The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KELLY LIEW SHAN WEI IPG-Pelajar, 2024-03-18 21:43:19

TUGASAN 2_EDUP 3153

TUGASAN 2_EDUP 3153

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAKPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2021/2026 SEMESTER 2 TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 2 NAMA KELLY LIEW SHAN WEI ANGKA GILIRAN 2021042340187 NO. KAD PENGENALAN 030308-13-1216 KUMPULAN PISMP JUN 2021/2026 BC 2 KOD DAN NAMA KURSUS EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKANNAMA PENSYARAH ENCIK HO HO TONH TARIKH HANTAR 15 MARCH 2024 PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAHSaya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujukdanfahami. Tandatangan Pelajar:_______ Tarikh :


ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 INSTRUMEN PERTAMA 2.1 KEKUATAN 2.2 KELEMAHAN 2.3 CADANGAN 1-3 3.0 INSTRUMEN KEDUA 3.1 KEKUATAN 3.2 KELEMAHAN 3.3 CADANGAN 3-5 4.0 INSTRUMEN KETIGA 4.1 KEKUATAN 4.2 KELEMAHAN 4.3 CADANGAN 5-6 5.0 KESIMPULAN 6 BAHAN RUJUKAN 7 LAMPIRAN 8-12


1 1.0 PENGENALAN Instrumen pentaksiran merujuk kepada alat atau kaedah yang digunakanuntuk mengumpul data atau maklumat bagi tujuan menilai pencapaian seseorangdalam sesuatu bidang atau subjek.Melalui maklumat yang dikumpul, guru bolehmembuat analisis keberkesanan proses PdP, membuat refleksi dan menambahbaikproses dan strategi PdP.(Unit Penyelidikan Dan Pentaksiran Bilik Darjah, Sektor Dasar Dan Penyelidikan Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021). Instrumen penting dalamprosespentaksiran kerana membantu guru atau pentaksir untuk mengumpul maklumat yangdiperlukan untuk membuat penilaian terhadap pelajar atau individu yang dinilai. Iajuga digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar, sertamerancang intervensi yang sesuai untuk meningkatkan prestasi mereka. 2.0 INSTRUMEN PERTAMA Instrumen pentaksiran anekdot merujuk kepada alat atau kaedah yangdigunakan dalam proses penilaian atau evaluasi untuk mengumpul, merekod, danmenganalisis maklumat tentang tingkah laku atau kejadian tertentu yang berlakudalam situasi sebenar atau kes-kes tertentu. Instrumen ini bertujuan untukmengumpul data tentang tingkah laku seseorang dalam konteks yang spesifik danbersejarah. 2.1 Kekuatan Instrumen pentaksiran anekdot berkesan untuk guru kerana ia berlakudalam konteks sebenar, yang membolehkan pengamal melihat tingkahlakuatau kejadian secara langsung. Ini memberi peluang untuk merekodmaklumat yang relevan dan bermakna tentang kemahiran atau pengetahuanyang diukur. Instrumen pentaksiran anekdot biasanya mudah difahami danditafsirkan oleh pelbagai pihak, termasuk guru. Data yang diperoleh secaralangsung dari situasi sebenar menyediakan konteks yang jelas danmemudahkan pemahaman tentang tingkah laku atau kejadian yangdirekodkan. Instrumen pentaksiran anekdot mempunyai kelebihan yangsignifikan dalam menyediakan maklumat yang mendalamtentangperkembangan dan prestasi pelajar. Contohnya, dengan menggunakan


2 catatan anekdot, seorang guru boleh mencatatkan interaksi sosial pelajar, respon terhadap tugasan, serta pencapaian akademik dalampelbagai konteks pembelajaran. 2.2 Kelemahan Walau bagaimanapun, instrumen ini juga mempunyai kelemahan yangperlu diambil kira. Contohnya, kerana catatan anekdot bergantung kepadapemerhatian guru, ia mungkin terdedah kepada penilaian subjektif. Sebagai contoh, seorang guru mungkin menilai tingkah laku pelajar berdasarkanpandangan peribadi mereka yang mungkin tidak selaras dengan pandanganguru lain atau standard yang objektif. Ini boleh menyebabkan ketidakadilandalam penilaian pelajar. Selain itu, membuat catatan anekdot memerlukanmasa dan tenaga yang banyak dari guru, terutamanya dalamkelas-kelasyang besar di mana pelbagai catatan mungkin perlu dibuat untuk setiappelajar. Dengan ini membuktikan bahawa Instrumen pentaksiran anekdot mungkin kurang objektif berbanding dengan instrumen yang berstruktur atauberstandar kerana ia melibatkan penilaian yang lebih subjektif dari pemerhati. Namun, keobjektifan dapat ditingkatkan dengan menyediakan panduanpenilaian yang jelas dan memberikan latihan kepada pemerhati untukmemastikan konsistensi penilaian. Instrumen anekdot ini belummencapai ciri kemudahtadbiran disebabkan oleh Instrumen ini mungkin agak sukar untukditerapkan dalam konteks di mana peristiwa atau tingkah laku yang ingindiperhatikan tidak berlaku secara berkala atau di tempat yang tidak terkawal. Namun, dengan perancangan yang baik dan pemilihan situasi yang sesuai, proses pemerhatian dan pencatatan boleh dijalankan dengan cekap. 2.3 Cadangan Evangelin Arulselvi Whitehead (2020), menyatakan bahawa catatananekdot sering kali direkodkan sebagai hasil pemerhatian berterusan semasapengajaran tetapi juga boleh ditulis sebagai respons kepada produk atauprestasi yang dilakukan oleh pelajar. Catatan yang direkodkan tentangseorang pelajar adalah ringkas, objektif, dan berfokus kepada hasil-hasil yangspesifik. Untuk mengatasi masalah keobjektifan bagi instrumen anekdot ini adalah guru boleh menyediakan panduan penilaian yang jelas danmenyediakan panduan kepada pemerhati mengenai apa yang perlu


3 diperhatikan, bagaimana melakukan pencatatan, dan kriteria penilaian yangjelas. Selain daripada itu, sediakan borang penilaian atau checklist yangterperinci dan berkaitan dengan objektif pentaksiran. Ini akan membantupemerhati untuk mencatat dengan konsisten dan menyediakan panduan yangjelas untuk penilaian. Guru boleh mengikuti checklist tersebut supaya tidaktercicir salah satu aspek yang penting. Gunakan teknologi seperti aplikasi atau perisian khusus untuk merekod pemerhatian. Teknologi ini bolehmembantu dalam menyusun data dengan lebih teratur dan membuat analisisdengan lebih cepat. Dalam instrumen ini, guru boleh mengambil gambar ataupun video sebagai bukti pemerhataian supaya mudah diingat balik danjuga dapat menambahkan kebolehpercayaan atau kesahan bagi instrumenini. 3.0 INSTRUMEN KEDUA Instrumen pentaksiran bagi lisan adalah Instrumen senarai semakberkomunikasi. Senarai semak ini adalah untuk menguji komunikasi pelajar. Instrumen ini penting untuk guru supaya dapat menguji lisan dan bahasa muridsemasa mereka berkomunikasi antara satu sama lain apabila menjalankan aktiviti kumpulan. 3.1 Kekuatan Instrumen pemerhatian senarai semak lisan juga berguna untukmencatat tingkah laku yang berkaitan dengan persepsi dan tumpuan. Contohnya, pemerhatian dapat mencatat jika seseorang mendengar denganteliti, memberikan perhatian yang cukup terhadap arahan, atau mengenali dengan tepat butiran-butiran penting dalam situasi yang diberikan. Denganmenggunakan instrumen pemerhatian senarai semak lisan dalamkonteksdomain kognitif, penilai dapat mengumpulkan data yang berguna untukmenilai kemahiran kognitif seseorang, memahami cara mereka berfikir. Instrumen pentaksiran senarai semak mempunyai kelebihan dalammembantu penganalisis untuk mengumpulkan dan menganalisis data yangteratur, dengan memberikan hasil yang lebih tepat dan berkesan. Instrumenini dapat mengukur standard murid terhadap lisan dengan sempurna. Hal ini dikatakann demikian kerana senarai semak lisan ini adalah berdasarkanpelbagai aspek yang berlainan. Selain itu, senarai semak ini juga sesuai


4 untuk mengukur tahap pelajar disebabkan instrumen ini dibuat berdasarkanDSKP. Kemudahtafsiran dapat wujud dalam instrumen pentaksiran ini. Hal ini dikatakan kerana instrumen senarai semak lisan mudah difahami dandigunakan oleh pelbagai pihak, termasuk guru, pelajar, dan ibu bapa. Penilaian yang dilakukan berdasarkan respons yang jelas danterdokumentasi. Instrumen juga mencapai ciri keobjektifan kerana senarai semak lisan cenderung lebih objektif kerana penilai hanya perlu menyemakrespons pelajar berdasarkan item-item yang diberikan dalamsenarai. Ini mengurangkan ruang untuk penilaian yang berat sebelah. 3.2 Kelemahan Walaupun instrumen ini berkaitan dengan standard DSKP, tapi iajugamempunyai kekurangan yang menyebabkan instrumen ini kurang penjelasan. Hal ini dikatakan demikian kerana ia tidak menjelaskan isi kadungan yangada pada tahap tertentu. Kesahan instrumen ini mungkin terjejas jika itemitem dalam senarai semak tidak mencerminkan sepenuhnya aspek yangingindiukur. Hal ini kerana dalam borang senarai semak tersebut hanyamengumumkan kriteria penilaian dan tiada menerangkan isi kandunganataupun membuat penjelasan. Ini akan menyebabkan instrumen pentaksiranmenjadi terlalu umum. 3.3 Cadangan Untuk mengatasi kekurangan instrumen senarai semak lisan. Guruperlu senaraikan kriteria penilaian setiap item dengan terperinci. Sebagai contoh , senarai semak lisan boleh menambahkan penerangan yang jelasseperti adab bahasa yang baik, proses perhubungan yang mesradankeyakinan berkomunikasi. Saya berpandangan perlu disenaraikan tahapuntuk setiap kriteria penilaian. Sebagai contoh, guru boleh menetapkanstandard dengan tahap secara selaras. Senarai semak ini juga perlumenambah ruang 'Catatan’. Ini akan memudahkan guru merekod tahapkecekapan berbual lisan pelajar, bahkan senarai bahagian yang perludiperbaiki. Kemudian maklum balas guru boleh diberikan dan dicatatkandi ruang ‘catatan’. Bukan itu sahaja, guru juga perlu mengemukankandanmenerangkan tafsiran bagi tahap penguasaan supaya lebih jelas dan mudah


5 dirujuk. Seterusnya berupaya mentafsir maklumat tersebut danmenyesuaikannya dengan Standard Kandungan, Standard PembelajarandanStandard Prestasi dalam DSKP sebelum membuat keputusan iaitu membinarancangan pengajaran dan pentaksiran berasaskan keperluan murid bagi kelas diajar (Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Mohd Nazri Abdul Rahman, Muhammad Azhar Zailaini, 2021). 4.0 INSTRUMEN KETIGA Instrumen pentaksiran untuk penulisan adalah instrumen buku skrap. Menurut Rahma Darini (2020),dengan menggunakan scrapbook sebagai projek, pelajar dapat memperkembangkan kemahiran menulis mereka dan mengatur sesuatu secara kreatif. 4.1 Kekuatan Instrumen pentaksiran buku skrap ini mengandungi standardkandungan, standard pembelajaran dan juga objektif pembelajaran. Denganadanya kandungan tersebut, guru dapat memastikan hasil produk muridadapada arah yang betul. Buku skrap membolehkan pelajar menunjukkanpencapaian mereka dalam pelbagai aspek pembelajaran seperti kreativiti, pengetahuan subjek, dan kemahiran penulisan. Ini memberi peluang untukmenilai pencapaian secara holistik. Instrumen pentaksiran buku skrapini memberi panduan yang jelas kepada murid mengenai jangkaan dan kriteriapenilaian untuk tugasan atau projek tertentu. Instrumen ini juga capai ciri kemudahtafsiran. Hal ini dinyatakan kerana buku skrap mudah difahami danmenunjukkan pencapaian pelajar dalam bentuk yang visual dan kreatif, yangmemudahkan penilaian oleh guru. 4.2 Kelemahan Kemudahtadbiran mungkin terjejas jika proses penilaian memerlukanmasa yang panjang dan banyak untuk menilai setiap buku skrap secaraindividu, terutama dalam bilangan murid yang besar. Keputusan ataupengukuran pelajar adalah dalam tempoh masa yang lama. Bukan itu sahaja, instrumen pentaksiran buku skrap ini tiada menentukan atau menyediakanrubrik yang jelas. Guru yang tidak mempunyai panduan yang jelas untuk


6 menilai dan memberi markah kepada setiap aspek dalam buku skrap pelajar seperti kandungan, kreativiti, penyusunan, hiasan dan sebagainya. Ini bolehmenyebabkan penilaian tidak konsisten. Instrumen buku skrap ini juga kurangkeobjektifan kerana guru akan menumpukan perhatian pada kreativiti bukuskrap murid sehingga kurang mementingkan penulisan yang dihasilkan. 4.3 Cadangan Menambah dan memperincikan kriteria pentaksiran menjadi lebihterperinci agar penilaian menjadi lebih konsisten dan objektif. Denganini, guru dan pelajar juga dapat lebih jelas dengan kehendak pencapaianinstrumen ini. Guru boleh membuat rubrik pemarkahan terhadap penulisanyang berada pada hasil kerja tersebut supaya dapat emmberikan penilaianyang lebih mudah dan pantas. Berdasarkan rubrik yang dibuat, gurujugadapat memberikan maklum balas yang spesifik dan terperinci, mengenai aspek yang dinilai dalam rubrik. Menurut Suwarno, Candra Aeni (2021), menyatakan bahawa rubrik membantu peserta didik untuk fokus pada upayabelajar, menghasilkan pekerjaan dan tugas yang mempunyai kualitas lebihbaik untuk mencapai nilai yang lebih baik. Selain daripada itu, guru juga bolehmembuat instrumen pentaksiran yang lebih menyeluruh untuk menilai semuaaspek pelajar, termasuklah lisan, kreativit, penulisan dan sebagainya. Hal ini kerana kelengkapan instrumen akan memudahkan guru untuk mengukur keseluruhan aspek pelajar. 5.0 KESIMPULAN Dalam pendidikan, penggunaan instrumen pentaksiran yang sesuai adalahpenting untuk mengumpul maklumat yang relevan tentang pencapaian pelajar. Walaupun setiap instrumen mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing, kefahaman yang mendalam tentang ciri-ciri dan keperluan setiap instrumen adalahkunci untuk memastikan penilaian yang adil, konsisten, dan berkesan. Denganmengambil kira cadangan untuk meningkatkan keobjektifan dan kemudahanpentadbiran, serta memberikan sokongan yang berterusan kepada pelajar, parapendidik dapat menyediakan instrumen pentaksiran yang sesuai, sempurnadanberfokus pada perkembangan individu yang berterusan dalam proses pendidikan. (1590PP)


7 BAHAN RUJUKAN Evangelin Arulselvi Whitehead (2020). Anecdotal Records: A Successful Tool in theEnglish Language Teaching and Learning. https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1284618.pdf Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Mohd Nazri Abdul Rahman, Muhammad Azhar Zailaini (2021). Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran BahasaArab Berasaskan Keperluan Pembelajaran Murid. https://jummec.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/29946/13034 Rahma Darini (2020). The Effect Of Using Scrapbook And Students’Learning Motivation On Ability In Writing Recount Text Ma Al-Qasimiyah Sorek Satu. https://repository.uinsuska.ac.id/30807/1/THESIS%20RAHMA%20DARINI%20BAB%201%2C2%2C3%20DAN%20BAB%205%20OK.pdf Suwarno, Candra Aeni (2021). Pentingnya Rubrik Penilaian Dalam Pengukuran Kejujuan Peserta Didik. https://journal.ikippgriptk.ac.id/index.php/edukasi/article/view/2364 Unit Penyelidikan Dan Pentaksiran Bilik Darjah, Sektor Dasar Dan Penyelidikan Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian PendidikanMalaysia (2021). Kajian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) SekolahRendah 2021. https://www.moe.gov.my/assets/images/Laporan%20%20Kajian%20Pelaksanaan%20PBD.pdf


8 LAMPIRAN: 1. Instrumen Pentaksiran Pemerhatian (PERTAMA) (CONTOH ANEKDOT LAIN) Proses pentaksiran anekdot digunakan untuk mendokumentasikan perkembangankanak-kanak, mengenal pasti keperluan individu, atau menilai keberkesanan intervensi pendidikan. Dalam penggunaannya, pemerhati atau penilai akan mengumpul data dalam bentuk deskripsi terperinci tentang tingkah laku yang diperhatikan dalam situasi tertentu, merakam konteks situasi, dan mungkin juga mencatat respons atau reaksi yang berlaku.


9 2. Instrumen Pentaksiran Lisan (KEDUA) 口语交际评价表评价内容 评价标准 评价等次备注等 级 一 等 级 二 等级三等级四等级五等级六倾听理解 认真倾听 语言表达 语速适宜 语音准确 表意清楚 课堂交流 积极参与讨论,态度自然大方,有 礼貌 尊重别人,学会商量,有表达的信 心 自我调控 能根据交际环境和对象,及时调 控,巧妙应对 综合评价等次 姓名: 评价人: 评价:Senarai semak lisan ini digunakan untuk menentukan tahap penguasaanlisandan berkomunikasi pelajar.


10 3. Instrumen Pentaksiran Penulisan (KETIGA)


11


12 Penghasilan buku skrap pelajar digunakan sebagai salah satu instrumen pentaksiran.


Click to View FlipBook Version