SUKAN DAN PERMAINAN
PERINGKAT KEBANGSAAN-
ANUGERAH SIJIL PANJI (FULL COLOURS)
KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2022 3 DIAMOND
Ø KEDUA
MUHAMMAD AZIM BIN ZAMANI
KEJOHANAN MEMANAH MSSWPKL 3 DIAMOND
Ø JOHAN
MUHAMMAD AZIM BIN ZAMANI
JURULATIH HASMINA BINTI ABDUL RAZAK
BOLA JARING AZLI BIN AHMAD
BOLA SEPAK AMIER AZWAN BIN MAT HUSIN
MEMANAH MUHAMMAD FAUZI BIN KAMARULZAMAN
PING PONG
SEPAK TAKRAW NURUL AIN BINTI ROSLY
RAGBI AHMAD RUZWENDI BIN ABDUL RASHID
BADMINTON MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN
MUHAMMAD NAZIF BIN AHMAD HUZAINI
SHAQIR BIN KAMARULZAMAN
MOHD HAFIZIN BIN MAT LAZIM
SUKAN DAN PERMAINAN
JURULATIH
PANDU PUTERI DATIN SERI NORLIANA BINTI ALIAS
BOLA KERANJANG MOHAMAD FARID BIN ABD GHAFAR
KADET REMAJA SEKOLAH MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL RAHIM
PIDATO ZABRINA BINTI AHMAD RAFEEI
MUHAMMAD FITRI BIN ROZLAN
BICARA BERIRAMA
AIDID ALFIAN BIN FADHILAH
CHORAL SPEAKING AND TUN ARIANNA BINTI ABDUL AZIM CHUA
ECC - MINI
NURAZELAWATI BINTI ABDUL AZIZ
DOCUMENTARY
SOLO KEROHANIAN MOHD LUTFI BIN MOHD RAFFI
PERTANDINGAN PAPAN KENYATAAN
BERINFORMASI DAN KREATIF 2022
KELAB DAN PERSATUAN
KELAB KEMAHIRAN QURAN
SUKAN PERMAINAN
SOFBOL
BADAN BERUNIFORM
PUTERI ISLAM
ANUGERAH UNIT KOKURIKULUM
TERBAIK
KELAB DAN PERSATUAN
BAHASA INGGERIS
SUKAN PERMAINAN
SEPAK TAKRAW
BADAN BERUNIFORM
PUTERI ISLAM
ANUGERAH SEKOLAH
ANUGERAH MURID HARAPAN KOKURIKULUM -
SESI PETANG
NAZ BINTI AZANI
2 AMETHYST
ANUGERAH PENGHARGAAN SEKOLAH
ANUGERAH KHAS PENYUNTING VIDEO TERBAIK
WAN MUHAMMAD HAZIQ BIN WAN MUHAMAT MAHADIR 5 A
KISHYAN KUMAR A/L NANDA KUMAR 5D
ANUGERAH KHAS JURI 4 ZIRCON
IZZA AZZAHRA BINTI KAMARUDIN 3 EMERALD
THAAQIB NABIL BIN KAMARUDIN 3 DIAMOND
MUHAMMAD AZIM BIN ZAMANI
ANUGERAH TERTINGGI
KOKUR
IKULUM
TOKOH PPKI
MUHAMMAD HAKIM AIZAD BIN SABARUDDIN
TOKOH SUKAN
AINUR BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIRUL (5 C)
TOKOH KELAB DAN PERSATUAN
QAMARINA BINTI AMRAN (5 D)
TOKOH PERSATUAN BADAN BERUNIFORM
PUTERI DAMIA MAISARAH BINTI FAIZAL (5 D)
MEGAT SYAKIR RAIF BIN MEGAT KHALID
5 September 2005 melakar satu sejarah baharu kepada pasangan
bahagia iaitu Encik Megat Khalid bin Othman dan Puan Shafinaz binti Ayob
kerana tepat pada jam 1:38 pagi, putera ketiga mereka telah selamat
dilahirkan di Miri, Sarawak bumi Kenyalang .
Beliau merupakan putera daripada empat orang adik-beradik dan
dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Pada waktu lapangnya, beliau
gemar bersukan selain mengisi waktu senggang dengan melunaskan
tanggungjawab terhadap komitmennya di sekolah. Beliau merupakan
seorang murid yang aktif dalam aktiviti kokurikulum, koakademik dan
seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
Buktinya, beliau telah memenangi tempat ketiga Ragbi Plate Peringkat
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL),
Johan pertandingan Management and Science University (MSU) kategori
Muzik Video Peringkat Kebangsaan dan mendapat tempat ketiga English
Cyberspace Challenge Peringkat Kebangsaan. Atas kepercayaan guru-guru
dan pihak sekolah terhadap sikap dedikasi dan kredibilitinya juga, beliau
telah menggalas tugas sebagai Ketua Pengawas bagi Sesi 2022 I 2023
dan Pengerusi Kadet Remaja Sekolah bagi tahun 2022.
Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan
memperoleh 4A2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2017.
Seterusnya, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Setiawangsa dari tahun 2018 sehingga kini dengan
sasaran 9A bagi peperiksaan SPM tahun 2022 yang bakal menjelang tiba.
Kita doakan laluan pendidikan beliau terus cemerlang demi merealisasikan
kerjaya yang diminati beliau iaitu juruterbang.
Berpegang pada prinsip ‘forget the risk and take the fall, if it’s what you
want then it’s worth it all’ dan pemikiran yang positif amat penting untuk
berjaya dalam hidup, beliau tidak pernah berputus asa untuk belajar
sepenuh masa sehingga berjaya mengejar cita-citanya. Sebagai seorang
yang berdisiplin tinggi, beliau tidak mudah terpengaruh dengan perkara
yang negatif dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Berkat
kegigihan perjuangan yang sama, beliau telah merangkul Anugerah Sahsiah
Murid Terpuji Tahun 2022.
SOFEA NATASHA BINTI HARRIEZAN
Murid yang menerima anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji kali ini
dilahirkan pada 22 Disember 2005 tepat jam 12.27 tengah malam di
Hospital Kota Tinggi, Johor. Anak sulung kepada Encik Harriezan bin Ahmad
bersama isterinya Puan Nor Salina binti Jalil sangat dinantikan oleh
keluarga bahagia ini. Anak sulung daripada dua beradik ini menjadi
pemangkin inspirasi kepada adiknya dan pelajar-pelajar sekolah ini untuk
berjaya pada masa akan datang. Bapanya yang bekerja sebagai seorang
jurutera di sebuah syarikat manakala ibunya seorang suri rumah tangga
sepenuh masa telah memperuntukkan masa yang maksimum untuk mendidik
beliau menjadi seorang insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Perwatakannya yang bersahaja dan sikap beliau yang suka menolong
tidak kira dengan sesiapa pun membuatkan beliau sangat disenangi oleh
guru-guru dan rakan-rakannya. Sikap kepimpinannya yang menonjol
membuatkan guru-guru mempercayainya untuk menerajui pasukan
pengawas sekolah sebagai Penolong Ketua Pengawas 1.
Walaubagaimanapun, bidang akademik tidak dilupakan kerana itu yang
menjadi titik tolak untuk beliau berjaya pada masa hadapan. Kejayaan
mencapai 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun
2017 di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan sasaran 8A bagi Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dihadapi tahun 2022 ini didorong oleh
prinsip hidup beliau “better awaits you” untuk mengharumkan nama sekolah
SMK Taman Setiawangsa agar sebaris dengan sekolah-sekolah lain yang
gah dari segi akademik dan sahsiahnya. Beliau juga bercita-cita
meneruskan legasi ayahandanya menjadi seorang jurutera yang berjaya
suatu hari nanti. Beliau yang dimaksudkan ialah adik Sofea Natasha Binti
Harriezan dari Tingkatan 5 Amethyst.
Tahniah kerana anda berjaya merangkul gelaran Anugerah Sahsiah
Terpuji sesi 2022 ! Kita doakan semoga beliau dapat mencapai cita-cita
yang diidam-idamkannya dan berjaya pada masa akan datang.
MUHAMMAD HAKIM AIZAD BIN
SABARUDDIN
Muhammad Hakim Aizad bin Sabaruddin telah dilahirkan pada 26 Januari
2005 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kebanggaan En
Sabaruddin bin Tarmizi dan Salbiah binti Mohd Taib. Putera ke 5 dari 6 adik
beradik ini mendapat pendidikan awal di Tadika Islam MAWIP Pulapol,.
Beliau kemudian meneruskan persekolahan di SK Polis Depot Kuala Lumpur
seterusnya balajar di SMK Taman Setiawangsa di bawah Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Beliau sangat aktif dan ceria semasa di
sekolah ini dan menjadikan Cikgu Asri bin Jaafar sebagai idolanya. Beliau
juga bercita-cita untuk menjadi seorang atlet yang berjaya suatu hari
nanti.
Keterampilannya dalam kepimpinannya terserlah apabila beliau
dilantik sebagai seorang Pengawas Sekolah. Beliau juga merupakan
Pengerusi Pengakap untuk tahun 2022. Impiannya untuk menjadi
olahragawan yang berjaya dalam bidang sukan, telah mendorong adik
Muhamad Hakim untuk bergiat aktif dalam arena sukan olahraga. Buktinya
pelbagai anugerah telah dirangkul oleh beliau dalam acara olahraga yang
pernah disertainya. Pada tahun 2022, beliau telah mendapat Pingat
Gangsa dalam acara Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Pdringkat Zon
Keramat. Seterusnya dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas JPWP
Peringkat Negeri , beliau juga telah merangkul pingat Emas dalam acara 4 x
400m dan merangkul pingat emas dalam 4 x 400m Campuran, mendapat
pingat Perak dalam acara 200m, serta memperoleh pingat gangsa dalam
acara 100m. Di peringkat Kebangsaan pula, adik Muhammad Hakim telah
memenangi Pingat Perak dalam acara olahraga 4 x 400m Campuran.
Dengan kemenangan yang dicapai oleh adik Muhamad Hakim, pihak sekolah
telah menobatkan Anugerah Kokurikulum kepada beliau bagi tahun 2022.
AINUR BATRISYIA BINTI MUHAMAD
ZAIRUL
Kelahiran anakanda puteri yang kelima dalam keluarga En Muhamad
Zairul dan Puan Norsuzila binti Idris telah menambahkan cahaya
kegembiraan buat mereka. Anak kelima daripada 6 adik beradik ini diberi
nama Ainur Batrisyia. Beliau telah dilahirkan di Hospital Fatimah , Ipoh,
Perak. Beliau telah mendapat pendidikan prasekolah di Tadika TKC Educare
Setiawangsa , Kuala Lumpur. Seterusnya beliau menyambung
persekolahannya di SK Setiawangsa hingga Tahun 6. Puteri En Muhamad
Zairul ini berazam untuk mengelilingi dunia suatu masa kelak.
Apabila memasuki sekolah menengah, beliau bergiat aktif dalam sukan
dan kokurikulum. Sejak kecil lagi adik Ainur Batrisyia minat dalam sukan
skuasy. Sepanjang di SMK Taman Setiawangsa beliau mula mengharumkan
nama sekolah dengan pencapaiannya dalam sukan skuasy. Pada tahun 2018,
beliau telah memenangi Tempat Ketiga dalam Kejohanan Skuasy U15
MSSWPKL seterusnya dapat mewakili MSSM ke peringkat kebangsaan. Pada
tahun 2020 sekali lagi adik Ainur telah menjuarai Kejohanan Skuasy U15
MSSWPKL peringkat negeri . Beliau sekali lagi mengharumkan nama sekolah
pada tahun 2022 dengan mendapat pingat Gangsa dalam Kejohanan
Skuasy U18 MSSWPKL seterusnya melayakkan diri ke peringkat MSSM .
Pencapaian beliau yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam setiap
acara yang dipertandingkan melayakkan beliau untuk menerima Anugerah
Tertinggi Kokurikulum bagi tahun 2022.
QAMARINA BINTI AMRAN
Tanggal 08 JULAI 2005 beliau dilahirkan oleh bonda kesayangan di
Hospital Kuala Lumpur dengan ditemani oleh ayahanda tercinta. Bayi yang
diberi namaQamarina ini merupakan anak bongsu daripada 6 adik-beradik
dalam keluarga En Amran dan Puan Rokiah . Beliau telah mendapat
pendidikan awal di Tadika Sepakat Taman Keramat dan seterusnya
memasuki sekolah rendah AU Keramat. Beliau kemudian menyambung
pelajaran di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di SMK Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur. Sejak dari kecil lagi beliau menanam impian untuk
melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PHD dalam bidang sains.
Bermula dari bangku sekolah rendah , minat dan kepimpinan beliau telah
mula terserlah dalam Kelab dan Persatuan sehinggalah beliau memegang
jawatan tertinggi dalam Kelab seni Visual iaitu sebagai Pengerusi Kelab dan
Naib Bendahari Pengawas Sekolah pada tahun 2022.
Pada tahun ini juga, adik Qamarina banyak melibatkan diri dalam
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan dan telah memenangi Tempat
Ketiga dalam Pertandingan Bicara Berirama Jejak Juara dan SUHAKAM
peringkat Negeri. Seterusnya beliau juga telah memenangi Tempat Ketiga
dalam Pertandingan Creative Teaser Award MSU National Virtual Infohunt
Challenge 2022 di Peringkat Kebangsaan . Beliau juga amat berterima
kasih kepada Cikgu Siti Zarmin kerana memberi tunjuk ajar untuk
menjayakan program Creative Teaser Award MSU National Virtua
Infohunt bersama-sama rakan sekelasnya, serta Cikgu Imi Aira yang tidak
jemu melatih beliau dalam pertandingan Bicara Berirama pada tahun ini.
Memang tidak dapat disangkal lagi , adik Qamarina telah dipilih untuk
menerima Anugerah Tertinggi Kokurikulum pada tahun 2022.
PUTERI DAMIA MAISARAH BINTI FAIZAL
Puteri Damia Maisarah binti Faizal merupakan anak kebanggaan
buat ayahanda dan bondanya. Anak sulung milik En Faizal bin Mohamed
Yusoff dan Puan Norzilawati binti Othman ini dilahirkan pada 13 JUN 2005
di Hospital Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di SK
Setiawangsa Kuala Lumpur. Sejak kecil lagi puteri sulung ini telah
menunjukkan bakat dan aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Pilot serta
berimpian mendapat straight A’s dalam pepriksaan SPM nanti.
Bakat adik Puteri Damia Maisarah semakin terserlah apabila beliau
menjejakkan kaki di sekolah menengah. Beliau aktif dalam sukan olahraga
ketika berada di tingkatan 2 lagi. Buktinya beliau mendapat Naib Johan
dalam acara 4 x 400m MSSWPKL di Peringkat Zon pada tahun 2018.
Seterusnya pada tahun 2019, beliau sekali lagi meraih kejayaan dalam
pertandingan bola keranjang anjuran MSSWPKL dengan menjuarai
pertandingan tersebut di peringkat Zon Keramat.
Selain itu, beliau telah menerima beberapa anugerah dalam badan
Beruniform Pandu Puteri tahun 2021. Antaranya Anugerah Ketua
Pesuruhjaya Pandu Puteri, Anugerah Pandu Puteri Remaja, ABRSM Grade 5
Violin dan mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Bicara Berirama
SUHAKAM peringkat negeri pada tahun 2022. Oleh itu selayaknya adik
Puteri Damia Maisarah binti Faizal untuk menerima Anugerah Tertinggi
Kokurikulum bagi Tahun 2022.
Sekalung Penghargaan &
Terima Kasih