The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

* Tahun Terbitan - TIADA
* Pengarang - TIADA
* Penerbit - TIADA
* BUKU FIKSYEN
* Rumusan - Orang yang suka bercakap besar dan tidak mahu beralah pasti akan menerima akibatnya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssseimpian, 2021-10-06 09:22:46

AKIBAT BERCAKAP BESAR

* Tahun Terbitan - TIADA
* Pengarang - TIADA
* Penerbit - TIADA
* BUKU FIKSYEN
* Rumusan - Orang yang suka bercakap besar dan tidak mahu beralah pasti akan menerima akibatnya.

Akibat
Bercakap Besar

Pada zaman dahulu, ada seorang nelayan.
Pekerjaannya setiap hari ialah memukat dan
menjala ikan. Kadang-kadang dia mengail atau
memancing. Ikan yang diperolehnya selain dijual,
ia juga digunakan untuk keperluan keluarganya.
Isteri nelayan itu turut membantunya.

Nelayan itu ada anak seorang anak gadis.
Namanya Suri. Suri sudah dewasa dan patut

dijodohkan. Malangnya, belum ada lelaki yang
sudi meminang Suri

Kadang-kadang, Suri turun ke sungai
membantu bapanya. Dia membantu
mengasingkan ikan-ikan yang ditangkap oleh
bapanya.

Nelayan itu mempunyai satu tabiat yang buruk.
Dia terlalu suka bercakap besar dan berbangga
diri.

“Dulu aku pernah dapat banyak ikan, kalau
dimakan oleh seisi negeri pun ia tak akan
habis!” kata nelayan itu kepada jiran
tetangganya.

Nelayan itu juga pernah bercerita, kononnya
dia pernah menangkap ikan sebesar rumahnya.

Pada suatu hari, ada orang hendak meminang
anak gadis nelayan itu. Mereka hendak
menjodohkannya dengan seorang pemuda.

Tanpa banyak berbicara, nelayan itu langsung
menerima pinangan itu. Tidak lama kemudian,

Suri pun dikahwinkan dengan pemuda itu.
Nelayan itu amat gembira kerana anaknya
sudah berumah tangga.

Pemuda itu mempunyai tabiat yang sama
dengan nelayan itu, iaitu suka bercakap besar.

“Bapa tahu, kalau hendak ke hulu atau ke hilir
saya tak pernah bersampan. Saya lebih suka
menyelam,” kata pemuda itu.

Nelayan itu tercengang tatkala mendengar
kata pemuda itu.

“Hebat betul menantuku!” fikirnya.

Disebabkan tidak mahu kalah, nelayan itu
menceritakan pengalamannya, “Pernah dulu
bapa menjala, dapat ikan yang tak terkira
banyaknya. Kalau dimakan oleh seisi negeri ini
sekalipun, tak akan habis,” kata nelayan itu.

Pemuda itu tercengang tatkala mendengar
cerita bapa mertuanya.

“Dulu pun bapa pernah memperoleh seekor ikan
yang sebesar rumah ini,” sambung nelayan itu.
“Disebabkan ikan itu amat besar, dua hari dua
malam bapa berusaha menariknya ke darat.
Sebaik saja dapat, bapa hadiahkannya kepada
raja. Raja hendak malantik bapa menjadi
bendahara, tapi bapa tak mahu. Bapa lebih suka
menjadi nelayan!”

Pemuda itu tercengang tatkala mendengar
cerita bapa mertuanya.

“Hebat betul bapa mertuaku ini!” fikirnya.

Disebabkan mereka mempunyai sikap yang
sama, mereka sering membesar-besarkan
kebolehan dan kepandaian mereka.

Kalau pemuda itu menceritakan tentang
kebolehannya menyelam selama berhari-hari di
dalam sungai, nelayan itu pula menceritakan
tentang kepandaiannya menangkap pelbagai
jenis ikan.

Sebenarnya, pemuda itu tidak tahu menyelam
atau berenang. Dia cuma bercakap besar.

Begitu juga dengan nelayan itu. Dia tidak
pernah memperoleh ikan yang banyak. Ikan
yang paling besar pernah diperolehnya, cuma
sebesar tapak kakinya. Kalau dia mengail, ikan
yang paling besar pernah dikailnya cuma
sebesar lengannya.

Pada suatu hari, nelayan itu mengajak
menantunya turun menjala. Pemuda itu

bersetuju. Sebelum pergi, dia mengambil
beberapa biji lepat pisang. Lepat itu
dimasukkan ke dalam sakunya. Kemudian, dia
mengikut nelayan itu menjala di sungai.

Ketika itu, pemuda itu berlagak seolah-olah dia
tahu berenang dan menyelam.

Tanpa berlengah, nelayan itu segera menebar
jalanya. Ketika dia menarik jalanya, hanya ikan-
ikan sebesar jarinya yang diperolehnya. Nelayan
itu berpura-pura bersikap selamba. Dia
menebar lagi. Malangnya, jalanya tersangkut.

“Tolong lepaskan jala bapa yang tersangkut
ini,” kata nelayan itu kepada menantunya.
“Bukankah kamu biasa menyelam di dalam air?”

Pemuda itu berasa serba salah. Dia tidak tahu
berenang apatah lagi menyelam. Air di tempat
jala itu tersangkut agak dalam. Selama ini, dia
cuma bercakap besar. Dia bimbang kalau
rahsianya terbongkar.

Akhirnya, dia mendapat satu akal. Dia berpura-
pura terjun di tempat yang berair cetek.

Tidak lama kemudian, dia muncul kembali. Sambil
itu dia mengunyah sebiji sepat.

Nelayan itu memandang menantunya dengan
kehairanan. Dia hairan dari mana pemda itu
memperoleh lepat, sedangkan jalanya masih
tersangkut di dasar sungai.

"Dari mana kamu mendapat lepat itu?” Tanya
nelayan itu. “Dan mengapa pula jala ini masih
lagi tersangkut?”

“Sebenarnya, jala bapa tersangkut di kedai kopi
orang bunian,” kata pemuda itu. “Lepat ini
pemberian orang bunian itu. Dia suruh bapa
buka sendiri jala itu!” Pemuda itu berbohong.

Nelayan itu tercengan kehairanan. “Benar ada
kedai kopi orang bunian di dasar sungai
ini?” fikirnya.

Selama ini, jalanya tidak pernah tersangkut di
kedai kopi orang bunian, seperti yang dikata
oleh menantunya. Kalau tersangkut pun, cuma
pada batu dan tunggul yang terdapat di dasar
sungai.

“Kamu tolong pegang jala ini!” kata nelayan itu
kepada menantunya. “Bapa hendak tengok,
betul ada kedai kopi orang bunian di dasar
sungai ini."

Tanpa berfikir panjang, nelayan itu terjun ke
dasar sungai itu.

Pemuda itu menggaru kepalanya. Dia bimbang
kalau-kalau bapa mertuanya tahu akan
penipuannya.

Tidak lama kemudian, nelayan itu pun mucul.
Dahinya benjol dan berdarah.

“Eh bapa, mengapa cepat sangat timbul?
Mengapa jala ini masih tersangkut?” Pemuda
itu berpura-pura bertanya.

Nelayan itu memandang menantunya dengan
bengis. Dia tahu dia telah ditipu. Namun, dia
tidak mahu mengaku kalah.

“Sebenarnya bapa dipukul oleh orang bunian di
dasar sungai ini,” kata nelayan itu. “Dia marah
kerana kamu mengambil lepatnya dengan tidak
membayar!” Nelayan itu berbohong.

Sebenarnya, kepalanya benjol kerana
terhantuk pada batu-batu yang terdapat di
dasar sungai itu.

“Betulkah?” Pemuda itu pura-pura
kehairanan. “Tadi dia kata lepat itu percuma.
Jadi, saya ambil sajalah tanpa membayar. Kalau
begitu, mari kita pukul mereka balik!”

Walaupun nelayan itu tahu, tiada kedai kopi
orang bunian di dasar sungai itu, namun kerana
tidak mahu dianggap bodoh, dia setuju dengan
saranan menantunya.

Dengan membawa sebatang kayu seorang,
mereka terjun ke dalam sungai itu. Disebabkan
tempat mereka terjun itu, airnya deras dan
dalam, dan mereka pula tidak tahu berenang,
kedua-dua mereka hanyut dibawa air.

Begitulah akibatnya orang yang suka bercakap
besar dan tidak mahu beralah.


Click to View FlipBook Version