MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
E-FOLIO
BENDERA MALAYSIA
LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
PENSYARAH: PUAN MAHNESSA BINTI A. KADIR
SESI 1: 2021/2022
WAN KASHIFAH ARIFA BINTI W MOHD JANNATUL ADDNE
(23DKM19F1003)
NURFATIN IZZATI BINTI MOHAMMAD
(23DKM19F1016)
NUR HAZIRAH IZZATI BINTI YAHYA
(23DKM19F1130)
HARITH BIN ABDUL HAMID
(23DKM19F1132)
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
5-6
JALUR GEMILANG 7-8
9
SEJARAH JALUR GEMILANG 10
11
WARNA DAN BENTUK
JALUR GEMILANG 12
LAGU JALUR GEMILANG
KEPENTINGAN LAGU 13-18
JALUR GEMILANG
19
KEPENTINGAN MENGHORMATI 20
BENDERA KEBANGSAAN
FAKTOR BENDERA MALAYSIA
MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
RUMUSAN
RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
kami menyiapkan E-folio iaitu ‘Bendera Malaysia Lambang Perpaduan
Bangsa dan Negara’ yang telah diusahakan selama ini. Folio ini amat
penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagiaan
dari isu-isu yang perlu diketahui oleh generasi kini.
Sekalung penghargaan buat Dr.Mahnessa Binti A. Kadir iaitu pensyarah
kami kerana kesudian beliau atas perkongsian ilmu bagi subjek ini iaitu
Penghayatan Etika dan Peradaban kod MPU 21032. Jasa beliau akan kami
kenang sehingga ke akhir hayat.
Seterusnya, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami
kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang folio
ini disiapkan. Terima kasih kerana memberikan kami bantuan dari segi
kewangan bagi memudahkan lagi urusan kami di tempat pengajian.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai folio kami amatlah
dihargai. Budi kalian meluangkan masa untuk membantu kami tidak akan
dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pembuatan folio
yang bertajuk ‘Bendera Malaysia Lambang Perpaduan Bangsa dan Negara’
ini dijalankan.
3
PENGENALAN
Bendera bukan sekadar sebidang kain yang diwarnakan dengan
warna serta lambang tertentu tanpa sebarang nilai dan makna.
Bahkan ia adalah alat simbolik untuk menyampaikan makna untuk
mengidentifikasi suatu kelompok atau kawasan tertentu. Begitu juga
dengan Jalur Gemilang. Warna biru tua melambangkan perpaduan
rakyat Malaysia berbilang kaum. Warna kuning merupakan warna
diraja dan melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Warna
merah menunjukkan sifat gagah berani, dan warna putih lambang
kesucian dan keikhlasan. Sedangkan 14 jalur merah dan putih
menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan terdiri
daripada 13 buah negeri dan satu kerajaan Persekutuan.
Anak bulan melambangkan Islam sebagai agama rasmi dan bintang
14 bucu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan
Persekutuan. Sebarang perubahan yang dilakukan boleh
mengakibatkan penghinaan terhadap Jalur Gemilang. Di samping itu,
Jalur Gemilang juga adalah simbol kuat yang dapat menyatukan kita
sebagai sebuah warganegara dan boleh memisahkan kita sebagai
saingan atau musuh. Ini kerana semua simbol yang terdapat dalam
Jalur Gemilang mewakili sebuah identiti bangsa, lantas ia memiliki
hubungan yang erat dengan emosi kolektif. Pendek kata, ia mudah
membentuk rasa kesatuan kalangan kita dan dalam masa yang sama
juga, mampu memancing emosi marah jika berlaku penghinaan
terhadap Jalur Gemilang. Justeru, semua tindakan provokatif ini tidak
boleh dilakukan kerana boleh meniup api sensitiviti dalam
masyarakat majmuk di Malaysia.
4
JALUR GEMILANG
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40
pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan
pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin
dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya
menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega
Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang
diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan
dikemukakan kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr
Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, urus setia
menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan
dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri
Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun
ditolak Jemaah Menteri ketika sebuah mesyuarat pada 11
September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997,
tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur
Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin
Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena
Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang
dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
5
Maksud terperinci nama Jalur Gemilang adalah seperti yang
berikut:
·JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14
jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera
Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang
sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari
Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan
negara.
·GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan
cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang
memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam
atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan
rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa
mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
6
SEJARAH JALUR GEMILANG
Rekod terawal secara terperinci mengenai bendera di dalam budaya
Melayu adalah di dalam Sulalatus Salatin (atau Sejarah Melayu)
nukilan Tun Sri Lanang yang merupakan Bendahara Johor pada
masa itu. Dalam karya tersebutTun Sri lanang telah menjelaskan
secara terperinci tentang penggunaan panji-panji di Kesultanan
Johor. Menurutnya, Sultan Johor menggunakan panji berwarna putih
bagi melambangkan kesucian dan kekudusan; bakal raja juga
menggunakan panji putih namun berbingkaikan warna diraja iaitu
warna kuning; Bendahara menggunakan panji-panji berwarna hijau;
Temenggong menggunakan panji berwarna hitam; manakala
Laksamana menggunakan panji berwarna merah. Dinyatakan juga
bahawa jikalau Bendahara, Temenggong atau Laksamana
merupakan seorang kerabat diraja, maka bendera-bendera yang
mereka pakai akan berbingkaikan warna diraja.
Penggunaan bendera di dalam budaya Melayu tidaklah asing. Seawal
era Kesultanan Melayu Melaka lagi, terdapat rekod-rekod mengenai
penggunaan panji-paji berwarna merah dan lambang bulan sabit
oleh kerajaan tersebut. Malah, sejak seawal zaman Kerajaan
Majapahit lagi sudah terdapat bendera yang digunakan iaitu bendera
Sang Saka Getih-Getah Samudera atau Sang Saka Gula Kelapa.
7
SEJARAH JALUR GEMILANG
Pada abad ke-17, hampir kesemua kerajaan Melayu
menggunakan bendera berwarna putih bagi bendera negeri
mereka. Walau bagaimanapun, apabila pihak penjajah British
datang ke Tanah Melayu, mereka telah menasihati semua
kerajaan-kerajaan Melayu untuk mengubah bendera mereka
kepada bendera yang boleh dibezakan antara negeri-negeri lain.
Kesemua negeri-negeri tersebut mengikuti nasihat British itu,
kecuali Terengganu yang mengekalkan bendera putih itu
sehingga tahun 1925.
Apabila British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
persekutuan tersebut telah menggunakan satu bendera yang
mempunyai empat jalur melintang berwarna putih, merah, kuning
dan hitam, dengan satu bujur putih di bahagian tengah bendera
yang mengandungi seekor harimau. Bendera tersebut turut
diguna pakai bagi Malayan Union namun telah digantikan apabila
tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
8
WARNA DAN BENTUK JALUR GEMILANG
Warna biru tua dalam bendera jalur gemilang melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu
dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi negara.
Warna kuning pula adalah warna Diraja. la melambangkan
kedaulatan Raja-Raja Melayu Berperlembagaan serta mendokong
dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun
Negara.
Warna merah dalam bendera Malaysia pula menyimbolkan sifat
gagah berani dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan
dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah
negara maju.
Putih pula menandakan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan
bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab dan
berkeperibadian Malaysia.
14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar
menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan bagi 13
buah negeri anggota (iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak,
Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau
Pinang, Sabah, Melaka) dan Wilayah Persekutuan (WP Kuala
Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan).
Bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi
persekutuan dan negara.
Bintang 14 bucu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan
Kerajaan Persekutuan.
9
LAGU JALUR
GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
10
KEPENTINGAN LAGU JALUR
GEMILANG
Lagu jalur gemilang merupakan lagu kebangsaan yang
menggambarkan simbol kebangsaan bagi negara Malaysia. Selain
itu, lagu kebangsaan juga mewakili tradisi, sejarah, dan kepercayaan
bagi sesebuah negara dan rakyatnya.
Ketika lagu kebangsaan iaitu Lagu Jalur Gemilang dimainkan, rakyat
di negara Malaysia, walaupun berbeza kaum mereka bangun secara
serentak untuk menghormati lagu kebangsaan yang sedang
dimainkan dan mendengar dengan penuh perhatian serta
menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat. Kepentingan
lagu kebangsaan kepada rakyat Malaysia meninggalkan impak yang
besar kepada rakyat. Di mana ia dapat membantu dalam
menyatupadukan dan mewujudkan perpaduan kaum di negara
Malaysia, yang berbilang kaum ini.
Lagu jalur gemilang dapat:
·Menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
·Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja
·Memupuk perpaduan dan keharmonian
·Meningkatkan usaha untuk memajukan diri sendiri
·Membantu membangkitkan perasaan patriotisme di kalangan
rakyat di negara Malaysia.
·Mengingatkan rakyat Malaysia akan kemuliaan, keindahan, dan
warisan negara ini.
·Mendidik rakyat agar menghormati negara Malaysia dan
mengembangkan lagi rasa perpaduan di kalangan mereka.
11
KEPENTINGAN MENGHORMATI
BENDERA KEBANGSAAN
Memupuk semangat cintakan negara dan kemegahan negara.
Melambangkan kemegahan negara Malaysia.
Semangat terus meresap ke dalam jiwa kerana mempunyai aura
yang tersendiri.
Melambangkan kedaulatan negara kita.
12
FAKTOR BENDERA MALAYSIA
MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DA
N NEGARA
Kita wajib mempunyai bendera kebangsaan kerana ianya dapat
membangkitkan semangat patriotik dalam jiwa rakyat pada setiap
generasi kini, dan generasi yang akan datang. Tambahan pula, kita
dapat menimbulkan rasa bangga terhadap negara apabila bendera
Malaysia dapat dikibarkan dan dikenali di serata dunia.
Disamping itu, bendera juga menjadi tanda ketaatan dan negara
serta lambang kemegahan penduduk. Sehubungan dengan itu, ia
turut menjadi lambang rasmi negara serta lambang kedaulatan
negara. Tanpa adanya bendera jalur gemilang, maka tidak wujudlah
identiti negara Malaysia. Oleh itu demi mencapai kegemilangan dan
kemakmuran negara, setiap rakyat perlulah memahami serta
menghormati bendera jalur gemilang.
Bendera ialah simbol kekuatan dan kemerdekaan sesebuah
negara. Rasulullah SAW telah menunjukkan pentingnya perkara ini
setiap kali mahu memimpin pasukan perang. Hadis riwayat Al-
Bukhari [2847] dan Muslim [6299] menyatakan "Sungguh aku akan
memberikan al-râyah kepada seseorang, ditaklukkan (benteng)
melalui kedua tangannya, ia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya,
ALLAH dan Rasul-Nya pun mencintainya.”
13
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI
LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN
NEGARA
Jalur Gemilang ialah simbol kejayaan dan kecemerlangan yang perlu
dihayati serta dihormati semua rakyat Malaysia andainya mahu
meneruskan kejayaan negara. Bendera Malaysia mewakili 14 jalur merah
dan putih sama lebar melintang bermula dengan jalur merah
melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada tolok bandingnya.
Bahagian atas bermula dengan jalur putih kedua bersilang sehingga jalur
putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan
yang sama dalam persekutuan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.
Warna biru tua atas sebelah kiri menegak dari atas hinggalah ke bawah
jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia,
terkandung di dalamnya anak bulan melambangkan Islam sebagai agama
rasmi Malaysia sebagaimana Perlembagaan Malaysia. Bintang pecah 14
melambangkan perpaduan 13 negeri dan Persekutuan. Warna kuning
anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja. Empat warna itu
melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia dan
kemuliaan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama dan ketua negeri di
Malaysia.
Daripada aspek kejuruteraan, pemasangan bendera secara terbalik jelas
satu penghinaan. Kejuruteraan menitikberatkan ketepatan dan
kesempurnaan sesuatu perkara. Justeru, Jalur Gemilang bukan satu
barang permainan. Sekiranya bendera dipermainkan ia bermaksud satu
percubaan merosakkan keharmonian di Malaysia.
Keberanian rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran dan
membangunkan ilmu sains, teknologi, kejuruteraan serta inovasi baru,
perlu dipertingkatkan demi membangunkan negara setaraf negara maju.
14
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI
LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN
NEGARA
Banyak faktor yang menyumbang kepada perpaduan bangsa dan
negara disebabkan oleh bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
Antaranya ialah, perasaan hormat terhadap Jalur Gemilang yang
diserap dalam jiwa rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia terdiri dari
pada pelbagai kaum, iaitu kaum Melayu, China, India, Iban,
Kadazan, Bidayuh dan banyak lagi. Bendera Jalur gemilang menjadi
salah satu titik utama perpaduan sesama kaum, seolah-olah
menjadi simbol bahawa mereka semua adalah satu walaupun
berasal dari kaum yang berbeza. Dengan adanya perpaduan ini,
rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni tanpa perlu risau akan
sebarang pergaduhan antara kaum kerana bendera yang wujud
dapat memberikan kesedaran kepada rakyat bahwa tiada guna
berbalah sesama sendiri. Dalam erti kata lain, bendera Jalur
Gemilang dapat menyatukan setiap kaum di Malaysia seperti bak
kata pepatah ‘Bersekutu bertambah mutu’.
15
FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI
LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN
NEGARA
Jalur Gemilang memberi keterikatan emosi kepada rakyat
Malaysia terhadap negara kerana dengan kerana rakyat malaysia
akan mempunyai perasaan cinta akan negara dengan mendalam
dan berusaha mempertahankannya. Jadi jika ada seseorang
pelaku yang melakukan vandalisme atau menterbalikkan Jalur
Gemilang. Justeru, semua tindakan provokatif ini tidak boleh
dilakukan kerana boleh meniup api sensitiviti dalam masyarakat
majmuk di Malaysia.
Bahkan ia menunjukkan tiada rasa patriotisme dalam kalangan
pelakunya. Mereka hilang semangat patriotisme dan cintakan
negara demi agenda yang terselindung.
Provokasi sebegini akan menimbulkan rasa marah dan tidak puas
hati kepada pihak lain tidak mengira bangsa dan agama hingga
mengakibatkan tindakbalas negatif, sekaligus mengancam
ketenteraman masyarakat. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu
menghargai pencipta bendera Malaysia dna menghargai identiti
negara. Walaupun kita berbeza kepercayaan agama, budaya dan
etnik, namun Jalur Gemilang merupakan identiti negara
kepunyaan bersama. Ia perlu dijadikan asas perpaduan negara.
Tanpa perpaduan yang jitu, rakyat Malaysia yang berbeza bangsa,
latar belakang dan agama akan mudah diprovokasi dan
dipecahbelahkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan
mereka sendiri.
16
FAKTOR BENDERA MALAYSIA
MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
Warna biru tua pada bendera Malaysia melambangkan perpaduan rakyat
Malaysia. Dengan adanya bendera Malaysia yang menjadi lambang
kedaulatan bagi negara kita, ia dapat membina perpaduan dikalangan
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum seperti Melayu, Cina, India dan
banyak lagi. Hal ini memberikan satu impak positif terhadap perpaduan
bagi setiap generasi kini dan masa yang akan datang. Jika wujudnya
kedaulatan di sesebuah negara, maka perpaduan akan dapat diwujudkan
serta dapat dipupuk lagi di dalam kalangan kaum-kaum yang terdapat di
Malaysia. Kedaulatan merupakan kuasa yang tertinggi yang diuruskan
oleh seluruh wilayah yang terdapat di dalam sesebuah negara. Di
samping itu juga kedaulatan turut merupakan kekuasaan penuh untuk
mengatur segala hal yang ada dalam wilayah negara tanpa campur
tangan orang luar.
Salah satu contoh kedaulatan yang kita boleh ambil perhatian adalah
kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang bermakna,
kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat oleh undang-undang dan
wajib mematuhi undang-undang. Sesebuah negara mestilah mempunyai
undang-undang agar sesebuah negara itu dapat ditadbir dengan aman
dan damai. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya
peningkatan kes pergaduhan antara kaum, jenayah, sama ada jenayah
berat atau ringan. Tambahan pula, apabila undang-undang diutamakan,
maka tiada lagi ruang yang wujud untuk tindakan sewenangnya.
Kedaulatan juga dapat mempertahankan negara kita dari ancaman
negara luar.
17
FAKTOR BENDERA MALAYSIA
MENJADI LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjaga kedaulatan negara
kita. Salah satu caranya adalah kita patuh kepada kedaulatan
undang-undang. Kita perlulah patuh kepada undang-undang yang
telah ditetapkan di negara kita. Hal ini kerana, apabila kita patuh
kepada undang-undang, maka kita takkan sewenang-wenangnya
ingin membuat jenayah atau kesalahan yang berat atau ringan
secara sengaja. Dengan itu, negara kita akan menjadi lebih selamat,
aman dan damai. Di samping itu juga, ahli falsafah undang-undang
Rom, Marcus Tullius Cicero pernah menyatakan bahawa
kebahagiaan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada
kepatuhan setiap individu terhadap undang-undang.
Penyataan ini jelas menggambarkan hubungan diantara sesama
manusia tidak akan berlaku dengan sempurna jika tiada peraturan
dan undang-undang. Hal ini demikian kerana, kita dapat dilihat di
beberapa negara luar, apabila undang-undang dan keadilan tidak
menjadi pasak utama, maka akan berlakunya kacau-bilau yang sekali
gus mengugat keharmonian masyarakat. Seterusnya, keadaan
tegang yang menggugat perpaduan juga boleh berlaku di Malaysia
sekiranya kita leka dan tidak mendukung prinsip keempat Rukun
Negara yang mendaulatkan undang-undang.
18
RUMUSAN
Bendera adalah sebahagian daripada identiti dan lambang
kedaulatan negara. Rakyat Malaysia sewajarnya menyemai
semangat cinta akan negara dalam diri. Oleh itu, usaha-usaha
untuk memupuk semangat cinta akan negara perlulah
dilaksanakan dengan berterusan. Justeru, inilah masanya untuk
rakyat Malaysia berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik
terhadap negara dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang sama
ada di rumah, di premis perniagaan, di kenderaan, di sekolah,
institusi pengajian tinggi dan di taman-taman perumahan
sehinggalah ke desa-desa seluruh pelosok tanah air. Sekiranya
semangat petriotik tak dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat,
mereka tidak akan mempunya jati diri yang kukuh. Dengan
kerjasama semua lapisan masyarakat menjayakan usaha ini,
semangat cinta akan Jalur Gemilang dapat dipupuk dalam kalangan
generasi masa kini dan generasi akan datang.
19
RUJUKAN
https://www.pmo.gov.my/wp-
content/uploads/2019/12/bendera_kita_jalur_gemilang_2017_upsca
le.pdf
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/138?language=my
http://www.mbpj.gov.my/sites/default/files/lirik_lagu_jalur_gemila
ng.pdf
http://www.pnbbcportal.com/2021/08/12/rakyat-malaysia-wajib-
pertahankan-kedaulatan-negara/
https://www.mysumber.com/bendera-malaysia-jalur-
gemilang.html
https://www.getaran.my/artikel/gaya/10472/dahulu-berjalur-biru-
putih-kenali-asal-usul-jalur-gemilang
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia
20