1.0 SEJARAH BOLA JARING
Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang
yang amat popular padaawal 1900-an. Ia berasal di Amerika Syarikat
dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh
Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia
dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring
Wanita Seluruh England (All England Womens Netball Association).
Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara
England dan Scotland pada tahun 1938. Perkembangan pesat untuk
permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada
tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk
menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia.
Dengan itu tertubuhlah The International Federation of Netball
Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan
peraturan dan undang-undang permainan bola jaring. Bola jaring
adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga
hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh
dunia.
Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di
kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di
bandar amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil
bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti
Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik Malaysia
telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk
menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala
Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan
Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah
memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di
kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat
berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring
Malaysia,Kadzlun Abas dinobatkan sebagai Best Shooter World
Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun
Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001.
2.0 PERALATAN
Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring.
Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang
gol.
2.1 BOLA
Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti
bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-102 cm dan
beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.
2.2 GELANGGANG
Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan
tertutup.Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan
terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk
gelanggang tertutup. Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang
bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang
dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol
(Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar.
Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh
bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai
Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Gelanggang
bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama
ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah
centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan
tengah. Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan
ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan
bulatan gol.
3.0 TIANG GOL
Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05 m
(10 kaki).Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring
yang terletak dibahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.
3.1 PEMAIN, KEDUDUKAN DAN HAD KAWASANNYA
Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pemain di gelanggang
dan 3 orang sebagai simpanan. Setiap orang pemain mempunyai tugas dan
had kawasan yang berlainan antara satu sama lain.
Berikut merupakan senarai tugas 7 orang pemain bola jaring:
1. Penjaga gol (GK)
2. Pertahanan gol (GD)
3. Pertahanan sayap (WD)
4. Pemain tengah (C)
5. Penyerang sayap (WA) 6
6. Penyerang gol (WD)
7. Penjaring gol (GS)
Berikut merupakan kedudukan pemain di dalam gelanggang (ketika
membuat hantaran tengah).
Berikut merupakan had kawasan bagi setiap pemain
4.0 TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN
4.1 Penjaga gol (GK)
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan
baik di dalam kawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh
keluar masuk kawasangol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan
jaringan dan menghalang penyerang didalam kawasan jaringan. GK juga
perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).
4.2 Penahan gol(GD )
Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan
penyerang gol (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan
tengah, kawasan gol atau di dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang
hantaran atau mengawal mana - mana pemaindalam kawasan tengah atau
kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalangpenyerang gol
daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari
hantarantengah.
4.3 Penahan sayap(WD)
Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan.
Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada
penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan. WD juga
boleh bertindak sebagai penyerang. Ini berlaksemasa bole di hantar ke
tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat
jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai
penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam
oleh pemain lawan.
4.4 Pemain tengah(C)
Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana
ia ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat
hantaran tengah di awalpermainan. Kawasan C hampir meliputi keseluruhan
padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan
D.
4.5 Penyerangsayap(WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas
utamanyamenghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA
selalunya akanmenghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol
dengan kerjasama pemain tengah.
4.6 Penyerang gol(GA )
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan
bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol.
GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai
penyerang.
4.7 Penjaring gol(GS)
Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS
mestilah mahir membuat jaringan.
5.0 PENGADIL
Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada
seorang penjagamasa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil
bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan, pakaian
pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan semasa
ia berlangsung.
6.0 PAKAIAN
Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai. Kebiasaannya
pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang, stoking, kasut dan
bip. Bip dipakai di luar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain.
Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip.
7.0 CARA BERMAIN
Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satu gelanggang
ialah tujuh orang. Ini bermakna ada 14 orang orang pemain dalam satu
gelanggang. Tempoh masa juga telah ditetapkan oleh pengadil dan diketahui
oleh pemain.
7.1 PERMULAAN PERMAINAN
Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan pasukan yang
mana akan membuat lontaran mula. Kebiasaannya, lontaran ini ditentukan
melalui undi melontar syiling. Setiap ketua pasukan akan memilih tanda
belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketua pasukan yang dapat
memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula.
Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan gol yang
digemarinya. Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan,
setiap pemain akanberada di kawasan masing-masing. Manakala C (centre)
akan bersedia di kawasannya untuk memulakan lontaran mula.
7.2 TEMPOH PERMAINAN
Bola jaring dimainkan dalam tempoh sukuan waktu (quarter). Setiap suku
waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit
kecuali waktu rehat untuk separuh masa iaitu 5 atau 10 minit. Waktu
kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan
permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan.
Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut
digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.
7.3 PEMAIN GANTI
Markah dikira mengikut bilangan jaringan gol. Bola akan dimasukkan ke
dalam bakul jaring yang berlubang. Penjaga gol (GK) akan melindungi
bulatan golnya daripada dimasuki pihak lawan. Jika pasukan lawan berjaya
menembusi kawasan ini maka pemain itu akan mencuba menjaringkan gol.
Jaringan gol dibuat apabila bola dilontar masuk kedalam jaring dari atasnya.
Gol hanya boleh dijaringkan oleh GS dan GA sahaja.
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING
8.1 AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Jaring Penjara Malaysia 8.2.
8.2 PENGANJUR/ PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan
oleh Institusi Penjara yang dipilih.
8.3. PENDAFTARAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan
yang bertugas dibawah Jabatan Penjara Malaysia.
2. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sepuluh (10) orang
menggunakan Borang yang telah disediakan.
3. Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik.
4. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut
dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percum akan diberikan
kepada pasukan lawan.
8.4. Pusingan Separuh Akhir dan Akhir:
Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir.
Johan kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B, dan
Johan Kumpulan B akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A.
Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan ke pertandingan akhir
manakala yang kalah pula akan menentukan tempat ketiga dan keempat.
8.4.i Pilihan 2 (sekiranya pasukan yang menyertai kurang dari enam (6)
pasukan):
8.4.2 Pertandingan akan diadakan secara liga di mana semua pasukan akan
Bertemu antara satu sama lain.
9.0 PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG PERTANDINGAN
9.1 Pasukan / penukaran pemain
I. Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5)
orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang
pasukan tersebut dikira kalah.
II. Bila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak menyambung
permainan,permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk
menentukan samada pemainitu boleh meneruskan permainannya.
Keputusan akan dibuat oleh pegawai pasukan itu. Hanya dua (2)
pegawai dibenarkan ke gelanggang pada masa itu.
III. Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain
semula selepas Waktu rehat separuh masa.
IV. Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat
seorang pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu.
V. Pemain hanya boleh diganti selepas permainan dihentikan kerana
kecederaan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat
separuh masa.
VI. Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang
sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-
mana pasukan yanggagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit
dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan, maka
kemenangan percuma akan diberikaan kepada pasukan lawan
dengan mata 15 - 0.
10.0 FORMAT PERTANDINGAN
Masa permainan adalah 25 minit (10 minit setiap separuh masa dan 5 minit
rehat).
I. Pilihan 1 (sekiranya pasukan yang menyertai ialah enam (6) pasukan
atau lebih): Pusingan awal:
Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan iaitu A dan
B. Pasukan yang menyertai akan diundi bagi menentukan kumpulan
masing-masing pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak
penganjur selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang
dinyatakan, pertandingan ini tertakluk dengan Undang-Undang
Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (InternationalFederal of
Netball-IFNA). Sekiranya terdapat percanggahan di antara
terjemahan undang-undang permainan dengan undang-undang
IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi. Sekiranya timbul
perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang
permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Penganjur dari aspek teknikal. Jawatankuasa Penganjur berhak
meminda atau menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.
II. Penentuan kemenangan - Setiap kemenangan akan diberi dua (2)
mata, seri satu (1)mata, dan kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari
satu pasukan mendapat mata yang sama,maka kaedah di bawah
digunakan untuk menentukan pemenang:
i. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak
dikira pemenang.
ii. Sekiranya masih seri, pasukan yang paling kurang bolos dikira
pemenang iii.
iii. Sekiranya masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan
lawannya di peringkat awal dikira pemenang.
11.0 Pakaian:
Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam
iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian
tersebuthendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang pertandingan ini.
Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track/tight panjang. Setiap
pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set 'bibs' yang berlainan warna.
Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai 'bibs' yang sama maka pasukan
yangdisebutkan lebih awal hendaklah menukar 'bibs' mereka.
12.0 PENGADIL PERTANDINGAN
Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang
bertauliah sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil berkaitan
undang-undang permainan adalah muktamad.
13.0 BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa
Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini