LEMBU KURUS
DAN LEMBU GEMUK
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Seorang petani ada memelihara
dua ekor lembu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
1
Seekor ialah lembu kurus. Seekor
lagi lembu gemuk.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
2
Lembu kurus selalu dibawa ke
sawah. Lembu kurus terpaksa
bekerja.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
3
Banyaklah kerja yang selalu
dilakukan oleh lembu kurus.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
4
Lembu kurus terpaksa membajak
sawah. Lembu kurus juga terpaksa
menenggala sawah. Namun, lembu
kurus tetap rajin bekerja.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
5
Pada suatu hari, lembu kurus
diejek-ejek oleh lembu gemuk.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
6
“Aku tidak perlu bekerja. Aku
boleh berehat sepanjang masa.
Badan aku gemuk. Badan engkau
kurus macam papan,” lembu gemuk
itu mengejek.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
7
Lembu kurus berdiam diri sahaja.
Lembu kurus tidak mempedulikan
ejekan itu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
8
Pada suatu hari, petani itu berkata
kepada isterinya, “Esok saya akan
sembelih lembu gemuk. Dagingnya
banyak. Saya akan jual dagingnya.
Kita boleh dapat banyak wang.”
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
9
Terkejutlah lembu gemuk
mendengar kata-kata itu. Lembu
gemuk sangat takut.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
10
“Mujurlah badan aku kurus! Aku
terselamat,” ujar lembu kurus.
Lembu gemuk berasa menyesal
kerana pernah mengejek lembu
kurus.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
11
“Oh, alangkah baiknya kalau
badan aku kurus!” kata lembu
gemuk dalam hatinya. Namun,
menyesal kemudian tidak berguna
lagi.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
12
Keesokan harinya, matilah lembu
gemuk itu kena sembelih.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
13