The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

* Tahun Terbitan - TIADA
* Pengarang - TIADA
* Penerbit - TIADA
* BUKU BUKAN FIKSYEN
* Rumusan - Orang yang berakal tidaklah dia mengambil peduli percakapan manusia melainkan kepada Allah S.W.T. sahaja.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssseimpian, 2021-10-13 22:18:06

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

* Tahun Terbitan - TIADA
* Pengarang - TIADA
* Penerbit - TIADA
* BUKU BUKAN FIKSYEN
* Rumusan - Orang yang berakal tidaklah dia mengambil peduli percakapan manusia melainkan kepada Allah S.W.T. sahaja.

Kisah Luqman Al-Hakim
dengan

Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada
suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam
pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala
anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, ada orang pun
berkata, “Lihat orang tua itu yang tidak
bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan
berjalan kaki.”



Setelah mendengar kata-kata daripada orang
ramai, maka Luqman pun turun dari keldainya
lalu meletakkan anaknya di atas keldai itu.

"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan
anaknya senang hati menaiki keldai itu,
sungguh kurang adab anak itu".



Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu,
Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai
itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi,
"Lihatlah dua orang itu menaiki seekor keldai, ia
menyiksakan keldai itu".

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan
orang, maka Luqman dan anaknya turun dari
keldai itu.

Kemudian, terdengar lagi suara orang berkata
"Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu
tidak dinaiki".

Dalam perjalanan pulang, Luqman telah
menasihati anaknya tentang sikap manusia dan
telatah mereka, "Sesungguhnya tidak terlepas
seseorang itu dari percakapan manusia. Maka,
orang yang berakal tidaklah ia mengambil peduli
melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang
siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap satu
perkara".

Nilai

1) Menghormati orang tua
2) Belas kasihan
3) Bertimbang rasa
4) Sabar

Pengajaran

1) Kita hendaklah sentiasa menjaga adab
dan menghormati orang tua.
2) Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam
mengharungi kehidupan bermasyarakat.


Click to View FlipBook Version