Seberkas Lidi
Ayub Salleh
Di hujung kampung ada seorang
petani tua.
Dia tinggal bersama-sama
dengan isterinya yang sudah uzur.
Mereka ada lima orang anak
lelaki.
Anak-anak lelaki mereka
sudah besar tetapi mereka malas
bekerja. Mereka mahu makan
sahaja.
Petani itu sangat risau tentang
anak-anaknya.
Anak-anaknya sering berdengki
dan selalu bergaduh.
Pada suatu hari, petani itu
dapat suatu akal.
Dia memanggil anak-anaknya.
Dia menasihati anak-anaknya.
Petani itu memberi sebatang lidi
kepada setiap orang anaknya.
Dia menyuruh anak-anaknya
mematahkan lidi itu. Semua anak-
anaknya dapat mematahkan lidi
itu.
Kemudian, petani itu
mengambil pula seberkas lidi. Dia
berikan kepada tiap-tiap orang
anaknya. Dia menyuruh anaknya
mematahkan lidi itu.
Mereka tidak dapat mematahkan
seberkas lidi itu.
"Kamu ibarat sebatang lidi.
Senang sahaja dipatahkan," kata
petani itu.
"Kalau kamu bermuafakat
seperti lidi seberkas, kamu tidak
akan dikalahkan oleh orang lain,"
nasihat petani itu lagi.
Anak-anaknya berbaik-baik
semula. Mereka bermuafakat
menolong ibu bapa mereka.
Mereka membuat kerja
bersama-sama.
Ternakan mereka semakin
banyak. Ladang mereka subur.
Petani itu sangat gembira
kerana anak-anaknya sudah
saling bekerjasama.
NILAI MURNI
Hidup bermuafakat akan
sentiasa membawa berkat.