The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

* Tahun Terbitan - TIADA
* Pengarang - TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM
* Penerbit - GALERI ILMU SDN. BHD.
* BUKU BUKAN FIKSYEN
* Rumusan - Ringkasan daripada buku KIAMAT HAMPIR TIBA karangan Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yang berkaitan dengan peristiwa akhir zaman serta tanda-tanda kecil dan besar menjelang kiamat.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssseimpian, 2021-10-20 09:37:28

RINGKASAN - KIAMAT HAMPIR TIBA

* Tahun Terbitan - TIADA
* Pengarang - TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM
* Penerbit - GALERI ILMU SDN. BHD.
* BUKU BUKAN FIKSYEN
* Rumusan - Ringkasan daripada buku KIAMAT HAMPIR TIBA karangan Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yang berkaitan dengan peristiwa akhir zaman serta tanda-tanda kecil dan besar menjelang kiamat.

Edaran percuma

Ringkasan

HAMPIR

KRiaingmkasaant
HAMPIR

T IBA

© Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua
bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan
sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih

dahulu.

Muka Taip Teks: Lora
Saiz Muka Taip: 10.5 poin

E-book ini adalah ringkasan daripada buku KIAMAT HAMPIR TIBA karangan
Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (2017),

kecuali tambahan di bahagian BONUS AMALAN.

KIAMAT HAMPIR TIBA akan diterbitkan semula dengan kulit baharu yang lebih
menarik dan segar. Versi buku bergambar penuh dan disulam dengan gambar

rajah, peta dan informasi juga sedang diusahakan.

Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No. 44, Astana Karya, Jalan Pekaka 8/3,
Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-614 21 614
Faks : 03-614 21 611
Laman web : www.galeriilmu.com.my
E-mel : [email protected]

KRiaingmkasaant
HAMPIR

T IBA

iv

Kandungan

Muqaddimah: Senario vii

Tanda-Tanda Kecil Kiamat 1

Tanda-Tanda Besar Kiamat 9

Kronologi Peristiwa Besar Akhir Zaman 15

Amalan-Amalan Penting Akhir Zaman 29

v

vi

Muqaddimah:
Senario

Rasulullah  telah menerangkan kepada kita segala
permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam – yang
telah, sedang dan bakal berlaku – dan cara-cara
untuk menyelesaikannya.

Dalam satu khutbah Baginda yang panjang yang

diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah  telah

menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan makhluk
daripada permulaan penciptaannya hingga ke akhir
zaman. Baginda juga menerangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan alam barzakh dan hari kiamat.

Peperangan demi peperangan yang berlaku hari ini
adalah salah satu tanda yang jelas bahawa dunia sudah
berada di akhir zaman dan sudah menghampiri hari kiamat.

vii

Melalui ini, kami telah meringkaskan kandungan
buku karangan Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
al-Banjari an-Nadwi al-Maliki yang berkaitan dengan
peristiwa akhir zaman serta tanda-tanda kecil dan besar
menjelang kiamat, iaitu buku 40 Hadis Peristiwa Akhir
Zaman dan Kiamat Hampir Tiba.

Semoga ini bermanfaat sebagai peringatan kepada
kita dalam mengharungi zaman fitnah sekarang dan
sebagai persediaan menghadapi peristiwa-peristiwa besar
akhir zaman yang bakal berlaku selepas ini.

Penerbit

viii

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

1

BAHAGIAN

ix

x

1

Tanda-tanda Kecil
Kiamat

Tanda-tanda ini tidak begitu disedari dan dianggap
biasa oleh kebanyakan orang kerana ia berlaku

secara beransur-ansur dalam tempoh yang panjang.

1. Banyak berlaku perselisihan.

2. Kejahatan bermaharajalela.

3. Seluruh dunia mengerumuni dan mengeroyok umat
Islam.

4. Allah menghilangkan ilmu agama secara beransur-
ansur dengan mematikan para ulama.

5. Umat Islam mengikuti langkah-langkah dan cara hidup
Yahudi dan Nasrani sehingga ke tahap hilang jati diri
Muslim.

6. Lahir golongan yang menolak hadis dan berpegang
kepada Al-Quran semata-mata.
1

7. Terdapat golongan umat Islam yang sentiasa menang
terhadap serangan akidah dan pemikiran dari musuh-
musuh Islam.

8. Umat Islam ditimpa penyakit umat terdahulu
iaitu terlalu banyak bersuka ria, terlalu mewah,
mengumpulkan harta sebanyak mungkin, penipuan
dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi,
dengki-mendengki dan zalim-menzalimi.

9. Islam kembali asing sebagaimana awal
perkembangannya dahulu.

10. Umat Islam dilalaikan oleh kemewahan.

11. Budaya rasuah berleluasa.

12. Sifat amanah hilang sedikit demi sedikit.

13. Orang yang baik berkurangan sedangkan yang jahat
bertambah banyak.

14. Ramai orang binasa kerana mencari kemewahan
dengan jalan haram kerana tidak mahu dihina ahli
keluarga sendiri.

15. Ramai orang sudah tidak peduli apakah sumber
pendapatannya halal atau haram.

16. Muncul para penguasa yang zalim.

17. Para wanita berpakaian tetapi ‘telanjang’.

18. Harta riba ada di merata tempat.

19. Orang minum arak tetapi menamakannya bukan arak.

20. Sedikit lelaki dan lebih banyak wanita.

2

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

21. Hamba menjadi tuan.

22. Banyak bangunan pencakar langit didirikan oleh orang-
orang yang dahulunya hidup miskin.

23. Lahir ahli-ahli ibadah yang jahil dan ulama-ulama yang
fasik.

24. Orang yang berpegang dengan agamanya seperti
memegang bara api (sangat sukar dan penuh cabaran).

25. Pengkhianat dikatakan jujur dan yang jujur dikatakan
pengkhianat.

26. Harta benda melimpah-ruah dan timbul fitnah (ujian
kepada keimanan).

27. Banyak terjadi peperangan demi peperangan.

28. Waktu terasa pendek.

29. Munculnya hasil bumi (bahan galian) yang dikuasai
oleh orang yang jahat.

30. Tanah Arab yang tandus menjadi lembah yang subur.

31. Berlaku ujian dahsyat terhadap iman – seseorang itu
beriman pada waktu pagi, kemudian pada petangnya
dia sudah menjadi kafir.

32. Sukarnya beribadah dalam suasana dunia yang hura-
hara hingga orang yang mampu beribadah dijanjikan
pahala seperti pahala muhajirin.

33. Berlaku peperangan di sekitar sungai Furat (Iraq)
kerana merebutkan kekayaan.

34. Sukarnya untuk mendapatkan imam solat berjemaah.

3

35. Para ulama sudah tidak jadi ikutan.
36. Lahir ulama-ulama jahat yang menimbulkan fitnah dan

menjadi bahan fitnah.
37. Orang-orang yang penyantun sudah tidak lagi

dihiraukan.
38. Islam hanya tinggal nama (tidak dipelajari dan

diamalkan).
39. Al-Quran hanya tinggal tulisan (tidak dibaca dan

dijadikan pedoman).
40. Al-Quran akan hilang dan ilmu agama akan diangkat.
41. Masjid-masjid dihias indah tetapi kosong daripada

hidayah.
42. Berlaku 15 jenis maksiat yang menyebabkan turunnya

bala.

• Harta kekayaan negara beredar di kalangan orang
tertentu sahaja.

• Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
• Zakat dijadikan hutang.
• Suami mengikuti kemahuan isteri.
• Anak derhaka kepada ibunya.
• Anak yang derhaka tadi berbuat baik dengan

temannya.
• Anak menjauhkan diri daripada ayahnya.

4

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

• Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.

• Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang
terhina di antara mereka.

• Seseorang dimuliakan kerana ditakuti
kejahatannya.

• Minuman keras sudah diminum di segenap tempat.

• Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

• Para artis disanjung-sanjung.

• Muzik banyak dimainkan.

• Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan)
generasi pertama (Sahabat).

43. Berlaku 5 maksiat yang disegerakan balasannya.

• Zina berleluasa hingga turun wabak penyakit
menular dan penyakit yang belum pernah menimpa
umat terdahulu.

• Peniaga mengurangkan sukatan/ukuran dan
timbangan hingga berlaku kemarau panjang dan
kesulitan mencari rezeki dan kezaliman pemimpin.

• Ramai tidak membayar zakat harta benda hingga
tidak turun hujan.

• Berlaku perlanggaran ke atas janji-janji Allah dan
Rasul-Nya hingga Allah datangkan musuh yang
merampas milik mereka.

• Pemimpin tidak melaksanakan hukum Allah,
hingga Allah turunkan bencana.

5

44. Amanah disia-siakan iaitu apabila urusan diserahkan
kepada yang bukan ahlinya.

45. Umat Islam bermegah-megah dengan bangunan masjid
(tanpa pengisian).

46. Berlaku fenomena orang menjual agama kerana
mahukan keuntungan dunia.

47. Berlaku fenomena orang mengerjakan haji bukan
kerana Allah – orang kaya mengerjakan haji untuk
berhibur, orang berpendapatan sederhana untuk
berdagang, para ulama kerana gila pangkat dan kuasa,
manakala orang fakir kerana sambil meminta-minta.

48. Orang hanya memberi salam kepada orang yang dia
kenal.

49. Ekonomi meningkat sehingga ramai wanita bekerja.
50. Ramai orang memutuskan silaturrahim (hubungan

kekeluargaan).
51. Banyak saksi palsu dan orang sering menyembunyikan

kesaksian yang benar.
52. Terdapat banyak kemudahan alat tulis.
53. Umat Islam berpecah-belah menjadi 73 golongan,

hanya satu golongan yang masuk syurga (golongan ahli
sunnah wal-jamaah).

6

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

2

BAHAGIAN

7

8

Tanda-tanda
Besar Kiamat

Berbeza dengan tanda-tanda kecil kiamat yang
hanya dianggap fenomena biasa-biasa, tanda-tanda
besar kiamat akan mencetuskan fenomena luar biasa

di seluruh dunia.

Daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a.; beliau berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah dan kami pada waktu
itu sedang berbincang-bincang lalu Baginda bersabda:
‘Apa yang kamu bicarakan?’ Kami menjawab: ‘Kami
sedang berbincang-bincang tentang hari kiamat.’ Lalu
Nabi bersabda: ‘Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga
kamu melihat sebelumnya 10 tandanya.’ Kemudian
Baginda menyebutkan; asap, dajjal, binatang, matahari
terbit dari tempat tenggelamnya, turunnya Nabi Isa bin
Maryam a.s., Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi
sekali di Timur dan sekali di Barat, dan yang ketiga di
Semenanjung Arab. Terakhir sekali adalah api yang akan
keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau

manusia ke padang Mahsyar.” (Riwayat Muslim)

9

10

Tanda Besar Kiamat

1 DUKHAN
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan
penyakit seperti selesema di kalangan orang Mukmin dan
akan memasuki segala rongga badan orang kafir lalu tubuh
badan mereka jadi menggelembung.

2 DAJJAL
Dajjal yang akan datang membawa fitnah besar dan akan
menggoncang keimanan seseorang.

3 BINATANG BESAR
Binatang besar yang akan keluar di sekitar bukit Safa di
Makkah yang akan berbicara bahawa manusia sudah tidak
mahu beriman lagi kepada Allah.

4 MATAHARI
Matahari yang akan terbit dari tempat tenggelamnya.
Maka pada saat itu Allah tidak lagi menerima iman orang
kafir dan taubat daripada orang yang berdosa.

10

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

5 NABI ISA A.S
Turunnya Nabi Isa a.s. ke permukaan bumi ini. Baginda
akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang
berkuasa pada waktu itu.

6 YAKJUJ DAN MAKJUJ
Keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat
kerosakan di atas permukaan bumi ini.

7 GEMPA BUMI
Gempa bumi di Timur.

8 GEMPA BUMI
Gempa bumi di Barat.

9 GEMPA BUMI
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10 API BESAR
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang
Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

11

12

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

3

BAHAGIAN

13

14

3

Kronologi
Peristiwa Besar

Akhir Zaman

Peristiwa-peristiwa besar ini bakal mencetuskan
fenomena luar biasa dan satu persatu akan merubah
senario di seluruh dunia hinggalah tiba saat kiamat.

A KEMUNCULAN IMAM MAHDI

Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a.; beliau berkata:
Rasulullah  bersabda: “Dunia tidak akan hilang
(kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai

oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang
namanya sama dengan namaku.” (Riwayat Tirmizi)

15

Tanda-Tanda Imam Mahdi Akan Muncul

Beberapa tanda ini akan muncul sebelum Imam Mahdi
datang memimpin umat Islam:

a. Munculnya sebuah bintang yang berekor di ufuk
timur dan bintang ini akan kelihatan di atas langit
selama tiga malam atau tujuh malam berturut-turut.

b. Gerhana bulan pada malam pertama Ramadan dan
gerhana matahari pada pertengahan bulan.

c. Kemudian, pada musim haji pada tahun itu akan
berlaku huru-hara sehingga terjadi bunuh-
membunuh di kawasan Mina dan darah pun akan
mengalir di sekitar Jamrah al-Aqabah.

d. Muncul tapak tangan yang terhulur dari langit
sehingga dapat disaksikan di kebanyakan tempat
bersama dengan suara seruan dari langit,
“Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Imam Mahdi.”

Membaiah Imam Mahdi

Apabila tiba bulan Muharam setelah peristiwa berdarah di
Mina itu, Imam Mahdi akan dibaiah (dilantik untuk menjadi
pemimpin yang dipatuhi).

Imam Mahdi akan dibaiah di Makkah oleh tujuh
orang ulama yang datang dari penjuru dunia yang berbeza-
beza. Masing-masing datang ke Makkah untuk mencari
penyelesaian terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh
umat Islam. Mereka bertemu tanpa dirancang.

16

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

Imam Mahdi terpaksa menerima baiah daripada
tujuh orang ulama tadi dan diikuti oleh kaum Muslimin
yang ada di Makkah.

Setelah selesai dibaiah di dalam Masjidil Haram di
antara kawasan Hajarul Aswad dengan Makam Ibrahim,
Imam Mahdi akan memberikan ucapannya di atas mimbar.
Beliau akan mendapat kepercayaan dan kecintaan daripada
seluruh lapisan kaum Muslimin sehingga terbentuk satu
tentera yang bersedia berkorban apa sahaja yang mereka
miliki.

Lamanya Memerintah

Imam Mahdi akan memerintah selama tujuh atau sembilan
atau 30 atau 40 tahun, menurut riwayat yang berbeza-
beza. Tetapi mengikut Imam Ibnu Hajar al-Haitami,
semuanya itu benar kerana riwayat yang mengatakan tujuh
atau sembilan tahun itu melihat kepada zaman keemasan
pemerintahannya dan riwayat yang mengatakan 30 tahun
itu melihat kepada zaman pertengahannya dan riwayat
yang mengatakan 40 tahun itu melihat kepada keseluruhan
masa pemerintahannya.

Gempa Bumi yang Akan Menelan Tentera
as-Sufyani

Setelah mendengar tentang pembaiahan Imam Mahdi,
seorang penguasa zalim di Syria yang dikenali sebagai as-
Sufyani akan bergegas mengirim tenteranya ke Makkah
untuk menumpaskan angkatan tentera Imam Mahdi.

17

Tiba di tempat yang bernama Al-Baida’ berhampiran
dengan Kota Madinah al-Munawwarah, tentera ini ditelan
bumi. Hanya dua orang yang selamat. Seorang daripada
mereka kembali ke Syria membawa berita itu kepada as-
Sufyani dan seorang lagi ke Makkah membawa berita
gembira kepada Imam Mahdi.

Imam Mahdi Mengumpulkan Kekuatan
Tenteranya

Imam Mahdi pun berangkat ke Baitul Maqdis untuk
mengumpulkan kekuatan tenteranya. Beliau memulakan
operasinya dengan menyerang as-Sufyani yang zalim
itu. Dalam pertempuran sengit di suatu lembah yang
berhampiran dengan Baitul Maqdis, tentera as-Sufyani
tewas dan as-Sufyani sendiri dapat ditangkap dan dibunuh.
Maka dengan itu Imam Mahdi telah menguasai kebanyakan
negara di Asia Barat.

Lagi Peperangan Yang disertai Imam Mahdi

1. Imam Mahdi mengirim pula tenteranya ke India dan
dalam masa yang singkat India akan dapat ditakluki.

2. Apabila mendengar berita bangsa Rom (Eropah Timur)
telah menceroboh ke kawasan A‘maq atau Dabiq, Imam
Mahdi berangkat bersama-sama tenteranya untuk
menangkis pencerobohan tersebut. Beliau berhasil
membuatkan tentera Rom berundur dan lari pulang ke
negeri mereka (Eropah).

3. Tentera Imam Mahdi kemudian dapat menakluki dan
membebaskan kota Qustantiniyah Agung. (Dan yang

18

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

dimaksudkan dengan perkataan Qustantiniyah Agung
ini ialah sebuah kota besar di Eropah yang menghadap
ke arah laut tengah (Laut Mediteranean), tetapi bukan
kota Istanbul yang ada di Turki sekarang.)

Kemakmuran Zaman Imam Mahdi

Pada zaman pemerintahan Imam Mahdi ini akan wujud
keberkatan dan nikmat yang luas daripada Allah sebagai
ganjaran keadilan pemimpin.
• Bumi akan mengeluarkan buah-buahan dan biji-bijian

dan juga segala galiannya.
• Umat Islam akan hidup dalam keadaan makmur.
• Wujud pemerintahan yang adil.
• Harta benda melimpah-ruah dan dibagi-bagikan

dengan penuh adil kepada semua rakyat.

B KEMUNCULAN DAJJAL

Setelah berlalu tujuh, lapan atau sembilan tahun tempoh
kemakmuran ini, dunia Islam sekali lagi akan dilanda ujian
besar bahkan ujian yang terbesar sekali dalam sejarah
dunia sejak Nabi Adam a.s. sampai hari kiamat, iaitulah
munculnya Dajjal yang akan membuat kerosakan dan
kekufuran di atas muka bumi ini.

Dajjal ialah seorang manusia daripada keturunan
Yahudi yang ditunda ajalnya (Minal Munzharin) seperti
halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah ke atas langit
dan ditunda kematiannya.

19

Di Manakah Dajjal Akan Mula Muncul?

Ulama bersepakat mengatakan Dajjal akan muncul dari
arah timur. Ada yang mengatakan dari Khurasan dan ada
yang mengatakan dari Asfahan dan ada pula riwayat yang
menyebutkan dari suatu tempat antara Iraq dan Syria.

Riwayat-riwayat ini tidak bertentangan, kerana
boleh jadi pada mulanya Dajjal keluar di Khurasan,
kemudian mendapat sokongan daripada Yahudi Asfahan
yang berjumlah 70 ribu, kemudian cabarannya terhadap
kaum Muslimin bermula ketika dia berada di antara Iraq
dan Syria.

Daripada Hudzaifah bin Yaman r.a.; beliau berkata, telah
bersabda Rasulullah: “Dajjal musuh Allah itu akan muncul
bersama dengan tenteranya yang terdiri daripada
orang Yahudi dan bangsa-bangsa yang lain. Bersama
dengannya syurga dan neraka. Dan orang-orang yang
akan dibunuhnya kemudian akan dihidupkannya semula.
Dan ada bersamanya segunung dari tsarid (roti yang
bercampur dengan kuah daging) dan sungai air tawar.
Sesungguhnya aku akan menyifatkannya kepada kamu:
“Dajjal itu buta matanya (yang kanan) dan dituliskan
di dahinya perkataan “kafir” yang dapat dibaca oleh
setiap orang yang beriman, baik yang boleh membaca
atau tidak. Maka apa yang dikatakannya syurga itu
sebenarnya neraka, dan apa yang dikatakannya neraka

itu adalah syurga.” (Riwayat Nu‘aim bin Hammad)

20

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

Dajjal Mengepung Imam Mahdi dan
Tenteranya di Baitul Maqdis

Hampir seluruh dunia telah dijelajah oleh Dajjal dan
kebanyakan penghuninya percaya dengan ‘ketuhanan’nya
lalu menjadi pengikut setianya. Yang masih tinggal lagi
hanya tiga kawasan – Makkah al-Mukarramah, Madinah dan
Baitul Maqdis serta kawasan-kawasan yang berhampiran
dengan ketiga-tiga tempat suci ini.

Makkah dan Madinah tidak dapat dimasuki oleh
Dajjal kerana kedua-dua kawasan ini dijaga oleh para
malaikat. Baitul Maqdis pula merupakan benteng kekuatan
Imam Mahdi bersama dengan tenteranya.

Dajjal bersama dengan bala tenteranya mengepung
Baitul Maqdis dan hendak mematahkan kekuatan tentera
Imam Mahdi yang merupakan kekuatan terakhir yang
dimiliki oleh umat Islam.

Timbullah satu semangat yang meluap-luap di
kalangan tentera Imam Mahdi ini. Lalu mereka membaiah
(berjanji setia) dengan Imam Mahdi bahawa mereka akan
berkorban apa sahaja untuk melawan tentera Dajjal. Baiah
yang diberikan kepada Imam Mahdi ini ialah baiah yang
benar-benar ikhlas yang keluar dari hati nurani. Maka
Allah pun memberkati baiah ini.

21

Nabi Isa a.s. Turun dari Langit

Ketika tentera Imam Mahdi dalam kemuncak kepungan
Dajjal dan mereka tidak dapat keluar dari kawasan Baitul
Maqdis, ketika itulah datang bantuan daripada Allah berupa
turunnya Nabi Isa a.s.

Nabi Isa a.s. turun dari langit dengan diapit oleh
dua malaikat. Nabi Isa a.s. akan turun bersebelahan
menara putih sebelah timur Damsyik (Syria) seperti yang
disebutkan dalam hadis berikut:

… Lalu Allah mengirim al-Masih Isa bin Maryam a.s.
Beliau turun bersebelahan menara putih sebelah timur
Damsyik (Syria) dengan memakai pakaian yang dicelup
dengan celupan kuning. Beliau meletakkan kedua-dua
tapak tangannya di atas sayap-sayap malaikat. Apabila
beliau menundukkan kepalanya, seakan-akan ada air
yang jatuh dari kepalanya, seperti gugurnya butiran-

butiran putih laksana mutiara. (Riwayat Muslim)

Nabi Isa a.s. Membunuh Dajjal dan Bangsa
Yahudi

Nabi Isa a.s. mengajak tentera Imam Mahdi untuk
menyerang Dajjal. Apabila Dajjal melihat Nabi Isa a.s. maka
hilanglah segala kekuatan dan kesaktiannya.

Nabi Isa a.s. akan membunuh Dajjal di suatu tempat
yang bernama Babu Ludd dekat Baitul Maqdis setelah
berlalu tiga jam daripada terbitnya matahari pada hari
kedua beliau turun dari langit.

22

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

Apabila Dajjal telah mati, Nabi Isa a.s. meneruskan
jihadnya dengan dibantu oleh Imam Mahdi dan tenteranya.
Mula-mula Nabi Isa a.s. akan membunuh tentera-tentera
yang setia kepada Dajjal yang terdiri dari 70 ribu orang
Yahudi dan bangsa-bangsa lain.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah
bersabda: “Tidaklah akan terjadi kiamat, sehingga
kaum Muslimin membunuh sekalian orang Yahudi.
Apabila orang Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu
dan pohon kayu, maka batu dan pohon kayu itu akan
berkata: ‘Hai orang Islam, inilah orang Yahudi yang
ada di belakang saya. Datanglah! Dan bunuhlah dia!’
Kecualilah pohon Gharqad (semacam pohon yang
berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah
daripada pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya).

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Isa a.s. Mematahkan Salib, Membunuh
Khinzir, Menghapuskan Jizyah dan
Meninggalkan Zakat

Disebutkan dalam hadis: ...

Maka Nabi Isa a.s. akan menjadi pemerintah yang adil
dan pemimpin yang lurus, mematahkan salib, membunuh
babi, menghapuskan jizyah dan meninggalkan zakat.

(Riwayat Ibnu Majah)

(Nabi Isa a.s. akan menghentikan sistem zakat,
kerana pada waktu itu sudah tidak ada lagi orang yang
berhak menerima zakat. Semua orang telah kaya dan
cukup segala keperluan hidup. Semua orang akan hidup
aman dan sejahtera.)

23

C SETELAH PEMBUNUHAN
DAJJAL SEHINGGA

TERJADINYA HARI KIAMAT

1 Keluarnya Bangsa Yakjuj dan Makjuj

Baru sahaja Nabi Isa a.s. selesai daripada membunuh
Dajjal, membinasakan orang Yahudi, mematahkan salib,
membunuh khinzir dan sebagainya, maka datanglah wahyu
daripada Allah:

“Wahai Isa! Sesungguhnya Aku telah melepaskan
hamba-hamba-Ku yang sangat ganas, yang tidak ada siapa
yang dapat melawan mereka. Oleh itu, segeralah engkau
selamatkan hamba-hamba-Ku yang ada bersama-samamu
ke arah bukit Thur.”

Atas perintah Allah ini, Nabi Isa a.s. segera
mengumpulkan kaum Muslimin di belakang bukit Thur.
Mereka menjadikan bukit Thur sebagai pelindung atau
perisai daripada kejahatan Yakjuj dan Makjuj ini.

Dalam keadaan yang terdesak ini, Nabi Isa a.s.
bersama tenteranya dengan penuh rendah hati berdoa
mengharapkan bantuan Allah. Lalu Allah memperkenankan
doa mereka.

Pertolongan Allah turun dalam bentuk binatang kecil
seperti ulat yang sering ada di dalam hidung unta. Binatang
kecil ini memasuki lubang hidung bangsa Yakjuj dan Makjuj
dan menyengat mereka. Dengan kehendak Allah, mereka
mati dengan sebab disengat binatang kecil ini.

24

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

Mereka mati serentak. Tidak ada seorang pun yang
tinggal hidup. Bangkai mereka bergelimpangan memenuhi
jalan, jurang dan di semua tempat kediaman mereka.

Setelah kematian bangsa Yakjuj dan Makjuj ini
barulah Nabi Isa a.s. bersama dengan sahabatnya keluar
dari belakang bukit Thur. Mereka menemui bangkai-
bangkai yang berbau busuk di segala tempat.

Melihat kejadian ini Nabi Isa a.s. bersama dengan
sahabat-sahabatnya berdoa lagi kepada Allah supaya
dihilangkan bau busuk tadi, lalu Allah mengirim sejenis
burung yang besar seakan-akan leher unta. Burung-burung
ini menyambar bangkai-bangkai itu dan membawanya ke
tempat yang dikehendaki Allah.

Setelah itu turunlah hujan yang sangat lebat seakan-
akan mencuci permukaan bumi sehingga hilang segala
sisa-sisa kotoran yang ada di atas tanah.

Selepas itu, bumi kelihatan berkilat bersih. Lalu Allah
berfirman kepada bumi: “Keluarkanlah buah-buahanmu
dan kembalikan segala keberkatanmu.”

Maka tumbuhlah segala tanaman dengan suburnya,
sehingga dikatakan pada masa itu satu biji buah delima
sudah cukup untuk dimakan berpuluh-puluh orang, dan
kulitnya boleh dijadikan alat untuk berteduh daripada
panas matahari, dan seekor sapi pula sudah cukup untuk
makanan satu kabilah.

25

2 Matahari Akan Terbit dari Tempat
Tenggelamnya

Tanda besar kiamat yang berikutnya ialah matahari akan
terbit dari arah tenggelamnya, iaitu arah barat.

Kejadian ini mengikut Imam al-Hafiz Ibnu Hajar
r.a.: “Ia merupakan permulaan tanda-tanda kiamat yang
merosakkan sistem alam cakerawala, yang mana kejadian
ini akan disudahi dengan kehancuran alam ini.”

3 Binatang Ganjil Akan Muncul di
Makkah

Mengikut Imam al-Hafiz Ibnu Hajar r.a., binatang ini akan
muncul pada pagi hari ketika matahari terbit dari arah
barat. Binatang ini ganjil sekali, kerana akan berbicara
dengan manusia dan menjelaskan siapa yang beriman dan
siapa yang kafir, sebagai kesempurnaan dari tertutupnya
pintu taubat.

4 Al-Quran Akan Diangkat

Apabila pintu taubat sudah ditutup dan orang sudah tidak
mahu lagi mengamalkan isi Al-Quran, bahkan orang sudah
tidak mengenali apa-apa kewajipan terhadap Allah dan
mereka sudah tidak tahu apa erti solat, puasa, haji dan
sebagainya, maka ketika itulah Al-Quran akan diangkat.

26

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

5 Kaabah Akan Diruntuhkan

Disebutkan dalam hadis: Daripada Abdullah bin Amr
bin ‘Ash r.a. berkata, Rasulullah bersabda: “Kaabah
akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro)
yang bergelar ‘Dzus-Suwaiqatain’ (orang yang kedua-
dua betisnya kecil) dan mereka akan mengambil segala
perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-
akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang
yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-
mukul Kaabah itu dengan besi dan kapak besar.”

(Riwayat Ahmad)

6 Asap Tebal Memenuhi Keseluruhan
Permukaan Bumi

Asap tebal akan meliputi keseluruhan permukaan bumi,
sehingga jadilah semua kawasan seperti rumah yang penuh
asap sehingga menyebabkan orang yang beriman diserang
seperti penyakit selesema. Asap tebal itu akan masuk ke
dalam semua rongga badan orang-orang kafir sehingga
menjadikan badan mereka kembung, kemudian asap akan
keluar semula.

7 Gempa Bumi di Timur, Barat dan
Semenanjung Arab

Sebelum berlakunya kehancuran alam ini, maka akan terjadi
dahulu gempa bumi yang besar yang menenggelamkan
manusia ke dalam perut bumi.

27

8 Api Besar yang Akan Menghalau
Manusia Menuju ke Padang Mahsyar

Peristiwa terakhir ialah api besar yang akan menghalau
manusia ke arah Padang Mahsyar (tempat kebinasaan
mereka).

9 Peristiwa Kiamat

Malaikat Israfil akan meniup sangkakala. Tiupan sangkakala
yang pertama dinamakan tiupan Nafkhatul-Faza’ (tiupan
yang mengejutkan).

Tidak lama selepas itu (tidak diketahui berapa lama),
Malaikat Israfil a.s. akan meniupkan Nafkhatul Sya`q iaitu
tiupan kedua yang akan mematikan seluruh makhluk yang
bernyawa termasuk Malaikat Israfil a.s. sendiri.

Setelah itu baru Allah menghidupkan Malaikat Israfil
a.s. lalu menyuruhnya meniupkan tiupan yang ketiga yang
dinamakan tiupan Nafkhatul Ba‘ts (tiupan kebangkitan).

Semua manusia daripada Nabi Adam a.s. hingga
manusia terakhir, akan dikumpulkan di Padang Mahsyar
untuk dihisab dan seterusnya akan diputuskan apakah dia
akan menjadi penghuni neraka (semoga Allah melindungi
kita daripadanya) ataupun dia akan menjadi penghuni
syurga (semoga Allah memasukkan kita ke dalamnya).
Amin.

28

BONUS

Amalan-Amalan
Penting Akhir
Zaman

Cara untuk Selamat daripada Fitnah Dajjal

(Diringkaskan dari buku Kiamat Hampir Tiba)

a. Mempelajari hadis-hadis mengenai Dajjal hingga kita
memahami hakikat diri Dajjal sebagai pendusta yang
mempunyai beberapa kelemahan yang jelas.

b. Mengenal kekafiran Dajjal melalui tulisan yang jelas

di dahinya iaitu ‫ ك ف ر‬.

c. Cari jalan untuk menghindarkan diri daripada Dajjal
sama ada dengan pergi ke Makkah atau Madinah,
atau berkurung di rumah. Jangan sekali-kali bergaul
dengan orang yang telah tergoda dengan fitnah Dajjal

29

dan hendaklah melarang kaum perempuan dan anak-
anak dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut
Dajjal adalah golongan jahil dan kaum perempuan.
d. Membaca 10 ayat pertama (atau 10 ayat terakhir)
surah al-Kahfi.

Sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi:

‫ﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵ‬
‫ﲶ ﲷﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾ ﲿ‬
‫ﳀﳁﳂﳃﳄﳅ‬
‫ﳆﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎ‬
‫ﳏﳐﳑﳒﳓﳔﱁﱂﱃﱄﱅ‬
‫ﱆ ﱇﱈ ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍﱎ ﱏ‬
‫ﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗ‬

‫ﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜﱝ ﱞ‬
‫ﱟ ﱠ ﱡ ﱢ ﱣ ﱤﱥ ﱦ‬
‫ﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭﱮ‬
‫ﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵﱶ‬
‫ﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽﱾ‬
‫ﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆ‬

‫ﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍﲎ‬

30

‫‪RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA‬‬

‫‪Sepuluh ayat terakhir surah al-Kahfi:‬‬

‫ﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭﱮ‬
‫ﱯﱰ ﱱﱲﱳﱴﱵ‬
‫ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱼﱻ ﱽ‬
‫ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅ‬
‫ﲆ ﲇﲈﲉﲊﲋﲌ‬
‫ﲍﲎﲏﲐﲑ ﲒﲓ‬
‫ﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚ‬
‫ﲛﲜﲝﲞﲟﲠﲡ‬
‫ﲢﲣﲤﲥ ﲦﲧﲨﲩ‬
‫ﲪﲫﲬﲭﲮﲯﲰ ﲱ‬
‫ﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸ‬
‫ﲹ ﲺﲻﲼﲽﲾﲿﳀﳁ‬
‫ﳂﳃﳄﳅﳆ ﳇﳈﳉ‬
‫ﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐﳑﳒ‬
‫ﳓ ﳔﳕﳖﳗﳘﳙﳚﳛ‬
‫ﳜ ﳞﳝ ﳟ ﳠ ﳡ ﳢ ﳣ ﳤ‬
‫ﳥﳦﳧﳨﳩﳪﳫﳬ‬

‫‪31‬‬

e. Membaca doa berikut sewaktu tahiyyat akhir solat
fardu dan sunat:

‫ َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن‬،‫َال َّل ُه َّم إِ ِّني َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َع َذا ِب ا ْل َق ْب ِر‬
‫ َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن فِ ْتنَ ِة ا ْل َم ْح َيا َوفِ ْتنَ ِة‬،‫فِ ْتنَ ِة ا ْل َم ِسي ِح ال َّد َّجا ِل‬

.‫ا ْل َم َما ِت‬

(Riwayat Al-Bukhari)

Amalan Perlindungan daripada Gangguan
Makhluk

(Dipetik dari buku Amalan Orang Soleh susunan al-Fadhil
Ustaz Muhadir Haji Joll, ms 15-16)

a. Membaca ayat ini 7 kali setiap kali selepas solat (At-
Taubah 9: 128-129):

‫ﲜﲝﲞﲟﲠﲡ‬

‫ﲢﲣﲤﲥﲦﲧ‬

‫ﲨﲩﲪﲫﲬﲭﲮ‬

‫ﲯ ﲰ ﲱ ﲲ ﲳﲴ ﲵ ﲶﲷ ﲸ‬

‫ﲹﲺﲻﲼ‬

Banyak fadhilat membacanya setiap kali selepas
sembahyang seperti yang diriwayatkan oleh para Salafus
Soleh.

(Diijazahkan oleh Sayyid Muhammad bin Alawi al-
Maliki. Lihat dalam Khulashah Syawariq al-Anwar, ms.

32

RINGKASAN KIAMAT HAMPIR TIBA

10. Diijazahkan juga o leh Al-Alim Habib Mustafha bin Ali
al-Haddad, daripada gurunya, Al-Alim Habib Ahmad bin
Husain bin Abu Bakar as-Saqqaf, daripada gurunya, Sayyid
Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki al-Hasani al-
Makki. Lihat Al-Anwar as-Sathi’ah, ms. 128)
b. Selepas solat fardu, sebelum bangun dari tempat

duduk, duduklah dengan tenang dan bacalah:

Surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

‫ﭑﭐﭒﭐﭓ‬

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ‬
‫ﱋﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓ‬

(Sebanyak 46 kali)‫َح ْس ُبنَا اللهُ َونِ ْع َم ا ْل َو ِکي ِل‬

(Diijazahkan oleh Al-Alim al-Ushuli, Tuan Guru Haji Syaikh
Salleh bin Musa al-Qaddahi (Baba Salleh Sik, Kedah))

c. Membaca Ayat Kursi setiap kali selepas solat dan
sebelum tidur.

‫ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲙﲚ ﲛ ﲜ‬
‫ﲝ ﲞ ﲟﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ‬
‫ﲧﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯﲰ‬
‫ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶﲷ ﲸ ﲹ‬

33

‫ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾ ﲿﳀ ﳁ ﳂ‬
‫ﳃ ﳄﳅ ﳆ ﳇ ﳈﳉ ﳊ ﳋ‬

‫ﳌﳍ‬

(Riwayat Ad-Dailami dalam Musnadnya, Ibn Abi Syaibah dalam
Musannafnya, diriwayatkan di dalam Tafsir Ibn Mardawaih, As-
Sakhawi di dalam Al-Jawahir. Lihat Al-‘Ujalah, ms. 24 dan As-Salsalah,
ms. 152)
(Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll menerima Hadis Musalsal
membaca Ayatul Kursi daripada beberapa Masyaikh termasuklah
Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari, Syaikh Muhammad
Nuruddin al-Banjari, Al-Musnid Syaikh Muhammad Husni Ginting
al-Lankati al-Azhari, Syaikh Ibrahim bin Masran al-Banjari dan lain-
lain.)

34


Click to View FlipBook Version