
Ini pisang berangan.
Pisang berangan ini berwarna kuning.
Firdaus suka makan pisang berangan.
Firdaus beli pisang berangan di kedai Pak majid.
Arahan : Baca ayat bergred di bawah dengan betul.
4.
Terung
Ini terung.
Ini terung Pak Samad.
Terung Pak Samad berwarna ungu.
Pak Samad tanam terung di kebun.
Pak Samad suka makan sayur terung.
Arahan : Baca ayat bergred di bawah dengan betul.
5.
Kucing
Ini kucing.
Ini kucing Wahida.
Kucing Wahida berwarna oren.
Kucing Wahida bernama Comel.
Kucing Wahida suka makan ikan kembung.
Arahan : Baca ayat bergred di bawah dengan betul.
6.
Jagung
Ini jagung.
Ini jagung manis.
Jagung manis ini berwarna kuning.
Jagung manis ini sangat sedap dimakan.
Ah Seng suka makan jagung manis ini.
Arahan : Baca ayat bergred di bawah dengan betul.
7.
Burung
Ini burung.
Ini burung merak.
Burung merak ini cantik.
Burung merak ini tinggal dalam zoo.
Fifi dan Hani suka tengok burung merak ini.
Tahniah!
Terima kasih.