The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1727-24-chelsea, 2022-10-21 12:04:11

PORTFOLIO ASAS SENI VISUAL

PORTFOLIO ASAS SENI VISUAL

Keywords: PASS

ASAS SENI VISUAL

PSVK1074

“I dream of painting and then I paint my dream.” – Vincent Van Gogh

Disediakan oleh Ashelly Ailee Binti hendry
DIBINCANGKAN BERSAMA
Nur Iffah Wajihah Binti Shahriman
Chelsea May Rayner

ASAS SENI REKA

Unsur-unsur seni

Unsur-unsur seni reka terdiri daripada 6 elemen asas iaitu:

Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. garisan ialah cantuman dari
satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan jarak-jarak yang tertentu.
Garisan dapat menimbulkan kesan rupa, bentuk, ilusi cahaya dan bayang. Bukan
itu sahaja, garisan juga boleh mewujudkan kesan ruang, menghasilkan jalinan,
menghasilkan motif pada reka corak,
mewujudkan ton serta menghasilkan
pelbagai asas corak garisan grid.

Garisan dapat dijumpai pada benda alam semula jadi serta benda buatan
manusia.
contoh garisan pada benda buatan manusia:

contoh garisan pada benda alam semula jadi:

Rupa

Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
diaplikasikan melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Rupa mempunyai
garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ia dapat
dikategorikan kepada dua jenis rupa iaitu rupa geometri dan rupa organik.
Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru,
manakala rupa organik pula mempunyai rupa bentuk yang bebas dan
tidak terikat pada bentuk yang khusus.

Rupa geometri:
rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, segi tiga, segi empat
dan lain-lain rupa yang bersudut.
dilukis dengan menggunakan pembaris, set geometri dengan ukuran-
ukuran tertentu

Rupa organik:

Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya
seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan

Rupa positif dan negatif:

Rupa positif ialah rupa yang diletakkan di atas sesuatu permukaan, manakala
rupa negatif pula ialah ruang di sekeliling objek tersebut. Kedua-dua rupa ini
saling bergantung antara satu sama lain.

rupa positif rupa negatif

bentuk

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai
keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya mempunyai lebih daripada satu
permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman serta terdiri daripada
gabungan rupa yang dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada
bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.

Ciri-ciri bentuk:
Bersifat tiga dimnsi (3D). Mengandungi ketinggian, lebar dan
kedalaman.
Berstruktur. Mempunyai rangka yang membolehkan membentuk
isipadu dengan tepat dan sempurna.
Boleh dilihat dari semua arah. Mempunyai lebih dari satu
permukaan.
Terdapat bayangan. Mempunyai kesan dan bayang.

Jenis-jenis bentuk:
a) Bentuk konkrit:

Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh

dan dilihat daripada pelbagai sudut.

Mempunyai ciri-ciri yang nyata.

Contoh: batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

b) Bentuk ilusi :
Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran
penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain.
Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati
melalui deria penglihatan.
bagi menghasilkan karya yang bersifat dua dimensi yang dapat
mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang
merupakan faktor terpenting dalam menghasilkan karya seperti ini.

jalinan

Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh
dikesan secara penglihatan (tampak) ataupun sentuhan. Jalinan yang
terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia
mempunyai kesan tampak yang berbeza. Setiap jalinan mempunyai fungsi
dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada
permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi
sesuatu objek kepada pemerhati. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu;
jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat
dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi)
dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula adalah
jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan.
i. Jalinan sentuh:

ii. Jalinan tampak:

ruang

Ruang ialah jarak antara dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu
mempunyai satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang
amat penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina.
Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang
tampak).

i. Ruang fizikal (ruang nyata):
Ruang terbuka – ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga,
pantai dan lain-lain.

Ruang tertutup – ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam
bilik atau di dalam sesebuah bangunan.

ii. Ruang ilusi atau maya (ruang tampak):
wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni
fotografi dan sebagainya.
a) Ruang dalam:
ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada
penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan
landskap.

b) Ruang cetek:
ruang di dalam kawasan terbatas seperti dalam sesebuah bilik.

c) Ruang rata:
karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau
permukaan yang sama

warna

Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru,
merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan
warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga
dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.
Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas
dan sekunder.
Jenis-jenis warna
a) Warna Asas

Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
Dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan
campuran warna lain.
Merupakan warna utama di mana apabila dicampurkan akan
menghasilkan lain warna.

b) Warna Sekunder
Terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
Ia merupakan campuran dua warna asas spt dibawah
warna asas + warna sekunder:
kuning + biru hijau
biru + merah ungu
merah + kuning jingga

c) Warna Tertier
Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna
sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.

Nilai Warna

i. Tona Warna
Nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna.
Campuran warna putih dan hitam serta warna asas mengikut
kadar tertentu.
Warna tersebut akan berubah dari satu tahap ke satu tahap
tertentu.

ii. Kroma Warna
Nilai ukuran kuasa sesuatu warna
Ia terhasil melalui campuran warna-warna penggenap ( warna
yang bertentang dalam roda warna ) dengan nisbah tertentu.

iii. Warna Monokromatik
Sesuatu warna dalam pelbagai ton
Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna putih untuk ton
cerah ataupun warna hitam untuk ton gelap.

iv. Warna Harmoni
Menggunakan warna-warna yang bersebelahan dalam roda warna.

v. Warna Penggenap
Gubahan warna yang menggunakan warna bertentangan dalam

roda warna atau dikenali sebagai warna yang bertentangan atau

kontras.

Suhu Warna

Suhu warna tidak boleh diamati oleh deria penglihatan.
Suhu warna merupakan satu perasaan atau tindakan kita terhadap
warna.
Terdapat 2 jenis suhu warna:
1.warna panas
2.warna sejuk

i. Warna Panas
Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang
tinggi
Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang
penglihatan seperti matahari.

ii. Warna Sejuk
Kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya rendah.
Memberi kesan tenang dan damai serta menyejuk mata.

Elemen dan prinsip
rekaan

Prinsip rekaan adalah kaedah
atau pengolahan unsur seni

mm

untuk menimbulkan
gambaran tertentu dalam
gubahan seni visual. Prinsip
rekaan terbahagi kepada
tujuh iaitu:

KESATUAN HARMONI

KEPELBAGAI KONTRA
AN
PRINSIP-
PRINSIP
REKAAN

IRAMA

DAN PENEGASAN
PERGERAK

AN

IMBANGAN

HARMONI

Dalam istilah bahasa harmoni
bermaksud aman dan damai manakala
dalam istilah harmoni merupakah hasil

ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang. Harmoni wujud
dalam penggunaan garisan dan warna
dan tidak akan wujud jika ada unsur-

unsur yang bercanggah. Sebagai
contoh, kepelbagaian bentuk dan
warna pada kelopak bunga akan

menimbulkan kesan yang lebih
menarik dan harmoni. Antara tujuan
penggunaan unsur-unsur harmoni
dalam sesuatu hasil karya ialah untuk
menarik perhatian serta menimbulkan

nilai-nilai estetika dalam karya
tersebut.

CONTOH
HARMONI

KONTRA

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni
yang bercanggah atau bertentangan

dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra
adalah untuk menarik perhatian,

memberi fokus, mengelakkan kebosanan
dan kesan pergerakan. Kontra dapat
dihasilkan melalui penggunaan unsur
seni, teknik dan bahan yang berlainan.

Kontra dapat dikesan apabila wujudnya
perbezaan saiz, warna, bentuk, rupa,
jalinan, dan garisan dalam sesebuah
karya. Seterusnya kontra dapat
menghasilkan nilai-nilai estetika yang
lebih menyerlah.

CONTOH KONTRA

PENEGASAN

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu
unsur yang menonjol, kontra atau ganjil
dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan
ialah untuk menarik perhatian, memberi
fokus dan mengelakkan kebosanan.
Penegasan dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan.
selain itu, penghasilan warna yang sesuai
dalam sesebuah karya dapat menarik
perhatian dan mewujudkan unsur
penegasan. Oleh itu, penggunaan warna
yang betul dan sesuai dapat memberikan
penegasan yang jelas serta dapat membantu
dalam penghasilan kerja seni yang baik serta
berkualiti.

CONTOH
PENEGASAN

IMBANGAN

Imbangan bermaksud kesamaan
dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan. Terdapat 2
jenis imbangan iaitu :

a. Imbangan simetri-unsur seni
yang sama antara kiri dan kanan
atau atas dan bawah.

b. Imbangan tidak simetri-unsur
seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai ciri-
ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan

CONTOH IMBANGAN
SIMETRI

IMBANGAN TIDAK
SIMETRI

IRAMA DAN
PERGERAKAN

Pergerakan ialah keadaan
yang bergetar, bergoyang,
berayun, berpancar, dan
bersinar-sinar dan
sebagainya. Fungsi irama
dan pergerakan ialah
untuk memberi kesan
lebih hidup dan realistik
terhadap sesuatu
gubahan. Pergerakan
dapat dilihat melalui
kesan angin, air, ombak
dan taufan.

CONTOH IRAMA
DAN PERGERAKAN

KEPELBAGAIAN

Unsur kepelbagaian juga merupakan
prindip rekaan. Kepelbagaian wujud hasil
penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea
yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian dapat memberi gaya,
variasi, tenaga dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat
dihasilkan melalui penggunaan unsur seni
seperti garisan, rupa dan warna yang
pelbagai dalam sesuatu gubahan.

CONTOH
KEPELBAGAIAN

KESATUAN

Kesatuan bermaksud
satu tema atau satu
idea bagi semua unsur
dalam sesuatu
gubahan. Kesatuan
dapat menimbulkan
suasana yang
tenteram, teratur dan
selesa.

CONTOH
KESATUAN

TAMAT


Click to View FlipBook Version