Anak Ikan yang
suka Menipu
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan
yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakannya kerana ia suka
menipu dan mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony
akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi
cepat!”
Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu.
Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka
tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan
lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!
Jerung!”
Namun, Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok
dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya.
Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun
mereka selalu tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-
rakannya itu. Ia ingin mempermainkan mereka
seperti biasa.
Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri
mereka. Namun, Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!”
Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-
celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan
rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya.
“Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada
jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-
mainkan aku!” jerit Tony.
Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony
tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh
jerung itu.