PENJAGAAN AIR MUKA SEBAGAI ASAS
KESANTUNAN
• Muka dalam masyarakat Malaysia merujuk kepada wajah, rupa dan
memawa maruah seseorang.
• Penjagaan muka ialah menjaga mimik muka sewaktu bertutur demi
menjaga perasaan orang yang mendengar di samping memelihara
maruah diri sendiri.
• Muka juga dikaitkan dengan maruah diri kerana yang tersirat di hati
tersurat di wajah.
TEORI KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON
1987
• Kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan
Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar
• Tindakan mengancam wajah (TAM) adlah Tindakan yang mencabar
keinginan orang yang bercakap
• Air muka bermaksud imej diri penutur di tempat awam
• Air muka tebahagi kepada 2 iaitu air muka positif dan air muka negatif
• Air muka positif ialah keinginan untuk individu untuk merasakan
bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
• Air muka negatif pula ialah keinginan individu untuk merasakan
kebebasan terhadap tindakan atau perlakuannya
TEORI RUNDINGAN AIR MUKA
• Teori ini berfokus kepada cara bagaimana individu yang berlainan
budaya mengurus konflik
• Keutamaan rundingan air muka adalah untuk menjaga air muka atau
citra kendiri (self image)
• Teori ini diperkenalkan oleh Stella Ting-Toomey (1988):
- Individu dari pelbagai budaya selau berunding dengan
mengutamakan kepentingan air muka
- Kepentingan citra kendiri berbeza antara kelompok budaya
- Kepentingan citra kendiri yang berbeza menyebabkan menyebabkan
gaya pengurusan konflik juga berbeza
BUDAYA KONTEKS RENDAH
• Dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat individu
• Dikawal oleh peraturan individu
• Identiti individu kerana individu adalah unik
• Komunikasi berlaku secara terus tanpa berselindung
• Pentingakan ketegasan individu
• Makna adalah pada perkataan bukan pada individu
• Lebih mementingkan hak peribadi
BUDAYA KONTEKS TINGGI
• Berasaskan keperluan dan matlamat kumpulan
• Tindakan dikawal oleh norma kumpulan
• Cara komunikasi tidak terus dan ada unsur berselindung
• Mementingakan empati
• Makna bergantung kepada situasi dan diri individu
• Lebih mementingkan kumpulan