The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aazlina082, 2022-06-26 01:24:55

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 48& 49

PIBG SKCB

SEKOLAH
KEBANGSAAN
CHENDERONG BATU
16250 TUMPAT

KALI KE 50

27 JUN 2022
8.30 MALAM
DEWAN SKCB

YANG BERBAHAGIA DATUK HJ MOHD ROSDI B AB AZIZ
TIMBALAN PRESIDEN

PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA

BIL. KANDUNGAN M/surat

01. Atur Cara Majlis …1

2. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali

Ke-50 sesi 2022/2023 …2

03. Sekapur Sirih Dari Yang Dipertua PIBG …3

04. Seulas Pinang Dari Tuan Penasihat PIBG …4

05. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-50 …5

06. Senarai Nama AJK PIBG Sesi 2020-2021 …6

07. Rakaman Minit Mesyuarat Agung PIBG …7

08. Senarai Nama AJK PIBG Sesi 2022-2023 …10

09. Aktiviti dan Sumbangan PIBG/Aktiviti …11

10. Penyata Kewangan PIBG …12

1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERONG BATU,

16250 WAKAF BHARU, KELANTAN

_______________E_m__ai_l_: _D_B_A_6_3_3_1_@_m__o_e_.e_d_u_.m__y__________________________________________
Tel : 097181780 Fax: 097181780

Ruj. Tuan : )
Ruj. Kami : SKCB 100-9/3 (
Tarikh : 20 JUN 2022

Kepada

Ibubapa/Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu,
16250 Wakaf Bharu,
Kelantan.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 50 BAGI SESI TAHUN 2022-2023
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan bagi sesi 2022 dan 2023 yang akan diadakan pada:

Tarikh : 27 JUN 2022
Hari : ISNIN
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan SKCB

3. Sehubungan dengan ini tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agong PIBG ini seperti ketetapan yang telah
diberikan.

4. Sekiranya tuan puan ada usul untuk dibawa bolehlah dikemukakan selewat lewatnya pada Khamis 23 JUN 2022
kepada setiausaha PIBG.

Kerjasama tuan puan di dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………..
(ARZILLAWATI BT AWANG LONG )
Setiausaha PIBG,
Sek Keb Chenderong Batu

2

Tinta Bicara

Yang Dipertua PIBG
Che Saidin b Loman

Assalamualaikum W.B.T…… Salam sejahtera
Salam Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Cemerlang Syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya dapat kita
bersua kembali di dalam mesyuarat agung PIBG Kali Ke-50 sesi
2022/2023. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya kalungkan ke atas
kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir menunaikan
tanggungjawab untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG ini pada tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Peranan PIBG bukan sahaja pemerhati dan
penyokong kepada setiap aktiviti dan sebarang keputusan yang diputuskan oleh pihak sekolah
tetapi sebaliknya PIBG menjadi tunjang dan penggerak kepada kecemerlangan dan
kegemilangan pendidikan. Hari ini, PIBG merupakan ruang untuk melaksanakan inovasi
pemupukan budaya yang mementingkan KEILMUAN, KEIMANAN dan KETAKWAAN. Justeru,
penglibatan proaktif daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar serta masyarakat setempat
diperlukan bagi mengharumkan nama baik SK Cenderong Batu ini.

Walaupun kita berhadapan dengan cabaran yang paling besar iaitu Pandemik Covid-19
dua tahun yang lalu, namun tahun lepas kita mampu mengadakan mesyuarat agung secara
`Google Meet`. Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat meneruskan Mesyuarat Agung PIBG kali
ini dalam bentuk bersemuka seperti yang kita adakan sebelum ini. Hal ini telah cukup
membuktikan bahawa pihak sekolah sangat komited dalam menjalinkan hubungan kerjasama
antara guru dan ibu bapa demi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam segenap aspek tidak
kira dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Di pihak PIBG kami akan sentiasa memastikan segala program yang dirancangkan
dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat menambah lagi kecemerlangan dalam pelbagai
aspek. Saya akan sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak sekolah dalam segala
perancangan yang disusun dan akan menyokong sepenuhnya aktiviti yang dilaksanakan pihak
sekolah. Untuk itu, saya menyeru kepada semua ibu bapa agar melibatkan diri dalam
menjayakan aktiviti PIBG dan sekolah.

Akhir sekali, marilah kita berganding bahu agar pencapaian sekolah yang kita sayangi ini
dapat dipertingkatkan lagi. Sesungguhnya segala usaha mulia kita di dunia ini akan di balas oleh
ALLAH S.W.T.
Sekian.

Wassalam,

……………..............……………..
( HJ MOHD KANAFIAH B SALLEH )

Yang Dipertua PIBG
SK Chenderong Batu

3

Tinta Bicara

Tuan Penasihat PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu

Di panjatkan kesyukuran saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya sekali lagi kita dapat berkumpul dalam mesyuarat pada hari ini
bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu ini. Mesyuarat pada kali ini
dapat dijalankan secara bersemuka dan bukan lagi menggunakan Aplikasi
Google Meet di kediaman masing-masing.

Sesungguhnya kita rasa bersyukur, kerana hari ini kita diberi kesempatan lagi untuk
menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa sekolah ini. Saya percaya
sudah pastinya banyak perkara yang akan dibincangkan demi kepentingan dan kemajuan anak-
anak kita. Kerjasama dan kesepaduan antara guru dan ibu bapa merupakan kunci utama
kejaayaan sesebuah sekolah.

Pihak sekolah ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ibu Bapa dan
Penjaga atas komitmen yang diberikan sehingga hari ini. Kehadiran pada mesyuarat ini adalah
petanda betapa komitednya para Ibu Bapa dan Penjaga terhadap peranan PIBG kepada
pendidikan anak di sekolah.

Akhir sekali, saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa dan seluruh warga SK
Chenderong Batu akan sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
pada masa hadapan. Semoga mesyuarat kali ini akan melahirkan dan membuahkan segala
idea yang bernas yang dapat dijadikan panduan di dalam program-program PIBG yang akan
datang. Selamat Bersidang.
“ KECEMERLANGAN MATLAMAT KITA “

Sekian, terima kasih.

………………...........………
( MOHD NORDIN B SALLEH )
Tuan Penasihat PIBG

4

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50

1. Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
50 sesi 2022/2023

2. Membentang dan mengesahkan rakaman minit
mesyuarat agung PIBG kali ke-48-49 bagi tahun
2020/2021

3. Perkara-perkara yang berbangkit
4. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan

PIBG
5. Membentang usul-usul
6. Melantik AJK PIBG Sesi 2022 - 2023
7. Ucapan Penangguhan

5

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021-2022

Penasihat : Encik Mohd Nordin b Salleh

Yang Dipertua : Tuan HJ Kanafiah b Salleh

Naib Yang Dipertua : En. Jailani b Mokhtar

Setiauasaha : Puan Arzillawati bt Awg Long

Bendahari : Puan Hasnah bt Sulaiman

Ahli Jawatankuasa : Encik Aladin b Yunos
( Puan Ruhil Amani bt Mohd Zin )
Encik Mohd Saufee b, Abdullah
Encik Mohd Zaid b Ishak
Puan Azlina bt Azmi
Puan Suriani bt Shafie
Puan Suraibah bt Hassan
Puan Zalina bt Che Hashim
Encik Hasbullah b Osman
Encik Mohd Zala b Muhamad
Encik Mohd Azahan
En Che Jalir
Pn Nor Azlina

6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 /2020 DAN KALI KE-49 /2021
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERONG BATU, TUMPAT

Mesyurat ini telah diadakan pada :

Tarikh : 13 SEPTEMBER 2021

Masa : 09.00 pagi

Tempat : Lokasi kediaman masing-masing (Google Meet)

Perasmian oleh : Yang Berusha Tuan Hj Che Husin b Che Soh
Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah PPD
Tumpat

1.0 UCAPAN TUAN PENASIHAT PIBG

1.1 Merakamkan setinggi-tingggi penghargaan kepada Tuan Haji Che Husin b Che Soh yang
sudi hadir bersama dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 48-49
bagi sesi 2020 dan 2021. Mengalu-alukan kehadiran dif-dif jemputan, ibu bapa dan guru
yang sudi meluangkan masa untuk bersama dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada kali
ini. Tahun ini mesyuarat dijalankan serentak kerana pada tahun lepas mesyuarat tidak
dapat dijalan seperti biasa kerana pandemik Covid-19.

1.2 Pada tahun ini mesyuarat agung terpaksa dijalankan secara `google meet` kerana arahan
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan dijalankan serentak dengan tahun
lepas.

1.3 Ucapan penghargaan kepada pimpinan PIBG, AJK PIBG dan guru-guru kerana dapat
merancang mesyuarat agung pada tahun ini walaupun negara kita masih lagi
menghadapi wabak penyakit Covid-19 ini.

1.4 Mesyuarat agung pada tahun ini dijalankan secara alam maya dan ucapan terima kasih
kepada semua ibu bapa yang sudi bersama dalam mesyuarat kali ini. Setakat ini kehadiran
ahli mesyuarat sudah melebihi 200 orang dan semakin meningkat kehadiran. Untuk
makluman ahli mesyuarat, kesahan mesyuarat kita ini mestilah melebihi 150 orang ahli.

1.5 Dalam menghadapi situasi ini juga, pihak kementerian memperkenalkan sistem
pembelajaran dirumah iaitu PdPR dan ibu bapa memerlukan telefon pintar atau
komputer yang memerlukan talian internet. Alatan ini sangat diperlukan dalam
pembelajaran anak-anak di rumah masing-masing.

1.7 untuk makluman ibu bapa juga, sistem peperiksaan juga telah dimansuhkan dan
diperkenalkan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) iaitu markah akan diberikan oleh guru
berdasarkan hasil kerja murid.

1.8 Bantuan daripada pihak kerajaan masih berjalan seperti biasa disamping itu juga murid
murid juga ada menerima bantuan wang Zakat dari Bank Rakyat. Program Rancangan
Makanan Tambahan berjalan seperti biasa begitu juga dengan Program Susu Sekolah
namun yang membezakannya murid murid makan di dalam kelas dengan diawasi oleh
guru guru pada waktu rehat.

1.9 Beliau berharap mesyuarat berjalan dengan lancar pada pagi ini.

7

2.0 UCAPAN YDP PIBG DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
2.1 Ucapan alu-aluan kepada semua ahli yang sudi bersama-sama dalam mesyuarat pada hari
ini walaupun mesyuarat pada kali ini tidak sama seperti yang sebelum ini.
2.2 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK yang terlibat dalam menjalankan
persediaan mesyuarat pada tahun ini dan tahun lepas kerana terpaksa digabungkan
bersama. Seperti yang kita sedia maklum, pada tahun lepas negara kita juga turut
terkesan dengan pandemik Covid-19.
2.3 Harapan kepada semua ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa ambil berat tentang
pembelajaran anak-anak di rumah. Sentiasa ambil tahu dalam PdPr setiap hari. Hal ini
penting supaya pendidkan anak-anak di rumah sentiasa terjaga dan terkawal.
2.4 Mohon semua ibu bapa dan penjaga memberi kerjasama untuk mendaftar anak-anak
dalam `My Sejahtera` tentang suntikan vaksin dan sentiasa ambil cakna berkenaan
perkara penting ini.
2.5 Pihak PIBG sentiasa berhubung dengan pihak sekolah walaupun dengan talian telefon
sahaja pada ketika ini dan pihak PIBG sentiasa maklum berkenaan kepentingan anak-anak
di sekolah ini.
2.6 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutama Guru Besar atas usaha yang
diberikan selama ini terutama dalam menyampaikan beberapa bantuan yang telah
diberikan tadi.
2.7 Makluman kepada semua ahli yang hadir juga, pada kali ini pihak PIBG juga tidak
menjemput perasmi daripada pihak luar atas sebab-sebab tertentu dan `In Sha allah` jika
keadaan ini telah selasai pihak PIBG akan menjemput perasmi daripada pihak luar untuk
mesyuarat akan datang.
2.8 Akhir kata saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Chenderong Batu bagi
kali-49 sesi 2020/2022.

3.0 PEMBENTANGAN KEWANGAN (EN. MOHD HILMI BIN DAUD)
3.1 Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan semasa
Disahkan oleh : Puan Fadzilah bt Zakaria
Disokong oleh : Puan Nor Asiah bt Omar

Perbelanjaan 2020 (Dibentang oleh bendahari).

8

4.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT
4.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh Puan Arzillawati bt Awang Long selaku setiausaha
agung PIBG sesi 2019/2020.
4.2 Beliau mencadangkan supaya Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 diterima dan
disahkan oleh Pn. Norhayati bt Che Wil dan disokong oleh Pn. Hamidah bt Yaacob

5.0 PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2022
5.1 Tuan Penasihat mencadangkan supaya AJK PIBG bagi sesi 2019/2020 dikekalkan bagi sesi
2021/2022 dan ahli yang tidak hadir ditukar kepada ahli baru. Mendapat sokongan
semua ahli yang hadir.

5.0 PERBINCANGAN USUL
5.1. Tiada usul

6.0 HAL-HAL LAIN
Tiada

7.0 PENUTUP
7.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang menjalankan tanggungjawab
dalam PIBG dan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa. Mesyuarat di tangguhkan
pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………. ………………….....………………
(PN. ARZILLAWATI BT AWANG LONG) (EN. KANAFIAH B SALLEH)
SETIAUSAHA PIBG 2021-2022
SK CHENDERONG BATU, TUMPAT YDP PIBG
SESI 2021-2022
SK CHENDERONG BATU, TUMPAT

9

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022-2023

Penasihat : Encik Mohd Nordin b Salleh
Yang Dipertua : _________________________________
Naib Yang Dipertua : _________________________________
Setiauasaha : ________ Lantikan Sekolah _________
Penolong SU : ________ Lantikan Sekolah _________
Bendahari : ________ Lantikan Sekolah _________
Ahli Jawatankuasa :1) _________________________________
2) _________________________________
3) _________________________________ Pemilihan
4) _________________________________ Guru
5) _________________________________
6) _________________________________
7) _________________________________
8) _________________________________
9) _________________________________
10) _________________________________

Pemeriksa Kira-Kira :1) _________________________________ Pemilihan
2) _________________________________

10

AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG 2021/2022
Di antara aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG ialah :
1. Jom ke Sekolah – hari pertama sekolah.
2. Menyambut kehadiran murid sempena pembukaan semula sekolah.
3. Kerjasama dalam PdPR murid-murid.
4. Mesyuarat AJK PIBG

11

12


Click to View FlipBook Version